1. air Perang Saudara Di Paha
Nama : muhammad idlan bin shahnul niza
KELAS : 2 CEMERLANG
GURU : CIK UMMI KALTHUM
2. Kisah nan tidak hamba panjangkan,
Ceritanya banyak lagi disebutkan,
Ini sekadar sahaya ringkaskan,
Kisah berperang pula diceterakan.
Putera laki-laki yang tuanya,
Ialah memangku paduka ayahandanya,
Perintah negeri terserah kepadanya,
Bendahara Tun Mutahir konon namanya.
Encik Engku Ahmad seorang anakanda,
Putera yang tengah raja berida,
Lima orang laki-laki paduka anakanda,
Sikapnya elok lakunya syahda.
Selang tiada berapa lama,
Envck Engku Ahmad keluar mengembara,
Pergi belayar ke Singapura,
Sambil menghibur hati yang lara.
Pelayaran tiada berapa lamanya,
Sampailah sudah konon dianya,
Di Kampung Gelam tempat hentinya,
Di dalam kota tempat diamnya.
3. Duduk bersama putera Sultan,
Tengku Jaafar namanya tuan,
Ituklah konon menjadi taulan,
Duduk di sana terlalu hairan.
Serta beriringan teman dan kawan,
Ramai menghantar handai dan taulan ,
Seketika sampai di dalam kenaikan,
Lalu kembali mereka sekalian.
Sudah pun dibongkar dengan segera,
Belayarlah sudah muda perwira,
Ke sebelah barat mencari kira,
Pergi Kemaman kononnya cetera.
Kata orang empunya madah,
Ke dalam Kemaman sampailah sudah,
Di situlah berhenti muda yang indah,
Sultan Terengganu punya perintah.
Tiada berapa lama antara,
Sampai di Kemaman lalu terkira,
Dapatlah pakatan dengan segera,
Hendak melanggar Pahang negara.
4. Maksud rangkap
Rangkap pertama : Sebuah kisah benar yang selalu disebut orang berkaitan kisah
peperangan yang pernah berlaku.
Rangkap kedua : Seorang putera raja yang sulung telah ditabalkan ,
seterusnya memangku raja dan segala pemerintahan negeri
berada di bawah kekuasaan baginda menggunakan gelaran
Bendahara Tun Mutahir.
Rangkap ketiga : Encik Engku Ahmad merupakan putera raja yang tengah
daripada lima orang adik-beradik lelaki, baginda sangat
mulia budi pekerti.
Rankap keempat : Selang tidak beberapa lama selepas kemangkatan
ayahandanya, Encik Engku Ahmad mengambil keputusan
keluar mengembara ke Singapura untuk menghiburkan hati.
Rangkap kelima : Setelah beberapa lama berlayar, sampailah Encik Engku
Ahmad di Kampung Gelam dan mengambil keputusan
untuk tinggal di situ.
5. Rangkap keenam : Di sana Encik Engku Ahmad tinggal bersama Tengku Jaafar,
anakanda Sulta Singapore.
Rangkap ketujuh : Kehadiran baginda di sana diterima baik oleh penduduk setempat.
Semasa Encik Engku Ahmad ingin menyerang Pahang, baginda
dihantar oleh ramai teman dan kawan ke kapal.
Rangkap kelapan : Encik Engku Ahmad belayar ke sebelah barat menuju Kemaman.
Rangkap kesembilan : Kata orang yang menyampaikan cerita, Encik Engku Ahmad
akhirnya sampai ke Kemaman, jajahan yang diperintah oleh
Sultan Terengganu.
Rangkap kesepuluh : Setelah berada di Kemaman, Encik Engku Ahmad telah mendapat
bantuan menyerang negeri Pahang.
6. pERSOALAN
Persoalan pertama : Pewarisan takhta, seorang putera raja yang sulung telah
ditabalkan memangku raja dan baginda menggunakan
Bendahara Tun Mutahir.
Persoalan kedua : Mengembara untuk menghiburkan hati, selepas kemangkatan
ayahandanya, Encik Engku Ahmad, keluar mengembara ke Singapura
untuk menhiburkan hati.
Persoalan ketiga : Pelayaran ke Kemaman, dari Singapura Encik Engku Ahmad belayar ke
Kemaman, sebuah negeri di bawah pemerintahan Sultan Terengganu.
Persoalan keempat : Pakatan sebelum menyerang Pahang, semasa sampai di Kemaman,
baginda mendapat bantuan untuk menyerang Pahang.
7. GAYA BAHASA
Anafora
Di Kampung Gelam tempat berhentinya.
Di dalam kota tempat diamnya.
Bahasa Arab
Syahda
Inversi
Hendak melanggar Pahang Negara
Asonansi
Lalu kembali mereka sekalian.
Pengulangan vokal a
Aliterasi
Sultan Terengganu punya perintah,
Pengulangan konsonan t
8. BENTUK
Syair ini mempunyai empat baris setiap rangkap dan
setiap baris membawa maksud. Terdiri daripada
sepuluh rangkap. Bilangan patah perkataan antara
empat hingga lima patah perkataan.
Jumlah bilangan suku kata dalam setiap rangkap
berbeza antara sembilan hingga tiga belas suku kata.
Manakala rima akhirnya a, a, a, a, dan bentuknya
terikat.
9. NILAI MURNI
Baik hati
Anakanda Sultan Singapura, Tengku Jaafar membenarkan Encik
Engku Ahmad tinggal bersama-samanya.
Keberanian
Encik Engku Ahmad berani keluar belayar ke Singapura dan
Kemaman sebelum menyerang Pahang.
Semangat bermasyarakat
Rakyat Singapura dapat menerima kehadiran Encik Engku Ahmad
dan beramai-ramai keluar menghantar Encik Engku Ahmad yang
ingin menyambung pelayarannya ke Kemaman.
10. PENGAJARAN
Kita hendaklah mempunyai budi pekerti yang elok. Contohnya, Encik
Engku Ahmad anak raja yang mempunyai budi pekerti yang mulia.
Kita hendaklah baik hati. Contohnya, sesampai Encik Engku Ahmad di
Singapura, baginda tinggal bersama-sama Tengku Jaafar anak Sultan
Singapura.
Kita harulah hidup bermasyarakat. Contohnya, baginda juga diterima oleh
rakyat Singapura apabila ramai yang menhantar baginda ke kapal
sebelum belayar ke Kemaman.
Kita mestilah merancang sebelum membuat sesuatu perkara. Contohnya,
Encik Engku Ahmad keluar belayar ke Singapura dan mengadakan pakatan
sebelum menyerang Pahang.