Pendidikan Islam adalah merupakan matapelajaran yang telah lama ditawarkan di peringkat sekolah rendah dan menengah, dengan bermatlamatkan untuk melahirkan insan yang soleh, beriman, beramal dan berakhlak. Sehubungan dengan itu, Pendidikan Islam mesti diperkenal dan diajar sebagai matapelajaran al-Din, bukan sekadar menyampaikan maklumat dan pengetahuan semata-mata tetapi hendaklah diamalkan dan dihayati sepenuhnya oleh setiap individu muslim yang beriman kepada Allah S.W.T. Sebagai seorang guru Pendidikan Islam, tugasnya bukan hanya sekadar memindahkan maklumat kepada murid bahkan berperanan untuk melahirkan khalifatullah yang mempunyai perkembangan yang seimbang.