Buku gaya penulisan ums

11,950 views

Published on

Published in: Education
1 Comment
3 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
11,950
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
235
Comments
1
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Buku gaya penulisan ums

  1. 1. Gaya Penulisan UMS MUKADIMAHGaris panduan ini diadakan sebagai menyelaras panduan dikalangan pelajardalam menyediakan penulisan tesis dan disertasi. Panduan ini menjelaskankeperluan minimum format dalam menyediakan tesis dan disertasi. Garispanduan ini boleh digunakan bersama kaedah penulisan mengikut disiplinkajian. ETIKA PENYELIDIKANPlaglarisme merupakan idea-idea atau perkataan-perkataan daripada karyaorang lain yang telah diterbitkan dan digunakan dalam penulisan seseorangtanpa mencatatkan penghargaan kepada penulis asalnya. Penggunaan ideaatau perkataan-perkataan orang lain mesti diakui setiap satunya dengan jelasdalam teks. Sebarang penggunaan perkataan sebenar dari orang lain harusdiakui dengan menggunakan tanda petik (“……..”) serta dengan menyatakansumbernya di dalam teks. PANDUAN UMUM1. Kertas Saiz A4 (210cm x 297cm) Kertas Simili 80gm Warna putih2. Jenis Huruf Tahoma ataupun Arial * Nota: Hanya menggunakan satu jenis huruf sahaja sepanjangpenulisan teks. 1
  2. 2. Gaya Penulisan UMS TERTIB SUSUNAN TESISTajuk pada helaian pertamaPengakuanPenghargaanAbstrak (Bahasa Melayu)Abstrak (Bahasa Inggeris) –Tulisan dicondongkan (Italic)Kata KunciIsi KandunganSenarai RajahSenarai JadualSenarai SingkatanSenarai SimbolSenarai GlosariBab (Bab 1 hingga bab ……)Rujukan/BibliografiLampiran (LAMPIRAN A, LAMPIRAN B…..)Nota: Mungkin ada di antara perkara yang tercatat ini tidak diperlukan dalam tesis/disertasi anda. PENULISAN TESIS/DISERTASI1. Jumlah Perkataan Dalam Tesis a. Secara Penyelidikan Tesis Doktor Falsafah : Tidak melebihi 100,000 patah perkataan Tesis Sarjana/Sarjana Falsafah : Tidak melebihi 60,000 patah perkataan b. Secara Kerja Kursus Disertasi Doktor Falsafah : Tidak melebihi 60,000 patah perkataan Disertasi Sarjana : Tidak melebihi 20,000 patah perkataan * Nota: Jumlah perkataan yang dimaksudkan ialah perkataan dalam teks sahaja iaitu tidak termasuk jadual, rajah, nota kaki dan lampiran. Jumlah ini adalah panduan sahaja. Sesetengah tesis/disertasi mungkin tidak memerlukan jumlah sebanyak itu atau memerlukan lebih daripada jumlah tersebut. 2
  3. 3. Gaya Penulisan UMS STRUKTUR TESISPada asasnya setiap Tesis dan disertasi terbahagi kepada 3 bahagian utamaiaitu: 1. Pendahuluan 2. Kandungan teks 3. Bahan Tambahan1. Pendahuluan Setiap pendahuluan mengandungi dan disusun seperti berikut:1.1 Tajuk Tesis/Disertasi – Pelajar perlu memasukkan nama calon, tajuk tesis /disertasi yang diluluskan oleh senat, nama sekolah dan tahun viva.1.2 Muka Hadapan Bahagian ini memerlukan sebanyak 2 halaman yang mana halaman kedua pelajar harus memasukkan kenyataan ”....TESIS/DISERTASI INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SYARAT MEMPEROLEHI....” Format penulisan adalah seperti berikut: Tajuk Tesis :Tajuk tesis jika lebih daripada satu baris ditulis dalam bentuk centre. Nama Calon : Nama penuh calon mengikut kad pengenalan (centre) Nama Sekolah : Sekolah di mana calon mendaftar (centre) Tahun Viva : Tahun Viva Voce (centre) Saiz Tulisan : 18 (Huruf Besar) Nota: *Sila potong mana yang tidak berkenaan. 3
  4. 4. Gaya Penulisan UMSContoh: SATU KAJIAN ETNOGRAFI: MASYARAKAT KADAYAN DI SIPITANG, SABAH. INTAN AZIRAH ABDUL RAHMAN 4
  5. 5. Gaya Penulisan UMS SEKOLAH SAINS SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2006Contoh: SATU KAJIAN ETNOGRAFI: MASYARAKAT KADAYAN DI SIPITANG, SABAH. INTAN AZIRAH ABDUL RAHMAN 5
  6. 6. Gaya Penulisan UMS TESIS INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA/DOKTOR FALSAFAH* SEKOLAH SAINS SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 20061.3 Pengakuan Pelajar perlu memasukkan kenyataan ”.....Segala nukilan, ringkasan dan rujukan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya....”1.4 Penghargaan Pelajar boleh merakamkan penghargaan kepada orang perseorangan ataupun pertubuhan/persatuan yang membantu dalam melakukan kajian dan digalakkan supaya tidak panjang. Dedikasi tidak dibenarkan.1.5 Abstrak (Dalam Bahasa Melayu) Dalam penulisan tesis/disertasi hendaklah ditulis dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. 6
  7. 7. Gaya Penulisan UMS Jika tesis/disertasi ditulis dalam Bahasa Melayu, mesti didahului dengan abstrak dalam Bahasa Melayu dan diikuti dengan abstrak dalam Bahasa Inggeris yang dicondongkan (Italic). Begitulah sebaliknya. Penulisan abstrak perlu dimasukkan isu utama kajian, kaedah yang digunakan semasa menjalankan kajian, hasil yang diperolehi serta sedikit pernyataan dalam kajian. Setiap abstrak mempunyai kata kunci. Biasanya 5 kata kunci sahaja. Format Abstrak adalah seperti berikut: Saiz Huruf :11 Selang Baris : Satu (1) langkau Jumlah Perkataan :Ditulis dalam satu perenggan dan satu muka surat sahaja dan tidak melebihi 500 patah perkataan untuk tesis dan 250 patah perkataan untuk disertasi.* Nota: Bagi abstrak Bahasa Melayu tidak mempunyai tajuk. Hanya abstrakBahasa Inggeris sahaja yang mempunyai tajuk dan dicondongkan.Contoh abstrak Bahasa Melayu: ABSTRAK Penulisan mengenai pembangunan industri hiliran berasaskan perikanan di negeri Sabah oleh para sarjana tempatan lebih menumpukan kepada persoalan di peringkat “hulu” sahaja seperti status sumber marin, taraf sosio- ekonomi komuniti nelayan, peranan golongan pemodal, bilangan nelayan dan 7
  8. 8. Gaya Penulisan UMS bot menangkap ikan; jumlah pendaratan sumber marin, teknologi menangkap ikan; kepelbagaian spesis marin dan lain-lain lagi. Penulisan mengenai pembangunan industri perikanan di peringkat “hiliran” seringkali dipinggirkan dan tidak mendapat tempat yang sewajarnya.....Contoh abstrak Bahasa Inggeris: ABSTRACT 8
  9. 9. Gaya Penulisan UMSTHE HISTORICAL DEVELOPMENT OF THE DOWNSTREAM INDUSTRY BASED ON FISHERIES IN SABAH, 1786-2000.Writings by local scholars on the development of the downstream industrybased on fisheries in the state of Sabah have been limited and basically aremore focused on the “upstream” level of the fishery industry. These writingshave attempted to answer questions such as: the status of marine sources,the sosio-economic level of fishermen in their community, varieties of marinespecies and other topics which are related and geared towards “upstream”issues. Hence, due to the focus towards study on the development of thefishery industry at the “upstream” level, this has affected the attention on theissues at the “downstream” level, which have occasionally beenmarginalized…… 9
  10. 10. Gaya Penulisan UMS1.6 Kata Kunci Kata kunci ialah perkataan atau ungkapan penting yang boleh memberi gambaran ringkas dan menyeluruh tentang tesis tersebut. Kata kunci terdiri daripada satu perkataan atau ungkapan yang tidak melebihi tiga perkataan. Jumlah kata kunci hendaklah tidak melebihi dari lima (5) perkataan atau rangkai kata. Contoh: Masyarakat peribumi, kemiskinan, permasalahan akademik.1.7 Isi Kandungan Semua tajuk, bab dan pecahan bab kecil yang utama hendaklah disenaraikan dan disusun mengikut tertib. 10
  11. 11. Gaya Penulisan UMS Contoh: ISI KANDUNGAN M/S iTAJUK iiPENGHARGAAN iiiABSTRAK ivABSTRACT vSINGKATAN viISI KANDUNGAN viiSENARAI RAJAH viiiSENARAI JADUAL 1BAB 1: PENGENALAN 1.1. PENGENALAN KEPADA TEMPLAT GAYA UMS 1 1.1.1. MENDAPATKAN TEMPLAT 1 1.1.2. PENGGUNAAN TEMPLAT 2 11
  12. 12. Gaya Penulisan UMS1.8 Senarai Rajah Bahagian ini menyenaraikan kesemua rajah, gambar rajah atau gambar foto mengikut susunan tertibnya dalam teks tesis atau disertasi, beserta dengan muka surat. Rajah membawa maksud graf, gambar, foto, contengan, sketsa, gambar rajah, lukisan atau ilustrasi dan gambar foto. Susunan senarai rajah haruslah mengikut susunan dalam teks. 12
  13. 13. Gaya Penulisan UMS Bagi Pelajar Sains Sosial: Tajuk :Di bahagian atas Sumber :Di bahagian bawah rajah Bagi Pelajar Sains: Tajuk :Di bahagian bawah rajah Sumber :Di bahagian bawah tajuk rajahContoh Rajah Bagi Pelajar Sastera (Sains Sosial): Rajah 1.2 : Rizab Sungai tidak Mengikut Liku-liku Sungai. 13
  14. 14. Gaya Penulisan UMS Sumber: Jabatan Pemetaan Sabah.Contoh Rajah Bagi Pelajar Sains: 14
  15. 15. Gaya Penulisan UMS Rajah 1.2 : Rizab Sungai tidak Mengikut Liku-liku Sungai Sumber: Jabatan Pemetaan Sabah1.9 Senarai Jadual Bahagian ini berupa senarai daftar atau maklumat yang diringkaskan. Bahagian ini menyenaraikan jadual mengikut susunan tertibnya dalam teks tesis atau disertasi. 15
  16. 16. Gaya Penulisan UMS Susunan senarai jadual haruslah mengikut susunan dalam teks. Pelajar Sains Sosial: Tajuk :Di bahagian atas Sumber :Di bahagian bawah jadualContoh Jadual Pelajar Sains dan Sastera: 16
  17. 17. Gaya Penulisan UMSJadual 1.1: Kadar literasi/kebolehan membaca, 1991 dan 1996 mengikut jantina dan lokasi Sumber: Banci Penduduk Tahun 2000 17
  18. 18. Gaya Penulisan UMS1.10 Senarai Simbol/Singkatan (Jika ada) o Senarai ini diletakkan selepas senarai rajah dan senarai jadual. o Contoh: AFC Komunikasi Secara Efektif USIA United Sabah Islamic Association WHO World Health Organisation1.11 Glosari Glosari ialah senarai istilah/perkataan yang digunakan dalam teks yang mempunyai erti khusus sesuatu bidang ilmu pengetahuan. Perkataan hendaklah disusun mengikut abjad. Contoh untuk gugusan Sains: Agranulosit Sejenis sel darah putih tanpa granul sitoplasma Blastofor Lekukan pada gastrula pada peringkat awal embrio Dendrit Neuron yang menalar impuls Diastol Tempoh rehat semasa satu kitar kardium Contoh untuk gugusan Sastera/Sains Sosial: Baptis Upacara mengkristiankan seseorang melalui upacara permandian Ekstrinsik Berasal atau bertindak dari luar Interpersonal Hubungan sesama manusia Korelasi Hubungan atau kaitan secara timbal balik2. Kandungan teks tesis dan disertasi Kandungan teks tesis dan disertasi tidak mempunyai satu format yang tetap. Susunan terpulang kepada penyelia dan pelajarnya. Lazimnya dalam kandungan teks tesis dan disertasi perlu ada perkara-perkara berikut: Penaipan Teks Saiz Huruf Teks : 11 Saiz Huruf Tajuk Wajib (huruf besar) : 12 (Bold) Saiz Huruf Subtajuk (huruf kecil) : 11 (Bold) Saiz Huruf Nota Bawah (jika digunakan) : 10 18
  19. 19. Gaya Penulisan UMSSelang Baris :2 langkau (double spacing) Langkau 1 baris untuk Nota BawahPerenggan :Perenggan pertama dimulakan di sebelah kiri sekali. Perenggan seterusnya dimulakan selepas ketukan yang ke-12 (1 Tab).Nomboran Muka Surat :Mengekalkan dengan satu formatMargin :1½ inci/38mm dari birai kiri 1 inci/25mm dari birai atas, kanan dan bawah.Bahasa :Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. (Bahasa asing dalam teks hendaklah dicondongkan/Italic)Warna Huruf : HitamCetakan :Cetakan dotmatrix tidak dibenarkanContoh: 19
  20. 20. Gaya Penulisan UMS 25mm dari birai atas. BAB 2 38mm dari SOROTAN LITERATUR birai kiri. 25mm dari birai kanan. 2.1. Pendahuluan Universiti Malaysia Sabah (UMS) ditubuhkan pada 24 November 1994……..Perenggan barudimulakan dengan12 ketukan atau 1tab Sesi 1996/97 merupakan sesi kedua kewujudan Muka surat UMS. Banyak change sudah berlaku……. 20
  21. 21. Gaya Penulisan UMS 25mm dari birai bawah 362.1 Pengenalan Pengenalan meliputi latar belakang, pernyataan masalah kajian, objektif dan hipotesis.2.2 Sorotan Literatur Satu bahagian yang mengandungi huraian kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan topik kajian.2.3 Metodologi Satu bahagian yang menghuraikan dengan mendalam kaedah-kaedah dan tatacara yang digunakan oleh penyelidik dalam membuat kajian.2.4 Hasil Hasil merupakan keputusan yang diperolehi dan dibentangkan dalam penulisan teks.2.5 Perbincangan Bahagian yang menghuraikan mengenai hasil kajian dan analisis kajian yang dilakukan oleh penyelidik.2.6 Kesimpulan Setiap bab yang mempunyai pengenalan harus mempunyai penutup yang menyimpulkan hasil perbincangan dalam bab itu.2.7 Cadangan Bahagian ini tidak wajib dan hanya dimasukkan jika difikirkan sesuai dengan kajian.3. Bahan Tambahan Bahan tambahan terdiri daripada: 21
  22. 22. Gaya Penulisan UMS3.1 Rujukan Teks Dalam Tesis/Disertasi Rujukan ini ialah untuk menghargai karya penulis yang menjadi sumber rujukan berkenaan disamping memudahkan penulis atau pembaca berikutnya mengetahui sumber yang telah digunakan dalam sesuatu penulisan. Terdapat 2 sistem rujukan dalam sesebuah tulisan iaitu: 3.1.1 Sistem pengarang-tarikh Peringatan -Pelajar gugusan sains dan sains sosial boleh menggunakan teknik sistem pengarang-tarikh sepenuhnya. - Sistem ini mengandungi sekurang-kurangnya dua perkara asas, iaitu pengarang dan tahun terbitan. Sekiranya penulis merujuk kepada halaman tertentu, halaman tersebut hendaklah dinyatakan selepas tanda noktah bertindih (:) yang diletakkan selepas tahun terbitan. - Bagi pengarang Barat atau yang mempunyai nama keluarga (surname), nama keluarga sahaja digunakan. Rujukan hendaklah diletakkan dalam kurungan. - Contoh: a. Jika nama pengarang pada pertengahan atau akhiran ayat, hendaklah ditulis seperti berikut: Contoh pelajar Sains: (Williams, 1965) Contoh pelajar Sastera/ Sains Sosial: (Williams, 1965: 34) b. Jika nama pengarang pada permulaan ayat, hendaklah ditulis seperti berikut: Contoh pelajar Sains: Williams (1965) Contoh pelajar Sastera/ Sains Sosial: William (1965:34) 22
  23. 23. Gaya Penulisan UMSc. Jika lebih dari dua orang pengarang, hendaklah ditulis nama pengarang pertama diikuti dengan perkataan et al. (Misalnya nama pengarang pada judul, Adams, E.J.,Stephenson, S.L.Latham, M.C. & Kinoti S.N.) hendaklah ditulis dalam teks seperti berikut: Contoh pelajar Sains: Adams et al. 1994. Contoh pelajar Sastera/ Sains Sosial: Adams et al. 1994: 35d. Sekiranya merujuk kepada penulis yang menghasilkan 2 karya atau lebih pada satu tahun tertentu, maka hendaklah ditulis seperti berikut: Contoh pelajar Sains: (Cheah, 1998a) (Cheah, 1998b) Contoh pelajar Sastera/ Sains Sosial (Cheah, 1998a: 77) (Cheah, 1998b: 118)e. Bagi pengarang Melayu, boleh ditulis dengan nama pengarang sahaja. Contoh pelajar Sains: (Ahmat, 1992) Contoh pelajar Sastera/ Sains Sosial (Ahmat, 1992: 23)f. Bagi hasil karya yang tahun terbitannya tidak dinyatakan. Contoh pelajar Sains: (Ong t.th.) 23
  24. 24. Gaya Penulisan UMS Contoh pelajar Sastera/ Sains Sosial (Ong t.th.: 7) *Nota: t.th. adalah singkatan bagi tarikh dan halaman yang dirujuk ialah 7. Elakkan dari merujuk rujukan sedemikian.g. Bagi rujukan yang dibuat lebih daripada satu sumber pada satu tempat, semua sumber rujukan itu hendaklah ditulis dan dipisahkan dengan tanda koma bertindih (;). Contoh pelajar Sains: (Ahmat, 1992; ; Mohd Sarim, 1997) Contoh pelajar Sastera/ Sains Sosial (Ahmat, 1992: 12; Mohd Sarim, 1997: 25) Sekiranya rujukan dibuat daripada pengarang yang sama tetapi lebih daripada satu sumber, rujukan tersebut dipisahkan dengan tanda koma (,). Contoh pelajar Sains: (Cheah, 1998a, 1998b) Contoh pelajar Sastera/ Sains Sosial (Cheah, 1998a: 25, 1998b: 15)h. Bagi rujukan tanpa pengarang, ditulis seperti berikut: (Akta perancangan bandar dan desa 1976 (Akta 171), 2001:3; Seventh-day adventist encyclopedia 1966: 45)3.1.2 Sistem Nota bawah/Nota hujungPeringatan– Pelajar gugusan sains sosial boleh menggunakan sistem nota bawah/nota hujung untuk membuat huraian atau penerangan selain daripada dalam teks. 24
  25. 25. Gaya Penulisan UMS Manakala pelajar sejarah mesti menggunakan sistem nota bawah sepenuhnya.Sistem Nota bawah dan Nota hujung digunakan bagi disiplintertentu untuk menerangkan sumber rujukan yang digunakanpada halaman teks tersebut ataupun di hujung setiap bab (Catatanakhir). Selain itu juga, sistem ini digunakan untuk memberipenerangan tentang sesuatu perkara dalam teks yang menjadirujukan kepada pembaca.Format penulisan sistem nota bawah/nota hujung:-Jenis Tulisan : Tahoma/ ArialSaiz Huruf : 10Format : JustifyButiran catatan bawah disusun mengikut tertib, iaitu NamaPengarang (diengsot) (,) koma, judul-italic (,) koma, tempat (:)noktah bertindih, penerbit (,) koma, tahun (,) koma, edisi (,) koma,halaman (.) noktah. c. Penggunaan Ibid Singkatan ibid berasal daripada perkataan Latin, iaitu ibidem yang bermaksud pada tempat yang sama. Jika rujukan berikutnya, iaitu masih menggunakan sumber sama dan tidak ada rujukan lain selepas nota bawah 1, hendaklah ditulis Ibid. (apabila halamannya sama) dan apabila halaman yang berlainan, hendaklah dimasukkan halaman tersebut. 25
  26. 26. Gaya Penulisan UMSContoh ayat dalam teks: 1 ....Penduduk di kawasan tersebut terdiri daripada subkumpulan etnik Gana 2 yang mengamalkan kepercayaan adat. Walau bagaimanapun bagi beliau telah berubah. Semasa beliau tinggal di asrama, beliau telah terpengaruh dan 3 terpikat dengan ajaran Kristian yang diajar oleh warden asrama tersebut. ..... Contoh penulisan nota bawah dan penggunaan Ibid. 26
  27. 27. Gaya Penulisan UMS ______________________ 1 Mohd Farid Linggi, Kehidupan Dalam Tiga Dimensi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1998, hlm.9. 2. Ibid.3. Ibid., hlm. 63. 3.1. Penggunaan op. cit. Perkataan op. cit. Berasal daripada perkataan Latin opere citato yang bermaksud dalam karya tersebut. Perkataan ini digunakan apabila sumber rujukan yang digunakan oleh penulis tidak lagi berturutan.Contoh:...Setelah berjaya di tawan semula dari tentera Jepun, Negeri Sabah telah ditadbir 1 2sementara oleh British Military Administration (BMA) sehingga 15hb. Julai 1946 . Inibertujuan untuk memulihkan semula keamanan dan ketenteraman yang pada masa itu 27
  28. 28. Gaya Penulisan UMSmasih lagi berada dalam keadaan peperangan dan ketegangan antara kaum kesanpeninggalan dasar pentadbiran tentera Jepun. Di bawah pentadbiran BMA, keamanandan ketenteraan di Negeri Sabah telah dapat dipulihkan dalam tempoh yang singkat.Kebanyakan penduduk yang melarikan diri ke kawasan pedalaman semasa pentadbirantentera Jepun telah kembali semula ke pusat-pusat bandar yang ditinggalkan semasaPerang Dunia Kedua. Sandakan yang pernah menjadi pusat pentadbiran, perdagangandan pelabuhan yang terpenting semasa pentadbiran BNBCC telah terjejas teruk akibat 3Perang Dunia kedua. Sir Edward Twinning yang telah dilantik oleh Kerajaan Britishmenjadi gabenor Negeri Sabah (Borneo Utara) yang pertama selepas tamatnya PerangDunia Kedua telah menggambarkan kemusnahan bandar Sandakan seperti berikut: No town in the world wear the wounds of war more terribly and more honourably than does Sandakan. Where ever we look there is destruction, far beyond more repair. It is because of this nearly total destruction that Sandakan now appears a new town in spite of its 4 hundred years old history . Sementara itu, kemusnahan Negeri Sabah akibat Perang Dunia Kedua telahdijelaskan oleh H.M. Baker seperti berikut: 28
  29. 29. Gaya Penulisan UMS The general situation was at first chaotic and one of the essential needs was the situation of law and order...North Borneo was more heavily damaged in the war than any other British Colony. Sandakan and Labuan towns had been completely destroyed and others, including Jesselton, heavilly damaged... The general health of the population had suffered from malnutritim and lack of drugs...Communition never good, were now almost non-existent. Such roads as had existed had been damaged by Japanese heavy and tracked vehicles and, as the end of the war approached, 5 bridges had been blown upKemusnahan besar yang dialami oleh Negeri Sabah telah menyebabkan pentadbiranBNBCC telah menyerahkan Negeri Sabah kepada Kerajaan British dengan pampasan 6 7sebanyak £1,4000,000.00 melalui North Borneo Order in Council pada 10hb. Julai1946....Contoh penulisan nota bawah dan penggunaan op. cit. dalam teks: _____________________ 1 Untuk penjelasan lanjut, sila lihat Peter Chay, Sabah The Land Below The Wind. Kota Kinabalu: Foto Technik Sdn. Bhd., 1988. Juga lihat H.M. Baker, Sabah The first Ten Years As A Colony 1946-1956, Singapore:Malaya Publishing House, 1965. 2 Peter Chay, op. cit., hlm. 14 3 H.M. Baker, op. cit., hlm. 37. 29
  30. 30. Gaya Penulisan UMS4 Supriya Bhar, “Sandakan One Hundred Years 1879-1979”, (tiada tahun & tiada penerbitan), hlm. 18.5 H.M. Baker, op. cit., hlm 31-32.6 Cecilia Leong, Sabah The First 100 Years, Kuala Lumpur: Percetakan Nan Yang Muda Sdn. Bhd., 1982, hlm. 197.7 Ibid., hlm. 33. 3.2 Lampiran-lampiran Lampiran mengandungi borang soal selidik, data mentah, surat, foto, laporan-laporan berkaitan, statistik, peta, program komputer dan sebagainya. Setiap lampiran harus disertakan tajuk. Perkataan “LAMPIRAN” diletakkan di sudut atas sebelah kanan (santak kanan) Format: Huruf : Tahoma/Arial Saiz Huruf : 11 Selang Baris : Satu (1) Langkau Susunan :Disusun mengikut urutan muka surat tesis/disertasi 30
  31. 31. Gaya Penulisan UMSContoh: LAMPIRAN A Model indeks-indeks pasaran saham di Bursa Saham Kuala Lumpur. Model 1: KLSECI = 0.824 – 0.308TBIL3MTH + 0.549AVR3MTH -0.274IBR7DAY (-2.934)* (3.575)* (-2.988)* Model 2: HARTANAH = 0.335 – 0.3821BR7DAY (-3.696)* Model 3: KEWANGAN = 1.608 – 0.4461 IBR 7 DAY – 0.384TBIL3MTH + 0.48AVR3MTH (-5.084)* (5.403)* (-3.055)* 31
  32. 32. Gaya Penulisan UMS FORMAT BIBLIOGRAFIRujukan merangkumi semua sumber yang digunakan sebagai rujukan dalampenulisan tesis/disertasi. Rujukan disetiap hujung bab tidak diperlukan.Semua bahan yang dirujuk dan digunakan dalam sesuatu penulisan, sama adadalam sistem pengarang-tarikh atau nota bawah atau nota hujung, hendaklahdimasukkan ke dalam bahagian ini. Setiap bibliografi ditulis seperti berikut:Nama Pengarang (nyatakan sama ada penyunting. penyusun ataupenyelenggara-jika berkaitan). Tahun diterbitkan. Tajuk Penerbitan. BilanganEdisi (jika ada). Bilangan Jilid (jika ada). Tempat diterbitkan. Nama Penerbit.Nombor muka surat (untuk artikel dalam jurnal atau bab dalam buku).Setiap rujukan yang digunakan mestilah disusun mengikut abjad. Manakalarujukan untuk laman Web/e-mel tidak melebihi daripada 5% daripadarujukan yang digunakan.Format menulis bibliografi seperti berikut:Saiz Huruf : 11Jenis Huruf : Tahoma/ArialSelang Baris : Satu (1) Langkau (Single Spacing)Selang Antara Rujukan : Dua (2) Langkau (Double Spacing) 32
  33. 33. Gaya Penulisan UMSContoh menulis bibliografi:1.1 Rekod Kerajaan Yang Tidak Diterbitkan Contoh: 1. C.O. 874/466-Immigration. 2. Colonial Office 874/1104 – War With Japan.1.2 Dokumen Rasmi yang Tidak Diterbitkan Contoh: 1. Memorandum Persefahaman Antara Kerajaan Negeri Sabah dan The Summer Institute of Linguistics. 2. Kerajaan Negeri Sabah. Sabah Second Agriculture Policy: 1999- 2010, Kota Kinabalu: Sabah Government Printers.1.3 Laporan-Laporan Kerajaan Contoh: 1. PERANGKAAN PERDAGANGAN LUAR SABAH. 1986. Jabatan Perangkaan Malaysia. 3-21. 2. Rosenberry, R. (ed.). 2002. World shrimp farming 2002. Annual Report Number 15. San Diego, USA: Shrimp News International. 3. World Health Report 1998. World Health Organization (WHO). 1998. .1.4 Fail-fail Arkib Contoh: 1. North Borneo Central Archive. No. 66 – Educational Policy of State-General. 2. North Borneo Central Archive, No. 725- Borneo Fishing Company at Si Amil Island- General.1.5 Fail-fail Jabatan 33
  34. 34. Gaya Penulisan UMS Contoh: 1. Fail Pejabat Daerah Beaufort PDB. 7/273/11 – Waran Peruntukan 1986. 2. A Report on Socio-Economic Survey of Fisherman at Kuala Penyu District, 1986. KO-NELAYAN.1.6 Akhbar Contoh: 1. Berita Harian. 1987. Kebangkitan Masyarakat Melayu. 2. Parrish, M. 1992. L. A. firm helps utility with innovative plan. Los Angeles Times, 4 August 1992. 2 pp.1.7 Tesis/Latihan Ilmiah Contoh: 1. Zulkornain bin Yusof. 1996. Kedudukan Saudara Kita di Sabah, Satu Kajian Permulaan. Kertas Projek Institut Teknologi MARA Cawangan Sabah. (Tidak diterbitkan). 2. Cheong, C. H. P. 1999. Perbandingan morfologi Dolichoderus (Kumpulan thoracius) (HYMENOPTERA: FORMICIDAE) dari Sabah dan Semenanjung Malaysia serta potensi Dolichoderus sp. (Kumpulan thoracius) Sabah sebagai agen kawalan biologi serangga perosak. Tesis Sarjana. Universiti Malaysia Sabah.1.8 Kertas Kerja Contoh: 1. Ismail Abas.1989. Tarian-tarian Ritual Sabah, Fungsinya dan Masa Depannya. Kertas Kerja Dialog Borneo II. Kota Kinabalu. 12- 16 September. Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah. Badan Bahasa Sabah Dengan Kerjasama GAPENA dan Kerajaan Negeri Sabah. 34
  35. 35. Gaya Penulisan UMS 2. Primavera, J. H. 1994. Shrimp farming in the Asia Pasific: Environmental and trade issues and regional cooperation. Paper presented at the Nautilus Institute Workshop on Trade and Environment in Asia-Pacific.: Prospects for regional cooperation. East-West Centre Honolulu, Philipines, 23-25 September. 3. Anton, A. 2003. Bioindicators in River Quality Maganegemt. Bengkel Enviro-course 2002- Kualiti Air. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.1.9 Buku Contoh: 1. Ahmat Adam. 1992. Sejarah dan Bibliografi Akhbar dan Majalah Melayu Abad Kesembilan Belas. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia. 2. Zimmerman, H. J. 1996. Fuzzy set theory and its application. 2nd ed. New Delhi: Allied Publishers Ltd and Kluwer Academic Publishers. 3. Dhont, J., Lavens, P. & Sorgeloos, P. 1993. Preparation and use of Artemia as food for shrimp and prawn larvae. In McVey, J. P. (ed.). CRC Handbook of Mariculture Crustacean Aquaculture 2nd edition, volume 1, pp. 289-313. Boca Raton: CRC Press.1.10 Ensiklopedia Contoh: 1. Coolier’s Encyclopedia. vol. 16. 1985. London: Macmillan Educational Company. 2. Bignell, D. E. & Eggleton, P. 1998. Termites. In Calow, P. (ed.) Encyclopedia of ecology and environmental management. Blackwell scientific, pp 744-746. Oxford. 3. Treece, S.D. 2000. Shrimp Culture. In Stickney, R.R. (ed). Encyclopedia of Aquaculture, pp. 798-868. New York: John Wiley and Sons.1.11 Kamus Contoh: 35
  36. 36. Gaya Penulisan UMS Abd. Bin Nuh dan Oemar Bakry. 1996. Kamus Melayu-Arab-Inggeris. Kuala Lumpur: Victory Agencies.1.12 Artikel Contoh: 1. Appell, G.N.1972. “Murut Depopulation and The Sipitang Lun Dayeh.” JMBRAS,45 (2). 2. Shiau, S.Y. & Liu, J.S. 1994. Quantifying the vitamin K requirement of juvenile marine shrimp, Penaeus monodon, with menadione. Journal of Nutrition 124:227-282.1.13 Filem Contoh: Filem Cereka. 1972. Kabus Malam. Jakarta: Puncak Keris.1.14 Peta Contoh: Jabatan Pertanian Sabah. 1996. Peta Taburan Asosiasi Tanah.1.15 Laman Web/E-mel Contoh: 1. “Salvation Army International Headquaters” dlm. http//www.salvation.org.hk/www/what is salvation army/home.htm. 26 September 2004. 2. Potter, L., Brookfield, H. & Byron, Y. 2002. The eastern Sundaland region of south-east Asia, www.unu.edu/unupress/unupbooks/uu14re/uu14re14.htm. *Nota: - Butiran bagi bahan rujukan elektronik hendaklah dicatat kesemua, termasuk tarikh bahan tersebut dicetak. - Rujukan elektronik dari laman web persendirian tidak digalakkan melainkan dari pihak yang diiktiraf umum sebagai pakar atau pihak berkuasa atau mana-mana sumber rasmi.1.16 Responden Yang Ditemu Bual 36
  37. 37. Gaya Penulisan UMS Contoh: Razak Janau. 74 tahun. Jalan Bukit, Kampung Padas, Papar. Ketua Kampung Padas. “Sosio-ekonomi Penduduk Tempatan Pada Zaman Penjajah.” 26 September 2003. FORMAT RUJUKANRujukan merupakan bahan yang dirujuk dalam teks sahaja. Bahan rujukanhendaklah disusun mengikut abjad. Temubual peribadi, Anonymous dan jugarujukan daripada internet tidak dibenarkan melainkan sumber rasmi dan E-Jurnal yang diperakui.Berikan semua maklumat yang lengkap yang mengandungi butiran sepertiberikut:Nama Pengarang (.) Tahun Penerbitan (.) Judul Buku – condong (.) Penyunting,Penyusun, Penterjemah, Penyelenggara – jika ada(.) Nama Siri Buku dan Jilidatau Bilangan Dalam Siri – jika ada (.) Edisi – jika ada (.) Bilangan Jilid – jikaada (.) Tempat Terbit (Bukan Negara) (:) Nama Penerbit(.)Format menulis rujukan seperti berikut:Saiz Huruf : 11Jenis Huruf : Tahoma/ArialSelang Baris : Satu (1) Langkau (Single Spacing)Selang Antara Rujukan : Dua (2) Langkau (Double Spacing)Contoh menulis rujukan: a. Pengarang Tunggal Contoh: 37
  38. 38. Gaya Penulisan UMS 1. Ford, H. 1997. The International Jew. Johannesburg: Global Publisher. 2. Magurran, A. E. 1988. Ecological diversity and its measurement. London: Croom Helm.b. Pengarang Bersama Contoh: 1. Ahmad Fawzi Basri, Mohd. Idris Salleh & Shafee Saad. 1991. Bumi Kita Dipijak Milik Orang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Maryati, M., Azizah, H. & Arbain, K. 1996. Terrestrial ants (Hymenoptera: Formicidea) of Poring, Kinabalu Park, Sabah. In Edwards, D. S., Booth, W. E. & Choy, S. C. Tropical rainforest research-current issues. Monographiae biologicae (eds), pp. 117-123. Kluwer Academic Publishers, London.c. Edisi Contoh: 1. Gilchrist, J. D. 1989. Extractive Metallurgy. (3rd edition). Oxford: Pergamon Press. 2. Barnes, R.S.K. 1984. Estuarine Biology (2nd edition). London: Edward Arnold.d. Karya dengan judul sahaja (Tanpa pengarang) Contoh: Akta. 2001. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 171). Kuala Lumpur: International Law Book Service.e. Karya Susunan Contoh: Hamzah Hamdani (ed.). 1980. Esei Sastera Dalam Pengajaran, Penyelidikan dan Pentadbiran Universiti. Kumpulan Kertas Kerja 2. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. 38
  39. 39. Gaya Penulisan UMSf. Karya Suntingan Contoh: Rose, R. (ed).1974. Electoral Behavior: A Comparative Handbook. New York: Free Press.g. Karya Selenggaraan Contoh: Badriyah Haji Salleh & Tan Liok Ee (ed). 1996. Alam Pensejarahan Dari Pelbagai Perspektif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.h. Karya Terjemahan Contoh: Wheare, K. C. 1980. Kerajaan Persekutuan. Terj.. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.i. Karya Berbilang Jilid Contoh: Ensiklopedia Pembangunan Sabah. 1981. Jld. 6. Kota Kinabalu: Usaha Baru. *Nota: Jld. Bermaksud Jilid.j. Kertas Kadangkala Contoh: Sharifah Rofidah Habib Hassan. 2003. Perayaan Di Sabah. Kertas Kadangkala Bil. 2. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.k. Monograf 39
  40. 40. Gaya Penulisan UMS Contoh: 1. Zainah Ahmad. 2003. Politik Sabah Sebelum Penjajahan Jepun. Monograf 3. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. 2. Mohammad Raduan Mohd. Ariff. 1993. Teknologi Pengangkapan Ikan di Sabah. Khazanah. Siri Dokumentasi Akademi Pengajian Melayu, Bil. 3, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.l. Karya Dalam Jurnal Contoh: Mahani Musa. 1999. Malay Secret Societies in Penang: 1830s-1920s. Journal of The Malaysian Branch of The Royal Asiatic Society. 65(2):151-182. *Nota: Huruf tebal ialah nombor jilid dan nombor dalam kurungan ialah nombor keluaran dan diikuti dengan nombor halaman selepas noktah bertindih.m. Berita/Rencana Dalam Akhbar Contoh: New Straits Times. 2001. Sabah to Tap Potential in Health Tourism. New Straits Times. 3 October: 9. *Nota: Nama Pengarang (.) Tahun (.) Tajuk Berita/ Rencana (.) Nama Akhbar (,) Hari/Bulan (:) Halaman (.)n. Bab Dalam Buku Contoh: 1. Zaki Tahir. 2003. Pendatang Asing Di Sabah. Dalam Sharifah Habib Hasan dan Zainah Ahmad (ed.). Kesan Politik. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah., hlm. 18-38. 2. Mustafa, S. & Ridzwan, A. R. 1998. Nucleic acid profiles in mackerel, Rastrelliger Kanagurta, From west coast of Sabah. In Mohamed, M., Bernard, H. (eds.). Tropical Ecosystem Research in Sabah, pp. 56-52. Kota Kinabalu:ums. 3. Sabihah Osman. 2000. Tawau: Pusat Kegiatan Ekonomi Orang Jepun. Abdul Halim (ed.). Sabah dalam Perluasan 40
  41. 41. Gaya Penulisan UMS Pasaran. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia., hlm. 31.42.o. Karya Dalam Pascasidang Contoh: 1. Ismail Haji Ibrahim. 2000. Senario Seni Lukis Sabah: Stail dan Tema. Borneo 2000: Proceedings of the Sixth Biennial Borneo Research Conference. UMS. 557-586. 2. Homathevi, R., Maryati, M., Eggleton, P., Jones, D. T. & Davies, R. G. 2000. Termites (Insecta: Isoptera) Fauna of Danum Valley Conservation Area, Sabah, East Malaysia. Borneo 2000: environment, conservation and land. Proceedings of sixth biennial Borneo research conference. July 10-14, 2000. Kuching Sarawak.p. Karya Dalam Majalah Contoh: Aliran. 2000. Sarawak native blockade pulp mill project. Aliran 20 (10:33)q. Ulasan Buku Contoh: Badriyah Haji Salleh. 2001. Ulasan buku J. H. Drabble. 2000. An Economic History of Malaysia, c. 1800-1990: The Transition to Modern Economic Growth. Hampshire: Macmillan Press. Journal of The Malaysian Branch of The Royal Asiatic Society 124(1):111-114.r. Kertas Kerja, Laporan dan Minit Mesyuarat Contoh: Minit Mesyuarat Seminar Pascasiswazah. 2002. Minit Mesyuarat Seminar Pascasiswazah. Pusat Pengajian Pascasiswazah Universiti Malaysia Sabah Kali Pertama. Kota KInabalu. Sabah. 5 Jun. 41
  42. 42. Gaya Penulisan UMSs. Tesis/Disertasi Contoh: 1. Mat Zin bin Mat Kib. 2000. Perkembangan Mazhab-mazhab Agama Kristian di Sabah. Sekolah Sains Sosial. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. 2. Yap Beng Liang. 1977. Orang Bajau Pulau Omadal, Sabah: Satu Kajian Tentang Sistem Budaya. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.t. Filem dan Karya Muzik i. Filem Contoh: Ramlee, P. 1962. Laksamana Do Re Mi. Filem cereka. Singapura: Shaw Brother. ii. Video Contoh: Muzium Sabah. 1968. Menangkap Ketam Batu di Mengkabong, Tuaran, Sabah. Filem Dokumentari. Jabatan Muzium Sabah. iii. Slaid Contoh: Pugh-Kitingan, J. 1976. Jenis-jenis Tarian Masyarakat Peribumi Sabah. Slaid. Sekolah Sains Sosial. Universiti Malaysia Sabah. iv. Karya Muzik Contoh: Johari Salleh. 1986. Lambaian Kasih dalam Citra Malaysia. Chorus dan Orkestra. Kassim Masdor (konduktor). Laserlight Series 12036. Santiago: Delta Music Incorporated. v. CD-Rom 42
  43. 43. Gaya Penulisan UMS Contoh: MacRae, S. 1995. Introduction to Research Design and Statistic. CD Leicester: British Pshychological Society. vi. Temubual Contoh: Stephens, B. 1998. Kegiatan Mubaligh Kristian di Sabah. Temu bual. 25 Mei. vii. Bahan Rujukan Elektronik Contoh: 1. “Keputusan Mahkamah Internasional atas Permohonan Intervensi Pemerintah Filipina dalam Kasus Pulau Sipadan dan Ligitan” (atas talian) http://www.dfadeplu.go.id/policy/releases/2002/pr- 56-251001.htm. Dicetak 13 September 2002. 2. Potter, L., Brookfield, H. & Byron, Y. 2002. The Eastern Sundaland region of south-east Asia, www.unu.edu/unupress/unupbooks/uu14re/uu14re 14.htm.*Nota: - Butiran bagi bahan rujukan elektronik hendaklah dicatat kesemua, termasuk tarikh bahan tersebut dicetak. - Rujukan elektronik dari laman web persendirian tidak digalakkan melainkan dari pihak yang diiktiraf umum sebagai pakar atau pihak berkuasa atau mana-mana sumber rasmi. 43
  44. 44. Gaya Penulisan UMS FORMAT KULIT DAN PENJILIDAN1.1Muka Kulit Bahagian Depan Tesis Bahagian kulit depan tesis wajib mengandungi perkara-perkara berikut mengikut tertib; Tajuk Tesis : Tahoma/Arial 18 Nama Calon : Tahoma/Arial 18 Nama Sekolah : Tahoma/Arial 18 Nama Universiti : Tahoma/Arial 18 Tarikh Tahun Viva : Tahoma/Arial 18 Warna Kulit : Biru gelap Warna Huruf : Emas Logo : Tidak dibenarkan Jenis Kulit : Keras1.2Bahagian Tulang Belakang Tesis a. Bahagian tulang belakang tesis tebalnya kurang 25mm wajib mengandungi perkara-perkara berikut mengikut tertib; 44
  45. 45. Gaya Penulisan UMS Nama Pengarang (memanjang) : Tahoma/Arial 16 Nama Ijazah (memanjang) : Tahoma/Arial 16 Tarikh Tahun Viva (memanjang) : Tahoma/Arial 16 Singkatan Nama Universiti (memanjang) : Tahoma/Arial 16 b. Bahagian tulang belakang tesis tebalnya lebih 25mm wajib mengandungi perkara-perkara berikut mengikut tertib; Nama Pengarang (memanjang) : Tahoma/Arial 16 Nama Ijazah (melintang) : Tahoma/Arial 16 Tarikh Tahun Viva (melintang) : Tahoma/Arial 16 Singkatan Nama Universiti (melintang) : Tahoma/Arial 161.3Penjilidan Tesis dijilid secara Jahit Kekulit dan bermuka kulit keras di bahagian depan dan belakang. a. Contoh tesis yang tebalnya kurang 25mm. 45
  46. 46. Gaya Penulisan UMSb. Contoh tesis yang tebalnya melebihi 25mm. 46
  47. 47. Gaya Penulisan UMSc. Contoh tesis yang disediakan lebih daripada satu jilid. 47
  48. 48. Gaya Penulisan UMS PENYERAHAN TESISSetiap pelajar harus mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihakPascasiswazah seperti berikut:a. Calon Pascasiswazah hendaklah menyerahkan Notis Penyerahan Tesis/Disertasi (Borang PPPSUMS 13/2004) dalam tempoh 3 bulan sebelum tarikh penyerahan tesis.b. Tempoh penyerahan Notis Tesis/Disertasi perlu diselaraskan.c. Jawatankuasa Pascasiswazah (JPSPIU) mencadangkan nama Pemeriksa Luar dan Dalam serta Ahli Jawatankuasa Viva Voce dalam borang PPPSUMS13/2004.d. Pemeriksa Dalam dicadangkan oleh SPIU dari kalangan tenaga akademik UMS yang berkaitan dengan bidang tesis calon.e. Bagi tujuan Pemeriksaan Lisan perlu diserahkan sebanyak 5 naskhah.f. Setelah pembetulan perlu diserahkan sekurang-kurangnya 4 naskah kepada PPPS dan PPPS akan menghantar kepada SPIU dan Perpustakaan. 48
  49. 49. Gaya Penulisan UMS RUJUKANAllison, B. 1997. Preparing Dissertations and Thesis. London: Kogan Page Limited.Cavina, Kristan. 1995. Critical Thinking and Writing: A Developing Writesr’s guide with readings. Belmont : Wadsworth Publishing Company.Creswell, John W. 1994. Research Design: Qualitative and Quantitative Approaches. London: SAGE Publications.Gaya Dewan. 1995. Gaya Dewan (edisi ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Gaya UKM. 1998. Panduan Menulis Tesis Gaya UKM (edisi keenam). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. LAMPIRAN A TANDA PRUF DAN CARA PENANDAAN DALAM TEKSKerja pruf bertujuan untuk menyemak penulisan ilmiah pelajar. Penyeliadiminta agar merujuk kepada sistem penandaan pruf, supaya tidakmengelirukan golongan pelajar. Berikut adalah prosedur penandaan pruf.Tanda Pruf Cara Penandaan di dalam Teks 49
  50. 50. Gaya Penulisan UMSTanda Pruf Cara Penandaan di dalam Teks 50
  51. 51. Gaya Penulisan UMSTanda Pruf Cara Penandaan di dalam Teks 51
  52. 52. Gaya Penulisan UMSTanda Pruf Cara Penandaan di dalam Teks 52
  53. 53. Gaya Penulisan UMS LAMPIRAN B53
  54. 54. Gaya Penulisan UMS PERKARA-PERKARA YANG DIPERLUKAN DALAM MENULIS CADANGAN PENYELIDIKANi. Tajuk Kajianii. Pengenalan: a. Permasalahan Kajian b. Hipotesis Kajian c. Hasil Yang Diharapkan d. Objektif Kajianiii. Sorotan Kajian Lepas / Sorotan Literatur - Merupakan ulasan kajian lepas atau terdahulu yang berkaitan dengan penyelidikan.iv. Metodologi Kajianv. Bibliografi/Rujukan 54
  55. 55. Gaya Penulisan UMS PERKARA-PERKARA YANG DIPERLUKAN DALAM MENULIS CADANGAN PENYELIDIKANi. Tajuk Kajianii. Pengenalan: a. Permasalahan Kajian b. Hipotesis Kajian c. Hasil Yang Diharapkan d. Objektif Kajianiii. Sorotan Kajian Lepas / Sorotan Literatur - Merupakan ulasan kajian lepas atau terdahulu yang berkaitan dengan penyelidikan.iv. Metodologi Kajianv. Bibliografi/Rujukan 54
  56. 56. Gaya Penulisan UMS PERKARA-PERKARA YANG DIPERLUKAN DALAM MENULIS CADANGAN PENYELIDIKANi. Tajuk Kajianii. Pengenalan: a. Permasalahan Kajian b. Hipotesis Kajian c. Hasil Yang Diharapkan d. Objektif Kajianiii. Sorotan Kajian Lepas / Sorotan Literatur - Merupakan ulasan kajian lepas atau terdahulu yang berkaitan dengan penyelidikan.iv. Metodologi Kajianv. Bibliografi/Rujukan 54
  57. 57. Gaya Penulisan UMS PERKARA-PERKARA YANG DIPERLUKAN DALAM MENULIS CADANGAN PENYELIDIKANi. Tajuk Kajianii. Pengenalan: a. Permasalahan Kajian b. Hipotesis Kajian c. Hasil Yang Diharapkan d. Objektif Kajianiii. Sorotan Kajian Lepas / Sorotan Literatur - Merupakan ulasan kajian lepas atau terdahulu yang berkaitan dengan penyelidikan.iv. Metodologi Kajianv. Bibliografi/Rujukan 54

×