Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

E Module Bm 2009

9,857 views

Published on

Published in: Technology, Art & Photos
  • CARA URUS NIK BEACUKAI / REGISTRASI KEPABEANAN
    Peraturan Menteri Keuangan Nomor 63/PMK.04/2011 dan Peraturan Direktur Jenderal Bea dan Cukai Nomor PER-21/BC/2011
    Peraturan Menteri Keuangan Nomor: 124/PMK.04/2007

    - URUS NIK BEACUKAI/SRP BEACUKAI PENERBITAN BARU
    - URUS NIK BEACUKAI/SRP BEACUKAI DITOLAK
    - URUS NIK BEACUKAI/SRP BEACUKAI DIBLOKIR
    - URUS NIK BEACUKAI/SRP BEACUKAI PINDAH ALAMAT
    - URUS PERUBAHAN NIK BEACUKAI/SRP BEACUKAI Peraturan Menteri Keuangan Nomor 63/PMK.04/2011 dan Peraturan Direktur Jenderal Bea dan Cukai Nomor PER-21/BC/2011
    URUS IZIN USAHA:
    - PENDIRIAN PT – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
    - PENDIRIAN PMA – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
    - PENDIRIAN CV – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
    - PENERBITAN APIU – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
    - PENERBITAN APIP – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
    - PENERBITAN NPIK – Seluruh Indonesia
    - PENERBITAN SRP/NIK BEACUKAI – Seluruh Indonesia
    - PENERBITAN UUG/HO
    - PENERBITAN KEAGENAN/DISTRIBUTOR
    - DLL
    Hubungi M. Samosir, SH
    PT. LEGALITAS SARANAIZIN INDONESIA
    Telp. 021-3142566
    Fax. 021-3928113.
    Mobile
    HP. 081385042000
    Flexi. 021-70940216
    Email: legal@saranaizin.com
    Pin BB 2262D175
    Website:http://www.saranaijin.com
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here

E Module Bm 2009

  1. 1. http://banksoalanspm.blogspot.com/ SELAMAT DATANG KE SEMINAR TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHASA MELAYU SPM PERUBAHAN KE ARAH KECEMERLANGAN SELALUNYA BERMULA DENGAN PERUBAHAN CARA BERFIKIR
  2. 2. http://banksoalanspm.blogspot.com/ GARIS PANDUAN MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU SPM KEPERLUAN KERTAS 1 1103/1 Bentuk Soalan Jenis Item Ujian Berbentuk Subjektif Respons Terbuka Tempoh Ujian 2 jam 15 minit
  3. 3. http://banksoalanspm.blogspot.com/ Bilangan soalan a. Hanya satu soalan dan tiada pilihan-wajib jawab b. 5 soalan pilihan dan hanya jawab satu soalan sahaja
  4. 4. http://banksoalanspm.blogspot.com/ JUMLAH MARKAH : 130 Markah Bahagian A : 30 Bahagian B : 100
  5. 5. http://banksoalanspm.blogspot.com/ FORMAT SOALAN BBahagian A Karangan Berpandu – Berpandukan Rangsangan - Masa yang dicadangkan ialah 45 minit Panjang Karangan Antara 200 hingga 250 patah perkataan
  6. 6. http://banksoalanspm.blogspot.com/ Bentuk Soalan a) Gambar foto b) Gambar rajah c) Ilustrasi kartun d) Pelan e) Iklan f) Petikan g) Catatan h) Dialog i) dan sebagainya
  7. 7. http://banksoalanspm.blogspot.com/ Lihat carta di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda kebaikan program di televisyen.  Program Televisyen Banyak Membawa Kebaikan Sumber ilmu Mendedahkan isu global Mempelajari pelbagai Memahami unsur-unsur bahasa budaya asing Sumber hiburan yang selamat dan murah
  8. 8. http://banksoalanspm.blogspot.com/ CONTOH SOALAN  1. Lihat peta di bawah ini dengan teliti.Huraikan pendapat anda tentang ksan transmigrasi penduduk di Malaysia. { Malaysia – Transmigrasi Penduduk dari Negeri-Negeri ke Kuala Lumpur }  Perhatikan iklan di bawah ini. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan kempen cuti-cuti Malaysia. {Kempen Cuti-Cuti Malaysia}  Baca petikan di bawah ini degan teliti. Huraikan pentingnya kakitangan awam memiliki mentaliti kelas satu. {Perdana Menteri Mahu Kakitangan Awam Memiliki Mentaliti Kelas Satu
  9. 9. http://banksoalanspm.blogspot.com/ Karangan berpandu yang cemerlang memenuhi syarat-syarat yang berikut:- a) Memenuhi dan menepati kehendak arahan soalan b) Mempunyai isi-isi penting yang cukup c) Mempunyai idea yang tersusun iaitu isi yang penting didahulukan dan isi yang kurang penting dikemudiankan d) Mempunyai perenggan yang padu dengan isi , huraian, serta contoh yang sesuai e) Menggunakan kosa kata mengikut laras bahasa yang betul f) Menggunakan ejaan dan tanda baca yang betul
  10. 10. http://banksoalanspm.blogspot.com/ PROSES 1 (a)Memahami dan Mentafsirkan Bahan Rangsangan Sebelum Menulis : I Sebelum menulis, calon perlu membaca dan memahami arahan soalan serta mengenal pasti kehendaknya Meneliti tajuk yang diberi bersama –sama dengan bahan II rangsangan dan kaitkan dengan kehendak soalan Perlu menangkap mesej utama daripada bahan III rangsangan dan skop karangan yang perlu ditulis
  11. 11. http://banksoalanspm.blogspot.com/ PROSES 2 I. Menganalisis Bahan Rangsangan a) Perlu menganalisis dengan kritis dan analitis b) Tujuan supaya karangan tidak terpesong PROSES 3 Menyediakan Isi dan Rangka Karangan Rangka Karangan -Ayat yang berkaitan dengan tajuk a) Pendahuluan dan bahan rangsangan secara am b) Isi-isi penting -Isi yang terdapat dalam bahan rangsangan diperkayakan dengan c) Penutup Pengetahuan calon Pandangan,cadangan,dan kesimpulan
  12. 12. http://banksoalanspm.blogspot.com/ PROSES 4 Menulis Karangan Berpandu Penggunaan Bahasa Ringkas, tepat, dan padat Kesinambungan isi Perlu diberi perhatian supaya karangan lancar Penanda Wacana Dalam pada itu, sehubungan dengan itu, sungguhpun demikian, dan sebagainya
  13. 13. http://banksoalanspm.blogspot.com/ PROSES 5 Menyemak Karangan 1. Semak semula setelah selesai menulis 2. Beri perhatian kepada ejaan ,tanda baca, dan struktur ayat agar tiada kesalahan yang disengajakan 3. Jumlah kata dalam lingkungan yang telah ditetapkan 4. Catat jumlah kata baris terakhir karangan
  14. 14. http://banksoalanspm.blogspot.com/ PERINGATAN !!!  Karangan yang lengkap dengan segala isi penting tetapi susunan yang tidak teratur hingga menyebabkan gaya dan pengolahan kurang lancar akan menyebabkan markah tidak dapat diberi pada peringkat cemerlang kerana cacat dari aspek gaya persembahan dan kelancaran
  15. 15. http://banksoalanspm.blogspot.com/ PEMARKAHAN  CEMERLANG KEPUJIAN 26 – 30 20 – 25 28 – 30 23 – 25 26 – 27 20 – 22 MEMUASKAN KURANG MEMUASKAN 15 – 19 10 – 14 17 – 19 12 - 14 15 – 16 10 – 11 PENCAPAIAN MINIMUM 01 – 09 ( 06 – 09, 01 – 05 )
  16. 16. http://banksoalanspm.blogspot.com/ MATLAMAT UJIAN 1. Menguji pemahaman calon terhadap bahan rangsangan secara keseluruhan. 2. Menguji kecekapan calon membuat tafsiran dan analisis daripada bahan rangsangan dan tajuk
  17. 17. http://banksoalanspm.blogspot.com/ BAHAGIAN B : KARANGAN UMUM Keperluan SPM 1. 5 soalan dikemukakan dan pilih 1 soalan sahaja 2. Panjangnya perlu melebihi 350 patah kata 3. Masa yang dicadangkan 1 jam 30 minit 4. 100 markah
  18. 18. http://banksoalanspm.blogspot.com/ BENTUK KARANGAN Berformat Umum
  19. 19. http://banksoalanspm.blogspot.com/ 1.Surat Kiriman 1.Keperihalan 2.Laporan 2.Cereka 3.Rencana 3.Fakta 4.Berita 4.Perbincangan 5.Wawancara 5.Bahas 6.Ulasan 6 Komsas 7.Perbahasan 8.Ceramah
  20. 20. http://banksoalanspm.blogspot.com/ Kriteria Respons  Bahasa: kegramatisan-kata dan ayat  tanda baca dan ejaan  Laras : pemilihan kosa kata  Idea : tema,isi utama,  pengembangan-huraian/bahasan/  hujahan/contoh/  kerelevanan  Pengolahan: wacana,logik,pemerengganan,format  Gaya Bahasa:keindahan bahasa,ungkapan,peribahasa
  21. 21. http://banksoalanspm.blogspot.com/ 1. Aspek bahasa yang dinilai:   (a) Tatabahasa meliputi ayat dan kata   (b) Ejaan   (c) Tanda baca   (d) Pembahagian perenggan   (e) Pemilihan kata yang tepat
  22. 22. http://banksoalanspm.blogspot.com/ SKEMA PEMARKAHAN  (a) Takrif   (b) Isi / Fikiran   (c) Bahasa   (d)Pengolahan / Penyampaian / Pemerengganan
  23. 23. http://banksoalanspm.blogspot.com/  Markah akan ditolak sekiranya berlaku kesilapan ejaan Maksimum 3 markah  Kesalahan Format Maksimum 2 markah
  24. 24. http://banksoalanspm.blogspot.com/ KRITERIA PENSKORAN  Cemerlang : 80-100  Kepujian : 66-79  Baik : 51-65  Memuaskan : 36-50  Kurang memuaskan : 21-35  Pencapaian minimum : 01-20
  25. 25. http://banksoalanspm.blogspot.com/ Markah kurang Daripada 350  Baik bawah: 51 - 65  Memuaskan: 36 - 50  Kurang memuaskan: 21 - 35  Tidak memuaskan: 0 - 20
  26. 26. http://banksoalanspm.blogspot.com/ STRATEGI MENULIS KARANGAN (a) Memilih soalan yang tepat (b) Menentukan kunci tajuk (c) Menyediakan rangka karangan (d) Menulis karangan (e) Menyemak karangan
  27. 27. http://banksoalanspm.blogspot.com/ KATA KUNCI TAJUK Nyatakan sebab Cadangkan cara Nyatakan perasaan Berikan hujah Huraikan peranan Ulaskan Kemukakan Bincangkan Jelaskan pendapat pandangan Ceritakan Gambarkan Nyatakan pengalaman suasana dan pendirian keadaan
  28. 28. http://banksoalanspm.blogspot.com/ ANALISIS TAJUK  Contoh Soalan:  Buruh asing banyak yang bekerja di negara kita. Mereka ini banyak bekerja di sektor perladangan, pembinaan, dan perkilangan. Kemasukan mereka banyak menimbulkan kesan. Huraikan kesan daripada kemasukan buruh asing ini kepada negara kita.
  29. 29. http://banksoalanspm.blogspot.com/  Kata Kunci: Huraikan kesan   Skop: Kesan daripada kemasukan buruh   Tema: Kemasukan buruh asing   Kehendak Tajuk: Memberi pendapat   Jenis Karangan: Jenis pendapat 
  30. 30. http://banksoalanspm.blogspot.com/  CONTOH SOALAN 2   Pelbagai kempen membaca diadakan untuk memupuk tabiat membaca dan mewujudkan budaya membaca dalam kalangan rakyat negara ini. Andaikan anda diundang memberikan ceramah yang berkaitan dengan kempen membaca. Tajuk ceramah anda ialah ‘Membaca Jambatan Ilmu’ Tuliskan teks ceramah tersebut.
  31. 31. http://banksoalanspm.blogspot.com/ Rangka Karangan  1. Pendahuluan: pelbagai bidang ilmu dapat diperoleh daripada pembacaan.  2. Isi-Isi Penting  1. Tujuan membaca: sebagai hobi, untuk lulus peperisaan, mendalami pelbagai bidang ilmu   2. Golongan Pembaca: kanak-kanak, pelajar, orang dewasa, sesuai dengan adanya pelbagai bahan bacaan untuk pelbagai tingkat umur 
  32. 32. http://banksoalanspm.blogspot.com/  3 .Langkah-Langkah menggalakkan rakyat membaca  a. Peranan ibu bapa  b. Peranan guru di sekolah  c. Menambahkan bahan bacaan  d. Mempergiat kempen membaca  e. Memperbanyak perpustakaan awam  4. Kesan daripada membaca a. Masyarakat lebih matang dan maju b. Matlamat wawasan 2020 mudah dicapai  3. Penutup : Pentingnya membaca ; mewujudkan masyarakat berilmu dan negara maju
  33. 33. http://banksoalanspm.blogspot.com/ JENIS-JENIS PENDAHULUAN  Definisi: Menurut Kamus Dewan ‘buli’ mmbawa maksud ‘perbuatan mendera’ atau ‘mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru’.Berdasarkan definisi yang diberikan,jelaslah kepada kita bahawa………..  Pendapat: Menerusi Sukan Komanwel 2006 di Melbourne, Australia, kontinjen negara menduduki tempat kelapan dari 71 negara peserta yang bertanding dengan meraih tujuh pingat emas,sembilan perak dan 18 gangsa. Tahniah kepada atlet Malaysia yang……….
  34. 34. http://banksoalanspm.blogspot.com/  Suasana: Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pembunuhan seorang murid berusia tujuh tahu yang dilakukan oleh pelajar berusia 13 tahun. Sebelum itu, kita dilaporkan tentang kejadian sebuah sekolah di Alam Shah dan Rawang yang dibakar. Apabila sesuatu berita itu disiarkan oleh media massa, masyarakat begitu terkejut,gempar,dan mahu pihakkerajaan menangani masalah masalah itu.  Puisi: Banyak duri perkara duri, Tidak sama duri mengkuang; Banyak budi perkara budi, Tidak sama budimu seorang. Rangkap pantun di atas sengaja diperturunkan untuk melihat akan kehindahan dan kecerdikan masyarakat dahulu dalam menyampaikan ucapan terima kasih kpada orang yang pernah berbudi.Walaupun budi yang dilakukan tidak mngharapkan balasan,namun……..
  35. 35. http://banksoalanspm.blogspot.com/  Persoalan: Kempn ‘Rumahku Syurgaku’ bertujuan untuk mmastikan masyarakat penyayang dapat diwujudkan. Walaupun kempen tersebut telah dijalankan,masalah penderaan,kaum perempuan yang menghadapi masalah gantung tidak bertali, dan sikap negatif masyarakat terhadap kanak-kanak yang cacat sering dipaparkan di media massa.Hal ini menunjukkan kempn tersebut kurang memberi kesan. Di manakah silapnya?Apakah kmpen tersebut tidak disusuli dengan tindakan yang sewajarnya?  Sejarah: Teriakan ‘Merdeka’ oleh Tunku Abdul Rahman pada 31 Ogos 1957 memberi makna yang besar pada kita. Untuk memaknakan kemerdekaan, semua kaum, baik Melayu, Cina,India dan kaum-kaum lain diminta memperteguhkan ikatan perpaduan agar makna kemrdekaan boleh diisi.  Gabungan: Sebagai rakyat sebuah negara berbilang kaum dan agama,kita tidak boleh memanda ringan soal integrasi.Kita juga secara jujur harus mengakui,selepas hampir setengah abad mencapai kemerdekaan, isu perkauman masih menjadi masalah di negara kita.Di manakah silapnya apabila kaum Melayu,Cina, dan India tidak dapat duduk semeja dalam suasana yang mesra?Semua pihak akur bahawa sekolah berperanan penting memupuk perpaduan,tetapi…………. Memang menyedihkan apabila anak kita pergi ke sekolah berlainan dalam usia yang begitu muda, sekali gus terlepas peluang berinteraksi dan beramah mesra. Kata bidalan Melayu, “Sepakat kita kuat, berpecah kita rebah”.Bagi memperkasakan integrasi nasional, hubungan kaum rakyat Malaysia perlu diperteguh.
  36. 36. http://banksoalanspm.blogspot.com/ CARA-CARA MEMAJUKAN SEKTOR PERTANIAN Melalui sistem pendidikan Latihan dan kursus Bantuan kewangan Penyelidikan – benih/baja/racun Khidmat nasihat Pemasaran
  37. 37. http://banksoalanspm.blogspot.com/ LANGKAH-LANGKAH MELAHIRKAN RAKYAT YANG BERJIWA PATRIOTIK - Melalui sistem pendidikan – m/p Sejarah - Kempen – media massa - PLKN - Penganjuran sambutan – kemerdekaan, Hari Pahlawan
  38. 38. http://banksoalanspm.blogspot.com/ PENGENALAN Rakyat yang berjiwa patriotik amat penting dalam sesebuah negara. Patriotik bermaksud cinta akan negara, iaitu sanggup berjuang dan mempertahankan negara dalam apa-apa jua bentuk ancaman. Tidak ketinggalan juga, berjiwa patriotik bermakna sentiasa ingin melihat negara dalam suasana aman, tenteram dan membangun dalam segala aspek. Untuk memupuk nilai tersebut dalam diri individu atau masyarakat, pelbagai langkah perlu diambil dan diatur.
  39. 39. http://banksoalanspm.blogspot.com/ ISI KARANGAN Kempen merupakan salah satu cara bagi melahirkan rakyat yang berjiwa patriotik. Kempen boleh dilakukan melalui media massa, sama ada secara bercetak atau elektronik.Kempen juga boleh dilaksanakan melalui ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh badan-badan tertentu. Dengan adanya kempen patriotik, semangat cinta akan negara akan dipupuk dalam jiwa rakyat lebih-lebih lagi kepada jenerasi muda, bak kata pepatah, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.Biasanya dalam aktiviti kempen tersebut, tokoh-tokoh negara akan dijemput dan dipaparkan bagi mencetuskan semangat berjuang untuk
  40. 40. http://banksoalanspm.blogspot.com/ untuk negara. Antara tokoh atau wira negara ialah Tunku Abdul Rahman, Leftenan Adnan, dan lain- lain lagi. Jelaslah disini bahawa kempen dapat memupuk dan membentuk jiwa rakyat yang cinta akan negara.
  41. 41. http://banksoalanspm.blogspot.com/ PENUTUP Ketiadaan nilai patriotik dalam diri individu atau masyarakat akan membawa padah kepada sesuatu negara. Negara akan mundur, kucar-kacir dan ketinggalan dalam pelbagai segi sekiranya rakyat tidak cinta akan negara. Hal ini berikutan tiadanya kerjasama, tolak ansur dan saling memahami antara satu sama lain. Oleh yang demikian, amatlah diharapkan agar setiap individu menanam atau menyemai nilai patriotik dalam diri dan mempunyai iltizam untuk mempertahan dan memajukan negara.
  42. 42. http://banksoalanspm.blogspot.com/ 2006 - dimensi  Faedah-faedah menguasai kemahiran ICT-diri  Menghargai Jasa Ibu Bapa (ceramah)- keluarga  Peranan Pelbagai Pihak dalam Memajukan Industri Pertanian di Negara Kita - negara  Kerjasama yang Dapat dilakukan oleh Malaysia dengan Negara-Negara jiran untuk Menangani masalah jerebu - antarabangsa  Penghayatan nilai-nilai murni dalam karya sastera dapat membentuk peribadi yang baik dalam kalangan pembaca (komen) - masyarakat
  43. 43. http://banksoalanspm.blogspot.com/ Contoh Karangan  Pengguna sering tertipu dengan taktik peniaga untuk melariskan barangan mereka termasuklah melalui iklan. Dalam jangka masa panjang, hal ini akan membawa kesan buruk kepada pengguna. Kemukakan cara mengelakkan pengguna daripada tertipu oleh muslihat peniaga sedemikian.  Pendahuluan: Peniaga atau pengeluar lazimnya mengiklankan barangan keluaran mereka melalui pelbagai taktik demi melariskan jualan.  Sesetengah maklumat dalam iklan tersebut tidak tepat dan dalam hal ini yang sering menjadi mangsa ialah pengguna.
  44. 44. http://banksoalanspm.blogspot.com/  Isi-Isi Penting  Menyebarluaskan pendidikan kepenggunaan supaya pengguna tahu cara mereka harus bertindak sebagai pengguna apabila mereka mendapati mereka telah tertipu.  Orang ramai perlu disedarkan dan didedahkan dengan gejala dan kes penipuan oleh peniaga atau pengiklan. Publisiti mengenainya mesti dibuat dan sekiranya perlu tindakan pemulauan perlu disarankan.  Anak-anak perlu dididik agar merancang perbelanjaan dan dipupuk dengan sifat jujur dan bertanggungjawab.
  45. 45. http://banksoalanspm.blogspot.com/ -Badan penyiaran perlu teliti ketetapan maklumat dalam iklan yang disiarkan.Mereka janganlah terlalu mengejar pendapatan yang diperoleh daripada penyiaran iklan. - Persatuan pengguna mesti bergerak aktif untuk mengesan peniaga yang tidak bertanggungjawab.
  46. 46. http://banksoalanspm.blogspot.com/ Penutup  Peniaga harus lebih bertimbang rasa dan jujur dalam menjalankan perniagaan.  Tanpa tipu helah tidak bermakna mereka gagal meraih keuntungan.  Frasa menarik – mengeksploitasi pengguna – sedangkan realitinya tidak seperti yang digambarkan – mesti dibanteras demi menjaga kepentingan pengguna – kesedaran dapat disemai – mutu dan kewajaran harga – sifat kepenggunaan yang tulen – terpukau dengan pendapatan – keuntungan yang dikejar – pendekatan bersifat psikologi.
  47. 47. http://banksoalanspm.blogspot.com/ PENULISAN KARANGAN
  48. 48. http://banksoalanspm.blogspot.com/ PENGECAMAN • Tema(T) • Kata Kunci (K) • Format (F) • Contoh soalan: Jasa ibu bapa sangat besar nilainya dan tidak terbalas oleh anak-anak.Jelaskan cara-cara untuk menghargai jasa mereka. • T : Kasih sayang • K : Cara-cara • F : Umum
  49. 49. http://banksoalanspm.blogspot.com/ Bahagian Pendahuluan mengandungi 1. Ayat Rangsangan (Arsg) - Ayat yang berkaitan tema - definisi - senario/peristiwa semasa - pendapat tokoh
  50. 50. http://banksoalanspm.blogspot.com/ Contoh ayat Arsg (berkaitan dengan tema) – Setiap orang pastinya mempunyai ibu dan ayah.
  51. 51. http://banksoalanspm.blogspot.com/ Contoh ayat Arsg(definisi) – Ibu bapa merupakan orang yang penting dalam sesebuah keluarga .
  52. 52. http://banksoalanspm.blogspot.com/ Contoh ayat Arsg(senario semasa) – Ibu bapa bertanggungjawab mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak serta mendidik mereka menjadi orang yang berguna.
  53. 53. http://banksoalanspm.blogspot.com/ Bahagian Pendahuluan mengandungi 2. Ayat Arahan(AA) • Ayat yang menjawab soalan atau kata kunci
  54. 54. http://banksoalanspm.blogspot.com/ Contoh ayat AA – Terdapat pelbagai cara untuk anak-anak membalas jasa ibu bapa mereka.
  55. 55. http://banksoalanspm.blogspot.com/ PERENGGAN PENDAHULUAN 50/60 patah kata Jangan masukkan isi Tepat/sesuai Pendahuluan Kaitkan dengan isu- Arahan isu semasa soalan Satu perenggan
  56. 56. http://banksoalanspm.blogspot.com/ PERENGGAN ISI Penegasan Huraian Isi AP Utama AH Isi utama Huraian Contoh Sokongan AC AH
  57. 57. http://banksoalanspm.blogspot.com/ PERENGGAN ISI Mengandungi 4 jenis ayat 1. Ayat Topik /Ayat Judul (AT/AJ) 2. Ayat Huraian (AH) 3. Ayat Contoh (AC) 4. Ayat Penegasan (AP)
  58. 58. http://banksoalanspm.blogspot.com/ PERENGGAN ISI 1. Ayat Topik/Judul mengandungi kata kunci jawapan
  59. 59. http://banksoalanspm.blogspot.com/ PERENGGAN ISI 2.Ayat Huraian • huraian lanjut tentang idea yang dikemukakan. • mengapa? • Bagaimana? • Apa? • Di mana? • Bila? • Siapa? • ( 5W + 1H )
  60. 60. http://banksoalanspm.blogspot.com/ PERENGGAN ISI 3. Ayat Contoh • Mengandungi bukti/contoh yang berkaitan dengan isi. • Untuk menyokong hujah
  61. 61. http://banksoalanspm.blogspot.com/ PERENGGAN ISI 4. Ayat Penegasan • Menegaskan isi • Didahului dengan penanda wacana seperti • Tegasnya….. • Oleh itu….. • Sehubungan dengan itu….. • Pendek kata,…..
  62. 62. http://banksoalanspm.blogspot.com/ Contoh jawapan isi pertama AT/AJ Anak-anak dapat menghangai jasa ibu bapa dengan cara membantu mereka melakukan kerja rumah. AH Memang tidak dinafikan bahawa kerja rumah yang perlu dilakukan oleh ibu bapa sangatlah banyak. AH Sebagai anak kita perlulah membantu ibu bapa membuat kerja-kerja rumah yang mampu kita lakukan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.
  63. 63. http://banksoalanspm.blogspot.com/ Contoh jawapan isi pertama AC Sebagai contoh kita boleh membantu ibu memasak dan membasuh pinggan di rumah. AP Oleh itu ibu bapa akan merasai bahawa anak-anak mereka telah menghargai jasa dan pengorbanan mereka.
  64. 64. http://banksoalanspm.blogspot.com/ PERENGGAN KESIMPULAN Menyatakan Pendirian 5 atau 6 Jangan ayat sahaja ulang isi utama Kesimpulan Kemukakan Buat ungkapan rumusan menarik Berikan saranan
  65. 65. http://banksoalanspm.blogspot.com/ PERENGGAN PENUTUP Mengandungi 1. Ayat Kesimpulan (AK) 2. Ayat Cadangan (Acdg) 3. Ayat Pendapat (Apdt) 4. Ayat Harapan (Ahpn) 5. Ayat Penutup (Aptp)
  66. 66. http://banksoalanspm.blogspot.com/ Contoh jawapan: Penutup AK Kesimpulannya, jasa ibu bapa terhadap anak-anak tidak ternilai. APdt Ibu bapa tidak mengharapkan anak-anak membalas jasa mereka dengan memberikan kemewahan. APtp Oleh itu, sebagai anak yang baik, wajarlah kita menghargai dan mengenangjasa kedua-dua ibu bapa kita kerana jasa mereka tidak boleh dijual beli
  67. 67. http://banksoalanspm.blogspot.com/ TERIMA KASIH HENDAK SERIBU DAYA, MAHU SERIBU CARA. KEBERKESANAN CERAMAH INI BERGANTUNG SEPENUHNYA KEPADA DIRI ANDA SENDIRI. YA! DIRI ANDA SENDIRI. BUKANNYA PENCERAMAH www.banksoalanspm.blogspot.com

×