Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
SEPTEMBER 2013
Name : Kavitha A/P Manoharan
Matri...
SOALAN
(a) mendapatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi mengetahui tahap jerebu dan huraikan
punca-punca terjadinya jere...
sehingga boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan terbakar dengan sendirinya akibat suhu
meningkat . Hal ini berlaku demikian ker...
bahan pencemar juga dilepaskan daripada proses-proses yang terdapat di dalam industri seperti
industri petrokimia dan indu...
pengusaha kilang yang memasang corong asap yang terlalu rendah sehingga menyalurkan asap
beracun ke udara. Pelepasan asap ...
(b) mendapatkan data indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dilaporkan baru-baru ini dan
huraikan dengan ringkas bacaan (IPU) ...
Pulau Pinang USM 121* 118* 106*
Sabah Keningau 53* 51* 53*
Sabah Kota Kinabalu 70* 71* 71*
Sabah Sandakan 50* 51* 53*
Saba...
7 pagi, 25 Jun 2013. Daripada laporan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) – JAS, 1 stesen
mencatatkan tahap merbahaya iaitu...
(c) Mencadangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi mengatasi masalah jerebu yang
sering melanda negara kita.
(10 m...
semasa ke semasa agar usaha mengehadkan kilang-kilang daripada pengeluaran asap atau gas
yang berlebihan dapat diatasi
Kel...
Kesebelas, Kempen kitar semula perlu meningkat dan kerap berlaku. Melalui kempen
kitar semula bahan buangan atau sisa pert...
Perokok merupakan golongan berisiko lebih tinggi terkena
jangkitan pelbagai jenis penyakit berikutan keadaan jerebu yang
s...
untuk memastikan kesihatan sentiasa terjamin ketika jerebu melanda dan masyarakat haruslah
tidak memandang remeh akan feno...
BIBLIOGRAFI
• Mok Soon Sang.(2004).Pengantar Pendidikan Teras.Subang Jaya: Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd. Kementerian Kesihata...
• Modul Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Konstruktivisme; Julai 2001:
PusatPerkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajar...
Assing jerebu (1)
Assing jerebu (1)
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Assing jerebu (1)

281 views

Published on

oum assignment

Published in: Education
  • Be the first to comment

Assing jerebu (1)

  1. 1. FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES HBHE 2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA SEPTEMBER 2013 Name : Kavitha A/P Manoharan Matric number : 820930025612001 NRIC : 820930025612 Telephone Number : 017-4744434 E-mail address : kavitha2u@yahoo.com Learning Centre : Kedah Learning Centre Intake : September 2012 Semester : September 2013
  2. 2. SOALAN (a) mendapatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi mengetahui tahap jerebu dan huraikan punca-punca terjadinya jerebu tersebut. (10 markah) Dalam mendepani realiti baru dunia yang pantas dan berkembang ini, masyarakat pada hari ini sering berhadapan dengan masalah jerebu yang bagaikan bangkai gajah yang tidak dapat ditutup dengan nyiru lagi. Fenomena jerebu ini seolah-olah telah termaktub dalam takwim ramalan cuaca negara kerana telah sering kali melanda negara kita. IPU atau nama penuhnya adalah Indeks Pencemaran Udara digunakan oleh Jabatan Alam Sekitar untuk menentukan kualiti udara di sesebuah kawasan terutamanya di Malaysia. Dalam bahasa inggeris IPU turut dikenali sebagai APU yang membawa maksud Air Pollutant Index. Fungsi IPU adalah untuk mengkaji kadar tahap pencemaran udara seperti jerebu akibat daripada pembakaran terbuka dan beberapa faktor lain. Seperti yang sedia maklum, kesan jerebu adalah sangat bahaya kepada kesihatan manusia kerana mengandungi kimia dan tosik akibat dari pembakaran terbuka. Tahap IPU terbahagi kepada beberapa tahap seperti tertera dijadual di atas. IPU pada tahap 101 ke atas adalah tidak sihat dan boleh memudaratkan kesihatan manusia . Di Malaysia tahap kualiti udara ditunjukkan oleh Indeks Pencemaran Udara (IPU). Tahap kualiti udara yang teruk ialah IPU 101-400. Masalah jerebu berpunca daripada kegiatan manusia iaitu melalui pambakaran hutan secara besar-besaran tanpa menimbangkan kesan terhadap alam sekitar. Sebenarnya, keadaan cuaca di kawasan hutan hujan tropika memang terlalu panas
  3. 3. sehingga boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan terbakar dengan sendirinya akibat suhu meningkat . Hal ini berlaku demikian kerana fenomena pemanasan global yang sedang berlaku di muka bumi ini. Di negara jiran kita, Indonesia pembakaran hutan sering berlaku kerana pihak Indonesia ingin membina infrastruktur yang baharu seperti bangunan, sekolah dan lebuh raya. Hal ini mengakibatkan pembakaran hutan secara berleluasa. Apabila angin bertiup dari Sumatera ke Malaysia, angin tersebut akan membawa jerebu bersama-sama ke negara kita. Natijahnya, udara kita semakin tecemar sementelahan pula Indeks Pencemaran Udara di negara kita melebihi paras berbahaya. Oleh itu, pembakaran hutan akan menyebabkan asap dan debu serta bahan yang telah separuh bakar berterbangan di atmosfera lalu berlakulah jerebu. Pada tahun 2005, kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan telah menyebabkan jerebu yang teruk di Semenanjung Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Kelang. Di samping itu, Kuala Selangor dan Pelabuhan Kelang telah diiystiharkan darurat kerana Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kedua-dua kawasan itu telah melebihi 500, iaitu tahap darurat. Pada tahun 2006, masalah jerebu turut berlaku sekali lagi. Seterusnya, masyarakat yang melakukan pembakaran secara terbuka tanpa kawalan juga menyebabkan keadaan jerebu menjadi-jadi. Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh pihak yang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap. Sesetengah rakyat negara pula melakukan pembakaran terbuka di belakang kawasan rumah mereka sendiri. Mereka telalu malas untuk membawa sampah sarap mereka ke tempat pembuangan sampah atau pusat pengitaran sampah semula. Jadi, mereka telah mengambil jalan mudah dengan membakar sampah sarap mereka tanpa kisah jika asap daripada pembakaran terbuka itu yang sedikit demi sedikit membawa kepada masalah jerebu. Ada pula sesetengah petani yang membakar jerami padi untuk membersihkan kawasan sawahnya sebelum melakukan penanaman semula. Mereka tidak sedar bahawa asap dari pembakaran ini tidak akan berada di suatu tempat sahaja tetapi akan ditiup angin dan meliputi kawasan yang amat luas. Pengeluaran asap yang tidak terkawal dari kawasan perindustrian seperti kawasan perindustrian yang menggunkan minyak dan arang batu sebagai bahan api. Selain itu bahan-
  4. 4. bahan pencemar juga dilepaskan daripada proses-proses yang terdapat di dalam industri seperti industri petrokimia dan industri kuari. Contoh kawasan perindustrian ialah Seguntor di Sandakan dan Lembah Klang. Industri yang berasaskan kayu juga mengundang masalah masalah jerebu. Bahan-bahan buangan sisa industri ini seperti habuk-habuk kayu, kulit-kulit kayu dan serpihan-serpihan kayu biasanya dilupuskan secara dibakar. Pembakaran akan menyebabkan karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen oksida, hidrokarbon di samping debu, dan habuk terampai dibebaskan ke udara yang kesemuanya boleh manambah-burukkan lagi masalah pencemaran udara dan jerebu.Selain itu, asap hasil dari pertambahan bilangan kenderaan di jalan raya juga menyebabkan pertambahan asap-asap di kawasan sekitarnya. Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan juga telah mengakibatkan masalah jerebu di Malaysia. Di Malaysia, terdapat 9.3 juta buah kenderaan di jalan raya. Kenderaaan yang tidak dilengkapi pengubah pemangkin telah menyebabkan 16.2 tan karbon monoksida dan dua tan sodium dioksida dikeluarkan setiap hari. Kesesakan lalu lintas menyebabkan kenderaan tidak bergerak tetapi mengeluarkan asap pencemar. Gas-gas pencemar ini merupakan bahan terampai yang memenuhi udara. Gas-gas yang dibebaskan pula tidak dapat dibebaskan ke atmosfera dan sebaliknya terperangkap dalam lapisan bumi. Kejadian gas-gas yang terperangkap ini bagai selimut yang menutupi bumi. Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya akan menyebabkan jumlah asap yang dikeluarkan dari paip ekzos kenderaan meningkat dan berlegar-legar di atmosfera dan terperangkap di lapisan ozon serta tidak dapat keluar ke angkasa lepas. Hal ini menyebabkan udara menjadi tebal dan berlakulah jerebu di negara kita. Selain itu, masalah jerebu juga berpunca daripada kegiatan industri yang tidak terkawal. Hal ini berlaku demikian kerana sesebuah negara banyak bergantung pada bidang perindustrian yang mengaut keuntungan yang lumayan demi kemajuan negara. Malangnya, sikap pengusaha kilang menyebabkan asap-asap dari kilang yang dilepaskan ke udara telah mencemarkan udara di negara kita. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan alat penapisan asap untuk menapis asap yang dikeluarkan dari kilang mereka sedangkan asap-asap yang dikeluarkan ini mengandungi sulfur dioksida dan nitrogen yang boleh mengakibatkan udara menjadi berjerebu. Situasi ini bertambah buruk apabila ada pihak
  5. 5. pengusaha kilang yang memasang corong asap yang terlalu rendah sehingga menyalurkan asap beracun ke udara. Pelepasan asap kilang yang tidak terkawal dan tidak mengikut prosedur tertentu akan memburukkan keadaan jerebu di negara kita lagi. Masalah jerebu juga berpunca daripada faktor semulajadi iaitu fenomena El-Nino. Akibat dilanda El-Nino, suhu perairan di Lautan Pasifik meningkat secara tinggi berikutan pergerakan angin timuran yang perlahan di tengah dan barat perairan tersebut. Pada masa yang sama, Asia Tenggara akan mengalami musim kemarau yang kering memudahkan kebakaran hutan seperti yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan. Akibatnya, asap terlepas ke ruang udara dan terperangkap di ruang angkasa sehingga menghasilkan keadaan yang berjerebu. Jerebu juga terjadi akibat letupan gunung berapi.Contohnya letupan gunung berapi Krakatoa dalam tahun 1883 dan Gunung Agung di Bali 1963, yang telah banyak mengeluarkan habuk dan gas-gas ke dalam udara Fenomena jerebu yang disebabkan oleh proses alam semula jadi tidaklah menyebabkan jerebu yang buruk berbanding dengan jerebu yang disebabkan oleh aktiviti manusia. Kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini, sebaliknya langkah-langkah efektif perlu diambil sebelum kemelut tersebut berada di luar kawalan persis kata orang tua-tua, “sebelum nasi menjadi bubur”. Sekiranya masalah jerebu tidak mendapat perhatian ramai, nescaya generasi yang akan datang ketandusan nilai cinta akan alam sekitar.
  6. 6. (b) mendapatkan data indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dilaporkan baru-baru ini dan huraikan dengan ringkas bacaan (IPU) tersebut. (10 markah) Bacaan Terkini IPU Jerebu 25 Jun 2013 Seluruh Negeri Bacaan Terkini IPU Jerebu 25 Jun 2013 Seluruh Negeri NEGERI / STATE KAWASAN/AREA MASA/TIME 7:00AM MASA/TIME 11:00AM MASA/TIME 5:00PM Johor Kota Tinggi 62* 60* 59* Johor Larkin Lama 82* 81* 75* Johor Muar 165* 132* 127* Johor Pasir Gudang 68* 66* 65* Kedah Alor Setar 61* 59* 62* Kedah Bakar Arang, Sg. Petani 87* 87* 83* Kedah Langkawi 51* 51* 51* Kelantan SMK Tanjung Chat, Kota Bharu 95* 92* 94* Kelantan Tanah Merah 83* 84* 83* Melaka Bandaraya Melaka 135* 131* 121* Melaka Bukit Rambai 160* 153* 144* Negeri Sembilan Nilai 177* 168* 149* Negeri Sembilan Port Dickson 171* 158* 137* Negeri Sembilan Seremban 165* 144* 141* Pahang Balok Baru, Kuantan 92* 86* 81* Pahang Indera Mahkota, Kuantan 87* 83* 77* Pahang Jerantut 137* 137* 117* Perak Jalan Tasek, Ipoh 139* 148* 159* Perak Kg. Air Putih, Taiping 142* 154* 150* Perak S K Jalan Pegoh, Ipoh 182* 193* 211* Perak Seri Manjung 288* 333* 290* Perak Tanjung Malim 175* 179* 170* Perlis Kangar 56* 59* 64* Pulau Pinang Perai 118* 117* 103* Pulau Pinang Seberang Jaya 2, Perai 132* 128* 117*
  7. 7. Pulau Pinang USM 121* 118* 106* Sabah Keningau 53* 51* 53* Sabah Kota Kinabalu 70* 71* 71* Sabah Sandakan 50* 51* 53* Sabah Tawau 42* 37* 38* Sarawak Bintulu 68* 62* 58* Sarawak ILP Miri 78* 75* 68* Sarawak Kapit 78* 78* 65* Sarawak Kuching 80* 74* 68* Sarawak Limbang 56* 53* 48* Sarawak Miri 80* 78* 73* Sarawak Samarahan 77* 73* 67* Sarawak Sarikei 81* 80* 72* Sarawak Sibu 92* 81* 78* Sarawak Sri Aman 81* 80* 80* Selangor Banting 292* 266* 197* Selangor Kuala Selangor 242* 229* 192* Selangor Pelabuhan Kelang 487* 484* 464* Selangor Petaling Jaya 213* 199* 181* Selangor Shah Alam 289* 291* 252* Terengganu Kemaman 125* 112* 102* Terengganu Kuala Terengganu 101* 98* 89* Terengganu Paka 95* 91* 81* Wilayah Persekutuan Batu Muda,Kuala Lumpur 198* 189* 163* Wilayah Persekutuan Cheras,Kuala Lumpur 186* 174* 147* Wilayah Persekutuan Labuan 72* 69* 66* Wilayah Persekutuan Putrajaya 195* 198* 176* Sumber: Bacaan Terkini IPU Jerebu 25 Jun 2013 Seluruh Negeri | melvister.com Berikut adalah carta Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi negeri dan daerah di Malaysia yang terjejas akibat jerebu yang telah direkodkan pada 25 June 2013 berdasarkan rujukan daripada laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar Jadual ini dirujuk berdasarkan kepada bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) / Air Pollutant Index (API) pada 25 June 2013 yang direkodkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada jam
  8. 8. 7 pagi, 25 Jun 2013. Daripada laporan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) – JAS, 1 stesen mencatatkan tahap merbahaya iaitu Pelabuhan Kelang manakala 5 stesen lagi mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat iaitu, Seri Manjung, Banting, Kuala Selangor, Petaling Jaya dan Shah Alam.Berdasarkan kepada laporan yang dikeluarkan JAS, bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) untuk seluruh negeri mencatatkan 2 stesen ditahap merbahaya manakala peningkatan stesen ditahap sangat tidak sihat kepada 9 kawasan. Dua stesen diharap merbahaya adalah Seri Manjung dan Pelabuhan Kelang. Bacaan terkini IPU Jerebu yang direkodkan berdasarkan maklumat dari Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) Malaysia pada 25 Jun 2013, Selasa bagi seluruh negeri. Jadual menunjukan catatan semasa Indeks Pencemaran Udara bagi setiap kawasan yang dilanda jerebu pada 25 Jun 2013 baru – baru ini. Tahap jerebu disetiap kawasan iaitu Indeks Pencemaran Udara (IPU) mengalami perubahan ketara di sekitar Lembah Klang dan Pelabuhan Klang sekali gus menunjukkan kemerosotan kualiti udara di daerah itu pada 25 Jun 2013. Selain itu kawasan di sekitar Lembah Klang turut mencatatkan bacaan berstatus “sangat tidak sihat”.Bandar pelabuhan di Selangor itu pula telah mengalami jerebu terburuk di negeri tersebut apabila asap beralih ke utara dari Muar dan Ledang dan Johor Manakala, Kuala Langat, Subang Jaya, Shah Alam dan Seri Kembangan mengalami jerubu yang sangat teruk. Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) setakat pukul 7 pagi Selasa di kawasan berkenaan mencatatkan tahap yang “tidak sihat” dan “sangat tidak sihat” Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) untuk sesi pagi pada Selasa di beberapa kawasan yang mengalami jerebu di Selangor telah menunjukkan perubahan ketara berbanding bacaan yang dicatatkan semalam dan paling terjejas adalah pelabuhan klang melepasi tahap “berbahaya” Selain itu, di Sri Manjung Perak, dan beberapa kawasan di Pulau Pinang turut mengalami peningkatan IPU setakat bacaan jam 7 pagi. Manakala di daerah negeri Johor kualiti udara di Kota Tinggi, Larkin Lama dan Pasir Gudang bertambah baik kepada tahap sederhana hanya Muar kekal pada tahap “tidak sihat” pada bacaan 165.
  9. 9. (c) Mencadangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi mengatasi masalah jerebu yang sering melanda negara kita. (10 markah) Mutakhir ini, negara kita sedang bergelut dengan masalah pencemaran udara iaitu jerebu yang semakin membimbangkan. Beberapa buah negeri telah dikenal pasti sebagai negeri yang paling teruk terjejas akibat jerebu terutamanya negeri Johor. 491 buah sekolah di beberapa daerah di Johor terpaksa ditutup. Beberapa lapangan terbang juga ditutup manakala penerbangan dari Senai, Johor dijadual semula. Paling membimbangkan, pesakit yang berkaitan pernafasan meningkat dengn mendadak. Persoalannya, apakah langkah-langkah mengatasi masalah yang menjadi duri dalam daging bagi negara kita? Antara langkah yang boleh diambil ialah tindakan segera untuk menghentikan pembakaran hutan secara terbuka dan secara besar-besaran diperlukan. Tindakan secara kolektif dengan penggunaan alat pemadam api yang canggih dan saintifik boleh membantu mengurangkan masalah jerebu. Di samping itu juga undang-undang ketat perlu dikenakan terhadap pihak atau syarikat tertentu yang sengaja membakar hutan untuk tujuan pertanian. Kedua, bahan pencemaran udara haruslah dikurangkan untuk mengelakkan masalah jerebu di negara kita. Kesesakan lalu lintas menambahkan carbón dioksida, karbón monoksida dan sebagainya yang menambahkan keadaan berjerebu. Oleh yang demikian, bilangan kenderaan yang menggunakan jalan raya, khususnya di kawasan-kawasan yang terlibat seperti Kuala Lumpur haruslah disekat atau dikurangkan. Ketiga, jerebu boleh dihilangkan dengan usaha pembenihan awan bagi menurunkan hujan. Hujan adalah pembersih udara semula jadi yang terbaik. Pihak Jabatan Alam Sekitar telah bekerjasama dengan Puncak Niaga Sdn. Bhd telah melakukan beberapa siri pembenihan awan khususnya di sekitar Lembah Klang dan negeri Selangor. Keempat, masalah jerebu juga boleh dikurangkan dengan menggunakan Indeks Pencemaran Udara (IPU) untuk mengenal pasti kawasan yang bermasalah dan mengambil tindakan susulan untuk mengatasi maslah jerebu. Pembacaan indeks haruslah dilakukan dari
  10. 10. semasa ke semasa agar usaha mengehadkan kilang-kilang daripada pengeluaran asap atau gas yang berlebihan dapat diatasi Kelima, masalah jerebu juga boleh diselesaikan melalui persepakatan bersama antara negara jiran dan pada peringkat global diperlukan untuk menangani masalah alam sekitar . Kerjasama boleh dilakukan dari segi perlindungan alam sekitar secara kolektif dan kajian saintifik dan kajian saintifik digiatkan untuk menangani masalah ini. Keenam, penguatkuasaan undang-undang harus ditingkatkan. Kilang-kilang diwajibkan memasang alat penapis asap di serombong asap. Serombong asap hendaklah ditinggikan 30 meter melepasi lapisan atmosfera bumi.Tindakan tegas perlu diambil terhadap syarikat perladangan yang membakar ladang kelapa sawit di Sumatera, Riau atau Sumatera yang telah menyebabkan kejadian jerebu yang teruk di rantau ini. Ketujuh, Pendidikan alam sekitar juga perlu diterapkan sewaktu di bangku sekolah lagi. Melalui pendedahan dalam mata pelajaran geografi dan sains, diharap dapat menyemai rasa mencintai alam sekitar. Diharap pembakaran terbuka sampah sarap oleh sektor rumah tangga dapat dikurangkan apabila telah ada kesedaran untuk melindungi bumi daripada fenomena cuaca seperti jerebu. Kelapan, Kempen kesedaran alam sekitar perlu diadakan sering kali. Kempen yang dijalankan oleh badan bukan kerajaan (NGO) seperti MNS dan WWF Malaysia juga dapat mengatasi masalah jerebu. Badan NGO melalui ceramah dan seminar boleh memberi kesedaran kepada orang ramai untuk menghargai alam sekitar. Kesembilan, penggunaan petrol tanpa plumbum pula perlu meningkat di kalangan masyarakat kita.Ini dapat mengurangkan pengeluaran asap karbon kenderaan yang mencemarkan udara. Kesepuluh, penggunaan catalytic converter juga perlu ditingkatkan. Penggunaan alat ini juga mampu mengurangkan pengeluaran asap kenderaan. Oleh itu keadaan jerebu juga dapat dikurangkan.
  11. 11. Kesebelas, Kempen kitar semula perlu meningkat dan kerap berlaku. Melalui kempen kitar semula bahan buangan atau sisa pertanian boleh dikitar menjadi bahan baru. Sisa-sisa pertanian seperti hampas kelapa sawit boleh dijadikan baja kompos ataupun makanan ternakan. Manakala kayu getah pula boleh dijadikan perabot seperti meja dan kerusi. Konklusinya, semua pihak termasuklah rakyat Malaysia haruslah bersinergi dan berganding bahu dalam menyelesaikan masalah jerebu di Malaysia, “bagai aur dengan tebing.” Sekiranya masalah ini dipandang enteng, nyawa modal insan negara kita akan menjadi “seperti telur di hujung tanduk.” (d) Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi. Huraikan kesan Jerebu terhadap golongan seperti kanak-kanak, orang tua, perokok dan mereka yang mengalami penyakit seperti asma, bronkitis, radang paru-paru, jantung dan yang menghadapi alahan. (10 markah)
  12. 12. Perokok merupakan golongan berisiko lebih tinggi terkena jangkitan pelbagai jenis penyakit berikutan keadaan jerebu yang semakin buruk. Golongan tersebut berisiko menghadapi jangkitan di bahagian paru-paru akibat asap rokok dan jerebu. Kedua-dua asap tersebut akan menyerang ruang paling kecil di saluran paru- paru hingga boleh merebak dan memberi kesan yang serius.Golongan ini berisiko menyedut asap rokok dan partikel jerebu di mana kedua-dua jenis asap itu akan terus masuk ke dalam saluran alveoli dan terus memberi jangkitan seperti sesak nafas, kerengsaan dan alergi. Risiko jangkitan tersebut bukan sahaja menyerang perokok tegar malah turut memberi kesan kepada perokok pasif. Bagi yang berpenyakit asma mereka perlu berhati-hati ketika melakukan kegiatan luar. Asma atau lelah dirujuk pada keadaan sukar untuk bernafas. Biasanya mereka yang berhadapan dengan masalah ini sangat sensitif terhadap persekitaran. Kini, ia menjadi masalah kesihatan biasa malah sembilan dari 11 peratus kanak-kanak di Malaysia berhadapan dengan masalah itu. Malah 50 peratus ketidakhadiran ke sekolah disebabkan asma. Serangan asma terjadi apabila seseorang itu berhadapan dengan punca alahannya. Asma sebenarnya satu keadaan kronik. Kadangkala pesakit asma merasakan penyakit itu sudah ‘hilang’ dari mereka tetapi sebenarnya tidak. Ia masih di situ cuma ia tidak ‘dirangsang’. Di kalangan kanak-kanak juga, jangkitan pernafasan ini menjadikan asma bertambah teruk. Jerebu merupakan situasi yang boleh memberikan kesan terhadap kesihatan orang tua. Jerebu yang berpanjangan akan menyebabkan kesihatan terjejas terutamanya kepada orang tua dan mereka yang mempunyai penyakit. Mereka akan mengalami gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk. Antara petanda yang lain adalah merasa sukar untuk bernafas atau mengalam sesak nafas. Hal ini adalah amat penting
  13. 13. untuk memastikan kesihatan sentiasa terjamin ketika jerebu melanda dan masyarakat haruslah tidak memandang remeh akan fenomena jerebu tersebut kerana ia berpotensi untuk mengancam kesihatan seseorang. Bagi Kanak – kanak , jerebu mudah menyebabkan iritasi kepada hidung, tekak, saluran penafasan, kulit dan mata serta ruam kulit. Mereka akan mula bersin, berair hidung dan batuk. Pada tahap jerebu yang kritikal, partikel halus pada jerebu boleh memasuki bahagian dalam paru-paru bayi. Menurut Dr Jasmine Mohd, seorang pakar O & G di Thompson Medical Centre, Singapura, terdapat juga kajian yang menunjukkan kaitan antara pendedahan kepada pencemaran udara dengan kematian akibat kegagalan sistem pernafasan dalam beberapa bulan pertama bayi. Hasil kajian juga menunjukkan pencemaran udara menyebabkan berat bayi yang rendah ketika lahir serta memungkinkan kelahiran pra-matang dan kecacatan ketika lahir. Bagi pesakit yang mengalami penyakit seperti asma, bronkitis, radang paru-paru, jantung dan yang menghadapi alahan akan terdedah banyak kepada jerebu ini. Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk. Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan BAHAN RUJUKAN
  14. 14. BIBLIOGRAFI • Mok Soon Sang.(2004).Pengantar Pendidikan Teras.Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kementerian Kesihatan Malaysia.(2001). • SihatSepanjangHayat.Kuala Lumpur .DewanBahasa dan Pustaka.
  15. 15. • Modul Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Konstruktivisme; Julai 2001: PusatPerkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur . • Mohd Sani Ibrahim, (1998) Perancangan Dan Strategi PelaksanaanLatihan Guru- guruSekolah Bestari.Prosiding Seminar Isu-isu Pendidikan Negara.Universiti Kebangsaan Malaysia .

×