Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
BAHAGIAN A
Setiap penyelidikan yang dijalankan, bermula dengan permasalahan yang
ditemuioleh pengkaji. Berasaskan permasal...
4.Induktif
Penyelidikan kualitatif menganalisa data secara induktif bermaksudmendapatkan lebih banyak maklumat dalam tempo...
data berbentuk numerikal dan lebih menumpukan kepadaproses kajian. Skop kajiannya pula melibatkan bilangan peserta
kajian ...
MohdMajid (1990) menyarankan bahawa pemerhatian adalah sesuai digunakanuntuk mengkaji perkembangan tingkah l
aku sesuatu u...
mengambil masa yang lama serta dapat beramahmesra dengan peserta kajian. Temubual berstruktur adalah kaedah
yang terbaik b...
bahanini untuk membantu manusia memahami pelbagai perubahan dan pembentukanperadaban
melalui penelitian terhadap artifak p...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Bahagian a

691 views

Published on

  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Bahagian a

  1. 1. BAHAGIAN A Setiap penyelidikan yang dijalankan, bermula dengan permasalahan yang ditemuioleh pengkaji. Berasaskan permasalahan tersebut, pengkaji perlu memilihpendekatan yang sesuai untuk mengumpulkan data-data berkaitan. Sehubungan itupendekatan yang dipilih perlulah berdasarkan matlamat dan objektif kajian. Menerusipendekatan kualitatif pengkaji dapat menerangkan keadaan sebenar tentang apayang berlaku dalam lapangan selain ia bersifat humanistik, induktif dan holistik.Melalui pemerhatian, hubungan pengkaji dan peserta kajian akan menjadi rapat dandengan itu mereka boleh menjelaskan lagi hasil pemerhatian. Kaedah temubual pula,dapat menghasilkan data yang bersifat fleksibel kerana pengkaji bolehmengemukakan soalan bagi mendapatkan da ta yang menyeluruh. Begitu jugadengan penggunaan bukti dokumen, berupaya memperkukuhkan lagi data yangdipungut pada awal iaitu data pemerhatian dan temubual. Paling penting menerusigabungan data pemerhatian, temubual dan bukti dokumen membolehkan prosestriangulasi dijalankan. BAHAGIAN B Pendekatan kualitatif menekankan sumbangan yang banyak dalam bidangpenyelidikan. Pendekatan ini juga memberikan keyakinan yang jelas terhadapkesahan, keputusan dan fakta.Tugas penyelidik kualitatif adalah membuktikan percakapan dan perbuatanmanusia hasil daripada cara mereka menginterprestasikan kerumitan dunia mereka.Penyelidik kualitatif juga perlu memahami peristiwa kejadian dan perspektif responden. Dunia kehidupan respondenlah yang merangkumi bidang penyelidikandan penyiasatan. Kebenaran dalam konteks ini tertakluk pada kecenderungan tidakmenentu yang humanistik.Eisher (1979) menjelaskan, kaedah kualitatif menitikberatkan proses akibatdan keseluruhan yang tersusun bukannya pembolehubah bebas yang mementingkanmaksud bukannya statistik berkaitan tingkah laku. Kaedah kualitatif lebih berminatpada kesimpulan yang berdasarkan konteks yang berpotensi mewujudkan polisi barudan keputusan yang berbentuk kependidikan.Borton dan Lazarsfeld (1969) merumuskan kelebihan pendekatan kualitatif adalah seperti jaringan yang dibentangkan ke laut oleh nelayan laut dalam. Begitu jugalah penyelidikan kualitatif. Berbeza dengan kebanyakan kaedah tradisionalterhadap pengujian pengalaman pendidikan, penyelidikan kualitatif diklasifikasikanmelalui pemilihan metodologi, orientasi yang bebas daripada hipotesis danpenerimaan implisit pada kejadian alam semula jadi bagi segala peristiwa. Penyelidikmemperoleh pengertian berkaitan perspektif orang dalaman disebabkankeperluanmenjalinkan dan mengekalkan hubungan rapat dengan responden dan aktivitiresponden. Hubungan yang rapat ini membolehkan penyelidik melihat danmendokumentasikan kualiti sosial dan interaksi pendidikan yang sering ditinggalkanoleh penyelidik yang menggunakan kaedah penyelidikan positivistik.Oleh kerana laporan kualitatif tidak dibentangkan sebagai penjumlahanstatistik tetapi lebih kepada penerang an penyelidikan, ini mungkin memberikanfaedah kepada pelatih. Guru biasa, pekerja sosial dan jururawat adalah antara mereka yang mungkin tidak mempunyai pengetahuan dalam teknik pengukuran yangcanggih. Dengan itu, mereka mungkin cuba beralih kepada laporan kualitatif bagimenguji pengetahuan yang mungkin tidak bernilai. Tetapi pada masa yang samamemperoleh pemahaman baru berkaitan usaha-usaha mereka.Terdapat lima ciri penting dalam penyelidikan kualitatif seperti berikut: 1.Keaslian (Naturalistik) Penyelidikan kualitatif mempunyai kawasan yang berkaitan terus dengan datadan penyelidikan mempunyai kaitan terus dengan mengalami sendiri sejumlahmasa di sekolah, keluarga, dan jiran dengan membuat beberapa tindakanseperti penggambaran, penyuntingan, temubual, lakonan, penceritaan danlain-lain. 2.Penerangan Ringkasan Data (Description Data) Pengumpulan maklumat dalam bentuk perkataan atau gambar dan tidakdalam bentuk angka. Data yang didapati adalah dalam bentuk temubual, notakerja, gambar, rakaman video, dokumen dan rekod rasmi. 3.Mengutamakan Kaedah Proses Penyelidik kualitatif mengutamakan kaedah atau proses daripadamendapatkan keputusan atau hasil dan sangat berusaha dalam penyelidikanberkaitan pendidikan yang melibatkan guru dan pelajar dengan keberkesanankaedah pengajaran dan pembelajaran, strategi-strategi kualitatif bolehditerjemahkan dalam kegiatan, peraturan dan perhubungan harian.
  2. 2. 4.Induktif Penyelidikan kualitatif menganalisa data secara induktif bermaksudmendapatkan lebih banyak maklumat dalam tempoh masa yang panjang danmembuat beberapa andaian sehingga berjaya membuat keputusanmuktamad. 5.Bermakna (Meaning) Penyelidik menggunakan pendekatan bagaimana orang-orang menyarankankehidupan harian mereka seperti pendidikan anak-anak mereka. BAHAGIAN C Kekuatan dan Kelebihan Pendekatan Kualitatif Antara kelebihan dan kekuatan pendekatan kualitatif adalah: 1.Pendekatan kualitatif dapat menerangkan keadaan sebenar menerusi kajianyang bersifat induktif, humanistik dan holistik serta mementingkan pandanganpeserta kajian (Taylor & Bodgan), dan dengan pendekatan ini membolehkanpengkaji menemui pembolehubah bermakna, menghasilkan pelbagaikesimpulan kajian kerana pendekatan ini tidak berasaskan teori, generalisasidan hipotesis. 2.Data awal yang diperoleh pengkaji boleh mengubahsuai fokus dan soalankajian. Cara ini berpotensi mengaplikasikan data yang berkaitan dengankonteks kajian yang lengkap dan mendalam (Glense & Peshkin 1992). 3.Pengkaji merupakan alat kajian yang boleh melakukan pertimbangan peribadidan budi bicara sepanjang proses pengumpulan data iaitu dengan membinarumusan kajian yang bermakna (Crowson 1987). 4.Pengutipan data melalui pemerhatian, temubual dan bukti dokumenmembolehkan proses triangulasi dilakukan. Denga n proses triangulasidapatan data akan lebih tepat dan meyakinkan kerana ia berpunca daripadapelbagai maklmuat (Yin 1994). 5.Pendekatan kualitatif dapat membongkar dan memberi pemahaman terhadapapa yang berlaku di sebalik sebarang fenomena yang kurang diketahui(Strauss & Corbin 1990). 6.Marshall dan Rossman (1989) berpendapat pendekatan kualitatif dapatmenghuraikan dan menjelaskan data secara terperinci dan mendalam. 7.Menurut Patton (1990) data kualitatif mengandungi petikan secara tidaklangsung tentang perasaan, pengalaman, pendapat dan pengetahuan yang diperoleh melalui temubual. Perincian deskripsi tentang aktiviti, tingkah lakupeserta kajian boleh diambil daripada pelbagai jenis dokumen. BAHAGIAN D Pengumpulan data dalam sesuatu penyelidikan boleh dilakukan menerusipendekatan kualitatif dan kuantitatif. Pendekat an kualitatif bersifat diskriptif, tidakmengutamakan datadata berbentuk numerikal serta lebih kepada penghuraianmakna terhadap perkara yang dikaji.Pengumpulan data dalam pendekatan kualitatif boleh dijalankan menerusi kaedahpemerhatian, temubual dan analisis dokumen. Catatan nota lapangan yang dibuatsemasa pemerhatian boleh membantu proses penganalisisan data manakalatemubual yang dilakukan pula dapat mengesan data yang tidak dapat diperhatikansemasa sesi pemerhatian. Seterusnya penggunaan bukti dokumen pulamembolehkan pengkaji membanding dan memperkukuhkan data yang diperolehidaripada pemerhatian dan temubual.Proses pengumpulan data dalam sesuatu kajian sama ada dalam kajian tindakanatau kajian berbentuk konvensional merupakan tahap yang paling rumit. Lebih-lebihlagi jika pengkaji merupakan seorang yang sibuk dan mempunyai tugas yang padat. Maksud Pendekatan Kualitatif dan Kuantitatif Pendekatan kualitatif berasaskan kualiti. Ia bersifat deskriptif, kurang berstruktur danlebih kepada penghuraian ‘makna’ terhadap perkara yang dikaji. Ia tidakmengutamakan data-
  3. 3. data berbentuk numerikal dan lebih menumpukan kepadaproses kajian. Skop kajiannya pula melibatkan bilangan peserta kajian yang kecil danpenghuraian data bersifat deskriptif. Kaedah Pengumpulan Data dalam Pendekatan Kualitatif Terdapat beberapa kaedah pengumpulan data dalam menjalankan kajianberasaskan pendekatan kualitatif. Antaranya kaedah pemerhatian, tembual dan buktiatau analisis dokumen. Kajian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif misalnya banyak kelebihan antaranya membolehkan pengkaji bertemu peserta kajian dan berinteraksi dengan mereka serta membuat pemerhatian dengan rasa empati(Lincoln & Guba 1985). Menurut Marohaini (1996), “Penyelidikan yang menggunakanpendekatan kualitatif akan dapat membuahkan pemahaman yang lebih baik tentangperlakuan yang diperhatikan. Hal ini disebabkan pengkaji berperanan sebagai alatpenyelidikan yang sensitif dan berkeupayaan untuk bertindak balas kepada pesertadan konteks kajian. Untuk memahami perlakuan seseorang manusia, maka manusiaadalah alat yang sebaikbaiknya digunakan. Sebagai manusia, ia akan dapatmenggunakan pengetahuan dan pengalamannya untuk meneliti dan menelaah apayang dikaji dengan bermakna. Pemilihan Tempat Kajian Menurut Bogdan dan Biklen (1989), penyelidik yang menggunakan pendekatankualitatif akan menjalankan kerja lapangan dalam mengumpulkan data dan denganitu pengkaji perlu menentukan tempat kajiannya seperti sekolah, kantin, pejabat danlain-lain. Untuk memilih tempat kajian bagi melaksanakan penyelidikan seseorangpenyelidik mempunyai alasan tersendiri (Spradley 1980). Taylor dan Bogdan (1984),Marshall dan Rossman (1995) telah mencadangkan empat kriteria utama dalammemilih tempat kajian iaitu (i) situasi, (ii) lokasi tersebut mudah dimasuki, (iii)kredibiliti dan kualiti data terjamin dan (iv) hubungan yang erat antara pengkaji danpeserta kajian boleh terjalin. Dalam pendekatan ini pengkaji juga perlu memikirkan kos penyelidikan, masa dan jarak tempat kajian iaitu seperti sekolah, pejabat dan lain-lain. Hal ini bertepatandengan saranan Jorgeson (1989) yang mencadangkan pengkaji perlu menggunakanakal dan fikiransebagai langkah yang bijak semasa membuat keputusan menentukantempoat kajian. Pengkaji juga perlu yakin akan data-data yang dikumpul terjaminmutunya. Jelasnya penentuan tempat kajian, minat, hubungan yang erat sepertidengan pihak sekolah dan peserta kajian serta kos penyelidikan akan menjamindapatan data yang berkualiti. Pemilihan dan Penentuan Peserta Kajian Pemilihan peserta kajian dalam pendekatan kualitatif adalah berasaskan prinsippersetujuan dan kesanggupan mereka melibatkan diri dalam penyelidikan dan bukanberasaskan persampelan rawak. Penentuan dan pemilihan peserta kajian adalahberasaskan tujuan dan soalansoalan kajian yang telah ditetapkan lebih awal.Sebagai contoh, pengkaji boleh menentukan empat orang guru yang meng ajar sesuatu mata pelajaran dalam kelas dan melihat kaedah pengajaran yangdiamalkan. Menurut Patton (1990) tidak a da satu peraturan tertentu untukmenentukan saiz sampel dalam penyelidikan inkuiri. Walau bagaimanapun padaumumnya kajian yang dilakukan secara kualitatif memerlukan saiz yang sedikit dandipilih secara bertujuan atau purposeful sampling . Kaedah Pengumpulan Data Kualitatif 1.Pemerhatian Pemerhatian berasal daripada kajian ethnografik yang bertujuan mempelajariperspektif populasi yang dikaji dalam konteks peserta kajian sendiri. Pemerhatianmerupakan satu cara untuk mendapatkan data penyelidikan secara terus dansemulajadi dan ia boleh dilakukan menerusi tiga cara iaitu: 1. Pemerhatian Tidak Turut Serta : Pengkaji hanya melakukan pemerhatian danmengutip data tanpa perlu mewujudkan apa-apa interaksi dengan pesertakajian dan persekitarannya. 2. Pemerhatian Turut Serta : Memerlukan penglibatan pengkaji dalampersekitaran dan aktiviti peserta kajian. 3. Pemerhatian Separa Turut Serta : Menggunakan ciri-ciri pendekatan kedua-dua kaedah.
  4. 4. MohdMajid (1990) menyarankan bahawa pemerhatian adalah sesuai digunakanuntuk mengkaji perkembangan tingkah l aku sesuatu unit sosial. Semasapemerhatian dijalankan, pengkaji dapat mendengar kata-kata yang dikeluarkan olehpeserta kajian dan melihat sendiri tingkah laku mereka. Mengikut Majid lagimaklumat yang diperolehi menerusi pem erhatian mempunyai nilai yang tinggiseandainya dilakukan secara objektif. Penglibatan lama oleh pengkaji dalampemerh atian akan menghasilkan maklumat yang boleh dipercayai. Menurut Jacob(1988) pemerhatian boleh dilakukan untuk merakamkan pengajaran danpembelajaran dalam kelas dalam keadaan semulajadi. 2.Pemerhatian tanpa turut serta Pemerhatian tidak turut serta atau non-partisipative observation membolehkanpengkaji mempelajari bagaimana rasa dan perasaan apabila berada dalamkehidupan sebenar peserta kaji an. Walau bagaimanapun, pengkaji perlu kekalsebagai orang luar bagi membolehkan pengkaji membuat laporan penyelidikan yangtepat. Menerusi kaedah pemerhatian tanpa turut serta pengkaji tidak melibatkan diriatau hadir sama dalam perkembangan tingkah laku peserta kajian atau bergaulsecara langsung dengan mereka. Kelebihan dan kekuatan penggunaan kaedah pemerhatian Antara kelebihan keadah pemerhatian dalam pengumpulan data ialah: i. Pengkaji dapat menghadirkan diri dan melihat situasi sebenar tempat kajian.Selain itu, pengkaji juga dapat mendengar, memerhatikan dan bertanyasendiri untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya dapat memahami apayang berlaku di tempat kajian. ii. Pengkaji dapat merapatkan lagi hubungan dengan peserta kajian bagimenjelaskan hasil pemerhatian yang dilihat dengan lebih tepat. iii. Pemerhatian merupakan kaedah berkesan untuk digunakan dalam bilik darjahkerana pengkaji dapat melihat proses yang berlaku secara langsung. Sebagaicontoh, seorang guru sememangnya sentiasa memerhatikan reaksi murid-muridnya bagi memastikan komunikasi berlaku antara guru dan murid sertamurid dan murid. iv. Pemerhatian dapat membantu guru menentukan kesediaan dan penerimaanmurid terhadap pengajarannya. Apa yang penting dalam proses pemerhatian,pengkaji perlu berusaha melakukan pemerhatian tanpa diganggu olehprasangka terhadap peserta kajian. 3.Pemerhatian Berstruktur dan Pemerhatian Tidak Berstruktur Terdapat dua cara untuk mendapatkan data melalui kaedah pemerhatian berstruktur dan pemerhatian tidak berstruktur. Kedua-dua kaedah ini perlu dibantu dengan alatpemerhatian tertentu. Pemerhatian berstruktur boleh menggunakan senarai semakpemerhatian manakala pemerhatian tidak berstruktur pula menggunakan catatannota lapangan dan dibantu dengan alat perakam yang merakam segala aktiviti yangberlaku dalam pemerhatian tersebut. Data yang diperolehi daripada nota lapanganini akan dianalisis dan dilaporkan dalam bentuk naratif iaitu dengan caramemerihalkan semula apa yang terdapat dalam nota lapangan. Antara soalan-soalanyang boleh digunakan oleh pengkaji semasa melakukan pemerhatian ialah: i. ii. iii. Apa yang hendak diperhatikan: Berdasarkan matlamat penyelidikan makapengkaji perlu menentukan aspek apakah yang perlu diperhatikan seperti jenis, turutan peristiwa, perlakuan murid atau perlakuan pengetua, pensyarahatau guru. Perkara ini perlu spesifik dan dinyatakan secara eksplisit. Mengapa pemerhatian tersebut dilakukan. Bilakah pemerhatian hendak dijalankan dan tempoh masa diperlukan. 4.Temubual Data-data juga boleh diperolehi dengan menggunakan kaedah temubual secaraterus dengan peserta kajian. Berdasarkan kaedah temubual, kita dapat memperolehimaklumat berkaitan latar belakang peserta kajian dan maklumat-maklumat lain yangdiperlukan. Kaedah ini dijalankan kepada individu yang tidak mempunyai masa ataukurang faham untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dalam borang soalselidik. Temubual bersemuka berkemungkinan adalah kaedah pengumpulan datayang sangat bermakna kerana ia
  5. 5. mengambil masa yang lama serta dapat beramahmesra dengan peserta kajian. Temubual berstruktur adalah kaedah yang terbaik bagisoalan terbuka dan mendapatkan maklumat peserta kajian secara terperinci. Merriam (1998) menyatakan bahawa terdapat tiga jenis temubual yang bolehdigunakan dalam pengumpulan data iaitu (i) temubual berstruktur, (ii) temubual separa berstruktur, dan (iii) temubual tidak berstruktur. Sesi temubual memerlukansuasana yang mengizinkan dan berdasarkan kod-kod etika tertentu. Syarat ini perludipatuhi bagi menentukan pihak ditemubual dapat menyumbangkan maklumat yangikhlas dan fakta yang tepat. Temubual berstruktur memerlukan soalansoalan yang ditujukan kepada pesertakajian dirancang bagi mendapatkan respons yang spesifik. Temubual tidakberstrukt ur pula memerlukan pengkaji memulakan sesuatu rangsangan umumapabila menyoal. Peserta kajian pula digalakkan memberi respons secara bebas.Seterusnya soalan tambahan boleh dikemukakan mengikut keperluan semasa.Temubual separa berstruktur pula ak an menggabungkan ciri-ciri temubualberstruktur dan tidak berstruktur. Hitchck dan Hughes (1989) menyarankan beberapa langkah untuk menjalankantemubual dengan berkesan iaitu: a. Penemubual haruslah menjadi pendengar yang baik dan membenarkanpeserta kajian menjawab soalansoalan secara aktif serta menghargaipendapat peserta kajian. b. Penemubual juga harus berkecuali, tidak menonjolkan pandangan sendiri dantidak menunjukkan reaksi tertentu terhadap peserta kajian. c. Penemubual juga harus tenang, ceria dan sentiasa meyakinkan peserta kajianbahawa jawapan mereka akan dirahsiakan dan mereka bebas memberi apasahaja pandangan dalam respons. Kelebihan dan kekuatan teknik temubual i. Data yang diperolehi daripada temubual bersifat fleksibel dan kemungkinanbesar tidak dapat diperoleh menerusi soal selidik. ii. Penemubual boleh mengemukakan soalan-soalan secara terbuka kepadapeserta kajian bagi mendapatkan maklumat yang mendalam dan menyeluruh. iii. Sesi temubual boleh dibuat secara semulajadi, bersahaja dan penemubualboleh menyesuaikan situasi menerusi hubungan erat atau rapport dan salingpercaya mempercayai antara satu dan lain. Jawapan temubual tersebut boleh iv. menggambarkan pengalaman sebenar yang dilalui oleh peserta kajian bolehdiambilkira oleh pengkaji (Gay 1981). 5.Bukti dan analisis dokumen Penggunaan bukti dokumen juga merupakan salah satu lagi cara pengumpulan datadalam pendekatan kualitatif. Merriam (1998) membahagikan dokumen kepada tiga jenis iaitu dokumen atau rekod awam, dokumen peribadi dan bahan-bahanberbentuk fizikal (artifak). Dokumen atau rekod awam bertulis seperti dokumen rasmisekolah, minit mesyuarat panitia, majalah sekolah, buku rekod mengajar dan bahanbantuan mengajar seperti cara dan pengurusan grafik. Penganalisisan dokumenrasmi seperti buku rekod mengajar membolehkan pengkaji menyemak sendiri apayang ditulis oleh peserta kajian berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yangdisampaikan. Begitu juga dengan penganalisisan minit mesyuarat dapat memberiinput mengenai apakah rancangan pengajaran yang telah dirangka ataudilaksanakan oleh peserta kajian. Dokumen peribadi pula adalah dokumen yang dihasilkan oleh seseorang (Bogdan &Biklen 1988). Contoh dokumen peribadi ialah bahan bantuan yang disediakan olehpeserta kajian, buku rujukan, buku catatan, buku latihan pelajar dan buku teks.Penganalisisan rekod peribadi membolehkan pengkaji membuat perbandingan danpengesahan apa yang dilakukan dan diperkatakan oleh peserta kajian dalampengajaran di bilik darjah. Setiap dokumen yang digunakan boleh direkodkan dengancara menamakan terlebih dahulu dokumen itu, konteks dokumen dan perkaitannyadengan dokumen lain, kepentingan dokumen dan rumusan kandungan dokumen(Miles & Huberman 1994). Dokumen berbentuk artifak pula merupakan bahan maujud yang boleh menjadi buktidalam sesuatu kajian. Ia mempunyai maklumat mengenai sesuatu persitiwa danbudaya serta sesuai dijadikan bahan kajian. Ahli sejarah telah menggunakan
  6. 6. bahanini untuk membantu manusia memahami pelbagai perubahan dan pembentukanperadaban melalui penelitian terhadap artifak purba seperti bangunan. Pelbagaibahan artifak yang ditemui pengkaji telah dapat menjawab persoalan kajian yangditentukan. Begitu juga pada masa yang sama terdapat artifak yang dapat memberi pengetahuan baru atau persoalan baru yang selama ini tidak difikirkan oleh pengkaji.Di sekolah tedapat bahan artifak seperti bangunan bengkel, perpustakaan, brosur sekolah, perancangan lima tahun sekolah, senikata lagu, visi dan misi sekolah. Proses Pengumpulan Data Kualitatif Proses pengumpulan dan penganalisisan data adalah tahap paling penting untukmenentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu penyelidikan kualitatif. Hal inidisebabkan dalam penyelidikan kualita tif, pengkaji merupakan instrumen kajianutama dan mereka harus mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk berhubungdengan manusia di sekelilingnya (Marohaini 2001). Kajian Rintis Sebelum pungutan data sebenar dilakukan, kajian rintis perlu dijalankan sebagaipersediaan untuk memperbaiki kelemahan yang dialami oleh pengkaji sebelummemasuki kajian sebenar. Hal ini d iakui oleh Glesne dan Peshkin (1992) yangmengatakan bahawa menerusi kajian rintis pengkaji dapat belajar mengenai proseskajian, jadual temubual dan teknik pemerhatian. Dapatan kajian rintis inimembolehkan pengkaji menyemak semula rancangan kajian. Mencatat nota lapangan dalam pengajaran dan pembelajaran Nota lapangan merupakan nota yang dibuat oleh pengkaji dalam bentuk asalsemasa pengumpulan data dilakukan. Antar a catatan nota lapangan dalampengajaran dan pembelajaran di kelas seperti amalan, tingkah laku, perasaan danaktiviti yang berlaku semasa berlangsungnya pengajaran. Tujuan pengkajimencatatkan perasaan dan luahan hati pes erta kajian semasa melaksanakanpengajaran bagi mendapatkan gambaran yang menyeluruh mengenai amalanpengajar an guru (Spradley 1980). Catatan dibuat dalam dua bentuk iaitu secaraverbatim dan deskriptif tetapi walau bagaimanapun catatan secara deskriptif lebihdiutamakan kerana butir percakapan secara verbatim peserta kajian boleh diperolehidaripada pita rakaman. Kesemua aktiviti yang berlaku dalam keseluruhan pengajaran guru sejak awal sehingga tamat pengajaran boleh dicatat seberapabanyak yang termampu oleh pengkaji. Temubual Mendalam dan Rakaman Audio atau Video Semasa pemerhatian dijalankan pengkaji tidak boleh berinteraksi secara langsungdengan peserta kajian malahan segala amalan dan tingkah laku peserta kajiantermasuk perkataan yang dikeluarkan oleh mereka dicatat atau dirakamkan sahaja.Kesemua butir-butir temubual antara pengkaji dan peserta kajian telah dirakamkandengan alat perakam audio. Selain mencatat secara umum isi perbualan, pengkaji juga turut mencatatkan gaya percakapan, nada suara, pergerakan mata, mimik mukapeserta kajian bagi tujuan meneroka isi hati dan perasaan peserta kajian berhubungdengan isu yang diperkatakan. Langkah ini amat penting dilakukan dalam kajianberbentuk kualitatif bagi mendapatkan gambaran holistik dan tepat mengenaimaksud jawapan peserta kajian. Dokumen Pengajaran Antara dokumen yang boleh digunakan dalam kajian adalah seperti buku rekodmengajar guru, minit mesyuarat panitia, bahan bantu mengajar seperti pengurusangrafik, hasil tugasan pelajar dan buku teks. Kesemua dokumen ini perlu diambil olehpengkaji sebelum, semasa atau sebaik sahaja tamat pemerhatian. Walaubagaimanapun, tidak dapat dinafikan peng umpulan dokumen pengajaran yangdiperlukan terpaksa dilakukan pada hari bukan pemerhatian dijalankan.

×