Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Jodoh

935 views

Published on

  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Jodoh

  1. 1. Jodoh: Mencari atau MenungguSEL, 22 FEB 2011 10:24 | HARIZ KHAIR AD-DEEN | MAWARYANGTINGGISaya tertarik dengan satu soalan yang dibawakan oleh seoranguser komuniti.iluvislam berkenaan jodoh.Persoalannya, "Betulkah kita hanya menanti si bulan (si dia) yangbernama jodoh? Usaha tidak perlu ke?"Pada mulanya saya tersenyum.Yelah, lagi-lagi jodoh. Lagi-lagi isu jodoh.Namun, setelah saya fikir-fikirkan kembali. Soal jodoh ini bukansuatu soal yang boleh diremeh-remehkan sebenarnya. Saya kira,hampir setiap dari manusia itu akan melalui satu tahap di mana mereka akan mula memikirkantentang persoalan jodoh.Justeru, silap dalam kefahaman terhadapnya mampu memberi kesan negatif yang cukup besarterhadap masyarakat. Gejala sosial yang menular dengan sungguh dahsyatnya pada masyarakatkita kini juga tidak dapat tidak, salah satu faktornya adalah kesilapan dalam memandang isu jodohini.Jadi akhirnya, saya memilih untuk menulis tentang isu evergreen itu di sini.Ramai yang keliruJika kita lihat pada masyarakat sekeliling kita hari ini, dapat kita simpulkan bahawa ramai yangkeliru berkenaan persoalan jodoh.Sejak di bangku sekolah lagi kita dapat melihat remaja-remaja kita ramai yang sudah mulamencari jodoh mereka. Untuk mencari kecocokan, mereka mula kenal-mengenal. Surat-suratcinta, sms, dan berbagai cara lagi mereka gunakan untuk memastikan adakah si dia itu jodohku?Kemudian, gejala ini berlaku dengan semakin rancak apabila pelajar-pelajar mula masuk diuniversiti-universiti. Ramai yang tidak mahu kelepasan dalam berusaha untuk jodoh mereka.Dengan kemudahan IT yang lebih canggih, sms, chatting, e-mail, dan facebook digunakan untukmencari pasangan idaman mereka. Kemudiannya, ramai yang terjebak dengan gejala couple.Mereka hangat bercinta.Namun, menurut apa yang saya lihat sendiri di hadapan mata ramai yang akhirnya clash ataupunistilah lainnya break-up. Yang berkekalan mungkin ada, namun bilangannya tidak banyak.Bahkan, tidak kurang juga mereka yang telah berkali-kali tukar pasangan, namun tetap jodohmereka tidak diketemukan.Janji-janji setia di waktu kehangatannya cinta, kebanyakannya hanya tinggal kata-kata yangmenyakiti jiwa.Namun, mengapa semua ini berlaku?Usaha telah kita letakkan, namun mengapa masih si dia yang bernama jodoh tidak hadir-hadirdalam hidup kita?Atau apakah selama ini kita silap dalam berusaha?Jodoh – suatu ketentuan?
  2. 2. Sebelum saya heret permasalahan ini dengan lebih mendalam, suka saya sentuh dasar topik iniyakni perihal jodoh.Jodoh, adakah ia suatu ketentuan?"... Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telahmengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." - [Surah Ath-Thalaq, 65: 3]Benar. Jodoh itu merupakan salah satu ketentuan dari Allah.Malah, bagi orang Islam, meyakini Qadha dan Qadar yang ditentukanNya merupakan suatukewajipan. Beriman kepada Qadha dan Qadar, merupakan salah satu dari rukun iman. Yaknibererti, tidak beriman kepadanya akan membawa kepada iman yang tidak sempurna.Sebagaimana dalam sebuah hadis mahsyur berkenaan rukun Iman (saya hanya memetiksebahagian darinya),Malaikat jibril yang pada ketika itu menyerupai seorang lelaki berkata, "Kemudian beritahukanlahpadaku tentang Iman."Rasulullah s.a.w. bersabda,"Iaitu hendaklah engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari penghabisan - kiamat - dan hendaklah engkau beriman pula kepada takdir (Qadhadan Qadar), yang baik ataupun yang buruk, semuanya dari Allah jua."Lelaki itu berkata: "Tuan benar."[HR. Muslim]Maka di sini perlu kita lihat bahawa soal jodoh dan pertemuan ini semuanya berada terletak padaketentuan Allah. Tiada sesuatupun yang akan berlaku, melainkan dengan izinNya.Berbalik pada persoalan awal kita, maka perlukah kita berusaha untuknya?Usaha yang sebenarnyaSudah menjadi sunnatullah (hukum alam, berdasarkan ketetapan Allah), bahawa dalammendapatkan apa-apa sahaja di dalam dunia ini, kita perlu kepada sesuatu yang kita panggilusaha.Baik. Bagaimana untuk kita berusaha dalam soal jodoh ini? Adakah sejak sekarang, kitaseharusnya sudah mula berusaha mencari?Saya sependapat dengan Ustaz Hasrizal.Dalam persoalan usaha ini, pertamanya, ada baiknya kita ukur kain di badan sendiri dahulu.Jika dalam masa terdekat kita tahu yang kita belum bersedia untuk melangsungkan pernikahan(atas apa-apa sebab sekalipun), maka usaha mencari @ menawan itu masih tidak perlu.Masa terdekat itu kita boleh ambil dalam lingkungan setahun.Ya, tidak perlu. Mengapa?Kerana apabila kita sudah mula mencari, dalam keadaan diri langsung amat jauh dari persediaanuntuk menikah itu sendiri, maka, banyak masalah bakal timbul. Percaya?Setelah berkenal-kenalan, dan saling meminati mungkin, sudah menjadi lumrah kedua-dua insanitu pasti mahu mengikat diri mereka dengan pasangannya itu, dengan suatu ikatan atauperhubungan. Melalui ikatan itu mereka akan rasa saling memiliki dan punya masa depanbersama.
  3. 3. Namun, cuba katakan, apakah masih ada ikatan yang sah (halal) yang dapat ada antara duaorang bukan mahram, selain dari ikatan pernikahan?Tiada.Yang ada mungkin persaudaraan dalam Islam. Dan, itu tidak mengubah apa-apa, kerana ia tidakpula menghalalkan mereka untuk saling berhubungan.Lalu, akhirnya kita dapat melihat ramai di antara mereka yang bercouple dan mengadakan janjisetia untuk mengikat perhubungan mereka.Dan tempoh masa yang masih panjang (dari masa pernikahan) tadi akan menarik mereka untukmembuat perkara-perkara lain pula. Zina hati jangan di cerita. Zina tangan (persentuhan) danzina-zina lain juga dengan mudah dapat dilakukan apabila diri sudah tidak mampu lagi menahansyahwat."Mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzinadengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula bolehberzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia." - [HR Bukhari dan Muslim]Malah akhirnya, berdasarkan pemerhatian saya sendiri, tidak ramai di antara mereka yang dapatmempertahankan hubungan mereka. Perpisahan terjadi.Itulah hasilnya apabila perhubungan yang diadakan hanya dilandaskan atas suka sama suka,tetapi tidak hadir bersamanya tanggungjawab. Dan kesilapan kita juga, yang kadang meletakkanketepi kuasa Allah dalam persoalan jodoh. Naudzubillahimindzalik.Dan wahai hati-hati yang suci.. Jikalaupun ikatan yang dibina itu mampu berkekalan sekalipun,namun, apakah yang masih kita mahu berharap padaNya, jika usaha yang diletakkan pun tidakmenepati kehendak syarak atau lebih jelasnya, bertentangan dengan kehendak Allah?Justeru, di sini suka saya tekankan sekali lagi.Jika kita tahu bahawa kita belum lagi merancang untuk memasuki gerbang pernikahandalam tempoh terdekat ini, justeru, tidak perlulah pada usaha mencari jodoh. Dikhuatiri,usaha itu hanya bakal mengundang perkara buruk kepada rumah tangga kita kelak.Jodoh itu dalam ketentuanNya, maka, jika kita mahu berusaha pun, mengapa kita perlumengambil usaha-usaha yang tidak Dia suka? Bukankah akhirnya, Dia juga yang menentukansegala?Jika sudah mampuSeperti yang saya katakan bagi mereka yang sudah merancang untuk melakukan pernikahandalam masa terdekat, tidak salah untuk mereka mula berusaha untuk mencari bakal pasanganmereka. Dan semestinya dalam tempoh ini, batas-batas pergaulan tetap perlu dijaga.Sebaik-baiknya, kita ikuti sunnah. Baik di pihak lelaki maupun perempuan. Yakni jika sudah adayang berkenan, gunakan orang tengah untuk mengenali latar belakang mereka, dan jugamemanjangkan hasrat.Dan jika merasakan tempoh untuk berkenal-kenalan itu diperlukan, maka ambillah jalan untukbertunang. Walau tetap, ia tidak menghalalkan apa-apa, namun ia adalah ruang terbaik untukmereka saling berkenal-kenalan sebelum bernikah.Usaha yang perlu digerakkan - Menjadi & Mempersiapkan diriOk. Kalau kita ini agak-agaknya lambat lagi mahu bernikah, maka adakah ini bererti kita tidakperlu berusaha apa-apa?Tidak juga sebenarnya. Usaha itu masih tetap ada.. tetapi dalam bentuk lain la.
  4. 4. Usaha yang perlu kita letakkan itu adalah lebih kepada MENJADI" daripada MENCARI.Ya. Kita pasti mahukan mereka yang soleh/ah untuk menjadi pasangan kita. Itu telah menjadilumrah. Oleh itu, dalam kita mahu mendapatkan yang soleh, kita perlu JADI soleh terlebih dahulu.kan?Iya. Kerana sesungguhnya, Allah akan menyediakan pasangan buat kita, sesuai dengantahap keimanan diri kita juga.Sebagaimana firmanNya dalam surah An-Nur, ayat ke-26,"Perempuan-perempuan yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untukperempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itubersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia(surga)." - [Surah An-Nur, 24: 26]Makanya, mahukan pasangan yang baik, usahanya, menjadi baik terlebih dahulu. Ini lebih utama.Allah yang menetapkan jodoh kita, maka kita perlu yakin, inilah cara yang sebaik-baiknya.Jika kita hanya limitkan definisi usaha kita hanya pada mencari, maka pada saya, kita sudah silapbesar.Mungkin... pasangan kita itu tampak soleh, tetapi tetap, kita akan dapat pasangan sesuai dengantahap iman kita juga. Baik akan dapat baik, inshaAllah. Jahat dapat jahat.Kalau jalan yang diambil pun kurang bertepatan dengan syarak, maka tak perlulah kita nakmengharapkan sangat yang baik dan sentiasa menjaga diri.Dan pada saya, usaha lain juga, yang tidak kurang utamanya, adalah mempersiapkan diri untukmenghadapi pernikahan.Mengapa? Kerana membina masjid hakikatnya bukan takat sehari dua. Tidak cukup. Cuma, jikakita mahukan masjid yang bertahan sehari dua juga mungkinlah.Oleh itu, persediaan dari sudut mental dan ilmu itu amat-amatlah perlu sejak sekarang lagi.Sebagai lelaki, kita perlu melatih diri kita agar mampu memimpin, mampu hidup berdikari. Dansudah tentu kemudiannya mampu menjadi qudwah atau contoh tauladan yang baik buat keluarga.Sebagai wanita pula, persiapkanlah diri kalian dengan ilmu. Harapannya, dengan tarbiyyah (didik)dari tangan-tangan kalian, anak-anak itulah yang bakal menjadi pejuang-pejuang Islam suatu harinanti, inshaAllah. Kalian perlu sedar, bahawa kalianlah pentarbiyyah utama generasi masahadapan. Masa depan umat, hakikatnya, terletak di tangan-tangan kalian.Dan tanggungjawab sebesar itu, seharusnya disertai dengan persiapan yang tidakkurang besarnya juga.Latihan-latihan dan persiapan diri ini... mampukah dilakukan hanya sehari dua, atau cukupkahhanya sebulan sebelum pernikahan?Sudah tentu tidak.Maka ayuh, kita mula mempersiapkan diri kita mulai hari ini juga.Jika redha Allah yang dicari...Sudah nampak apa yang harus dilakukan?
  5. 5. Saya jadi teringat akan kisah saya masa sekolah dahulu. Melihat rakan-rakan ramai yangbercouple, perasaan takut itu muncul, dikhuatiri nanti semua habis dikebas orang (haha.. yeke?).Oleh sebab itu saya juga tidak terlepas dalam usaha mencari jodoh ini, kononnya. Dandiringkaskan cerita, di waktu saya hampir saja mahu mengambil tindakan itu (bercouple), sayadiberikanNya petunjuk (dalam bentuk ilmu dan kefahaman) bahawa rupanya pemahaman sayaselama ini silap. Alhamdulillah.Jika mahu diikutkan, tatkala petunjuk itu sampai, boleh sahaja saya untuk menidakkannya,dengan tetap meneruskan perancangan dan kehendak saya. Namun, saya sedar, bukankahtindakan saya itu hanya suatu tindakan yang bodoh?Allah sudah pun memberi petunjukNya, dan ditakuti, selepas ini, Dia tidak lagi ingin memberipetunjuk kepada saya, atas sebab saya tidak pandai menghargai petunjuk yang telah Dia berikan.Maka, bukankah pada hakikatnya saya hanya menzalimi diri saya sendiri?Justeru, suka saya katakan, jika petunjuk Allah yang kita cari, jika redha Allah yang kitamahukan dalam rumah tangga kita nanti, maka berusahalah... dengan usaha yang sesuaidengan apa yang Allah izinkan.Jika kita sibuk menggauli perempuan sana, perempuan sini, lelaki sana, lelaki sini, sedangkan,jodoh kita masih belum kita ketahui siapa, maka, pada pendapat peribadi saya, kita juga seakan-akan sudah berkhianat kepada bakal jodoh kita nanti. Benarkah? Ya, kerana kemesraan dansebagainya itu, bukankah hanya layak untuk pasangan halal kita sahaja? Dan di pihak kita pun,kalau boleh, sudah tentu kita juga mahukan mereka yang soleh dan masih terperlihara jugabukan?Kerana.. sudah menjadi lumrah manusia, akan lebih tertarik pada sesuatu yang terpelihara danterjaga.Dan sudah tentu, apa yang menjadi lebih besar lagi, adalah kerana kita seakan-akan menidakkankuasa Allah taala. Naudzubillahimindzalik. Terkadang, kita lebih beriman (percaya) kepadausaha kita, berbanding iman (kepercayaan) kita terhadap Qadha dan Qadar yang ditentukanAllah.Ya. Manusia itu digalakkan berusaha. Namun, usaha-usaha yang mengundang murkaNya, apakahitu akan dikiraNya sebagai usaha yang baik dalam isu jodoh ini? Jika kita mahukan pasangan yangtidak soleh, mungkin.. ia masih dapat dikira sebagai usaha.Namun, bukan itu yang kita mahukan bukan?Di sini, kita perlu yakin bahawa hakikatnya, setiap apa-apa yang berlaku itu, berada dalamkekuasaanNya. Gejala zina, buang anak dan sebagainya pada hari ini, atas kefahaman dankepercayaan yang silap dalam hal ini juga.Justeru, ayuh kita kembali meletakkan Al-Quran dan sunnah sebagai teras dalam hidupmasyarakat kita.Yakinlah, jalan yang Allah tentukan ini, bukan untuk menidakkan fitrah kita. Tidak. Sebaliknya,Allah mahu memeliharanya. Ianya, demi kebaikan kita juga.Wahai hati-hati yang suci. . .Katakanlah,Jika petunjukNya telah sampai, masihkah aku mahu menidakkannya?" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya,dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapabertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah
  6. 6. melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." -[Surah Ath-Thalaq, 65: 2-3]

×