Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Garis panduan ads1 m

775 views

Published on

Garis Panduan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia

Published in: Government & Nonprofit
  • Be the first to comment

Garis panduan ads1 m

  1. 1. GARIS PANDUAN PELAKSANAAN ANUGERAH DESA SEJAHTERA 1MALAYSIA (ADS1M) Bahagian Pengupayaan Komuniti dan Infodesa Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
  2. 2. Garis Panduan Pelaksanaan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia (ADS1M) | i KANDUNGAN Bil. Perkara Halaman 1. Latar Belakang 1 2. Objektif 1 3. Syarat Penyertaan 1 – 2 4. Taklimat/ Kursus 2 – 3 5. Jawatankuasa 3 – 4 6. Penghakiman 4 7. Hadiah Pemenang 4 – 5 8. Insentif Sambutan Kemerdekaan 5 9. Penutup 5
  3. 3. Garis Panduan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia | ii LAMPIRAN Lampiran Perkara Halaman Lampiran 1 Borang Penyertaan ADS1M 6 Lampiran 2 Jawatankuasa ADS1M 7 Lampiran 3 Takwim Tahunan ADS1M 8 Lampiran 4 Panel Hakim / Skema Pemarkahan ADS1M 9 Lampiran 5 Kadar Nilai Hadiah ADS1M 10 Lampiran 6 Tatacara Pelaksanaan Sambutan Kemerdekaan 11
  4. 4. Garis Panduan Pelaksanaan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia (ADS1M) | 1 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN ANUGERAH DESA SEJAHTERA 1MALAYSIA (ADS1M) 1. LATAR-BELAKANG 1.1 Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 09 Oktober 2013 telah bersetuju dengan penggabungan pertandingan Anugerah Desa Cemerlang (ADC) dan Anugerah Desa Sejahtera (ADS) yang membawa kepada nama baru pertandingan, iaitu Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia (ADS1M). 1.2 Berdasarkan keputusan di atas, pertandingan ADS1M akan dilaksanakan mulai tahun 2014 secara tahunan bersama Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan Jabatan/Agensi Kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri. 2. OBJEKTIF 2.1 Merealisasikan program transformasi luar bandar untuk melahirkan masyarakat desa yang berdaya saing, berinisiatif, berilmu, berdikari dan berdisiplin kerja. 2.2 Menyuburkan semangat 1Malaysia, patriotisme merdeka dan nilai-nilai murni tradisi secara istiqamah di peringkat akar umbi yang merentas sempadan kaum, agama, budaya serta geografi. 2.3 Merangsang kelestarian desa yang maju, menarik dan menguntungkan serta berpendapatan tinggi menjelang 2020. 3. SYARAT PENYERTAAN 3.1 Pertandingan bagi kategori Kampung Tradisional / Rumah Panjang dibuka penyertaan kepada kampung yang ditadbir oleh JKKK/P sahaja.
  5. 5. Garis Panduan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia | 2 3.2 Hanya satu (1) Rumah Panjang berJKKK yang mempunyai sekurang-kurangnya 50 pintu akan dicalonkan oleh Pejabat Residen bagi mewakili Bahagian masing-masing untuk bertanding dalam kategori khas Rumah Panjang. 3.3 Kampung Tradisional / Rumah Panjang yang terpilih untuk melaksanakan projek/program berskala besar seperti Program Desa Lestari Abad Ke-21, tiga (3) pemenang teratas ADS 2012, MyKampung MyFuture, Program Agropolitan dan sebagainya adalah TIDAK LAYAK untuk menyertai pertandingan ini. 3.4 Kampung Tradisional yang menjadi Johan ADSIM Peringkat Negeri / Rumah Panjang yang menjadi Rumah Panjang Terbaik ADS1M; dan Kampung Tradisional / Rumah Panjang yang pernah menjadi Johan Peringkat Negeri / Zon dalam pertandingan ADC atau Anugerah Ilham Desa (AID) antara tahun 2010-2013 adalah TIDAK DIBENARKAN untuk menyertai pertandingan ini selama lima (5) tahun berturut- turut. 4. TAKLIMAT / KURSUS 4.1. TAKLIMAT a. Semua Kampung Tradisional / Rumah Panjang akan dijemput secara rasmi ke suatu sesi taklimat Garis Panduan ADS1M. Taklimat akan diberikan oleh pihak KEMAS selaku urus setia. b. Sesi taklimat ini akan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa ADS1M. Tiada elaun hilang punca pendapatan, elaun makan atau elaun minyak akan disediakan untuk sesi taklimat ini. c. Di akhir sesi taklimat tersebut, Kampung Tradisional / Rumah Panjang yang berminat untuk menyertai pertandingan ini perlu mengisi dan mengembalikan borang penyertaan sepertimana di Lampiran 1 pada hari yang sama (atau mengikut tarikh yang ditetapkan).
  6. 6. Garis Panduan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia | 3 4.2. KURSUS (a) Kursus khas akan diadakan kepada semua Kampung Tradisional/ Rumah Panjang yang diputuskan oleh Jawatankuasa ADSIM sebagai LAYAK menyertai pertandingan ini. (b) Tujuan kursus khas adalah untuk memberi penerangan yang jelas mengenai tatacara penyediaan dokumen penghakiman dan jadual lawatan/pergerakan panel hakim (oleh pihak KEMAS); serta skema penilaian panel hakim (oleh Naib Ketua Hakim). 5. JAWATANKUASA 5.1 Jawatankuasa ADS1M sepertimana di Lampiran 2 perlu ditubuhkan di ketiga-tiga peringkat pelaksanaan. Jawatankuasa ini berfungsi untuk mengesah dan meluluskan perkara-perkara berikut:- (a) Kadar hadiah, peruntukan yang telah diluluskan; serta unjuran perbelanjaan keseluruhan; (b) Kelayakan Kampung Tradisional / Rumah Panjang untuk menyertai ADS1M berdasarkan Para 3; (c) Senarai pegawai yang mendapat pelepasan rasmi Jabatan/ Agensi untuk dilantik secara rasmi sebagai panel hakim; (d) Keputusan pemarkahan panel hakim (mengikut format sepertimana di FORMAT A) serta penentuan pemenang; dan (e) Isu-Isu berbangkit yang berkaitan dengan perancangan, pelaksanaan dan penghakiman ADS1M. 5.2 Takwim tahunan ADS1M yang ditetapkan mengikut peringkat daerah/jajahan/bahagian/parlimen, negeri dan kebangsaan adalah sepertimana di Lampiran 3.
  7. 7. Garis Panduan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia | 4 6. PENGHAKIMAN 6.1 Sejumlah sembilan (9) orang panel hakim berdasarkan gred jawatan dari pelbagai Jabatan/ Agensi Kerajaan peringkat negeri/ persekutuan akan dilantik oleh Jawatankuasa ADS1M Peringkat Daerah/Jajahan/Bahagian/Parlimen, Negeri dan Kebangsaan. 6.2 Sejumlah tujuh (7) aspek yang terbahagi kepada markah teras (pemberat 65%) dan markah elektif (pemberat 35%) akan dinilai oleh sembilan (9) orang panel hakim sepertimana di Lampiran 4. Naib Ketua Hakim akan memberi bengkel khas kepada Ketua/Ahli Panel Hakim. 6.3 Panel Hakim ADS1M Peringkat Negeri Sarawak akan membuat penilaian bagi kedua-dua kategori; iaitu Kategori Khas Rumah Panjang dan Kategori Kampung Tradisional. 7. HADIAH PEMENANG 7.1 Kampung Tradisional yang diisytiharkan sebagai pemenang peringkat daerah/jajahan/bahagian/parlimen dan negeri akan menerima hadiah dalam bentuk wang tunai dan sijil penyertaan sempena Majlis Ringkas Penyampaian Hadiah ADS1M Peringkat Negeri. 7.2 Kampung Tradisional yang diisytiharkan sebagai pemenang peringkat kebangsaan; dan Rumah Panjang yang dinobatkan sebagai Johan peringkat negeri akan menerima hadiah dalam bentuk wang tunai, projek ekonomi, trofi piala dan plak sijil. Keputusan pemenang kedua-dua kategori ini akan diumumkan sempena Majlis Penyampaian Hadiah ADS1M Peringkat Kebangsaan. 7.3 Hadiah wang tunai, trofi piala dan plak sijil akan diberi semasa majlis penyampaian; manakala hadiah projek ekonomi akan disalurkan sebaik sahaja kertas cadangan projek ekonomi dikemukakan oleh pihak JKKK/P mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.
  8. 8. Garis Panduan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia | 5 7.4 Kadar nilai hadiah ADS1M adalah tertakluk kepada bajet peruntukan tahun semasa yang diluluskan. Siling minimum kadar nilai hadiah ADS1M adalah sepertimana di Lampiran 5. 8. INSENTIF SAMBUTAN KEMERDEKAAN 8.1 Pemenang Johan ADS1M Peringkat Daerah/Jajahan/ Bahagian/ Parlimen; serta Rumah Panjang yang mewakili Bahagian akan menerima insentif sambutan kemerdekaan dalam bentuk wang tunai. Insentif ini akan diberikan semasa Majlis Ringkas Penyampaian Hadiah ADS1M Peringkat Negeri. 8.2 Insentif ini perlu digunakan untuk membiayai majlis sambutan kemerdekaan sepertimana yang telah dibentangkan kepada panel hakim. Tatacara pelaksanaan sambutan kemerdekaan ini adalah sepertimana di Lampiran 5. 9. PENUTUP Komitmen dan kerjasama semua pihak di semua peringkat pelaksanaan adalah diharapkan bagi menjayakan pelaksanaan ADS1M dalam usaha merangsang kelestarian luar bandar sebagai suatu kawasan yang maju, menarik dan menguntungkan selaras dengan wawasan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020. Februari 2014 Unit Pengupayaan Komuniti Luar Bandar Bahagian Pengupayaan Komuniti dan Infodesa Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
  9. 9. Garis Panduan Pelaksanaan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia (ADS1M) | 6 LAMPIRAN 1 BORANG PENYERTAAN ANUGERAH DESA SEJAHTERA 1MALYSIA (ADS1M) Nama JKKK/P : ________________________________________ Mukim / Daerah (Kel shj) : ________________________________________ Dae. / Jjhn. / Bhg. / Par. : ________________________________________ DUN : ________________________________________ Parlimen : ________________________________________ Alamat Surat Menyurat : ________________________________________ ________________________________________ . Kami pihak JKKK/P dengan ini bersetuju untuk menyertai Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia (ADS1M) Tahun _______ dan bersetuju dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan. _______________________________ (Tandatangan JKKK/P) Nama : No. KP : Jawatan : Tel. HP : Pengesahan Jawatankuasa ADS1M Peringkat Daerah/Jajahan/Bahagian/Parlimen _______________________________ (Tandatangan) Nama : Tarikh : Cop Jbtn :
  10. 10. Garis Panduan Pelaksanaan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia (ADS1M) | 7 Lampiran 2 JAWATANKUASA ANUGERAH DESA SEJAHTERA 1MALYSIA (ADS1M) BIL. PENGERUSI JAWATANKUASA SETIAUSAHA/ URUSETIA AHLI TETAP DAERAH / JAJAHAN / BAHAGIAN / PARLIMEN 1. 2. 3. 4. 5. 6. Pejabat Daerah Pejabat Pembangunan Negeri (Perlis) Pejabat Kemajuan Zon (Selangor / Pulau Pinang) Pejabat Pembangunan Jajahan (Kelantan) Pejabat Residen (Sarawak) Perbadanan Labuan KEMAS Daerah  Ketua Hakim  Naib Ketua Hakim  Panel Hakim  Penghulu / Pentadbir Mukim NEGERI 1. 2. 3. 4. 5. Setiausaha Kerajaan Negeri Pejabat Pembangunan Negeri (Selangor / Pulau Pinang) Jabatan Pembangunan Persekutuan (Kelantan) Kementerian Pembangunan Luar Bandar (Sabah / Sarawak) Perbadanan Labuan KEMAS Negeri  Ketua Hakim  Naib Ketua Hakim  Panel Hakim  KEMAS Daerah KEBANGSAAN 1. Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan) Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah KEMAS Ibu Pejabat  Ketua Hakim  Naib Ketua Hakim  Panel Hakim  Bhg KI, KKLW
  11. 11. Garis Panduan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia | 8 Lampiran 3 TAKWIM TAHUNAN ANUGERAH DESA SEJAHTERA 1MALAYSIA (ADS1M) BIL PERINGKAT PERISTIWA JADUAL 1. DAERAH/ JAJAHAN/ BAHAGIAN/ PARLIMEN (i) Penyaluran peruntukan pelaksanaan ADS1M (ii) Taklimat kepada kampung mengenai garis panduan & dokumen yang akan dinilai oleh panel hakim – oleh KEMAS (iii) Taklimat kepada Ketua Panel Hakim/ Panel Hakim mengenai skema penghakiman – oleh Naib Ketua Hakim (iv) Pelaksanaan, penghakiman & pengesahan keputusan peringkat daerah/jajahan/ bahagian/parlimen Jan – Jun 2. NEGERI (i) Taklimat kepada Ketua Panel Hakim/ Panel Hakim mengenai skema penghakiman – oleh Naib Ketua Hakim (ii) Pelaksanaan, penghakiman & pengesahan keputusan peringkat negeri (iii) Majlis Ringkas Penyampaian Hadiah ADS1M Peringkat Negeri (Kategori Kampung Tradisional) (iv) Sambutan kemerdekaan oleh Kampung Tradisional Johan ADS1M Peringkat Daerah/Jajahan/Bahagian/Parlimen; serta Rumah Panjang yang mewakili Bahagian Jul – Sept 3. KEBANGSAAN (i) Bengkel skema pemarkahan kepada ketua/ahli panel hakim (Ketua Hakim) (ii) Pelaksanaan, penghakiman & pengesahan keputusan peringkat kebangsaan (iii) Majlis Penyampaian Hadiah ADS1M Peringkat Kebangsaan (Kategori Kampung Tradisional & Rumah Panjang) Okt – Feb Tahun Berikut
  12. 12. Garis Panduan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia | 9 Lampiran 4 PANEL HAKIM / SKEMA PEMARKAHAN ANUGERAH DESA SEJAHTERA 1MALAYSIA (ADS1M) Bil. Aspek Penilaian Markah Pemberat Peringkat Daerah/Jajahan/ Bahagian/Parlimen Peringkat Negeri Peringkat Kebangsaan GRED JAWATAN Gred 41 - 44 Gred 44 - 48 Gred 48 - 54 1. Ketua Hakim 100% Dilantik oleh Jawatankuasa ADSIM 2. Naib Ketua Hakim 100% MARA KKLW * KKLW GRED JAWATAN Gred 27 - 44 Gred 41 - 48 Gred 41 - 54 3. Kepimpinan & Pentadbiran 15% Teras PPN / SUK / Belia & Sukan / JPNIN Pendidikan / Penerangan KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH 4. Pendidikan & Latihan 15% Teras Pendidikan / Institut Kemahiran IPTA / IPTS Negeri 5. Ekonomi & Keusahawanan 15% Teras Agensi Pertanian / PERDA / FELDA SKM / MARA / UPUB / SEDC 6. Patriotisme & Kemerdekaan 20% Teras Penerangan / PDRM / RELA BTN / ATM / Jab. Penyiaran 7. Kerohanian & Kemasyarakatan 15% Elektif JAIN / MAIN / JPNIN / JASA / JKM JAIN / MAIN / JPNIN / JASA 8. Teknologi Maklumat & Komunikasi 10% Elektif Institusi Latihan / PBT / SAINS SKMM / ICT, SUK 9. Kebersihan, Kesihatan & Keceriaan 10% Elektif Kesihatan / PBT / Kg Desa Lestari Johan ADC / AID Zon / Negeri (2010 – 2013) * Naib Ketua Hakim (Negeri) :  KEDA (Kedah), KESEDAR (Kelantan), KETENGAH (Terengganu), KEJORA (Johor)  FELCRA - Pahang / Perak / Sabah / Sarawak  RISDA - Pulau Pinang / Selangor / Negeri Sembilan / Melaka / Perlis  KEMAS WPKL – Labuan
  13. 13. Garis Panduan Pelaksanaan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia (ADS1M) | 10 Lampiran 5 KADAR NILAI HADIAH ANUGERAH DESA SEJAHTERA 1MALAYSIA (ADS1M) BIL. TAHAP PENCAPAIAN KADAR HADIAH - WANG TUNAI - Peringkat Daerah/Jajahan/Bahagian/Parlimen 1. Johan* RM4,000 2. Naib Johan RM3,000 3. Ketiga RM2,000 JUMLAH KESELURUHAN RM9,000 Peringkat Negeri 1. Johan RM10,000 2. Naib Johan RM8,000 3. Ketiga RM6,000 JUMLAH KESELURUHAN RM24,000 Peringkat Kebangsaan Bil. Tahap Pencapaian Kadar Hadiah Wang Tunai Projek Ekonomi 1. Kampung Wawasan  Skor Markah Melebihi 85% RM100,000 RM400,000 RM500,000 2. Kampung Cemerlang  Skor Markah 75% - 84% RM50,000 RM200,000 RM250,000 3. Kampung Harapan  Skor Markah 60% - 74% RM30,000 RM120,000 RM150,000 4. Rumah Panjang Terbaik  Skor Markah Tertinggi RM30,000 RM120,000 RM150,000 JUMLAH KESELURUHAN RM240,000 RM810,000 RM1,050,000 * Tidak Termasuk Insentif (Kewangan) Sambungan Kemerdekaan
  14. 14. Garis Panduan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia | 11 Lampiran 6 TATACARA PELAKSANAAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN BIL PERINGKAT PENGHAKIMAN TARIKH PELAKSANAAN 1. KAMPUNG TRADISIONAL Johan Peringkat Daerah/Jajahan/ Bahagian/Parlimen Tiada penghakiman akan dibuat. Ditentukan oleh KEMAS Negeri 2. RUMAH PANJANG Dicalonkan untuk mewakili Bahagian Penghakiman akan dibuat oleh panel hakim peringkat negeri (Sarawak) bagi Aspek Patriotisme & Kemerdekaan. Ditentukan oleh KEMAS Negeri 3. KAMPUNG TRADISIONAL Johan Peringkat Daerah/Jajahan/ Bahagian/Parlimen yang turut diiktiraf sebagai Johan Peringkat Negeri Penghakiman akan dibuat oleh panel hakim peringkat kebangsaan bagi Aspek Patriotisme & Kemerdekaan. Ditentukan oleh KEMAS Ibu Pejabat

×