GSB 1012
Ahli Kumpulan:
Hemalatha A/P Rajakumar
Phua Wan Joo
Tajuk Tutorial:
Sistem Sapaan Dalam
Masyarakat Melayu
• Kesantunan berbahasa atau bahasa banyak bergantung pada
pemilihan kata sapaan atau panggilan hormat yang tepat.
• Sistem...
• Antara susunan kata yang digunakan semasa membuat sapaan
dan panggilan, iaitu
(a) sapaan yang lengkap dengan kata rujuka...
• Penggunaan kata ganti nama diri.
Kata ganti nama diri dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga, iaitu
“kata ganti nama...
Negeri Kata Ganti Nama Diri Orang
Pertama
Kata Ganti Nama Diri Orang
Kedua
Perak Teman (saya),
Keimer (kami, kita)
Miker (...
Bahasa Sapaan Berdasarkan Pangkat atau Status Seseorang
dalam Masyarakat.
• Status merupakan faktor penting dalam penentua...
• Gelaran Pergaulan formal
• Pergaulan formal dimaksudkan sebagai pergaulan yang
menunjukkan adanya sekatan sosial tertent...
Kata ganti diri sapaan Orang yang ditujukan
Tuan Orang yang mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada
penutur (dari s...
Digunakan sebagai rujukan
hormat kepada hadirin lelaki
dalam sesuatu upacara rasmi.
Contoh : Tuan-tuan sekalian
Pemilik ha...
Encik Orang lelaki yang mempunyai status yang lebih tinggi daripada
penutur.
Orang lelaki yang baru dikenali dan difikirka...
Cik Orang perempuan yang belum berkahwin.
Orang perempuan yang berjawatan lebih tinggi daripada
penutur.
Saudara ( lelaki)...
• Gelaran Warisan / Keturunan
• Gelaran warisan merupakan gelaran yang diwarisi oleh
seseorang sejak kelahirannya seperti:...
GELARAN BAHASA SAPAAN
Tun,
Toh Puan,
Tan Sri,
Puan Sri,
Datin Paduka
Gelaran ini tidak perlu diberi rujukan Tuan,
Puan, En...
•Gelaran Kurniaan Ikhtisas
•Gelaran kurniaan ini diperoleh kerana kejayaan
seseorang dalam bidang akademik atau ikhtisas, ...
GELARAN BAHASA SAPAAN
Profesor, Doktor,
Jeneral, Cikgu,
Ustaz
Bentuk panggilan serupa dengan gelaran
ikhtisas yang ada pad...
•Gelaran Keagamaan
•Dalam masyarakat Melayu yang beragama Islam,
terdapat beberapa gelaran bersesuaian dengan
kedudukan me...
GELARAN
BAHASA
SAPAAN
Sahibol Samahah (Mufti/ sarjana yang membuat
keputusan penting tentang agama Islam)
Haji/ Hajjah (Um...
Bahasa Sapaan Berdasarkan Kedudukan Dalam
Keluarga
• Penggunaan bahasa sapaan antara ahli keluarga mencerminkan
kedudukan ...
Bahasa Sapaan Dalam Keluarga Asas
PANGGILAN KEDUDUKAN DLM
KELUARGA
CARA MENYEBUT
Bapa, ayah, abah,
bapak, ba, walid
Ketua ...
Datuk, Tok, Tok
Wan
Ayah kepada ibu
bapa kita
Datuk, Tok, Tok
Wan
Mak Tok, Nenek,
Opah, Wan
Emak kepada ibu
bapa kita
Mak ...
Abang Ahli lelaki yang tua dalam
keluarga
Abang serta nama
Contoh : Abang Ali atau
Bang Li
Kakak Ahli perempuan yang tua
d...
Long Anak sulung / anak pertama Bang Long, Kak long
Ngah Anak kedua Bang Ngah, Kak Ngah
Lang Anak ketiga Bang Lang, Kak La...
Kesimpulan:
Masyarakat Melayu mempunyai sistem sapaan dan rujukan mengikut
situasi dan konteks yang sesuai. Kesalahan peng...
Sekian,
Terima Kasih.
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Tutorial 5: Sistem Sapaan Dalam Masyarakat Melayu

12,365 views

Published on

0 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
12,365
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
6,675
Actions
Shares
0
Downloads
156
Comments
0
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Tutorial 5: Sistem Sapaan Dalam Masyarakat Melayu

  1. 1. GSB 1012 Ahli Kumpulan: Hemalatha A/P Rajakumar Phua Wan Joo
  2. 2. Tajuk Tutorial: Sistem Sapaan Dalam Masyarakat Melayu
  3. 3. • Kesantunan berbahasa atau bahasa banyak bergantung pada pemilihan kata sapaan atau panggilan hormat yang tepat. • Sistem sapaan bermaksud kaedah yang digunakan oleh sesuatu masyarakat atau bangsa untuk menegur atau menyapa seseorang, baik dalam konteks rasmi mahupun tidak rasmi. • Ia merupakan penghubung langsung antara pihak yang menyapa dengan pihak yang disapa. • Bahasa sapaan mesti digunakan dengan betul dan sesuai mengikut konteks semasa berkomunikasi supaya menjaga air muka orang lain serta tidak menyinggung perasaan orang lain.
  4. 4. • Antara susunan kata yang digunakan semasa membuat sapaan dan panggilan, iaitu (a) sapaan yang lengkap dengan kata rujukan kehormat, gelaran atau pangkat yang disandang dan nama peribadi yang lengkap. Contohnya, Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak. (b) sapaan ringkas yang menyebut nama gelaran dan/atau pangkat dengan atau tanpa nama peribadi. Contohnya, DYMM (Duli Yang Maha Mulia) Seri Paduka Baginda • Sebutan senarai orang yang disapa daripada peringkat yang paling kanan hingga peringkat yang di bawahnya.
  5. 5. • Penggunaan kata ganti nama diri. Kata ganti nama diri dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga, iaitu “kata ganti nama diri pertama”, “kata ganti nama diri kedua” dan “kata ganti nama diri ketiga”. Bentuk kata ganti nama diri bergantung pada kata ganti nama diri itu digunakan, sama ada dalam suasana dan urusan rasmi atau dalam suasana dan urusan tidak rasmi. 1. Jumlah kata ganti nama diri yang digunakan untuk suasana dan urusan rasmi agak kecil. Contoh-contoh kata ganti nama diri bagi urusan rasmi adalah seperti saya, kami, kita, tuan, puan, beliau, dia, ia dan mereka. 2. Kata ganti nama diri yang digunakan dalam suasana dan urusan tidak rasmi amat banyak. Hal ini disebabkan oleh banyaknya dialek yang ada dalam bahasa Melayu dan dapat dikatakan bahawa dalam setiap dialek terdapat kata ganti nama diri yang tersendiri.
  6. 6. Negeri Kata Ganti Nama Diri Orang Pertama Kata Ganti Nama Diri Orang Kedua Perak Teman (saya), Keimer (kami, kita) Miker (awak), Mengkomer (kamu) Kedah Cheq (saya) Hangpa (kamu) Sarawak Kamek (saya) Kitak (kamu) Kelantan ambo (saya) Demo (kamu) Terengganu Kawe, Ambo (saya) Mung (engkau) Negeri Sembilan Eden (saya) Ekau (engkau)
  7. 7. Bahasa Sapaan Berdasarkan Pangkat atau Status Seseorang dalam Masyarakat. • Status merupakan faktor penting dalam penentuan bahasa sapaan. Dalam pergaulan seharian terdapat sekatan-sekatan sosial tertentu antara ahli masyarakat itu. Contohnya, sekatan pangkat dalam pekerjaan atau kedudukan sosial. • Dalam bentuk sapaan yang berdasarkan pangkat atau status seseorang itu, pembahagian dibuat seperti yang berikut; Gelaran pergaulan formal Gelaran warisan Gelaran kurniaan kerajaan Gelaran kurniaan ikhtisas Gelaran keagamaan ( Asmah Hj. Omar, 1982)
  8. 8. • Gelaran Pergaulan formal • Pergaulan formal dimaksudkan sebagai pergaulan yang menunjukkan adanya sekatan sosial tertentu sama ada sekatan pangkat dalam pekerjaan atau kedudukan sosial, atau sekatan sosial disebabkan si penyapa tidak begitu kenal antara satu sama lain.
  9. 9. Kata ganti diri sapaan Orang yang ditujukan Tuan Orang yang mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada penutur (dari segi status pekerjaan) Orang yang menjadi Pengerusi Majlis. Contoh : Tuan Pengerusi Majlis Digunakan bersama nama / jenis jawatan Contoh : Tuan Pengetua Orang yang menjawat jawatan kadi, imam, hakim, doktor. Contoh : Tuan Hakim
  10. 10. Digunakan sebagai rujukan hormat kepada hadirin lelaki dalam sesuatu upacara rasmi. Contoh : Tuan-tuan sekalian Pemilik harta. Contoh : Tuan rumah, Tuan tanah, Tuan kedai Orang yang bergelar seperti Haji, Profesor Contoh : Tuan Haji Shukor, Tuan Profesor
  11. 11. Encik Orang lelaki yang mempunyai status yang lebih tinggi daripada penutur. Orang lelaki yang baru dikenali dan difikirkan mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada penutur. Puan Orang perempuan yang sudah berkahwin. Orang perempuan yang memegang jawatan. Contoh : Puan Pengetua Pengerusi sesuatu upacara atau majlis. Contoh : Puan Pengerusi Rujukan hormat kepada hadirin wanita dalam sesuatu upacara rasmi. Contoh : Puan-puan sekalian
  12. 12. Cik Orang perempuan yang belum berkahwin. Orang perempuan yang berjawatan lebih tinggi daripada penutur. Saudara ( lelaki) Saudari (perempuan) Orang yang baru dikenali. Kakitangan bawahan atau setaraf dengan penutur. Sebagai rujukan kepada hadirin dalam sesuatu majlis. Digunakan dalam mesyuarat dan majlis perdebatan.
  13. 13. • Gelaran Warisan / Keturunan • Gelaran warisan merupakan gelaran yang diwarisi oleh seseorang sejak kelahirannya seperti: • Raja : Tengku, Tunku, Engku, Tuanku, • Bangsawan : En. Megat, Tn. Syed, En. Wan, En. Nik, Abang, Dayang. • Gelaran Kurniaan Kerajaan • Gelaran kurniaan kerajaan ialah gelaran yang dianugerahkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa kepada individu yang dianggap berjasa. • Contohnya, Datuk Lee Chong Wei
  14. 14. GELARAN BAHASA SAPAAN Tun, Toh Puan, Tan Sri, Puan Sri, Datin Paduka Gelaran ini tidak perlu diberi rujukan Tuan, Puan, Encik atau Cik kecuali mereka mempunyai gelaran lain seperti Doktor , Profesor , Tengku , atau Haji. Contoh : Tun Dr. Ismail Tan Sri Tengku Ahmad
  15. 15. •Gelaran Kurniaan Ikhtisas •Gelaran kurniaan ini diperoleh kerana kejayaan seseorang dalam bidang akademik atau ikhtisas, juga dikenali sebagai gelaran profesional.
  16. 16. GELARAN BAHASA SAPAAN Profesor, Doktor, Jeneral, Cikgu, Ustaz Bentuk panggilan serupa dengan gelaran ikhtisas yang ada pada mereka. Contoh : Seseorang guru agama dipanggil Ustaz. Kata sapaan Tuan / Puan boleh diletakkan sebelum gelaran Profesor dan Doktor. Contoh : Tuan Doktor, Puan Profesor, Tn. Irsenio.
  17. 17. •Gelaran Keagamaan •Dalam masyarakat Melayu yang beragama Islam, terdapat beberapa gelaran bersesuaian dengan kedudukan mereka dalam hal keagamaan.
  18. 18. GELARAN BAHASA SAPAAN Sahibol Samahah (Mufti/ sarjana yang membuat keputusan penting tentang agama Islam) Haji/ Hajjah (Umat Islam yang sudah selesai menunaikan haji) Lebai (Satu pengiktirafan dan penghormatan masyarakat terhadap seseorang apabila mereka melihat kewarakan dan akhlak yang baik yang Tuan Haji / Pak Haji Osman Puan Hajah / Mak Hajah Esah Pak Lebai Kadut
  19. 19. Bahasa Sapaan Berdasarkan Kedudukan Dalam Keluarga • Penggunaan bahasa sapaan antara ahli keluarga mencerminkan kedudukan seseorang itu dalam susunan kekeluargaan. • Kata ganti nama diri dalam sesebuah keluarga ditentukan melalui pertalian darah keluarga asas, keluarga suku/ perut dan keluarga turun-temurun.
  20. 20. Bahasa Sapaan Dalam Keluarga Asas PANGGILAN KEDUDUKAN DLM KELUARGA CARA MENYEBUT Bapa, ayah, abah, bapak, ba, walid Ketua keluarga lelaki Yah, bah, … Emak, mak, ibu, bu, umi, wan Ketua keluarga perempuan Mak, ibu, ...
  21. 21. Datuk, Tok, Tok Wan Ayah kepada ibu bapa kita Datuk, Tok, Tok Wan Mak Tok, Nenek, Opah, Wan Emak kepada ibu bapa kita Mak Tok, Nenek, Opah, Wan
  22. 22. Abang Ahli lelaki yang tua dalam keluarga Abang serta nama Contoh : Abang Ali atau Bang Li Kakak Ahli perempuan yang tua dalam keluarga Kakak serta nama Contoh : Kakak Fatimah atau Kak Timah Adik Ahli lelaki / perempuan yang muda dalam keluarga Adik serta nama Contoh : Adik Rozita atau Adik Ita Adik Azlan atau Adik Lan
  23. 23. Long Anak sulung / anak pertama Bang Long, Kak long Ngah Anak kedua Bang Ngah, Kak Ngah Lang Anak ketiga Bang Lang, Kak Lang Uda Anak keempat Bang Uda, Kak Uda Andak Anak kelima Bang Andak, Kak Andak Teh Anak keenam Bang Teh, Kak Teh Busu Anak Bongsu / anak terakhir Busu, Kak Su
  24. 24. Kesimpulan: Masyarakat Melayu mempunyai sistem sapaan dan rujukan mengikut situasi dan konteks yang sesuai. Kesalahan penggunaan kata sapaan ini boleh menimbulkan hubungan yang tidak harmoni di antara penutur dan pendengar. Ini disebabkan kata-kata ini membawa implikasi yang berbeza apabila digunakan dalam situasi yang berlainan. Kata sapaan ini juga berfungsi untuk memperlihatkan kesopanan seseorang dalam menggunakan bahasa tersebut. Situasi formal dan tidak formal mempunyai sistem sapaannya tersendiri dan setiap penutur tidak sewajarnya mencampuradukkan penggunaan kata-kata tersebut sesuka hati. Hal ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat Melayu adalah bersopan-santun atau berbudi bahasa.
  25. 25. Sekian, Terima Kasih.

×