Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Sawan babi

8,080 views

Published on

  • Be the first to comment

Sawan babi

  1. 1. SAWAN BABI.PENGENALAN Epilepsi atau gila babi merupakan ketidakaturan otak yang mengganggu fungsisistem saraf yang normal. Ini menyebabkan penghidapnya mengalami sawan berulangkali atau tidak sedarkan diri secara tiba-tiba. Epilepsi terjadi apabila sekumpulan sel-sel saraf otak menyahcas ataumengeluarkan impuls elektrik secara seiringan. Ini akan memberikan kesan sementaraterhadap tingkahlaku, pergerakan, deria, persepsi dan perasaan individu tersebut.Disebabkan keadaannya yang tidak dapat diramal ini, individu tersebut mungkinmengalami kecederaan yang serius. Struktur otak
  2. 2. Epilepsi ialah satu gejala gangguan saraf disebabkan oleh kecacatan ataugangguan pada isyarat elektrik yang mengawal operasi otak. Ia juga dikenali sebagai gilababi dalam masyarakat Malaysia khususnya kaum melayu. Sel saraf Otak biasanya menerima dan menghantar maklumat dalam bentuk impulselektrik. Jika berlaku aktiviti/penghantaran impuls elektrik yang luar biasa ataupertambahan mengejut impuls elektrik di dalam otak, ia akan dilahirkan dalam bentuksawan yang merupakan kejadian sementara sahaja. Epilepsi dikategorikan sebagai kejadian sawan yang berulang-ulang, berlakusecara tiba-tiba dan sekejap sahaja. Sifat dan kekuatannya berbeza-beza daripada seorangke seorang. Epilepsi tidak menjejaskan kepintaran. Kebanyakan orang yang menghidapepilepsi berupaya mendapatkan pendidikan yang normal, malah mampu memperolehiijazah. Kita tidak perlu takut kepada penyakit epilepsi atau mengubah sikap apabilaberhadapan dengan mereka yang menghidap epilepsi. Seseorang yang menghidap
  3. 3. epilepsi masih boleh menikmati gaya hidup yang aktif jika sawannya dapat dikawaldengan baikSEJARAH EPILEPSI Pandangan asal tentang epilepsi diselubungi oleh keadaan takut dan ilmu tarikat.Zaman Purba Babylon menyangkakan gangguan terjadi bila seseorang dirasuk hantu. Iamenekankan keadaan epilepsi ada kena-mengena dengan kuasa ghaib, dengan setiap jenissawan dikaitkan dengan nama jin atau tuhan – biasanya jahat. Oleh sebab itu, caraperubatan mereka adalah melalui ilmu kebatinan. Orang Yunani berkepercayaan jikaseseorang itu diserang sawan ini bermakna ia telah melakukan kesilapan dengantuhannya. Pada tahun 400 S.M., tabib Yunani Hippocrates adalah orang yang pertamamembuktikan teori epilepsinya, waktu itu dikenali sebagai “penyakit keramat”, akibatsumpahan hantu atau tuhan-tuhan mereka. Dia mengesyorkan perubatan secarajasmani/fizikal dan memaklumkan bahawa sekiranya penyakit bertambah teruk, ia tidakdapat diubati lagi. Malangnya, pandangan ini tidak diterima ramai dan dalam tahun 1494, kejadianpenderaan perempuan-perempuan sihir menyemarak menyebabkan kematian ke atas200,000 wanita. Gangguan ini dipercayai merupakan salah satu sifat yang ada padaperempuan sihir. Apakan daya bukti yang diberikan oleh Hippocrates tidak dapatmenjiwai kefahaman mereka, pengertian sebenar epilepsi tidak dapat diterimasehinggalah abad yang ke 18 dan 19 Masihi.
  4. 4. Dalam waktu perantraan 2000 tahun ini, orang-orang yang mengalami epilepsidianggap menakutkan, mencurigakan dan disalah fahamkan dan nasibnya terdedah padacelaan sosial. Orang berepilepsi dianggap orang terbuang dan dihukum. Walaubagaimanapun, ada juga yang berjaya menjadi orang yang masyhur di seluruh dunia.Antaranya adalah Socrates, Napoleon, Julius Caesar, Czar Peter the Great dari Rusia,Pope Pius IX, penulis Fedor Dostoevsky, penyajak Lord Byron dan beberapa ahli sukanOlimpik. Dalam abad yang ke 19, apabila muncul neurologi sebagai satu disiplin barudalam psikiatri, penerangan konsep epilepsi sebagai satu keadaan gangguan di dalam otaksemakin diterima ramai, terutama sekali di Eropah dan Amerika Syarikat (USA). Inibanyak membantu pencelaan yang bersangkutan dengan gangguan serupa ini. Bromid,ubat anti-epileptik yang pertama mujarab diperkenalkan dalam tahun 1857, begitu meluasdigunakan di Eropah dan di Amerika Syarikat dalam separuh abad yang lalu. Hans Berger, seorang pakar jiwa (psikiatris) bekerja di Jerman dalam tahun1920an, menghasilkan elektroensefalograf manusia (EEG – gelombang otak). Pengunaanutamanya bermula dari tahun 1930an iaitu dibidang epilepsi. EEG mendedahkankehadiran pelepasan elektrikal dalam otak dan ini kemudiannya menghasilkan suatuharapan yang memungkinkan rawatan bedahan neuro, yang kemudiannya dalam tahun1950an, mudah diperolehi di London, Montreal dan Paris.
  5. 5. Selama beberapa dekad yang lalu perhatian yang lebih besar diberikan padapenghidupan berkualiti, contohnya, isu kejiwaan (psikolojikal) dan sosial, bagi orangyang mengalami gangguan epilepsi, walaupun perkembangannya agak lembap dankhidmatnya masih lemah. Hari ini, masih ada lagi orang yang fikir bahawa gangguan epileptik adalah akibat‘buatan orang’ atau ‘kena sumpah’. Walau bagaimanapun, kebanyakan orang yang tidaktahu perihal epilepsi lebih gemar menyamakan ia dengan gila atau cacat otak. Ini tidakbenar, kerana kebanyakan pesakit epilepsi mempunyai kecerdasan otak yang normal ataumelebihi purata normal. Epilepsi tidak mengenal bezantara satu dengan yang lain. Iamenyerang kedua-dua perempuan dan lelaki, tidak kira umur, bangsa dan tahapsosioekonomiAPA ITU EPILEPSI Epilepsi atau gila babi merupakan ketidakaturan otak yang mengganggu fungsisistem saraf yang normal. Ini menyebabkan penghidapnya mengalami sawan berulangkali atau tidak sedarkan diri secara tiba-tiba. Otak manusia terdiri dari berbilion-bilionneuron (sel saraf). Neuron-neuron ini boleh berkomunikasi sesama sendiri melaluiaktiviti elektrik. Aktiviti elektrik yang kecil-kecil inilah yang menjadi penggerak utamabagi kesemua tindakan dan pemikiran. Oleh itu, jika neuron-neuron ini mengalamimasalah untuk berhubung antara satu sama lain, manusia akan mengalami kesan yangserius.
  6. 6. Neuron bertukar ganti maklumat sesama sendiri melalui proses elektrokimia.Proses ini boleh dikesan dengan menggunakan elektroensefalograf (EEG). Kadangkala,gangguan keadaan kimia di otak boleh mengganggu proses elektrokimia ini danmengakibatkan sawan berlaku. Seseorang individu yang menghidap sawan akanmenunjukkan corak aktiviti elektrik otak yang tidak normal melalui pemeriksaan EEG. Epilepsi terjadi apabila sekumpulan sel-sel saraf otak menyahcas ataumengeluarkan impuls elektrik secara seiringan. Ini akan memberikan kesan sementaraterhadap tingkahlaku, pergerakan, deria, persepsi dan perasaan individu tersebut.Disebabkan keadaannya yang tidak dapat diramal ini, individu tersebut mungkinmengalami kecederaan yang serius. Epilepsi ialah nama bagi sejenis penyakit disebabkangangguan dalam bahagian otak yang boleh berulang dalam bentuk serangan sawan. Iaboleh menyebabkan penderitaan yang serius , melibatkan lebih kurang 50 juta orang darisemua peringkat umur, terutamanya dalam peringkat kanak-kanak, remaja dan warga tua.
  7. 7. Sekurang-kurangnya 100 juta orang akan melalui pengalaman epilepsi sekalidalam seumur hidup mereka. Lebih kurang 2 juta kes baharu berlaku dalam setiap tahun.Epilepsi terdapat dimana jua di dunia dan ia merupakan gangguan sistem urat saraf(neurologikal) tidak menentu yang serius yang paling kerap ditemui. Sawan adalah disebabkan oleh pelepasan elektrik dari otak yang berlebihan dalamsekumpulan sel-sel otak secara mengejut, selalunya dalam jangka yang amat pendek.Sewaktu sawan, neuron di dalam bahagian otak (‘topi’ sel-sel saraf menghasilkanpelepasan elektrik) boleh melepaskan sebanyak 500 kali sesaat, yang mana menggangguaktiviti-aktiviti normal saraf, kelenjar dan otot. Lain-lain bahagian otak boleh terpengaruh danbentuk gangguan epilepsi akan berbeza, bergantungpada sel otak yang khususnya terlibat. Ada sawanyang mempengaruhi seluruh tubuh disebabkan olehpelepasan elektrikal yang tersibar secara meluasdiseluruh bahagian otak. Ini digelar sawan tonik-klonik. Lain-lain sawan mungkin lebih tertumpu pada satu bentuk gangguan bila manapelepasan elektrik hanya melibatkan sebahagian kecil dalam otak. Ini dikenali sebagaisawan fokal/partial dan pesakit mungkin mengalami pengalaman berlainan yang
  8. 8. subjektif, perlakuan gerakan tidak sengaja atau kombinasi dari kedua-dua tersebut di atas,samada dalam keadaan sedar atau tidak sedar. Kadang kala sawan bermula secara fokal kemudian melarat ke seluruh bahagianotak, menjadi sawan tonik-klonik. Serangan sawan mungkin tidak melibatkangoncangan/konvulsi sebenar atau gerakan mengejut. Pesakit mungkin mengalami tidaksedar diri buat sementara waktu, perubahan pandangan atau mungkin juga ada rasa anihdibahagian perut. Tanda-tandanya bergantung pada jenis epilepsi. Ada juga pengalaman pesakitsewaktu gangguan seolah-olah sedang bermimpi, yang lain pula mungkin mengalamiperasaan teramat gembira atau sedih yang tidak dapat dijelaskan dan ada juga yangmungkin hanya didapati membuat pergerakan anih seperti mata berkedip ataumengerenyut. Sawan boleh berlaku beberapa kali dalam sehari juga beberapa bulansekali.PUNCA BERLAKUNYA EPILEPSI Pelbagai faktor boleh menyumbang kepada epilepsi dan biasanya ia sedikitsebanyak berhubungkait dengan umur.Beberapa penyebab bagi epilepsi termasuklah:1. Penyebab yang biasaFaktor genetik.
  9. 9. Faktor risiko utama yang diketahui ialah keturunan. Kajian mengatakan bahawa terdapatlebih 500 gen yang memainkan peranan penting sebagai penyebab penyakit epilepsi.Pengaliran ion didalam tubuh manusia yang mengalir masuk dan keluar dari sel melaluiisyarat saraf di kendalikan oleh gen. kalau gen telah kehilangan myoclnus epilepsy ataudipanggil cystatin B boleh menyebabkan sawan ini. Ini adalah protin yang berfungsimemecahkan atau menguraikan protin yang lain mengalami kecacatan. Terdapat jugakecacatan gen yang dipanggil lafora’s disease yang berfungsi untuk menguraikankarbohidrat.Samping itu ada juga gen yang tidak normal dimana ia tidak dapat berfungsi untuksesetengah ubat yang dapat mengawal epilepsi. Ada juga gen yang boleh menyebabkanepilepsi walaupun tidak ada pesakit dalam sejarah keluarga mereka.Kecederaaan di kepala.Kecederaan di kepala seperti selepas jatuh, kemalangan jalan raya ataupun kecederaansemasa bersukan.AlkoholAlkohol boleh menyebabkan sawan dengan beberapa cara. Mestilah ditekankan pesakitepilepsi tidak boleh mabuk, kerana alkohol boleh merendahkan pengawalan sawan dansawan yang sebelum ini terkawal akan kembali semula. Alkohol boleh merendahkantahap dadah antiepileptik dalam badan, yang boleh menyebabkan sawan. Setengah orangyang mempunyai ‘Epilepsi Juvenil Myoclonus’ patut lebih berhati-hati kerana kuantitiyang kecil juga boleh menyebabkan sawan. Walau bagaimanapun, secarakeseluruhannya, bolehlah dikatakan segelas dua, samada spirit, bir atau wain, diambil
  10. 10. secara sederhana, tidak membahayakan orang yang mempunyai epilepsi.MerokokTidak ada bukti sehingga hari ini yang tembakau boleh menyebabkan sawan. Walaubagaimanapun, merokok menyebabkan lain-lain jenis penyakit utama, termasuklah barah,strok dan penyakit jantung dan ia patut dielakkan.Darah gula rendahKekurangan gula dalam darah boleh menyebabkan sawan berlaku. Oleh itu, adalahpenting untuk makan makanan pada waktu yang ditetapkan .Ia juga membahayakan jikamenunggu lama sebelum makan, terutama jika sebab lambat makan adalah keranabermain sukan.TidurRamai orang terkena sawan kerana kurang tidur. Jika mereka tidur lambat, seperti pulanglewat dari majlis, mereka masti bangun lambat keesokkan harinya. Kerja syif bolehmendatangkan sawan – selalunya seseorang menghadapi kesukaran untuk tidur, bilawaktu tidur bertukar-tukar. Ia mungkin boleh membantu, setelah berbincang dengandoktor anda, untuk mengambil pil tidur untuk menyesuaikan waktu perantaraan. Jika iadiperlukan dengan kerap, anda mungkin mahu mempertimbangkan untuk bekerja syifsama sekali.
  11. 11. TekananTekanan mental lebih mendatangkan sawan berbanding dengan tekanan jasmani.Sewaktu peperiksaan, se-seorang itu patut merancang kerja mereka supaya dapatmengelakkan dari membuat semua kerja sibuk beberapa hari sebelum pemeriksaan. Jikaseseorang mengalami sawan sebelum atau sewaktu peperiksaan, ubat bagimententeramkan pesakit yang kekuatannya sederhana sahaja boleh membantumengurangkan tekanan. Ia jarang membahayakan untuk bekerja dengan penuhkonsentrasi. Adalah sedia maklum, apabila seseorang itu leka membuat sesuatu, terutamasekali bila sesuatu yang menyeronokkan, ia mengurangkan kecenderungan terkenasawan. Tekanan pada diri boleh menyebabkan sawan palsu - pseudoseizure iaitu seranganyang sama dengan sawan epilepsi tetapi tercetus atas sebab-sebab psikologi sahaja.Mereka yang selalu mengikut emosi yan tertekan mengalami risiko yang tinggi untukmendapatkan sawan. Paradoksikal/tindakbalas yang luarbiasa terhadap ubat-ubatantermasuklah dadah antiepilepsi.Kerosakan otakBanyak kes epilepsi adalah akibat dari kerosakan yang berlaku di otak seperti barah otak,kecerdaan di otak, pendarahan otak dan sebagainya. Adalah mustahak bagi orang yangmempunyai epilepsi yang tidak bersekolah atau bekerja, belajar mengisi masa lapangnyadengan konstraktif. Tidak digalakkan bagi duduk dan menonton TV sepanjang hari.Pilihan-pilihan lain adalah seperti membuat kerja rumah, hobi dan kerja sukarela yangagak mencukupi.
  12. 12. 2. Penyebab pada orang dewasa adalah seperti berikuto Sklerosis (parutan) hipokampus - bahagian jirim kelabu di ventrikel lateral dalam otak).o penyalahgunaan alkohol atau dadah.o Kesan ketagihan akibat penghentian dadah tertentu seperti antidepresan, stres, antipsikotik atau dadah antiepilepsi.o Jangkitan kuman seperti meningitis dan ensefalitis.o Pendedahan kepada bahan kimia tertentu seperti plumbum di tempat kerja.o penyakit kemerosotan otak (berlaku pada wargatua).3. Penyebab pada kanak-kanako Demam yang kuat.o Suntikan vaksin - sawan sebagai reaksi suntikan ini jarang berlaku.o Sawan aruhan televisyen - sawan berlaku apabila terdedah kepada sinaran televisyen terlalu lama.o Kecacatan sewaktu lahir.
  13. 13. o Kerosakan otak.o Keracunan.o Kecederaan di kepala.o Ubat-ubatan seperti melatonin - sejenis hormon yang digunakan untuk mengawalatur tidur, mood, masalah baligh dan kitaran ovari.Pada sesetengah wanita, epilepsi mungkin dicetuskan oleh perubahan hormon. Iabiasanya berlaku pada minggu sebelum datangnya haid.JENIS-JENIS EPILEPSI.Terdapat dua jenis sawan.Sawan yang khusus pada kanak-kanak sahaja:1. Sawan menyeluruh Disebabkan oleh gangguan sel-sel saraf yang biasanya melibatkan keseluruhan otak. Sawan keseluruhan ini boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama: o tonik-klonik (dahulunya dikenali sebagai sawan grand-mal). o ketidakwujudan (dahulunya dikenali sebagai sawan petit-mal). o Mioklonik.
  14. 14. Sawan menyeluruh.Ia melibatkan keseluruhan bahagian otak secara serentak. Terdapat dua jenis sawanmenyeluruh:I. Sawan menyeluruh tonik-klonik o tidak sedarkan diri. o menggigit lidah atau pipi. o mengalami sentakan kaki dan tangan. o pernafasan terhenti sementara. o hilang kawalan usus dan pundi kencing. o sembuh secara perlahan-lahan kemudian ia tertidur yang agak lama.II. Petit mal o tiada perubahan pergerakan dan kedudukan.
  15. 15. o keadaan tidak sedarkan diri yang datang untuk seketika (renungan kosong). o kerlipan mata biasanya hanya merupakan manifestasi motor. o serangan yang berulang-ulang (sehingga 50 . 100 kali setiap hari). o sering terjadi di zaman kanak-kanak. o boleh mengganggu pembelajaran.Sawan Menyeluruh/generalise (melibatkan keseluruhan otak, kadangkala dipanggil“Grand Mal” ATAU Sawan Tonik-Klonik). Sawan jenis ini akan menyebabkan pesakitkaku, rebah dan tidak sedarkan diri, dan mungking badan akan mula bergoncang, ataumengalami konvulsi.2. Sawan separaBermula di satu bahagian tertentu dalam otak (contohnya di hipokampus), tetapi bolehmerebak ke bahagian otak yang lain. Ia melibatkan sebahagian kecil otak dan bolehdikategorikan kepada dua jenis: Sawan separa ini boleh dibahagikan kepada duakategori:
  16. 16.  separa kompleks separa ringkasI. Separa RingkasSawan jenis ini terjadi bila ada tambahan akitiviti elektrikal yang terjadi secara tiba-tibadi bahagian otak di sebelah belakang pelipis. Serangan boleh mengakibatkan pesakitberada dalam keadaan tersangat bingung. Seperti gambarajah berikut: o masih sedarkan diri. o gejala dan tanda yang wujud akan menentukan kawasan fokus. elektrik contohnya sentakan satu tangan sahaja, terasa sesuatu yang aneh di sebelah kaki dan lain-lain lagi. o mungkin terasa loya, berpeluh serta terbeliak mata. o keadaan mental dan emosi yang ganjil seperti tindakbalas yang berlebihan terhadap bau dan rasa.II. Sawan kompleks
  17. 17. Sawan ‘absens’ (Absence seizure atau Epilepsi Petit Mal). Ini banyak terjadi di antarapenuntut-penuntut sekolah rendah, dan pesakit akan berada dalam keadaan tidak sedardiri dalam masa yang agak singkat (dalam masa 30 saat), tidak melibatkan jatuh ataugoncangan badan (konvulsi). Gangguan Temporal Lobe (juga dikenali sebagai Sawanfokal/partial kompleks atau Gangguan Psikomotor).Sawan jenis ini terjadi bila ada tambahan akitiviti elektrikal yang terjadi secara tiba-tibadi bahagian otak di sebelah belakang pelipis. Serangan boleh mengakibatkan pesakitberada dalam keadaan tersangat bingung, perbuatan yang kerap diulangi dan perbuatanyang tidak menyenangkan. Pesakit selalunya tidak mengecam persekitarannya dan tidaksedar apa yang sedang dilakukannya.Tanda-tanda biasa bagi serangan sawan jenis ini ialah perbuatan ganjil di luar kawalan,seperti menampar bibir, mengunyah, menarik pakaian, berlari dalam satu bulatan, denganwajah yang selamba dan tidak berupaya untuk mengikut arahan.Sewaktu serangan sawanForkal kompleks ini, pesakit nampaknya dalam keadaan sedar diri, tetapi tidak dapatmenjawab sekiranya disoal. Pesakit akan bercakap yang bukan-bukan, pandangannyakosong, bertanya soalan yang merapu, menampar bibirnya, atau sentiasa gelisah denganpakaiannya. Dia mungkin marah atau berkasar sekiranya anda cuba memberhentikanperbuatannya.Sawan ini banyak terjadi di antara penuntut-penuntut sekolah rendah, dan pesakit akanberada dalam keadaan tidak sedar diri dalam masa yang agak singkat (dalam masa 30saat), tidak melibatkan jatuh atau goncangan badan (konvulsi). Mungkin matanya kerap
  18. 18. berkedipan atau anak mata pandang ke atas buat seketika, dan kemungkinan setengahbahagian badan atau mukanya akan mengerenyut.Selalunya orang tidak perasan serangan yang agak singkat ini berlaku, atau disalahanggap seperti pesakit sedang berangan-angan atau tidak mengambil perhatiansepenuhnya. Terdapat kes-kes bilamana pesakit diserang berkali-kali sehari dan bolehmenganggu waktu pelajaran di dalam bilik darjah.Separuh dari kanak-kanak yang mengalami epilepsi jenis ini beransur pulih apabilamereka semakin dewasa. Walau bagaimanapun, sangatlah penting bagi mereka menerimaperubatan untuk mengawal dan mengelakkan dari mendapat jenis sawan yang lain. o Seringkali bermula dengan rasa tidak selesa pada abdomen atau gangguan terhadap deria rasa tertentu (seperti berbau sesuatu yang aneh). o Mungkin mengalami pening, berpeluh, kulit menjadi merah atau anak mata membesar. o Pergerakan yang tidak dapat dikawal berlaku secara berulang-ulang (automatisma) seperti mengunyah, mengecap bibir atau menelan. o Mungkin hilang pertimbangan. o Tidak sedarkan diri tetapi tidak mengalami perubahan postur o Amnesia. o Sembuh secara perlahan-lahan.
  19. 19. Apa yang anda perlu lakukan apabila pesakit diserang sawan jenis ini:• Jangan cuba menahan pesakit dari merayap kecuali ketempat yang merbahayakan bagi dirinya.• Jauhkan objek yang membahayakan yang ada berhampiran.• Jangan menenangkan pesakit dengan mengoncang badannya atau menjerit padanya.• Kanak-kanak nampaknya biasa sahaja, tetapi dalam masa yang singkat dia mula tidak sedar di mana dia berada. Jika ini berlaku, temani pesakit sehingga sawan berhenti, dan kemudian beritahu apa yang terjadi padanya sebentar tadi. Ini dapat membantunya untuk meneruskan apa yang sedang ia lakukan sebelum diserang tadi.• Kebanyakan sawan mengambil masa satu atau 2 minit, dan kemudian orang itu balik seperti sediakala. Sekiranya sawan mengambil masa 2 minit, atau pesakit mengalami kecederaan atau pernafasan terhenti, hubungilah ambulans. Jika pesakit tidak dapat bernafas dengan betul, hubungi ambulans dan mulakan bantuan resasitasi mulut ke mulut
  20. 20. • Temankan pesakit sehingga dia benar-benar pulih.APAKAH UJIAN YANG DILAKUKAN UNTUK MENENTUKAN EPILEPSI? Jarang-jarang sekali doktor berada disisi pesakit sewaktu pesakit diserang sawan,oleh sebab itu, keterangan yang diberikan oleh anda dan ahli keluarga anda atau saksiyang lain sangatlah mustahak. Walau bagaimana, sekalipun tepat atau keterangan yangdiberi itu lengkap, setengah-setengah kejadian masih sukar untuk di diagnosa dengantepat, begitu juga untuk pakar-pakar. Tanda-tanda yang paling ketara yang dapat membezakan epilepsi dengan kejadianlain ialah apabila sawan itu berulang (datang dan pergi), ada waktu bebas di antara duasawan, pesakit adalah normal dan sifat serangannya serupa (pesakit mendapat tanda-tanda serangan yang sama setiap kali). Setiap kali selepas serangan, pesakit berasabingung, termenung dan sakit kepala. Oleh kerana pesakit selalunya tidak sedar atau tidak ingat apa yang berlaku,doktor akan menyoal keluarga anda atau penjaga pesakit untuk memberi maklumatperihal serangan sawan yang terjadi. Apabila pergi berjumpa doktor, temujanji yangdikenali sebagai catatan latar-belakang, adalah yang paling utama dan mustahak. Andadisuruh memberikan gambaran sepenuhnya kejadian serangan itu. Yang mustahak,sekiranya anda boleh membawa ahli keluarga atau saksi yang berada di tempat kejadian,sebab anda berada dalam keadaan tidak sedar diri sewaktu diserang sawan. Walaupunanda fikir yang anda sedar sewaktu kejadian, kemungkinan besar anda tidak mengingati
  21. 21. aspek utama sawan itu. Doktor bukan sahaja mahu mengetahui perihal sawan itu, tetapijuga apa yang terjadi sebelum dan selepas serangan sawan itu sendiri. Doktor akan memeriksa anda dan mungkin ada pemeriksaan khas yang perludijalankan. Ini mungkin dapat membantu mencari sebab-musabab, dan anda bolehmendapat tahu apakah jenis epilepsi yang anda hadapi. Bukan semua orang perlumenjalani pemeriksaan yang disebutkan di sini, sebaliknya doktor yang akanmenentukannya. Jenis perubatan dan pengesyoran boleh diberi oleh doktor selepastemujanji yang pertama sekiranya semua maklumat yang diperlukan diperolehi, tetapikadangkala ia hanya dapat ditentukan setelah kajian dibuat selepas melakukan ujian yanglebih lanjut. Pemeriksaan doktor yang lebih terperinci akan dijalankan dan mungkin akanmengesyorkan pesakit menjalani beberapa jenis ujian. Jenis perubatan dan pengesyoranboleh diberi oleh doktor selepas temujanji yang pertama sekiranya semua maklumat yangdiperlukan diperolehi, tetapi kadangkala ia hanya dapat ditentukan setelah kajian dibuatselepas melakukan ujian yang lebih lanjut.APAKAH JENIS UJIAN DAN KAJIAN YANG AKAN DIJALANKAN? Untuk menentukan penyebab atau punca epilepsi adalah sangat mencabar keranaianya mungkin berpunca dari faktor-faktor neurologi, psikologi, kardiovaskular dan lain-lain lagi. Cara terbaik untuk menilai sawan epilepsi ini ialah dengan memantau
  22. 22. gelombang otak dan rentak jantung semasa serangan berlaku, sama ada di klinik atau dihospital. Walau bagaimanapun, diagnosis bagi epilepsi adalah berdasarkan sejarahpesakit yang diperolehi dari pesakit itu sendiri serta saksi-saksi yang boleh dipercayai.Pemeriksaan fizikal serta ujian-ujian makmal akan menyokong sejarah pesakit bagimenentukan keseluruhan sindrom epilepsi.• Ujian-ujian yang boleh dijalankan :• Ujian paras kalsium dan magnesium dalam darah.• Paras glukosa dalam darah.• Ujian fungsi hati dan buah pinggang.• Elektroensefalogram (EEG).• Pemantauan video-EEG.• Pengimejan Resonans Magnetik (MRI - Magnetic Resonance Imaging) atau Tomografi Berkomputer (CT - Computed Tomography) pada otak.• Penilaian neuropsikologi.• Paras GABA - GABA adalah asid amino yang terdapat dalam sistem saraf pusat terutamanya dalam otak.PEMERIKSAAN FIZIKAL DAN SEJARAH PERUBATAN
  23. 23. Gejala-gejala, penyakit, kecederaan, sejarah keluarga yang menghidap epilepsi sertafaktor-faktor lain yang berkaitan akan disiasat. Pemeriksaan fizikal juga akan dilakukan.Ujian darahUjian darah dijalankan untuk menilai keadaan keseluruhan kesihatan seseorang individudan mengesan keadaan-keadaan lain yang mungkin bertanggungjawab ke atas kejadiansawan yang berulang.Elektroensefalogram (EEG) Gambarajah Elektroensefalogram Perakam elektrod yang kecil di lekapkan pada kepala, merakamkan aktivitielektrikal dalam otak. Rakaman bacaan akan dicetak pada kertas atau dalam komputer.Ujian ini selalunya dijalankan di klinik. Anda selalunya perlu baring atau duduk diamsewaktu pemeriksaan ini, ia langsung tidak mendatangkan kesakitan. Sewaktu ujian ini,anda mungkin perlu menjalani pemeriksaan cahaya (strobe) pengimbasan yang akandipancarkan pada mata anda. Walau bagaimanapun, jika anda tidak mendapat serangansewaktu pemeriksaan ini dijalankan,EEG akan membuat bacaan normal, tetapi ini tidak
  24. 24. semestinya anda tiada epilepsi. EEG digunakan khas bagi menentukan jenis epilepsi yanganda hadapi, ia jarang-jarang digunakan untuk tujuan diagnosis. Merakamkan aktivitielektrik otak. EEG dirakamkan semasa sawan berlaku untuk melihat corak aktiviti otakyang tidak normal.Ambulatori EEGUjian ini adalah lebih kurang sama dengan ujian EEG, tetapi untuk ini, elektrod akandipasang untuk waktu yang lebih lama. Video kamera mungkin akan digunakan untukmerakamkan perlakuan pesakit. Tujuan ujian sebegini dilakukan agar dapat merakamkantitik permulaan sawan supaya dapat menentukan bahagian otak manakah yang terlibat.Skan/Imbasan CAT (Computerised Axial Tomography)Ini adalah jenis x-ray yang istimewa, yang menghasilkan siri gambar keratan-keratandalam otak. Kadangkala, kontras mungkin digunakan. Kontras dapat membantumenjelaskan dan memaparkan struktur dalam otak dengan lebih nyata.Pemantauan video-EEGVideo serta peralatan pemantauan EEG berkomputer digunakan untuk memantau pesakit24 jam sehari.Skan/Imbasan MRI (Magnetic Resonance Imaging)Ini menyamai dengan skan CAT tetapi hasil gambarnya adalah lebih terperinci. Iamemakan masa 20 hingga 30 minit dan anda perlu baring dan disorong masuk ke dalamalat pengimbas. Ia membuat sedikit bunyi bising. Kali ini juga, suntikan kontras akandiberi jika perlu. Anda tidak boleh bergerak sewaktu ujian ini dijalankan. Jika anda takut
  25. 25. untuk berada dalam tempat yang bertutup, sila beritahu jabatan imbasan ini terlebihdahulu. MRI boleh mengenalpasti kawasan yang rosak atau berparut di otak denganjenis-jenis sawan yang tertentu. Imej yang terhasil boleh membantu sama adaketidakaturan ini boleh dirawat dengan pembedahan ataupun tidak. Ia juga mungkinberguna sebagai panduan kepada para doktor.Tomografi BerkomputerMenggunakan X-ray untuk memberikan gambaran 3 dimensi struktur otak. Ujian iniboleh mengenalpasti kewujudan tumor, strok serta keabnormalan lain yang menyebabkansawan.Penilaian neuropsikologiTeknik ini digunakan untuk menilai bahagian-bahagian seperti memori, bahasa, persepsi,pemikiran dan fungsi emosi.Aras GABA (kajian sahaja)Pengukuran paras GABA bersama dengan rakaman EEG boleh membantu menilai sawanyang berulang dan mengenalpasti pesakit yang boleh mendapat faedah dari ubat yangboleh meransang fungsi GABA.RAWATAN
  26. 26. Rawatan pertolongan cemasSawan yang berulang biasanya boleh berakhir dengan sendiri. Walau bagaimanapun, iajuga mungkin satu petanda bagi sesuatu penyakit yang lebih serius. Bantuan perubatandiperlukan apabila:• Sawan berlanjutan sehingga lebih dari 10 minit.• Sawan berlaku secara perlahan-lahan atau mangsa mengalami kesukaran untuk bernafas.• Sawan di kalangan wanita hamil atau sawan yang datang bersama-sama penyakit lain.• Berlaku kecederaan yang serius disebabkan oleh serangan sawan (seperti jatuh, terhantuk atau menggigit diri sendiri).Adalah penting untuk bertenang apabila seseorang itu mengalami serangan sawan. Andaperlu lakukan pekara-perkara berikut untuk mengelakkan sebarang kecederaan yangserius.• Jangan masukkan sebarang benda ke dalam mulut mangsa.• Lap segala air liur yang berlebihan.• Lapangkan kawasan tersebut dari segala perabot serta benda-benda lain yang boleh menyebabkan kecederaan.• Jangan cuba memegang mangsa untuk mengelakkan mangsa bergoyang.
  27. 27. • Sokong kepala pesakit dengan menggunakan bantal ataupun sebarang objek yang lembut. Jika boleh, alihkan pesakit mengiring bagi membolehkan ia bernafas dengan lebih mudah.• Sentiasa bersama pesakit sehingga ia pulih sepenuhnya.Rawatan bukan farmakologiRawatan alternatif termasuklah:1. Pembedahan.2. Diet/pemakanan khas.3. Rangsangan saraf vagus.1. Pembedahan Pembedahan merupakan satu pilihan dalam kes-kes epilepsi yang disebabkan oleh tumor ataupun sklerosis hipokampus atau apabila ubat-ubatan gagal mengawal sawan. Keputusan ini bergantung kepada pelbagai faktor termasuklah kekerapan serta keterukan sawan, risiko kerosakan otak, kesannya terhadap kualiti hidup, keadaan keseluruhan kesihatan pesakit dan kebarangkalian pembedahan boleh mengawal episod sawan.
  28. 28. 2. Diet/pemakanan khas Doktor mungkin mengesyorkan sejenis diet khas jika ubat-ubatan tidak mampu menghentikan sawan. Diet ini yang mengandungi kandungan lemak dan kalori yang tinggi diberi untuk kanak-kanak yang menghidap sawan tertentu. Kadangkala, sawan disebabkan oleh kekurangan vitamin B dan magnesium. Para doktor mungkin memberi vitamin tambahan, tetapi fungsinya hanyalah untuk menggantikan kehilangan vitamin yang disebabkan oleh dadah-dadah tertentu.3. Rangsangan saraf vagus Ini merupakan satu terapi yang baru diluluskan di mana satu peralatan elektrik akan diletakkan di bahagian atas dada pesakit untuk merangsang saraf vagus yang terletak di leher.
  29. 29. SarafRawatan farmakologiTerapi dadahUbat yang biasa diberikan kepada pesakit epilepsi ialah sejenis ubat anti-epileptik(AEDs). Ubat moden yang biasa diberi untuk kebanyakan jenis penyakit epilepsimempunyai satu atau lebih bahan kimia yang dipanggil antikonvulsi.Terdapat beberapa jenis ubat seperti berikut :Ubatan pertama yang paling lazim dipergunakan :(seperti: sodium valporat, Phenobarbital dan phenytoin)• Ini adalah preskripsi bagi pesakit epilepsi yang baru.• Ubat-ubat ini mungkin akan memberi kesan sampingan seperti bengkak gusi, pening, pitam, jerawat, muka dan badan berbulu (hirsutisma), bengkak biji kelenjar dan osteomalakia.Ubatan kedua yang lazim digunakan:(seperti: lamotrigin, tiagabin dan gabapetin)• Jika tidak terdapat perubahan kepada pesakit setelah mengambil ubatan pertama, ubatnya akan di tambah dengan ubatan kedua.• Lamotrigin telah diluluskan sebagai ubatan pertama di Malaysia.• Ubatan baru yang diperkenalkan dikatakan menghasilkan kurang kesan sampingan, terutama dalam hal kecacatan sewaktu kelahiran.
  30. 30. Mencari antikonvulsi yang bersesuaian Setiap orang yang menggunakan antikonvulsi ini akan mengalami reaksi yangberbeza antara satu dengan yang lain seperti mana juga makanan atau apa-apa yangmemasuki tubuh kita. Satu pesakit mungkin mendapat kesan sampingan dan tidak pulapada pesakit yang lain.Seseorang pesakit itu mungkin dapat mengawal sawan sebaiksahaja mengambil ubat, manakala pesakit lain mengambil masa yang lebih panjang.Terdapat juda pesakit yang tidak dapat mengawal langsung sawannya walaupunmengambil perubatan antikonvulsi. Doktor akan cuba untuk memberikan antikonvulsi yang paling mujarab bagi jenissawan seseorang pesakit itu dan akan menyediakan preskripsi program yang paling sesuaiuntuk pesakit itu. Doktor akan berusaha memberi pesakit supaya mendapat kawalansawan paling baik dengan kesan sampingan yang paling kurang bagi pesakit.Perubatan antikonvulsi Dalam pembentukan program perubatan bagi setiap individu pesakit epilepsi, adabeberapa perkara yang harus doktor itu pertimbangkan:1. Jenis antikonvulsi. Ini akan dipilih berasaskan:- o Jenis sawan yang sudah dikenalpasti o Umur pesakit o Memastikan pesakit tidak mempunyai interaksi dengan ubat-ubatan lain. o Faktor-faktor lain sperti keadaan kesihatan, kehamilan dan lain-lain.
  31. 31. 2. Bilangan antikonvulsi. Selalunya program perubatan bagi pesakit akan bermula dengan satu antikonvulsi sahaja, sukatan yang disediakan khas mengikut keperluan pesakit. Sukatan ini bertujuan untuk mengawal sawan sepenuhnya dan kalau boleh hanya dari satu antikonvulsi. Walau bagaimanapun, ada juga kes-kes yang memerlukan lebih dari satu antikonvulsi bagi mencapai tahap maksima mengawal sawan.3. Lawatan seterusnya dan ujian darah. Pesakit akan diberi nasihat oleh doktor bila dia perlu datang semula, dan mungkin akan disuruh menjalankan ujian darah supaya dapat memeriksa tahap antikonvulsi didalam saluran darah pesakit. Ini selalunya dilakukan seminggu selepas rawatan bermula, atau perubahan cara rawatan, kerana saluran darah mengambil masa 7 hari selepas pengambilan antikonvulsi bagi menunjukkan bacaan yang berguna. Pertukaran maklumat antara doktor dan pesakit . Ini adalah satu unsur yang begitupenting dalam apa jua program epilepsi, kerana pesakit dan doktor harus berkerjasamauntuk mencapai keputusan yang baik bagi rawatan sebegini. Jumlah dan jenis terapidadah yang diberikan bergantung pada umur pesakit serta jenis, kekerapan dan penyebabsawan. Jika terdapat kesan buruk yang serius, penggunaan dadah perlulah ditarik baliksecara perlahan-lahan apabila dadah yang baru diberikan. Didapati bahawa, epilepsi dapatdikawal dengan menggunakan satu dadah dan diambil secara tetap dan berterusan. Jika
  32. 32. ini gagal, doktor mungkin memberi dadah tambahan atau menambah dos dadah kedua.Dadah yang mungkin digunakan termasuklah:Karbamazepin (Tegretol)Berkesan untuk sawan separa ataupun sawan tonik-klonik menyeluruh apabila digunakanbersendirian ataupun digabungkan dengan dadah-dadah lain. Ia biasanya digunakan untukkanak-kanak kerana kesan sampingannya terhadap pemikiran dan perlakuan adalahkurang. Kesan sampingan yang lain termasuklah penglihatan kabur, sakit kepala, rasamengantuk, pening serta gangguan pada perut. Pesakit perlu memberitahu doktor merekajika terdapat sebarang tanda-tanda degupan jantung yang tidak tetap, sakit tekak, demam,lebam atau sebarang pendarahan yang luarbiasa. Rawatan jangka panjang bolehmenyebabkan osteoporosis pada wanita, oleh itu mereka dinasihatkan supaya mengambilkalsium dan vitamin D tambahan.Fenitoin (Dilantin)Berkesan bagi mereka yang menghidap epilepsi tonik-klonik menyeluruh serta sawansepara ringkas dan kompleks. Sesetengah doktor memberi fenitoin untuk pesakit yangmengalami kecederaan di kepala dan mereka yang mempunyai risiko tinggi untukmemperolehi sawan. Kesan sampingannya termasuklah pertambahan bulu pada badan,kulit menjadi melepuh dan kasar serta anoreksia ataupun bagi kes-kes tertentu berlakunyakerosakan pada hati.
  33. 33. Valproate (Depakene)Biasanya digunakan untuk sawan menyeluruh dan berguna untuk hampir kesemua sawanyang biasa berlaku. Ia TIDAK disarankan untuk kanak-kanak. Kesan sampingannyakurang tetapi pesakit mungkin mengalami masalah pada perut dan usus seperti rasa loya,muntah-muntah serta pedih ulu hati.Fenobarbital (Luminal)Berkesan untuk sawan tonik-klonik menyeluruh dan sawan separa ringkas. Kesansampingan yang paling biasa ialah pening serta gangguan ingatan. Kanak-kanak sertawarga tua boleh mengalami hiperaktiviti manakala orang dewasa pula mengalamikemurungan.Pirimidon (Misolin)Ia ditukarkan kepada fenobarbital dalam tubuh dan memberi faedah serta kesansampingan yang sama seperti fenobarbital.Etosuksimid (Zarontin)Berkesan untuk sawan ketidakwujudan sahaja. Kesan sampingan yang biasa termasuklahmasalah perut, pening kepala, kehilangan koordinasi serta terasa letih.
  34. 34. Klonazepam (Klonazepam)Ia disarankan bagi mereka yang menghidap sawan mioklonik dan atonik dan yang tidakdapat dikawal oleh dadah-dadah lain. Ia juga boleh digunakan untuk sawan menyeluruhatau sawan separa. Pesakit mungkin mengalami rasa mengantuk, gangguan imbanganserta menggigil, rasa tidak selesa, menjadi lebih agresif, masalah pada otot mata,gangguan pertuturan, mengalami ketaran (tremor), masalah kulit dan perut sertahiperaktiviti (pada kanak-kanak).Dadah tambahan atau dadah alternatif seperti gabapentin, amotrigin, topiramat sertavigabatrin. Ia biasanya merupakan gabungan beberapa jenis dadah yang menawarkanfaedah yang tertentu. Malangnya, ia memiliki pelbagai kesan sampingan yang buruk.RAWATAN BANTUANPesakit epilepsi disyorkan supaya meneliti cara hidup mereka dan mengubah mana yangpatut untuk hidup lebih selesa. Rawatan bantuan termasuklah:• Mengubah cara hidup seperti elakkan dari keluar jauh malam, lampu yang terang, keadaan yang membawa tekanan jiwa dan makan pada waktu yang sama supaya kadar gula dalam badan tidak jatuh, yang boleh menyebabkan anda pening dan mual.• Seperti juga pesakit epilepsi yang lain, anda perlu mengenal pasti apakah puncanya anda diserang sawan samada kurang tidur, lampu terang, tekanan, minum arak atau sesuatu perbuatan yang tertentu seperti berjalan jauh atau menghadiri majlis dan ikutilah langkah berjaga-jaga.
  35. 35. • Lagi satu jenis rawatan bantuan ialah pemakanan bersekat (diet) ‘Kategonic’, dimana pemakanannya tinggi dalam lemak dan rendah dalam karbohidrat. Ada kajian yang menunjukkan kanak-kanak mungkin kurang diserang sawan jika mereka mengikut diet Kategonic ini.• Ia bukanlan diet yang mudah diikuti, dan ia mempunyai kesan sampingan seperti pertumbuhan tergencat, kadar urik asid yang tinggi dan batu dalam buah pinggang, jadi kanak-kanak patut mengikuti diet ini dengan tegas di bawah petunjuk pediatrik pemakanan.APAKAH LANGKAH BERJAGA-JAGA YANG PERLU DIAMBIL UNTUKEPILEPSI?APAKAH LANGKAH PENCEGAHAN YANG BOLEH DIAMBIL?Pada peringkat ini, masih belum ada garis panduan mengenai pencegahan terhadapepilepsi. Dalam kebanyakan kes, ubat-ubat yang diberi serta rawatan perubatan yang lainseperti pembedahan digunakan hanya untuk mengawal epilepsi. Dalam kes-kes yangtertentu, epilepsi boleh dikawal dengan mengelakkan diri dari sinaran matahari yangterang, lampu yang berkelip dan bunyi yang kuat.Di bawah ini ada beberapa garis panduan bagi pesakit epilepsi :• Bawa bersama anda pengenalan perubatan yang menunjukkan anda menghidap epilepsi.
  36. 36. • Elakkan dari menceburi bidang sukan yang berisiko tinggi seperti sukan ski air, bolasepak dan menyelam. Jika anda ingin bersukan, pilihlah sukan-sukan yang ringan dan pastikan ada orang lain yang menemani anda.• Jangan memandu, berenang ataupun mengendali mesin-mesin yang berat kecuali mendapat kebenaran doktor anda.• Jangan melakukan kerja-kerja yang berat atau mendedahkan diri anda kepada cahaya matahari yang terang serta bunyi yang kuat.• Ambil diet yang seimbang serta berkhasiat dan dapatkan rehat secukupnya.• Makan ubat anda sebagaimana yang telah diberikan oleh doktor.• Elakkan keadaan yang boleh menimbulkan tekanan mental serta keresahan. Banyak dadah boleh membahayakan janin, oleh itu adalah sangat penting bagiwanita yang boleh hamil untuk melakukan pencegahan kehamilan jika merekamengambil rawatan epilepsi. Apabila epilepsi dapat dikawal, (biasanya selepas setahunrawatan), ubat-ubatan tersebut boleh dikurangkan secara perlahan-lahan dan pesakitboleh memikirkan untuk hamil semula. Pemantauan paras dadah di dalam plasma adalahpenting bagi dadah-dadah tertentu. Pesakit perlu berjumpa doktor sekurang-kurangnyasekali dalam setahun. Kiraan sel darah dan/atau ujian fungsi hati mungkin dijalankanuntuk mengesan sebarang tanda-tanda anemia ataupun kerosakan pada hati.
  37. 37. Anda juga boleh mengurangkan kekerapan serangan epilepsi dengan melakukan perkara-perkara berikut:• Pastikan semua ubat yang diberikan diambil mengikut nasihat doktor anda. Jangan terlupa mengambil ubat anda kerana ini boleh menyebabkan serangan epilepsi berulang.• Cuba elakkan dari mengambil bahan perangsang atau sebatian yang boleh menyebabkan ketagihan seperti rokok, alkohol, kafein serta pil tidur kerana ia boleh meningkatkan kekerapan berulangnya serangan sawan.• Kawal keresahan dan tekanan mental anda. Rujuk kepada doktor anda mengenai cara untuk menangani keresahan dan tekanan.Pesakit epilepsi disyorkan supaya meneliti cara hidup mereka dan mengubah mana yangpatut untuk hidup lebih selesa. Rawatan bantuan termasuklah:• Mengubah cara hidup seperti elakkan dari keluar jauh malam, lampu yang terang, keadaan yang membawa tekanan jiwa dan makan pada waktu yang sama supaya kadar gula dalam badan tidak jatuh, yang boleh menyebabkan anda pening dan mual.• Seperti juga pesakit epilepsi yang lain, anda perlu mengenal pasti apakah puncanya anda diserang sawan samada kurang tidur, lampu terang, tekanan, minum arak atau
  38. 38. sesuatu perbuatan yang tertentu seperti berjalan jauh atau menghadiri majlis dan ikutilah langkah berjaga-jaga.• Lagi satu jenis rawatan bantuan ialah pemakanan bersekat (diet) ‘Kategonic’, dimana pemakanannya tinggi dalam lemak dan rendah dalam karbohidrat. Ada kajian yang menunjukkan kanak-kanak mungkin kurang diserang sawan jika mereka mengikut diet Kategonic ini.• Ia bukanlan diet yang mudah diikuti, dan ia mempunyai kesan sampingan seperti pertumbuhan tergencat, kadar urik asid yang tinggi dan batu dalam buah pinggang, jadi kanak-kanak patut mengikuti diet ini dengan tegas di bawah petunjuk pediatrik pemakanan.Jika anda mempunyai epilepsi dan sawan anda tidak boleh dikawal dengan baik, andaharus berhati-hati tentang hal keselamatan anak anda.• Kalau boleh, jangan mandikan anak anda seorang diri• Gunakan besin mandi khas yang diletakkan di atas lantai, bukan di tempat yang tinggi• Suap makanan atau tukar lampin bayi anda di atas lantai atau di atas permukaan yang rendah• Jangan tidur bersama anak anda. Dia boleh mendapat kecedaraan apabila anda diserang sawan sewaktu tidur
  39. 39. • Gunakan sejenis tali khas/’leash’(tali yang ditambat ditangan anda dan di hujung lagi satu ke badan anak supaya anda dan anak anda tidak boleh dipisahkan) bila berjalan dengan anak anda. Ini boleh mengelakkan anak anda dari pergi ke tempat bahaya atau hilang, sekiranya anda diserang sawan.• Jelaskan pada anak-anak anda yang sudah besar tentang epilepsi supaya mereka dapat memahaminya dan apa yang akan terjadi bila anda diserang sawan. Terangkan dengan jelas apa yang perlu dia lakukan bila anda diserang sawan.• Bantu anak-anak anda yang sudah besar menjelaskannya kepada kawan-kawan mereka, supaya mereka tidak akan hampa jika mereka berada bersama anda diwaktu anda diserang sawan. Anda berhak mendapat apa yang terbaik – anda sepatutnya melalui kehidupanyang sebaik mungkin. Beritahu doktor anda jika sawan anda, walaupun jarang-jarangsekali, atau rawatan anda, mengganggu kehidupan anda. Mungkin terdapat ubat ataurawatan lain-lain, atau yang lebih baru yang lebih baik untuk anda. Bila anda benar-benarberpuas hati dengan rawatan yang diterima, anda bolehlah menumpukan perhatian padaperkara yang benar-benar penting dalam hidup anda.Penjagaan anak yang mempunyai epilepsi Ada segolongan ibubapa, bilamana mengetahui anak-anak mereka mengidappenyakit epilepsi, mereka mungkin menyalahi diri mereka sendiri. Jika begitu, mereka
  40. 40. harus berjumpa dengan kaunselor. Epilepsi mungkin akan menakutkan anda dan anakanda. Anda mungkin takut yang anak anda boleh mendapat kecederaan. Anda mugkinrisau kalau kanak-kanak lain tidak mahu berkawan dengan anak anda. Walaubagaimanpun, anda tidak harus terlalu melindunginya. Anak anda akan lebih tabah jikaanda membantunya menghadapi dugaan-dugaan epilepsinya. Jangan keterlaluan, jika anda menunjukkan rasa hampa atau risau akan sawannya,dia akan turut hampa dan risau. Bertindaklah dengan tenang sewaktu sawan dan jangantunjukkan yang ianya satu masalah, cara ini anak anda akan bersikap positif bagimengatasi masalahnya. Jangan terlalu beria-ia sewaktu memberi ubat sebaliknya jadikania satu aktiviti normal. Jangan biarkan anak anda menggunakan epilepsi sebagai sebab iaberkelakuan buruk. Seorang anak yang berepileptik patut menerima disiplin yang serupadengan anak-anak lain dalam keluarga anda. Semakin besar anak anda, semakin bertambah keresahan anda akan reaksi oranglain terhadap epilepsinya. Dia mungkin diejek atau mendapat layanan yang berlainan dariguru-gurunya. Anda boleh membantu mengelakkan dari kejadian ini dengan membanturakan sedarjah, kawan-kawan, jiran-jiran dan guru-guru memahami apa itu epilepsi.Walau apapun yang anda lakukan, janganlah sampai epilepsi anak anda dijadikan saturahsia yang memalukan. Jika begitu, anda akhirnya akan benar-benar malu dengankeadaannya. Anda boleh membantu anak anda supaya mereka berasa bangga dengan dirimereka. Malangnya, ada orang ramai yang suka menyakat dan memalukan orang.Dengan membantu anak anda membina imej diri yang positif, ia akan memudahkan anak
  41. 41. anda mengendalikan orang-orang seperti ini. Orang yang selalu memberi masalah kepadaorang lain, yang selalunya bermasalah. Seorang anak yang mempunyai keyakinan diriselalunya lebih mudah mendapat kawan. Semua guru-guru perlu tahu sedikit sebanyak tentang epilepsi kerana ia adalahsatu penyakit kerap berlaku melibatkan 5 orang dalam setiap 1000 orang dan kebanyakankes bermula sewaktu kanak-kanak atau remaja. Akan berlaku diskriminasi terhadappesakit epilepsi dari golongan mereka yang kurang berpengetahuan dalam isu-isuberkaitan dengan penyakit ini. Ini termasuklah guru-guru, pentadbir dan juga kanak-kanak lain. Kadang-kadang guru tidak membenarkan kanak-kanak yang mengidappenyakit ini dari menyertai sebarang aktiviti, kerana kurang mengetahui apa yang bolehatau tidak boleh dilakukan oleh kanak-kanak ini. Kanak-kanak lain mungkin mengejekdan menyakat sesiapa sahaja yang berlainan sedikit dari mereka. Ibubapa perlumemberitahu pihak sekolah sekiranya kanak-kanak mempunyai epilepsi. Kebiasaannya, kanak-kanak yang mengidap epilepsi boleh dan digalakkanmengambil bahagian dalam semua lawatan biasa, aktiviti kem dan jasmani yang diaturoleh pihak sekolah. Adalah penting bagi guru memberi galakan kepada kanak-kanaktersebut menyertai sebanyak aktiviti yang mungkin, kerana seorang kanak-kanak patutmelalui berbagai jenis pengalaman hidup pembesarannya. Terdapat 2 aspek (aktiviti)penting yang perlu diambil perhatian kepada kanak-kanak yang kerap mendapat sawan.Ini adalah memanjat dan berenang. Aktiviti memanjat mungkin memerlukan preskripsi,
  42. 42. berenang pula patut digalakkan tetapi memerlukan satu pengawas bagi kanak-kanaksepanjang waktu dia di dalam kolam air. Kebanyakan orang yang epilepsinya terkawal atau jarang-jarang mendapat sawanboleh bekerja sebarang kerjaya. Apabila membuat permohonan kerja, anda patut berterusterang yang anda mempunyai epilepsi. Ramai yang melakukannya dan ramai disuruh,memberi sijil rawatan sewaktu membuat permohonan yang tertentu. Dari pengamalanyang dilalui, yang lain-lainnya sudah belajar menunggu sehingga mereka sudah dikenalidan disenangi sebelum memberitahu keadaan mereka. Diskriminasi masih menjadi masalah, selalunya kerana takut, kejahilan atau sikapmajikan yang fikir seseorang yang mempunyai epilepsi tidak dapat bekerja keras sepertiorang lain. Terpulanglah pada anda untuk membantu majikan anda dan rakan pejabatmemahami bagaimana epilepsi mempengaruhi dan tidak mempengaruhi hidup anda.Terangkan kepada mereka bahawa epilepsi ialah adalah perkara biasa dan tidakmempengaruhi kepandaian atau perangai seharian. Anda mungkin bercadang untuk memberitahu hanya beberapa orang atau semuaorang di tempat kerja anda mengenai epilepsi anda. Adalah dinasihatkan andamemberitahu sekurang-kurangnya 2 rakan pejabat mengenai epilepsi anda (2, kerana 1rakan mungkin bercuti bila anda diserang sawan), jika ada risiko yang anda bolehdiserang sawan waktu pejabat dan bagaimana mereka boleh membantu anda. Jika sawanterjadi hanya waktu tidur, anda tidak semestinya memberitahu sesiapa.
  43. 43. Nyata, terdapat beberapa jenis kerja yang terhad yang tidak membenarkanseseorang yang diserang sawan bekerja. Pekerjaan yang tidak sesuai bagi orang yangmempunyai epilepsi termasuklah:• Juruterbang (samada komersial atau ketenteraan)• Pekerjaan yang melibatkan pengendalian senjata api, cth: pasukan bersenjata, polis, pegawai penjara, dll.• Pemandu jentera berat, cth. Pemandu lori jarak jauh, pemandu keretapi, pemandu bas dll• Ahli politik• Ahli bomba• Pemandu ambulan• Penjaga bayi (baby sitter)• Beberapa jenis sukan, contoh: Ahli tinju profesional, pemandu kereta berpacu dll. Epilepsi boleh mengubah cara seseorang berhubung dengan yang lain danbagaimana yang lain berhubung balas. Sangatlah mustahak bagi ahli keluarga berbincangdan meluahkan rasa isi hati mereka antara satu sama lain. Suami dan isteri dan anak-anakmerupakan satu sumber besar bagi kekuatan emosi. Rakan-rakan juga boleh menjadi
  44. 44. sumber bantuan, jika anda izinkan mereka. Oleh kerana tidak ada apa yang hendakdimalukan tentang epilepsi, apa yang anda perlu buat ialah berterus terang mengenaikeadaan anda. Kebanyakkannya akan menerima hakikat yang anda seorang pesakitepilepsi, sekiranya anda menerima hakikatnya. Dalam hal berpasangan, menjadi lumrah jika anda risau anda mungkin diasingkankerana epilepsi anda. Tapi ingat, semua orang takut ditolak disebabkan oleh sesuatu –rupa, latar belakang, dll. Jangan biarkan pengasingan dari masyarakat, menghancurikeyakinan diri anda atau menyalahkan epilepsi anda. Jika anda memilih dengan telititeman atau pasangan anda, berterus terang dan bantu mereka memahami epilepsi,peluang anda untuk berpasangan adalah jauh lebih baik. Kebanyakan orang yangmengidap penyakit epilepsi mempunyai nafsu seks yang normal dan kehidupan seks yangnormal. Apa yang paling mustahak perlu difikirkan ialah perancangan keluarga. Jika andatidak mahu mempunyai anak buat masa itu, gunalah cara perancangan keluarga yangsesuai untuk anda. Bagi wanita yang menerima rawatan antikonvulsi, adalah mustahak untukmengingati setengah-setengah ubat ini boleh merosakkan pil perancang keluarga anda.Adalah dinasihatkan untuk menggunakan jenis perancang keluarga kedua atau tambahanjuga. Wanita-wanita yang mengidap penyakit epilepsi yang boleh hamil adalahdinasihatkan supaya makan pil asid Folik sebagai tambahan, walaupun sebelum hamil,kerana kekurangan asid Folik selalu dikaitkan dengan kecacatan bayi sewaktu kelahiran.
  45. 45. Pengurusan sendiriMemahami mengenai epilepsi yang anda hidapi. Ambil ubat seperti yang diarahkansupaya ia dapat dikawal dan anda boleh menjalani kehidupan yang normal. Ubat-ubatantidak dapat menyembuhkan epilepsi tetapi ia membantu menghilangkan sawan ataumengurangkan kekerapannya. Pengambilan ubat mestilah diteruskan walaupun tiadaserangan dalam tempoh beberapa tahun kecuali jika doktor mengarahkan sebaliknya.• Pakai topi keledar keselamatan apabila menunggang basikal, kuda dan lain-lain.• Pakai gelang amaran perubatan.• Apabila berenang pastikan anda tidak bersendirian.• Elakkan faktor-faktor yang boleh mencetuskan epilepsi anda.• Elakkan melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh menyebabkan kecederaan/membahayakan diri anda ataupun orang lain di sekeliling anda (contohnya, mendaki gunung, memandu kereta atau mengendalikan mesin) kecuali sawan anda dapat dikawal dengan baik dan doktor telah mengesahkan bahawa anda mampu melakukannya.
  46. 46. KAJIAN Saya telah memilih Muhammad Hafiz Najmi B Mohd Amin, 000510-08-0515yang mempunyai kecacatan otak dan sawan. Berikut adalah latar belakang dia.No K/P : 000510-08-0515Tarikh Lahir : 10-05-2000Umur : 7Alamat : KKB 156, Kg Kedah, 34200 Parit Buntar, PerakNama bapa : Mohd Amin Bin IsmailKeturunan : MelayuAgama : IslamNama ibu : Hasni Bt ZainolKeturunan : MelayuAgama : Islam
  47. 47. Hafiz ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Titi Serong dan telah mendapatkelulusan daripada JPN Perak untuk melalui tempoh percubaan yang bermula dari 8-1-2007 hingga 8-2-2007. Kemudian dia telah disahkan sebagai murid pendidikan khasbermasalah pembelajaran.Laporan status muridPertuturanHafiz hanya boleh mengeluarkan bunyi sahaja. Dia tidak dapat menyebut perkataan atauberkomunikasi. Unutk berkomunikasi Hafiz hanya menunjukkan sesuatu dengan jarinya.Dia juga tidak dapat menumpukan perhatian kepada satu perkara untuk suatu masa. Diajuga tidak memahami arahan-arahan yang lebih mendalam. Dalam lebih kurang 4 bulan,dia hanya dapat memahami arahan untuk mengambil dan meletakkan sesuatu barang.Tingkah lakuHafiz adalah seorang murid yang sentiasa bergerak, di mana dia dikategorikan sebagaimurid hiperaktif. Pergerakannya tidak dapat dikawal dan melakukan sesuatu perkarasecara berulang-ulangan seperti mengunyah, mengecap bibir atau menelan. Hafizkadang-kadang suka mengasingkan diri. Dia tidak dapat berkawan dengan murid-muridynag lain. Ini mungkin kerana pergerakan yang terlalu aktif dan juga mempunyai masalahkomunikasi. Jika dia mengalami tekanan emosi seperti marah, hafiz akan menunjukkanemosi itu kepada orang yang berada bersebelahan dengannya.
  48. 48. Hafiz boleh makan makanan yang telah dihidangkan dengan sendirinya. Tetapi, dia tidakboleh dipaksa untuk makan. Dia lebih gemar makan makanan yang ringan berbandingdengan makanan seperti nasi dan lauk. Hafiz perlukan bantuan untuk memakai pakaiandan juga untuk pergi ke tandas. Dia tidak boleh menjaga kebersihan dirinya dengansendiri.Hafiz boleh memegang pensil dan menconteng, dan hasil conteng dia boleh dilihat dimuka surat sebelah. Dia hanya boleh duduk setempat dan menconteng selama lebihkurnag 10 minit. Dia lebih suka memagang dan bermain alat-alat seperti alat permainan.Dia juga suka berbaring-baring di atas lantai. Namun begitu, sejak memasuki ke sekolah,dia hanya dapat belajar menyebut perkataan satu, dua, tiga dan empat. Itu pun masihtidak jelas.RawatanHafiz sedang menjalankan rawatan farmakologi. Dia akan menerima rawatan sekali padasetiap bulan. Dia juga mengambil ubat untuk masalah lemah jantung. Dia juga perlumalakukan pembedahan jantung pada masa akan datang seperti yang akan ditetapkanoleh doktor. Hafiz juga sedang menjalani terapi psikomotor di kelas pendidikan khas.Kini dia dapat memegang benda-benda dengan betul dan jua dengan kuat.
  49. 49. Kesimpulan hasil kajianPengurusan yang praktikal bagi sekolah yang mempunyai kanak-kanak yangmegidap penyakit epilepsiKanak-kanak yang megidap penyakit epilepsi perlu diberi perhatian yang sama sepertikanak-kanak lain dalam hal-hal disiplin, galakan, dan apa yang diharapkan dari setiapperforma individu di sekolah. Jangan memanjakan anak anda atau membenarkannyamembuat tipu helah disebabkan oleh keadaaannya. Aktiviti normal, bagi mental danjasmani, akan menguntungkan kanak-kanak yang megidap penyakit epilepsi, danmembaiki penerimaan oleh rakan-rakannya.Bertemubual dengan ibubapaSekiranya seorang kanak-kanak mengalami epilepsi, adalah mustahak bagi gurumendapatkan maklumat daripada ibubapanya mengenai sawannya, ubatnya, dan mana-mana aktiviti yang memerlukan apa-apa sekatan. Walau bagaimanapun, ibubapa
  50. 50. dinasihatkan supaya tidak mengenakan banyak sekatan selain dari yang diperlukan bagimenjaga keselamatannya.Rancangan awal dengan kanak-kanakJika seorang kanak-kanak pernah diserang sawan di sekolah, rancang lebih awalbersamanya dan rakan-rakannya tentang langkah-langkah yang patut diambil sekiranyadia diserang sawan di dalam bilik darjah atau di padang permainan. Anda mungkin dapatmembantunya mengenal pasti samada dia mempunyai ‘Aura’ atau tanda amaran sebelummendapat serangan, dengan berbincang dengannya tentang perasaannya sebaik sahajasebelum sawan bermula. Walau bagaimanapun, harus diambil perhatian yang ramai orangyang biasa diserang sawan tidak mendapat langsung sebarang amaran.Mengenal pasti faktor yang mungkin merangsangkan sawanMungkin anda dapat membuat perhatian yang sawan boleh terjadi bila ada rangsanganyang tertentu, seperti menonton T.V. atau aktiviti ayunan yang dilakukan berulang kali.Ia mungkin terjadi bila kanak-kanak nampaknya pasif atau berdiam diri, kepenatan ataukurang sihat. Jika rangsangan yang tertentu itu selalunya meyebabkan sawan, elakkananak dari melakukan perbuatan tersebut tanpa dia menyedarinya. Berbincanglah perkara
  51. 51. ini dengan ibubapanya, mungkin mereka boleh memberi nasihat yang praktikal.Bantuan dari rakan sedarjahJika pelajar sering diserang sawan absens/petit mal sewaktu di sekolah, dia tidak akandapat mengikuti mata pelajaran yang dipelajari dalam kelasnya. Jika ia mempunyaiseorang rakan yang dapat membantu mengembalikan ingatan pelajarannya, dia tidak akanjauh ketinggalan disebabkan oleh ingatan kosong yang kerap berulang, dan ini akanmengurangkan masalah untuk mengejar pelajarannya di dalam bilik darjah.Epilepsi – Pelajaran dan kelakuanAda pelajar yang mengidap epilepsi menghadapai kesulitan dengan kerja sekolah.Mereka nampak pening, kurang faham dan kurang perhatian, atau mempunyai masalahingatan. Mereka juga mungkin akan menghadapi masalah pelajaran tertentu yang adakaitan dengan bacaan atau ilmu kira-kira. Walau bagaimanapun, masalah-masalah inijuga biasa bagi kanak-kanak lain, dan tidak boleh terus dianggap masalah kerana epilepsi.Ada juga pelajar yang mengidap epilepsi yang menunjukkan kelakuan yang agak ganjilakibat epilepsi mereka, atau disebabkan oleh perubahan dalam ubat-ubatan mereka.Gangguan perlakuan boleh terjadi akibat terlalu dilindungi dan dimanjai di rumah ataukurang disiplin dan tidak diterima baik oleh sekolah.
  52. 52. Peranan guruGuru memainkan peranan yang unik untuk memerhati dan memberi maklumat tentangsawan pelajar . Butir-butir punca sawan yang diceritakan pada ibubapa dan doktor dapatmembantu menentukan jenis sawan. Dalam epilepsi petit mal keadaan tidak sedar diriyang sementara selalunya bersahaja, dan tanda-tanda pesakit sedang diserang hanyalahmungkin seperti kurang perhatian atau pandangan kosong. Apabila menceritakankejadian kepada ibubapa, eloklah pemerhatian sebelum, sewaktu dan selepas sawandiberitahu dengan teliti dan elakkan dari menggolongkan pelajar sebagai epilepsi,terutama sekali apabila kanak-kanak belum disahkan mempunyai epilepsi. Apa-apasangkaan sawan, atau tanda perubahan pada sawan di sekolah mesti dilapurkan kepadaibubapa. Pening yang berlarutan atau perhatian pelajar yang lemah patut diambil tahu,kerana ini mungkin satu petanda yang rawatan yang diterima tidak menyesuainya.Penerangan sawan kepada kanak-kanak lainJika kanak-kanak lain melihat kejadian sawan berlaku di sekolah, ambil peluang ini untukmenerangkan secara mudah apa yang telah terjadi dan bagaimana mereka bolehmembantu. Tegaskan kepada mereka yang sawan tidak membahayakan dan tidak boleh‘dijangkiti’.Perbincangan dan latihan bantuan kecemasan yang mudah bagi epilepsi dan pelajar yangdiserang sawan akan memberi kesan positif terhadap seluruh kelas. Mulanya, sawan yangketara mungkin menakutkan, tapi setelah dikenalpasti dan tahu cara bantuan kecemasan,ia tidak akan ditakuti. Sikap penyayang dan dapat menerima keadaan menggalakkan satu
  53. 53. tindakbalas yang positif dari kanak-kanak juga orang dewasa. Semua guru-guru patutdapat mengenal pasti bila sawan berlaku dan tahu apa yang harus dilakukan bilaberhadapan dengannya di padang permainan atau di bilik darjah.Apakah prognosis bagi penyakit epilepsi?Epilepsi biasanya merupakan keadaan yang akan berlanjutan hingga ke akhir hayat.Lebih kurang 80% individu yang menghidap sawan boleh dikawal menggunakan ubat-ubatan. Manakala selebihnya yang tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap dadahantiepilepsi boleh dirawat dengan terapi lain seperti pembedahan.ANGGAPAN PALSU MASYARAKAT MENGENAI SAWAN1. Ada orang yang salah anggap dan merujuk gangguan ini sebagai “penyakit gila babi”. Lain-lain nama yang disalah gunakan ialah sawan babi atau sakit gila babi, lalu menghasilkan ertikata yang negatif terhadap penyakit ini. Lain-lain budaya mempunyai nama yang tersendiri bagi epilepsi: seperti "kaka elupa" (‘tarikan gagak’ bagi orang Tamil) dan "ding-YANG" (kambing-gila bagi orang Cina).
  54. 54. 2. Kehadiran epilepsi bukan petanda buruk dalam hidup anda. Ia juga bukanlah hukuman dari Tuhan, dan ia BUKANlah sesuatu yang memalukan. Ia adalah keadaan gangguan dibahagian otak, yang boleh dikawal dengan perubatan.3. Epilepsi tidak berjangkit. Seseorang itu tidak akan menghidap epilepsi sekiranya ia duduk berhampiran atau bekerja dengan pesakit epilepsi.4. Epilepsi tidak akan mendatangkan masalah mental atau melakukan jenayah. Rujukan seseorang ‘bersifat epileptik’ sebenarnya tidak wujud. Orang yang ada gangguan epilepsi boleh mengalami masalah psikiatrik, seperti orang lain.5. Epilepsi dengan sendirinya tidak memburukkan keadaan mental. Selalunya sulaman penyakit-penyakit lain yang dialami dengan epilepsi, yang selalunya memburukkan keadaan mental. Ini tidak terjadi dalam kumpulan minoriti dikalangan manusia. Epilepsi akan mengubah hidup anda, tetapi selalunya, ia adalah penghidupan yang terkawal. Yang penting ialah pengetahuan, tentang apa yang patut dan tak patut dilakukan.SESI SOAL JAWAB MENGENAI SAWANSoalan:Adakah epilepsi merupakan penyakit keturunan?Jawapan:Risiko anak seorang pesakit epilepsi terkena gangguan ini adalah kecil. Jika salahseorang, ibu atau bapa kanak-kanak mengidap penyakit epilepsi jenis keseluruhan(generalised epilepsy), risiko bagi anaknya adalah 4%. Jika kedua-dua ibu bapanya
  55. 55. menghadapi gangguan jenis ini, risikonya meningkat sebanyak – 20%. Epilepsifokal/partial pula mengalami risiko lebih rendah.Soalan:Apakah epilepsi akan menghalang peluang saya untuk mendapat anak?Jawapan:Tidak selalunya, tapi ada terdapat bukti yang peluang pesakit epilepsi untuk hamilnampaknya agak tipis. Terdapat juga bukti bahawa terdapat kekurangan nafsu seks padapesakit epilepsi dan juga terdapat ubat-ubatannya yang mengurangkan nafsu seks.Walau bagaimanapun, kesuburan bergantung kepada beberapa faktor, seperti mana juganafsu seks dan jawapan bagi soalan ini hanya terdapat pada individu tersebut.Soalan:Adakah kehamilan merbahaya kepada pesakit epilepsi?Jawapan:Separuh dari jumlah pesakit epilepsi yang hamil tidak akan mengalami sebarangperubahan gangguan epilepsi mereka, tapi seperempat menunjukkan sawan yang terkawaldan seperempat lagi mendapat lebih serangan sawan. Jika epilepsi adalah di bawahkawalan atau serangan yang jarang berlaku (iaitu setahun sekali), kemungkinan pesakitmengalami sawan adalah kurang berbanding dengan pesakit yang kerap mengalami
  56. 56. epilepsi keseluruhan (generalized) dan lebih berkemungkinan bagi yang mengalamiepilepsi fokal/partial.Pertambahan gangguan sewaktu hamil mungkin disebabkan oleh perubahan dalam tubuhbadan, perubahan tahap darah anti-konvulsi (ubat) atau kegagalan mengambil ubatsawan, ataupun kerana berasa lebih penat dan kurang tidur.Soalan:Adakah epilepsi saya akan bertambah baik jika saya mendapat anak?Jawapan:Adalah mustahil untuk membuat ramalan kesan terhadap epilepsi anda sekiranya andakehamilan. Tiada bukti kukuh yang dapat digunakan bagi mana-mana jenis epilepsi untukmeramal apa akan dilalui kelak, juga tiada bukti kukuh dapat menentukan apa yangdilalui semasa kehamilan yang lepas menyerupai kehamilan yang akan datang.Soalan:Patutkah saya berhenti makan ubat kerana saya hamil?Jawapan:Semua pakar khusus dalam bidang epilepsi bersetuju bahawa ibu yang hamil harus terusmengambil ubat anti-epileptiknya kerana bayi kandungan akan menghadapi risiko yanglebih tinggi jika ibu mengalami serangan sawan. Oleh sebab bayi kandungan bolehmengalami bahaya daripada dalam bulan yang pertama, selalunya sebelum ibu itu sendiritahu ia sudah hamil, cara yang paling baik ialah cuba menghentikan semua anti-konvulsisebelum seorang ibu itu hamil. Ini boleh diatur dalam kes-kes yang istimewa, dengankepastian anti-konvulsinya dan jika sawannya agak sederhana dan tidak kerap, tapi anda
  57. 57. perlu mendapatkan nasihat pakar. Susu ibu adalah susu terbaik untuk bayi dan ia tidakmembahayakan bayi kerana hanya sedikit sahaja kandungan ubat sawan dari ibu akandidapati didalam susunya.Soalan:Adakah sukatan ubat saya perlu ditukar sewaktu saya hamil?Jawapan:Kehamilan mungkin akan mengubah kandungan dan sifat-sifat didalam tubuh badan dansebab itulah sukatan ubat juga berubah didalam tubuh badan. Oleh sebab itu, andamungkin terpaksa menambah sukatan ubat agar tidak terkena gangguan. Jumlah sukatanubatan didalam tubuh badan (drug level) ini dapat membantu doktor menentukan samadasukatan ubat anda perlu diubah atau tidakSoalan:Bolehkah saya berhenti mengambil ubat sekiranya saya ingin hamil?Jawapan:Anda tidak patut berhenti mengambil ubat sekiranya anda ingin hamil kerana inibermakna anda mengambil risiko tinggi, yang boleh mengancam kesihatan ibu dan bayikandungan sekiranya anda mengalami serangan sawan.

×