Sifat peribadi usahawan

2,751 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
• Be the first to comment

• Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
2,751
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
126
Actions
Shares
0
Downloads
66
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Sifat peribadi usahawan

1. 1. SIFAT PERIBADI USAHAWAN
1) Bersemangat dan berkeinginan tinggi* Bersemangat dan berkeinginan tinggi untuk berjaya dalam mencapai matlamat. Semangat ialah daya penggerak kepada perniagaan.2) Memandang masa hadapan dengan jelas* Pandangan seorang usahawan selalunya disokong oleh himpunan idea yang belum ada dalam pasaran. Idea ini amat jelas untuk direalisasikan walaupun detailnya mungkin belum lengkap dan boleh diubah suai. Idea ini sering dipromosikan dengan penuh keyakinan dan kecintaan.3) Berkeupayaan untuk bekerja keras* Seorang usahawan sering mempunyai sikap mabuk kerja atau “workaholic”. Dia bekerja keras untuk merealisasikan impiannya.4) Berfikiran positif* Usahawan berfikiran positif seperti sikap hero dalam filem box office Barat yang sentiasa berfikir bahawa tindakannya tetap akan berjaya walaupun nampak seperti mustahil untuk dicapai.
5) Berani membuat keputusan* Keputusan memang sentiasa perlu dibuat dan perlu dibuat dengan kadar segera. Lambat membuat keputusan bermakna setengah daripada jalan kegagalan sudah ditempah.6) Bersikap optimistik* Yakin dengan kebolehan diri sendiri serta mengambil falsafah “Masa kini ialah masa yang terbaik” dan “Semua perkara boleh dilakukan.”7) Pandai mengatur strategi* Pandai mengatur strategi untuk menukar impian menjadi realiti.8) Berani mengambil risiko secara berhemah* Risiko tetap wujud dalam semua situasi, cuma kadarnya berbeza-beza. Jika kita mengambil perkiraan yang teliti (calculated risks), namun masih menemui kegagalan, itu bukan dikira kesilapan diri kita lagi.9) Melahirkan daya usaha niaga* Melahirkan daya usaha niaga yang berterusan untuk mengatasi masalah.
10) Bekerja sendiri* Usahawan sering mahu bekerja sendiri daripada bekerja di bawah sesuatu organisasi atau bekerja di bawah orang lain. Dia mungkin bekerja dengan seseorang untuk mendapat pengetahuan atau pengalaman untuk menghasilkan sesuatu produk atau perkhidmatan buat suatu jangka masa yang pendek dan kemudian akan menjalankan perusahaan sendiri.11) Mempunyai daya kepemimpinan dengan mengutamakan kepemimpinan dengan mengutamakan sifat mengasuh dan mendidik* Kesanggupan mengetuai dan mengawasi sesuatu usaha sehingga pekerja di bawah organisasinya boleh bekerja tanpa dipantau.12) Bersikap sedia menerima tanggungjawab* Kesanggupan memikul tanggungjawab kepada sebarang usaha dari segi moral, mental dan undang-undang. Dia lebih berorientasikan kemanusiaan daripada kepentingan diri. Dia bersedia memenuhi permintaan pelanggannya.13) Berorientasikan ganjaran atau habuan* Keinginan mendapat ganjaran hasil daripada usaha dan ikhtiar. Ganjaran paling utama ialah dalam bentuk wang. Tetapi boleh juga diambil dalam bentuk pengiktirafan, pangkat, nama, anugerah dan rasa hormat.14) Berorientasikan kecemerlangan* Meletakkan sasaran pencapaian sesuatu yang luar biasa yang dapat memberi kebanggaan.15) Bersemangat organisasi* Seorang usahawan mampu membawa semua komponen perniagaan termasuk sumber tenaga manusia (personel atau kakitangan) ke arah kejayaan. Dia juga mampu mempengaruhi orang lain untuk menyokong dan membantu usahanya.16) Berorientasi keuntungan* Seorang usahawan bijak mentaksir harga. Dia mempunyai keinginan untuk mendapat apa jua bentuk ganjaran. Bagaimanapun, keuntungan cuma merupakan kayu pengukur tahap kejayaan dan pencapaian. Ketika melantik Malik bin al-Haris menjadi gabenor di Mesir, Sayidina Ali k .w.h. berkata, “Menjadi hak kepada pedagang untuk memperolehi keuntungan atas usaha mereka menyediakan barangan yang berguna kepada masyarakat.”17) Bertakwa kepada Allah s.w.t.* Bertakwa kepada Allah s.w.t. dengan mengangkat-Nya menjadi Petunjuk, Pembimbing dan Pemerhati kepada aktiviti perniagaan kita.
Top of Form