Definisi kaunseling islam

5,693 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
5 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
5,693
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
170
Comments
0
Likes
5
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Definisi kaunseling islam

  1. 1. DEFINISI KAUNSELING ISLAM Kaunseling Islam boleh didefinisikan sebagai satu proses dan aplikasi elemenpsikologi dan kaunseling berdasarkan citra manusia menurut Islam,yang menyelidikkeunikan,pola tingkahlaku,pemikiran dan pencapaian tingkatan kerohanian manusiabersumberkan pengalaman hablun minallah,hablun minan nas dan hablun minalkauniyah dengan tujuan untuk meningkatkan potensi fitrah manusia bagi mencapaikesempurnaan hakiki (insan kamil), meningkatkan kesihatan mental dan kualitiberagama. Dalam konteks kaunseling Islam juga , keputusan atau pemilihan klienhendaklah berdasarkan kepada ajaran al-Quran, hadis, sunnah Nabi, dan ijmak ulama‟.Ini disebabkan manusia yang bersifat lemah boleh membuat keputusan atau pilihansendiri secara sedar dan terbuka, tetapi tidak terkeluar daripada keredhaan Allah.Dalam melakukan sesuatu, kita tidak boleh lupa daripada mengingati Allah. Allah yangkita sembah dan kepada-Nyalah kita meminta hidayat dan pertolongan. SebagaimanaFirman Allah s.w.t :Maksudnya:“Berdoalah kamu kepadaKu, nescayai Aku perkenankan doa permohonan kamu.” Takhrif Kaunseling islam menurut Kamal Abdul Manaf (1995), kaunseling Islamialah satu proses pengajaran dan pembelajaran psikososial yang berlaku dalam bentukbersemuka (face to face) antara seorang yang pakar dalam psikologikaunseling(kaunselor) dan seorang lain yang ditujukan kaunselinh itu (klien). MenurutAbdul Halim Othman (1996 ),kaunseling Islam ialah satu usaha menyedarkanmasyarakat Islam terhadap satu bentuk pertolongan,bantuan atau nasihat yangdigalakkan oleh Islam.
  2. 2. DEFINISI KAUNSELING UMUM Kaunseling boleh didefinisikan sebagai satu interaksi yang berlaku antara duaorang individu yang dipanggil kaunselor dan klien, berlaku di dalam „setting‟ profesional,dan dimula dan dikekalkan sebagai satu cara untuk menolong perubahan tingkah laku ( Pepinsky,H.&Pepinsky,P.1953:3)Good ( dalam Sipora Sipon dan Wan Anor Wan Sulaiman 2002 ) menyatakankaunseling sebagai bantuan dalam menyelesaikan masalah perubahan individu yangdilakukan oleh pembantu yang benar-benar berpengetahuan dan berkebolehansehinggalah seorang itu boleh membuat keputusannya dengan baik. Untuk memahami dengan lebih jelas definisi kaunseling, dipetik definisi daripadadua tokoh iaitu Patterson (1995) dan Corey (1977).Patterson , mendefinisikankaunseling sebagai satu proses interaktif melalui satu perhubungan yang unik antarakaunselor dan klien yang mengarah kepada perubahan klien dalam aspek tingkah laku,kepercayaan dan kemahiran membuat keputusan. Corey pula menekankan tentangproses di mana seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dankehidupannya yang menimbulkan masalah pada dirinya. Krumboltz ( George & Cristiani, 1990 ) pula mengertikan kaunselingmerangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunselor dalam usahamembantu klien melibatkan diri dengan jenis tingkah laku yang akan menghasilkanpenyelesaian kepada masalah klien. Ahli psikologi pula berpendapat kaunseling sebagai „...satu proses di manakaunselor menolong kaunselee membuat interpretasi fakta berkaitan pemilihan,perancangan atau penyesuaian yang perlu dibuat‟ ( Smith,G.E.,1955: 6) Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses pertolongan yang profesional yangbertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya.
  3. 3. KEPENTINGAN KAUNSELING1. Perkara-Perkara Penting Dalam Kaunseling Fiedler, 1950: Perhubungan yang empati. Perhubungan yang baik. Kaunselor mendengar masalah klien dengan baik. Klien bebas bercakap apa yang dia suka. Ada perasaan percaya mempercayai antara satu sama lain. Carl Rogers, 1957: Dua manusia yang mempunyai hubungan psikologikal. Peringkat awal klien berkeadaan serba salah, cemas. Kaunselor adalah kongruen dan memberi tindakbalas dalam hubungan. Kaunselor menerima tanpa syarat. Kaunselor empati terhadap klien.
  4. 4. ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT1. DEFINISI - Kaunseling Islam 1-2 - Kaunseling Umum2. Kepentingan Kaunseling 33. Persamaan dan perbezaan : 4-6 - Kaunseling individu - Kuanseling kelompok4. Bibliografi 7
  5. 5. DEFINISI KAUNSELING Kaunseling berasal daripada perkataan Inggeris iaitu ”counselling”. Melihat kepadamakna perkataan ”counseling” iaitu “professional advice and help given to people withproblems” (New Oxford Dictionary: 2005) yang difahami sebagai nasihat dan bantuan yangdiberi secara professional kepada orang-orang yang bermasalah. Kamus “Steadmans Medical”menakrifkan kaunseling sebagai "a professional relationship and activity in which one personendeavors to help another to understand and to solve his or her adjustment problems; the givingof advice, opinion, and instruction to direct the judgment or conduct of another" (StedmansElectronic Medical Dictionary, 1994). Iaitu aktiviti dan perhubungan professional di manaseseorang membantu orang lain memahami dan menyelesaikan atau memberi nasihat,pendapat dan tunjuk ajar dalam memandunya memperimbangkan penyelesian masalah. Kaunseling menurut Krumboltz (1965) adalah apa sahaja aktiviti yang beretika yangdilakukan oleh kaunselor dalam usaha untuk membantu klien yang menunjukkan tingkah lakuyang mendorong kepada penyelesaian masalah klien. Menurut Burks dan Stefflre (1979),kaunseling merujuk kepada perhubungan professional antara seorang kaunselor terlatih danklien. Perhubungan ini biasanya bersifat person-to-person, walaupun kadangkala melibatkanlebih dari dua orang. Perhubungan ini dibentuk untuk membantu klien memahami danmenyatakan pandangan mereka tentang ruang hidupnya, dan mempelajari mencapai matlamatpilihan kendiri melalui pilihan yang bermakna dan bermaklumat setelah menyelesaikan masalahyang bersifat emosional dan interpersonal. Boy dan Pine (1968) menjelaskan bahawa kaunseling merupakan satu hubunganbersemuka di mana seorang klien mendapatkan bantuan dari seorang kaunselor. Perhubunganini mempunyai ciri seperti komunikasi yang efektif, saling hormat menghormati, penerimaanklien secara tulin oleh kaunselor dan penumpuan diberikan kepada keperluan-keperluan,masalah serta perasaan klien. Blocher (1974) mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses untuk menolongindividu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balasdalam alam persekitarannya. . James (1982) pula mendefinasikan kaunseling sebagai suatuproses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untukmencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu.
  6. 6. Sementara itu dari perspektif Islam pula, Aziz Salleh (1996) misalnya menyatakan bahawakaunseling merupakan suatu khidmat perhubungan di antara seorang klien yang mempunyaimasalah psikologikal dengan seorangkaunselor terlatih untuk membantu klien bagi mengatasi masalah yang dihadapi. KaunselingIslam mempunyai liputan skop masalah yang lebihbesar iaitu yang berkaitan dengan keimanan seseorang seperti aspek ketuhanan, alam akhirat,dosa, pahala, neraka, hari kiamat dan sebagainya. Takrif kaunseling menurut Jabatan Perkhidmatan Awam ialah proses perhubunganmenolong sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesionalbagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik danmenyeluruh berlandaskan etika kaunseling. Merumus definisi yang telah dinyatakan, kesemua takrifan kaunseling menyentuhberkenaan proses membantu menyelesaikan masalah secara sistematik dan beretika. Ianyajuga dibuat secara perhubungan profesional dan Amalan kaunseling Islam bermula dengantaaruf. Taaruf ertinya pengenalan. Pada pertemuan yang pertama kali, seorang klien datangberjumpa dengan kaunselor tentulah banyak perkara yang tidak diketahui antara satu samalain. Oleh itu masing-masing akan cuba mengenali antara satu sama lain seperti bertanyakannama, alamat tempat tinggal dan lain-lain perkara yang asas dalam perkenalan. Konsep taarufdilihat sama dengan membina hubungan yang mana proses ini menggalakkan interaksi awalantara kaunselor dan klien. Persamaan ini juga ada pada amalan memulakan sesi kaunselorpelajar sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang menggunakan boranglatar belakang Ala Konseptualisasi Kes Lewis – Fessel dan borang catatan pertemuan.
  7. 7. BIBLIOGRAFI1. www.geocities.ws/norlionline/assg_kaunseling.doc2. pkmains.mmu.edu.my/.../kaunseling_kepim3. Majalah al- islam- Hj Zainuddin Ali4. http://ctmserver.kkr.gov.my/kaunseling/kaunseling.php

×