HajiHukum dan Dalilnya: Ibadat Haji difardhukan sekali seumur hidup bagi setiap orangIslam, sama ada lelaki atau perempuan...
Perkara-perkara wajib didalam Haji:Wajib: Pekerjaan Haji yang mesti dikerjakan serta wajib membayar Dam jikameninggalnya.P...
berada dalam keadaan Tahallul sehinggalah sampai pada hari Tarwiah iaitu pada 8Zulhijah di mana jemaah Haji akan berniat I...
Haji Ifrad:Haji Ifrad ialah berihram Haji sahaja (mengerjakan ibadat Haji secara berasingan) dimana jemaah Haji hanya bern...
Ini adalah mengikut pendapat Imam Syafie, Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifahmanakala pendapat Imam Malik: Tidak wajib. Fardu ...
Orang perempuan dibolehkan keluar untuk mengerjakan Haji dengan ditemani olehseorang perempuan yang dipercayai dengan syar...
Apabila kanak-kanak mengerjakan Haji sebelum sampai umur (baligh), diadiwajibkan mengerjakan Haji apabila telah sampai umu...
Fidyah bersetubuh:Sekiranya berlaku sebelum Tahallul Awal:Seekor badanah (unta atau lembu), sekiranya tidak didapati henda...
diri                    kepada                      Allah                    s.w.t.Dalilnya: Firman Allah s.w.t: Yang berm...
Adam pada Hari Raya Haji yang sangat disukai Allah s.w.t. ialah penyebelihankorban, sesungguhnya ia akan datang pada Hari ...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Haji

1,015 views

Published on

0 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
1,015
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
36
Comments
0
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Haji

  1. 1. HajiHukum dan Dalilnya: Ibadat Haji difardhukan sekali seumur hidup bagi setiap orangIslam, sama ada lelaki atau perempuan.Dalil dari al-Quran:Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakanibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampaikepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), makasesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalianmakhluk.Allah s.w.t telah memfardhukan ibadat Haji pada tahun kesembilan hijrah dan NabiMuhammad s.a.w tidak pernah mengerjakan ibadat Haji kecuali Haji Wida.Dalil dari hadis:Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Islam dibina atas lima rukun." Bagindas.a.w. menyebut di antaranya ialah ibadat Haji. Sabda Rasulullah s.a.w yangbermaksud: "Tidak ada ganjaran bagi Ibadat Haji yang mabrur kecuali Syurga." SabdaRasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa yang mengerjakan ibadat Haji dan tidaksekali-kali menyetubuhi isterinya juga tidak melakukan maksiat nescaya dia kembalisuci bersih sebagaimana hari dia dilahirkan." Sabda Rasulullah s.a.w yangbermaksud: "Wahai umatku semua, sesungguhnya Allah s.w.t. memfardhukan ibadathaji kepada kamu, oleh itu kamu hendaklah mengerjakan ibadat haji." Lalu seoranglelaki bertanya Baginda s.a.w.: "Adakah wajib dikerjakan pada setiap tahun, wahaiRasullullah?" Rasulullah s.a.w. hanya diam sehinggalah lelaki tersebut bertanya kaliketiga lantas Baginda s.a.w. menjawab: "Jika aku katakan ya, nescaya kamu wajibmengerjakan pada setiap tahun, oleh itu kerjakanlah ibadat haji ketika kamuberkemampuan."Semua imam-imam bersependapat bahawa ibadat Haji adalah fardhu, malah ia adalahrukun Islam kelima dan ia juga fardhu yang perlu dikerjakan secepat mungkin.Fardu:Pekerjaan Haji yang mesti dikerjakan dan ia adalah penentu bagi ibadat Haji sama adasah atau tidak serta tidak wajib membayar Dam apabila meninggalkannya. Fardhujuga dikira sebagai rukun dan syarat. Semua Mazhab bersependapat tentang perkarafardhu dan wajib dalam Haji. Pekerjaan Haji yang mesti dikerjakan malah batal Hajijika meninggalkannya. Fardhu juga dikira sebagai rukun Haji.Perkara-perkara fardu di dalam Haji terdiri dari empat perkara iaitu:1- Berihram.2- Wuquf di Arafah.3- Tawaf Ifadhah.4- Bersaie di antara Safa dan Marwah.Semua Mazhab bersependapat tentang perkara fardhu dan wajib dalam Haji.
  2. 2. Perkara-perkara wajib didalam Haji:Wajib: Pekerjaan Haji yang mesti dikerjakan serta wajib membayar Dam jikameninggalnya.Perkara-perkara wajib di dalam Haji terdiri dari empat perkara iaitu:1- Berihram dari Miqat.2- Wuquf di Arafah.3- Bermalam di Muzdalifah.4- Bermalam di Mina.5- Bercukur atau bergunting rambut dan bercukur adalah afdhal.6- Melontar setiap Jamrah.7- Tawaf WidaSemua Mazhab bersependapat tentang perkara fardhu dan wajib dalam Haji.Perkara-perkara sunat didalam Haji:Perkara yang digalak mengerjakannya. Orang yang mengerjakannya akan diganjarkandengan pahala dan orang yang meninggalkannya tidak akan dibalas seksa. Sunat,mandub, mustahab dan tatawwu ialah: Beberapa perkataan yang mempunyaipengertian sama.Perkara-perkara sunat di dalam Haji iaitu:1- Mandi sunat Ihram.2- Bertalbiah.3- Melakukan Tawaf Qudum bagi bagi orang yang mengerjakan Haji Ifrad dan HajiQiran.4- Bermalam di Mina pada malam Arafah.5- Berlari-lari anak dan sopan-santun ketika melakukan Tawaf Qudum. JENIS-JENIS HAJIHaji Tamattu:Haji Tamattu ialah mengerjakan Umrah pada bulan-bulan Haji, kemudianmengerjakan Haji pada tahun yang sama, di mana ketika berniat ihram Haji jemaahHaji berniat secara "Haji Tamattu". Setelah itu dia berniat dan berihram untukmengerjakan Umrah secara berasingan seperti yang dijelaskan sebagaimana berikut.Dia hendaklah menyebut:Yang bermaksud: (Aku telah menyahut seruanMu untuk menunaikan Umrah keranaingin mengerjakan Haji Tamattu), wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku inginmengerjakan Umrah, maka permudahkanlah bagiku, maka terimalah ibadat Umrahdaripadaku, sahaja aku menunaikan ibadat Umrah dan berihram dengannya keranaAllah Taala. Serta bertalbiah. Ketika sampai di Mekah al-Mukarramah jemaah Hajipergi ke Baitullah al-Haram lalu mengerjakan Tawaf mengelilingi Kaabah sebanyaktujuh pusingan, kemudian bersaie di antara Safa dan Marwah sebanyak tujuh kali,kemudian bertahallul dari Ihram dengan bercukur atau bergunting. Jemaah Haji terus
  3. 3. berada dalam keadaan Tahallul sehinggalah sampai pada hari Tarwiah iaitu pada 8Zulhijah di mana jemaah Haji akan berniat Ihram Haji dari tempat dia turun sambilberkata: "Aku telah menyahut seruanMu untuk menunaikan Haji, wahai Tuhanku!Sesungguhnya aku ingin mengerjakan Haji, maka permudahkanlah bagiku, makaterimalah ibadat Haji daripadaku, sahaja aku menunaikan ibadat Haji dan berihramdengannya kerana Allah Taala. Telah aku penuhi seruanMu wahai Tuhanku, telahaku penuhi seruanMu, telah aku penuhi seruanMu wahai Tuhanku, tidak ada sekutubagiMu. Telah aku penuhi seruanMu, sesungguhnya segala puji, segala nikmat dansegala pemerintahan adalah kepunyaanMu, tidak ada sekutu bagiMu. WahaiTuhanku! Diharamkan bagiMu rambutku dan diriku, jasadku dan semua anggotaku,daripada wangi-wangian dan perempuan serta dari semua perkara yang Engkauharamkan terhadap orang yang berihram, aku mengharapkan pertolonganMu, wahaiTuhan sekelian alam."Seterusnya dia mengerjakan Haji sebagaimana jemaah Haji yang mengerjakan HajiIfrad, cuma dia perlu membayar Dam kerana menikmati kemudahan semasamengerjakan Umrah pada bulan-bulan Haji sebagaimana firman Allah s.w.t: Yangbermaksud: "Maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan."Umrah (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji,(bolehlah ia melakukannya kemudian wajiblah ia) menyembelih Dam yang mudahdidapati. Orang yang telah mengerjakan Tawaf Umrah ketika mengerjakan HajiTamattu tidak perlu lagi mengerjakan Tawaf Qudum bagi Haji malah selepasTahallul yang pertama dia hendaklah melakukan Tawaf Ifadhah dan bersaie di antaraSafa dan Marwah bagi ibadat Haji mengikut pendapat jumhur ulama. Walaubagaimanapun bagi Mazhab Hanafi, bagi jemaah Haji yang mengerjakan HajiTamattu yang tidak membawa (mendapatkan) binatang ternakan, tetapi jika telahmembawa (mendapatkan) binatang tersebut, maka hukumnya sama seperti hukumHaji Qiran.Haji Qiran:Haji Qiran ialah menghimpunkan antara Haji dan Umrah dalam satu perjalananmusafir (sekali pergi). Jemaah Haji berniat Haji dan Umrah dengan satu niat darimiqat yang ditetapkan dengan berkata: Yang bermaksud: "Aku telah memenuhiseruanMu untuk menunaikan ibadat Haji dan Umrah."Apabila jemaah Haji yang mengerjakan Haji Qiran memasuki Kota Mekah, diamelakukan Tawaf di Baitullah sebanyak tujuh pusingan secara berlari-lari anak padatiga pusingan pertama kemudian diteruskan dengan bersaie di antara Safa danMarwah seterusnya disyarakkan di sisi Hanafi agar jemaah Haji melakukanpekerjaan-pekerjaan Haji sebagaimana Haji Ifrad manakala di sisi jumhur memadaibagi jemaah Haji yang mengerjakan Haji Qiran melakukan satu Tawaf (tujuhpusingan) dan satu Saie (tujuh pusingan) sahaja kerana Tawaf dan Saie Umrah yangdilakukan itu juga dikira sebagai Tawaf dan Saie Haji sehinggalah dia bertahallul dariUmrah dan Haji secara serentak.
  4. 4. Haji Ifrad:Haji Ifrad ialah berihram Haji sahaja (mengerjakan ibadat Haji secara berasingan) dimana jemaah Haji hanya berniat ihram Haji sahaja di miqat yang ditetapkan kemudianmenyebut: Yang bermaksud: "Wahai Tuhanku! Aku ingin mengerjakan ibadat Haji,oleh itu permudahkanlah bagiku dan terimalah ibadat Hajiku."Lantas bertalbiah. Apabila memasuki Kota Mekah jemaah Haji mula melakukanpekerjaan Haji di Masjidil Haram di mana apabila melihat Baitullah jemaah Hajibertakbir kemudian mengucapkan LA ILAAHA ILLALLAH dan bertasbih seterusnyamelakukan Tawaf bagi bukan penduduk Mekah iaitu Tawaf Qudum mengelilingiBaitullah sebanyak tujuh kali sambil menutup bahu kiri dan berlari-lari anak pada tigapusingan pertama.Cara tersebut adalah sunat di sisi jumhur dan wajib bagi Mazhab Maliki. PendudukMekah tidak boleh melakukan Tawaf tersebut. Setelah selesai melakukan TawafQudum, dilakukan pula Saie di antara Safa dan Marwah sebanyak tujuh pusingan.Kemudian terus berada di Mekah dalam keadaan berihram. Apabila tiba hari Tarwiahdia berangkat ke Mina dan berada di sana sehingga selesai mendirikan sembahyangSubuh hari Arafah. Setelah itu bertolak pula ke Arafah dan berada di sana sertamendirikan sembahyang Zuhur dan Asar pada waktu Zuhur (Jamak Taqdim). Setelahtenggelam matahari jemaah Haji mula ifadhah (beredar) sehingga tiba di Muzdalifahlalu mendirikan sembahyang Maghrib dan Isyak. Apabila terbit matahari pada HariNahar (Hari Raya Korban), jemaah Haji ifadhah (beredar) lagi ke Mina lantas mulamelontar. Talbiah tidak lagi disebut setelah bermulanya lontaran pertama. Kemudianmenyembelih korban jika ingin berbuat demikian lantas bercukur atau berguntingsebagai bertahallul, dengan demikian jemaah Haji dihalal semua perkara yangdiharamkan semasa dalam keadaan berihram kecuali perempuan (bersetubuh).Setelah itu jemaah haji kembali ke Mekah lalu melakukan Tawaf di Baitullah sebagaiTawaf ziarah sebanyak tujuh pusingan seterusnya bersaie di antara Safa dan Marwahjika tidak melakukan Saie selepas Tawaf Qudum. Setelah selesai bolehlah bersaie danbertahallul serta dihalalkan baginya perempuan (bersetubuh). Jemaah Haji kembalisemula ke Mina dan berada di sana sehingga selesai melontar ketiga-tiga jamrah samaada jemaah Haji yang tergesa-gesa ingin cepat pulang atau yang masih mempunyaibanyak masa. Setelah itu jemaah Haji kembali lagi ke Mekah melakukan TawafWida.Haji Untuk Orang Lain:Sesiapa yang mempunyai perbelanjaan untuk mengerjakan ibadat Haji tetapi tidakterdaya untuk menunaikannya sendiri, sama ada disebabkan sakit ataupun tua, diahendaklah menghantar seseorang supaya mengerjakan Haji untuknya berpandukankepada hadis Al-Fadli bin Abbas: Bahawa seorang perempuan dari Khatham telahbertanya kepada Rasullullah s.a.w.: "Wahai Rasulullah, Sesungguhnya Allah s.w.t.telah memfardhukan ibadat haji keatas hambaNya, aku dapati ayahku terlalu tua dantidak dapat bertahan diatas kenderaan, bolehkah aku mengerjakan haji untuknya?"Baginda s.a.w. menjawab: "Ya."
  5. 5. Ini adalah mengikut pendapat Imam Syafie, Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifahmanakala pendapat Imam Malik: Tidak wajib. Fardu Haji tidak gugur ke atas orangsakit yang sembuh selepas penggantinya menunaikan Haji untuknya dan diadiwajibkan mengulangi ibadat Haji. Mengikut pendapat Imam Ahmad fardu tersebuttelah gugur apabila dia sembuh dari sakit. Sesiapa yang telah menunaikan Haji nazarsedangkan dia belum menunaikan Haji yang fardu, Haji tersebut akan dikira Hajiyang fardu kemudian hendaklah dia menunaikan Haji nazarnya. Sesiapa yangmeninggal dunia sebelum menunaikan ibadat Haji, ataupun Haji yang dinazarkan,walinya wajiblah mengupah seseorang untuk menunaikan Haji untuknya daripadaharta peninggalannya dan ini merupakan pendapat Mazhab Syafie dan MazhabHambali.Manakala pendapat Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki pula:Pewaris tidak diwajibkan menunai Haji untuk si mati melainkan apabila si matitelahmewasiatkannya dan hendaklah dia menunaikan Haji untuk si mati (denganperbelanjaan) satu pertiga daripada harta peninggalannya.Orang yang ingin menunaikan Haji untuk orang lain disyaratkan:Telah menunaikan Haji untuk dirinya sendiri sama ada dia berkuasa atau tidak. Iniberpandukan riwayat daripada Ibnu Abbas r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telahterdengar seorang lelaki berkata: "Aku telah penuhi seruanMu untuk Syabramah.":Lalu Baginda s.a.w. bersabda: "Apakah kamu telah mengerjakan haji kamu sendiri?"Dia menjawab: "Tidak". Baginda s a.w. bersabda lagi: "Kerjakanlah haji untuk dirikamu, kemudian kerjakanlah haji untuk Syabramah."Ibadat Haji Orang Perempuan:Orang perempuan tidak wajib mengerjakan Haji sehinggalah dia mempunyai suamiatau mahram yang boleh menemaninya di dalam perjalanannya berdasarkan kepadahadis Ibnu Abbas r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Orangperempuan tidak boleh bermusafir melainkan bersama marham." Seorang leleaki telahberdiri lalu berkata: "Wahai Rasulullah, isteriku telah keluar untuk mengerjakan hajisedang aku ditugaskan menyertai peperangan?" Lalu Baginda s.a.w. bersabda:"Pergilah dan kerjakan haji bersama isteri kamu."Mengikut pendapat Mazhab Hanafi dan Mazhab Hambali, kedua-duanyameletakkan syarat:Orang perempuan tidak boleh keluar (untuk mengerjakan Haji) melainkan bersamasuami atau mahram.Mengikut pendapat Mazhab Syafie:Disyaratkan bersama suami atau mahram atau beberapa orang perempuan yang thiqah(dipercayai) dan ada yang berpendapat cukup hanya dengan seorang perempuan yangthiqah sahaja.Mengikut pendapat Mazhab Maliki:
  6. 6. Orang perempuan dibolehkan keluar untuk mengerjakan Haji dengan ditemani olehseorang perempuan yang dipercayai dengan syarat jarak di antara dia dan Mekahadalah perjalanan selama satu hari satu malam dan apabila seorang perempuanmenyalahi syarat ini dan mengerjakan Haji tanpa ditemani suami atau mahram,Hajinya dikira sah tetapi dia berdosa.Meminta Keizinan Suami Untuk Mengerjakan Ibadat Haji:Suami tidak boleh menegah isterinya dari mengerjakan Haji yang fardu dan Haji yangdinazarkan manakala Haji sunat bolehlah dia menegahnya. Orang perempuan wajibditemani mahram atas perbelanjaannya manakala mahram atau suami tidakdiwajibkan,bermusafir;bersamanya.Apabila seseorang perempuan didatangi haid atau nifas, dia dibolehkan mengerjakansemua perkara yang dilakukan oleh orang Haji tetapi tidak boleh melakukan Tawaf diBaitullah, berpandukan kepada hadis Saidatina Aisyah r.a katanya: "Aku tiba diMekah ketika sedang haid dan aku tidak melakukan Tawaf, sama ada di Baitullahataupun di antara Safa dan Marwah." Katanya lagi: "Aku telah mengemukakan hal itukepada Rasulullah s.a.w lalu Baginda s.a.w. bersabda: "Lakukanlah sebagaimanayang dilakukan oleh orang Haji tetapi janganlah mengerjakan Tawaf di Baitullahsehingga kamu telah suci."Apabila seseorang perempuan didatangi haid atau nifas sebelum mengerjakan TawafQudum gugurlah pekerjaan tersebut dan dia tidak dikenakan apa-apa. Apabilaseseorang perempuan didatangi haid atau nifas sebelum mengerjakan Tawaf Ifadhah,dia hendaklah kekal berada di dalam Ihram sehingga telah suci kemudian bolehlahmengerjakan Tawaf. Sekiranya seseorang perempuan mengerjakan Tawaf sedangkandia didatangi haid, Tawaf tersebut tidak sah mengikut pendapat Mazhab Maliki,Mazhab Syafie dan Mazhab Hambali, manakala mengikut pendapat Mazhab Hanafipula tawaf tersebut sah tetapi makruh yang membawa kepada haram dan dia jugaberdosa serta dikenakan Badanah (Dam seekor unta atau lembu). Apabila seseorangperempuan didatangi haid atau nifas selepas Tawaf Ifadah dia tidak perlu lagimengerjakan Tawaf Wida.Ibadat Haji Anak Kecil (Kanak-kanak):Kanak-kanak tidak diwajibkan mengerjakan Haji tetapi sekiranya diamengerjakannya, Haji tersebut dikira sah tetapi tidak mendapat ganjaran Haji yangfardu.Diriwayatkan bahawa seorang perempuan telah mengangkat seorang kanak-kanak(untuk ditunjukkan) kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata: "Adakah (kanak-kanak)ini boleh mengerjakan haji?" Baginda s.a.w. menjawab: "Ya dan kamu mendapatpahala."Diriwayatkan daripada Jabir r.a. katanya: "Kami telah mengerjakan haji bersamaRasulullah s.a.w. dan bersama-sama kami juga terdapat wanita dan kanak-kanak,kami telah bertalbiah untuk kanak-kanak kami juga telah melontar untuk mereka."
  7. 7. Apabila kanak-kanak mengerjakan Haji sebelum sampai umur (baligh), diadiwajibkan mengerjakan Haji apabila telah sampai umur dan begitu juga denganseorang hamba, apabila dia mengerjakan Haji ketika menjadi hamba kemudiandimerdekakan, wajiblah dia mengerjakan Haji sekiranya dia mempunyai kemampuanuntuk mengerjakannya.Ibnu Abbas r.a. berkata: "Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Mana-mana kanak-kanakyang telah mengerjakan Haji kemudian dia telah baligh, wajiblah dia mengerjakanHaji sekali lagi. Mana-mana hamba yang telah mengerjakan Haji kemudian telahdimerdekakan,wajiblah dia mengerjakan Haji sekalilagi".Apabila seseorang kanak-kanak telah mumayyiz bolehlah berniat Ihram sendiri danmenunaikan ibadat Haji, jika belum mumayyiz walinya bolehlah berniat Ihram danbertalbiah untuknya, membawanya melakukan Tawaf dan Saie, Wukuf di PadangArafah serta melontar Jamrah untuknya. Sekiranya seseorang kanak-kanak sampaiumur (baligh) sebelum Wukuf di Padang Arafah atau ketika berada di sana, Hajinyadikira Haji fardu.Imam Malik berpendapat:Tidak dikira Haji fardu.Pendapat Mazhab Hanafi:Dikira sebagai fardu sekiranya dia memperbaharui niat Ihram selepas baligh. JENIS-JENIS DAM Fidyah bercukur kerana keadaan terdesak, memakai pakaian dan memakaiwangi-wangian:Dipilih di antara tiga perkara, iaitu:Berpuasa tiga hariMemberi makan kepada enam orang fakir miskin dimana setiap seorang diberikansetengah gantang.Mereka yang membunuh binatang buruan yang mudah didapati:Boleh memilih jenis Fidyah sama ada menggantikannya dengan binatang dari jenisyang sama atau menilaikannya dengan wang untuk membeli makanan dimana untuksetiap orang fakir miskin diberikan satu cupak atau berpuasa satu hari untuk setiapcupak.Mereka yang membunuh binatang buruan yang susah didapati:Boleh memilih sama ada memberi makanan atau berpuasa.Fidyah kerana menggauli isteri:Sama dengan Fidyah bercukur kerana terpaksa.
  8. 8. Fidyah bersetubuh:Sekiranya berlaku sebelum Tahallul Awal:Seekor badanah (unta atau lembu), sekiranya tidak didapati hendaklah berpuasasebanyak tiga hari dalam musim Haji dan tujuh hari apabila kembali ke tanah air.Sekiranya berlaku selepas Tahallul Awal:Fidyahnya sama sebagaimana Fidyah bercukur kerana terpaksa. DAM:Definisinya:Dam ialah binatang ternakan (berkaki empat) yang dikorbankan di Baitullah untukmengabdikan diri kepada Allah s.w.t.Dam TatawwukDefinisinya:Ialah binatang ternakan (berkaki empat) yang dikorbankan di Baitullah untukmengabdikan diri kepada Allah s.w.t.Dalilnya: "Nabi Muhammad s.a.w. telah mengorbankan sebanyak seratus ekorbadanah (unta dan lembu) semasa mengerjakan Haji Akbar, Baginda s.a.w. jugapernah mengorbankan kambing."Hukumnya:Sunat bagi mereka yang mengerjakan Haji Ifrad dan mereka yang mengerjakanUmrah serta disunatkan memakan daging yang dikorbankan itu kerana NabiMuhammad s.a.w. telah memerintahkan supaya sembelihan tersebut dipotong,dimasak dan memakannya serta menghirup kuahnya." Harus bagi mereka yang tidakberada dalam Ihram menghantar Damnya ke Mekah supaya dikorbankan di sanauntuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.Tempat Penyembelihan:Tanah Haram.Jenis-jenisnya:Unta yang berumur genap lima tahun, lembu yang berumur genap dua tahun ataukambing yang berumur genap enam bulan.Dam Tamattu:Definisinya:Binatang ternakan (berkaki empat) yang dikorbankan di Baitullah untuk mengabdikan
  9. 9. diri kepada Allah s.w.t.Dalilnya: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Maka sesiapa yang mahumenikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah (dan terus menikmati kemudahanitu) hingga masa mengerjakan Ibadat Haji.Dia boleh melakukannya, kemudian wajiblah dia menyembelih Dam yang mudahdidapati. Sekiranya tidak didapati Dam tersebut ataupun harganya hendaklah berpuasaselama tiga hari semasa mengerjakan Haji dan tujuh hari setelah kembali kepadakeluarganya (tanah airnya). Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Kalau dia tidakdapat (mengadakan Dam), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari dalam masamengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing).Tempat Penyembelihan:Wajib dikorbankan di Tanah Haram dan dibahagikan kepada orang-orang miskin danharus dibahagikan Dam tersebut kepada seluruh orang Islam yang fakir.Dam Ihsar:Definisinya:Binatang ternakan (berkaki empat) yang dikorbankan di Baitullah untuk mengabdikandiri kepada Allah s.w.t.Dalilnya: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Maka sekiranya kamu dikepung(dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, kamubolehlah bertahallul serta) sembelihlah Dam yang mudah didapati."Hukumnya:Wajib kepada mereka yang terhalang dari bertahallulsebelumsempatmenyempurnakanibadat Haji.Tempat Penyembelihan:Di tempat berlaku sebab-sebab yang menghalangnya.Jenis-jenisnya:Satu pertujuh dari unta atau lembu atau seekor kambing.Korban:Definisinya:Menyembelih unta, lembu atau kambing untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.Waktu Penyembelihan Korban:Waktu penyembelihan bermula selepas sembahyang pada Hari Raya Haji sehinggaberakhir Hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijah).Hukumnya:Sunat Muakkad, berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Amalan anak
  10. 10. Adam pada Hari Raya Haji yang sangat disukai Allah s.w.t. ialah penyebelihankorban, sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat dengan tanduknya, kukunyadan bulu-bulunya, sesungguhnya Allah s.w.t. akan menerima penyembelihan korbantersebut sebelum darahnya tumpah kebumi, maka hendaklah kamu ikhlaskan dirikamu semasa kamu melakukan penyembelihan korban tersebut."Ia disyariatkan pada tahun kedua Hijrah: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telahmenyembelih korban dua ekor kabasy yang berwarna antara putih dan hitam sertamempunyai dua tanduk, kedua-duanya disembelih oleh Baginda s.a.w. dengantanganya. Baginda s.a.w. mengucapkan Basmalah dan bertakbir serta meletakkankaki dibahagian tepi rusuk kibasy tersebut.Jenis-jenisnya:Unta yang berumur lima tahun, lembu yang berumur dua tahun atau kambing yangberumur enam bulan. Adapun unta dan lembu hanya perlu diambil satu bahagiansahaja dari tujuh bahagian.Pembahagiannya:Disyarakkan kepada orang yang berkorban memakan satu pertiga daripada dagingtersebut, satu pertiga dihadiahkan dan satu pertiga lagi disedekahkan. Dia diharuskanmemakan lebih dari satu pertiga daripada daging korban tetapi sekiranya diamemakan kesemua daging tersebut dan dia hanya ingin menyedekahkan harga bagisedikit daging korban sahaja, dia bolehlah berbuat demikian.Penyembelihannya:Disunatkan supaya bertakbir kepada Allah s.w.t selepas mengucapkan Basmalah danselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w kemudian berkata: Yang bermaksud:"Wahai Tuhanku! Engkaulah yang menciptakan aku dan kepadaMu aku akankembali, oleh itu terimalah korban daripadaku."

×