Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Soalan kertas 2

996 views

Published on

  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Soalan kertas 2

  1. 1. BAB 4: KOMUNIKASIKERTAS 2Arahan: Jawab semua soalan-soalan yang berikut.BAHAGIAN A1. (a) Terangkan maksud komunikasi. (7 markah) (b) Huraikan lima peranan komunikasi dalam bidang perniagaan. (10 markah) (c) Nyatakan perbezaan antara mel biasa dengan mel khas. (8 markah)2. (a) Walaupun perkembangan dalam teknologi telekomunikasi telah mewujudkan alat komunikasi canggih yang pelbagai, perkhidmatan telefon masih memainkan peranan penting dalam bidang perniagaan. Terangkan perkhidmatan telefon yang disediakan oleh Syarikat Telekom Malaysia Berhad. (10 markah) (b) Nyatakan dengan memberi alas an jenis perkhidmatan komunikasi yang sesuai bagi tiap- tiap keadaan yang berikut i. sebuah firma perlu menghantar beratus-ratus pucuk surat setiap hari. ii. seorang mahasiswa memesan majalah dari Amerika Syarikat dan perlu membayar bayaran pos majalah itu iii. sebuah syarikat kewangan ingin menghantar peringatan kedua kepada pelanggannya yang gagal membayar ansuran keretanya selama dua bulan iv. sebuah firma pesanan mel di Kuala Lumpur yang ingin menghantar jam tangan kepada pelanggannya di Pahang (15 markah)3. (a) “Keberkesanan urus niaga perniagaan banyak bergantung kepada faktor kesegeraan dan ketepatan maklumat yang dikirimkan.” Berdasarkan pernyataan ini, huraikan perkhidmatan media berikut: i. Mel ii. Telefon iii. Teleks iv. Telegram (25 markah)BAHAGIAN B
  2. 2. Syarikat Jurukur Teguh Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang berkecimpung dalam kerja-kerjamengukur tanah. Antara kerja-kerja yang kerap diminta oleh pelaggan ialah kerja-kerja kajiselidik topografi dan menyediakan pelan pertapakan bangunan. Pejabat syarikat ini terletak diKuantan, Pahang. Kumpulan pelanggannya terdiri daripada pemaju-pemaju perumahan, orang-orang perseorangan dan agensi-agensi kerajaan. Kebanyakkan daripada pelanggannya tertumpudi Bandar Kuantan dan Temerloh yang terletak 80 kilometer dari Bandar Kuantan. Encik Emmanuel, pengurus syarikat ini adalah seorang yang sangat dinamik dan sentiasaberusaha gigih untuk memajukan perniagaan. Justeru itu, beliau sentiasa berulang-alik antarapejabat dan tempat pelanggannya. Beliau jarang berada di pejabat, namun dapat mengendalikanpejabat serta mengurus perniagaan dengan cekap. Ini kerana beliau bijak memotivasikanpekerjanya dan mereka sangat menghormatinya. Kebelakangan ini, bilangan pelanggan serta volum perniagaan telah bertambah. Hal inikerana Encik Emmanuel dapat mengurus sesuatu kerja yang diminta oleh pelanggan dengansegera. Kadangkala pelan serta kerja-kerja kaji selidik topografi perlu dihantar kepada pelanggandengan serta-merta di tempat yang jauh. Oleh yang demikian, beliau Cuma dapat menghantarsalinannya sahaja. Encik Emmanuel banyak mengikut kursus-kursus kepimpinan dan perhubungan awam.Oleh itu, beliau sangat cekap mengendalikan sesuatu hal perniagaan. Baru-baru ini, ramaipelanggannya menggunkan syarikat ini sebagai saluran apabila membuat permohonan kepadapihak berkuasa negeri mengenai pelbagai urusan tanah. Justeru itu, syarikat terpaksamengendalikan urusan surat menyurat yang kian bertambah. Namun, Encik Emmanuel gembirakerana ini memberi peluang untuk meningkatkan hasil syarikat dengan mengenakan cajtambahan untuk kerja-kerja tersebut.4. Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan yang berikut: (a) Terangkan kepentingan perkhidmatan-perkhidmatan komunikasi berikut kepada Encik Emmanuel dan Syarikat Jurukur Teguh Sdn Bhd i. Telefaks (5 markah) ii. Pos Laju (5 markah) iii. ATUR (5 markah) iv. Frangki (5 markah) (b) Terangkan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat kurier kepada pelanggannya. (10 markah)JAWAPANBAHAGIAN A
  3. 3. Soalan 1(a) - operasi pengirim maklumat, berita, pesanan, atau dokumen. (2m) - melalui perkhidmatan radio dan televisyen, pos dan telekom. (2m) - radio/televisyen – menyebarkan maklumat, pengetahuan dan berita. (2m) - pos - menyediakan perkhidmatan mel dan menghantar bungkusan daripada pengirim kepada penerima. (1m) - telekom – secara lisan dan bercetak – seperti telefon, teleks, telegram dan sebagainya (2m)(b) - memudahkan dan melicinkan aktiviti perdagangan – mudah berhubung – mengirim dan menerima cek melalui perkhidmatan pos. (2m) - Memudahkan peniaga mengetahui keadaan pasaran – menyebarkan maklumat perniagaan seperti pasaran saham , komoditi, dan sebagainya. (2m) - Memperluas pasaran – alat komunikasi menghubungkan pasaran tempatan dengan luar negeri. (2m) - Memudahkan kawalan dan pengurusan perniagaan – telefon, teleks, datel dan sebagainya . (2m) - Mengurangkan risiko perniagaan. (2m) - Memudahkan maklumat mengenai kemalangan dan kerugian disampaikan dengan segera. (2m) - Memudahkan kegiatan promosi – mengumumkan maklumat mengenai barang dan perkhidmatan kepada pengguna melalui media masa yang pelbagai. (2m) *(pilih mana-mana lima peranan)(c) Mel biasa - cara paling murah mengirim surat, bahan bercetak, poskad, dan dokumen yang kurang penting. (2m) - Penghantaran tidak didaftarkan di pejabat pos. (1m) - Pejabat pos tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan bahan kiriman. (1m) - Lebih lambat. (1m) Mel khas - Mengirim surat , dokumen, dan bungkusan yang penting dengan bayaran tambahan. (2m) - Perlu didaftarkan dengan pejabat pos. (1m) - Pejabat pos bertanggungjawab terhadap kehilangan dan kerosakkan barang. (1m) - Penghantaran lebih cepat dan selamat. (1m)
  4. 4. Soalan 2(a) - membolehkan dua orang di berlainan tempat menyampaikan maklumat serentak. (2m) - Pemanggil dan penerima tidak perlu bertemu / dapat berbicara terus. (2m) - Menjimatkan masa. (2m) - Penjual dan pembeli dapat berhubung dengan serta-merta. (1m) - Panggilan telefon terbahagi kepada: • panggilan tempatan – terus dail antara dua orang di ibu sawat yang sama. (1m) • panggilan sambung jauh terus dail – antara dua orang di luar sawat yang sama di tempat yang berlainan. (1m) • panggilan antarabangsa terus dail – tanpa melalui telefonis. (1m) • panggilan 3 pihak – 3 pihak di tempat berlainan berkomunikasi antara satu dengan lain. (1m) • panggilan tanpa tol – pemaggil membuat panggilan jauh dengan hanya membayar mengikut kadar panggilan tempatan. (1m)(b) i. frangki – mengecap harga setem dan mel – menjimatkan masa membeli dan melekat setem. (3m) ii. kupon jawapan antarabangsa – dihantar kepada penjual majalah di luar negeri untuk ditukar dengan setem di pejabat pos di negaranya. (3m) iii. surat berdaftar A.R – selamat – sebagai bukti mel diterima oleh pelanggan.(3m) iv. pos bungkusan kecil – sesuai untuk mengirim barang-barang yang berat tidak melebihi 1kg – bayaran pos dibayar jika bungkusan hilang. (3m)Soalan 3(a) i. Mel • Terdapat 2 perkhidmatan mel iaitu mel ekspres dan mel udara (1m) yang membolehkan peniaga mengirim maklumat kepada pelanggan dengan cepat dan tepat (1m) 1) Pos ekspress - digunakan untuk mengirim sebarang maklumat atau dokumen perniagaan dengan secepat mungkin (1m) - Diserahkan khas oleh posmen kepada penerima sebaik sahaja mel itu tiba di pejabat pos penyerahan (1m) - Pejabat pos akan mengenakan bayaran tambahan untuk perkhidmatan ini(1m) - Sesuai digunakan dalam negara (1m) 2) Mel udara - peniaga boleh mengirim dan menerima surat, dokumen, bungkusan kecil ke luar negara dengan cepat (1m)
  5. 5. - Kapal terbang digunakan untuk mengirim mel keluar negara (1m) ii. telefon • Merupakan alat komunikasi secara lisan (1m) • Peniaga boleh menggunakan telefon untuk berhubung secara lansung sama ada di dalam ataupun luar negara (1m) • Melalui perhubungan telefon, peniaga dapat membincangkan hal-hal peniagaan dan memberi arahan, membuat pesanan dan perjanjian dengan serta-merta (1m) • Pelbagai maklumat pasaran seperti pasaran saham, pasaran komoditi dan pertukaran wang asing dapat disalurkan melalui telefon (1m) iii. Teleks • Merupakan satu cara mengirim berita melalui mesin teleprinter (1m) • Mesin tersebut disambung melalui satelit atau kabel antara satu sama lain (1m) • Berita yang hendak dikirim ditaip pada teleprinter penghantar (1m) dan maklumat berkenaan akan ditaip oleh mesin teleprinter penerima secara automatic pada masa yang serentak (1m) • Tidak perlu dikendali apabila menerima maklumat (1m) • Penghantaran dan penerimaan berita dapat dilakukan sepanjang 24 jam • Biasa diguna oleh firma-firma besar, agensi berita, hotel bertaraf antarabangsa dan bank (1m) • Dengan perkhidmatan teleks , peniaga boleh mengetahui keadaan pasaran ataupun menghantar berita dan maklumat ke cawangan di luar negara secara serentak iv. Telegram • satu kemudahan komunikasi yang membolehkan peniaga mengirim berita bertulis dengan cepat (1m) • mengelak kekeliruan (1m) yang boleh timbul jika menggunakan perkhidmatan komunikasi secara lisan melalui telefon (1m) • bayaran untuk perkhidmatan ini berasaskan kepada jumlah perkataan yang digunakan (1m)BAHAGIAN B
  6. 6. Soalan 4(a) i. Telefaks • pelan dan dokumen boleh dihantar ke tempat yang jauh (1m) dalam bentuk salinan asal (1m) dengan serta merta (1m) • pengguna cuma perlu menggunkan alat faksimili yang disambung dengan alat telefon biasa(1m) • maklumat boleh dihantar pada bila-bila masa dan ini membantu meningkatkan pengurusan perniagaan (1m) ii. Pos Laju • boleh digunakan untuk menghantar sampel, dokumen, dan bungkusan melalui perkhidmatan pejabat pos (1m) • bungkusan ataupun surat dapat dihantar dalam masa +24 jam (1m) • menjimatkan masa kerana semua dokumen disediakan oleh pejabat pos (1m) • selamat kerana pejabat mengeluarkan resit (1m) iii. Atur  perkhidmatan telefon bergerak yang disediakan oleh Telekom (1m) • pengguna boleh dihubungi pada bila-bila masa dan tempat samada di premis • perniagaan atau di luar pejabat • dapat membantu dalam menyampaikan maklumat penting dan membuat • keputusan perniagaan dengan serta-merta (1m) iv. Frangki  mesin ini boleh dibeli atau disewa daripada pejabat pos (1m) • mempunyai satu meter untuk merekod jumlah nilai bayaran pos yang telah • digunakan oleh peniaga (1m) • dapat menjimatkan masa untuk melekatkan setem pada surat dan bungkusan (1m)(b) - menyediakan perkhidmatan penghantaran segera (1m) dokumen, sapmel dan bungkusan dengan selamat (1m) melalui pelbagai kenderaan pantas contohnya van dan kapal terbang (1m) - menyediakan perkhidmatan serahan dari pintu ke pintu (1m) di mana dokumen / bungkusan dipungut dari pintu pengirim dan diserahkan terus ke pintu si penerima(1m0 - membantu pelanggan membungkus barang / dokumen (1m) agar dapat menjimatkan masa dan kos pelanggan (1m)
  7. 7. - syarikat kurier juga menyediakan perkhidmatan kutipan berkala dokumen/ bungkusan mengikut masa yang ditetapkan (1m) dan bayaran dibuar secara bulanan oleh pelanggan (1m)- syarikat kurier memudahkan urusan penghantaran bungkusan / dokumen ke luar negara (1m) dengan menyediakan segala dokumentasi serta urusan kastam (1m)

×