Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Isbal

189 views

Published on

  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Isbal

  1. 1. Hal 014 - ISBAL ISBAL ) bermaksud: “Melabuhkan pakaian (seperti seluar, jubah, kain sarung dan semua jenis pakaian) sehingga menutup buku lali (mata kaki). Atau pakaian labuh yang menyentuh bumi (mencecah tanah) sehinggga diseret. Berkata Imam as-San‟ani rahimahullah: ‫االسض‬ ‫ي‬ ‫ال‬ ‫و‬ ‫سل‬ ‫ش‬ ‫وي‬ ‫و‬ ‫وب‬ ‫ث‬ ‫طول‬ ‫ي‬ ‫زى‬ ‫ال‬ ‫ىو‬ : ‫اصاسه‬ ‫بل‬ ‫س‬ ‫و‬ ‫ال‬ .‫شي‬ ‫ه‬ ‫ارا‬ “Mengisbal pakaiannya: Iaitu orang yang memanjangkan pakaiannya dan melabuhkannya sehingga (mencecah) ke bumi apabila berjalan”. (Rujuk: ‫ءافيتسا‬ ‫لاوقالا‬ ‫ىف‬ ‫رحت‬ ‫بال‬ ‫س‬ ‫اال‬ ‫ن‬ ‫ي‬ lA .23 .mlh ‫رجال‬ ‫ال‬ ‫لى‬ ‫-ع‬Imam Muhammad bin Ismail al-Amir as-San‟ani: . “Dari Mughirah radiallahu „anhu berkata: Aku melihat Rasulullah sallallahu „alaihi wa-sallam memegang pakaian Sufiyan bin Sahl dan baginda bersabda: Wahai Sufyian! Janganlah engkau berisbal, kerana Allah tidak menyukai orang-orang yang berisbal” (Dikeluarkan oleh (1) Ibn Majah 2/1183 No. 3575. (2) An-Nasaii dalam Al-Kubra dan Tuhfatul Asyraf. (3) Ibn Hibban dalam Sahihnya 7/397 No. 5418. (4) Ahmad dalam Musnadnya 4/246. 253. (5) Ibn Abi Syaibah 8/207) Tidak Ber-Isbal Sebagai Salah Satu Sikap Taqwa: “Rasulullah sallallahu „alaihi wa-sallam telah menegur seorang lelaki yang berpakaian labuh (baginda bersabda): Angkatlah (tinggikanlah) kain kamu dan bertaqwalah kepada Allah”. (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad. 4/395) .
  2. 2. “Dari Abi Zarr radiallahu „anhu berkata: Rasulullah sallallahu „alaihi wa-sallam bersabda: Ada tiga golongan yang tidak ditegur oleh Allah di Hari Kiamat dan Allah tidak melihat kepada mereka, tidak mengampunkannya dan mereka mendapat azab yang pedih, Rasulullah mengulang-ulangi ucapannya ini tiga kali. Maka Abu Zarr berkata: Alangkah rugi dan menyesalnya mereka wahai Rasulullah! Siapakah mereka itu? Baginda menjhawab: Orang yang musbil (melabuhkan pakaiannya sehingga menutup buku lali), orang yang mengungkit (menyebut-nyebut) pemberiannya dan orang yang menjual barangannya dengan sumpah palsu. (Dalam riwayat Muslim: Orang yang melabuhkan pakaiannya.” (Hadis Riwayat Muslim, 1/102. Kitabul Iman - No. 106, Hadis Riwayat Abu Daud, Dalam Sunannya, 4/347, No. 4087. Turmizi, Dalam Sunannya - 2/342. No. 1229) “Dari Ibnu Umar radiallahu „anhu secara marfu‟: Tiga golongan Allah tidak melihat kepada mereka: Orang mengungkit pemberiannya, orang yang melabuhkan pakaiannya dan orang yang menagih arak.” (Dikeluarkan oleh at-Tabrani. Rujuk: “Majma‟ud az-Zawaid) Ber-Isbal Adalah Sebahagian Daripada Kesombongan Berkata Ibn Hajar rahimahullah: ‫ال‬ ‫جش‬ ‫لضم‬ ‫ت‬ ‫س‬ ‫ي‬ ‫بال‬ ‫س‬ ‫اال‬ ‫اى‬ ‫لضم‬ ‫ت‬ ‫س‬ ‫ي‬ ‫ثوب‬ ‫ال‬ ‫وجش‬ ، ‫وب‬ ‫ث‬ ‫الء‬‫ي‬ ‫خ‬ ‫ال‬ ‫صذ‬ ‫ق‬ ‫ي‬ ‫ن‬ ‫ل‬ ‫و‬ ‫ول‬ ‫الء‬‫ي‬ ‫خ‬ ‫ال‬ “Sesungguhnya isbal itu ialah melabuhkan pakaian, melabuhkan pakaian itu adalah suatu kesombongan walaupun tidak bermaksud (berniat) untuk sombong.” (Rujuk: Fathul Bari, 10/264) Rasulullah sallallahu „alaihi wa-sallam bersabda: “Berjaga-jagalah kamu dari berisbal, sesungguhnya isbal itu perbuatan sombong.” (Dikeluarkan oleh Ahmad 5/63-64. Isnadnya sahih) Hadis di atas ini mengkategorikan orang yang isbal (melabuhkan pakaiannya) sebagai orang yang sombong walaupun ia tidak bermaksud atau berniat demikian. Oleh itu isbal diharamkan kepada setiap lelaki beriman dan awaslah mereka yang mengisbalkan seluar, kain atau pakaiannya kerana telah diberi amaran oleh sekian banyak hadis-hadis yang sahih. Had Isbal
  3. 3. . . “Dari Abdullah bin Umar radiallahu „anhuma berkata: Aku pernah melintas (di hadapan) Rasulullah sallallahu „alaihi wa-sallam dan dengan mengenakan pakaian labuh. Maka baginda bersabda: Wahai Abdullah! Naikkan/ tinggikan kainmu. Maka aku menaikkannya. Baginda bersabda lagi: Tambahkan (naikkan) lagi. Maka aku tambah lagi. Kemudian saya terus tidak meninggalkan cara berpakaian yang seperti selepas itu. Beberapa kaum yang bersama bertanya: Sampai ke paras mana? Baginda bersabda lagi: Pertengahan betis” (Hadis Riwayat Muslim dalam Sahihnya, 3/1650, No. 2086. Imam Baihaqi dalam Sunan al-Kubra. 2/43) . “Dari „Ala bin Abdulrahman dari bapanya berkata: Aku bertanya kepada Abu Saied tentang kain (pakaian). Maka beliau berkata: Aku khabarkan dengan ilmu, aku mendengar Rasulullah sallallahu „alaihi wa-sallam bersabda: Pakaian seorang mukmin sehingga pertengahan dua betis. Tidak mengapa di antara betis dan maka kaki. Maka apa yang di bawah mata kaki maka dia di neraka, Allah tidak melihat orang yang melabuhkan pakaiannya dengan megah (sombong)” (Dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya jld. 4/303. No. 4093. Ibn Majah 2/1183. No. 3573. Malik dalam Mu‟ta hlm. 914-915. Ahmad dalam Musnad jld.2. No. 6, 31, 44, 52 dan 97. Ibn Abi Syaibah dalam Musanaf 8/244. Al-Humaidi dalam Musnadnya 2/323. No. 737. Al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra 2/244. Dan al-Bagawi dalam Syarah as-Sunnah 12/12) Berkata Imam An-Nawawi rahimahullah: “Batran: iaitu megah dan sombong”. Ber-Isbal Kerana Lupa, Tidak Sengaja Dan Kerana Terlalu Marah Jika bersolat dalam keadaan isbal (berpakaian labuh) kerana lupa (tidak disedari), tidak disengajakan atau dalam keadaan marah, maka tidak ada hukum baginya (sah solatnya). Ini berdasarkan beberapa hadis Rasulullah terutamanya tentang cara pakaian baginda dalam solat semasa kesiangan: . “Sesungguhnya setelah didapati matahari telah kelihatan, Rasulullah sallallahu „alaihi wa-sallam keluar (solat) tanpa disengajakan (tidak disedarinya) baginda berpakaian labuh”. (H/R Bukhari 2/526, 547 dan 10/355. An-Nasaii 3/127, 146 dan 152. No. 1464, 1491, 1492 dan 1502)
  4. 4. “Dari Imran bin Husin dalam kisah sujud sahwi bahawasanya baginda sallallahu „alaihi wa- sallam keluar (solat) dalam keadaan marah dan dalam keadaan labuh pakaiannya”. (Dikeluarkan oleh Muslim 1/99, 404. No. 101, 574. Abu Daud 1/618. No. 1018. An-Nasaii 3/26. No. 1237. Ibn Majah 1/384. No. 1215.) Melalui hadis di atas, jelaslah bahawa hanya orang yang tidak perasan (tidak sedar), marah dan terlupa yang tidak berdosa jika berpakaian isbal, termasuklah semasa mengerjakan solat, kerana ia berlaku tanpa ada maksud atau dirancang. HAD ISBAL TIDAK MELEBIHI MATA KAKI (BUKU LALI) Rasulullah sallallahu „alaihi wa-sallam penah menegur seorang lelaki yang berpakaian isbal dengan sabdanya: . “Tinggikanlah kainmu sehingga pertengahan betis, jika tidak mahu berbuat seperti itu, maka (angkatlah) ke paras mata kaki, takutilah olehmu dari mengisbalkan kain, kerana yang demikian itu termasuk kesombongan dan sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong”. (Lihat: Riadhus Solihin. 2/869. Imam Nawawi. H/R Abu Daud dengan isnadnya yang sahih. Dan diriwayatkan juga oleh Imam Turmizi. Beliau mengatakan bahawa ini adalah hadis hasan sahih) Hadis ini menunjukkan bahawa panjangnya pakaian yang diizinkan oleh Rasulullah untuk orang lelaki ialah tidak melebihi mata kaki, yang melebihinya dianggap isbal dan hukumnya haram. Dan hadis-hadis seterusnya yang mengharamkan isbal: . “Dari Abu Hurariah radiallahu „anhu berkata: Diketika seorang lelaki solat dalam keadaan labuh (mencecah bumi/isbal) kainnya, maka Rasulullah sallallahu „alaihi wa-sallam bersabda kepadanya: Pergilah berwuduk, kemudian (setelah berwuduk) dia datang semula. Kemudian Rasulullah berkata kepadanya: Pergilah berwuduk. Maka berkata seorang lelaki lain kepada Rasulullah: Wahai Rasululla! Engkau menyuruhnya berwuduk kemudian engkau diam (tidak menerangkan sebabnya). Maka Baginda bersabda: Sesungguhnya dia bersolat dengan keadaan iabal (kainnya labuh menutupi mata kaki/mencecah tanah), sesungguhnya Allah tidak menerima solat lelaki yang isbal (melabuhkan) pakaiannya”. (Dikeluarkan oleh Abu Daud 1/419-420 No.
  5. 5. 638. Baihaqi dalam Sunan al-Kubra 2/241. Berkata an-Nawawi: Sesungguhnya hadis ini menurut syarat Muslim, lihat: Riyadhus Solihin hlm. 278. Lihat: ‫ءافيتسا‬ ‫لاوقالا‬ ‫ىف‬ ‫ميرحت‬ ‫لابسالا‬ sA helo 72 .mlh ‫رجل‬ ‫ال‬ ‫لى‬ ‫-ع‬San‟ani) Orang-orang lelaki yang sengaja mengisbalkan (memanjangkan) seluar, kain atau pakaiannya terutama semasa mengerjakan solat, maka mereka hendaklah menghayati dan memikirkan isi hadis di atas ini, kerana Nabi Muhammad sallallahu „alaihi wa-sallam memerintahkan lelaki yang isbal agar berwuduk dan mengulangi solatnya sehingga dua kali. Malah diwaridkan dengan ancaman neraka bagi mereka yang berpakaian labuh mencecah bumi (isbal), sama ada semasa solat atau di luar solat. Baginda seterusnya mengancam dengan sabdanya sebagaimana hadis sahih riwayat Ibn Masoud: . “Dari Ibn Masoud radiallahu „anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu „alaihi wa- sallam bersabda: Sesiapa yang mengisbalkan kainnya dalam solatnya dengan megah, maka dari Allah tiada lagi yang halal dan haram”. (Dikeluarkan oleh Abu Daud 1/419. No. 637. At-Tabrani dalam Majma al-Kabir 9/315, 10/284. Abu Daud at-Tayalisi No. 351. Al-Baihaqi 2/242) Berkata Imam an-Nawawi rahimahullahu tentang hadis di atas ini: ‫نو‬ ‫دي‬ ‫اسق‬ ‫وف‬ ‫اهلل‬ ‫هي‬ ‫شئ‬ ‫ب‬ ‫ذ‬ ‫ق‬ : ‫ناه‬ ‫ع‬‫ه‬ “Hadis ini memberi makna: (Orang yang isbal) telah berlepas dari Allah dan dia telah meninggalkan agamanya”. (Lihat: ‫ءافيتسا‬ ‫لاوقالا‬ ‫ىف‬ ‫ميرحت‬ ‫لابسالا‬ ‫ىلع‬ ‫لاجرلا‬ hlm. 28. As- San‟ani) Berkata al-Hafiz Ibn Hajar rahimahullah: “Isnadnya mauquf. Selanjutnya beliau berkata: Hadis seperti ini tidak dikatakan mengikut pendapat (ar-rakyu), maka pada hadis ini, tidak ada larangan untuk menerimanya secara zahirnya.” (Lihat: Fathul al-Bari 10/257) Perhatian: Sarung kaki atau jaurab (stoking) tidak dikatogerikan sebagai pakaian isbal. Ini bererti sesiapa yang memakai sarung kaki atau sepatu yang menutup mata kaki tidak dianggap berisbal. Persoalan ini telah dibincangkan oleh para ulama fiqh (fukaha)

×