Successfully reported this slideshow.

Acc 2013 bab 1(cont..1)

1,406 views

Published on

  • Be the first to comment

Acc 2013 bab 1(cont..1)

  1. 1. Peranan Dan Persekitaran Perakaunan
  2. 2. • Perakaunan memainkan peranan penting baik dalam perniagaan ataupun dalam kehidupan seharian. Antara peranannya yang penting adalah: 1. Sebagai alat komunikasi atau bahasa perdagangan • Menghubungkan maklumat perniagaan kepada pelbagai pengguna • Biasanya maklumat ini adalah dalam unit kewangan • Laporan dan jadual adalah alat yang biasa digunakan untuk menyampaikan maklumat
  3. 3. 2. Sebagai alat pembuat keputusan • Perakaunan membantu pelbagai pihak dalam membuat keputusan • Pengguna maklumat perakaunan boleh dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu: i. Pihak dalaman iaitu pihak pengurusan Menilai prestasi, merancang dan mengawal operasi, membuat keputusan termasuk letak harga
  4. 4. ii. Pihak luaran yang mempunyai kepentingan secara lagsung dan tidak langsung » Pelabur semasa/bakal pelabur Memutuskan hendak melabur atau tidak, menambah atau mengurangkan pelaburan » Pemiutang (termasuk pembekal dan bank) Mengukur keupayaan firma untuk membayar balik pinjaman, memutuskan sama ada pinjaman boleh diberi atau tidak » Kerajaan(lembaga hasil dalam negeri) Menentukan cukai yang akan dikenakan, menentukan bahawa segala peraturan hendaklah di patuhi » Kesatuan sekerja, organisasi bukan kerajaan (NGO) dan lain-lain
  5. 5. 3. Sebagai cara untuk mewujudkan akauntabiliti/ kebertanggungjawaban • Akauntabiliti bermakna tanggungjawab seseorang atau ejen untuk memberikan laporan tentang kejayaan atau kegagalannya membuat tindakan setelah menerima kuasa untuk melaksanakannya • Perakaunan menyediakan maklumat untuk membolehkan penilaian prestasi dibuat dan ini menyebabkan akauntabiliti diwujudkan. Q15%
  6. 6. 4. Sebagai alat kawalan • Kawalan bermaksud mengarah mengikut rancangan yan telah ditetapkan • Perakaunan menyediakan maklumat untuk membolehkan pihak pengurusan merancang dan seterusnya mengawal aktiviti perniagaan • Ini bagi memastikan maklumat yang disediakan adalah tepat dan boleh dipercayai
  7. 7. 5. Peranan perakaunan sebagai sebahagian daripada sistem maklumat pengurusan – Satu sistem yang terdiri daripada 3 unsur iaitu: Input Pemprosesan Output – Unsur-unsur dalam sistem berinteraksi bersama bagi mencapai satu atau lebih objektif. – Setiap sistem mempunyai sistem kecil atau sub sistem – Terdapat 2 jenis sistem iaitu: • Sistem terbuka – Berinteraksi dengan persekitaran(ia mempengruhi dan dipengaruhi persekitaran). Contohnya organisasi perniagaan dan perakaunan • Sistem tertutup – Tidak berinteraksi dengan persekitaran (tidak mempengaruhi dan dipengaruhi persekitaran)
  8. 8. Ciri-ciri kualitatif Maklumat Perakaunan 1. Relevan – Maklumat adalah relevan jika ia membantu penguna untuk membuat keputusan. – Kriteria maklumat yang relevan adalah seperti: • Terkini • Mempunyai nilai prediktif/ramalan • Nilai pengesahan luar 2. Boleh dipercayai • Bebas daripada kesilapan dan bias, menggambarkan dengan jujur kedudukan perniagaan 3. Boleh dibandingkan • Penting dalam menganalisis keputusan • Biasanya melibatkan perbandinan keputusan tahun semasa dan tahun lepas atau membandingkan sebuah firma dengan firma yang lain dalam industri yang sama 4. Boleh difahami • Maklumat perakaunan mestilah mudah difahami oleh penguna.
  9. 9. Bidang tugas Akauntan Secara amnya tugas akauntan adalah dalam satu bidang berikut: 1. Perakaunan awam 2. Perakaunan persendirian 3. Perakaunan kerajaan Q15%

×