contoh perjanjian jual beli kenderaan

79,452 views

Published on

Contoh jual beli kenderaan 2013

0 Comments
29 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
79,452
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
332
Actions
Shares
0
Downloads
1,670
Comments
0
Likes
29
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

contoh perjanjian jual beli kenderaan

  1. 1. PERJANJIAN JUALBELI 1 PERJANJIAN PENYERAHAN KENDERAAN PERJANJIAN ini dibuat pada 28 / 10 / 2013 bersamaan pada hari ISNIN di Pejabat Tetuan Azrulhisham & CO yang beralamat Lot 1342, Tingkat Satu Hadapan Hospital Besut, Jalan Pasir Akar, 22000 Jerteh, Terengganu. : AHMAD YUSRI BIN ISMAIL Diantara (NO. K/P: 800102-11-6131) Beralamat : Lot 3545 Jalan Tokey Kijang, Kg. Banggol Katong Serada, 20050 K.Terengganu (selepas daripada ini disebut sebagai “Penjual” ) pada satu pihak : WAN HAFIZIE BIN WAN MOHAMD Dan (NO. K/P: 891020-11-5131) Beralamat : No. 17 Kampung Kayu Kelat, 22000 Jerteh Terengganu. (selepas daripada ini disebut sebagai “Pembeli” ) pada satu pihak yang lain. Dengan disaksikan dihadapan oleh : BAHAWASANYA 1. Penjual adalah pemunya berdaftar kenderaan yang butir-butir adalah seperti yang dinyatakan di bawah ( selepas daripada ini disebut sebagai “Kenderaan tersebut”). 1.1 Jenis Kenderaan : KAWASAKI Z800 1.2 No. Pendaftaran : TBL 141 1.3 Tahun Dibuat : 2013 1.4 No. Casis : JKBZR800AADA06490 1.5 No. Enjin : ZR800AEA10168 1.6 Bank Pembiaya : AEON CREDIT SERVICE (M) BERHAD 1.7 Bayaran Bulanan : RM 778.00 1.8 Pemunya Berdaftar : AHMAD YUSRI BIN ISMAIL DISEDIAKAN OLEH TETUAN AZRULHISHAM & CO
  2. 2. PERJANJIAN JUALBELI 2 (Sesalinan geran hakmilik kenderaan tersebut dilampirkan didalam Perjanjian ini dan ditandakan sebagai “Lampiran 1”). 2. Penjual telah bersetuju untuk menjual dan pembeli telah bersetuju untuk membeli kenderaan tersebut secara “sambung bayar” tertakluk kepada syarat-syarat dan termaterma seperti yang terkandung di dalam Perjanjian ini. 1. PERSETUJUAN Dengan fikiran yang waras Penjual telah bersetuju untuk menjual Kenderaan tersebut secara “sambung bayar” dan Pembeli bersetuju untuk membelinya tertakluk kepada syarat-syarat dan terma-terma yang terkandung di dalam Perjanjian ini. 2. BAYARAN BULANAN Pembeli dikehendaki untuk menjelaskan bayaran bulanan Kenderaan tersebut kepada Penjual pada atau sebelum 30 HARIBULAN SETIAP BULAN SECARA BULANAN SELAMA 7 TAHUN (84 BULAN) melalui bayaran secara tunai atau dibankkan ke dalam akaun Penjual. Walaubagaimanapun Penjual berhak untuk menuntut semula Kenderaan tersebut dan Pembeli dikehendaki memulangkan Kenderaan tersebut kepada Penjual sekiranya Pembeli gagal untuk menjelaskan bayaran bulanan Kenderaan tersebut kepada Bank Pembiaya selama Tiga (3) bulan berturut-turut (selepas daripada ini disebut sebagai “Tunggakan tersebut”). Oleh yang demikian Perjanjian ini akan terbatal dengan sendirinya. Sekiranya Kenderaan tersebut telah di tarik oleh Bank Pembiaya sebelum sempat diserahkan kepada Penjual maka Pembeli beraku janji akan bertanggungjawab keatas segala kos yang berkaitan dengan penarikan Kenderaan tersebut oleh Bank Pembiaya dan seterusnya Pembeli akan bertanggungjawab keatas segala kerosakan yang berlaku akibat daripada kesan penarikkan Kenderaan tersebut oleh Bank Pembiaya. 3. TANGGUNGJAWAB PEMBELI 3.1 Pembeli adalah bertanggungjawab keatas segala saman Pihak Berkuasa yang berkenaan mulai daripada tarikh Pembeli mengambil alih Kenderaan tersebut daripada Penjual. 3.2 Pembeli adalah bertanggungjawab secara mutlak sekiranya Kenderaan tersebut terlibat dengan kegiatan yang menyalahi undang-undang mulai dari tarikh Pembeli mengambil alih Kenderaan tersebut daripada Penjual. Walaubagaimanapun Penjual akan memberikan kerjasama yang sepatutnya sekiranya perlu berdasarkan kapisiti Penjual sebagai Pemunya Berdaftar Kenderaan Tersebut. 3.3 Pembeli adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa Kenderaan tersebut tidak dijual kepada pihak ketiga tanpa sebarang kebenaran secara bertulis diperolehi terlebih dahulu daripada Penjual. Dan sekiranya Kenderaan tersebut dijual kepada pihak ketiga tanpa pengetahuan Penjual maka Pembeli akan DISEDIAKAN OLEH TETUAN AZRULHISHAM & CO
  3. 3. PERJANJIAN JUALBELI 3 bertanggungjawab secara mutlak terhadap Kenderaan tersebut sehingga kenderaan tersebut berjaya ditemui dan berada dibawah jagaan Pembeli sepenuhnya. Segala tunggakkan dan kerosakan yang berlaku kesan daripada perkara tersebut ( sekiranya ada) akan ditanggung sepenuhnya oleh Pembeli. 3.4 3.5 4. Pembeli hendaklah memastikan bahawa Kenderaan tersebut dilindungi oleh insuran yang sah pada setiap masa dan jumlah perlindungan yang diansurankan mestilah tidak kurang dari harga pasaran semasa dan/atau jumlah baki hutang dengan Bank Pembiaya yang berkenaan. Sekiranya Pembeli secara suka rela menyerahkan Kenderaan tersebut kepada Penjual didalam tempoh Perjanjian hendaklah memastikan bahawa Kenderaan tersebut berada didalam keadaan yang sama seperti waktu mengambil alih daripada Penjual. Segala kekurangan/kerosakan akan ditanggung sepenuhnya oleh Pembeli dan Deposit akan diserahkan semula kepada Pembeli setelah ditolak Tunggakkan dan/atau kerosakan (sekiranya ada). TANGGUNGJAWAB PENJUAL 4.1 4.2 5. Penjual adalah bertanggungjawab memberikan kerjasama untuk segala urusan yang melibatkan Kenderaan tersebut sekiranya perlu. Sekiranya Penjual gagal memberikan kerjasama yang sepatutnya maka Pembeli berhak untuk membatalkan Perjanjian ini. Sekiranya Pembeli ingin membiaya atau menyelesaikan segala baki hutang dengan Bank Pembiaya maka Penjual bertanggungjawab untuk memberikan keizinan pertukaran hakmilik secara rasmi keatas nama Pembeli atau wakilnya. HAK PEMBELI Pembeli berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap penjual sekiranya Kenderaan dituntut kembali oleh Penjual tanpa sebarang alasan yang munasabah walaupun segala terma dan syarat didalam Perjanjian ini dipatuhi sepenuhnya oleh Pembeli. 6. HAK PENJUAL Penjual berhak untuk membatalkan Perjanjian ini sekiranya didapati Pembeli memudaratkan status Penjual sebagai pemunya berdaftar Kenderaan tersebut. 7. KLAUSA PENTING Sekiranya Pembeli gagal untuk membayar bayaran bulanan selama Tiga (3) bulan berturut-turut dan/atau sekiranya Kenderaan tersebut dijual kepada pihak ketiga tanpa pengetahuan dan kebenaran Penjual dan seterusnya gagal untuk menyerahkan kembali Kenderaan tersebut kepada Bank Pembiaya dan/atau Penjual dan setelah usaha dilakukan oleh Penjual untuk mendapatkan kembali Kenderaan tersebut menemui kegagalan maka DISEDIAKAN OLEH TETUAN AZRULHISHAM & CO
  4. 4. PERJANJIAN JUALBELI 4 satu laporan Polis akan dibuat terhadap Pembeli dan tindakan undang-undang akan dimulakan terhadap Pembeli berkaitan dengan kehilangan Kenderaan tersebut. 8. MASA Masa bila mana dinyatakan didalam perjanjian ini merupakan intipati perjanjian ini. 9. PENGETAHUAN DAN/ATAU PERSETUJUAN SECARA SENYAP Pengetahuan dan/atau persetujuan secara senyap oleh Penjual atau Pembeli mengenai sebarang pelanggaran terhadap mana-mana syarat atau mana-mana satu daripada perkaraperkara tersebut yang terkandung didalam Perjanjian ini hendaklah tidak akan dianggap sebagai suatu pelepasan syarat-syarat atau akujanji-akujanji tersebut dan walaupun perkara yang dinyatakan diatas telah berlaku, Penjual atau Pembeli masih berhak untuk menguatkuasa hak masing-masing di bawah Perjanjian ini serta mengkehendaki perlaksanaan dengan sempurna oleh mana-mana pihak terhadap segala syarat-syarat seperti mana yang terkandung di dalam Perjanjian ini. 10. NOTIS BERTULIS Apa jua notis yang perlu diserahkan kepada salah satu pihak di sini mengikut syaratsyarat didalam Perjanjian ini adalah dikira sempurna serahannya apabila: (a) (b) Ianya diserahkan kepada satu pihak itu atau melalui Surat Berdaftar yang dialamatkan kepada alamatnya yang dinyatakan disini dan adalah dikira (samada di terima atau tidak) di terima pada masa Surat Berdaftar itu diserah di dalam keadaan biasa; Ianya diberikan kepada pihak itu atau melalui surat dan/atau diserahkan dengan tangan kepada pihak itu. (RUANGAN INI DENGAN SENGAJA DITINGGALKAN KOSONG) DISEDIAKAN OLEH TETUAN AZRULHISHAM & CO
  5. 5. PERJANJIAN JUALBELI DISEDIAKAN OLEH TETUAN AZRULHISHAM & CO 5
  6. 6. PERJANJIAN JUALBELI DISEDIAKAN OLEH TETUAN AZRULHISHAM & CO 5

×