Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
TEORI PERTUKARAN         SOSIAL(Social Exchange Theory)
Tokoh Utama• Antara tokoh utama teori pertukaran sosial  adalah George Homans (1961, 1974), Peter  Blau (1964, 1987), Emer...
PENGENALAN• Individu dalam masyarakat berinteraksi antara  satu sama lain bagi mendapat atau  dijangkakan mendapat ganjara...
•   Oleh yang demikian, dalam interaksi antara    individu masing-masing merencanakan    strategi bagi mendapat ganjaran a...
Asas Teori Pertukaran Sosial•   Individu yang berinteraksi secara rasional    cuba memaksimakan faedah atau ganjaran    ya...
• Manusia mempunyai laluan (access) untuk  mendapat maklumat tentang aspek-aspek  sosial, ekonomi dan psikologi dalam mana...
• Manusia bersifat rasional dan mengambil  langkah atau cara terbaik dalam persaingan  mendapat faedah atau ganjaran dalam...
• Pertukaran sosial dalam interaksi  beroperasi dalam lingkungan norma  satu-satu budaya.• Dalam mana-mana interaksi, ganj...
• Sesuatu tindakan (contohnya  perkhidmatan) menjadi lebih bernilai jika  seseorang individu sukar  memperolehinya atau su...
• Contohnya, sumbangan kepakaran daripada  seseorang pakar begitu berharga walau pun  memakan masa hanya 10 minit. Akan te...
• Dalam teori pertukaran sosial terdapat unsur  kuasa (power) atau perasaan berkuasa ( a  sense of power) di kalangan indi...
• Most Interested: "I made you a wonderful meal,  darling. Would you like me to rub your feet? May I  serve you your eveni...
Konsep-Konsep Utama Dalam                  Teori Pertukaran Sosial     •    Ganjaran (Rewards)     •    Kos (Costs)     • ...
Ganjaran (Rewards)• Ganjaran bermaksud nikmat, kepuasan, dan  sanjungan yang diperolehi oleh seseorang  dalam satu-satu pe...
Sumber (Resources)• Sumber adalah komoditi dalam bentuk material atau  simbol yang boleh ditransmit (dipindah tangan)  mel...
Kos (Costs)• Kos dalam perhubungan termasuk hukuman yang  dikenakan, tenaga yang dicurahkan dalam  perhubungan itu, atau g...
Hasil (Outcomes)• Hasil adalah sama dengan ganjaran yang  diperolehi daripada sesuatu perhubungan  (interaksi) setelah dit...
• Ini diperturunkan dalam formula berikut:  Hasil = Ganjaran dalam interaksi – kos dalam  interaksi  (Outcome = Rewards of...
Tahap Perbandingan           (Comparison Levels)• Tahap perbandingan (CL) adalah sumbangan  pengalaman dan jangkaan pengal...
• CL menggambarkan (a) apa yang dirasai oleh  seseorang itu boleh dicapai dalam sesuatu  perhubungan dan (b) apa yang dira...
Tahap Perbandingan untuk Membuat     Pilihan (Comparison Level for              Alternatives)• Tahap perbandingan untuk me...
• Apabila hasil (outcome) yang dijangka  diperolehi dalam perhubungan lain  (perhubungan alternatif) melebihi apa yang  di...
• Ini bermakna kepuasan dalam sesuatu  perhubungan itu tidak semestinya  menyebabkan perhubungan itu akan  berterusan jika...
• Satu-satu perhubungan yang mendatangkan  hasil (outcome) yang tinggi lazimnya adalah  lebih stabil dan berpanjangan.• In...
Pergantungan (Dependence)• Pergantungan adalah darjah seseorang  merasai dirinya tertakluk atau bergantung  kepada orang l...
• Darjah pergantungan ini ditentukan oleh  sejauhmana hasil yang diperolehi dalam satu-  satu perhubungan itu melebihi ata...
Halangan (Barriers)• Halangan adalah faktor yang meningkatkan  kos dalam pembubaran satu-satu  perhubungan [factors that i...
• Halangan dalaman adalah dalam bentuk obligasi dan  perasaan terhutang budi terhadap rakan dalam satu-  satu perhubungan ...
Sikap Mempercayai (Trust)• Sikap mempercayai (trust) adalah keyakinan  seseorang terhadap rakannya agar rakanya itu  tidak...
• Apabila satu-satu perhubungan itu akur  kepada norma-norma timbal balas atau  apabila satu-satu pertukaran (exchange) it...
• Sikap mempercayai (trust) penting dalam  mana-mana perhubungan sebab apabila  setiap orang yang berhubungan itu sering  ...
• Dengan kata lain sikap mempercayai (trust)  membolehkan seseorang itu menduga atau  menjangka untuk mendapat keadilan se...
Komitmen (Commitment)• Komitmen adalah persetujuan individu-individu  untuk meneruskan perhubungan [Commitment  involves t...
• Komitmen juga membawa kepada kestabilan  perhubungan serta meningkatkan darjah  pergantungan individu-individu yang terl...
Tokoh Utama• Antara tokoh utama teori pertukaran sosial  adalah George Homans (1961, 1974), Peter  Blau (1964, 1987), Emer...
Pemikiran George Homans• Dalam bukunya bertajuk Social Behavior: Its  Elementary Forms (1961), Homans melihat  pertukaran ...
Proposition tersebut adalah:•   Success Proposition•   Stimulus Proposition•   Value Proposition•   Aggression/Approval Pr...
Success Proposition• Jika lebih kerap sesorang itu mendapat  ganjaran dalam tindakan (perhubungan) yang  dilakukannya, mak...
• Dengan kata lain mengikut ‘success  proposition’ ini seseorang individu itu akan  lebih mudah dan bersedia untuk menerus...
Stimulus Proposition• Jika pada masa lampau wujud rangsangan  tertentu yang menyebabkan tindakan  (perhubungan) seseorang ...
• (If, in the past, the occurrence of a particular  stimulus, has been the occasion on which a  persons action has been re...
• Stimulus proposition ini sebenarnya  mempunyai kaitan rapat dengan konsep  Tahap Perbandingan atau CL (Comparison  Level...
Value Proposition• Jika hasil (outcome) satu-satu tindakan itu  tinggi nilainya kepada seseorang, maka beliau  akan lebih ...
• Dilihat dari aspek ini didapati perkara yang  diutamakan dalam mana-mana tindakan  (perhubungan) adalah nilai terhadap h...
Aggression/Approval Proposition• Apabila tindakan seseorang indidvidu itu tidak  diberi ganjaran seperti yang dijangkakan,...
• (When a persons action does not receive the  expected reward, or receives unexpected  punishment, he will be angry and i...
• Mengikut proposition ini sebagai insan  seseorang itu inginkan sesuatu yang terbaik  (rewarding) dan cuba mengelak darip...
• Sebaliknya, jika sesorang itu tidak menduga  mendapat apa-apa ganjaran atas tindakan beliau,  atau pun jika beliau melak...
Rationality Proposition• Dalam membuat pilihan antara tindakan alternatif  seseorang itu akan memilih sesuatu yang nilai h...
• Rationality Proposition yang dikemukakan  oleh George Homans adalah penjelasan lanjut  kepada Konsep CLalt (Comparison L...
• Selain lima proposition (usul) yang dihuraikan,  Homan juga mengemukakan konsep distributive  justice (lit:keadilan yang...
• Kekecewaan yang dialami itu akan menjadi  masalah jika orang lain tidak berkongsi kos  yang terlalu mahal dalam perhubun...
• Dengan kata lain, Homans berpendapat hasil  (outcome) yang diperolehi dalam mana-mana  perhubungan tidak boleh dinikmati...
Pemikiran Peter Blau• Peter Blau dalam penulisannya bertajuk  Exchange and Power in Social Life (1964)  mengatakan pertuka...
• Pertukaran sosial melibatkan tindakan  sukarela individu-individu dalam masyarakat  yang digerakkan oleh motivasi untuk ...
• Beliau memberi beberapa contoh bentuk  perhubungan yang dijalinkan dengan tujuan  mendapat hasil atau faedah – antaranya...
• Pertukaran di atas adalah realiti dalam  kehidupan masyarakat dan menjadi tali  pengikat antara manusia.• Perkataan-perk...
• Walaupun terdapat banyak pertukaran sosial  dalam masyarakat (dalam bidang ekonomi,  politik, keluarga dsb) tetapi bagi ...
• Bagi Blau konsep pertukaran sosial hanya  mengambil kira kategori pertukaran di mana  satu-satu tindakan itu disusuli de...
• Dengan kata lain satu-satu tindakan yang tidak  disusuli dengan tindakbalas yang menjanjikan  ganjaran bukan merupakan p...
• Selanjutrnya mengikut Peter Blau, asas  pertukaran sosial adalah norma timbalbalas  (norm of reciprocity) di mana seseor...
• Ini bersandarkan kepada prinsip percaya  mempercayai (trust) di kalangan pihak-pihak  yang terlibat dalam pertukaran sos...
Proses pertukaran sosial mengikut Peter Blau dapat    dirumuskan seperti berikut:•   Individu yang berminat untuk terus me...
• Seseorang individu yang memberi  perkhidmatan berfaedah (rewarding services)  kepada orang lain akan mewujudkan rasa  be...
• Untuk memenuhi tanggungjawab ini, orang  yang menerima perkhidmatan (orang yang  rasa bertanggungjawab itu), mesti membe...
• Sekiranya kedua-dua pihak menghargai apa  yang masing-masing terima daripada satu  sama lain, kedua-duanya berkemungkina...
• (If both these persons value what they receive  from each other, both are likely to supply  more of their own services i...
• Apabila kedua-dua pihak menerima faedah  yang kian bertambah melebihi apa yang  diingini pada mulanya, keperluan untuk  ...
• (As both these individuals receive increasing  amounts of the benefits they originally  sought, their need for further a...
• Sebagai kesimpulan, walaupun terdapat  beberapa perbezaan dari segi pendekatan  antara George Homans dan Peter Blau  ten...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

teori pertukaran sosial

10,975 views

Published on

  • Dating for everyone is here: ❶❶❶ http://bit.ly/2F4cEJi ❶❶❶
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • Follow the link, new dating source: ❶❶❶ http://bit.ly/2F4cEJi ❶❶❶
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here

teori pertukaran sosial

  1. 1. TEORI PERTUKARAN SOSIAL(Social Exchange Theory)
  2. 2. Tokoh Utama• Antara tokoh utama teori pertukaran sosial adalah George Homans (1961, 1974), Peter Blau (1964, 1987), Emerson (1962, 1972a, 1972b). dan Thibaut & Kelley (1959; Kelley &Thibaut 1978)
  3. 3. PENGENALAN• Individu dalam masyarakat berinteraksi antara satu sama lain bagi mendapat atau dijangkakan mendapat ganjaran atau faedah tertentu.• Di samping menjangkakan mendapat ganjaran atau faedah mereka juga cuba mengelak daripada memperolehi sesuatu yang tidak baik dalam interaksi tersebut.
  4. 4. • Oleh yang demikian, dalam interaksi antara individu masing-masing merencanakan strategi bagi mendapat ganjaran atau faedah dan juga merencanakan strategi bagi mengelak memperolehi sesuatu yang tidak baik termasuk hukuman (punishment) daripada interaksi tersebut.
  5. 5. Asas Teori Pertukaran Sosial• Individu yang berinteraksi secara rasional cuba memaksimakan faedah atau ganjaran yang diperolehi atau bakal diperolehi dalam interaksi tersebut.• Dalam mana-mana interaksi kebanyakan daripada faedah atau ganjaran berada di tangan orang lain.
  6. 6. • Manusia mempunyai laluan (access) untuk mendapat maklumat tentang aspek-aspek sosial, ekonomi dan psikologi dalam mana- mana interaksi.• Maklumat yang diperolehi itu memberi peluang kepada mereka untuk memilih jenis interaksi yang mendatangkan keuntungan atau faedah di samping memberi panduan untuk menolak interaksi yang dijangka akan mendatang keburukan kepada mereka.
  7. 7. • Manusia bersifat rasional dan mengambil langkah atau cara terbaik dalam persaingan mendapat faedah atau ganjaran dalam interaksi di samping mengelak cara yang dijangka akan membawa keburukan atau membawa kepada hukuman tertentu.• Manusia mempunyai matlamat tertentu dalam sistem persaingan bebas (free competitive system).
  8. 8. • Pertukaran sosial dalam interaksi beroperasi dalam lingkungan norma satu-satu budaya.• Dalam mana-mana interaksi, ganjaran (rewards) lebih diutamakan daripada hukuman (punishment).
  9. 9. • Sesuatu tindakan (contohnya perkhidmatan) menjadi lebih bernilai jika seseorang individu sukar memperolehinya atau sukar mendapat ganjaran daripadanya.• Nilai tindakan itu berkurangan jika individu tersebut sering memperolehinya.
  10. 10. • Contohnya, sumbangan kepakaran daripada seseorang pakar begitu berharga walau pun memakan masa hanya 10 minit. Akan tetapi jika pakar tersebut telah memberi perkhidmatan selama 1 jam, sumbangan kepakaran beliau selama 10 minit berikutnya tidak setinggi nilainya dengan nilai sumbangan 10 minit yang terdahulu.
  11. 11. • Dalam teori pertukaran sosial terdapat unsur kuasa (power) atau perasaan berkuasa ( a sense of power) di kalangan individu-individu yang berinteraksi atau yang berhubungan.• Pihak yang kurang berminat (least interested) dalam mana-mana perhubungan lazimnya mempunyai kuasa (terselindung) dalam perhubungan tersebut.• Lihat contoh berikut:
  12. 12. • Most Interested: "I made you a wonderful meal, darling. Would you like me to rub your feet? May I serve you your evening cocktail before we dine?" Least Interested: "Thanks, but I decided to go out with my friends tonight."• Most Interested: "Oh, that sounds wonderful. You dont get out enough. Should I put dinner away for later?"• Least Interested: "No - Well find something."• Most Interested: "O.K. - I love you! Be careful out there. Ill be here when you get home." http://www3.uakron.edu/witt/fc/fcnote5b.htm
  13. 13. Konsep-Konsep Utama Dalam Teori Pertukaran Sosial • Ganjaran (Rewards) • Kos (Costs) • Sumber (Resources) • Hasil (Outcomes) • Tahap perbandingan (Comparison levels) • Tahap perbandingan untuk membuat pilihan (Comparison level for alternatives) • Pergantungan (Dependence) • Halangan (Barriers) • Sikap sering mempercayai (Trust) • Komitmen (Commitment)http://family.jrank.org/pages/1595/Social-Exchange-Theory-Major-Contemporary-Concepts.html
  14. 14. Ganjaran (Rewards)• Ganjaran bermaksud nikmat, kepuasan, dan sanjungan yang diperolehi oleh seseorang dalam satu-satu perhubungan [Rewards are defined as the pleasures, satisfactions, and gratifications a person enjoys from participating in a relationship (Thibaut and Kelley 1959)]
  15. 15. Sumber (Resources)• Sumber adalah komoditi dalam bentuk material atau simbol yang boleh ditransmit (dipindah tangan) melalui perlakuan inter-peribadi dan yang membolehkan seseorang itu memberi ganjaran kepada orang lain. [Resources are any commodities, material or symbolic, that can be transmitted through interpersonal behavior (Foa and Foa 1980) and give one person the capacity to reward another (Emerson 1976)]
  16. 16. Kos (Costs)• Kos dalam perhubungan termasuk hukuman yang dikenakan, tenaga yang dicurahkan dalam perhubungan itu, atau ganjaran yang terpaksa dilepaskan kerana seseorang itu memilih untuk melakukan sesuatu perkara daripada melakukan perkara lain. [The costs of social exchange relationships can involve punishments experienced, the energy invested in a relationship, or rewards foregone as a result of engaging in one behavior or course of action rather than another (Blau 1964)]
  17. 17. Hasil (Outcomes)• Hasil adalah sama dengan ganjaran yang diperolehi daripada sesuatu perhubungan (interaksi) setelah ditolak kos yang ditanggung. (Outcomes are equal to the rewards obtained from a relationship minus the costs incurred)
  18. 18. • Ini diperturunkan dalam formula berikut: Hasil = Ganjaran dalam interaksi – kos dalam interaksi (Outcome = Rewards of interaction - Costs of Interaction)• Mana-mana outcome atau hasil dalam perhubungan (interaksi) disifatkan sebagai sesuatu yang menguntungkan atau suatu kepuasan (satisfaction) jika ganjaran yang diterima adalah lebih banyak daripada kos yang ditanggung.
  19. 19. Tahap Perbandingan (Comparison Levels)• Tahap perbandingan (CL) adalah sumbangan pengalaman dan jangkaan pengalaman terdahulu dalam menentukan darjah kepuasan yang diperolehi oleh seseorang dalam satu-satu perhubungan (the contributions that previous experiences and expectations make to the determination of how satisfied an individual is with a relationship)
  20. 20. • CL menggambarkan (a) apa yang dirasai oleh seseorang itu boleh dicapai dalam sesuatu perhubungan dan (b) apa yang dirasai oleh seseorang itu penting bagi beliau untuk mengalami atau memperolehinya dalam perhubungan tersebut.• Apabila hasil (outcome) dari satu-satu perhubungan itu melebihi CL, maka nilai perhubungan tersebut adalah tinggi.
  21. 21. Tahap Perbandingan untuk Membuat Pilihan (Comparison Level for Alternatives)• Tahap perbandingan untuk membuat pilihan (CLalt) adalah penilaian seseorang terhadap hasil (outcome) yang bakal diperolehi dalam satu-satu perhubungan berbanding dengan apa yang diperolehi daripada perhubungan yang sedang berlaku (CLalt is an individuals assessment of the outcomes available in an alternative to the present relationship)
  22. 22. • Apabila hasil (outcome) yang dijangka diperolehi dalam perhubungan lain (perhubungan alternatif) melebihi apa yang diperolehi dalam perhubungan yang sedang berlaku, berkemungkinan seseorang itu akan memilih perhubungan alternatif dan menamatkan perhubungan yang sedang berlaku.
  23. 23. • Ini bermakna kepuasan dalam sesuatu perhubungan itu tidak semestinya menyebabkan perhubungan itu akan berterusan jika perhubungan alternatif lebih menjaminkan hasil (outcome) yang lebih baik atau lebih tinggi. Perhubungan A = kepuasan *** Perhubungan B = kepuasan ***** Maka logiknya B = menjadi pilihan
  24. 24. • Satu-satu perhubungan yang mendatangkan hasil (outcome) yang tinggi lazimnya adalah lebih stabil dan berpanjangan.• Ini kerana hasil yang tinggi itu akan dengan sendiri akan melemahkan persaingan daripada perhubungan alternatif.
  25. 25. Pergantungan (Dependence)• Pergantungan adalah darjah seseorang merasai dirinya tertakluk atau bergantung kepada orang lain untuk memperolehi hasil (outcome) dalam satu-satu perhubungan (the degree to which a person believes that he or she is subject to or reliant on the other for relationship outcome)
  26. 26. • Darjah pergantungan ini ditentukan oleh sejauhmana hasil yang diperolehi dalam satu- satu perhubungan itu melebihi atau berkurangan daripada yang bakal diperolehi dari perhubungan alternatif.• Pergantungan lazimnya adalah kuat dalam perhubungan yang mendatangkan hasil (outcome) yang tinggi.
  27. 27. Halangan (Barriers)• Halangan adalah faktor yang meningkatkan kos dalam pembubaran satu-satu perhubungan [factors that increase the costs of dissolving an existing relationship (Levinger 1982)]• Halangan ini boleh berbentuk dalaman atau luaran atau kedua-duanya sekali.
  28. 28. • Halangan dalaman adalah dalam bentuk obligasi dan perasaan terhutang budi terhadap rakan dalam satu- satu perhubungan hingga membawa kepada kos psikologi yang tinggi bagi membubarkan perhubungan tersebut.• Halangan luaran wujud dalam bentuk tekanan masyarakat serta perhitungan material dan ekonomi lainnya yang juga membawa kepada kos pembubaran perhubungan yang tinggi.
  29. 29. Sikap Mempercayai (Trust)• Sikap mempercayai (trust) adalah keyakinan seseorang terhadap rakannya agar rakanya itu tidak menindas atau mengambil kesempatan ke atas dirinya (trust refers to the belief on the part of individuals that their partners will not exploit or take unfair advantage of them)
  30. 30. • Apabila satu-satu perhubungan itu akur kepada norma-norma timbal balas atau apabila satu-satu pertukaran (exchange) itu dianggap sebagai adil, maka individu yang terlibat dalam perhubungan atau pertukaran itu akan merasai yakin bahawa beliau tidak akan diiniaya oleh rakannya.
  31. 31. • Sikap mempercayai (trust) penting dalam mana-mana perhubungan sebab apabila setiap orang yang berhubungan itu sering mempercayai terhadap satu sama lain, maka mereka akan menjadi kurang berkira (less calculative), tetapi sebaliknya akan berusaha untuk mendapat hasil (outcome) yang berpanjangan.
  32. 32. • Dengan kata lain sikap mempercayai (trust) membolehkan seseorang itu menduga atau menjangka untuk mendapat keadilan serta ganjaran dalam jangka masa yang panjang dan tidak akan menuntut ganjaran itu dengan segera.
  33. 33. Komitmen (Commitment)• Komitmen adalah persetujuan individu-individu untuk meneruskan perhubungan [Commitment involves the willingness of individuals to work for the continuation of their relationships (Leik and Leik 1977; Scanzoni 1979].• Komitmen lazimnya wujud apabila setiap individu dalam sesuatu perhubungan secara timbalbalas memperolehi ganjaran yang tinggi dalam perhubungan itu.
  34. 34. • Komitmen juga membawa kepada kestabilan perhubungan serta meningkatkan darjah pergantungan individu-individu yang terlibat dalam perhubungan itu terhadap satu sama lain di samping melemahkan daya tarik perhubungan alternatif.
  35. 35. Tokoh Utama• Antara tokoh utama teori pertukaran sosial adalah George Homans (1961, 1974), Peter Blau (1964, 1987), Emerson (1962, 1972a, 1972b). dan Thibaut & Kelley (1959; Kelley &Thibaut 1978)
  36. 36. Pemikiran George Homans• Dalam bukunya bertajuk Social Behavior: Its Elementary Forms (1961), Homans melihat pertukaran sosial dari lima proposition (usul) yang juga menjadi intipati pemikiran beliau tentang teori Pertukaran Sosial.
  37. 37. Proposition tersebut adalah:• Success Proposition• Stimulus Proposition• Value Proposition• Aggression/Approval Proposition• Rationality Proposition
  38. 38. Success Proposition• Jika lebih kerap sesorang itu mendapat ganjaran dalam tindakan (perhubungan) yang dilakukannya, maka beliau akan lebih mudah melakukan tindakan sedemikian (The more often a particular action of a person is rewarded, the more likely the person is to perform that action)
  39. 39. • Dengan kata lain mengikut ‘success proposition’ ini seseorang individu itu akan lebih mudah dan bersedia untuk meneruskan perhubungan dengan sesiapa sahaja dalam masyarakat jika beliau kerap mendapat ganjaran atau faedah yang dijangkakan dalam semua hubungan yang pernah dilakukan.• Satu-satu perhubungan yang sedang dilakukan juga menjadi lebih stabil dan berpanjangan jika ganjaran seumpama itu bakal diperolehi.
  40. 40. Stimulus Proposition• Jika pada masa lampau wujud rangsangan tertentu yang menyebabkan tindakan (perhubungan) seseorang individu itu mendapat ganjaran, maka jika wujud rangsangan yang serupa pada masa kini, maka beliau dengan agak mudah dan bersedia untuk melakukan satu-satu tindakan (perhubungan) baru atau beberapa tindakan baru yang sama dengannya
  41. 41. • (If, in the past, the occurrence of a particular stimulus, has been the occasion on which a persons action has been rewarded, then the more similar the present stimuli are to the past ones, the more likely the person is to perform the action, or some similar actions)
  42. 42. • Stimulus proposition ini sebenarnya mempunyai kaitan rapat dengan konsep Tahap Perbandingan atau CL (Comparison Level) yang dijelaskan pada awalnya.
  43. 43. Value Proposition• Jika hasil (outcome) satu-satu tindakan itu tinggi nilainya kepada seseorang, maka beliau akan lebih mudah dan bersedia melakukan tindakan tersebut tidak kira tindakan itu baik/positif ataupun negatif (The more valuable to a person is the result of his action, the more likely he is to perform the action (positive or negative value).
  44. 44. • Dilihat dari aspek ini didapati perkara yang diutamakan dalam mana-mana tindakan (perhubungan) adalah nilai terhadap hasil (outcome) yang diterima kepada orang yang melakukannya.• Hasil itu boleh datang daripada tindakan yang positif atau sebaliknya yang bersifat negatif.• Hasil dalam bentuk material, kepuasan, nikmat dll lazimnya mempunyai nilai yang tinggi tidak kira dari mana sumbernya.
  45. 45. Aggression/Approval Proposition• Apabila tindakan seseorang indidvidu itu tidak diberi ganjaran seperti yang dijangkakan, atau sebaliknya mendapat hukuman yang tidak diduga, beliau akan menjadi marah dan berkemungkinan bertindak agresif. Begitu juga apabila ganjaran yang tidak diduga diperolehi atau hukuman yang dijangkakan tidak dikenakan, maka individu tersebut akan gembira dan berkemungkinan akan melakukan sesuatu yang baik.
  46. 46. • (When a persons action does not receive the expected reward, or receives unexpected punishment, he will be angry and is more likely to perform aggressive action. Likewise, when unexpected reward occurs, or expected punishment does not occur, he will be pleased and is more likely to perform approving behavior)
  47. 47. • Mengikut proposition ini sebagai insan seseorang itu inginkan sesuatu yang terbaik (rewarding) dan cuba mengelak daripada dikenakan hukuman walaupun melakukan sesuatu yang tidak baik.• Jika tidak mendapat ganjaran atau dikenakan hukuman tertentu beliau akan kecewa dan mungkin bertindak agresif (melalui perbuatan atau setidak-tidaknya melalui percakapan)
  48. 48. • Sebaliknya, jika sesorang itu tidak menduga mendapat apa-apa ganjaran atas tindakan beliau, atau pun jika beliau melakukan sesuatu yang salah tetapi tidak dikenakan hukuman, secara logiknya beliau akan rasa gembira dan berkemungkinan akan lebih berhati-hati untuk tidak mengulangi tindakan salah tersebut.
  49. 49. Rationality Proposition• Dalam membuat pilihan antara tindakan alternatif seseorang itu akan memilih sesuatu yang nilai hasil (V) yang dijangka diperolehi dharab kemungkinan (P) untuk mendapatkan hasil tersebut adalah lebih tinggi (In choosing between alternative actions, a person will choose that one for which, as perceived by him, the value (V), of the result multiplied by the probability (P) of getting the result is greater)
  50. 50. • Rationality Proposition yang dikemukakan oleh George Homans adalah penjelasan lanjut kepada Konsep CLalt (Comparison Level for Alternatives) yang telah dibincangkan• Tindakan A - V X P = Tinggi• Tindakan B - V X P = Rendah• Secara rasionalnya sesorang itu akan memilih Tindakan (Perhubungan) B.
  51. 51. • Selain lima proposition (usul) yang dihuraikan, Homan juga mengemukakan konsep distributive justice (lit:keadilan yang tersebar) dalam penulisannya tentang pertukaran sosial.• Konsep distributive justice ini bermaksud, apabila seseorang itu rasa kecewa dalam satu-satu perhubungan, perasaan tersebut tidak menjadi masalah besar sekiranya orang lain pun turut rasa kecewa.
  52. 52. • Kekecewaan yang dialami itu akan menjadi masalah jika orang lain tidak berkongsi kos yang terlalu mahal dalam perhubungan tersebut.• (Homans idea of distributive justice suggests that when a person gets slighted in interaction, it isnt a real big problem as long as everybody else always gets slighted too. It is when others do not share in the costs that interactions become unbearably costly)
  53. 53. • Dengan kata lain, Homans berpendapat hasil (outcome) yang diperolehi dalam mana-mana perhubungan tidak boleh dinikmati oleh satu pihak sahaja sedangkan pihak lain tidak menikmatinya.• Dalam mana-mana perhubungan ganjaran dan kos serta hasil semestinya seimbang di kalangan pihak-pihak yang terlibat.
  54. 54. Pemikiran Peter Blau• Peter Blau dalam penulisannya bertajuk Exchange and Power in Social Life (1964) mengatakan pertukaran sosial adalah proses yang paling penting dalam kehidupan masyarakat.
  55. 55. • Pertukaran sosial melibatkan tindakan sukarela individu-individu dalam masyarakat yang digerakkan oleh motivasi untuk mendapat hasil yang dijangkakan apabila berhubungan dengan orang lain.• Blau mengatakan manusia menganggotai satu-satu pertubuhan sosial dan memperluaskan perhubungan dengan anggota pertubuhan tersebut kerana mereka memperolehi faedah-faedah tertentu.
  56. 56. • Beliau memberi beberapa contoh bentuk perhubungan yang dijalinkan dengan tujuan mendapat hasil atau faedah – antaranya termasuk pertukaran perkhidmatan antara jiran, bantu membantu sesama rakan, pertukaran idea dalam perbincangan, pertukaran resipi antara surirumah dll.
  57. 57. • Pertukaran di atas adalah realiti dalam kehidupan masyarakat dan menjadi tali pengikat antara manusia.• Perkataan-perkataan seperti terhutang budi, berterima kasih, kalau tidak kerana dia, dll semuanya menggambarkan wujudnya pertukaran sosial dalam kehidupan seharian.
  58. 58. • Walaupun terdapat banyak pertukaran sosial dalam masyarakat (dalam bidang ekonomi, politik, keluarga dsb) tetapi bagi Blau tidak semua tingkahlaku manusia dalam masyarakat boleh digolongkan sebagai pertukaran sosial.• Begitu juga tidak semua pertukaran dalam masyarakat itu disifatkan sebagai pertukaran sosial.
  59. 59. • Bagi Blau konsep pertukaran sosial hanya mengambil kira kategori pertukaran di mana satu-satu tindakan itu disusuli dengan tindakbalas yang mendatangkan ganjaran.• SE = Action Rewarding Reaction
  60. 60. • Dengan kata lain satu-satu tindakan yang tidak disusuli dengan tindakbalas yang menjanjikan ganjaran bukan merupakan pertukaran sosial.• Ini bermakna bagi Blau, ganjaran menjadi perkara utama dalam mana-mana pertukaran sosial.
  61. 61. • Selanjutrnya mengikut Peter Blau, asas pertukaran sosial adalah norma timbalbalas (norm of reciprocity) di mana seseorang itu mempunyai rasa tanggungjawab terhadap orang lain.• Sifat timbalbalas atau hasil dari satu-satu timbalas (reaction) tidak boleh ditawar- menawar, tetapi terserah kepada pertimbangan pihak yang memberinya.
  62. 62. • Ini bersandarkan kepada prinsip percaya mempercayai (trust) di kalangan pihak-pihak yang terlibat dalam pertukaran sosial.• Mengikut Blau, manusia lazimnya mempunyai sifat bertanggungjawab dan akan bertimbalas dalam mana-mana perhubungan walaupun perjanjian formal tidak dimeterai antara mereka.
  63. 63. Proses pertukaran sosial mengikut Peter Blau dapat dirumuskan seperti berikut:• Individu yang berminat untuk terus mendapat hasil (misalnya dalam bentuk perkhidmatan), perlu bertanggungjawab membayar balik (memberi ganjaran) kepada perkhidmatan yang diterimanya pada masa lalu (Individuals, in the interest of continuing to receive needed services, need to discharge their obligations for having received the services in the past)
  64. 64. • Seseorang individu yang memberi perkhidmatan berfaedah (rewarding services) kepada orang lain akan mewujudkan rasa bertanggungjawab orang lain tersebut terhadap dirinya (An individual who supplies rewarding services to another obligates him)
  65. 65. • Untuk memenuhi tanggungjawab ini, orang yang menerima perkhidmatan (orang yang rasa bertanggungjawab itu), mesti memberi ganjaran kepada pemberinya yang terdahulu sebagai tindakbalas (To honour this obligation, the obligated person must provide benefits to the first in turn)
  66. 66. • Sekiranya kedua-dua pihak menghargai apa yang masing-masing terima daripada satu sama lain, kedua-duanya berkemungkinan memberi perkhidmatan yang lebih baik bagi menimbulkan insentif kepada satu pihak untuk mempertingkatkan penawaran perkhidmatan dan juga untuk mengelak daripada timbulnya perasaan terhutang budi terhadap pihak lain.
  67. 67. • (If both these persons value what they receive from each other, both are likely to supply more of their own services in order to provide incentives for the other to increase his supply and to avoid becoming indebted)
  68. 68. • Apabila kedua-dua pihak menerima faedah yang kian bertambah melebihi apa yang diingini pada mulanya, keperluan untuk mendapat perkhidmatan lanjutan menjadi berkurangan, dan proses pertukaran di kalangan mereka mungkin berakhir
  69. 69. • (As both these individuals receive increasing amounts of the benefits they originally sought, their need for further assistance typically declines and the process of exchange between the persons may cease).
  70. 70. • Sebagai kesimpulan, walaupun terdapat beberapa perbezaan dari segi pendekatan antara George Homans dan Peter Blau tentang teori Pertukaran Sosial, pada keseluruhannya wujud banyak persamaan dari segi intipati pemikiran mereka terhadap teori tersebut.

×