Analisis Petikan

5,649 views

Published on

Published in: Education, Technology, Business
0 Comments
8 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
5,649
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
4
Actions
Shares
0
Downloads
356
Comments
0
Likes
8
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Analisis Petikan

  1. 1. 1.0 PENDAHULUAN Analisis yang dibuat dalam Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) Bahasa Melayu Akademik bagi Semester Dua adalah analisis frasa dan ayat yang terdapat dalam rencana yang diberi dari segi struktur (binaan) dan jenis sahaja. Ini adalah salah satu cabang ilmu yang terdapat dalam sintaksis. Sintaksis ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat. Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang- kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat. Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat. Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan predikat pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FSn). 1
  2. 2. 2.0 BORANG REKOD KOLABORASI PENSYARAH PEMBIMBING DAN PELAJAR Nama pelajar : Syaza Yasmin, Nurzehan, Hasnurfarisha Semester / Kumpulan : Semester 2 / PPISMP 2E Mata pelajaran : Bahasa Melayu Akademik Pensyarah pembimbing : Dr Tuan Haji Ali bin Mahmood Tarikh Perkara yang dibincangkan T/tangan T/tangan pelajar pensyarah 26-03-07 Soalan KKBI Bahasa Melayu Akademik diedarkan kepada pelajar PPISMP 2E 05-04-07 Taklimat tentang soalan tugasan oleh Dr Tuan Haji Ali Mahmood 06-04-07 Pembahagian kumpulan secara bertiga bagi satu kumpulan 07-04-07 Perbincangan bersama ahli kumpulan dan pembahagian tugas kepada ahli-ahli kumpulan 09-04-07 Pencarian bahan-bahan rujukan di perpustakaan 12-04-07 Perbincangan bersama ahli kumpulan dan membuat analisis frasa nama 13-04-07 Membuat analisis frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama yang terdapat dalam petikan 14-04-07 Membuat analisis jenis ayat 15-04-07 Pengumpulan maklumat dan analisis petikan Mengira peratusan jenis frasa 2
  3. 3. dan jenis ayat 16-04-07 Menaip draf kerja kursus 17-04-07 Membuat analisis dan graf bagi tugasan individu 25-04-07 Perbincangan dengan Dr Sabri mengenai tugasan Semakan draf kerja kursus oleh Dr Sabri 26-04-07 Memperbaiki kerja kursus Menyusun dan menjilid kerja kursus 05-05-07 Tugasan kerja kursus diserahkan kepada pensyarah penilai 3.0 JADUAL PELAKSAAN TUGASAN KERJA KURSUS Bil Tarikh Perkara Catatan 1 26-03-07 Soalan KKBI Bahasa Melayu Akademik diedarkan kepada pelajar 2 05-04-07 Taklimat tentang soalan tugasan oleh Dr Tuan Haji Ali Mahmood 3 06-04-07 Pembahagian kumpulan secara 3
  4. 4. bertiga bagi satu kumpulan 4 07-04-07 Perbincangan bersama ahli kumpulan dan pembahagian tugas kepada ahli-ahli kumpulan 5 09-04-07 Pencarian bahan-bahan rujukan di perpustakaan 6 12-04-07 Perbincangan bersama ahli kumpulan dan membuat analisis frasa nama 7 13-04-07 Membuat analisis frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama yang terdapat dalam petikan 8 14-04-07 Membuat analisis struktur dan jenis ayat 9 15-04-07 Pengumpulan maklumat dan analisis 10 16-04-07 Menaip draf kerja kursus 11 17-04-07 Membuat analisis dan graf bagi tugasan individu 12 25-04-07 Perbincangan dengan Dr Sabri mengenai tugasan 13 Semakan draf kerja kursus oleh Dr Sabri 14 26-04-07 Memperbaiki kerja kursus 15 Menyusun dan menjilid kerja kursus 16 05-05-07 Tugasan kerja kursus diserahkan kepada pensyarah penilai 4
  5. 5. 4.0 ANALISIS PETIKAN RENCANA Bahagian A : Analisis secara berkumpulan bertiga ANALISIS FRASA (i) Frasa nama 5
  6. 6. Frasa nama boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang berfungsi sebagai satu unsur dalam binaan ayat. Frasa nama boleh menempati bahagian subjek dan bahagian predikat sesuatu ayat. Frasa nama mempunyai kata nama sebagai intinya dan boleh hadir tanpa penerang atau dengan penerang. Berikut adalah analisis frasa nama yang terdapat dalam petikan yang dianalisis; Bil Frasa nama Struktur frasa Kata nama Penerang 1 Menteri Kesihatan Menteri Kesihatan 2 semua pengeluar pengeluar semua 3 pengeluar makanan pengeluar Makanan 4 makanan segera makanan segera 5 bulan Mei 2007 bulan Mei 2007 6 kandungan khasiat kandungan khasiat 7 kalori produk kalori produk 8 papan tanda papan tanda 9 produk makanan produk makanan 10 kalori makanan kalori makanan 11 kbanyakan makanan makanan kebanyakan 12 hal ini hal ini 13 para pengguna pengguna para 14 suatu usaha usaha suatu 15 had minimum had minimum 16 langkah ini langkah ini 17 penyakit kronik penyakit kronik 18 penyakit kencing manis penyakit kencing manis 19 penyakit darah tinggi penyakit darah tinggi 20 penyakit lemah jantung penyakit lemah jantung 21 penyakit obesitik penyakit oesitik 22 pencegahan ini pencegahan ini 23 kalangan kanak-kanak kanak-kanak kalangan 24 semua pengguna pengguna semua 25 orang dewasa orang dewasa (ii) Frasa kerja Frasa kerja ialah unsur yang berfungsi sebagai predikat dalam ayat. Frasa kerja boleh terdiri daripada satu perkataan ataupun beberapa perkataan. Frasa kerja 6
  7. 7. mempunyai kata kerja sebagainya intinya dan kata kerja itu bersifat transitif ataupun tak transitif. Berikut adalah analisis frasa kerja yang terdapat dalam petikan yang dianalisis; Bil Frasa kerja Struktur Kata kerja Penerang 1 menyatakan bahawa menyatakan bahawa 2 diberi tempoh diberi tempoh 3 mempamerkan kandungan mempamerkan kandungan 4 pemameran kandungan pemameran kandungan 5 mengelakkan kekeliruan mengelakkan kekeliruan 6 menyatakan kandungan menyatakan kandungan 7 diambil oleh orang dewasa diambil oleh orang dewasa 8 menjadi panduan menjadi panduan 9 perlu dilakukan dilakukan perlu 10 melebihi had minimum melebihi had minimum 11 mencegah penyakit mencegah penyakit 12 mengambil makanan segera mengambil makanan segera 13 memastikan bahawa memastikan bahawa pengambilan pengambilan 14 menjejaskan kesihatan menjejaskan kesihatan 15 menetapkan pengeluar menetapkan pengeluar 16 yang dipasarkan dipasarkan yang 17 disokong oleh semua disokong oleh semua pengguna pengguna (iii) Frasa adjektif Frasa adjektif terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif sebagai intinya. Frasa adjektif boleh berfungsi sebagai predikat dalam ayat pola FN + FA, sebagai unsur keterangan dalam predikat (yang menerangkan frasa kerja dalam predikat) dan sebagai penerang kepada kata nama dalam predikat. Namun begitu, melalui analisis yang dibuat, kami mendapati tiada frasa adjektif terdapat dalam petikan yang diberikan. 7
  8. 8. (iv) Frasa sendi nama Frasa sendi nama ialah satu binaan yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa sendi nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu. Frasa sendi nama boleh juga didahului oleh kata bantu. Frasa sendi nama yang berada dalam petikan ialah: Bil Frasa sendi nama Struktur Kata sendi nama Frasa nama 1 …mengatakan bahawa bahawa semua pengeluar semua pengeluar makanan segera… 2 …diberikan tempoh sehingga sehingga bulan Mei bulan Mei, 2007… 3 …kalori termasuklah pada pada papan tanda papan tanda, rísalah… 4 …yang boleh diambil oleh oleh orang dewasa orang dewasa dan kanak- kanak… 5 …dan kanak-kanak pada pada setiap hari setiap hari. 6 ...yang bermanfaat kepada kepada para pengguna para pengguna. 7 ...yang terdapat di pasaran di pasaran mengandungi... 8
  9. 9. 8 …had minimun yang oleh seseorang diperlukan oleh seseorang. 9 …penyakit kronik seperti seperti kencing manis kencing manis, darah tinggi... 10 ...amat penting bagi para bagi para pengguna pengguna. 11 ...mestilah disokong oleh para oleh para pengguna pengguna. Data peratusan jumlah frasa Frasa Bilangan dapatan Peratusan Frasa nama 25 25/53 x 100% = 47.16% Frasa kerja 17 17/53 x 100% = 32.07% Frasa adjektif 0 0/53 x 100% = 0% Frasa sendi nama 11 11/53 x 100% = 20.75% Jumlah 53 53/53 x 100% = 100% 9
  10. 10. ANALISIS AYAT Ayat tunggal ialah ayat terbentuk daripada satu klausa, yakni ayat yang terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Ayat dasar juga adalah ayat tunggal, tetapi bukan semua ayat tunggal dapat dianggap sebagai ayat dasar. Ayat dasar merupakan ayat tunggal jenis ayat penyata dalam ragam ayat aktif. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Subjek ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif. Begitu juga dengan predikat ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama. Ayat majmuk ialah ayat terdiri lebih daripada satu ayat tunggal. Ayat-ayat berkenaan dicantumkan berdasarkan peraturan-peraturan tertentu sehingga menjadikannya satu ayat baharu. Ayat majmuk terbahagi kepada tiga jenis, iaitu ayat majmuk gabungan, pancangan dan campuran. Ayat majmuk gabungan mengandungi lebih daripada satu jenis ayat yang terbina daripada gabungan ayat tunggal dengan ayat majmuk atau cantuman beberapa ayat majmuk oleh kata hubung seperti dan, atau, sambil, dan sebagainya. Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara. Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iatu ayat relatif, ayat komplemen, dan ayat keterangan. Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat. Ayat ini mungkin terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk gabungan atau ayat majmuk pancangan. 10
  11. 11. Berikut adalah analisis ayat yang dibuat berdasarkan petikan yang diberi; Menteri Kesihatan mengatakan bahawa semua pengeluar makanan 1. segera diberikan tempoh sehingga bulan Mei, 2007 untuk mempamerkan kandungan khasiat dan kalori produk makanan segera masing-masing. • Jenis ayat : Ayat majmuk campuran • Penjelasan : Ayat majmuk ini mempunyai lebih dari satu jenis ayat dan ayat ini menggunakan penanda komplemen, bahawa; penanda relatif, untuk dan kata hubung, dan. Pemameran kandungan khasiat dan kalori termasuklah pada papan 2. tanda, risalah, dan iklan bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengguna. • Jenis ayat : Ayat majmuk gabungan • Penjelasan : Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung, dan yang menggabungkan dua ayat tunggal. Selain itu, pengeluar makanan segera juga perlu menyatakan kandungan 3. kalori makanan yang boleh diambil oleh orang dewasa dan kanak-kanak pada setiap hari. • Jenis ayat : Ayat majmuk campuran • Penjelasan : Ayat majmuk ini mempunyai lebih dari satu jenis ayat dan ayat ini menggunakan penanda relatif, yang dan kata hubung, dan. 11
  12. 12. Perkara ini akan menjadi panduan yang bermanfaat kepada para 4. pengguna. • Jenis ayat : Ayat majmuk pancangan relatif • Penjelasan : Ayat majmuk ini menggunakan penanda relatif, yang. Hal ini perlu dilakukan kerana kebanyakan makanan segera yang 5. terdapat di pasaran mengandungi gula, garam, lemak, dan sebagainya. • Jenis ayat : Ayat majmuk pancangan relatif • Penjelasan : Ayat majmuk ini menggunakan penanda relatif, yang. Kandungan ini melebihi had minimum yang diperlukan oleh seseorang. 6. • Jenis ayat : Ayat majmuk pancangan relatif • Penjelasan : Ayat majmuk ini menggunakan penanda relatif, yang. Langkah ini adalah sebagai suatu usaha untuk mencegah penyakit kronik 7. seperti penyakit kencing manis, darah tinggi, lemah jantung, obesitik, dan sebagainya. • Jenis ayat : Ayat majmuk pancangan komplemen • Penjelasan : Ayat majmuk ini menggunakan penanda komplemen, untuk. 12
  13. 13. Pencegahan ini dititikberatkan dalam kandungan kanak-kanak yang 8. gemar mengambil makanan segera. • Jenis ayat : Ayat majmuk pancangan relatif • Penjelasan : Ayat majmuk ini menggunakan penanda relatif, yang. Jadi, langkah untuk memastikan bahawa pengambilan makanan segera 9. boleh menjejaskan kesihatan amat penting bagi para pengguna. • Jenis ayat : Ayat majmuk pancangan komplemen • Penjelasan : Ayat majmuk ini menggunakan penanda komplemen, untuk. Oleh itu, saranan Menteri Kesihatan, iaitu untuk menetapkan pengeluar 10. makanan segera supaya mempamerkan kandungan khasiat dan kalori produk makanan segera yang dipasarkan mestilah disokong oleh semua pengguna. • Jenis ayat : Ayat majmuk campuran • Penjelasan : Ayat majmuk ini mempunyai lebih dari satu jenis ayat dan ayat ini menggunakan penanda komplemen, untuk; kata hubung, dan; dan penanda relatif, yang. 13
  14. 14. Data peratusan jumlah ayat Petikan rencana yang diberi mempunyai sepuluh ayat. Hasil analisis petikan ini akan dipindahkan ke dalam data peratusan. Daripada sepuluh ayat, tujuh ayat merupakan ayat aktif, manakala yang selebihnya iaitu tiga ayat lagi adalah ayat pasif. Ayat 1,2,3,4,7,9,10 adalah ayat aktif, manakala ayat 5,6,8 merupakan ayat pasif. Jenis ayat Bilangan dapatan Peratusan Ayat aktif 7 7/10 x 100% = 70% Ayat pasif 3 3/10 x 100% = 30% Jumlah 10 10/10 x 100% = 100% Dalam analisis yang dibuat juga, kesemua ayat adalah ayat majmuk iaitu satu ayat majmuk gabungan, enam ayat majmuk pancangan, dan tiga ayat majmuk campuran. Berikut adalah peratusan jenis ayat mengikut bilangan klausa yang terdapat dalam ayat; Ayat Bilangan dapatan Peratusan Ayat tunggal 0 0/10 x 100% = 0% Ayat majmuk 10 10/10 x 100% = 100% Jumlah 10 10/10 x 100% = 100% Ayat Bilangan dapatan Peratusan Ayat majmuk gabungan 1 1/10 x 100% = 10% Ayat majmuk pancangan 6 6/10 x 100% = 60% Ayat majmuk campuran 3 3/10 x 100% = 30% Jumlah 10 10/10 x 100% = 100% Bahagian B: Analisis secara individu Dengan menggunakan rencana yang sama, analisis jenis frasa yang diperolehi dan dipindahkan dalam bentuk graf palang. 14
  15. 15. Oleh: Syaza Yasmin binti Ismail Analisis jenis frasa yang terdapat dalam petikan yang diberi adalah seperti berikut; Frasa nama Frasa kerja Frasa adjektif Frasa sendi nama Menteri Kesihatan menyatakan bahawa semua bahawa pengeluar makanan semua pengeluar diberikan tempoh sehingga bulan Mei pengeluar mempamerkan pada papan tanda makanan kandungan makanan segera Pemameran oleh orang kandungan dewasa bulan Mei 2007 mengelakkan pada setiap hari kekeliruan kandungan menyatakan kepada para khasiat kandungan pengguna kalori produk diambil oleh orang di pasaran dewasa papan tanda menjadi panduan oleh seseorang produk makanan perlu dilakukan seperti penyakit kencing manis kalori makanan melebihi had bagi para minimum pengguna kebanyakan mencegah disokong oleh makanan penyakit para pengguna hal ini mengambil makanan segar para pengguna memastikan bahawa pengambilan suatu usaha disokong oleh 15
  16. 16. semua pengguna had minimum menjejaskan kesihatan Langkah ini menetapkan pegeluar penyakit kronik yang dipasarkan penyakit kencing manis penyakit darah tinggi penyakit lemah jantung Pencegahan ini kalangan kanak- kanak semua pengguna orang dewasa penyakit obesitik Jumlah frasa yang terdapat dalam petikan; Frasa Bilangan dapatan Frasa nama 25 Frasa kerja 17 Frasa adjektif 0 Frasa sendi nama 11 Jumlah 53 Berikut adalah hasil analisis jenis frasa; 16
  17. 17. Jenis frasa 25 25 20 17 15 Bilangan 11 frasa 10 5 0 0 Frasa nama Frasa kerja Frasa Frasa sendi adjektif nama Jenis frasa Graf di atas menunjukkan jumlah frasa dalam petikan mengikut jenisnya. Jumlah frasa yang paling tinggi ialah frasa nama iaitu sebanyak dua puluh lima frasa. Diikuti pula dengan frasa kerja iaitu sebanyak tujuh belas frasa seperti yang dianalisis dalam petikan rencana yang diberi. Frasa adjektif tidak ditemui dalam petikan. Oleh itu, frasa adjektif menunjukkan graf pada nilai sifar. Frasa sendi nama pula mencatatkan sebanyak sebelas frasa. Jumlah semua jenis frasa yang dijumpai dalam petikan rencana adalah sebanyak lima puluh tiga frasa. 17
  18. 18. Oleh: Nurzehan binti Zakaria Frasa nama Frasa kerja Frasa adjektif Frasa sendi Menteri kesihatan Meyatakan Bahawa semua bahawa pengeluar makanan Semua pengeluar Diberikan tempoh Sehingga bulan Mei Pengeluar Mempamerkan Pada papan tanda makanan kandungan Makanan segera Pemameran Oleh orang kandungan dewasa Bulan mei 2007 Mengelakkan Pada setiap hari kekeliruan 18
  19. 19. Kandungan Menyatakan Kepada para khasiat kandungan pengguna Kalori produk Diambil oleh Di pasaran orang dewasa Papan tanda Menjadi panduan Oleh seseorang Produk makanan Perlu dilakukan Seperti penyakit kencing manis Kalori makanan Melebihi had Bagi para minimum pengguna Kebanyakan Mecegah penyakit Disokong oleh makanan para pengguna Hal ini Mengambil makanan segar Para pengguna Memastikan bahawa pengambilan Suatu usaha Makanan segera Had minimum Menjejaskan kesihatan Langkah ini Menetapkan pegeluar Penyakit kronik Yang dipasarkan Penyakit kencing Saranan menteri manis kesihatan Penyakit darah Disokong oleh tinggi semua pengguna Penyakit lemah jantung Pencegahan ini Kalangan kanak- kanak Semua pengguna Orang dewasa Penyakit obesiti 19
  20. 20. Jumlah frasa yang terdapat dalam petikan; Frasa Bilangan dapatan Frasa nama 25 Frasa kerja 18 Frasa adjektif 0 Frasa sendi nama 11 Jumlah 54 Jumlah frasa dalam petikan 25 20 15 Bilangan frasa 10 5 0 Frasa nama Frasa kerja Frasa Frasa sendi adjektif nama Jenis frasa 20
  21. 21. Oleh: Hasnurfarisha binti Hassan Frasa nama Frasa kerja Frasa adjektif Frasa sendi nama Menteri Kesihatan menyatakan bahawa semua bahawa pengeluar makanan semua pengeluar diberikan tempoh sehingga bulan Mei pengeluar mempamerkan pada papan tanda makanan kandungan makanan segera Pemameran oleh orang kandungan dewasa bulan Mei 2007 mengelakkan pada setiap hari kekeliruan kandungan menyatakan kepada para khasiat kandungan pengguna kalori produk diambil oleh orang di pasaran dewasa papan tanda menjadi panduan oleh seseorang produk makanan perlu dilakukan seperti penyakit kencing manis kalori makanan melebihi had bagi para minimum pengguna kebanyakan mencegah disokong oleh makanan penyakit para pengguna hal ini mengambil 21
  22. 22. makanan segar para pengguna memastikan bahawa pengambilan suatu usaha makanan segera had minimum menjejaskan kesihatan Langkah ini menetapkan pegeluar penyakit kronik yang dipasarkan penyakit kencing disokong oleh manis semua pengguna penyakit darah tinggi penyakit lemah jantung Pencegahan ini kalangan kanak- kanak semua pengguna orang dewasa penyakit obesitik Jumlah frasa yang terdapat dalam petikan; Frasa Bilangan dapatan Frasa nama 25 Frasa kerja 18 Frasa adjektif 0 Frasa sendi nama 11 Jumlah 54 22
  23. 23. Jumlah frasa sendi nama adjektif Frasa kerja nama 0 5 10 15 20 25 30 Bilangan Graf di atas menunjukkan jumlah dan jenis frasa dalam petikan. Jumlah frasa yang paling tinggi ialah frasa nama iaitu sebanyak dua puluh lima. Diikuti pula dengan frasa kerja iaitu sebanyak lapan belas seperti yang dijumpai dalam petikan rencana. Frasa adjektif menunjukkan graf pada kadar sifar kerana tiada dalam petikan. Frasa sendi nama pula mencatatkan sebanyak sebelas bilangan. Jumlah semua jenis frasa yang dijumpai dalam petikan rencana adalah sebanyak lima puluh empat frasa. 23
  24. 24. 5.0 REFLEKSI 5.1 SYAZA YASMIN BINTI ISMAIL Pelajar-pelajar PPISMP Semester 2 telah diberi tugasan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Akademik. Kami telah diberi taklimat oleh pensyarah Bahasa Melayu Akademik kami iaitu Dr. Tuan Haji Ali bin Mahmood. Pensyarah telah memberi taklimat dan penerangan serta saranan mengenai tugasan yang perlu disediakan mengikut kehendak soalan. Kami dikehendaki menganalisis frasa dan ayat yang terdapat dalam rencana yang diberikan dari segi struktur (binaan) dan jenis frasa serta ayat tersebut. Tajuk tugasan ini ialah Analisis Frasa, Klausa dan Ayat Bahasa Melayu. Tugasan ini perlu disediakan secara berkumpulan bertiga. Saya telah menyediakan tugasan ini bersama Nurzehan Zakaria dan Hasnurfarisha Hassan. Kami dikehendaki menyediakan nota hasil rujukan kami dari dapatan maklumat pelbagai sumber rujukan seperti buku-buku rujukan dan internet. Maklumat yang disediakan perlulah merangkumi beberapa aspek seperti struktur ayat dan jenis ayat. Kami telah membahagikan tugas untuk mencari maklumat berkenaan dengan tajuk tugasan selain mendapatkan maklumat daripada nota-nota kuliah yang telah disediakan oleh pensyarah. Kami tetap bersemangat untuk menyediakan tugasan ini walaupun kami menghadapi banyak kesulitan sepanjang penyediaan kerja kursus. Kami menghadapi masalah semasa membuat analisis kerana terdapat di antara kami tidak memahami dan masih keliru tentang bentuk dan jenis ayat. Ini menyebabkan kami menghadapi kesukaran apabila hendak menyediakan data peratusan dan juga graf bar yang diperlukan dalam kerja kursus ini. Kami telah membuat banyak rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan. Setelah membuat banyak rujukan, masih banyak kekurangan dalam penyediaan kerja kursus dan memerlukan kami untuk membaiki dan mengubahsuai hasil tugasan yang telah kami sediakan. 24
  25. 25. Oleh itu, kami perlu lebih memahami setiap apa yang diajar oleh para pensyarah terutamanya berkaitan dengan struktur (binaan) dan juga jenis ayat. Kami juga perlu memahami jenis-jenis frasa agar dapat membezakan antara satu jenis frasa dengan frasa yang lain. Kami perlu merujuk kepada para pensyarah untuk mempelajari tatabahasa Melayu dengan lebih mendalam. Saya amat berharap agar hasil tugasan kami ini akan diterima dengan baik oleh pensyarah penilai. Ucapan terima kasih buat semua yang terlibat dalam penyediaan tugasan ini. 25
  26. 26. 5.2 NURZEHAN BINTI ZAKARIA Pada 26 Mac 2007 yang lalu kelas PPISMP 2E telah diberikan Kerja Kursus Berasakan Ilmu (KKBI) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Akademik. Pensyarah kami iaitu Dr. Haji Ali bin Mahmood telah memberikan taklimat supaya dapat membantu kami semasa tugasan ini dijalankan nanti. Saya telah diberikan kumpulan bersama Syaza Yasmin dan Hasnurfarisha. Soalan dalam tugasan ini memerlukan kami menjalankan tugasan berkumpulan dan secara individu. Kami berkumpulan perlu menganalisis frasa dan ayat yang terdapat dalam rencana dari segi struktur dan jenis sahaja. Kemudian kami perlu memindahkan jumlah frasa dan ayat yang kami perolehi dalam bentuk peratusan. Dalam individu kami perlu menganalisis jenis frasa dan pindahkan dalam bentuk graf. Kami telah memberikan tugasan di antara kumpulan kami secara adil. Ini adalah kerana kekangan yang bakal kami hadapi nanti akan menyulitkan lagi kerja kami nanti. Saya telah membuat rujukan dari pelbagai sumber agar maklumat yang saya dapat nanti mencukupi dengan apa yang kami cari. Saya telah melayari internet, membuat rujukan dari buku rujukan, majalah akademik dan nota-nota yang telah diberikan selama ini. Dengan adanya maklumat ini nanti diharap dapat memberikan maklumat yang mencukupi untuk menjalankan tugasan kami nanti. Semasa pencarian maklumat dijalankan, kami menghadapi masalah dalam penggunaan internet. Oleh kerana dari asrama perempuan tidak dapat internet jadi kami terpaksa pergi ke pusat sumber. Namun begitu bilangan komputer yang tidak mencukupi dan kami terpaksa menunggu giliran yang agak lama bagi menggunakan komputer tersebut. Kemudian kami telah mengumpul maklumat dan mula mengkaji rencana yang telah diberikan yang bertajuk Langkah Untuk Mengelakkan Penyakit Kronik. Semasa kajian dilakukan saya dapat memahami lagi tentang penggunaan frasa dan ayat dengan lebih berkesan. Saya juga dapat memahami dengan lebih mendalam dengan apa yang telah diterangkan kerana kajian yang kami lakukan ini adalah lebih terperinci dan dapat berkesan. Ini adalah kerana penumpuan 26
  27. 27. saya dalam menjalankan kajian ini amat mendalam. Saya juga telah berjumpa dengan beberapa orang pensyarah Bahasa Melayu untuk memastikan lagi apa yang kami kaji ini adalah bertepatan dengan soalan tersebut. Kami juga mendapat bantuan dari pelajar kelas kami. Pengalaman yang paling berharga dalam menjalankan tugasan ini ialah kami dapat bekerjasama untuk memantapkan lagi tugasan kami. Kami juga dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim kami. Semasa proses menaip dijalankan saya telah menghadapi masalah. Oleh kerana saya tidak mempunyai kemudahan komputer jadi saya terpaksa bergilir dengan orang lain. Saya agak bernasib baik kerana mereka memahami situasi saya. Terima kasih yang tidak terhingga saya pada semua pihak yang telah membantu kami semasa kerja kursus ini dilakukan. Kami amat berharap agar di lain kali sudilah sekiranya dapat kita berkerja sama kembali. Dengan ini saya akhiri dengan ucapan ribuan terima kasih. 27
  28. 28. 5.3 HASNURFARISHA BINTI HASSAN Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan tugasan Bahasa Melayu Akademik ini dengan jayanya. Kami dikehendaki menyiapkan tugasan ini bersama tiga orang dalam satu kumpulan. Ahli kumpulan saya yang lain ialah Syaza Yasmin bt Ismail dan Nurzehan bt Zakaria. Sebelum memulakan tugasan, kami telah diberi penerangan oleh Tn. Haji Ali b.Mahmud tentang cara-cara menyiapkan kerja kursus ini. Kami telah membahagikan tugas antara ahli kumpulan bagi mepercepatkan proses menyiapkan tugasan. Kami dikehedaki menganalisis petikan rencana di mana kami perlu mencari jenis-jenis ayat dan frasa. Kerja ini amat merumitkan sekiranya tidak mengetahui konsep Bahasa Melayu dengan betul dan jelas. Kami menggunakan Kamus Tatabahasa Dewan, Kamus Pelajar dan sumber rujukan yang lain dalam menyiapkan tugasan ini. Jika mengalami kesulitan, kami mengadakan perbincangan bersama rakan-rakan bagi menyelesaikannya. Tugasan ini dapat memantapkan lagi kemahiran dan pengetahuan kami dalam bidang Bahasa Melayu disamping dapat menambahkan lagi ilmu pembelajaran kepada kami. Tugasan ini juga dapat membentuk sikap dan semangat kerjasama antara rakan-rakan dan ahli kumpulan. Semasa membuat kajian ini, kami juga turut menghadapi sedikit kekangan di mana kami tidak dapat mengenal pasti jenis-jenis frasa dengan tepat. Kami juga turut mengalami percanggahan pendapat dengan rakan-rakan kerana masing-masing ingin mempertahankan pendapat sendiri. Namun, atas bantuan dari para pensyarah dan rakan-rakan, segala kekusutan itu akhirnya dapat dileraikan. Akhirnya, kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Sekali lagi saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr. Ali iaitu pensyarah pembimbing kami kerana telah banyak membantu. Kepada semua pensyarah yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan juga 28
  29. 29. kepada rakan-rakan, terima kasih atas bimbingan dan tunjuk ajar. Jasa anda semua amat kami hargai. 29
  30. 30. 6.0 PENUTUP Setelah selesai membuat analisis petikan rencana bagi Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) Bahasa Melayu Akademik ini, kumpulan kami mendapati bahawa bahasa Melayu merupakan satu bahasa yang unik kerana mempunyai unit-unit bahasa yang pelbagai. Melalui analisis yang dibuat, kami lebih memahami jenis- jenis frasa, klausa dan ayat serta struktur binaannya. Hasil analisis yang dibuat, terdapat lima puluh tiga frasa yang terdapat dalam petikan iaitu dua puluh lima frasa adalah frasa nama, tujuh belas frasa kerja dan selebihnya adalah frasa sendi nama iaitu sebanyak sebelas frasa. Frasa adjektif tiada dalam petikan yang dianalisis. Hasil analisis jenis dan struktur ayat dalam petikan pula ialah terdapat sepuluh ayat dalam petikan. Dalam petikan tersebut, kesemua petikan adalah ayat penyata. Tujuh ayat daripada kesemua ayat adalah ayat aktif dan selebihnya tiga ayat adalah ayat pasif. Kesemua ayat dalam petikan juga adalah ayat majmuk iaitu satu ayat majmuk gabungan, enam ayat majmuk pancangan dan tiga ayat majmuk campuran. Kesimpulannya,kami dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang jenis dan binaan frasa serta ayat dalam sesuatu petikan bahasa Melayu setelah menjalankan analisis petikan ini. Penganalisisan ini juga mendedahkan kepada kami agar lebih memahami serta menguasai bidang sintaksis dalam bahasa Melayu. 30
  31. 31. 7.0 RUJUKAN Ab. Rahman Ab. Rashid, 1997. Pengajian Melayu 1 Diploma Perguruan Malaysia. Balakong, Selangor. Longman Malaysia. Haji Mohd. Asraf bin Haji Abdul Wahab, 2007. Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu. Petaling Jaya, Selangor. Sasbadi. Tuan Jah Tuan Yusof, 2004. Siri Teks Komprehensif STPM Kertas 1 Bahasa Melayu. Shah Alam, Selangor. Cerdik Publications. Amdun Husain, 2005. Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Jalil Othman, 1989. Rujukan Segera Bahasa Melayu KBSM. Kuala Lumpur. Berita Publishing. Nik Safiah Karim, 2006. Tatabahasa Dewan. Selangor. Dewan Bahasa dan Pustaka. 31
  32. 32. LAMPIRAN 32

×