buku "doktor umum", Dr. Mahathir

1,286 views

Published on

rum

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
1,286
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
4
Actions
Shares
0
Downloads
25
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

buku "doktor umum", Dr. Mahathir

  1. 1. RUMUSAN TENTANG BUKU “DOKTOR UMUM” oleh Dr.Mahathir Terdapat banyak perkara yang saya dapat kupaskan di dalam buku ini, antaranya ialahrusuhan kaum pada tahun 1969, tidak menjejaskan pilihan raya pada tahun 1974. Malah kerajaantelah mengadakan Majlis Makan Durian untuk menyatupadukan kaum kerana majoritinyamasyarakat cina amat menggemari durian seperti masyarakat melayu. Selepas Tun Razak menjadiPresiden UMNO dan Perdana Menteri, semua parti pembangkang bersetuju untuk menyertai PartiPerikatan yang kemudiannya digantikan dengan Barisan Nasional. Seluruh masyarakat Cina,Melayu dan India dapat menyesuaikan diri mereka dengan menerima Dasar Ekonomi Baru (DEB).Perkongsian kuasa politik dan kekayaan ekonomi Negara secara adil dan saksama. Selepas Dr.Mahathir diterima semula ke dalam UMNO, Dewan Ahli Undangan (DUN) Kedah mencalonkanbeliau sebagai Senator. Dr. Mahathir kembali ke parlimen setelah memenangi kerusi Kubang Pasu,Tun Razak melantik beliau sebagai menteri pelajaran pada masa itu. Sejurus selepas dilantikmenjadi menteri pelajaran, satu tunjuk perasaan oleh pelajar-pelajar universiti pada tahun 1974 diKuala Lumpur kerana mereka mendakwa ada penduduk yang mati kebuluran di Baling, Kedah.Tunjuk perasaan berakhir selepas Anwar ditahan di bawah ISA. Kemudian beliau menekankanpenggunaan bahasa melayu di sekolah serta penggunaan bahasa inggeris sebagai bahasa kedua dinegara ini. Amalan perubatan juga membantu Dr. Mahathir memahami manusia dengan lebihbaik , menghargai punca masalah mereka dan mengetahui langkah yang perlu diambil untukmemenuhi keperluan mereka. Malahan, Dr. Mahathir juga menyediakan kemudahan perubatan bagipenduduk luar bandar sebagai satu cara untuk meraih undi orang ramai. Selain itu beliauberpendapat bahawa kempen untuk semua jawatan parti kerap melibatkan wang, Pemilihan tahun1986 adalah contoh terbaik apabila wang dibelanjakan dengan mewah untuk mendapatkan undi. Halini boleh dikatakan sebagai titik tolak kepada amalan politik wang secara besar-besaran dan sejakitu amalan politik wang menjadi satu cirri dalam pemilihan UMNO. Di sini menunjukkan bahawaapa yang mereka utamakan bukanlah keperluan rakyat, tetapi habuan politik yang boleh diraih hasilsumbangan berkenaan. Selain daripada itu, perlantikan Dr. Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menterimembabitkan penukaran portfolio daripada Pelajaran kepada Perdagangan Antarabangsa danPerindustrian (MITI). Beliau mendapati permit mengimport (AP) bagi kenderaan baik pulihdiberikan kepada orang melayu kerana mereka tidak berpeluang memasuki bidang penjualankenderaan. Sebenarnya, pada pendapat beliau , peningkatan pelaburan asing membantumewujudkan peluang pekerjaan dan sekali gus mengurangkan kadar pengangguran yang tinggi padamasa itu. Berbeza daripada Jepun dan Korea , pilihan mereka adalah mendapatkan teknologi asinguntuk digunakan oleh pelabur tempatan. Proses perindustrian ekonomi Malaysia dimulakan olehTun Razak dan Dr. Mahahtir membantu mempercepatkan proses itu dengan mempromosikannyasecara aktif dan mewujudkan iklim yang lebih mesra kepada pelabur. Ketika beliau menjadiMenteri Perdagangan dan Perindustrian , beliau banyak melawat negara maju bagi memperkenalkanMalaysia sebagai destinasi pelaburan serta pusat dangangan di Asia Tenggara. Ahli perniagaan kitaharuslah mencari pasaran baru yang berpotensi dan menjalin perdagangan langsung dengan mereka.
  2. 2. Dengan usaha tersebut, kini Malaysia adalah antara negara perdagangan terbesar di dunia denganeksport kira-kira AS$100 bilion setahun. Menjadi seorang Timbalan Perdana menteri bukanlah satuperkara yang mudah , walaupun setelah lima tahun berkhidmat dalam jawatan tersebut, beliau tidakdapat menjalinkan hubungan yang mesra bersama Tun Hussien. Bagi beliau, Tun Hussien tidakmudah mesra dan interaksinya bersama dengan orang ramai agak kaku. Walaupun boleh bergurautetapi beliau bukanlah jenis yang suka berjenaka dan ketawa. Hal ini berbeza dengan personalitiTun Razak yang lebih mesra, lebih mudah ketawa dan selesa bergaul manakala Tun Hussien lebihgemar menyendiri. Secara zahirnya, hubungan antara Dr. Mahathir dan Tun Hussien lebih bersifatrasmi dan tidak Dr. Mahathir tidak akan berjumpa beliau melainkan untuk membincangkan hal-halrasmi. Tun Hussien berpegang teguh kepada prinsip dan tidak ada sikit pun cakap-cakap mengenairasuah serta skandal yang boleh dikaitkan dengan beliau. Walaupun idea dan cadangan Dr.Mahathir kerap ditolak oleh Tun Hussien, namun beliau tidak pernah putus asa dalam memberipandangan untuk memesatkan pembangunan negara. Walaupun tidak mendapaat galakansecukupnya, beliau berjaya memperkenalkan beberapa inisiatif sebagai Timbalan Perdana Menteri.Antaranya adalah penubuhan Unit Pemodenan Pentadbiran dan Perancangan Pengurusan atauMalaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit (MAMPU) yangbertanggungjawab mempertingkatkan kecekapan dan produktiviti kerajaan. Dengan latar belakangtersebut beliau boleh membuktikan kepada mereka yang walaupun beliau pro-melayu , ia tidakbermakna beliau menentang kaum-kaum lain. Dr. Mahathir sekadar berpendapat bahawa denganmenaikkan ekonomi orang melayu, kebaikannya bukan sahaja terhadap mereka, malah kepadanegara keseluruhannya. Dalam pada itu, setelah Tun Hussien yang lemah selepas pembedahan pintasanjantung, Dr. Mahathir mengambil alih pentadbiran negara selaku timbalannya. Beliau telahmelancarkan Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM) sebagai jentera kerajaan yangakan menyelia dan melaksanakan usaha perindustrian negara. Beliau kagum dengan Tan Sri EricChia yang berjaya memulihkan kilang perwaja serta menyemai semangat baru dalam kalanganpekerja dengan mengaturkan latihan fizikal dan kursus motivasi untuk mereka. Beliaumembekalkan mereka dengan keperluan semasa bekerja dan pandai mengambil hati pekerja sepertimemberi bekalan kurma kepada pekerja melayu ketika mereka hendak berbuka puasa pada bulanRamadhan. Secara tidak langsung perkara tersebut dapat meningkatkan motivasi para pekerja sertakomited kepada tugas masing-masing dan nampak jelas mereka gembira bekerja di bawah beliau.Tambahan lagi, Chia juga bertanggungjawab memperkenalkan sejumlah industri kecil keluli,misalnya beliau telah mengimport mesin yang boleh dipasang di rumah kampung dan pendudukhanya perlu memetik suis untuk menghasilkan paku ,dan hal ini secara langsung boleh membantupenduduk kampung menyertai industri kecil. Setelah pengunduran Tun Hussien daripada jawatan Perdana Menteri , Dr. Mahathirmengambil alih jawatan tersebut dan melaksanakan beberapa perubahan kepada ibu negara iaituKuala Lumpur seterusnya kepada negara. Beliau merupakan seorang yang cekal kerana walaupunberlaku kegawatan ekonomi , beliau tetap mahu melaksanakan banyak idea baru. Namun sepertibiasa dalam memperkenalkan etika baru bekerja dan mengubah cara pemikiran lama ,sudah tentu
  3. 3. idea-idea seperti ini sukar diterima dek kerana memerlukan masa untuk bertapak dan membuahkanhasil. Seterusnya Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri pada masa itu amat komited dalammenyediakan sebuah jentera kerajaan yang dapat berkhidmat kepada masyarakat. Bagimerealisasikan perkara tersebut beliau telah mencadangkan supaya diperkenalkan inovasi baru bagimempercepatkan urusan Kerajaan dan menjadikannya lebih produktif . Sebagai contoh ialah denganperlaksanaan bagi setiap jabatan menghasilkan buku panduan supaya setiap pegawai tahu langkah-langkah yang perlu diambil dan dipatuhi dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.Tambahan lagi, beliau mencadangkan setiap jabatan mengadakan manual, carta pengaliran kerjadan fail meja. Tanpa beliau menyangka, walaupun hanya beberapa langkah yang diambil ia dapatmewujudkan gambaran mengenai pertumbuhan yang pesat dan kemakmuran yang meningkat.Antara projek-projek prasarana yang berjaya ialah lebuh raya, kemudahan bekalan air, pelabuhandan lapangan terbang turut dibina dengan lebih pantas daripada sebelumnya. Bagi Dr. Mahathiruntuk membangunkan sesebuah negara supaya lebih maju, kegiatan rasuah hendaklah dihapuskan.Selalunya rasuahlah yang menyebabkan system birokrasi runtuh. Oleh yang demikian, sejurusselepas beliau dilantik menjadi Perdana Menteri, beliau mengeluarkan satu kenyataan keras yangmemberi amaran akan bertindak tegas ke atas pegawai kerajaan yang korup. Ekoran itu, beberapaorang pegawai mengambil keputusan untuk bersara awal. Menoleh ke belakang kita dapat perhatikan bahawa , walaupun secara sepintas lalu,yang pembentukan Kuala Lumpur dan seluruh Malaysia hari ini, adalah kesan daripada kempenBersih, Cekap dan Amanah. Ia bukanlah penyumbang tunggal kepada pembangunan Malaysia ,tetapi ia memang mengubah system pentadbiran negara kita kepada yang lebih baik jika menjurussemula tumpuan , tenaga dan pemikiran pegawai. Secara keseluruhannya, ia sedikit sebanyakmembantu mengurangkan rasuah dan memesatkan pembangunan. Kempen Bersih , Cekap danAmanah bukan slogan pilihan raya semata-mata , walaupun itulah permulaannya. Sebetulnya,slogan boleh membantu tetapi hendaklah digunakan dengan berhati-hati kerana slogan yang terlalubanyak boleh menyebabkan rakyat menjadi bosan dengan janji-janji kosong kerajaan yang hanyadatang sewaktu menghampiri tarikh pilihan raya sahaja. Malah yang lebih memalukan , slogan-slogan yang dibuat menjadi bahan jenaka masyarakat sendiri. Pada hakikatnya, slogan diciptasebagai singkatan kepada realiti yang dicerminkan atau yang hendak diperkenalkan. Kemudianbeliau memperkenalkan pula slogan Kepimpinan Melalui Teladan dan sebagai pemimpin tertingginegara , slogan itu lebih ditujukan kepada beliau berbanding orang lain. Pemimpin lain merangkumiMenteri, ketua-ketua pentadbir dan ketua-ketua parti. Bagaimanapun, slogan ini akan hanyabermakna jika beliau sendiri menunjukkan teladan. Dr . Mahathir yang telah mengadakan lawatan ke Jepun dan Korea selatanmemutuskan bahawa Malaysia patut melihat negara-negara ini sebagai contoh pembangunan. Inilahbagaimana Dasar Pandangan ke Timur dirumuskan dan dilancarkan. Hal ini kerana sebagai contohapabila syarikat-syarikat Jepun mengalami kemerosotan , mereka tidak sewenang-wenangnyamembuang pekerja. Sebaliknya mereka menukar tugas pekerja atau mewujudkan pekerjaan untukmereka. Hal ini dapat mengurangkan kadar pengangguran dalam sesebuah negara.
  4. 4. Dalam pada itu, masyarakat barat khususnya orang Eropah tidak harus dipandangremeh kerana mereka telah dapat menghasilkan pentadbiran yang lengkap dan mantap sejakberatus-ratus tahun dahulu. Malahan mereka kerap bersaing sesame mereka sejak dulu lagi samaada dalam merebut kawasan atau sesebuah kegiatan ekonomi. Oleh itu, ia tidak menghairankanmereka mempunyai sistem pertahanan yang mantap serta teknologi persenjataan untuk melindunginegara mereka. Namun kesan sampingan perang menyebabkan timbulnya konsep persaingan olehorang Eropah . Bagi mereka, segala-galanya mesti dilaksanakan melalui pertandingan. Dalamkonsep orang Eropah yang orang menang akan dianggap betul walaupun orang tersebut salah.Sungguhpun begitu,mereka sentiasa cuba membuat penambahbaikan dan tidak pernah berpuas hatidengan apa yang mereka miliki. Dalam urus tadbir negara , mereka telah mencipta banyak sistem.Orang Eropah amat pintar dalam perancangan, pengurusan dan perlaksanaan. Mereka sangatsistematik dan hal ini dapat dibuktikan dengan penciptaan rangka tindakan yang terperinci bagisegala sesuatu yang hendak dihasilkan. Dengan menggunakan rangka tindakan itu, mereka danorang lain juga boleh mengeluarkan barang yang serupa secara lebih tepat , cepat dan dalam kuantitiyang lebih besar. Jelaslah bahawa dunia perlu berterima kasih kepada orang Eropah atas sumbanganmereka kepada pengurusan organisasi politik, ekonomi dan kemasyarakatan yang semakinkompleks. Namun begitu, orang Eropah ada kelemahannya dan oleh itu, negara bukan Eropah patutmempelajari sebanyak mungkin mengenai orang Eropah agar dapat membezakan mana satu skim,idea dan sistem ciptaan mereka yang patut diikuti atau ditolak. Dalam kupasan buku beliau juga ada menyebut tentang Datuk Seri Anwar Ibrahimyang menyertai UMNO selepas beliau menjadi perdana menteri pada tahun 1981. Walhal, Anwarsendiri sudah jelas dengan pembabitannya dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dankenyataan-kenyataannya lebih menjurus kepada sekutu semulajadi PAS. Anwar telah menunjukkankepintarannya dengan meyakinkan ABIM dan membuat peralihan tanpa memutuskan hubungandengan pergerakan itu. Bagi Dr. mahahtir, Anwar sebagai pemimpin sudah semestinya beliaumempunyai ramai pengikut dan hal ini secara tidak langsung akan menambah penyokong terhadapUMNO. Dalam imej islamnya , Dr. Mahathir berharap Anwar akan memperkukuhkan kewibawaanUMNO sebagai parti yang memperjuangkan Islam. Setelah itu Dr. Mahathir memutuskan untukmenerima keahlian Anwar dan mendapati tiada bantahan kuat daripada rakan-rakan beliau. Makadengan itu, Anwar secara rasminya menyertai UMNO pada tahun 1982. Setelah itu, beliau mulamenyedari petanda tidak baik yang pertama mengenai Anwar ,apabila beliau membentuk Kabinetpada 1982 dan melantik beliau sebagai Timbalan Menteri dan Anwar tidak berpuas hati denganperkara itu kerana Anwar menghendakkan jawantan Menteri penuh. Satu lagi bukti tentang cita-citaAnwar yang tinggi dapat dilihat pada pemilihan UMNO 1982 apabila beliau memutuskan untukbertanding jawatan tertinggi Pemuda. Beliau memenangi jawatan tersebut dan mulai saat itu ,Anwar seperti mahu mara dalam hierarki UMNO secepat mungkin. Sementelahan itu, ramai orangdatang memberitahu Dr. Mahathir tentang Anwar yang sedang membina popularity peribadi ,khususnya di kalangan pemimpin dan ahli UMNO. Beliau kerap melawat bahagian dan cawanganparti yang bagi pandangan Dr. Mahathir adalah perkara biasa. Malah ia satu tindakan yang bernaskerana suatu hari nanti Anwar juga akan memimpin negara. Sehubungan itu, Anwar juga harus
  5. 5. berbaik-baik dengan masyarakat serta ahli-ahli politik lain serta dikenali dalam parti untukmembantunya memimpin UMNO dan negara dengan lebih berkesan. Malahan sikap peramahAnwar dapat dilihat apabila beliau gemar menerima tetamu . Pada bulan puasa , beliau akanmenghabiskan banyak hari untuk berbuka dengan orang ramai di samping berbuka di rumah . Dimajlis itu , saya dapati beliau juga menjemput Menteri Besar dari semua negeri. Sedangkan Dr.Mahathir sendiri tidak pernah melakukan perkara sedemikian kerana menganggap bahawa tentulahsukar untuk orang luar dari Kuala Lumpur hendak datang dengan hanya untuk jamuan malam yangpendek. Anwar seorang yang penuh dengan kejutan kerana lebih dua pertiga bahagian mencalonkanbeliau untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden. Malah bahagian-bahagian yang memangdiketahui penyokong kuat Tun Ghafar pun tidak mencalonkan Tun Ghafar dan jelaslah beliau akankalah. Sehubungan itu, Tun Ghafar memilih untuk mengundur diri dan Anwar menang tanpadicabar. Secara amnya, pada Malaysia kurang dikenali dalam kalangan negara dunia keranakurang peristiwa-peristiwa besar berlaku di Malaysia tidak seperti Vietnam. Oleh sebab itu, parapelabur dan pedagang juga tidak mengenali Malaysia malah sering tertukar dengan Malawi danMadagascar. Hal ini tidak dapat disangkalkan kerana Malaysia mendapat kemerdekaan tanpapertumpahan darah yang sering menjadi tajuk hangat pemberita dari seluruh pelusuk dunia.Berikutan itu, Dr. Mahathir memutuskan untuk membina hubungan kukuh bersama negara anggotaASEAN memandangkan mereka adalah jiran rapat kita, dan apa saja yang berlaku kepada merekaakan menjejaskan negara kita. Selain itu, beliau juga mewujudkan ikatan diplomatic dengan negara-negara kecil di rantau Pasifik dan Afrika , diikuti oleh negara-negara Islam dan selepas itu barulahKomanwel. Beliau juga menganggap hubungan dengan Jepun dan Korea lebih penting daripadajalinan antara negara Eropah. Bagi Dr. Mahathir tidak ramai orang yakin Asia dan bangsa Asia mampumenyediakan model pembangunan untuk negara lain ,tentu sahaja bukan Malaysia yang dianggaptidak lebih daripada sebuah negara Dunia Ketiga yang mundur. Itulah sikap yang wujud pada masaitu. Beliau menyedari hal ini apabila beliau mengundang beberapa pemimpin komanwel dari Afrikauntuk melawat Malaysia. Mereka tidak menunjukkan minat, kononnya tidak ada apa yang bolehdilihat atau dipelajari daripada sebuah negara Dunia Ketiga yang lain. Namun beliau berkeyakinansebaliknya. Hal ini kerana pada lewat 1980-an , Malaysia sudah pun bergerak maju mengatasikebanyakan negara membangun lain. Untuk menambahkan pengenalan terhadap Malaysia beliaumenghadiri persidangan Komanwel tahun 1985 di Bahamas dan dapat mengenali pemimpin-pemimpin Afrika , Carribean dan negara-negara membangun lain yang menjadi anggota Komanwel.Kesimpulannya, Tun Dr. Mahathir selaku mantan perdana menteri kita telah melakukan banyakperubahan negara kita kearah negara yang lebih moden dan membawa status negara kita di tempatyang lebih tinggi iaitu dikenali di seluruh pelusuk dunia walaupun dikenali sebagai negara DuniaKetiga yang tidak membangun, namun hal tersebut tidak mematahkan semangat beliau untuk terusmembawa Malaysia maju kehadapan.

×