Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Kertas kerja merentas desa 2015

KERTAS KERJA MERENTAS DESA

  • Login to see the comments

  • Be the first to like this

Kertas kerja merentas desa 2015

  1. 1. KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA SAM. PARIT BARU 2016 Pendahuluan Kejohanan merupakan kegiatan Ko-kurikulum tahunan yang terdapat dalam takwim unit Ko-kurikulum SAM Parit Baru bagi memberi peluang kepada semua murid , guru serta kakitangan terlibat secara langsung dalam kegiatan-kegitan yang sihat di peringkat sekolah di bawah saranan Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain itu, kejohanan ini juga bertujuan untuk memberi suasana baru dalam era transformasi pendidikan yang dapat membuka ruang pembelajaran yang lebih luas kepada murid dan merapatkan ukhwah muslimin antara setiap warga kerja SAMPB dalam mengharungi dan menghadapi cabaran masa depan. Setiap individu pula berpeluang memahami corak kehidupan masyarakat setempat. Objektif 1. Murid boleh mengembangkan daya pemikiran, rohani dan jasmani melalui kegiatan merentas desa. 2. Dapat memupuk nilai kerjasama semua murid, guru dan warga kerja SAMPB dalam kegiatan ko kurikulum sekolah. 3. Melaksanakan program yang telah dirancang sebagaimana yang di dalam takwin ko kurikulum SAMPB bagi tahun 2016. 4. Membuka ruang pengajaran dan pembelajaran yang lebih luas agar dapat menjaga kesihatan sendiri. Matlamat 1. Pemilihan wakil Sekolah untuk menyertai Kejohanan Merentas Desa anjuran Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Sabak Bernam 2016 2. Penglibatan semua murid samada sebagai peserta dan juga pembantu dalam aspek pengurusan bagi menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam mengendalikan dan menjayakan sesuatu kejohanan. 3. Memupuk nilai kerjasama dan peri pentingnya menjaga kesihatan diri. Rasional 1. Murid dapat memilih aktiviti yang sihat bagi menjamin kualiti kesihatan murid. 2. Merupakan suatu aktiviti yang disarankan oleh pihak doktor kesihatan bagi memenuhi keperluan kesihatan badan manusia. 3. Salah satu ruang masa untuk mengeratkan silaturahim antara murid, guru dan kakitangan sekolah. 4. Membuka lanskap pembelajaran bagi memahami corak kehidupan masyarakat setempat. Sasaran 1. Semua murid Tingkatan 1 hingga 5 SAM Parit Baru. 2. Semua guru dan kakitangan SAM Parit Baru.
  2. 2. Tarikh : 15 Januari 2016 (Jumaat) Masa : 8.00 pagi-11.00pagi Tempat : SAM Parit Baru AHLI JAWATANKUASA INDUK KEJOHANAN MERENTAS DESA 2016 PENAUNG : Yang Dipertua PIBG PENASIHAT : En. Mustaffa Kamal bin Jamaluddin Pn. Noor Laila Binti Kadis Pn. Zeidah Binti Muhamad Amin PENGERUSI : Pn Hasnah Binti Idris SETIAUSAHA : En. Yusof bin Mohamad BENDAHARI : Pn. Farizah Binti Yazan AHLI JAWATANKUASA KECIL KEJOHANAN MERENTAS DESA 2016 PENGERUSI TEKNIK/PENGURUS KEJOHANAN : Pn. Hasnah Binti Idris Bidang Tugas 1. Menyediakan belanjawan kewangan kejohanan. 2. Memastikan acara yang dipertandingkan mengikut peraturan MSSM / IAAF. 3. Menentukan laluan yang disediakan mengikut peraturan IAAF. 4. Bertanggungjawab terhadap kelicinan perjalanan kejohanan. 5. Memastikan semua pegawai melaporkan diri untuk bertugas. 6. Melantik pengganti jika perlu bagi menampung kekosongan dalam jawatankuasa. 7. Menyingkirkan mana-mana pegawai yang tidak mematuhi peraturan. 8. Memastikan kejohanan dapat mengikut tentatif program. TEKNIK DAN PERTANDINGAN : En. Yahya Bin Bayak@Bayok Bidang Tugas 1. Menyediakan laluan pertandingan mengikut kategori berdasarkan peraturan yang ditetapkan. 2. Menyediakan peraturan dan pelan laluan peserta mengikut kategori pertandingan. 3. Memberi taklimat kepada peserta berkaitan peraturan pertandingan. 4. Menyediakan peralatan yang diperlukan bagi pegawai pertandingan. KEPEGAWAIAN : En. Yusof Bin Mohamad Bidang Tugas 1. Menyediakan senarai pegawai yang akan bertugas semasa pertandingan. 2. Memberi taklimat kepada semua pegawai mengenai tugasan masing-masing. 3. Memastikan semua pegawai mencukupi semasa pertandingan 4. Memberi taklimat kepada Ketua Firqah berkaitan peraturan pertandingan. mengikut MSSM / IAAF REFERI : – En. Yusof Bin Mohamad
  3. 3. Bidang Tugas 1. Menentukan segala peraturan dipatuhi dan membuat keputusan terhadap sebarang perkara yang timbul ketika kejohanan yang tidak adil dalam peraturan. 2. Mempunyai kuasa untuk memutuskan untuk membuat keputusan sekiranya hakim tidak dapat membuat keputusan ataupun dipertikaikan. 3. Tidak boleh berperanan sebagai Hakim atau Pengadil. 4. Membuat keputusan terhadap bantahan dan bangkangan pada pengendalian pertandingan 5. Mempunyai kuasa untuk memberi amaran atau menyingkirkan dari pertandingan terhadap mana-mana peserta yang menunjukkan perlakuan yang tidak senonoh. URUSETIA : Cik Farhana Syahira Binti Kamarudzaman (K) Bidang Tugas 1. Mendaftarkan senarai pegawai yang akan bertugas semasa pertandingan. 2. Memberi taklimat kepada semua pegawai mengenai tugasan masing-masing. 3. Memastikan semua pegawai mencukupi semasa pertandingan 4. Menyediakan senarai keperluan peralatan. 5 .Mengedarkan semua peralatan bagi keperluan semasa pertandingan. 6. Memastikan setiap peralatan/borang berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan. HAKIM CARUNG : L1 – QM L2 - QM P1- QM P2 - QM Bidang Tugas 1. Menentukan lorong penamat bagi peserta mengikut kategori pertandingan. Menentukan pemenang atau peserta mengikut lorong yang ditetapkan di garisan penamat MINUMAN DAN MAKANAN PEGAWAI: Pn. Najihah Binti Abd Halim Bidang Tugas 1. Menyediakan makanan dan minuman untuk semua pegawai yang bertugas 2. Memastikan semua pegawai yang bertugas mendapat bekalan minuman yang mencukupi. 3. Menyediakan jawatankuasa murid untuk membantu tugasan ini. 4. Menyampaikan cenderahati kepada semua pegawai kejohanan
  4. 4. HADIAH/PENYAMPAIAN HADIAH/ PHAMPLET DAN JURUACARA : Cik Siti Suhaidah Binti Tumuran( K ) Cik Farhana Syahira Binti Kamarudzaman Bidang Tugas 1. Menjadi juruacara bagi majlis penyampaian hadiah dan majlis penutup. 2. Memastikan semua hadiah disampaikan mengikut kategori mencukupi. 3. Menguruskan upacara penyampaian hadiah. PERTOLONGAN CEMAS : Pn. Norhayati Binti Mohamed Zin ( K ) Cik Farhana Syahira Binti Kamarudzaman Anggota JPAM Unit Sabak Bernam Bidang Tugas 1. Menyediakan pasukan pertolongan yang mencukupi semasa pertandingan dijalankan. 2. Memastikan pegawai pertolongan cemas berada ditempat yang sesuai semasa pertandingan. 3. Menyediakan makanan dan minuman unit JPAM. KAWALAN KESELAMATAN : Mohd Fadzil Bin Md Asar (K) Pengawal Keselamatan Sekolah Anggota RELA Unit Sabak Bernam Bidang Tugas 1. Memastikan kawalan keselamatan peserta dan pegawai pertandingan sentiasa dalam keadaan baik semasa pertandingan dijalankan. 2. Mengawal pergerakan peserta sentiasa berada di laluan yang selamat. 3. Memastikan kawalan disiplin murid sepanjang kejohanan. 4. Menyediakan makanan dan minuman unit RELA PA SISTEM/DOKUMENTASI : En.Mohd. Hambali b. Kawaeed Pn. Merija Binti Abd Kadir Bidang tugas 1. Menyediakan kelengkapan PA system semasa majlis penutupan dan penyampaian hadiah. 2. Menyediakan peralatan bagi dokumentasi dan kepegawaian. 3. Melantik pelajar bagi menyediakan dokumentasi kejohanan. JURI RAYUAN : En. Mustaffa Kamal bin Jamaluddin (K) Pn. Hasnah Bin Idris En. Yusof Bin Mohamad Bidang Tugas 1. Sebagai panel Juri Rayuan untuk menyelesaikan bantahan-bantahan mengikut Peraturan 146 dan Peraturan MSSM/ IAAF. 2. Keputusannya adalah muktamad.
  5. 5. PELEPAS : En. Mustaffa Kamal bin Jamaluddin Bidang Tugas 1. Menjalankan tugas sebagai pelepas untuk memulakan acara mengikut kategori dengan izin Referi dan Urusetia Pertandingan. HAKIM PENAMAT : L1 - Pn. Mazliantie Binti Fadzilah (K) L2 - Pn. Mas Azura Binti Ab Rahim P1 – Pn. Mislizah Binti Tasuki P2 – Pn. Nur Syahida Binti Seman Bidang Tugas 1. Menentukan pemenang bagi setiap acara mengikut kategori. 2. Menghantar keputusan rasmi kepada pencatat keputusan.. PENJAGA MASA L1 - Cik Rahayu Binti Ramlee (K) L2 – Pn. Rita Rizana Binti Mokhtarruddin P1 – Nor Zuraini Binti Zainodin P2 – Pn Siti Sa’diah Binti Sahudi Bidang Tugas 1. Mencatat masa yang tepat bagi setiap pemenang. 2. Mencatat dan menyerahkan masa catatan kepada hakim penamat. 3. Memastikan semua jam randik sesuai digunakan dan berada dalam keadaan baik. 4. Memastikan bilangan jam randik mencukupi. PENCATAT DAN STATISTIK : L1 – Noor Lina bt. ishak(K) L2 – Cik Nurul Fathiah Binti Shamsuddin P1 – Cik Nadia Hanim Binti Mokhtar P2 – Pn Hazlina Binti Ismail Bidang Tugas 1. Mengira mata keputusan rasmi bagi setiap acara yang dipertandingkan daripada hakim penamat. 2. Mencatat keputusan rasmi pada boring statistik pertandingan. 3. Menghantar statistik keputusan rasmi kejohanan bagi kepada pengurus kejohanan.
  6. 6. PEGAWAI PERONDA : L1 – En. Yusridin b. Mamat (K) L2 - En. Mohd Miswan Bin Saat P1 - En. Mohamad Zaki Bin Mohamad Yusoff P2 - En. Abd Rahim Bin Razali Bidang Tugas 1. Membuat rodaan sepanjang masa kejohanan berlangsung. 2. memastikan setiap peserta mengikut laluan yang telah ditetapkan. 3. Menghubungi pihak yang tertentu jika berlaku sebarang kecemasan semasa pertandingan. PENGURUS/PENY.PESERTA : En. Yahya bin Bayak@Bayok (Biru) En. Tanti Zuriati bt. Abdul Rahman (Hijau) En. Jarir bin Mohammed Said (Merah) En. Semi bt. Saikon (Kuning) Bidang Tugas 1. Mengumpul nama peserta bagi setiap firqah 2. Menyediakan label nombor peserta sebelum pertandingan 3. Menyediakan peserta mengikut acara yang dipertandingkan. 4. Menyediakan minuman dan makanan untuk pelajar mengikut rumah masing- masing. HAKIM SEMAK : CP. En. Khazinuddin Bin Anuas (K) CP1 CP. En. Mohd Zaini Bin Mohd Razali CP7 CP. Pn. Nur Aisyah Binti Rahim CP8 CP. Cik Sarimah Binti Mat CP9 CP. En.Mohd. Hambali b. Kawaeed CP4 CP. En. Razali b. Asmini CP6 CP. Pn. Siti Maisarah Binti Masudi CP3 CP. QM CP2 CP. QM CP10 CP. QM CP5 • Pembantu Murid ( 2 orang setiap check point ) Bidang Tugas 1. Mencatat setiap nombor peserta semasa melalui Stesen masing-masing. 2. Menyerahkan catatan nombor tersebut kepada Hakim Penamat selepas pertandingan.
  7. 7. ANGGARAN PERBELANJAAN BAGI KEJOHANAN MERENTAS DESA SAM PARIT BARU 2016 Bil Item Kuantiti Harga Jumlah (RM) (RM) 1 Hadiah 60 7 420 2 Hadiah kategori 2 70 140 3 Air Mineral 10 10 100 4 Publisiti BANNER 1 100 100 5 Makanan Pegawai 50 7 350 6 JPAM/Polis Trafik 1 200 200 7 Runcit 100 100 8 Dokumentasi 1 150 100 Jumlah Keseluruhan 1510 TENTATIF KEJOHANAN MERENTAS DESA SAM PARIT BARU 15 JANUARI 2016 (Jumaat) MASA AKTIVITI 0730 Semua peserta bersedia dan berkumpul di dataran sekolah Kedatangan diambil oleh guru kelas Bacaan doa Taklimat akhir 0800 Peserta Kelas Lelaki dilepaskan 0845 Peserta Kelas Perempuan Dilepaskan 0930 Peserta pertama dijangka sampai 1130 Majlis Penyampaian hadiah 1200 Peserta Bersurai
  8. 8. Disediakan oleh : Tarikh : 4 Januari 2015 …………………………….. (YUSOF BIN MOHAMAD) S/U Sukan, SAM. Parit baru, 45100 Sg. Air Tawar, Selangor Disemak oleh : Tarikh : …………………………. (HASNAH BINTI IDRIS) Penolong Kanan Ko Kurikulum SAM. Parit Baru 45100 Sg. Air Tawar Selangor. Diluluskan oleh : Tarikh: …………………………… (En. Mustaffa Kamal bin Jamaluddin) Pengetua SAM. Parit Baru 45100 Sg. Air Tawar Selangor.

×