Surat Kiriman Tidak Rasmi 5

22,655 views

Published on

read more karangan at www.malaysiaexampaper.com (the largest collection of past year paper in malaysia)

Published in: Education
  • Be the first to comment

Surat Kiriman Tidak Rasmi 5

  1. 1. Andaikan bahawa rakan anda telah berjaya menjadi juara dalam suatu pertandingan, Tulis sepucuk surat kepada rakan anda itu untuk mengucapkan tahniah kepadanya. Joseph Lim, 18, Lorong Tiga, 11200 Taman Lee, Kuala Lumpur. 29 Mac 2009. Ke hadapan sahabatku Boon Leong di Kelantan, semoga berada dalam keadaan yang sihat walafiat. Saya di sini baik-baik sahaja. Saudara, Tahniah atas kejayaan saudara menjadi juara pertandingan menulis esei peringkat kebangsaan. Berita kecemerlangan saudara terpampang di dada akhbar Utusan Malaysia. Sebenarnya, kemenangan saudara sudah saya jangkakan. Saya sudah membaca esei saudara dalam akhbar Utusan Malaysia. Esei yang dituliskan oleh saudara sungguh menarik dan bermutu. Saya amat kagum akan saudara dapat mengalahkan peserta-peserta Melayu. Walaupun Bahasa Malaysia bukan bahasa ibunda saudara, namun saudara mampu menguasai bahasa itu dengan balk. Kejayaan saudara menjadi pendorong kepada saya dan murid-murid bukan Melayu yang lain untuk mempelajari Bahasa Malaysia. Saya berharap agar saya akan dapat mencontohi sikap dan kejayaan saudara itu. Sebelum mengakhiri surat ini, sampaikanlah salam saya sekeluarga kepada saudara di sana. Sekian. Sahabatmu, Joseph

×