Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Ringkasan proposal sarjana pendidikan islam

1,194 views

Published on

  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Ringkasan proposal sarjana pendidikan islam

  1. 1. Z O O L H I L M I B I N O T H M A N G P 0 1 6 9 0 J A B A T A N S Y A R I A H F A K U L T I P E N G A J I A N I S L A M U N I V E R S I T I K E B A N G S A A N M A L A Y S I A T A J U K : S A H A M W A K A F P A H A N G : T I N J A U A N D A R I S U D U T P E N G U R U S A N D A N I S U - I S U P E R L A K S A N A A N N Y A RINGKASAN PROPOSAL SARJANA PENDIDIKAN ISLAM
  2. 2. PERMASALAHAN KAJIAN  Hasil dari kajian tidak rasmi penyelidik keatas sejumlah responden mendapati masih ramai diantara mereka yang tidak tahu mengenai kewujudan Saham Wakaf Pahang dari segi operasi, dan penyaluran dana setelah 15 tahun dilancarkan.  Kajian berkaitan dengan pengurusan Saham Wakaf Pahang oleh Unit Wakaf Majlis Ugama Islam Negeri Pahang dari sudut kaedah pengumpulan dan pengagihan dana Saham Wakaf Pahang serta isu-isu berkaitan dengan perkara ini.
  3. 3. Sambungan…  Membuat perbandingan pengurusan Saham Wakaf di negeri Pahang dan negeri Selangor. Rasionalnya Selangor lebih maju dan efisyen dalam pengurusan Saham Wakaf.  Memberi saranan yang boleh membantu kearah kemajuan Saham Wakaf Pahang. Sekaligus meningkatkan sosio-ekonomi masyarakat Islam negeri Pahang.
  4. 4. Persoalan Kajian  Bagaimanakah pengurusan dana Saham Wakaf Pahang diuruskan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang dan apakah mekanisme yang digunapakai bagi menyalurkan dana tersebut?  Apakah faktor yang menyebabkan kurangnya pengetahuan masyarakat negeri Pahang terhadap kaedah operasi dan tujuan Saham Wakaf Pahang ditubuhkan setelah 15 tahun ia dilancarkan?
  5. 5. Sambungan..  Apakah persamaan dan perbezaan yang terdapat dalam pengurusan Saham Wakaf Pahang berbanding dengan pengurusan saham wakaf di negeri Selangor dan apakah faktor negeri Selangor dilihat lebih efisyen dalam pengurusan saham wakaf mereka?
  6. 6. Objektif Kajian  Untuk meneliti sistem pengurusan yang dijalankan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang dalam menguruskan saham wakaf Pahang dan mekanisme yang digunapakai dalam mengagihkan dana tersebut.  Untuk mengkaji faktor yang menyebabkan masyarakat Islam di negeri Pahang sebilangan besarnya masih belum mengetahui fungsi dan tujuan Saham Wakaf Pahang ini ditubuhkan.
  7. 7. Sambungan..  Untuk menganalisa persamaan dan perbezaan dalam sistem pengurusan saham wakaf di negeri Pahang berbanding pengurusan saham wakaf yang ada di Selangor serta melihat faktor keberkesanan pengurusan saham wakaf mereka untuk dijadikan saranan kearah penambahbaikan pengurusan saham wakaf di Pahang
  8. 8. Metodologi Kajian  Rekabentuk:  Kualitatif  Pengumpulan Data:  Pemerhatian  Kajian Pustaka  Temubual Analisis Data:  Diskriptif  Deduktif  Perbandingan
  9. 9. Limitasi Kajian  Kajian ini hanya akan meneliti pengurusan dan kaedah penyaluran dana saham wakaf dan tidak melibat harta-harta wakaf yang lain.  Kajian ini juga dibataskan dari skop kawasan, yang mana penyelidikan akan dijalankan terhadap pengurusan saham wakaf Pahang dan hanya meneliti sistem pengurusan saham wakaf di Selangor sebagai perbandingan.
  10. 10. Tijauan Literatur  Kajian Perbandingan Pengurusan Tanah Wakaf Di Malaysia: Kajian kes di Johor, Melaka, Perak, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Terengganu dan Perbadanan Wakaf Malaysia (Baharuddin Sayin, Asmak Hj. Ali dan S. Salahudin Suyurno 2006) telah membuat kajian berkaitan dengan kaedah terkini pengurusan harta wakaf terhadap negeri-negeri yang terpilih dan membuat perbandingan diantara negeri tersebut.
  11. 11. Sambungan…  Wakaf Johor:Tinjauan dari sudut Pelaksanaan & Permasalahan (Sazura Bohari 2004) telah meneliti bagaimana perlaksanaan pengurusan Wakaf Johor dan mengkaji apakah masalah-masalah yang timbul dalam perlaksanaannya. Namun begitu dalam kajian ini Wakaf Johor hanya akan disentuh untuk dibuat perbandingan dalam konteks pengorganisasian dan tadbir urus saham wakaf dengan apa yang dijalankan di negeri Pahang pada masa ini.
  12. 12. Sambungan…  Selain itu juga terdapat kajian yang telah dilakukan pada peringkat doktor falsafah yang berjudul Pentadbiran Wakaf di Negeri Pahang (Zawavi Zainal Abidin 2007) telah mengupas berkaitan dengan pembangunan tanah wakaf dan permasalahan yang berlaku uru tadbirnya. Namun begitu kajian ini wajar dianggap sebagai kajian lanjutan penulis dilihat hanya menyentuh sedikit sahaja berkaitan dengan wakaf tunai di negeri Pahang atau Saham Wakaf Pahang.

×