PPB3033              PENGANTAR PENGURUSAN                    TUGASAN 1           MOTIVASI & KERJA BERPASUKANNAME          ...
ISI KANDUNGANBIL          PERKARA            MUKA SURAT 1.   PENGENALAN 2.   LATAR BELAKANG SYARIKAT 3.   MOTIVASI 4.   KE...
PENGENALAN       Pengurusan didefinisikan sebagai proses merancang, mengorganisasi, memimpin danmengawal daya usaha anggot...
1.0 LATAR BELAKANG SYARIKAT.                        Rajah 1. Logo MUTIARA Smart Computing.Mutiara Smart Computing Sdn Bhd....
Objektif syarikat       Sebagai pembekal peralatan dan perkhidmatan ICT kepada badan-badan kerajaan serta       sektor swa...
2.0 MOTIVASIMotivasi sering dikaitkan dengan kejayaan atau sesuatu yang telah dicapai selari dengankeinginan dan impian de...
bagaimanapun, semua pandangan dari teori-teori tersebut berkait rapat dengan matlamat, usaha,keperluan dan kepuasan penyem...
peka                                            dengan                                          perbezaan                 ...
Organisasi ini memainkan peranan aktif dalam membangunkan industri tempatan yangberdaya saing di peringkat global dengan m...
Rajah 5. Peningkatan inovasi dengan kaedah SATRIASumber: Laporan tahunan 2010 MUTIARA Smart Computing Sdn. Bhd. Dimuat tur...
Administrator (CCNA) dan Microsoft Certified Profesional (PKM), mereka dapat memberikanperkhidmatan IT yang berkualiti unt...
dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), CODE8 adalah program latihanbimbingan dan mentor yang direka untuk me...
Justeru, hal ini memberikan motivasi kepada bukan sahaja kakitangan MSCSB bahkanjuga kepada para graduan di pusat pengajia...
3.0 KERJA BERPASUKANKajian-kajian menunjukkan bahawa kerja berpasukan dapat menyerlahkan potensi danmeningkatkan prestasi ...
Berdasarkan Rajah 5 di bawah terdapat lima tahap pembentukan kerja berpasukan denganpenerangan ringkas bagi setiap tahap. ...
Rajah 6 di bawah menerangkan secara ringkas mengenai kerja berpasukan yang berkesan.                                      ...
bagaimana hubungan mereka berkembang dari masa ke masa. Mereka mengesan dan bertindakbalas kepada perubahan dalam pasaran ...
Dalam rajah 7 di atas merujuk kepada lapan nilai-nilai murni dalam SATRIA1 yangharus ada dan diamalkan oleh setiap ahli MS...
Nilai kelima iaitu kelebihan dalam prestasi (edge in performance) dalam menghasilkankeputusan yang berkualiti atau perkhid...
dalam pasukan kerja bersilang fungsi masih berpusatkan kepada ketua pasukan yang memainkanperanan sebagai perunding, penas...
Hal ini merupakan salah satu faktor kejayaan MSCSB kerana kerja berpasukan di bawahkepimpinan ketua yang berkaliber lebih ...
4.0 REFLEKSI       Dapatan kajian syarikat Mutiara Smart Computing Sdn. Bhd. (MSCSB) menunjukkansyarikat ini mementingkan ...
dengan menggunakan polisi yang membabitkan penyertaan pekerja dan menggalakkan pekerjauntuk mengemukakan pandangan dalam m...
meningkatkan prestasi organisasi mahupun prestasi pekerja. Selain itu, faedah pekerjakadangkala dirujuk sebagai faedah sam...
5.0 RUMUSAN       Sebagai rumusan daripada kajian ini, ternyata bahawa motivasi dan kerja berpasukanadalah amat penting da...
BIBLIOGRAFIKhalip ( 2011). Unit 7 : Motivasi. Dalam Marinah Awang & Suzyanty Mohd Shukory (Eds).       Modul Pengantar Pen...
LAMPIRAN 11. Nama Syarikat             :   MUTIARA Smart Computing Sdn Bhd2. Alamat Syarikat           :   No.1 Jalan BK 1...
LAMPIRAN 2              PENCAPAIAN                 1’st Intel OEM in Malaysia                 1’st Microsoft OEM in Malays...
LAMPIRAN 3
LAMPIRAN 4
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Pengantar Pengurusan-Mutiara Smart Computing

2,539 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
2,539
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
42
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Pengantar Pengurusan-Mutiara Smart Computing

  1. 1. PPB3033 PENGANTAR PENGURUSAN TUGASAN 1 MOTIVASI & KERJA BERPASUKANNAME : ZALIA FATIN BT ZAINIMATRIC NO. : D20111048113GROUP :CLECTURER : DR. MARINAH AWANGSUBMIT DATE : 5 NOVEMBER 2012
  2. 2. ISI KANDUNGANBIL PERKARA MUKA SURAT 1. PENGENALAN 2. LATAR BELAKANG SYARIKAT 3. MOTIVASI 4. KERJA BERPASUKAN 5. REFLEKSI 6. RUMUSAN 7. LAMPIRAN 8. BIBLIOGRAFI
  3. 3. PENGENALAN Pengurusan didefinisikan sebagai proses merancang, mengorganisasi, memimpin danmengawal daya usaha anggota-anggota organisasi serta menggunakan sumber-sumber yang lainbagi mencapai matlamat-matlamat yang ditetapkan dalam organisasi dengan cekap dan berkesan.Dalam pengurusan terdapat beberapa aspek pengurusan antaranya ialah persekitaran pengurusan,pembuatan keputusan, struktur organisasi, motivasi, kerja berpasukan, kawalan dan lain-lain.Tugasan individu bagi kursus Pengantar Pengurusan (PPB3013) sesi 2012/2013 ini ialahmengenal pasti dua antara aspek-aspek Pengantar Pengurusan dalam mana-mana satu organisasiyang berjaya. Organisasi yang dipilih dalam kajian ini adalah Mutiara Smart Computing Sdn.Bhd. Kajian bagi Smart Computing Sdn. Bhd. berkonsepkan motivasi dan kerja berpasukan.Objektif kajian ialah: 1) Memahami dua antara aspek-aspek pengurusan iaitu aspek motivasi dan kerja berpasukan. 2) Menghubungkan dua antara aspek pengantar pengurusan seperti aspek motivasi dan kerja berpasukan dalam Mutiara Smart Computing Sdn. Bhd .
  4. 4. 1.0 LATAR BELAKANG SYARIKAT. Rajah 1. Logo MUTIARA Smart Computing.Mutiara Smart Computing Sdn Bhd. dahulu dikenali sebagai MIMOS Smart Computing Sdn.Bhd. (MSCSB) telah ditubuhkan pada tahun 1998, dengan modal sebanyak RM10 Juta danmempunyai kakitangan seramai 150 pekerja Bumiputera. MSCSB merupakan sebuahorganisasi yang pada amnya terlibat secara terus dalam bidang teknologi maklumat dankomunikasi (ICT) Malaysia dan mengkhususkan kepada perkhidmatan, pengeluaran,penyelenggaraan dan pengedaran perkakasan ICT. Aktiviti perniagaan utama MSCSB merangkumi pengeluaran peralatan ICT,penjualan dan pembekalan perkakasan, perkhidmatan sewaan peralatan ICT, khidmatsokongan perkakasan yang dijual atau disewa oleh pihak kami, serta pengurusan projek-projek berlandaskan kegunaan perkakasan keluaran kami.
  5. 5. Objektif syarikat Sebagai pembekal peralatan dan perkhidmatan ICT kepada badan-badan kerajaan serta sektor swasta. Mengenal pasti dan membantu meningkatkan syarikat milik bumiputera agar lebih berdaya saing dalam penyertaan bidang ICT.Misi syarikat Menjadi pengeluar komputer dan peranti utama di Malaysia. Di kenali sebagai pengeluar komputer tempatan yang terulung. Menjadi sebuah IT Solution Centre. Berkembang dan maju ke arena antarabangsa untuk meluaskan pasaran dan kesedaran jenama SMART.Visi syarikat Menyokong matlamat kerajaan untuk mencapai status masyarakat yang berpengetahuan dalam bidang ICT. Meningkatkan tahap pemilikan komputer tempatan di Malaysia dengan menawarkan produk terbaik dan mampu milik.
  6. 6. 2.0 MOTIVASIMotivasi sering dikaitkan dengan kejayaan atau sesuatu yang telah dicapai selari dengankeinginan dan impian dengan mendorong keupayaan individu untuk membuat keputusan sendiridalam segala tindakan yang diambil. Motivasi yang menjadi faktor seseorang itu bersungguh-sungguh, komited dan istiqamah dalam mencapai sesuatu yang diingini atau yang mahudilaksanakan. Steers dan Porter (1983) (seperti dipetik dalam Khalip, 2011, ms.103), menjelaskanbahawa perkataan motivasi diambil dari perkataan Inggeris iaitu motivation yang berasal dariperkataan Latin iaitu movere yang bermaksud menggerakkan. Menurut Strenberg (1997) (dipetikdalam Yusmalina Md Yusoff, 2010, ms.1), motivasi adalah „impulse‟ iaitu dorongan atau bisikanhati, „desire‟ iaitu keinginan dan hasrat yang amat sangat, atau „needs‟ iaitu keperluan yangmenyebabkan seseorang itu bertindak. menurut(Moriss & Maisto, 1999) (dipetik dalamYusmalina Md Yusoff, 2010, ms.1), motivasi adalah satu bentuk arahan yang datang dari dalamdiri individu secara paksa untuk memenuhi keperluan dan kehendak individu yang akhirnyamembangkitkan organisma untuk menuju kepada matlamat. Oleh itu, motivasi secara umumnyatelah didefinisikan dengan pelbagai istilah seperti hasrat, kemahuan, matlamat akhir, niat,objektif dan tujuan. Terdapat lapan teori yang digunakan dalam kajian terhadap motivasi termasuk HierarkiKeperluan Maslow, Teori X dan Teori Y McGregor, Teori Dua Faktor Herzberg, Teori TigaKeperluan McClelland, Teori Penetapan Matlamat, Teori Pengukuhan dan Teori Ekuiti. Masing-masing memiliki andaian dan pendapat yang berbeza dalam kajian mereka. Walau
  7. 7. bagaimanapun, semua pandangan dari teori-teori tersebut berkait rapat dengan matlamat, usaha,keperluan dan kepuasan penyempurnaan kendiri. HIERARKI KEPERLUAN MASLOW TEORI X DAN JANGKAAN TEORI Y VROOM MCGREGOR EKUITI TEORI-TEORI DUA FAKTOR HERZBERG MOTIVASI TIGA PENGUKUHAN KEPERLUAN MCCLELLAND PENETAPAN MATLAMAT Rajah 2. Teori-teori motivasi dalam organisasi. Justeru, Robbins, DeCenzo dan Coulter (2011) (seperti dipetik dalam Khalip, 2011,ms.114-115) mendapati bahawa organisasi yang cemerlang harus berupaya mengiktirafkepentingan motivasi pekerja dan mengambil tindakan yang sesuai seperti peka denganperbezaan individu, menyesuaikan pekerja dengan jenis pekerjaan, menetapkan matlamat yangjelas dan mencabar, menetapkan matlamat yang mampu yang dicapai, mempelbagaikan bentukganjaran, menghubungkan ganjaran dengan prestasi, memastikan wujud keadilan dalam memberiganjaran, dan memberi keutamaan kepada ganjaran kewangan.
  8. 8. peka dengan perbezaan menetapkan individu menyesuaikan matlamat pekerja yang mampu dengan jenis dicapai. pekerjaan memberi LANGKAH menetapkan keutamaan MENINGKATKAN matlamat kepada MOTIVASI yang jelas ganjaran DALAM dan kewangan ORGANISASI mencabar memastikan mempelbagaikan wujud keadilan bentuk ganjaran dalam memberi ganjaran menghubungkan ganjaran dengan prestasi Rajah 3. Langkah meningkatkan motivasi dalam organisasi. Berkenaan dengan organisasi kajian iaitu bagi syarikat Mutiara Smart Computing Sdn.Bhd. (MSCSB), mereka amat mementingkan penentuan matlamat serta strategi yang jelas daningin serta mampu dicapai dalam satu jangka masa tertentu sebagai motivasi mereka. Hal iniadalah kerana MSCSB merupakan agensi strategik di bawah bidang kuasa Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi yang bertanggungjawab dalam memacu daya saing ekonomi Malaysiadalam membangunkan inovasi melalui penyelidikan gunaan dan pembangunan (R & D) dalamTeknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).
  9. 9. Organisasi ini memainkan peranan aktif dalam membangunkan industri tempatan yangberdaya saing di peringkat global dengan menjana usaha teknologi baru melalui memindahkanplatform teknologi kepada syarikat-syarikat penerima teknologi tempatan. Dalam usaha ini,MSCSB menetapkan perkongsian pintar dan kerjasama dengan universiti, institusi penyelidikan,kerajaan serta syarikat-syarikat tempatan dan luar negara. Sejak tahun 2006, MSCSB telah merangka satu set strategi pelaksanaan yang bertujuanuntuk mencapai visi utama organisasi iaitu untuk menjadi pusat penyelidikan teknologi yangutama di dunia tanpa sempadan dan misi untuk menjadi perintis maklumat inovatif dan teknologikomunikasi ke arah pertumbuhan industri tempatan yang berdaya saing di peringkat global.Strategi tersebut ialah set lapan strategi pelaksanaan, yang juga dikenali sebagai “StrategicAdaptive Tools Realised for Innovation Acceleration (SATRIA) ”, yang menekankan pendekatanmental kepahlawanan yang diperlukan untuk menjayakan transformasi organisasi. Rajah 4. Set pelaksanaan lapan strategi SATRIA.Sumber: Laporan tahunan 2010 MUTIARA Smart Computing Sdn. Bhd. Dimuat turun darihttp://www.mimos.my/wp-content/uploads/2012/05/AR2010_270612.pdf.
  10. 10. Rajah 5. Peningkatan inovasi dengan kaedah SATRIASumber: Laporan tahunan 2010 MUTIARA Smart Computing Sdn. Bhd. Dimuat turun darihttp://www.mimos.my/wp-content/uploads/2012/05/AR2010_270612.pdf Merujuk kepada matlamat yang jelas melalui SATRIA dan ia pula disebarkan kepadasemua ahli MSCSB maka mereka akan lebih bermotivasi dan berusaha bersama-sama untukmencapai matlamat yang ditetapkan oleh organisasi. Selain mempunyai matlamat yang jelas dan mencabar, MSCSB juga memberi motivasikepada seluruh kakitangan syarikat dengan menyesuaikan pekerja dengan jenis pekerjaan.Contohnya, MSCSB ada menyediakan perkhidmatan keselamatan rangkaian, pembangunanperisian, integrasi sistem dan banyak lagi, sehubungan dengan itu mereka memiliki pekerjamahir atau profesional dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.Tambahan pula, dengan memiliki sebilangan kakitangan teknikal yang terlatih dan berkelayakan,beberapa dengan Microsoft Certified System Engineer (MCSE), Cisco Certified Network
  11. 11. Administrator (CCNA) dan Microsoft Certified Profesional (PKM), mereka dapat memberikanperkhidmatan IT yang berkualiti untuk memenuhi kepuasan dan harapan pelanggan MSCSB. Pekerja yang mempunyai kemahiran bersesuaian dengan jenis pekerjaan akanmeningkatkan motivasi dan memberikan semangat serta mengurangkan tekanan yang melampaudalam persekitaran pekerjaan. Hal ini adalah kerana peratusan tekanan yang melampau ditempat kerja semakin meningkat dari tahun ke tahun di samping memberikan kesan terhadapkesihatan seperti menghadapi risiko sakit jantung. Pekerja yang bermotivasi akan menggunakankeupayaan dan kemahiran yang maksimum serta kurang tekanan kerana mereka dapatmelakukan pekerjaan yang mereka sukai dan yang sesuai dengan kemahiran mereka, pekerjayang kurang bermotivasi pula sebaliknya. Tambahan pula pekerja bermotivasi juga dapatmenajamkan lagi kemahiran serta kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan segala permasalahandan memberikan hasil keputusan yang berkualiti. Tambahan pula, kebanyakan pekerja kerja masa kini lebih masa kerana berkehendakkanpeningkatan dalam kerjaya seperti kenaikan pangkat atas desakan taraf hidup yang semakintinggi selain untuk memenuhi perancangan matlamat syarikat tanpa menyedari bahawa iamempengaruhi tahap kesihatan mereka. Menurut para pengkaji, sesiapa yang bekerja dalamtempoh masa yang lama mempunyai risiko sebanyak 80 peratus (%) untuk mendapat masalahkardiovaskular dan selain itu mudah diserang tekanan perasaan, darah tinggi dan amalan dietyang tidak terancang atau tersusun. Daripada laporan tahunan 2010 MSCSB atau MIMOS, pada 9 Nov, 50 perantis siswazahmenerima sijil mereka selepas tamat program Pusat Kepakaran Domain Pecutan MIMOS atauCentre of Domain Expertise Acceleration (CODE8). Program ini dilancarkan pada Oktober 2009
  12. 12. dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), CODE8 adalah program latihanbimbingan dan mentor yang direka untuk menyediakan pengalaman di tempat kerja untuk paragraduan tempatan dan asing yang berkelayakan dalam bidang Teknologi Maklumat danKomunikasi ( ICT). Kumpulan perantis yang pertama menjalani latihan dalam bidang khususseperti teknologi semantik, pengetahuan dalam kejuruteraan, pengkomputeran maju, sistem tanpawayar tertanam, ujian perisian dan ukuran, ontologi dan teknologi perisian pengaturcaraan yangterkini dalam Java, Linux, C + + dan Share Point. CODE8 menawarkan gabunganlatihan dalam kelas sasaran, perubahantingkah laku dan latihan kerja diMIMOS bawah bimbingan penyelidikterkemuka, saintis dan jurutera MIMOS.Daripada jumlah yang pertamakumpulan graduan, 29 telah terlibat Rajah 6. Datuk Seri Khaled Nordin bersama kumpulan perantis CODE8.dalam kehidupan sebenar projekRancangan Malaysia ke sembilan yang membawa kepada potensi generasi Harta Intelek atauIntellectual Property (IP). Menteri Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed KhaledNordin berkata bahawa CODE8 adalah satu titik permulaan yang akan membawa kepada usahaberterusan dalam menyokong aspirasi kerajaan untuk mengubah ke arah inovasi yang seiringdengan pembangunan ekonomi.
  13. 13. Justeru, hal ini memberikan motivasi kepada bukan sahaja kakitangan MSCSB bahkanjuga kepada para graduan di pusat pengajian tinggi awam mahupun swasta untuk meningkatkanlagi kemahiran dari segi intelek dan kemahiran teknikal. Hal ini adalah untuk melahirkan pekerjasepara mahir dan mahir yang akan menjadi rebutan organisasi atau syarikat dari dalam atau luarnegara. Melalui peningkatan tenaga kerja, maka ekonomi negara dapat ditingkatkan dandimajukan setaraf negara-negara maju seperti Jepun. Kakitangan MSCSB juga diberi galakan dan motivasi untuk bekerja dengan kreativiti,inovatif dan produktif supaya hasil yang bakal diperoleh berkualiti tinggi. Tambahan lagi,dengan galakan tersebut MSCSB dapat menghasilkan produk-produk yang berteknologi tinggiyang mendapat pengiktirafan dalam dan luar negara hasil daripada kreativiti dan inovatifkakitangan MSCSB.Rajah 7. Antara ciptaan MSCSB yang mendapat pengiktirafan inovasi bertaraf dunia.Sumber: Laporan tahunan 2010 MUTIARA Smart Computing Sdn. Bhd. Dimuat turun darihttp://www.mimos.my/wp-content/uploads/2012/05/AR2010_270612.pdf.
  14. 14. 3.0 KERJA BERPASUKANKajian-kajian menunjukkan bahawa kerja berpasukan dapat menyerlahkan potensi danmeningkatkan prestasi apabila tugasan yang melibatkan pelbagai kemahiran, pengalaman danpenilaian digabungkan. Dalam erti kata yang lain, kerja berpasukan mampu membantu sesebuahorganisasi memaksimumkan bakat dan kemahiran antara anggota dalam kumpulan yang bekerjabersama-sama ke arah satu sasaran matlamat. Kerja berpasukan ditakrifkan sebagai sebarang kumpulan manusia yang mempunyaitujuan umum yang sama dan masing-masing mengiktiraf ahli lain sebagai rakan sepasukan yangsama taraf (Ron Archer,1996) (seperti dipetik dalam Zahari, 2011, ms.142). Selain itu, Richardet al. (1995) (seperti dipetik dalam Zahari, 2011, ms.142) menyatakan kerja berpasukanmerupakan penyempurnaan tugas secara teknikal oleh individu yang terdiri daripada sepasukanatau sebilangan ahli. Kebanyakan pandangan ahli-ahli pengkaji mengenai kerja berkumpulanberhubung kait dengan sekumpulan individu bekerjasama mencapai sesuatu matlamat atauobjektif. Dalam kerja berpasukan akan melalui lima tahap pembentukan kerja berpasukan iaitutahap membentuk, tahap menggempur, tahap membentuk norma, tahap pelaksanaan dan tahappembubaran.
  15. 15. Berdasarkan Rajah 5 di bawah terdapat lima tahap pembentukan kerja berpasukan denganpenerangan ringkas bagi setiap tahap. Tahap melaksanakan Tahap membentuk norma Tahap menggempur Tahap pembubaran #ahli-ahli #merupakan #merupakan # merupakan #pasukan Tahap membentuk pasukan tahap tahap resolusi. tahap dibubarkan atau berkenalan ketidakpuasan. #kurang penghasilan. ditangguhkan. antara satu #konflik dan konflik, pening #mempunyai #pemimpin sama lain. ketidaksetujuan katan struktur dan pasukan tidak #mengenal berlaku. kesepaduan dan proses kerja diperlukan lagi. pasti jenis #gaya keharmonian. yang berkesan. #tugasan telah tingkah laku. kepimpinan #gaya #gaya selesai. #wujud rundingan kepimpinan kepimpinan #tahap ketidakpastian adalah sesuai. yang sesuai yang sesuai penamatan. dalam pasukan. #tahap adalah adalah #gaya perkembangan penglibatan. penurunan kepimpinan yang sederhana. #tahap kuasa. autoktratik perkembangan #tahap adalah sesuai. yang tinggi. perkembangan #tahap yang menonjol. perkembangan yang rendah. Rajah 8. Tahap pembentukan kerja berpasukan.Sumber: Modifikasi berdasarkan Zahari (2011), Modul Pengantar Pengurusan, ms. 143-145,Tanjong Malim, Penerbit UPSI. Untuk menjadi sebuah organisasi yang berjaya, ia bergantung pada beberapa kualiti kerjaberpasukan yang berkesan. Elemen-elemen yang penting dalam mewujudkan kerja berpasukanyang berkesan ialah matlamat yang jelas, kemahiran, kepercayaan, komitmen, komunikasi,kemahiran perundingan, kepimpinan, sokongan dari dalam dan dari luar. Tanpa elemen-elemenini maka kerja dalam satu pasukan tidak akan dapat menghasilkan sesuatu keputusan yangterbaik malah akan menjadi sebaliknya. Justeru tanpa kerja berpasukan yang berkesan, ia akanmemberikan impak yang negatif kepada sesebuah organisasi.
  16. 16. Rajah 6 di bawah menerangkan secara ringkas mengenai kerja berpasukan yang berkesan. Matlamat yang jelas #setiap ahli jelas dan faham keperluan tugasan. Kemahiran Sokongan dari luar #berkongsi matlamat #kemahiran teknikal dan #membantu ahli yang sama. interpersonal yang pasukan kerja untuk relevan dimiliki oleh melaksana dan setiap ahli. menyiapkan tugasan #memudahkan kerja dan dengan lancar menjimatkan masa. Sokongan dari dalam Kepercayaan #membantu ahli #mencerminkan pasukan kerja untuk tahap integriti. melaksana dan Kerja menyiapkan tugasan #mengukuhkan dengan lancar. berpasukan kesepaduan. yang Komitmen Kepimpinan berkesan #setiap ahli #merupakan bertanggungjawab tunjang kepada serta memikul keutuhan amanah yang sesebuah pasukan diberikan. kerja. Kemahiran Komunikasi perundingan #melibatkan #hasil kerja dalam pemberian arahan kerja berpasukan dan pelaporan. dapat diuruskan #melancarkan dengan baik. proses kerja. Rajah 9. Kerja berpasukan yang berkesan.Sumber: Modifikasi berdasarkan Zahari (2011), Modul Pengantar Pengurusan, ms.152-153,Tanjong Malim, Penerbit UPSI. Sebagai pusat R &D kebangsaan dalam ICT, MSCSB memupuk hubungan dan kerjasamadalam mewujudkan hubungan antara bakat, idea-idea, pengetahuan, motivasi, aspirasi, strategidan hasil bagi mentakrifkan sempadan dan membentuk semula proses dalam kehidupan. Sebagaititik tumpuan ekosistem, mereka memupuk faktor-faktor ini yang saling berkaitan dan memantau
  17. 17. bagaimana hubungan mereka berkembang dari masa ke masa. Mereka mengesan dan bertindakbalas kepada perubahan dalam pasaran dan pertandingan dalam menilai permintaan, dan menilaikesan perubahan dasar dan trend global. Bagi MSCSB, mereka amat mementingkan kerja berpasukan kerana mereka memahamibahawa kerja berpasukan adalah penting untuk mengeratkan hubungan antara ahli MSCSB danjuga mampu menghasilkan satu pulangan berharga mengikut matlamat yang diharapkan.Daripada lapan strategi pelaksanaan, SATRIA1 iaitu Nilai Teras Kepimpinan dianggap asaskepada kejayaan pelaksanaan tujuh strategi yang selebihnya. SATRIA1 merupakan pusatmemupuk perkongsian satu set nilai-nilai yang disasarkan membentuk sikap ahli MSCSB danuntuk meningkatkan potensi kreatif dan inovatif mereka. SATRIA 1 uncompromising integrity edge in performance culture of enviosioning technology innovation, creativity and leadership productivity shared vision among team teaming as way of life members flawless execution of accountability for all commitments actions Rajah 10. Nilai kerja berpasukan MSCSB.Sumber: Laporan tahunan 2010 MUTIARA Smart Computing Sdn. Bhd. Dimuat turun darihttp://www.mimos.my/wp-content/uploads/2012/05/AR2010_270612.pdf.
  18. 18. Dalam rajah 7 di atas merujuk kepada lapan nilai-nilai murni dalam SATRIA1 yangharus ada dan diamalkan oleh setiap ahli MSCSB iaitu integriti tanpa kompromi(uncompromising integrity), kepimpinan teknologi jangkaan (enviosioning technologyleadership), visi yang dikongsi bersama dalam kalangan ahli pasukan (shared vision among teammembers), pelaksanaan komitmen yang sempurna (flawless execution of commitments),kelebihan dalam prestasi (edge in performance), budaya inovasi, kreativiti dan produktiviti(culture of innovation, creativity and productivity), bekerjasama sebagai satu cara hidup(teaming as way of life) dan akauntabiliti dalam setiap tindakan (accountability for all actions). Integriti tanpa kompromi (uncompromising integrity) menerangkan mengenai setiaptindakan yang diambil perlu selaras dengan penghakiman moral yang standard dan konsistendengan kod etika MSCSB. Nilai kedua ialah kepimpinan teknologi jangkaan (enviosioningtechnology leadership) yang menunjukkan kesungguhan untuk memperoleh pengetahuanteknikal yang diperlukan, kemahiran dan kecekapan untuk mencapai keputusan atau untukmemenuhi keperluan pelanggan dengan berkesan. Nilai ketiga ialah visi yang dikongsi bersama dalam kalangan ahli pasukan (shared visionamong team members) menunjukkan pemahaman tentang hubungan antara tanggungjawab kerjasendiri dengan keseluruhan matlamat organisasi dan keperluan, serta dapat melaksanakan tugasseseorang dengan matlamat yang lebih luas. Nilai keempat ialah pelaksanaan komitmen yangsempurna (flawless execution of commitments) iaitu untuk menerapkan, mengekalkan danmeningkatkan serta mendalami pengetahuan luas atau kemahiran khusus untuk mencapai hasilatau perkhidmatan berkesan kepada pelanggan. Menunjukkan keprihatinan untuk memenuhikeperluan pelanggan dalaman dan luaran dengan cara memberikan kepuasan kepada pelanggandengan sumber-sumber yang sedia ada.
  19. 19. Nilai kelima iaitu kelebihan dalam prestasi (edge in performance) dalam menghasilkankeputusan yang berkualiti atau perkhidmatan yang melebihi piawaian organisasi. Seterusnyanilai keenam, budaya inovasi, kreativiti dan produktiviti (culture of innovation, creativity andproductivity). Nilai ini menjurus kepada penyesuaian diri dengan mudah untuk menukar, melihatmerit dari kedudukan yang berbeza dan strategi dalam respons kepada maklumat baru atauperubahan dalam keadaan. Nilai yang seterusnya ialah kerja berpasukan sebagai satu cara hidup (teaming as way oflife) iaitu mampu untuk membangunkan kerjasama dan kesepakatan ke arah menghasilkanpenyelesaian yang lebih baik, yang secara umumnya memberikan manfaat kepada semua pihakyang terlibat. Nilai yang terakhir ialah akauntabiliti dalam semua tindakan (accountability for allactions) iaitu dalam membuat keputusan secara rasmi dan bijak, setelah membuat pertimbanganyang sebaiknya dalam setiap tindakan. Selain bertanggungjawab atas semua keputusan dantindakan yang diambil. Selain nilai-nilai yang terkandung dalam SATRIA 1 diterapkan pada ahli-ahli MSCSB,MSCSB juga menjalankan kerja berpasukan secara bersilang fungsi. Petikan dari ModulPengantar Pengurusan menyatakan pasukan bersilang fungsi terdiri daripada ahli pasukan dariparas hierarki yang sama yang bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu tugasan, tetapi darijabatan atau unit yang berbeza. Menurut Glenn (1994) (seperti dipetik dalam Zahari, 2011,ms.148), pasukan bersilang fungsi adalah sangat berperanan dan tidak mempunyai batasantertentu. Selain itu, pasukan bersilang fungsi diberi bidang kuasa dan tanggungjawab yang lebihbagi merancang dan mengendalikan sesuatu projek yang memerlukan koordinasi, kerjasamaserta input yang berkenaan daripada semua pihak yang terlibat (Lussier & Achua, 2000) (sepertidipetik dalam Zahari, 2011, ms.148). Lussier dan Achua, 2000, juga menyatakan kepimpinan
  20. 20. dalam pasukan kerja bersilang fungsi masih berpusatkan kepada ketua pasukan yang memainkanperanan sebagai perunding, penasihat dan pemudah cara. Antara jabatan dalam MSCSB ialahjabatan Pembangunan Perisian dan PusatKejuruteraan, Capaian dan OperasiTeknologi, Strategi dan PerancanganTeknologi dan sebagainya. Walaupunberada dalam jabatan dan unit yang berbezanamun ahli-ahlinya berusaha dan bekerjasama Rajah 11. Pasukan kerja di salah sebuah jabatan dalam MSCSB.dalam melaksanakan matlamat dalammembangunkan pelan-pelan yang dirancang seperti Teknologi Hijau, Keselamatan Informasi,Pengkomputeran Grid, Nanoelektronik dan banyak lagi. Tambahan lagi, matlamat bagi mencapaimisi dan visi MSCSB yang telah dinyatakan pada awal pengenalan syarikat MSCSB. Pasukan bersilang fungsi sebenarnya memberi kelebihan bagi MSCSB kerana pasukanyang dibentuk mempunyai kepelbagaian dalam aspek kepakaran dan kemahiran yang dimilikisetiap ahli. Apabila kedua-dua aspek tersebut digabung, keputusan yang akan diperoleh daripadapenyelesaian masalah adalah yang terbaik seiring dengan peningkatan koordinasi antara ahlipasukan. Selain itu, perbezaan latar belakang contohnya daripada perbezaan jabatan atau unityang menumpukan pada kepakaran tersendiri, dapat mewujudkan daya kreativiti dan inovatifdalam mencari jalan untuk menyelesaikan tugasan mengikut ketetapan oleh ketua pasukan kerja.
  21. 21. Hal ini merupakan salah satu faktor kejayaan MSCSB kerana kerja berpasukan di bawahkepimpinan ketua yang berkaliber lebih terarah untuk dipandu kepada matlamat yang hendakdicapai organisasi mengikut ketetapan masa di samping mengelakkan pembaziran sumber, masa,dan organisasi dapat beroperasi seiring dengan peredaran masa global.
  22. 22. 4.0 REFLEKSI Dapatan kajian syarikat Mutiara Smart Computing Sdn. Bhd. (MSCSB) menunjukkansyarikat ini mementingkan aspek motivasi dalam organisasi dan juga kerja berpasukan.Penekanan terhadap dua aspek ini telah memberikan pulangan yang baik kepada MSCSB darisegi kepercayaan pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberikan selain menjana sebahagianpertumbuhan ekonomi negara. Hal ini adalah kerana Malaysia dapat mengurangkan kos yangmelibatkan agensi di luar negara kerana MSCSB dapat memberikan perkhidmatan yang setarafkepakaran di luar negara dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Selain itu,hasilnya ialah suatu ekosistem kerja berpasukan yang padu dan motivasi yang tinggi dalamkalangan ahli MSCSB dengan penciptaan dalam menghasilkan nilai produk komersial,penyelesaian dan platform teknologi, yang merupakan komponen kritikal dalam pembinaanekosistem organisasi yang berdaya saing. Dari konteks pengurusan, sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa kemenangan ataukejayaan dalam kerja, perniagaan, mana-mana pertandingan, dalam kalangan keluarga ataukomuniti adalah bergantung kepada ahli-ahli pasukannya. Sekiranya ahli-ahli pasukannya tidakberkomunikasi dengan berkesan, tiada bekerjasama, tiada motivasi dan menghadapi perselisihanfaham antara satu sama lain, pasukan itu semestinya akan kecundang. Satu pasukan adalahsekumpulan orang yang bekerja bersama atas satu tujuan. Setiap ahli menggunakan pengetahuan,kemahiran, usaha dan tenaga untuk membuahkan hasil yang membanggakan. Pengurus perlu menggunakan kuasanya dengan sewajarnya untuk mempengaruhi pekerjamenjalankan tugas masing-masing mengikut objektif yang telah ditetapkan oleh organisasi.Pekerja akan memandang tinggi kepada pihak pengurusan yang berwibawa. Tambahan pula
  23. 23. dengan menggunakan polisi yang membabitkan penyertaan pekerja dan menggalakkan pekerjauntuk mengemukakan pandangan dalam memajukan organisasi. Pandangan pekerja perlulahditeliti dan diambil tindakan yang sewajarnya sekiranya perlu. Kuasa yang keterlaluan akan menimbulkan ketidakselesaan dalam kalangan pekerja. Halini adalah kerana pekerja akan merasa tertekan dan ini akan menimbulkan gejala yang tidakdiingini seperti ingkar kepada arahan, kemerosotan disiplin pekerja dan sebagainya. Untukmendapatkan kesan yang baik, cara pengaruh yang baik yang perlu digunakan oleh pengurusadalah dengan menggunakan komunikasi yang memberangsangkan kepada pekerja. Pekerjaboleh dimotivasikan dengan menggunakan pengaruh atau kuasa. Pengurus sepatutnyamenggunakan pengaruhnya dengan sebaik mungkin untuk mendapatkan sokongan daripadapekerja. Setiap pekerja yang bermotivasi akan berkehendak untuk meningkatkan kemahiransecara berterusan dan latihan kemahiran adalah jalan yang terbaik perlu diambil oleh sesebuahorganisasi. Pekerja merasa yakin terhadap latihan kerana mereka menganggap bahawa latihanmerupakan kunci utama untuk maju. Penghargaan menerusi latihan akan menjadikan seseorangpekerja terus aktif menyumbangkan kepakarannya kepada organisasi. Keupayaan untuk belajarakan meningkatkan prestasi pekerja berkenaan. Jika sesebuah firma mendapatkan kemahiranbaru dan seterusnya diterapkan kepada pekerja-pekerjanya, sudah pasti ia dapat menguatkan lagidaya motivasi pekerja. Walau bagaimanapun pihak pengurusan perlu memikirkan jenis latihan yang sesuaidengan kehendak organisasi dan pekerja itu sendiri. Hal ini perlu kerana, tiada hasil yang bakaldiperoleh jika seseorang pekerja itu diberi latihan yang tidak dapat membantu dalam
  24. 24. meningkatkan prestasi organisasi mahupun prestasi pekerja. Selain itu, faedah pekerjakadangkala dirujuk sebagai faedah sampingan tetapi sebenarnya ia adalah unsur-unsur asas yangperlu dalam pakej pekerjaan. Faedah-faedah yang diberikan kepada pekerja adalah unsur-unsuryang terkandung di dalam keseluruhan penghargaan di samping gaji yang diterima. Kemudahan-kemudahan tersebut termasuklah perkara-perkara yang melibatkan nilai kewangan seperti skimpersaraan, insurans pekerja, bayaran perubatan, kemudahan pengangkutan, kemudahanpenginapan dan cuti. Meskipun faedah pekerja tidak menghasilkan motivasi secara terus, ia dapatmeningkatkan komitmen dan kepuasan bekerja terhadap syarikat atau organisasi. Di samping itu,faedah pekerja boleh meninggikan lagi kesetiaan pekerja terhadap syarikat. Contohnya, firma-firma di Jepun mempunyai pekerja-pekerja yang sangat taat kepada syarikat yang akhirnya dapatmeningkatkan produktiviti syarikat. Jika pengurusan organisasi berlaku sebaliknya, akan adasegelintir pekerja yang lebih cenderung untuk bertukar kerja selepas mendapat latihan keranamendapat tawaran yang lebih tinggi daripada firma-firma lain. Oleh itu pihak pengurusan perlulah memikirkan langkah-langkah yang sesuai agarpekerja yang telah diberi latihan tidak berhijrah ke tempat lain. Latihan-latihan untukmeningkatkan kemahiran dan kecekapan akan menjadikan seseorang itu lebih yakin denganpekerjaan yang dibuatnya. Di samping itu, latihan boleh mengurangkan pembaziran masa, tenagadan wang ringgit
  25. 25. 5.0 RUMUSAN Sebagai rumusan daripada kajian ini, ternyata bahawa motivasi dan kerja berpasukanadalah amat penting dalam sesebuah organisasi. Walaupun terdapat beberapa lagi aspekpengurusan seperti persekitaran pengurusan, pembuatan keputusan, struktur organisasi,pemimpin dan kepimpinan dan banyak lagi, namun aspek motivasi dan kerja berpasukan pentinguntuk mengekalkan kedudukan sesebuah organisasi. Kerja berpasukan adalah perlu untukmenjayakan matlamat organisasi dalam jangka masa yang dirancang dan ditetapkan. Pelbagaikemahiran, kreativiti, idea-idea dapat dikongsi antara ahli pasukan selain dapat mewujudkansuatu hubungan silaturahim, kerjasama dan tolak ansur walaupun saling tidak mengenalisebelumnya. Motivasi pula diperlukan untuk mengekalkan semangat setiap ahli pasukan untukterus berusaha menyiapkan tugasan dan memberikan suatu hasil yang berkualiti. Motivasibermula dengan kehendak seperti kehendak kenaikan pangkat, disusuli dengan usaha tanpa jemudan bersemangat akan memberikan hasil iaitu kejayaan mencapai apa yang dikehendaki dankepuasan kendiri.
  26. 26. BIBLIOGRAFIKhalip ( 2011). Unit 7 : Motivasi. Dalam Marinah Awang & Suzyanty Mohd Shukory (Eds). Modul Pengantar Pengurusan (ms.103-120). Tanjong Malim: Penerbit UPSI.Laporan Tahunan MIMOS 2007. Dimuat turun daripada http://pptpsmblog.intra.net.my/wp-content/uploads/2011/07/Profil-Syarikat_-bm.pdf pada 9 Oktober 2012.Laporan Tahunan MIMOS 2010. Dimuat turun daripada http://www.mimos.my/wpcontent/uploads/2012/05/AR2010_270612.pdf pada 15 Oktober 2012.Marinah Awang & Suzyanty Mohd Shukory (2011) (Eds). Modul Pengantar Pengurusan. Tanjong Malim: Penerbit UPSI.Portal Usahawan Bumiputera Pulau Pinang. Dimuat turun daripada http://www.bpp.icu.gov.my/eDirektori/?page=papar&cat_id=15&subcat_id=33&sid=103 0 pada 8 Oktober 2012.Tentang Mutiara Smart Computing. Dimuat turun daripada http://www.smart.com.my/index.php pada 8 Oktober 2012.Yusmalina Md Yusoff (2010). Pengenalan Motivasi . Dimuat turun daripada http://www.scribd.com/doc/45727523/Pengenalan-Motivasi pada 15 Oktober 2012.Zahari (2011). Unit 9 : Kerja Berpasukan Dalam Organisasi. Dalam Marinah Awang & Suzyanty Mohd Shukory (Eds). Modul Pengantar Pengurusan (ms.141-157). Tanjong Malim: Penerbit UPSI.
  27. 27. LAMPIRAN 11. Nama Syarikat : MUTIARA Smart Computing Sdn Bhd2. Alamat Syarikat : No.1 Jalan BK 1/13,Kinrara Industrial Park . Bandar Kinrara,6 ½ Miles,Jln Puchong 47180 Selangor.3. No. Telefon Dan No. Fax : +603 8075 7088 +603 8075 237624. Tarikh Penubuhan Syarikat : 10 November 19975. Jenis Perniagaan : Sendirian Berhad6. No. Pendaftaran : 357-02003731 Kementerian Kewangan7. Kod Bidang : 020101,020201,210101,210102,210103, 210104,210105,210106,2202098. Panel Bank & No Akaun : CIMB Bank Bandar Seri Petaling,28 Jln Radin Tengah, Bandar Baru Seri Petaling,57000 Kuala Lumpur. (1429-0002434-05-2)9. Kemudahan Kredit & Nilai : Malayan Banking Berhad, Menara Maybank,100 Jln Tun Perak 50050, Kuala Lumpur. (RM 60,000,000.00)10. Modal yang dibenarkan : RM10,000,000.0011. Modal Berbayar : RM10,000,000.00
  28. 28. LAMPIRAN 2 PENCAPAIAN 1’st Intel OEM in Malaysia 1’st Microsoft OEM in Malaysia Membekalkan peralatan ICT kepada semua Kementerian dan Agensi secara sewaan berpusat daripada tahun 1999 hingga 2004 Merupakan di antara 10 pembekal utama peralatan ICT di Malaysia PENGANUGERAHAN & PENGIKTIRAFAN Best Homegrown Desktop – PC.COM 2007 Best Local Notebook – PC.COM 2006 Best Local Budget Notebook – PC.COM 2005 Novell Silver Partner 2005 HP Platinum Imaging & Printing – HP 2004 Best Homegrown PC – PC.COM 2004 Best Desktop System – Hardware Magazine 2004 AMD Best System of the Month – Hardware Magazine 2004 INTEL Server Sales Achievement – Q3 2001 Outstanding Partner Award – Seagate 2001 Top Performing Resellers – Seagate 1999KHIDMAT SOKONGAN PENGGUNA
  29. 29. LAMPIRAN 3
  30. 30. LAMPIRAN 4

×