HBEF2303 KESIMPULAN

2,370 views

Published on

HBEF2303 KESIMPULAN

Published in: Education
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

HBEF2303 KESIMPULAN

  1. 1. TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN (HBEF 2303) ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN (770218-01-5450)KESIMPULAN Perkembangan dunia teknologi dan komunikasi serta projek Multimedia SuperCorridor (MSC) telah menempatkan Malaysia dalam hubungan global antara Negara-negara maju didunia. Untuk memaksimakan penggunaan atau integrasi TeknologiMaklumat dan Komunikasi, pelbagai usaha telah dijalankan terutamanya dalam bidangpendidikan dalam mentransformasi masyarakat Malaysia kepada masyarakatbermaklumat. Dunia pendidikan telah mengalami perubahan yang pesat yang dibawa olehkesan globalisasi, pendemokrasian pendidikan, ledakan teknologi maklumat, ekonomiyang berasaskan pengetahuan, persaingan hebat dan usaha ke arah pembentukansistem pendidikan yang bertaraf dunia. Di peringkat sekolah, peningkatan dari segi bilangan pelajar, tuntutan‘stakeholder’ kepada pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti, serta kekuranganbahan resos pengajaran dan tenaga pengajar telah mendesak pihak pendidikan untukmelihat semula peranan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran danpembelajaran di sekolah. Peranan guru juga telah berubah dari instruktor kepadafasilitator. Untuk memantapkan lagi integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalampendidikan, sekolah juga harus menggunakan pelbagai perkhidmatan luar seperti pihakswasta, kerajaan, badan akademik, komersial serta komuniti setempat. Teknikperkongsian pintar antara sekolah dengan pihak swasta adalah merupakan strategiuntuk meningkatkan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi guru dan semuawarga sekolah.
  2. 2. TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN (HBEF 2303) ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN (770218-01-5450) Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pendidikan adalah pentingdan ia memerlukan sokongan serta usaha yang bersungguh-sungguh di antarapemimpin sekolah, guru, pelajar dan semua pihak. Sekolah tidak ada pilihan lainmelainkan menerima perubahan dan fenomena ini serta guru-guru perlu cepatmenguasai ilmu dan ketrampilan Teknologi Maklumat dan Komunikasi untuk diterapkandi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk itu, penglibatan pemimpinsekolah dalam membina polisi, pelan pembangunan ICT dan sokongan terhadapprogram pembangunan staf adalah menjadi teras utama. Sokongan dan sumbanganpihak luar harus dilihat sebagai satu peluang untuk memantapkan penggunaanTeknologi Maklumat dan Komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

×