Kelab Belia Perdana MAYC
Kg. Sri Cheding, 42700 Banting
Surat Kami : ( ) dlm KB Perdana/1 Tarikh : 20/02/2009
Surat Tuan :
Pengerusi
Jawatankuasa Keselamatan
Kampung (JKKK),
Kampung Sri Cheding,
42700 BANTING.
Tuan,
PERMOHONAN UNTUK MENGUNAKAN BALAI RAYA
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita adalah dimaklumkan kami Kelab Belia Perdana MAYC akan
mengadakan mesyuarat. Sehubungan dengan itu kami bercadang untuk
mengunakan balai raya yang sedia ada untuk tujuan tersebut. Mesyuarat
tersebut akan diadakan pada :-
Tarikh : 22/02/2009 ( Ahad )
Masa : 8.00 malam
Tempat : Balai raya Kg. Sri Cheding
3. Mohon kerjasama tuan memberi kebenaran kami pihak kelab
mengunakannya. Kerjasama tuan amat diharapkan bagi memastikan
mesyuarat tersebut dapat berjalan dengan lancar.
Sekian, terima kasih.
BELIA CERGAS PEWARIS NEGARA
“BELIA BENCI DADAH”
Saya yang menjalankan tugas,
(SUHAILY BINTI SALEH)
Setiausaha
Kelab Belia Perdana MAYC
No. Tel : 019-3681427
Kelab Belia Perdana MAYC
Kg. Sri Cheding, 42700 Banting
Butir-butir Maklumat Diri
1. Nama : _______________________________________
2. No. Kad Pengenalan : _______________________________________
3. Tarikh Lahir : _______________________________________
4. Jantina : Lelaki Perempuan
5. Bangsa : ______________________________________
6. Agama : _______________________________________
7. Warganagara : _______________________________________
8. Alamat tetap : _______________________________________
9. No. Telefon Rumah : _______________________________________
10. No. Telefon Bimbit : _______________________________________
11. Hobi : _______________________________________
12. Waris terdekat untuk
dihubungi semasa
kecemasan : _______________________________________
Saya mengaku maklumat yang saya berikan adalah benar.
Tandatangan : _____________________
Tarikh : _____________________
Perasmian oleh ;
Puan Hjh. Rozana bt. Kamarulzaman J.C, J.S.S.
Pengerusi MAYC Kuala Langat
Merangkap Exco Belia Kebangsaan
BELIA CERGAS PEWARIS NEGARA
“BELIA BENCI DADAH”
Kelab Belia Perdana MAYC
Kg. Sri Cheding, 42700 Banting
Agenda
1. Bacaan Doa
2. Ikrar Belia
3. Ucapan Pengerusi Kelab Belia Perdana
4. Ucapan Perasmian Pengerusi MAYC Kuala Langat
5. Perlantikan Ahli Jawatankuasa
6. Hal-hal lain
7. Penutup- penanguhan mesyuarat
BELIA CERGAS PEWARIS NEGARA
“BELIA BENCI DADAH”
MINIT MESYUARAT AGONG KALI 1/2009
KELAB BELIA PERDANA MAYC KG. SRI CHEDING
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tarikh : 10 Mei 2009 ( Ahad )
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Balai Raya Kg. Sri Cheding
KEHADIRAN
1. Pn. Jamaliah bt. Janjori
2. Pn. Suhaily bt. Saleh
3. Pn. Norhudah bt. Amat Samsuri
4. Pn. Mudhafirah bt. Fadlan
5. Pn. Kartinah bt. Karaman
6. Pn. Rosmawar bt. Dahlan
7. Sdri Siti Aisyah bt. Janjori
8. Sdri Noor Rizzanie Haidi bt. Mohd Hairi
9. Sdri Noor Syaidatul Ain bt. Surojo
10. Sdri Siti Zarina bt. Mohd Hanif
11. Sdri Norhafizah bt. Abdul Hadi
12. Sdri Norshafikah bt. Nordin
13. Sdra Mohd Saleh bin Arshad
14. Sdra Syahmi Kamarul bin Syamsul
15. Sdra Mohd Hamizi bin Kamal
16. Sdra Muhd Faizul Hadi bin Sabani
17. Sdra Amirul Rasyid bin Hamidi
18. Sdra Muhamad Shafiq bin Hashim
19. Sdra Nurazlan bin Shahrom
20. Sdra Muhamad Zamri bin Abd. Rahman
21. Sdri Raja Noor Liyana bt. Raja Jaya
22. Sdri NorHashimah bt Abd. Berhan
23. Sdri Siti Norhidayah bt. Ady Santahak
24. Sdra Muhammad Hafiz bin Mohammad Hanif
25. Sdra Mohd Irshad bin Khairul Annuar
26. Sdra Mohd Taufik bin Mohd Zamri
27. Sdra Ahmad Nabil bin Janjori
28. Sdra Muhammad Shukri bin Idrus
29. Sdri Nurfarah Ain bt. Jaafar
30. Pn. Normazlinda bt. Mohd Yatim
31. Sdri Norasyikin bt Mohd Yatim
32. Sdri Nur Akmal Amalina bt. Adnan
33. Sdri Nur Fatehah bt. Hassan
34. Sdri Siti Norsurida bt. Rosli
35. Sdra Soh Sah Danny bin Samsudin
36. Sdra Faizal bin Ishak
37. Sdra Muhammad Ilham bin Ahmad
38. Mohd Amirul Hafifi bin Md. Aris
39. Mohd Khairie bin Amran
40. Mohd Freddy bin A. Aziz
Perasmian oleh : Pn. Hjh. Rozana bt. Kamrulzaman J.C, J.S.S
Pengerusi MAYC Kuala Langat
merangkap Exco Belia Kebangsaan
Turut hadir : Saudari Lailatul Fateha
Setiausaha Kehormat MAYC Kuala Langat
Kelab Belia Perdana MAYC,
Kg. Sri Cheding, 42700 Banting
-1-
1) UCAPAN PENGERUSI MAJLIS
Beliau memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi kerana dengan izinnya dapat kita
semua bermesyuarat pada pagi ini. Ucapan alu-aluan diucapkan kepada Pengerusi
Belia MAYC Kuala Langat merangkap Exco Belia Kebangsaan Pn. Hjh. Rozana bt.
Kamarulzaman kerana hadir bagi merasmikan Mesyuarat Agong Belia Perdana kali
1/2009. Juga ucapan terima kasih turut diberikan kepada Setiusaha Kehormat Belia
MAYC Kuala Langat Cik Lailatul Fatihah seterusnya saudara dan saudari yang sudi
melapangkan masa untuk sama-sama kita bermesyurat demi menjayakan agenda-
aganda belia.
2) BACAAN DOA
Bacaan doa telah disempurnakan oleh En. Mohd Ilham bin Ahmad
3) IKRAR BELIA
Bacaan Ikrar belia telah dipimpin oleh Pn. Jamaliah bt. Janjori selaku Pengerusi Kelab
Belia Perdana dan diikuti oleh semua ahli.
4) UCAPAN PENGERUSI KELAB BELIA PERDANA
Beliau menerangkan tentang asal penubuhan Kelab Belia Perdana ini. Kelab ini
ditubuhkan atas peluang yang diberikan oleh Pengerusi MAYC sendiri. Atas peluang
inilah tercetus idea untuk membantu belia-belia bagi mengisi ruang masa yang ada
dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Dan adalah harapan beliau untuk melihat
kelab ini berjaya dengan usaha dan kerjasama yang berterusan daripada setiap ahli.
Beliau juga memaklumkan mesyuarat ini merupakan Mesyuarat Agong yang pertama
sehubungan dengan itu mesyuarat akan memilih dan melantik Ahli Jawatankuasa.
Beliau juga mengingatkan ahli-ahli supaya mencadang dan memilih ahli yang
dirasakan layak untuk memikul tanggujawab yang bakal diberikan.
Ucapan maaf kepada semua sekiranya ada sebarang kelemahan sepanjang mesyuarat
ini berjalan nanti.
5) UCAPAN PENGERUSI MAYC KUALA LANGAT
Beliau mengucapkan syabas kerana Kelab Perdana dapat mengadakan mesyuarat pada
pagi ini dengan kehadiran yang begitu mengalakkan. Tahniah juga harus diberikan
kepada Pn. Jamaliah di atas pengorbanan beliau dalam menubuhkan Kelab ini.
Beliau juga memaklumkan secara rasminya Kelab Belia Perdana telah didaftarkan
pada 6/1/2009. Dan merupakan satu-satunya kelab yang berdaftar di bawah
Kementerian di Kampung Sri Cheding ini. Dimaklumkan Belia MAYC Kuala Langat
kini terdiri daripada 16 Kelab Badan Gabungan.
Beliau menyarankan agar aktiviti dibuat bagi menarik lagi minat belia untuk menyertai
kelab ini. Kelab boleh memohon dana untuk setiap aktiviti yang akan dijalankan
dengan kertas kerja yang dicadangkan. Memandangkan
Kelab Belia Perdana MAYC,
Kg. Sri Cheding, 42700 Banting
-2-
kelab ini telah ditubuhkan dibawah Kg. Sri Cheding adalah menjadi keutamaan belia
kampung ini sendiri yang menjadi ahli. Beliau juga memaklumkan mesyuarat kali ini
akan memilih ahli Jawatankuasa maka selepas dari pemilihan ini hendaklah
diwujudkan biro-biro yang akan bersama-sama merancang aktiviti belia dari masa
kesemasa.
Seterusnya beliau dengan lafaz bismillah merasmikan Mesyuarat Agong Kelab Belia
Perdana kali 1/2009.
6) PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA
Mesyuarat telah memilih Ahli Jawatakuasa untuk seisi 2009-2011. Senarai adalah
seperti berikut :-
1) PENGERUSI : Puan Jamaliah bt. Janjori
Dicadang oleh : En. Salleh bin Arshad
Disokong oleh : Semua ahli kelab ( sebulat suara)
2) NAIB PENGERUSI : Encik Muhd Ilham bin Ahmad
Dicadang oleh : Puan Jamaliah bt. Janjori
Disokong oleh ; Semua ahli kelab ( sebulat suara)
3) SETIAUSAHA : Puan Suhaily bt. Saleh
PEN. SETIAUSAHA : Puan Noor Huda bt Samsuri
4) BENDAHARI : Puan Kartinah bt. Karaman
5. AHLI JAWATANKUASA
PEREMPUAN
(5.1) Puan Rosmawar binti Dahlan
Dicadang oleh : Sdri Nor Syaidatul Ain bt. Surojo Disokong oleh : Semua ahli kelab
( sebulat suara)
(5.2) Puan Mudhafiroh bt. Fadzelan
Dicadang oleh : Pn. Rosmawar bt. Dahlan
Disokong oleh : Semua ahli kelab ( sebulat suara)
(5.3) Puan Norhudah bt. Amat Samsuri
Dicadang oleh : Sdri Nur Asyhikin bt. Mohd Yatim Disokong oleh : Semua ahli kelab
( sebulat suara)
(5.4) Sdri Nur Farah Ain bt. Jaafar
Dicadang oleh : Sdri Nur Akmal Amalina bt. Adnan Disokong oleh : Semua ahli kelab
( sebulat suara)
(5.5) Sdri Noor Rizzanie Haidi bt. Mohd Hairi
Dicadang oleh : Sdri Nur Farah Ain bt. Jaafar
Disokong oleh : Semua ahli kelab ( sebulat suara)
Kelab Belia Perdana MAYC,
Kg. Sri Cheding, 42700 Banting
-3-
AHLI JAWATANKUASA
LELAKI
(5.7) Encik Faizal bin Ishak
Dicadang oleh : En. Muhd Ilham bin Ahmad Disokong oleh : Semua ahli kelab ( sebulat
suara)
(5.8) Encik Mohd Salleh bin Arsad
Dicadang oleh : En. Mohd Zamri bin Abdul Berhan
Disokong oleh : Semua ahli kelab ( sebulat suara)
(5.9) Encik Mohd Zamri bin Abdul Berhan
Dicadang oleh : Muhamad Syukri
Disokong oleh : Semua ahli kelab ( sebulat suara)
(5.10) Encik Soh Shah Danny bin Samsudin
Dicadang oleh : Pn. Rosmawar bt. Dahlan
Disokong oleh : Semua ahli kelab ( sebulat suara)
(5.11) Encik Mohd Freddy bin Abdul Aziz
Dicadang oleh : Pn. Mudhafiroh bt. Fadzelan
Disokong oleh : Semua ahli kelab ( sebulat suara)
(5.12) Encik Syahmi Kamarul bin Syamsul
Dicadang oleh : Pn. Kartina bt. Karaman
Disokong oleh : Semua ahli kelab ( sebulat suara)
PERLANTIKAN AJK TAMBAHAN
o Dicadang oleh Pn. Jamaliah bt. Janjori selaku Pengerusi Kelab dan disokong
sebulat suara oleh semua ahli.
13. Sdri Norasyikin binti Mohd Yatim
14. Sdri Norsyaidatul Ain binti Surojo
15. Sdra Azlan bin Shahrom
16. Sdra Jalaluddin bin Jumari
6. HAL- HAL LAIN
Taklimat daripada Pengerusi tentang progam belia yang akan diadakan. Maklumat
adalah seperti berikut :-
- Pada 15/5/2009 akan diadakan Sambutan Hari Belia bertempat di Air
Keroh, Melaka. Kelab akan menghantar 20 orang ahli termasuk AJK untuk
menyertai program tersebut.
- Pada 17/5/2009 akan diadakan pertandingan Shuffel bertempat di Tesco,
Bandar Sg. Mas.
- Pada 19/5/2009 bertempat di Tesco Bandar Sg Mas akan diadakan
Pertandingan Akhir Irama Malaysia. Saudari Rizaidah akan menjadi wakil
kelab kita.
Kelab Belia Perdana MAYC,
Kg. Sri Cheding, 42700 Banting
-4
7. PENUTUP
Acara memotong kek “ Sempena Sambutan Hari Ibu” diadakan sebagai penutup
mesyuarat disamping pemberian cenderahati kepada Pn. Hjh. Rozana bt.
Kamarulzaman.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tgh.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
( Pn. Suhaily bt. Saleh) (Pn. Jamaliah bt. Janjori)
Setiausaha Kelab Pengerusi Kelab