Asas asas Tariqat Naqshbandiyah

4,944 views

Published on

Published in: Spiritual
0 Comments
6 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
4,944
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
133
Comments
0
Likes
6
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Asas asas Tariqat Naqshbandiyah

  1. 1. ASAS-ASAS TARIQATNAQSHBANDIYAH MUJADDIDIYAH Karangan dan susunan Hamba Yang Dhaif:MAULAWI JALALUDDIN AHMAD AR-ROWI NAQSHBANDI MUJADDIDI Semoga Allah Mengampuninya, Kedua Ibu Bapanya, Guru-Gurunya Dan Seluruh Ummat Muslimin
  2. 2. KANDUNGANTRANSLITERASIMUQADDIMAH1. ASAS TARIQAT NAQSHBANDIYAH2. ASAS TAMBAHAN SHAH NAQSHBAND3. LATAIF4. SEPULUH LATIFAH INSAN5. TUJUH LANGKAH PENYUCIAN6. DAERAH IMKAN7. ALAM KABIR DAN ALAM SAGHIR8. ALAM AMAR DAN ALAM KHALAQ9. ZIKRULLAH10. FADHILAT ZIKIR11. SYARAT-SYARAT ZIKIR12. ZIKIR KHAFI13. ZIKIR ISMU ZAT14. ZIKIR NAFI ITSBAT15. MURAQABAH16. KAIFIYAT MURAQABAH17. MURAQABAH AHADIYAT18. RABITAH19. USUL NAQSHBANDIYAHKHATIMAHGLOSARISUMBER RUJUKAN
  3. 3. TRANSLITERASIAYAT-AYAT Al-Quran atau sebutan bahasa ‘Arab yangditransliterasikan kepada tulisan Rumi di dalam buku iniadalah menggunakan simbol Rumi seperti yang dinyatakanberikut:SEBUTAN HURUF SIMBOL RUMI SIMBOL ARAB NILAI ABJAD Alif A 1 Ba B 2 Ta T 400 Tsa Ts 500 Jim J 3 Ha H 8 Kha Kh 600 Dal D 4 Dzal Dz 700 Ra R 200 Zai Z 7 Sin S 60 Shin Sh 300 Sad S 90 Dhzad Dhz 800 Ta T 9 Za Z 900 ‘Ain ‘A ‘I ‘U 70 Ghain Gh 1000 Fa F 80 Qaf Q 100 Kaf K 20 Lam L 30 Mim M 40 Nun N 50 Waw W 6 Ha H 5 Ya Y 10
  4. 4. Huruf (Alif), (Waw) dan (Ya) adalah huruf Maddahdan simbol Rumi yang digunakan di dalam Risalah ini adalahseperti berikut: 1. [a] untuk Alif Maddah 2. [u] untuk Waw Maddah 3. [i] untuk Ya MaddahKalimah yang mengandungi (Syaddah) dinyatakan dengandua simbol Rumi yang berulang seperti “Yusabbihu lillah” dimana terdapatnya 2 huruf B ( ) dan 2 huruf L ( ) adalahbagi menunjukkan Syaddah.
  5. 5. MUQADDIMAH     PENDIRI TARIQATNAQSHBANDIYAHBELIAU adalah Imam Tariqat Hadhrat KhwajahKhwajahgan Sayyid Shah Muhammad BahauddinNaqshband Al-Bukhari Al-Uwaisi Rahmatullah‘alaih, dilahirkan pada bulan Muharram tahun 717Hijrah bersamaan 1317 Masihi iaitu pada abad ke 8Hijrah bersamaan dengan abad ke 14 Masihi disebuah perkampungan bernama Qasrul ‘Arifanberdekatan Bukhara. Beliau menerima pendidikan awal Tariqatsecara Zahir dari gurunya Hadhrat SayyidMuhammad Baba As-Sammasi Rahmatullah ‘alaihdan seterusnya menerima rahsia-rahsia Tariqat danKhilafat dari Syeikhnya, Hadhrat Sayyid AmirKullal Rahmatullah ‘alaih.
  6. 6. Beliau menerima limpahan Faidhz dariHadhrat Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu‘Alaihi Wasallam menerusi Hadhrat KhwajahKhwajahgan ‘Abdul Khaliq Al-GhujduwaniRahmatullah ‘alaih yang telah 200 tahunmendahuluinya secara Uwaisiyah. Hadhrat Shah Naqshband Rahmatullah‘alaih telah berkata: Pada suatu hari aku dan sahabatku sedangbermuraqabah, lalu pintu langit terbuka dangambaran Musyahadah hadir kepadaku lalu akumendengar satu suara berkata, “Tidakkah cukup bagimu untukmeninggalkan mereka yang lain dan hadir keHadhrat Kami secara berseorangan?” Suara itu menakutkan daku hinggamenyebabkan daku lari keluar dari rumah. Dakuberlari ke sebuah sungai dan terjun ke dalamnya.Daku membasuh pakaianku lalu mendirikan Solatdua raka’at dalam keadaan yang tidak pernahdaku alami, dengan merasakan seolah-olah dakusedang bersolat dalam kehadiranNya. Segala-galanya terbuka dalam hatiku secara Kashaf.Seluruh alam lenyap dan daku tidak menyedarisesuatu yang lain melainkan bersolat dalamkehadiranNya.
  7. 7. Aku telah ditanya pada permulaan penarikantersebut, “Mengapa kau ingin memasuki jalan ini?”Aku menjawab, “Supaya apa sahaja yang aku katakan dankehendaki akan terjadi.”Aku dijawab, “Itu tidak akan berlaku. Apa sahaja yangKami katakan dan apa sahaja yang Kamikehendaki itulah yang akan terjadi.”Dan aku pun berkata, “Aku tidak dapat menerimanya, aku mestidiizinkan untuk mengatakan dan melakukan apasahaja yang aku kehendaki, ataupun aku tidakmahu jalan ini.”Lalu daku menerima jawapan, “Tidak! Apa sahaja yang Kami mahu ianyadiperkatakan dan apa sahaja yang Kami mahuianya dilakukan itulah yang mesti dikatakan dandilakukan.”Dan daku sekali lagi berkata, “Apa sahaja yang ku katakan dan apa sahajayang ku lakukan adalah apa yang mesti berlaku.”
  8. 8. Lalu daku ditinggalkan keseorangan selamalima belas hari sehingga daku mengalamikesedihan dan tekanan yang hebat, kemudian dakumendengar satu suara, “Wahai Bahauddin, apa sahaja yang kaumahukan, Kami akan berikan.”Daku amat gembira lalu berkata, “Aku mahu diberikan suatu jalan Tariqatyang akan menerajui sesiapa jua yangmenempuhnya terus ke Hadhrat Yang Maha Suci.”Dan daku telah mengalami Musyahadah yanghebat dan mendengar suara berkata, “Dikau telah diberikan apa yang telahdikau minta.” Beliau telah menerima limpahan Keruhaniandan prinsip dasar Tariqat Naqshbandiyah dariHadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq Al-GhujduwaniRahmatullah ‘alaih yang terdiri dari lapan perkaraiaitu: Yad Kard, Baz Gasyt, Nigah Dasyat, Yad Dasyat, Hosh Dar Dam, Nazar Bar Qadam, Safar Dar Watan, Khalwat Dar Anjuman. Hadhrat Shah Naqshband Rahmatullah‘alaih telah menambah tiga lagi prinsipmenjadikannya sebelas iaitu: Wuquf Qalbi, Wuquf ‘Adadi dan Wuquf Zamani.
  9. 9. Hadhrat Shah Naqshband Rahmatullah‘alaih telah berkata, “Jalan Tariqat kami adalah sangat luarbiasadan merupakan ‘Urwatil Wutsqa (PeganganKukuh), dengan berpegang teguh secara sempurnadan menuruti Sunnah Baginda Nabi Sallallahu‘Alaihi Wasallam dan Para Sahabat Radhiyallahu‘Anhum Ajma’in. Mereka telah membawa daku kejalan ini dengan Kekurniaan. Dari awal hingga keakhir daku hanya menyaksikan Kekurniaan Allahbukan kerana amalan. Menerusi jalan Tariqat kami,dengan amal yang sedikit, pintu-pintu Rahmatakan terbuka dengan menuruti jejak langkahSunnah Baginda Rasulullah Sallahllu ‘AlaihiWasallam.” Hadhrat Shah Naqshband Rahmatullah‘alaih mempunyai dua orang Khalifah besar iaituHadhrat Khwajah ‘Alauddin ‘Attar Rahmatullah‘alaih dan Hadhrat Khwajah Muhammad ParsaRahmatullah ‘alaih, pengarang kitab RisalahQudsiyyah. Dia adalah ibarat lautan ilmu yang takbertepi dan dianugerahkan dengan mutiara-mutiara hikmah dari Ilmu Laduni. Dia menyucikanhati-hati manusia dengan lautan amal kebaikan.Dia menghilangkan haus sekelian Ruh dengan airdari pancuran Ruhaniahnya. Dia amat dikenalioleh sekelian penduduk di langit dan di bumi. Dia
  10. 10. ibarat bintang yang bergemerlapan yang dihiasidengan mahkota petunjuk. Dia mensucikan Ruh-Ruh manusia tanpa pengecualian menerusinafasnya yang suci. Dia memikul cahaya Kenabiandan pemelihara Syari’at Muhammadiyah sertarahsia-rahsia MUHAMMADUR RASULULLAH. Cahaya petunjuknya menerangi segalakegelapan kejahilan Raja-raja dan orang awamsehingga mereka pun datang berdiri di pinturumahnya. Cahaya petunjuknya juga meliputiseluruh Timur dan Barat, Utara dan Selatan. Diaadalah Ghauts, Sultanul Auliya dan rantai bagisekelian permata Ruhani. Semoga AllahMerahmatinya Dan Mengurniakan LimpahanFaidhznya Yang Berkekalan Kepada Kita. Amin.KEKHUSUSAN TARIQATNAQSHBANDIYAHHADHRAT Imam Rabbani Mujaddid Alf TsaniSyeikh Ahmad Faruqi Sirhindi Rahmatullah ‘alaihyang merupakan salah seorang dari Para MasyaikhAkabirin Naqshbandiyah telah berkata di dalamsurat-suratnya yang terhimpun di dalam MaktubatImam Rabbani, “Ketahuilah bahawa Tariqat yang palingAqrab dan Asbaq dan Aufaq dan Autsaq dan
  11. 11. Aslam dan Ahkam dan Asdaq dan Aula dan A’ladan Ajal dan Arfa’ dan Akmal dan Ajmal adalahTariqah ‘Aliyah Naqshbandiyah, semoga AllahTa’ala mensucikan roh-roh ahlinya danmensucikan rahsia-rahsia Para Masyaikhnya.Mereka mencapai darjat yang tinggi denganberpegang dan menuruti Sunnah Baginda NabiSallallahu ‘Alaihi Wasallam dan menjauhkan dariperkara Bida’ah serta menempuh jalan ParaSahabat Radhiyallahu ‘Anhum. Mereka berjayamencapai kehadiran limpahan Allah secaraberterusan dan syuhud serta mencapai maqamkesempurnaan dan mendahului mereka yang lain.” Adapun Hadhrat Imam Rabbani MujaddidAlf Tsani Rahmatullah ‘alaih telah menerangkankelebihan dan keunggulan Tariqah Naqshbandiyahdengan beberapa lafaz yang ringkas dan padatadalah menerusi pengalaman keruhaniannya.Beliau merupakan seorang pembaharu agama(Mujaddid/Reformer) pada abad ke 11 Hijrah.Sebelum beliau menerima Silsilah Naqshbandiyahbeliau telah menempuh beberapa jalan Tariqatseperti Chishtiyah, Qadiriyah, Suhrawardiyah,Kubrawiyah dan beberapa Tariqat yang laindengan cemerlang serta memperolehi Khilafah danSanad Ijazah. Beliau telah menerima TariqatSilsilah ‘Aliyah Khwajahganiyah Naqshbandiyahdari gurunya Hadhrat Khwajah Muhammad BaqiBillah Rahmatullah ‘alaih.
  12. 12. Beliau telah berpendapat bahawa darikesemua jalan Tariqat, yang paling mudah danpaling berfaedah adalah Tariqat Naqshbandiyahdan telah memilihnya serta telah menunjukkanjalan ini kepada para penuntut kebenaran. “Allahumma Ajzahu ‘Anna Jaza An Hasanan Kafiyan Muwaffiyan Li Faidhanihil Faidhi Fil Afaq”Terjemahan: “Wahai Allah, kurniakanlah kepadakami kurnia yang baik, cukup lagi mencukupkandengan limpahan faidhznya yang tersebar di AlamMaya.” Hadhrat Shah Bahauddin NaqshbandBukhari Rahmatullah ‘alaih telah bersujud selamalima belas hari di hadapan Allah Subhanahu WaTa’ala dengan penuh hina dan rendah diri, berdoamemohon kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala agarditemukan dengan jalan Tariqat yang mudah dansenang bagi seseorang hamba bagi mencapai ZatMaha Esa. Allah Subhanahu Wa Ta’ala telahmengkabulkan doanya dan menganugerahkanTariqat yang khas ini yang masyhur dengan nisbatNaqshband atau digelar Naqshbandiyah. Naqsh bererti lukisan, ukiran, peta atautanda dan Band pula bererti terpahat, terlekat,
  13. 13. tertampal atau terpateri. Naqshband padamaknanya bererti “Ukiran yang terpahat” danmaksudnya adalah mengukirkan kalimah AllahSubhanahu Wa Ta’ala di hati sanubari sehinggaianya benar-benar terpahat di dalam pandanganmata hati yakni pandangan Basirah. Adalah dikatakan bahawa Hadhrat ShahNaqshband tekun mengukirkan Kalimah Allah didalam hatinya sehingga ukiran kalimah tersebuttelah terpahat di hatinya. Amalan zikir seumpamaini masih diamalkan dalam sebilangan besarTariqat Naqshbandiyah iaitu denganmenggambarkan Kalimah Allah dituliskan padahati sanubari dengan tinta emas atau perak danmembayangkan hati itu sedang menyebut AllahAllah sehingga lafaz Allah itu benar-benar terpahatdi lubuk hati. Silsilah ‘Aliyah Naqshbandiyah inidinisbatkan kepada Hadhrat Sayyidina Abu BakarAs-Siddiq Radhiyallahu ‘Anhu yang mana telahdisepakati oleh sekalian ‘Ulama Ahlus Sunnah WalJama’ah sebagai sebaik-baik manusia sesudah ParaNabi ‘Alaihimus Solatu Wassalam. Asas Tariqat iniadalah seikhlas hati menuruti Sunnah Nabawiyahdan menjauhkan diri dari segala jenis Bida’ahmerupakan syarat yang lazim.
  14. 14. Tariqat ini mengutamakan Jazbah Sulukyang mana dengan berkat Tawajjuh seorang Syeikhyang sempurna akan terhasillah kepada seseorangpenuntut itu beberapa Ahwal dan Kaifiat yangdengannya Zauq dan Shauq penuntut itubertambah, merasakan kelazatan khas zikir danibadat serta memperolehi ketenangan danketenteraman hati. Seseorang yang mengalamitarikan Jazbah disebut sebagai Majzub. Dalam Tariqat Naqshbandiyah ini,penghasilan Faidhz dan peningkatan darjat adalahberdasarkan persahabatan dengan Syeikh danTawajjuh Syeikh. Bersahabat dengan Syeikhhendaklah dilakukan sebagaimana Para Sahabatberdamping dengan Hadhrat Baginda NabiMuhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Muridhendaklah bersahabat dengan Syeikh denganpenuh hormat. Sekadar mana kuatnyapersahabatan dengan Syeikh, maka dengan kadaritulah cepatnya seseorang itu akan berjalanmenaiki tangga peningkatan kesempurnaanRuhaniah. Kaedah penghasilan Faidhz dalamTariqat ini adalah sepertimana Para Sahabatmenghadiri majlis Hadhrat Baginda NabiMuhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Dengan hanya duduk bersama-samamenghadiri majlis Hadhrat Baginda NabiMuhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang
  15. 15. berkat dengan hati yang benar dan ikhlas sertapenuh cinta biarpun hanya sekali, orang yanghadir itu akan mencapai kesempurnaan iman padamaqam yang tertinggi. Begitulah keadaannyaapabila seseorang itu hadir dan berkhidmat dalammajlis Hadharat Naqshbandiyah, dengan hati yangbenar dan ikhlas, orang yang hadir itu akan dapatmerasakan maqam Syuhud dan ‘Irfan yang hanyaakan diperolehi setelah begitu lama menuruti jalan-jalan Tariqat yang lain. Kerana itulah Para Akabirin NaqshbandiyahRahimahumullah mengatakan bahawa, “Tariqat kami pada ‘Ain hakikatnyamerupakan Tariqat Para Sahabat”. Dan dikatakan juga, “Dar Tariqah Ma Mahrumi Nest Wa HarKeh Mahrum Ast Dar Tariqah Ma Na KhwahadAamad.” Yang bermaksud, “Dalam Tariqat kamisesiapa pun tidak diharamkan dan barangsiapayang telah diharamkan dalam Tariqat kami pastitidak akan dapat datang.” Yakni barangsiapa yang menuruti Tariqatkami, dia takkan diharamkan dari menurutinyadan barangsiapa yang Taqdir Allah semenjak azalilagi telah diharamkan dari menuruti jalan ini,mereka itu sekali-kali takkan dapat menurutinya.
  16. 16. Di dalam Tariqat Naqshbandiyah, DawamHudhur dan Agahi (sentiasa berjaga-jaga)menduduki maqam yang suci yang mana di sisiPara Sahabat Ridhwanullah ‘Alaihim Ajma’indikenali sebagai Ihsan dan menurut istilah ParaSufiyah ianya disebut Musyahadah, Syuhud, YadDasyat atau ‘Ainul Yaqin. Ianya merupakanhakikat: “Bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat Nya”. Semoga Allah Mengurniakan Kita Taufiq.PERKEMBANGAN TARIQATNAQSHBANDIYAHADAPUN gelaran nama Naqshbandiyah ini mulamasyhur di zaman Hadhrat Shah BahauddinNaqshband Rahmatullah ‘alaih. Menurut HadhratSyeikh Najmuddin Amin Al-Kurdi Rahmatullah‘alaih di dalam kitabnya Tanwirul Qulub bahawanama Tariqat Naqshbandiyah ini berbeza-bezamenurut zaman. Di zaman Hadhrat Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radhiyallahu ‘Anhu sehingga ke zamanHadhrat Syeikh Taifur Bin ‘Isa Bin Abu YazidBustami Rahmatullah ‘alaih dinamakan sebagai
  17. 17. Siddiqiyah dan amalan khususnya adalah ZikirKhafi. Di zaman Hadhrat Syeikh Taifur bin ‘Isa binAbu Yazid Bustami Rahmatullah ‘alaih sehingga kezaman Hadhrat Khwajah Khwajahgan ‘AbdulKhaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih Tariqat inidinamakan Taifuriyah dan tema khusus yangditampilkan adalah Cinta dan Ma’rifat. Kemudian di zaman Hadhrat KhwajahKhwajahgan ‘Abdul Khaliq GhujduwaniRahmatullah ‘alaih sehingga ke zaman HadhratImam At-Tariqah Khwajah Shah MuhammadBahauddin Naqshband Bukhari Rahmatullah ‘alaihTariqat ini dinamakan sebagai Khwajahganiyah.Pada zaman tersebut Tariqat ini telah diperkuatkandengan lapan prinsip asas Tariqat iaitu Yad Kard,Baz Gasyt, Nigah Dasyat, Yad Dasyat, Hosh DarDam, Nazar Bar Qadam, Safar Dar Watan danKhalwat Dar Anjuman. Kemudian pada zaman Hadhrat Imam At-Tariqah Khwajah Shah Muhammad BahauddinNaqshband Bukhari Rahmatullah ‘alaih sehinggake zaman Hadhrat Khwajah ‘Ubaidullah AhrarRahmatullah ‘alaih, Tariqat ini mulai masyhurdengan nama Naqshbandiyah. Hadhrat Imam At-Tariqah Khwajah Shah Muhammad BahauddinNaqshband Rahmatullah ‘alaih telah menambahtiga asas sebagai penambahan dari Hadhrat
  18. 18. Khwajah Khwajahgan ‘Abdul Khaliq GhujduwaniRahmatullah ‘alaih iaitu Wuquf Qalbi, Wuquf‘Adadi dan Wuquf Zamani. Pada zaman Hadhrat Khwajah ‘UbaidullahAhrar Rahmatullah ‘alaih sehingga ke zamanHadhrat Mujaddid Alf Tsani Syeikh Ahmad FaruqiSirhindi Rahmatullah ‘alaih Tariqat ini dikenalidengan nama Ahrariyah sehinggalah ke zamanHadhrat Khwajah Muhammad Baqi BillahRahmatullah ‘alaih. Bermula dari zaman Hadhrat Mujaddid AlfTsani Syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi Rahmatullah‘alaih Tariqat ini mula dikenali sebagaiMujaddidiyah dan ilmu tentang LataifFauqaniyah dan Daerah Muraqabah pundiperkenalkan. Semenjak itu Tariqat ini mulaidikenali dengan nama NaqshbandiyahMujaddidiyah sehinggalah ke zaman HadhratMirza Mazhar Jan Janan Syahid Rahmatullah‘alaih. Kemudian Tariqat ini dikenali dengan namaMazhariyah sehingga ke zaman Hadhrat QutubAl-Auliya Shah ‘Abdullah Ghulam ‘Ali DehlawiRahmatullah ‘alaih. Pada zaman Hadhrat QutubAl-Auliya Shah ‘Abdullah Ghulam ‘Ali DehlawiRahmatullah ‘alaih, seorang Syeikh dari Baghdadyang bernama Hadhrat Syeikh Dhziauddin
  19. 19. Muhammad Khalid ‘Uthmani Kurdi Al-BaghdadiRahmatullah ‘alaih telah datang ke Delhisekembalinya beliau dari Makkah untuk berbai’ahdengan Hadhrat Qutub Al-Auliya Shah ‘AbdullahGhulam ‘Ali Dehlawi Rahmatullah ‘alaih setelahbeliau menerima isyarah dari Ruhaniah HadhratBaginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu‘Alaihi Wasallam untuk mengambil Tariqat ‘AliyahNaqshbandiyah Mujaddidiyah ini dan beliau telahmembawanya ke negara Timur Tengah. Hadhrat Syeikh Dhziauddin MuhammadKhalid ‘Uthmani Kurdi Al-Baghdadi Rahmatullah‘alaih mula memperkenalkan amalan Suluk iaituKhalwat Saghirah dan Tariqat ini mula dikenalisebagai Naqshbandiyah Khalidiyah di TimurTengah khususnya di Makkah dan tersebar dikalangan jemaah Haji dari rantau Nusantara dantersebarlah ia di serata Tanah Melayu danIndonesia. Walaubagaimanapun di Tanah Hindi,Tariqat ini masih dikenali sebagai TariqatNaqshbandiyah Mujaddidiyah. Adapun Para Masyaikh Mutaakhirin yangdatang sesudah itu sering menambahkan namanisbat mereka sendiri untuk membezakan Silsilahantara satu dengan yang lain sepertiNaqshbandiyah Khalidiyah dan NaqshbandiyahMujaddidiyah. Silsilah Naqshbandiyah ini telahberkembang biak dari Barat hingga ke Timur.
  20. 20. Meskipun Silsilah ini telah dikenali denganbeberapa nama yang berbeza, namun ikatankeruhanian dari rantaian emas yang telahdipelopori oleh Hadhrat Khalifah RasulullahSayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radhiyallahu‘Anhu akan tetap berjalan sehingga ke HariQiyamat menerusi keberkatan yang telah AllahSubhanahu Wa Ta’ala kurniakan kepada sekelianPara Masyaikh yang ditugaskan menyambungSilsilah ini. Dalam perjalanan mencapai kebenaran yanghakiki, terdapat dua kaedah jalan yang biasadiperkenalkan oleh Para Masyaikh Tariqat, iaitusama ada sesebuah Tariqat itu menuruti TariqatNafsani ataupun Tariqat Ruhani. Tariqat Nafsani mengambil jalanpendekatan dengan mentarbiyahkan Nafs danmenundukkan keakuan diri. Nafs atau keakuandiri ini adalah sifat Ego yang ada dalam diriseseorang. Nafs dididik bagi menyelamatkan Ruhdan jalan Tariqat Nafsani ini amat sukar dan beratkerana Salik perlu melakukan segala yangberlawanan dengan kehendak Nafs. Ianyamerupakan suatu perang Jihad dalam diriseseorang Mukmin. Tariqat Ruhani adalah lebihmudah yang mana pada mula-mula sekali Ruhakan disucikan tanpa menghiraukan tentangkeadaan Nafs. Setelah Ruh disucikan dan telah
  21. 21. mengenali hakikat dirinya yang sebenar, makaNafs atau Egonya dengan secara terpaksamahupun tidak, perlu menuruti dan mentaati Ruh.Kebanyakan jalan Tariqat yang terdahulumenggunakan pendekatan Tariqat Nafsani, namunberbeza dengan Para Masyaikh Silsilah ‘AliyahNaqshbandiyah, mereka menggunakanpendekatan Tariqat Ruhani iaitu denganmentarbiyah dan mensucikan Ruh Para Muridmereka terlebih dahulu, seterusnya barulahmensucikan Nafs. Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’alamemimpin kita ke jalan Tariqat yang Haq, yangakan membawa kita atas landasan SiratulMustaqim sepertimana yang telah dikurniakanNyanikmat tersebut kepada Para Nabi, Para Siddiqin,Para Syuhada dan Para Salihin. Mudah-mudahandengan menuruti Tariqat yang Haq itu dapatmenjadikan kita insan yang bertaqwa, beriman danmenyerah diri kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.Seorang Penyair Sufi pernah berkata, Al –‘Ajzu ‘An Darakil Idraki Idraku, Wal Waqfu Fi Turuqil Akhyari Isyraku. Seseorang yang berasa lemah dari mendapat kefahaman adalah seorang yang mengerti; Dan berhenti dalam menjalani perjalanan orang- orang yang berkebaikan adalah suatu Syirik.
  22. 22. 1. ASAS TARIQAT NAQSHBANDIYAHTARIQAT Naqshbandiyah mempunyai prinsipasasnya yang tersendiri yang telah diasaskan olehHadhrat Khwajah Khwajahgan Maulana Syeikh‘Abdul Khaliq Al-Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih.Beliau telah meletakkan lapan prinsip asas inisebagai dasar Tariqat Naqshbandiyah. Prinsip-prinsip ini dinyatakannya dalamsebutan bahasa Parsi dan mengandungi pengertiandan pangajaran yang amat tinggi nilainya. Adapunprinsip-prinsipnya adalah seperti berikut: 1. Yad Kard 2. Baz Gasht 3. Nigah Dasyat 4. Yad Dasyat 5. Hosh Dar Dam 6. Nazar Bar Qadam 7. Safar Dar Watan 8. Khalwat Dar Anjuman
  23. 23. Hadhrat Syeikh Muhammad ParsaRahmatullah ‘alaih yang merupakan sahabat,khalifah dan penulis riwayat Hadhrat MaulanaShah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaihtelah menyatakan di dalam kitabnya bahawa ajaranTariqat Hadhrat Khwajah Maulana Syeikh AbdulKhaliq Al-Ghujduwani Rahmatullah ‘alaihberkenaan zikir dan ajaran lapan prinsip asasseperti yang dinyatakan di atas turut dianuti dandiamalkan oleh 40 jenis Tariqat. Tariqat lain menjadikan asas ini sebagaipanduan kepada jalan kebenaran yang mulia iaitujalan kesedaran dalam menuruti Sunnah HadhratBaginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallamdengan meninggalkan sebarang bentuk Bida’ahdan bermujahadah melawan hawa nafsu. Kerana itulah Hadhrat Khwajah MaulanaSyeikh Abdul Khaliq Al-Ghujduwani Rahmatullah‘alaih mencapai ketinggian Ruhani dan menjadiseorang Mahaguru Tariqat dan penghulupemimpin keruhanian pada zamannya.1. YAD KARD Yad bererti ingat yakni Zikir. PerkataanKard pula bagi menyatakan kata kerja bagi ingatyakni pekerjaan mengingati Allah Subhanahu Wa
  24. 24. Ta’ala dan ianya merupakan zat bagi zikir. BerkataPara Masyaikh, Yad Kard bermaksud melakukanzikir mengingati Tuhan dengan menghadirkanhati. Murid yang telah melakukan Bai‘ah dan telahditalqinkan dengan zikir hendaklah senantiasasibuk mengingati Allah Subhanahu Wa Ta’aladengan kalimah zikir yang telah ditalqinkan. Zikir yang telah ditalqinkan oleh Syeikhadalah zikir yang akan membawa seseorang muriditu mencapai ketinggian darjat Ruhani. Syeikh akanmentalqinkan zikir kepada muridnya sama adaZikir Ismu Zat ataupun Zikir Nafi Itsbat secaraLisani ataupun Qalbi. Seseorang murid hendaklahmelakukan zikir yang sebanyak-banyaknya dansentiasa menyibukkan dirinya dengan berzikir.Pada setiap hari, masa dan keadaan, sama adadalam keadaaan berdiri atau duduk atau berbaringataupun berjalan, hendaklah sentiasa berzikir. Pada lazimnya seseorang yang barumenjalani Tariqat Naqshbandiyah ini, Syeikh akanmentalqinkan kalimah Ismu Zat iaitu lafaz Allahsebagai zikir yang perlu dilakukan pada LatifahQalb tanpa menggerakkan lidah. Murid hendaklahberzikir Allah Allah pada latifah tersebut sebanyak24 ribu kali sehari semalam setiap hari sehinggaterhasilnya cahaya Warid.
  25. 25. Ada sebahagian Syeikh yang menetapkanjumlah permulaan sebanyak lima ribu kali seharisemalam dan ada juga yang menetapkannyasehingga tujuh puluh ribu kali sehari semalam. Seterusnya seseorang murid hendaklahmengkhabarkan segala pengalaman Ruhaniahnyakepada Syeikh apabila menerima Warid tersebut.Begitulah pada setiap Latifah, murid hendaklahberzikir sebanyak-banyaknya pada kesemuaLatifah seperti yang diarahkan oleh Syeikhsehingga tercapainya Warid. Mengingati AllahSubhanahu Wa Ta’ala secara sempurna adalahdengan berzikir menghadirkan hati ke HadhratZatNya. Setelah Zikir Ismu Zat dilakukan padasetiap Latifah dengan sempurna, Syeikh akanmentalqinkan pula Zikir Nafi Itsbat iaitu kalimahLA ILAHA ILLA ALLAH yang perlu dilakukansama ada secara Lisani iaitu menerusi lidah atausecara Qalbi iaitu berzikir menerusi lidah hati. Zikir Nafi Itsbat perlu dilakukan menurutkaifiyatnya. Syeikh akan menentukan dalambentuk apa sesuatu zikir itu perlu dilakukan. Yangpenting bagi Salik adalah menyibukkan diridengan zikir yang telah ditalqinkan oleh Syeikhsama ada ianya Zikir Ismu Zat ataupun Zikir NafiItsbat. Salik hendaklah memelihara zikir dengan
  26. 26. hati dan lidah dengan menyebut Allah Allah iaitunama bagi Zat Tuhan yang merangkumi kesemuaNama-NamaNya dan Sifat-SifatNya yang muliaserta dengan menyebut Zikir Nafi Itsbat menerusikalimah LA ILAHA ILLA ALLAH dengansebanyak-banyaknya. Salik hendaklah melakukan Zikir Nafi Itsbatsehingga dia mencapai kejernihan hati dantenggelam di dalam Muraqabah. Murid hendaklahmelakukan Zikir Nafi Itsbat sebanyak 2 ribusehingga ke 5 ribu kali setiap hari bagimenanggalkan segala kekaratan hati. Zikir tersebutakan membersihkan hati dan membawa seseorangitu kepada Musyahadah. Zikir Nafi Itsbat menurut AkabirinNaqshbandiyah, seseorang murid yang baru ituhendaklah menutup kedua matanya, menutupmulutnya, merapatkan giginya, menongkatkanlidahnya ke langit-langit dan menahan nafasnya.Dia hendaklah mengucapkan zikir ini denganhatinya bermula dari kalimah Nafi dan seterusnyakalimah Itsbat. Bagaimanapun, bagi murid yangtelah lama hendaklah membukakan keduamatanya dan tidak perlu menahan nafasnya. Bermula dari kalimah Nafi iaitu LA yangbererti Tiada, dia hendaklah menarik kalimah LAini dari bawah pusatnya ke atas hingga ke otak.
  27. 27. Apabila kalimah LA mencapai otak, ucapkan pulakalimah ILAHA di dalam hati yang bererti Tuhan.Kemudian hendaklah digerakkan dari otak ke bahukanan sambil menyebut ILLA yang berertiMelainkan, lalu menghentakkan kalimah Itsbatiaitu ALLAH ke arah Latifah Qalb. Sewaktumenghentakkan kalimah ALLAH ke arah Qalb,hendaklah merasakan bahawa kesan hentakan itumengenai kesemua Lataif di dalam tubuh badan. Zikir yang sebanyak-banyaknya akanmembawa seseorang Salik itu mencapai kepadakehadiran Zat Allah dalam kewujudan secara Zihniyakni di dalam fikiran. Salik hendaklah berzikirdalam setiap nafas yang keluar dan masuk. Yad Kard merupakan amalan di fikiran yangmana fikiran hendaklah sentiasa menggesa dirisupaya sentiasa ingat kepada Allah Subhanahu WaTa’ala dan melakukan zikir bagi mengingatiZatNya. Pekerjaan berzikir mengingati AllahSubhanahu Wa Ta’ala adalah suatu amalan yangtiada batas dan had. Ianya boleh dikerjakan padasebarang keadaan, masa dan tempat. Hendaklahsentiasa memerhatikan nafas supaya setiap nafasyang keluar dan masuk itu disertai ingatanterhadap Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
  28. 28. 2. BAZ GASHT Baz Gasht bererti kembali. Menurut ParaMasyaikh, maksudnya ialah seseorang yangmelakukan zikir dengan menggunakan lidah hatimenyebut Allah Allah dan LA ILAHA ILLAALLAH, begitulah juga setelah itu hendaklahmengucapkan di dalam hati dengan penuhkhusyuk dan merendahkan diri akan ucapan ini: [N L L L L N L L` L LW L LbL L L L LbLL L LS “Ilahi Anta Maqsudi, Wa Ridhoka Matlubi, A’tini Mahabbataka Wa Ma’rifataka”Yang bererti, “Wahai Tuhanku Engkaulahmaksudku dan keredhaanMu tuntutanku,kurniakanlah Cinta dan Makrifat ZatMu.” Ianya merupakan ucapan Hadhrat BagindaRasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, ucapan iniakan meningkatkan tahap kesedaran kepadakewujudan dan Keesaan Zat Tuhan, sehingga diamencapai suatu tahap di mana segala kewujudanmakhluk terhapus pada pandangan matanya.
  29. 29. Apa yang dilihatnya walau ke mana jua diamemandang, yang dilihatnya hanyalah AllahSubhanahu Wa Ta’ala. Ucapan kata-kata ini jugamemberikan kita pengertian bahawa hanya AllahSubhanahu Wa Ta’ala yang menjadi maksud danmatlamat kita dan tidak ada tujuan lain selainuntuk mendapatkan keredhaanNya. Salik hendaklah mengucapkan kalimah inibagi menghuraikan segala rahsia Keesaan ZatTuhan dan supaya terbuka kepadanya keunikanhakikat Kehadiran Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Sebagai murid, tidak boleh meninggalkanzikir kalimah ini meskipun tidak merasakansebarang kesan pada hati. Dia hendaklah tetapmeneruskan zikir kalimah tersebut sebagaimenuruti anjuran Syeikhnya. Makna Baz Gasht ialah kembali kepadaAllah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Mulia denganmenunjukkan penyerahan yang sempurna,mentaati segala kehendakNya dan merendahkandiri dengan sempurna dalam memuji ZatNya. Adapun lafaz Baz Gasht dalam bahasa Parsiseperti yang diamalkan oleh Para AkabirinNaqshabandiyah Mujaddidiyah adalah sepertiberikut:
  30. 30. “Khudawanda, Maqsudi Man Tui Wa Ridhai Tu, Tarak Kardam Dunya Wa Akhirat Ra Az Baraey Tu, Mahabbat Wa Ma’rifati Khud Badih.”Yang bererti, “Tuhanku, maksudku hanyalahEngkau dan keredaanMu, telahku lepaskan Duniadan Akhirat kerana Engkau, kurniakanlah Cintadan Makrifat ZatMu.” Pada permulaan, jika Salik sendiri tidakmemahami hakikat kebenaran ucapan kata-kataini, hendaklah dia tetap juga menyebutnya keranamenyebut kata-kata itu dengan hati yang khusyukdan merendahkan diri akan menambahkan lagipemahamannya dan secara sedikit demi sedikitSalik itu akan merasai hakikat kebenaran perkataantersebut dan Insya Allah akan merasai kesannya.Hadhrat Baginda Rasulullah Sallallahu ‘AlaihiWasallam telah menyatakan dalam doanya, “Ma Zakarnaka Haqqa Zikrika YaMazkur.”Yang bererti, “Kami tidak mengingatiMu denganhak mengingatiMu secara yang sepatutnya, WahaiZat yang sepatutnya diingati.” Seseorang Salik itu tidak akan dapat hadirke Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala menerusizikirnya dan tidak akan dapat mencapaiMusyahadah terhadap rahsia-rahsia dan sifat-sifat
  31. 31. Allah Subhanahu Wa Ta’ala menerusi zikirnya jikadia tidak berzikir dengan sokongan dari AllahSubhanahu Wa Ta’ala dan menerusi ingatan AllahSubhanahu Wa Ta’ala terhadap dirinya. Seorang Salik itu tidak akan dapat berzikirdengan kemampuan dirinya bahkan dia hendaklahsentiasa menyedari bahawa Allah Subhanahu WaTa’ala lah yang sedang berzikir menerusi dirinya.Hadhrat Maulana Syeikh Abu Yazid BistamiRahmatullah ‘alaih telah berkata, “Apabila daku mencapai ZatNya, dakumelihat bahawa ingatanNya terhadap dirikumendahului ingatanku terhadap diriNya.”3. NIGAH DASYAT Nigah bererti menjaga, mengawasi,memelihara dan Dasyat pula berertimelakukannya dengan bersungguh-sungguh.Maksudnya ialah seseorang Salik itu sewaktumelakukan zikir hendaklah sentiasa memeliharahati dari sebarang khatrah lintasan hati dan was-was Syaitan dengan bersungguh-sungguh. Janganbiarkan khayalan kedukaan memberi kesan kepadahati. Setiap hari hendaklah melapangkan masaselama sejam ke dua jam ataupun lebih untuk
  32. 32. memelihara hati dari segala ingatan selain AllahSubhanahu Wa Ta’ala. Selain DiriNya, jangan adasebarang khayalan pada fikiran dan hati. Lakukanlatihan ini sehingga segala sesuatu selain AllahSubhanahu Wa Ta’ala, segala-galanya menjadilenyap. Nigah Dasyat juga bermakna seseorangSalik itu mesti memerhatikan hatinya danmenjaganya dengan menghindarkan sebarangingatan yang buruk masuk ke dalam hati. Ingatandan keinginan yang buruk akan menjauhkan hatidari kehadiran Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Kesufian yang sebenar adalah daya untukmemelihara hati dari ingatan yang buruk danmemeliharanya dari sebarang keinginan yangrendah. Seseorang yang benar-benar mengenalihatinya akan dapat mengenali Tuhannya. Di dalam Tariqat Naqshbandiyah ini,seseorang Salik yang dapat memelihara hatinyadari sebarang ingatan yang buruk selama 15 minitadalah merupakan suatu pencapaian yang besardan menjadikannya layak sebagai seorang ahli Sufiyang benar. Hadhrat Maulana Shah Ghulam ‘AliDehlawi Rahmatullah ‘alaih menyatakan di dalamkitabnya Idhahut Tariqah bahawa,
  33. 33. “Nigah Dasyat adalah merupakan syaratketika berzikir, bahawa ketika berzikir hendaklahmenghentikan segala khayalan serta was-was danapabila sebarang khayalan yang selain Allahterlintas di dalam hati maka pada waktu itu jugahendaklah dia menjauhkannya supaya khayalanGhairullah tidak menduduki hati.” Hadhrat Maulana Syeikh Abul HassanKharqani Rahmatullah ‘alaih pernah berkata, “Telah berlalu 40 tahun di mana Allahsentiasa melihat hatiku dan telah melihat tiadasesiapa pun kecuali DiriNya dan tiada ruang bilikdi dalam hatiku untuk selain dari Allah.” Hadhrat Syeikh Abu Bakar Al-QittaniRahmatullah ‘alaih pernah berkata, “Aku menjadi penjaga di pintu hatikuselama 40 tahun dan aku tidak pernahmembukanya kepada sesiapa pun kecuali AllahSubhanahu Wa Ta’ala sehinggakan hatiku tidakmengenali sesiapapun kecuali Allah SubhanahuWa Ta’ala.” Seorang Syeikh Sufi pernah berkata, “Oleh kerana aku telah menjaga hatikuselama sepuluh malam, hatiku telah menjagakuselama dua puluh tahun.”
  34. 34. 4. YAD DASYAT Yad Dasyat bererti mengingati AllahSubhanahu Wa Ta’ala dengan bersungguh-sungguh dengan Zauq Wijdani sehingga mencapaiDawam Hudhur yakni kehadiran Zat Allah secarakekal berterusan dan berada dalam keadaanberjaga-jaga memerhatikan limpahan Faidhz darisisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Kesedaran inidiibaratkan sebagai Hudhur Bey Ghibat danmerupakan Nisbat Khassah Naqshbandiyah. Yad Dasyat juga bermakna seseorang yangberzikir itu memelihara hatinya pada setiappenafian dan pengitsbatan di dalam setiap nafastanpa meninggalkan Kehadiran Zat AllahSubhanahu Wa Ta’ala. Ianya menghendaki agarSalik memelihara hatinya di dalam KehadiranKesucian Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala secaraberterusan. Ini untuk membolehkannya agar dapatmerasai kesedaran dan melihat Tajalli Cahaya ZatYang Esa atau disebut sebagai Anwaruz-Zatil-Ahadiyah. Menurut Hadhrat Maulana Shah Ghulam‘Ali Dehlawi Rahmatullah ‘alaih, Yad Dasyatmerupakan istilah Para Sufi bagi menerangkankeadaan maqam Syuhud atau Musyahadah yangjuga dikenali sebagai ‘Ainul Yaqin atau DawamHudhur dan Dawam Agahi.
  35. 35. Di zaman para Sahabat Ridhwanullah‘Alaihim Ajma’in ianya disebut sebagai Ihsan. Iamerupakan suatu maksud di dalam TariqahNaqshbandiyah Mujaddidiyah bagi menghasilkanDawam Hudhur dan Dawam Agahi denganHadhrat Zat Ilahi Subhanahu Wa Ta’ala dan disamping itu berpegang dengan ‘Aqidah yang sahihmenurut Ahlus Sunnah Wal Jama’ah danmelazimkan diri beramal menuruti SunnahNabawiyah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Jika Salik tidak memiliki ketiga-tiga sifat iniiaitu tetap mengingati Zat Ilahi, beri’tiqad dengan‘Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah dan menurutiSunnah Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ataupunmeninggalkan salah satu darinya maka dia adalahterkeluar dari jalan Tariqat Naqshbandiyah,Na’uzu Billahi Minha!5. HOSH DAR DAM Hosh bererti sedar, Dar bererti dalam danDam bererti nafas, yakni sedar dalam nafas.Seseorang Salik itu hendaklah berada dalamkesedaran bahawa setiap nafasnya yang keluarmasuk mestilah beserta kesedaran terhadapKehadiran Zat Allah Ta’ala. Jangan sampai hatimenjadi lalai dan leka dari kesedaran terhadap
  36. 36. Kehadiran Zat Allah Ta’ala. Dalam setiap nafashendaklah menyedari kehadiran ZatNya. Menurut Hadhrat Khwajah Maulana SyeikhAbdul Khaliq Al-Ghujduwani Rahmatullah ‘alaihbahawa, “Seseorang Salik yang benar hendaklahmenjaga dan memelihara nafasnya dari kelalaianpada setiap kali masuk dan keluarnya nafas sertamenetapkan hatinya sentiasa berada dalamKehadiran Kesucian ZatNya dan dia hendaklahmemperbaharukan nafasnya dengan ibadah dankhidmat serta membawa ibadah ini menuju kepadaTuhannya seluruh kehidupan, kerana setiap nafasyang disedut dan dihembus beserta KehadiranNyaadalah hidup dan berhubung dengan KehadiranZatNya Yang Suci. Setiap nafas yang disedut dandihembus dengan kelalaian adalah mati danterputus hubungan dari Kehadiran ZatNya YangSuci.” Hadhrat Khwajah Maulana Syeikh‘Ubaidullah Ahrar Rahmatullah ‘alaih berkata, “Maksud utama seseorang Salik di dalamTariqah ini adalah untuk menjaga nafasnya danseseorang yang tidak dapat menjaga nafasnyadengan baik maka dikatakan kepadanya bahawadia telah kehilangan dirinya.”
  37. 37. Hadhrat Syeikh Abul Janab Najmuddin Al-Kubra Rahmatullah ‘alaih berkta dalam kitabnyaFawatihul Jamal bahawa, “Zikir adalah sentiasa berjalan di dalamtubuh setiap satu ciptaan Allah sebagai memenuhikeperluan nafas mereka biarpun tanpa kehendaksebagai tanda ketaatan yang merupakansebahagian dari penciptaan mereka. Menerusipernafasan mereka, bunyi huruf ‘Ha’ dari namaAllah Yang Maha Suci berada dalam setiap nafasyang keluar masuk dan ianya merupakan tandakewujudan Zat Yang Maha Ghaib sebagaimenyatakan Keunikan dan Keesaan Zat Tuhan.Maka itu amatlah perlu berada dalam kesedarandan hadir dalam setiap nafas sebagai langkahuntuk mengenali Zat Yang Maha Pencipta.” Nama Allah yang mewakili kesemuaSembilan Puluh Sembilan Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah dan Af’alNya adalah terdiri dari empathuruf iaitu Alif, Lam, Lam dan Ha. Para Sufi berkata bahawa Zat Ghaib Mutlakadalah Allah Yang Maha Suci lagi Maha MuliaKetinggianNya dan DiriNya dinyatakan menerusihuruf yang terakhir dari Kalimah Allah iaitu hurufHa. Huruf tersebut apabila ditemukan denganhuruf Alif akan menghasilkan sebutan Ha yangmemberikan makna “Dia Yang Ghaib” sebagai kataganti diri. Bunyi sebutan Ha itu sebagai
  38. 38. menampilkan dan menyatakan bukti kewujudanZat DiriNya Yang Ghaib Mutlak (GhaibulHuwiyyatil Mutlaqa Lillahi ‘Azza Wa Jalla).Huruf Lam yang pertama adalah bermaksudTa‘arif atau pengenalan dan huruf Lam yangkedua pula adalah bermaksud Muballaghah yaknipengkhususan. Menjaga dan memelihara hati dari kelalaianakan membawa seseorang itu kepadakesempurnaan Kehadiran Zat, dan kesempurnaanKehadiran Zat akan membawanya kepadakesempurnaan Musyahadah dan kesempurnaanMusyahadah akan membawanya kepadakesempurnaan Tajalli Sembilan Puluh SembilanNama-Nama dan Sifat-Sifat Allah. SeterusnyaAllah akan membawanya kepada penzahirankesemua Sembilan Puluh Sembilan Nama-Namadan Sifat-Sifat Allah dan Sifat-SifatNya yang lainkerana adalah dikatakan bahawa Sifat Allah ituadalah sebanyak nafas-nafas manusia. Hadhrat Shah Naqshband Rahmatullah‘alaih menegaskan bahawa hendaklah mengingatiAllah pada setiap kali keluar masuk nafas dan diantara keduanya yakni masa di antara udaradisedut masuk dan dihembus keluar dan masa diantara udara dihembus keluar dan disedut masuk.
  39. 39. Terdapat empat ruang untuk diisikandengan Zikrullah. Amalan ini disebut Hosh DarDam yakni bezikir secara sedar dalam nafas. Zikirdalam pernafasan juga dikenali sebagai Paas Anfasdi kalangan Ahli Tariqat Chistiyah. Hadhrat Shah Naqshband Rahmatullah‘alaih berkata, “Tariqat ini dibina berasaskan nafas, makaadalah wajib bagi setiap orang untuk menjaganafasnya pada waktu menghirup nafas danmenghembuskan nafas dan seterusnya menjaganafasnya pada waktu di antara menghirup danmenghembuskan nafas.” Udara Antara Udara Antara Masuk Keluar Allah Allah Allah Allah Allah Allah Allah Allah Perlu diketahui bahawa menjaga nafas darikelalaian adalah amat sukar bagi seseorang Salik,lantaran itu mereka hendaklah menjaganya denganmemohon Istighfar yakni keampunan keranamemohon Istighfar akan menyucikan hatinya danmensucikan nafasnya dan menyediakan dirinyauntuk menyaksikan Tajalli penzahiran manifestasiAllah Subhanahu Wa Ta’ala di mana-mana jua.
  40. 40. 6. NAZAR BAR QADAM Nazar bererti memandang, Bar bererti pada,dan Qadam pula bererti kaki. Seseorang Salik ituketika berjalan hendaklah sentiasa memandang kearah kakinya dan jangan melebihkanpandangannya ke tempat lain dan setiap kali ketikaduduk hendaklah sentiasa memandang kehadapan sambil merendahkan pandangan. Jangan menoleh ke kiri dan ke kanan keranaianya akan menimbulkan fasad yang besar dalamdirinya dan akan menghalangnya dari mencapaimaksud. Nazar Bar Qadam bermakna ketikaseseorang Salik itu sedang berjalan, dia hendaklahtetap memerhatikan langkah kakinya. Di mana juadia hendak meletakkan kakinya, matanya jugaperlu memandang ke arah tersebut. Tidakdibolehkan baginya melemparkan pandangannyake sana sini, memandang kiri dan kanan ataupundi hadapannya kerana pandangan yang tidak baikakan menghijabkan hatinya. Kebanyakan hijab-hijab di hati itu terjadikerana bayangan gambaran yang dipindahkan daripandangan penglihatan mata ke otak sewaktumenjalani kehidupan seharian. Ini akan
  41. 41. mengganggu hati dan menimbulkan keinginanmemenuhi berbagai kehendak hawa nafsu sepertiyang telah tergambar di ruangan otak. Gambaran-gambaran ini merupakan hijab-hijab bagi hati danianya menyekat Cahaya Kehadiran Zat Allah YangMaha Suci. Kerana itulah Para Masyaikh melarangmurid mereka yang telah menyucikan hati merekamenerusi zikir yang berterusan dari memandangke tempat yang selain dari kaki mereka. Hatimereka ibarat cermin yang menerima danmemantulkan setiap gambaran dengan mudah. Iniakan mengganggu mereka dan akan menyebabkankekotoran hati. Maka itu, Salik diarahkan agarmerendahkan pandangan supaya mereka tidakterkena panahan dari panahan Syaitan.Merendahkan pandangan juga menjadi tandakerendahan diri. Orang yang bongkak dansombong tidak memandang ke arah kaki merekaketika berjalan. Ia juga merupakan tanda bagiseseorang yang menuruti jejak langkah HadhratBaginda Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘AlaihiWasallam yang mana Hadhrat BagindaMuhammad Rasulullah Sallallahu ‘AlaihiWasallam ketika berjalan tidak menoleh ke kiri danke kanan tetapi Hadhrat Baginda MuhammadRasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam hanya
  42. 42. melihat ke arah kakinya, bergerak dengan pantasmenuju ke arah destinasinya. Pengertian batin yang dituntut dari prinsipini ialah supaya Salik bergerak dengan laju danpantas dalam melakukan perjalanan suluk, yangmana apa jua maqam yang terpandang olehnyamaka dengan secepat yang mungkin kakinya jugasegera sampai pada kedudukan maqam tersebut. Iajuga menjadi tanda ketinggian darjat seseorangyang mana dia tidak memandang kepada sesuatupun kecuali Tuhannya. Sepertimana seseorangyang hendak lekas menuju kepada tujuannya,begitulah seorang Salik yang menuju KehadhratTuhan hendaklah lekas-lekas bergerak, dengancepat dan pantas, tidak menoleh ke kiri dan kekanan, tidak memandang kepada hawa nafsuduniawi sebaliknya hanya memandang ke arahmencapai Kehadiran Zat Tuhan Yang Suci. Hadhrat Maulana Imam Rabbani MujaddidAlf Tsani Syeikh Ahmad Faruqi SirhindiRahmatullah ‘alaih telah berkata dalam suratnyayang ke-259 di dalam Maktubat, “Pandangan mendahului langkah danlangkah menuruti pandangan. Mi’raj ke maqamyang tinggi didahului dengan pandangan Basirahkemudian diikuti dengan langkah. Apabilalangkah telah mencapai Mi’raj tempat yangdipandang, maka kemudian pandangan akan
  43. 43. diangkat ke suatu maqam yang lain yang manalangkah perlu menurutinya. Kemudian pandanganakan diangkat ke tempat yang lebih tinggi danlangkah akan menurutinya. Begitulah seterusnyasehingga pandangan mencapai maqamkesempurnaan yang mana langkahnya akandiberhentikan. Kami katakan bahawa, apabilalangkah menuruti pandangan, murid telahmencapai maqam kesediaan untuk menuruti jejaklangkah Hadhrat Baginda Muhammad RasulullahSallallahu ‘Alaihi Wasallam. Jejak langkah HadhratBaginda Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘AlaihiWasallam adalah merupakan sumber asal bagisegala langkah.” Hadhrat Shah Naqshband Rahmatullah‘alaih berkata, “Jika kita memandang kesalahan sahabat-sahabat, kita akan ditinggalkan tanpa sahabatkerana tiada seorang juapun yang sempurna.”7. SAFAR DAR WATAN Safar bererti menjelajah, berjalan ataubersiar, Dar bererti dalam dan Watan berertikampung. Safar Dar Watan bermakna bersiar-siardalam kampung dirinya yakni kembali berjalanmenuju Tuhan. Seseorang Salik itu hendaklah
  44. 44. menjelajah dari dunia ciptaan kepada dunia YangMaha Pencipta. Hadhrat Baginda Nabi MuhammadSallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yangmafhumnya, “Daku sedang menuju Tuhanku dari suatuhal keadaan ke suatu hal keadaan yang lebih baikdan dari suatu maqam ke suatu maqam yanglebih baik.” Salik hendaklah berpindah dari kehendakhawa nafsu yang dilarang kepada kehendak untukberada dalam Kehadiran ZatNya. Dia hendaklahberusaha meninggalkan segala sifat-sifatBasyariyah (Kemanusiawian) yang tidak baik danmeningkatkan dirinya dengan sifat-sifatMalakutiyah (Kemalaikatan) yang terdiri darisepuluh maqam iaitu:[1] Taubat [2] Inabat [3] Sabar [4] Syukur [5]Qana’ah [6] Wara’ [7] Taqwa [8] Taslim [9]Tawakkal [10] Redha. Para Masyaikh membahagikan perjalananini kepada dua kategori iaitu Sair Afaqi yakniPerjalanan Luaran dan Sair Anfusi yakniPerjalanan Dalaman.
  45. 45. Perjalanan Luaran adalah perjalanan darisuatu tempat ke suatu tempat mencari seorangpembimbing Ruhani yang sempurna bagi dirinyadan akan menunjukkan jalan ke tempat yangdimaksudkannya. Ini akan membolehkannyauntuk memulakan Perjalanan Dalaman. Seseorang Salik apabila dia sudah menemuiseorang pembimbing Ruhani yang sempurna bagidirinya adalah dilarang dari melakukan PerjalananLuaran. Pada Perjalanan Luaran ini terdapatberbagai kesukaran yang mana seseorang yangbaru menuruti jalan ini tidak dapat tidak, pastiakan terjerumus ke dalam tindakan yang dilarang,kerana mereka adalah lemah dalam menunaikanibadah mereka. Perjalanan yang bersifat dalaman pulamengkehendakkan agar seseorang Salik itumeninggalkan segala tabiat yang buruk danmembawa adab tertib yang baik ke dalam dirinyaserta mengeluarkan dari hatinya segala keinginanDuniawi. Dia akan diangkat dari suatu maqam yangkotor zulmat ke suatu maqam kesucian. Padawaktu itu dia tidak perlu lagi melakukanPerjalanan Luaran. Hatinya telah dibersihkan danmenjadikannya tulin seperti air, jernih seperti kaca,bersih bagaikan cermin lalu menunjukkannya
  46. 46. hakikat setiap segala suatu urusan yang pentingdalam kehidupan sehariannya tanpa memerlukansebarang tindakan yang bersifat luaran bagi pihakdirinya. Di dalam hatinya akan muncul segala apayang diperlukan olehnya dalam kehidupan ini dankehidupan mereka yang berada di sampingnya. Hadhrat Maulana Shah Ghulam ‘AliDehlawi Rahmatullah ‘alaih telah berkata, “Ketahuilah bahawa apabila hati tertaklukdengan sesuatu selain Allah dan khayalan yangburuk menjadi semakin kuat maka limpahanFaidhz Ilahi menjadi sukar untuk dicapai olehBatin. Jesteru itu dengan kalimah LA ILAHAhendaklah menafikan segala akhlak yang buruk itusebagai contohnya bagi penyakit hasad, sewaktumengucapkan LA ILAHA hendaklah menafikanhasad itu dan sewaktu mengucapkan ILLA ALLAHhendaklah mengikrarkan cinta dan kasih sayang didalam hati. Begitulah ketika melakukan zikir NafiItsbat dengan sebanyak-banyaknya lalumenghadap kepada Allah dengan rasa hina danrendah diri bagi menghapuskan segala keburukandiri sehinggalah keburukan dirinya itu benar-benarterhapus. Begitulah juga terhadap segala rintanganBatin, ianya perlu disingkirkan supaya terhasilnyaTasfiyah dan Tazkiyah. Latihan ini merupakansalah satu dari maksud Safar Dar Watan.”
  47. 47. 8. KHALWAT DAR ANJUMAN Khalwat bererti bersendirian dan Anjumanbererti khalayak ramai, maka pengertiannya ialahbersendirian dalam keramaian. Maksudnya padazahir, Salik bergaul dengan manusia dan padabatinnya dia kekal bersama Allah Subhanahu WaTa’ala. Terdapat dua jenis khalwat iaitu KhalwatLuaran atau disebut sebagai Khalwat Saghir yaknikhalwat kecil dan Khalwat Dalaman atau disebutsebagai Khalwat Kabir yang bermaksud khalwatbesar atau disebut sebagai Jalwat. Khalwat Luaranmenghendaki Salik agar mengasingkan dirinya ditempat yang sunyi dan jauh dari kesibukanmanusia. Secara bersendirian Salik menumpukankepada Zikirullah dan Muraqabah untuk mencapaipenyaksian Kebesaran dan Keagungan KerajaanAllah Subhanahu Wa Ta’ala. Apabila sudahmencapai fana menerusi zikir fikir dan semua derialuaran difanakan, pada waktu itu deria dalamanbebas meneroka ke Alam Kebesaran danKeagungan Kerajaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala.Ini seterusnya akan membawa kepada KhalwatDalaman. Khalwat Dalaman bermaksud berkhalwatdalam kesibukan manusia. Hati Salik hendaklah
  48. 48. sentiasa hadir ke Hadhrat Tuhan dan hilang darimakhluk sedang jasmaninya sedang hadir bersamamereka. Dikatakan bahawa seseorang Salik yangHaq sentiasa sibuk dengan zikir khafi di dalamhatinya sehinggakan jika dia masuk ke dalammajlis keramaian manusia, dia tidak mendengarsuara mereka. Kerana itu ianya dinamakanKhalwat Kabir dan Jalwat yakni berzikir dalamkesibukan manusia. Keadaan berzikir itumengatasi dirinya dan penzahiran Hadhrat SuciTuhan sedang menariknya membuatkannya tidakmenghiraukan segala sesuatu yang lain kecualiTuhannya. Ini merupakan tingkat khalwat yangtertinggi dan dianggap sebagai khalwat yangsebenar seperti yang dinyatakan dalam ayat Al-Quran Surah An-Nur ayat 37:Íο4θn=¢Á9$# ÏΘ$s%Î)uρ «!$# ̍ø.ÏŒ tã ììø‹t/ Ÿωuρ ×οt≈pgÏB öΝÍκŽÎγù=è? žω ×Α%y`Í‘ÛUθè=à)ø9$# ϵŠÏù Ü==s)Gs? $YΒöθtƒ tβθèù$sƒs†   Íο4θx.¨“9$# Ï™!$tGƒÎ)uρ t ∩⊂∠∪ ã≈|Áö/F{$#uρPara lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaandan tidak pula oleh jual beli dari mengingatiAllah, dan dari mendirikan sembahyang, dan dari
  49. 49. membayarkan zakat, mereka takut kepada suatuhari yang hati dan penglihatan menjadi goncang. Rijalun La Tulhihim Tijaratun Wala Bay’un‘An Zikrillah bermaksud para lelaki yang tidakdilalaikan oleh perniagaan dan jual beli darimengingati Allah. Inilah merupakan jalan TariqatNaqshbandiyah. Hadhrat Khwajah ShahBahauddin Naqshband Qaddasallahu Sirrahu telahditanyakan orang bahawa apakah yang menjadiasas bagi Tariqatnya? Beliau menjawab, “Berdasarkan Khalwat Dar Anjuman, yaknizahir berada bersama Khalaq dan batin hidupbersama Haq serta menempuh kehidupan denganmenganggap bahawa Khalaq mempunyaihubungan dengan Tuhan. Sebagai Salik dia tidakboleh berhenti dari menuju kepada maksudnyayang hakiki.” Sepertimana mafhum sabdaan HadhratBaginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu‘Alaihi Wasallam, “Padaku terdapat dua sisi.Satu sisiku menghadap ke arah Penciptaku dansatu sisi lagi menghadap ke arah makhlukciptaan.” Hadhrat Shah Naqshband Rahmatullah‘alaih berkata,
  50. 50. “Tariqatuna As-Suhbah Wal Khayru FilJam’iyyat.” Yang bererti, “Jalan Tariqah kamiadalah dengan cara bersahabat dan kebaikan itudalam jemaah Jam’iyat.” Khalwat yang utama di sisi Para MasyaikhNaqshbandiyah adalah Khalwat Dalaman keranamereka sentiasa berada bersama Tuhan merekadan pada masa yang sama mereka berada bersamadengan manusia. Adalah dikatakan bahawaseseorang beriman yang dapat bercampur gauldengan manusia dan menanggung berbagaimasaalah dalam kehidupan adalah lebih baik dariorang beriman yang menghindarkan dirinya darimanusia. Hadhrat Imam Rabbani Rahmatullah ‘alaihtelah berkata, “Perlulah diketahui bahawa Salik padapermulaan jalannya mungkin menggunakankhalwat luaran untuk mengasingkan dirinya darimanusia, beribadat dan bertawajjuh kepada AllahSubhanahu Wa Ta’ala sehingga dia mencapaitingkat darjat yang lebih tinggi. Pada waktu itu diaakan dinasihatkan oleh Syeikhnya seperti kata-kataSayyid Al-Kharraz Rahmatullah ‘alaih iaitukesempurnaan bukanlah dalam mempamerkankaramah yang hebat-hebat tetapi kesempurnaanyang sebenar ialah untuk duduk bersama manusia,berjual beli, bernikah kahwin dan mendapatkan
  51. 51. zuriat dan dalam pada itu sekali-kali tidakmeninggalkan Kehadiran Allah walaupunseketika.” Hadhrat Shah ‘Abdullah Ghulam ‘AliDehlawi Rahmatullah ‘alaih berkata, “Daripada masamu, jangan ada sebarangwaktu pun yang engkau tidak berzikir danbertawajjuh serta mengharapkan Kehadiran AllahTa’ala dan bertemulah dengan manusia danberzikirlah walaupun berada di dalam keramaiandan sentiasa berjaga-jaga memerhatikan limpahanAllah.”Berkata Penyair, Limpahan Faidhz Al-Haq datang tiba-tiba tetapihatiku memerhatikan waridnya, Biarpun di waktu sekali kerdipan mata namundiriku sekali-kali tidak leka, Boleh jadi Dia sedang memerhatikanmu dandikau tidak memperhatikannya. Hal keadaan ini dinamakan Khalwat DarAnjuman iaitu Kainun Haqiqat Wa Bainun Suratyakni hakikat dirinya berzama Zat Tuhan dantubuh badan bersama makhluk ciptaan Tuhan.Masyaikh menggelarkannya sebagai Sufi KainBain. Kelapan-lapan asas Tariqat inidiperkenalkan oleh Hadhrat Khwajah Abdul
  52. 52. Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih danmenjadi ikutan 40 Tariqat yang lain dan sehinggake hari ini menjadi asas yang teguh untukseseorang hamba Allah kembali menuju kepadaTuhannya. Hadhrat Shah Naqshband Rahmatullah‘alaihi telah menerima kelapan-lapan asas Tariqatini dari Hadhrat Khwajah Abdul KhaliqGhujduwani dan beliau telah menambahkan tigaasas Tariqat iaitu Wuquf Qalbi, Wuquf ‘Adadi danWuquf Zamani menjadikannya sebelas asas. Hosh Dar Dam Khalwat Dar Anjuman; Yad Kard Yad Dasyat. Nazar Bar Qadam Safar Dar Watan; Baz Gasht Nigah Dasyat.Sentiasalah sedar dalam nafas ketika berkhalwat bersama khalayak; Kerjakanlah Zikir dan ingatlah ZatNya dengan bersungguh-sungguh. Perhatikan setiap langkah ketika bersafar di dalam kampung; Sekembalinya dari merayau, perhatikanlah limpahan Ilahi bersungguh-sungguh. Wuquf Qalbi Wuquf ‘Adadi, Wuquf Zamani Bi Dawam Agahi. Ingatlah Allah tetap pada hati, bilangan dan masa dengan sentiasa sedar berjaga-jaga.
  53. 53. 2. ASAS TAMBAHAN SHAH NAQSHBANDHADHRAT Shah Bahauddin NaqshbandRahmatullah ‘alaih merupakan Imam bagi TariqatNaqshbandiyah dan seorang Mahaguru Tariqatyang terkemuka. Beliau telah mengukuhkan lagijalan ini dengan tiga prinsip penting dalam ZikirKhafi sebagai tambahan kepada lapan prinsip asasyang telah dikemukakan oleh Hadhrat KhwajahKhwajahgan Syeikh ‘Abdul Khaliq Al-GhujduwaniRahmatullah ‘alaih iaitu:1. WUQUF QALBI Mengarahkan penumpuan terhadap hatidan hati pula mengarahkan penumpuan terhadapAllah Subhanahu Wa Ta’ala pada setiap masa dankeadaan. Sama ada dalam keadaan berdiri,berbaring, berjalan mahupun duduk. Hendaklahbertawajjuh kepada hati dan hati pula tetapbertawajjuh ke Hadhrat Allah Subhanahu WaTa’ala. Wuquf Qalbi merupakan syarat bagi zikir.
  54. 54. Kedudukan Qalbi ini adalah padakedudukan dua jari di bawah tetek kiri dankedudukan ini hendaklah sentiasa diberikanpenumpuan dan Tawajjuh. Bayangan limpahanNur dari Allah hendaklah sentiasa kelihatanmelimpah pada Qalbi dalam pandangan batin. Ini merupakan suatu kaedah Zikir Khafiyakni suatu bentuk zikir yang tersembunyi dantidak diketahui oleh Para Malaikat. Ia merupakansuatu kaedah zikir yang rahsia.2. WUQUF ‘ADADI Sentiasa memerhatikan bilangan ganjilketika melakukan zikir Nafi Itsbat. Zikir Nafi Itsbatialah lafaz LA ILAHA ILLA ALLAH dan dilakukandi dalam hati menurut kaifiyatnya. Dalammelakukan zikir Nafi Itsbat ini, Salik hendaklahsentiasa mengawasi bilangan zikir Nafi Itsbatnyaitu dengan memastikannya dalam jumlah bilanganyang ganjil iaitu 7 atau 9 atau 19 atau 21 atausebarang bilangan yang ganjil. Menurut Para Masyaikh, bilangan ganjilmempunyai rahsia yang tertentu kerana Allahadalah Ganjil dan menyukai bilangan yang ganjildan ianya akan menghasilkan ilmu tentang Rahsia
  55. 55. Allah Ta’ala. Menurut Hadhrat Shah NaqshbandRahmatullah ‘alaih, “Memelihara bilangan di dalam zikir adalahlangkah pertama dalam menghasilkan IlmuLaduni.” Memelihara bilangan bukanlah untukjumlahnya semata-mata bahkan ianya untukmemelihara hati dari ingatan selain Allah dansebagai asbab untuk memberikan lebihpenumpuan dalam usahanya untukmenyempurnakan zikir yang telah diberikan olehGuru Murshidnya.3. WUQUF ZAMANI Setiap kali selepas menunaikan Solat,hendaklah bertawajjuh kepada hati dan sentiasamemastikan hati dalam keadaan bertawajjuhkepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Lakukanselama beberapa minit sebelum bangkit daritempat Solat. Kemudian setelah selang beberapajam hendaklah menyemak semula keadaan hatibagi memastikannya sentiasa dalam keadaanmengingati Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Apabila seseorang Murid itu telah naik keperingkat menengah dalam bidang Keruhanianmaka dia hendaklah selalu memeriksa keadaan
  56. 56. hatinya sekali pada tiap-tiap satu jam untukmengetahui sama ada dia ingat ataupun lalaikepada Allah dalam masa-masa tersebut. Jika dia lalai maka hendaklah diaberistighfar dan berazam untuk menghapuskankelalaian itu pada masa akan datang sehinggalahdia mencapai peringkat Dawam Hudhur atauDawam Agahi iaitu peringkat hati yang sentiasahadir dan sedar ke Hadhrat ZatNya. Ketiga-tiga prinsip ini adalah tambahan dariHadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah‘alaih dalam membimbing sekelian para murid danpengikutnya dan terus menjadi amalan yang tetapdalam Tariqat Naqshbandiyah.
  57. 57. 3. LATAIFLATAIF adalah kata jamak bagi Latifah yangbererti kehalusan. Allah adalah bersifat Al-Latifiaitu Yang Maha Halus dan Dia telahmengurniakan KehalusanNya kepada sekelian NurMuhammadiyah. Allah Subhanahu Wa Ta’alamenjadikan manusia dengan mengurniakannyasepuluh Lataif yang halus. Ianya boleh disifatkansebagai anggota dalaman Ruhani bagi manusiaatau pancaindera bagi Ruhani. Ianya diibaratkansebagai juzuk-juzuk bagi diri Ruhani sepertimanaotak, jantung, limpa, hati, paru-paru dan anggotadalaman bagi jasad tubuh badan Jasmani.
  58. 58. Konsep seperti ini juga terdapat dalamsistem kepercayaan sesetengah kaum sepertiHindu dan China namun dalam perkembanganTasawwuf Islam, segala ilmu pengetahuan adalahbersumberkan dari Al-Quran dan As-Sunnah,manakala penghasilan Ma’rifat mereka adalahmenerusi Muraqabah dan Musyahadah. SeterusnyaPara Masyaikh memperkembangkan ilmu tersebutmenerusi pengamatan mereka yang dalam sertatahap Keruhanian yang tinggi. Mungkin ada yang mendakwa merekamengambilnya dari falsafah Yunani ataupunHindu atau China namun tiada bukti yang jelastentang tersebut cuma dakwaan yang meleset. ParaMasyaikh Naqshbandiyah memperolehipengetahuan tentang Lataif adalah menerusipengkajian mereka yang mendalam terhadap Al-Quran dan Al-Hadits serta As-Sunnah danmengamalkan Syari’at dengan teguh dan mewarisiilmu pengetahuan dari Guru-Guru mereka denganpertalian yang kukuh menerusi Silsilah yang benar. Perkembangan Tariqat dalam diri seseorangitu secara umumnya melibatkan kesedaran dalamturutan yang tertentu pada latifah-latifah yangmenjadi pusat perhentian dalam pemerhatianperjalanan Ruhani dan ianya terdapat dalam dirisetiap manusia, amnya bagi sekelian Ummat NabiMuhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
  59. 59. Setiap Latifah itu dikaitkan dengan Nabi-Nabi yang tertentu atau warna-warna yangtertentu atau anggota tubuh badan yang tertentuatau alam-alam yang tertentu atau Ma’rifat-Ma’rifat yang tertentu dan ianya berbeza di antarasatu Tariqat dengan Tariqat yang lain. Perbezaanini menunjukkan betapa luasnya Ilmu AllahSubhanahu Wa Ta’ala. Tugas Para Masyaikhadalah untuk menghidupkan kesemua latifah-latifah tersebut pada diri Murid agar latifah-latifahnya dapat sentiasa berzikir Kehadhrat AllahSubhanahu Wa Ta’ala. Menghidupkan kesemua latifah-latifah inidengan Zikirullah adalah merupakan kegiatansekelian Para Sufi. Setelah melalui proses ini,seseorang Salik itu dikatakan sebagai telahmencapai tingkat kesempurnaan Insan danmenjadi manusia yang sempurna. Seseorang yangmenjalani Tariqat Tasawwuf adalah wajibmenyucikan kesemua Lataifnya dengan ilmu danzikir kerana kesemua latifah adalah bersifat Nurdan sesuatu yang bersifat Nur hanya bolehdisucikan dengan sesuatu yang bersifat Nur juga. Ilmu Syari’at, Ilmu Tariqat, Ilmu Ma’rifatdan Ilmu Haqiqat juga adalah bersifat Nur keranaianya bersumberkan dari Al-Quran dan As-Sunnahdan kedua-duanya bersifat Nur. Zikir juga akanmenghasilkan Nur, jesteru gabungan ilmu dan
  60. 60. zikir dalam diri seseorang itulah yang akanmenyucikan dan menghidupkan kesemua Lataifdalam dirinya. Para Masyaikh dari Silsilah yang bebezatelah menyelami Lautan Ilmu Kekuasaan Allah didalam Bahrul Qudrah dan telah meneroka tentangrahsia Lataif ini. Meskipun pengetahuan merekatentang Lataif adalah berbeza namun ianyamerujuk kepada maksud yang satu iaitu kembalikepada Hadhrat Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Guruku yang mulia Hadhrat KhwajahKhwajahgan Qutub Dauran Maulana KhanMuhammad Sahib Mudda Zilluhul ‘Ali telahmengurniakanku dengan kesemua Sepuluh Latifahdan beliau menyatakan kepadaku bahawa limadari Latifah tersebut adalah dari Alam Amarmanakala lima Latifah lagi adalah dari AlamKhalaq. Alam Amar dan Alam Khalaq adalah alamyang berada dalam lingkungan Daerah Imkan. Untuk memahami Tariqat NaqshbandiyahMujaddidiyah ini, amat penting untuk kitamemahami tentang Sepuluh Latifah Insan. SemogaAllah memberikan kita Taufiq dan Hidayah.
  61. 61. 4. SEPULUH LATIFAH INSANKETAHUILAH bahawa di sisi Hadhrat ImamRabbani Mujaddid Alf Tsani Syeikh Ahmad FaruqiSirhindi Rahmatullah ‘alaih dan sekelian parapengikutnya telah tsabit bahawa pada setiap insanterhimpun Sepuluh Latifah. Begitulah juga seperti yang telah dikatakanoleh Guruku Hadhrat Khwajah KhawajahganMaulana Khan Muhammad Sahib Mudda Zilluhul‘Ali kepadaku bahawa lima Latifah adalah dariAlam Amar dan lima Latifah lagi adalah dari AlamKhalaq.
  62. 62. Alam Amar dan Alam Khalaq adalah alamyang berada dalam lingkungan Daerah Imkan.Lima Latifah Alam Amar itu adalah: 1. Qalb 2. Ruh 3. Sirr 4. Khafi 5. AkhfaLima Latifah Alam Khalaq itu adalah: 1. Nafs 2. Angin 3. Api 4. Air 5. Tanah Ruhaniah setiap insan telah diciptakandengan Bayangan Sifat-Sifat Allah Subhanahu WaTa’ala dan ianya berasal dari Alam Amar. SantapanRuhaniah adalah cahaya Nur Allah yang dapatdiperolehi dari Alam Amar menerusi HadhratBaginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu‘Alaihi Wasallam yang mana kedudukannya diAlam Keruhanian adalah seumpama Matahari didalam sistem cakrawala.
  63. 63. Ada dinyatakan di dalam Al-Quran bahawaHadhrat Baginda Nabi Muhammad RasulullahSallallahu ‘Alaihi Wasallam diibaratkan sebagaicahaya yang terang dan sesungguhnya AllahSubhanahu Wa Ta’ala telah menjadikan HadhratBaginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu‘Alaihi Wasallam sebagai suatu sumber keberkatanyang sempurna lagi terpilih. Kesemua Para Nabidan Rasul menerima limpahan keberkatan dariHadhrat Baginda Nabi Muhammad RasulullahSallallahu ‘Alaihi Wasallam. Sewaktu Allah Subhanahu Wa Ta’alamenciptakan rupa bentuk jasmani bagi insan,dikurniakannya juga lima Lataif Alam Amar dibeberapa kedudukan pada badan manusia danmengurniakannya takluk keasyikan. Adapun bagi Alam Amar, kedudukanLatifah Qalb itu terletak pada tetek kiri padaanggaran dua jari di bawah puting dan cenderungsedikit ke arah ketiak. Kedudukan Latifah Ruhadalah di bawah tetek kanan pada anggaran duajari di bawah puting. Kedudukan Latifah Sirradalah pada tetek kiri pada anggaran dua jari kearah dada. Kedudukan Latifah Khafi adalah padatetek kanan pada anggaran dua jari ke arah dadadan kedudukan Latifah Akhfa adalah pada tengah-tengah dada. Allah Subhanahu Wa Ta’ala
  64. 64. mengurniakan takluk keasyikan pada Lataif AlamAmar ini di tubuh badan manusia. Takluk Alam Amar ini akan mencapaipeningkatan Ruhani setelah disucikan sehinggalahkita dapat mengenali diri kita dan asal usul kitayang merupakan cahaya Nur yang tersembunyidalam tubuh jasmani yang gelap dan zulmat ini. Adapun bagi Alam Khalaq, kedudukanLatifah Nafs itu adalah di antara kedua-dua keningyang mewakili otak dan akal manusia. Ia jugamerujuk kepada nafsu seseorang. Seterusnyaadalah Latifah Qalibiyah yang terdiri dari empatanasir iaitu Tanah, Air, Api dan Angin. Ia ada padaseluruh bahagian tubuh badan jasmani manusia.Sepertimana Alam Amar, Alam Khalaq juga perludisucikan kerana dengan menyucikannya akanmembawa seseorang itu kepada peningkatanRuhaniah, pengenalan diri dan asal-usul hakikatkejadian diri. Ruhaniah Para Masyaikh adalah suci dansentiasa hidup di sisi Allah sepertimana hidupnyaPara Syuhada di sisi Allah kerana merekakesemuanya berjuang di Jalan Allah demimenegakkan Kalimah Allah setinggi-tingginya.Mereka adalah orang yang berjaya mencapaihakikat kehidupan yang kekal di sisi AllahSubhanahu Wa Ta’ala.
  65. 65. 1. QALBTITIK kedudukannya pada tubuh badan jasmaniadalah pada anggaran dua jari di bawah tetek kiridan cenderung sedikit ke arah ketiak. Latifah Qalbjuga disebut Latifah Adami adalah dari taklukAlam Malakut yakni Alam Para Malaikat dan ianyamerupakan pusat ‘Arash Mu’alla Allah Ta’ala didalam diri Insan. Latifah Qalb adalah suatu pusat perhentiandi Alam Amar. Sifat yang dikurniakan Allahdengan Latifah Qalb ialah pendengaran dan ianyamerupakan Tajalli Sifat Allah As-Sami’ iaitu YangMaha Mendengar. Mendengar merupakan suatu sifat utamaPara Malaikat kerana mereka dijadikan oleh AllahTa’ala untuk mendengar segala perintahNya dantaat. Seseorang Salik perlu menggunakan sifatpendengarannya untuk mendengar seruan AgamaIslam dan mengamalkan Syari’at Nabi MuhammadRasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Para Sahabat Radhiyallahu ‘Anhummemiliki sifat Sami’na Wa Ata’na iaitu mendengardalam ertikata yang sebenar yang mana apabilamereka mendengar sebarang perintah dari AllahTa’ala dan RasulNya Sallallahu ‘Alaihi Wasallammereka akan terus mentaatinya.
  66. 66. Alam Malakut adalah wilayah Hadhrat NabiAdam ‘Alaihissalam dan merupakan tingkatanlangit pertama di atas ‘Arash. Cahaya Nur danlimpahan keberkatan dari Hadhrat Nabi Adam‘Alaihissalam terlimpah pada Latifah Qalb HadhratMuhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam danterlimpah kepada sekelian orang yang beriman. Cahayanya adalah dari langit yang pertamadan warna Nurnya adalah kekuningan. SeseorangSalik yang telah sempurna penyucian LatifahQalbnya menerusi Tasfiyatul Qalb maka akanterhasillah padanya Kashful Qulub yaknipandangan mata hatinya celik dan memperolehiBasirah serta Kashaf iaitu melihat perkara-perkarayang Ghaib menerusi mata hati.2. RUHTITIK kedudukannya pada tubuh badan adalahpada anggaran dua jari di bawah tetek kanan.Latifah Ruh juga disebut sebagai Latifah Ibrahimiadalah bertakluk dengan Alam Jabarut yakni AlamPara Ruh atau dikenali juga sebagai Alam Arwah. Sepertimana Latifah Qalb, Latifah Ruh inijuga merupakan suatu pusat perhentian di AlamAmar. Sifat yang dikurniakan dengan Latifah Ruhialah melihat dan ianya juga merupakan Tajalli dari
  67. 67. Sifat Allah Al-Basir Yang Maha Melihat dan As-Syahid Yang Maha Menyaksi. Melihat danmenyaksikan adalah sifat-sifat yang Allah Ta’alakurniakan kepada Ruh ketika berada di AlamAmar. Seluruh Para Ruh bersaksi bahawa AllahTa’ala adalah Rabb, Tuhan Yang Maha Pemelihara.Melihat, memerhati dan menyaksi adalah suatusifat utama bagi Ruh. Sifat ini ada pada diri zahiriaitu melihat dengan kedua biji mata zahir dan sifatini juga ada pada diri batin iaitu menerusipandangan mata hati iaitu Basirah. Seseorang Salik perlu melihat tanda-tandakebesaran Allah Ta’ala dan memerhatikanperjalanan Tariqatnya agar sentiasa selari denganpetunjuk Baginda Rasulullah Sallallahu ‘AlaihiWasallam, banyak mengucapkan Selawat danmembaca Al-Quran. Alam Jabarut adalah wilayah Hadhrat NabiIbrahim dan Hadhrat Nabi Nuh ‘Alaihimassalam.Latifah Ruh merupakan tingkatan langit kedua diatas ‘Arash. Cahaya Nur dan limpahan keberkatandari Hadhrat Nabi Ibrahim dan Hadhrat Nabi Nuh‘Alaihimassalam terlimpah pada Latifah RuhHadhrat Nabi Muhammad Sallallahu ‘AlaihiWasallam.
  68. 68. Cahayanya adalah dari langit yang keduadan warnanya adalah kemerahan. Seseorang Salikyang telah sempurna penyucian Latifah Ruhnyaakan terhasillah Kashful Qubur yakni terbukanyapandangan ghaib tentang alam kehidupan sesudahmati di dalam kubur. Dia juga akan dapatberhubungan dengan Ruh-Ruh Para Masyaikhyang telah meninggal dunia dan mengambillimpahan keruhanian dari mereka denganmenziarahi maqam-maqam yang menjadi tempatpengkebumian mereka.3. SIRRTITIK kedudukannya pada tubuh badan adalahpada tetek kiri dengan anggaran dua jari ke arahtengah dada. Latifah Sirr juga disebut sebagaiLatifah Musawi adalah dari taklukan Alam Lahutyakni Alam Bayangan Sifat-Sifat Allah Ta’ala danmerupakan suatu pusat perhentian di Alam Amar. Sifat yang Allah Ta’ala kurniakan denganLatifah Sirr adalah menyentuh. Latifah Sirr adalahsuatu alam di mana tersimpannya segala rahsia-rahsia tentang Bayangan Sifat-Sifat Allah Ta’aladan seharusnya menjadi rahsia bagi seseorangSalik.
  69. 69. Latifah Sirr merupakan tahap di manaseseorang Salik itu akan mengalami perbualandengan Hadhrat Zat Yang Maha Suci di dalamhatinya di mana dia akan berinteraksi denganlimpahan cahaya dari Hadhrat Zat dan akanmendengar suara-suara Ketuhanan di dalamdirinya. Alam Lahut adalah wilayah Hadhrat NabiMusa ‘Alaihissalam yang telah dapat berkata-katadengan Allah dan telah mendengar suaraNya.Alam Lahut merupakan tingkatan langit yangketiga di atas ‘Arash. Cahaya Nur dan limpahankeberkatan dari Hadhrat Nabi Musa ‘Alaihissalamterlimpah pada Latifah Sirr Hadhrat Baginda NabiMuhammad Rasulullah Sallallahu ‘AlaihiWasallam. Cahayanya adalah dari langit yangketiga dan warna Nurnya adalah keputihan. Menurut Hadhrat Imam Rabbani MujaddidAlf-Tsani Syeikh Ahmad Faruqi SirhindiRahmatullah ‘alaih seseorang Salik akanmengalami Jazbah pada tahap ini iaitu penarikandan penyatuan dengan Cahaya Allah Ta’ala.Apabila dia mengalami Jazbah untuk menujukepada Rahmat Allah maka dia digelar Majzub.Dan menurut beliau, ini merupakan tahap Sukryakni Ruhaniah seseorang itu akan mabuk dalammelihat kebesaran Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
  70. 70. 4. KHAFITITIK kedudukannya pada tubuh badan adalahpada tetek kanan dengan anggaran dua jari ke arahtengah dada dan Latifah Khafi ini juga disebutsebagai Latifah ‘Isawi adalah bertakluk denganAlam Bahut yakni Alam Sifat-Sifat Allah Ta’ala. Ia juga merupakan suatu pusat perhentiandi Alam Amar yang berada di atas ‘Arash Mu’alla.Allah Ta’ala mengurniakan sifat menghidu besertadengan Latifah Khafi dan ianya menampilkanbunyi yang tersembunyi pada Perkataan-PerkataanAllah Subhanahu Wa Ta’ala. Apabila sesuatu perkataan itu tertulisterdapat bunyi yang dikaitkan dengannya namunbunyi tersebut tidak akan didengari melainkanapabila perkataan itu disebutkan. Maka itulahbunyi adalah tersembunyi dan terkandungdidalam huruf-huruf pada perkataan tersebut. Iahanya menantikan masa untuk terzahir apabilabunyi huruf-huruf perkataan itu disebutkan. Seseorang Salik akan memperolehipengetahuan dan ilham dengan sentiasa membacaAl-Quran dan Asma Al- Husna. Salik juga akanmenghidu wangi-wangian ketika berada dalamkehadiran Hadhrat Zat.
  71. 71. Kerana itulah menjadi Sunnah HadhratBaginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu‘Alaihi Wasallam untuk memakai wangi-wangian.Adapun pada tubuh badan Hadhrat Baginda NabiMuhammad Rasulullah Sallallahu ‘AlaihiWasallam sentiasa terbit keringat yang harumkerana Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallamsentiasa berada dalam kehadiran Hadhrat ZatAllah Subhanahu Wa Ta’ala pada setiap masa dankeadaan. Di Alam Bahut ini terdapatnya rahsia-rahsiayang tersembunyi tentang Sifat-Sifat Allah Ta’aladan ia merupakan wilayah Hadhrat ‘Isa‘Alaihissalam. Alam Bahut ini berada padatingkatan langit yang keempat di atas ‘Arash dancahaya Nur serta keberkatan daripada HadhratNabi ‘Isa ‘Alaihissalam yang berada pada langitkeempat itu terlimpah pada Latifah Khafi HadhratNabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘AlaihiWasallam dengan cahaya kehitaman. Seseorang Salik perlu meninggalkan SifatBasyariyat iaitu sifat-sifat kemanusiawian.Menurut Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid AlfTsani Syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi Rahmatullah‘alaih bahawa seseorang yang telah mencapaiLatifah Khafi, dia akan mengalami Hairat Sughrayakni ketakjuban yang kecil kerana dapat merasaiKehadiran Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
  72. 72. 5. AKHFATITIK kedudukannya pada tubuh badan adalahpada tengah dada di antara Latifah Sir dan LatifahKhafi dan ianya bertakluk dengan Alam Hahutyakni Alam Zat Allah Ta’ala. Latifah Akhfa jugadisebut sebagai Latifah Muhammadi. Alam Hahutberada pada tingkatan yang kelima di atas ‘Arashpada Alam Amar. Pada Latifah Akhfatersembunyinya rahsia-rahsia yang lebih dalamtentang Hakikat Zat Ketuhanan Allah Ta’ala. Alamini adalah suatu alam yang sunyi di sisi AllahSubhanahu Wa Ta’ala. Seseorang Salik akan merasai kehadiranHadhrat Zat ketika melakukan sunyi diri denganAllah Subhanahu Wa Ta’ala. Kerana itulahHadhrat Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu‘Alaihi Wasallam sering bersunyi diri denganmelakukan Khalwat Saghirah di Gua Hira’. Alam Hahut merupakan wilayah HadhratBaginda Nabi Besar Muhammad RasulullahSallallahu ‘Alaihi Wasallam dan berada padatingkatan langit yang kelima di atas ‘Arash. CahayaNur serta limpahan keberkatan dari HadhratBaginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu‘Alaihi Wasallam di Alam Hahut itu terlimpahpada Latifah Akhfanya dengan cahaya kehijauan.
  73. 73. Menurut Para Masyaikh Naqshbandiyah,hati Ruhaniah seseorang itu adalah biasan dari hatiRuhaniah Hadhrat Nabi Muhammad RasulullahSallallahu ‘Alaihi Wasallam yang disebut HaqiqatMuhammadiyah. Hati Ruhaniah ini menampilkan BahrulQudrah yakni Lautan Kekuasaan Allah Ta’ala yangmerupakan sumber kejadian awal sekelianmakhluk. Barangsiapa yang dapat mencapai ilmupengetahuan tentang hati, akan mampu mencapaikefahaman tentang kebenaran Haqiqat Kenabian,Nur Muhammad dan Haqiqat MuhammadiyahSallallahu ‘Alaihi Wasallam. Limpahan cahaya NurMuhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berada didalam lautan kekuasaan Bahrul Qudrah itu. Setiap alam yang berada di Alam Amarmerupakan suatu alam yang lengkap denganmembawa ciri-ciri yang tertentu. Ada sebilanganMasyaikh yang mengaitkan latifah-latifah AlamAmar ini dengan bunyi dan sunyi yang manamereka menyatakan bahawa Latifah Qalb, Ruh, Sirdan Khafi adalah berada pada tingkatan zikirbunyi manakala Latifah Akhfa pula berada padatingkatan zikir sunyi. Sunyi bererti menjauhkan diri dari sebarangbentuk bunyi yang bersifat zahir kemudianmenjadikan hatinya sentiasa bersunyian dengan
  74. 74. Hadhrat Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Akhfamerupakan maqam Fana sehingga seseorang Salikitu mencapai erti sunyi yang hakiki di mana bunyisekelian makhluk juga telah terlenyap. Apabila telah terlenyapnya segala bunyiyang tinggal hanyalah sunyi dan sunyi merupakansuatu bunyi yang tidak diketahui. Lenyapnyabunyi makhluk tidak bermakna lenyapnya bunyidari Hadhrat Zat Yang Maha Suci bahkan akantetap terus kedengaran bunyi-bunyian yangbertasbih memuji kesucian ZatNya. Kesemuabunyi-bunyi ini adalah bersumber dari HadhratZat Yang Maha Suci dan mengambil tempat didalam lautan kekuasaan Bahrul QudrahNya.Ada Para Masyaikh yang menyatakan bahawa, “Sunyi adalah bunyi dari Hadhrat Zat.” Apabila seseorang Salik maju atas jalanTariqat sehingga dia mencapai Fana, Murshid akanmelimpahkan ilmu yang berkaitan dengan alam-alam di Alam Amar tersebut ke dalam hatiMuridnya. Antara maksud yang utama adalah untuksampai ke pusat perhentian Alam Hahut di LatifahAkhfa ini kerana ianya merupakan tempatpersinggahan terakhir bagi Alam Amar danmerupakan tempat yang tertinggi bagi lautan
  75. 75. kekuasaan Allah Ta’ala di mana Allah Ta’ala mula-mula menjadikan Nur Muhammad Sallallahu‘Alaihi Wasallam. Kelima-lima maqam bagi Lataif yang beradadi dalam dada tersebut merupakan pusatperhentian dan ianya bagi menyatakan suatuperjalanan menuju kepada penyatuan denganHadhrat Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala menerusicahaya Kenabian Nabi Muhammad Sallallahu‘Alaihi Wasallam kerana Hadhrat BagindaSallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah satu-satunyamanusia yang telah benar-benar mencapai HadhratZat Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Kemuliaan iniAllah Subhanahu Wa Ta’ala kurniakan ketikaperistiwa Mi’raj iaitu perjalanan menaiki tingkatan-tingkatan langit menuju Kehadhrat Zat AllahSubhanahu Wa Ta’ala.6. NAFSKEDUDUKANNYA ialah pada otak dan titiknyaada di bahagian dahi di antara dua kening.Takluknya adalah dengan Alam Khalaq yakni alamciptaan yang berada di bawah ‘Arash. Ia adalahtempat penzahiran ‘Aqal manusia yang bersifathalus pada otak yang berada di dalam tempurungkepala.
  76. 76. Perkataan Nafs lazimnya merujuk kepadadiri seseorang atau jiwa pada tahap yang rendahatau keakuan diri seseorang. Sifat semulajadinyaterdiri dari sifat-sifat kemanusiawian dankehaiwanan. Perkataan Nafs juga merujuk kepadaperkataan Nafas yang bererti pernafasan danperkara ini merupakan suatu intipati dalamperkerjaan zikir kerana ia merupakan sumbertenaga dan menjadi asas sebilangan besar Tariqat. Sebilangan Para Sufi berpendapat perkataanNafs ini merujuk kepada peringkat kejiwaan yangmerangkumi seluruh minda, emosi dan keinginandalam diri seseorang. Menurut Hadhrat Syeikh Shahabuddin As-Suhrawardi Rahmatullah ‘alaih, Nafs ada duapengertian:1. Nafs Syaik - Iaitu zat dan hakikat bagi sesuatu benda.2. Nafs Natiqah - Suatu kehalusan dalam Ruhaniah manusia yang disebut Jiwa dan ianya bercahaya serta dikurniakan sifat keakuan. Dengan cahayanya tubuh badan menjadi tempat yang terdedah kepada berbagai jenis kejahatan dan kebaikan.
  77. 77. Mengenali Nafs dengan segala sifatnyaadalah sukar kerana ia bersifat seperti seekorsumpah-sumpah yang boleh bertukar rupa padasebilangan keadaan dengan warna yang berbeza. Mencapai Ma’rifat tentang Nafs dengansegenap ilmu pengetahuan mengenai sekeliansifatnya adalah di luar kemampuan sebarangmakhluk. Adalah sukar untuk mencapai Ma’rifattentang Nafs sepertimana sukarnya mencapaiMa’rifat tentang Tuhan. Nafs diciptakan dengan unsur keakuan diridan ia mudah dipengaruhi Syaitan kerana adanyapersamaan sifat angkuh dan bongkak dalam diriSyaitan dengan sifat keakuan yang ada pada Nafs.Tujuan Syaitan menghasut Nafs melakukankejahatan adalah untuk mengotorkan Qalb keranaapabila Nafs seseorang itu dikotori, Qalbnya jugaakan turut dikotori. Hubungan Nafs dengan Qalbadalah dengan kelajuan cahaya dan kedua-duanyaibarat cermin yang memantulkan cahaya masing-masing antara satu sama lain. Latifah Nafs adalah tempat perjalananRuhaniah melalui tingkatan nafsu-nafsu. Adasebilangan Masyaikh yang meletakkan tigatingkatan nafsu iaitu Nafsu Ammarah, Lawwamahdan Mutmainnah. Ada sebilangan Masyaikh yangmeletakkan lima tingkatan nafsu iaitu Nafsu
  78. 78. Ammarah, Lawwamah, Mutmainnah, Radhiyahdan Mardhiyah. Ada juga Para Masyaikh yangmenetapkan tujuh tingkatan nafsu iaitu NafsuAmmarah, Lawwamah, Mulhammah,Mutmainnah, Radhiyah, Mardhiyah danKamiliyah. Penyucian Latifah Nafs ini dinamakansebagai Tazkiyatun Nafs di mana Para Masyaikhmeletakkan berbagai ujian bagi menguji tahapnafsu Para Murid. Ujian-ujian tersebut berupaMujahadah Nafs bagi menundukkan kakuan diridan keinginan hawa nafsu. Sebagaimana yangdinyatakan bahawa terdapat tujuh tingkatan Nafsyang perlu dilalui oleh setiap Salik seperti berikut:1. Nafsu Ammarah - Pada tingkatan ini keakuan seseorang itu berada pada tahap kehaiwanan iaitu pada kedudukan yang rendah, tidak mengenali hakikat diri dan tidak mengenal hakikat Tuhan, boleh menjadi lebih buas dari binatang dan sentiasa mengingkari perintah- perintah Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Tahap nafsu ini berada pada tingkatan yang rendah dan perlu disucikan dengan Taubat dan Istighfar untuk menuju pada tingkatan yang lebih tinggi supaya dimuliakan oleh para Malaikat. Apabila nafsu Ammarah ini dapat dikuasai sepenuhnya, peribadi manusia itu akan menjadi lebih baik dari Para Malaikat setelah dia menjalani latihan penyucian diri di bawah asuhan seorang Murshid yang sempurna. Nafsu Ammarah
  79. 79. sentiasa mengajak diri mengingkari Allah dan Rasul, menurut ajakan Syaitan, bergelumang dengan dosa-dosa besar dan maksiat, bertabiat dan bertingkah laku buruk, bernafsu seperti haiwan yang buas. Sentiasa memuaskan kehendak hawa nafsu dan bersikap mementingkan diri sendiri.2. Nafsu Lawammah - Pada tingkatan ini keakuan seseorang itu berada pada tahap mula menyedari keingkaran dan sifat buruk yang ada pada dirinya dan berasa menyesal apabila melakukan perbuatan yang buruk dan tidak baik. Dia mula untuk berasa bersalah kerana menurut keakuan dirinya semata-mata dan lebih mementingkan diri sendiri. Dia akan melakukan Taubat dan Istighfar tetapi akan kembali kepada perlakuan dosa dan maksiat kepada Allah dan Rasul. Kesedarannya baru terbit tetapi tidak kukuh. Dia perlu menjalani latihan untuk menerbitkan rasa kesedaran dan insaf pada setiap masa serta menyerahkan dirinya kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana jika tidak, dia akan kembali terjerumus ke dalam kancah keburukan.3. Nafsu Mulhammah - Pada tingkatan ini keakuan seseorang itu berada pada tahap yang lebih kerap menyesali dirinya kerana mengingkari hukum dan perintah Allah dan
  80. 80. Rasul, kesedaran untuk insaf semakin bertambah tetapi masih belum mampu meninggalkan perbuatan dosa dan maksiat. Dia belum menyerahkan dirinya bulat-bulat kepada Allah kerana keakuan dirinya belum Fana atau dimatikan. Walaubagaimanapun keinginan untuk kembali sepenuhnya kepada Allah terasa amat dekat. Dia akan diilhamkan dengan amalan kebaikan yang dapat mendekatan diri kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Dengan latihan keruhanian dan asuhan Murshid dia akan berjaya mematikan keakuannya. Kerana itu amat penting bagi Murid untuk mendapat bimbingan Murshid kerana seseorang itu tidak akan mampu mencapai penyucian Nafsu Mulhammah ini dengan bersendirian melainkan melalui seorang Murshid secara zahir dan batin. Dia perlu berzikir dengan kalimah Ismu Zat iaitu Allah Allah sebanyak-banyaknya di dalam hati sehingga terbit ketenangan.4. Nafsu Mutmainnah - Pada tingkatan ini keakuan seseorang itu berjaya mencapai Fana. Dia berjaya mematikan keakuan dirinya dan menyerahkan dirinya kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Apabila keakuan dimatikan maka akan lahirlah Bayi Maknawi dari diri insan. Insan bersifat pelupa dan apabila keakuan insan itu dimatikan maka akan lahirlah daripada dirinya, dirinya yang sebenar yang
  81. 81. diertikan oleh Hadhrat Syeikh Abdul Qadir Jailani sebagai Tiflul Ma’ani. Pada tahap ini keimanan seseorang itu menjadi semakin teguh dan kukuh. Dia perlu mendawamkan zikir kalimah Ismu Zat pada setiap latifah sehingga sempurna Sepuluh Lataif dan kekal dalam Syuhud. Ruhnya berjaya mencapai ketenangan pada Nafsu Mutmainnah dengan berkat limpahan dan asuhan Murshid.5. Nafsu Radhiyah - Pada tingkatan ini keakuan seseorang itu telah diserahkan sepenuhnya kepada Allah dan dia redha dengan apa jua yang datang dari Allah. Tidak mementingkan apa yang telah berlaku dan apa yang akan berlaku. Dia menumpukan kesedarannya pada Kehadiran Zat Yang Suci pada setiap masa. Dia hanya menjadikan Allah sebagai maksud dan sentiasa menuntut keredhaan Allah. Dia sentiasa merasakan dirinya lemah di hadapan Allah dan sentiasa bergantung penuh kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Dia mengetepikan segala kepentingan Dunia dan Akhirat demi Allah Ta’ala semata-mata.6. Nafsu Mardhiyah - Pada tingkatan ini keakuan seseorang itu telah tenggelam dalam lautan Syuhud. Dia menyaksikan Kebesaran Allah dengan cahaya Musyahadah dan mencapai ‘Irfan. Dia berenang di lautan Makrifat
  82. 82. mengenali hakikat diri dan hakikat Tuhannya. Ruhnya telah aman damai di sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan jiwanya menjadi lembut terhadap sesama makhluk dan zahirlah akhlak yang baik serta mulia dari dirinya.7. Nafsu Kamiliyah - Pada tingkatan ini keakuan diri seseorang itu telah mencapai penyucian yang sempurna dan berjaya menjadi insan yang sempurna dengan menuruti segala Sunnah Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang mana merupakan insan yang paling sempurna. Zahir mereka bersama manusia di dalam khalayak ramai dan menghadiri majlis mereka namun batin mereka sentiasa dalam keadaan berjaga- jaga memerhatikan limpahan faidhz dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Zikir mereka pada tingkatan ini adalah sentiasa bermuraqabah. Penyerahan mereka sempurna dan Allah menzahirkan Tanda-Tanda KekuasaanNya menerusi hamba tersebut. Dia menyerah kepada segala ketentuan Taqdir dan melaksanakan kewajibannya sebagai hamba dengan sebaik- baiknya. Ini merupakan tingkatan Para Nabi dan Rasul ‘Alaihimussolatu Wassalam dan inilah merupakan tingkatan Para Sahabat Ridhwanullah ‘Alaihim Ajma’in dan tingkatan sekelian Wali Qutub.
  83. 83. Hadhrat Syeikh Shahabuddin As-Suhrawardi Rahmatullah ‘alaih telah menyatakanbahawa terdapat sepuluh sifat buruk yang adapada Nafs dan ianya adalah berasal dari unsur-unsur seperti panas, sejuk, lembab dan keringseperti berikut: 1. Hawa 2. Nifaq 3. Riya 4. Mengaku Tuhan 5. Bangga Diri 6. Tamak 7. Haloba 8. Banyak Ketawa 9. Malas 10. Lalai Dari sepuluh sifat yang buruk ini terbitberbagai lagi sifat-sifat yang buruk seperti hasaddengki, iri hati, bersangka buruk, putus asa dansebagainya. Ada sebilangan Masyaikh yangmenganggap Nafs dan Qalb adalah sama keranapada penghujungnya mereka mendapati NafsMutmainnah adalah jiwa yang tenang sertamenganggap jiwa letaknya pada hati. Merekamenganggap tiada perbezaan antara kedua-duanya.
  84. 84. Sebenarnya Qalb dan Nafs adalah duaperkara yang berbeza tetapi memilikitanggungjawab yang sama iaitu untuk disucikandari segala sesuatu selain Allah dan menumpukaningatan terhadapNya serta menggunakankemampuan Qalb dan Nafs untuk Ma’rifat AllahTa’ala dan seterusnya sentiasa menghadapkannyakepada Wajah Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Kedua-duanya merupakan dua pusat perhentian utamayang mewakili Alam Amar dan Alam Khalaq. Qalbadalah pusat perhentian bagi Alam Amar dan Nafsadalah pusat perhentian bagi Alam Khalaq. Seseorang Salik yang telah sempurnamenempuh Alam Amar bermakna dia telah berjayamenempuh Daerah Wilayah Sughra yakni daerahkewalian kecil dan merupakan Alam BayanganSifat Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Menurut Hadhrat Imam Rabbani MujaddidAlf Tsani Syeikh Ahmad Faruqi SirhindiRahmatullah ‘alaih, apabila seseorang Salik telahsempurna menempuh Daerah Wilayah Sughramaka bermulalah Fana yang sebenarnya dan Salikakan terus menuju kepada Daerah Wilayah Kubrayakni daerah kewalian yang besar. Daerah Wilayah Kubra ini berada dalamBayangan Hadhrat Nabi Muhammad Sallallahu‘Alaihi Wasallam iaitu dalam menuruti Sunnah
  85. 85. Hadhrat Baginda Nabi Muhammad RasulullahSallallahu ‘Alaihi Wasallam. Ianya merupakandaerah kewalian Para Nabi dan terdapat tigasetengah daerah di dalamnya iaitu Daerah Ula,Daerah Tsaniah, Daerah Tsalisah dan setengahDaerah Qaus. Setelah Salik sempurna menjelajah daerah-daerah ini pada Latifah Nafsnya dia akanmeneruskan perjalanan Ruhaniahnya merentasiDaerah ‘Ulya iaitu daerah Para Malaikat yangtinggi kedudukannya di sisi Allah Subhanahu WaTa’ala. Seterusnya Salik hendaklah menyucikanLatifah Qalibiyahnya iaitu anasir yang empatterdiri dari Tanah, Air, Api dan Angin. Padatingkatan ini seseorang Salik tidak lagimemerlukan sebarang asbab luaran untukmencapai KehadiranZat Allah Subhanahu WaTa’ala.7. ANGINKEDUDUKANNYA adalah pada seluruh jasadtubuh badan manusia. Angin sifatnya halus dantidak kelihatan. Angin yang besar dapat mengubahkeadaan sesuatu tempat dan ia boleh bergerak kemana-mana. Unsur Angin terdapat pada diri
  86. 86. manusia secara zahirnya dapat kita perhatikanmenerusi pernafasan keluar dan masuknya udaramelalui hidung dan mulut. Udara Oksigen yangdihirup masuk ke dalam paru-paru akan diagih-agihkan ke setiap bahagian tubuh badan. Angin juga dapat kita rasakan melaluidubur ketika telah sempurnanya penghadaman.Sifat Angin pada manusia adalah halus kerana iamenampilkan keinginan hawa nafsu yang tidakterbatas dan kecenderungannya menuruti hawanafsu. Adakalanya ia dizahirkan menerusikesedihan dan dukacita dan adakalanya terzahirmenerusi keinginannya untuk berpindah darisuatu tempat ke suatu tempat sepertimana anginyang bertiup dari suatu tempat ke suatu tempat.8. APIKEDUDUKANNYA adalah pada seluruh jasadtubuh badan. Api merupakan suatu unsur yangAllah Subhanahu Wa Ta’ala gunakan untukmenjadikan Syaitan dan Syaitan adalah darigolongan Jin dan mereka adalah dari Api. Unsur Api juga Allah Subhanahu Wa Ta’alakurniakan kepada manusia dan ini dapat dilihat
  87. 87. pada ciri-ciri zahirnya iaitu pembakaran makanandi dalam perut bagi menghasilkan penghadaman,panas badan dan demam. Unsur Api yang Allah Subhanahu Wa Ta’alakurniakan adalah bersifat halus dan adaterkandung sifat-sifat kesyaitanan dan Jin dalamdiri manusia seperti kemarahan, bangga diri,bongkak dan takabbur.9. AIRKEDUDUKANNYA adalah pada seluruh jasadtubuh badan. Jasad sekelian manusia adalah dariAir dan ciri-ciri air itu ada pada manusia seperti airmata, air liur, air hingus, air peluh, air mani, airnajis dan darah. Air sifatnya mengalir dan begitulah sifatnyadalam masyarakat, bergerak ke sana dan ke mariseperti air. Ada sifat air yang jernih dan ada yangsifatnya seperti susu. Manusia juga mudah menuruti hawa nafsuyang jahat dan ada yang boleh menerimaperubahan dan mengubah masyarakat. Ia jugabersifat pelupa dan cenderung kepada tidur.
  88. 88. 10. TANAHKEDUDUKANNYA adalah pada seluruh jasadtubuh badan. Jasad jasmani Hadhrat Nabi Adam‘Alaihissalam telah dijadikan oleh AllahSubhanahu Wa Ta’ala daripada tanah. Begitulahjuga kepada sekelian anak cucu Hadhrat NabiAdam ‘Alaihissalam kesemuanya kembalidikebumikan ke dalam tanah. Adapun sifat-sifatTanah itu ada dalam diri manusia sepertikerendahan hati dan merendahkan diri,kehormatan, ringkas dan mudah terbentuk. Terdapat berbaga jenis sifat tanah iaitu adayang subur apabila menerima air hujan sertamenumbuhkan rumput, ada tanah yang keras danmenakungkan air untuk manafaat makhluk yanglain dan ada jenis tanah yang keras tidakmenakungkan air serta tidak menumbuhkanrumput. Begitulah diibaratkan kepada orang yangmenerima limpahan ilmu dari Hadhrat BagindaNabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘AlaihiWasallam, ada yang mendapat manafaat darinyadan ada yang memanafaatkannya kepada oranglain dan ada yang tidak memanafaatkannya untukdirinya mahupun kepada orang lain. Sifat Tanah adalah mudah dibentukkankepada sebarang bentuk, bijaksana, berperingkat,kejahilan, kejahatan, kegelapan dan kelemahan.
  89. 89. 5. TUJUH LANGKAH PENYUCIANPENYUCIAN kesemua Sepuluh Lataif Insan ini dilakukan dalam 7 langkah atau peringkat. 1. Peringkat pertama penyucian Latifah Qalb. 2. Peringkat kedua penyucian Latifah Ruh. 3. Peringkat ketiga penyucian Latifah Sirr. 4. Peringkat keempat penyucian Latifah Khafi. 5. Peringkat kelima penyucian Latifah Akhfa. 6. Peringkat keenam penyucian Latifah Nafs. 7. Peringkat ketujuh adalah penyucian Latifah Qalibiyah iaitu Empat Anasir merangkumi Angin, Api, Air dan Tanah. Penyucian Latifah pertama hingga keenamadalah berzikir pada kedudukan masing-masingseperti yang telah dijelaskan, manakala penyucianLatifah yang ketujuh iaitu Latifah Qalibiyahdengan berzikir pada setiap zarah, jisim danrambut pada seluruh bahagian tubuh badan kitayang merangkumi kesemua Sepuluh Latifah.
  90. 90. 6. DAERAH IMKANSELURUH Alam Maya Semesta Raya ini adalahAlam Kabir dan berada dalam Daerah Imkan.Daerah Imkan atau Daerah Mumkinat adalahdaerah keluasan yang mungkin bagi Alam Kabirdan ianya terbahagi kepada dua bahagian, atas danbawah yang meliputi Alam Amar dan AlamKhalaq. Separuh bahagian bawahnya adalahbermula dari ‘Arash sehinggalah ke bawah tanahdan separuh bahagian atasnya adalah bermula dariatas ‘Arash sehinggalah seatas-atasnya. AlamAmar adalah pada separuh bahagian atas DaerahImkan manakala Alam Khalaq pula adalah padaseparuh bahagian bawah Daerah Imkan (Rajah 1).

×