Asbabun nuzul

6,711 views

Published on

Published in: Education

Asbabun nuzul

  1. 1. SLQ 4042 ULUM AL-QURAN PengenalanSetiap sesuatu yang dijadikan oleh Allah mempunyai sebab dan qadarnya . Kanak-kanak yang baru dilahirkan tidak dapat melihat cahaya dunia melainkan setelahmelalui kejadian sebab musabab dan proses pertumbuhannya .1 Justeru itu , ayat-ayatal-Quran yang diturunkan juga ada latar belakangnya . Namun begitu , ulamamenjelaskan bahawa ayat-ayat al-Quran yang diturunkan boleh dikategorikan kepadadua iaitu , ada yang mempunyai sebab dan ada yang tidak mempunyai sebab .1.0 Penurunan al-Quran tanpa sebabAyat-ayat yang diturunkan tanpa sebab sering memperkatakan soal penghidupanharian atau perkara yang sering berlaku. Selain itu , ia juga menyentuh tentang perkarayang telah diketahui maklumatnya seperti berakhlak mulia.Ia juga untuk memberimaklumat tambahan, penjelasan yang kurang dan membetulkan kekeliruan.Wahyu inibanyak berlaku dan jumlahnya melebihi jumlah ayat yang diturunkan bersebab.Menurut Ahmad Von Denffer , In some cases scholars have provided us with the background of certain events that heve been narrated in the Quran. Obviously , however , such information does not belong to the field of asbab al-Nuzul. Although it may help to understand the message of the recelation, it is not related in a direct and reliable wa, showing immediate reason for or the occasion of the revelation.2Beliau menegaskan bahawa tidak semua ayat al-Quran yang diturunkan itu mempunyaisebab. 1.1 Contoh pertama.1 Subhi Saleh, Penterjemah Zainal Abidin Abdul Kadir , (1991), Kajian al-Quran, hal: 1752 Ahmad Von Denffer, (1991), Ulum al-Quran, An Introduction To The Science Of The Quran , hal : 92 -1-
  2. 2. SLQ 4042 ULUM AL-QURAN Penurunannya semata-mata untuk menunjukkan jalan yang benar, tanpa menjelaskan peristiwa atau pertanyaan . Firman Allah surah al-Rum ayat 30:Maksudnya: (Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (kamu danpengikut-pengikutmu wahai Muhamad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan;(turutlah terus “Agama Allah” iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengankeadaan bersedia dari semula jadinya) untuk menerimanya tidaklah patut ada sebarangperubahan pada ciptaan Allah itu; iaitulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakanmanusia tidak mengetahui.3 (Surah al-Rum ayat 30)1.2 Contoh kedua.Penurunannya untuk mencerikatakan tentang umat terdahulu, menenangkan sertamenghiburkan nabi dan sahabat.Contohnya firman Allah surah Yusuf ayat 3-5.3 Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Quran, Edisi Jawi (1994) , hal : 873 -2-
  3. 3. SLQ 4042 ULUM AL-QURAN Terjemahan: Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhamad) seindah-indah kisah dengan jalan wahikan kepadamu al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahi itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya . (Ingatlah peristiwa) tatkala Nabi Yusuf berkata kepada bapanya : “Wahai ayahku! Sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku. Bapanya berkata: “Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia.”4 (Surah Yusuf ayat 3-5.)4 Ibid , hal : 436-437 -3-
  4. 4. SLQ 4042 ULUM AL-QURAN 1.3 Contoh ketiga iaitu ayat yang menceritakan cerita-cerita ghaib yang akan berlaku pada masa hadapan . Ayat-ayat yang dimaksudkan ini termasuk gambaran peristiwa hari qiamat , pemandangan pada hari tersebut dan gambaran-gambaran nikmat dan azab pada hari akhirat . Ayat-ayat yang memberikan fokus khas tentang gambaran ini boleh didapati dengan jumlah yang banyak khususnya semasa al-Quran dibentangkan pada zaman Makkiyyah .5 Sebagai contoh iaitu Surah al-Rahman ayat 46 , terjemahannya : “Dan orang yang takut akan keadaan berdirinya di mahkamah Tuhan (untuk dihisab), disediakan baginya dua syurga.”62.0 Penurunan al-Quran Bersebab 2.1 Sebab nuzul untuk menjelaskan sesuatu hukum dan membetulkan kesilapan .5 Zulkifli bin Hj. Mohd. Yusoff , (1996), Kunci Mengenal al-Quran, hal : 406 opcit , hal : 1191 -4-
  5. 5. SLQ 4042 ULUM AL-QURANFirman Allah :Terjemahan:Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri solat(mengerjakannya) sedangkan kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar danmengetahui akan apa yang kamu katakan.Dan janganlah pula (menghampiri) masjid sedang kamu dalam keadaan junubkecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu mandi bersuci.Dan jika kamu sakit atau dalam musafir, atau salah seorang dari kamu datang daritempat buang air, atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidakmendapat air (untuk mandi atau berwudhu’) maka hendaklah kamu bertayamum -5-
  6. 6. SLQ 4042 ULUM AL-QURAN dengan tanah-debu yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah adalah amat pemaaf, lagi amat pengampun.7 (Surah al-Nisa’ ayat 43) Penerangan Ayat tersebut diturunkan dengan sebab ada di kalangan sahabat yang mengerjakan solat dalam keadaan mabuk, menyebabkan beliau silap ketika membaca surah al- Kafirun. Ayat dan wahyu tersebut diturunkan untuk menjelaskan supaya jangan bersembahyang dalam keadaan mabuk. 2.2 Penurunan wahyu dan al-Quran untuk menjawab pertanyaan yang diajukan kepada baginda. Sebagaimana firman Allah: Maksudnya: Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), tentang Zul7 Ibid , hal : 158 -6-
  7. 7. SLQ 4042 ULUM AL-QURAN Qarnain. Katakanlah . “ Aku akan bacakan kepada kamu (wahi dari Allah yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya.” 8 (Surah al-Kahfi ayat 83) Ayat tersebut diturunkan kerana ada orang Yahudi yang bertanya kepada nabi kisah Zul Qarnain. 2.3 Penurunan wahyu apabila nabi ditanya tentang sesuatu perkara, maka turunlah ayat yang menerangkan hukumnya. Contohnya ialah kisah Khaulah binti Tha’labah yang telah diziharkan oleh suaminya Aus ibn Sabit. Khalulah kemudian mengadu kepada Rasulullah. Sebagaimana hadis daripada Aisyah yang diriwayatkan oleh Ibn Majah dan Ibn Abi Hatim. Aisyah berkata yang bermaksud: Maha suci Allah yang mana pendengaranNya meliputi segalanya. Aku mendengar aduan Khaulah binti Tha’labah itu, meskipun tidak semuanya. Ia mengadu tentang suaminya kepada Rasulullah , dengan katanya: “Wahai Rasulullah! Suamiku telah lama hidup bersamaku dan aku juga telah beberapa kali mengandung kerananya, tetapi sekarang setelah aku tua, dan tidak beranak lagi, dia telah menziharkan aku. Ya Allah sesungguhnya aku mengadu kepadaMu”. Aisyah berkata: “Tiba-tiba malaikat Jibril turun membawa ayat;Terjemahannya:8 Ibid , hal : 604 -7-
  8. 8. SLQ 4042 ULUM AL-QURANSesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenankan) aduan perempuan yangbersoal jawab denganmu (Wahai Muhammad) tentang suaminya, sambil ia berdoa danmerayu kepada Allah (tentang perkara yang menyusahkannya) sedang Allah sediamendengar perbincangan kamu berdua. Sesungguhnya Allah amat mendengar lagiamat melihat. 9 (Surah al-Mujadalah ayat 1).2.4 Penurunan wahyu dan al-Quran apabila berlaku sesuatu peristiwa.Hal ini sebagaimana hadis daripada Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Bukhari danMuslim yang mana Ibnu Abbas berkata yang bermaksud: Ketika turunnya ayat 214surah al-Syu’ara’ yang bermaksud: Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaumkerabatmu yang dekat. Nabi telah menaiki bukit Safa , lalu baginda berseru: “Wahaikaumku sekalian! Maka mereka semua berkumpul berhampiran dengan nabi. Bagindaberseru lagi: “Bagaimana pendapatmu apabila aku memberitahumu bahawa di sebalikbukit ini terdapat sepasukan berkuda yang akan menyerang kamu. Percayakah kamuterhadap kata-kataku ini ?” Mereka menjawab: “Kami belum pernah mendapati kamumendusta.” Lantaran itu nabi menyambung kata-katanya: “Aku memperingatkankepada kamu tentang azab yang amat pedih”. Maka ketika itu, Abu Lahab bangunlantas berkata: “Celakalah engkau ! Apakah engkau mengumpulkan kami ini hanyauntuk urusan ini?” Maka turunlah surah al-Masad. Sebagaimana firman Allah;9 Ibid , hal : 1216 -8-
  9. 9. SLQ 4042 ULUM AL-QURANMaksudnya:Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan binasalah ia bersama! Hartanya dan segalayang diusahakannya, ia tidak dapat menolongnya! Ia akan menderita bakaran apineraka yang marak menjulang! Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggahkayu api! Dilehernya sejenis tali dari tali-tali yang dipintal.10 (Surah al-Masad ayat 1-5)3. Pembahagian-pembahagian penurunan bersebabPembahagian penurunan bersebab.Boleh dibahagikan kepada 3:- a) Satu ayat satu sebab nuzul; b) Satu ayat beberapa sebab nuzul; c) Satu sebab nuzul untuk banyak ayat. 3.1 Satu Ayat Satu Sebab Nuzul10 Ibid , hal : 1448 -9-
  10. 10. SLQ 4042 ULUM AL-QURANBerlaku pada sesetengah ayat yang telah diturunkan dengan pernyataan dan riwayatsebab nuzul yang jelas tanpa ada banyak riwayat yang menghubungkannya denganasbab nuzul lain.Contohnya ketika turunnya ayat 214 surah al -Syu’ara’, yang maksudnya :Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat. Nabitelah pergi menaiki Bukit Safa, lalu baginda berseru: “Wahai kaumku sekalian!Maka mereka semua berkumpul berhampiran dengan Nabi. Baginda berseru lagi:“Bagaimana pendapat kamu apabila aku memberitahu kepada kamu bahawa disebalik bukit ini terdapat pasukan berkuda yang akan menyerang kamu, percayakahkamu terhadap kata-kataku ini? Mereka menjawab: “Kami belum pernahmendapati kamu berdusta”. Lantaran itu Abu Lahab menyambung kata-kata:“Celakalah engkau: Apakah engkau mengumpulkan kami ini hanya untuk urusanini ?” Maka turunlah Surah al-Masad. Sebagaimana firman Allah:Maksudnya:Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan binasalah ia bersama! Hartanya dansegala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya! Ia akan menderita bakaran - 10 -
  11. 11. SLQ 4042 ULUM AL-QURAN api neraka yang marak menjulang! Dan juga isterinya seorang perempuan pemunggah kayu api! Dilehernya sejenis tali dari tali-tali yang dipintal. 11 ( Surah al-Masad ayat 1-5) Ayat tersebut telah diturunkan untuk membalas celaan serta mencela Abu Lahab yang mencaci dan mencela nabi. 3.2 Satu ayat beberapa sebab nuzul Jika ada dua riwayat mengenai satu ayat yang turun dan menyebutkan sebab yang jelas , maka kedua-duanya perlu dikaji lebih lanjut.12Maksudnya terdapat beberapa riwayat tentang sebab nuzul sesuatu ayat.Huraiannya ada 6. i) Apabila riwayat itu banyak dan semuanya menegaskan tentang asbabun nuzul, namun begitu satu daripadanya adalah riwayat yang sahih maka hendaklah diterima riwayat yang sahih itu. Contohnya: Riwayat pertama iaitu , hadis riwayat yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim daripada Jundub al-Bajali.Terjemahannya : Nabi mengalami sakit, menyebabkan dua atau tiga malam baginda tidak bangun sembahyang malam. Maka datanglah seorang wanita menemui baginda dan berkata : Wahai Muhammad! Aku rasa syaitanmu telah meninggalkanmu, sepanjang dua atau tiga malam ini ia tidak menghampirimu lagi. Maka Allah menurunkan ayat:11 Ibid , hal : 144812 Syeikh Muhamad Abdul Aim al-Zarqaniy, terjemahan, Drs. H.M Qadirun dan Nur Ahmad Musyafiq(2000), Menyingkap Rahsia al-Quran, hal : 245. - 11 -
  12. 12. SLQ 4042 ULUM AL-QURAN Maksudnya : Demi waktu Dhuha dan malam apabila ia sunyi sepi , Bahawa tuhanmu ( Wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik) .13 (Surah Dhuha ayat 1-3) Riwayat kedua pula , hadis riwayat daripada al-Tabarani dan Ibn Abi Syaibah daripada Hafs Ibn Maisarah daripada ibunya, daripada budak perempuan pembantu rumah nabi yang meriwayatkan : ‫إن جروا دخل بيت النبى صلى ا عليه وسلم فدخل تحت‬ ‫السرير، فمات فمكث النبى أربع إيام ل ينزل عليه الوحى‬ ‫فقال : يا خولة، ما حدث فى بيت رسول ا صلى ا عليه‬ ‫وسلم جبريل ل يأتينى ؟ فقلت فى نفسى : لو هيأت البيت‬ ْ‫وكنسته، فأهويت بالمكنسة تحت السرير فأخرجت الجرو فجا‬ ‫النبى صلى ا عليه وسلم ترعد لحيته، وكان إذا نزل عليه‬ ‫.أحذته الرعدة، فأنزل ا الية‬ Terjemahannya :13 Opcit , hal : 1403 - 12 -
  13. 13. SLQ 4042 ULUM AL-QURAN Bahawa seekor anak anjing telah memasuki rumah nabi lalu masuk di bawah katil tempat tidur, lalu mati di situ. Sebab itu selama empat hari wahyu tidak turun kepada baginda. Maka baginda bersabda : Wahai Khaulah apa yang telah terjadi di rumah Rasulullah ini , sehingga Jibril tidak datang kepadaku ? Maka aku berkata dalam diriku: Alangkah baiknya seandainya aku mengemas rumah ini dan menyapunya. Lalu aku menyapu di bawah katil tempat tidur, maka aku keluarkan bangkai anak anjing. Selepas itu nabi datang dengan janggutnya terketar-ketar. Adalah nabi apabila turunnya wahyu, baginda terketar. Maka Allah menurunkan ayat: Maksudnya : Demi waktu Dhuha dan malam apabila ia sunyi sepi . Bahawa tuhanmu ( Wahai Muhammad) tidak meningalkanmu dan ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik) .14 (Surah Dhuha ayat 1-3) Menurut Ibn Hajar, dalam Sahih Bukhari, tentang lewatnya datang wahyu kerana ada bangkai anak anjing di rumah baginda adalah masyhur. Namun begitu, kisah itu untuk dijadikan sebab nuzul merupakan satu yang gharib dan tidak sesuai dengan martabat nabi. Kita perlu mengambil riwayat pertama sebagai sebab nuzul. Riwayat pertama jelas kesahihannya sedangkan riwayat kedua pula tidak sahih disebabkan di dalam sanadnya terdapat perawi yang tidak diketahui namanya (rawi majhul). Menurut14 Ibid , hal : 1448 - 13 -
  14. 14. SLQ 4042 ULUM AL-QURAN pendapat Dra . H. St Amanah , pada riwayat yang kedua ini tercium bau kepalsuannya15 . Selain itu , riwayat pertama diterima kerana ia diriwayatkan daripada imam Bukhari dan Muslim. ii) Sekiranya kedua-dua riwayat adalah sahih, namun di antara keduanya masih boleh ditarjihkan di antara salah satu daripadanya disebabkan salah satunya lebih sahih di antara yang lain ataupun perawi pertama telah menyaksikan sendiri kejadian tersebut, oleh itu, dalam keadaan tersebut, riwayat ini seharusnya diterima sebagai sebab nuzul. Riwayat pertama : Hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Ibn mas’ud berkata : Terjemahan : Suatu ketika aku berjalan bersama nabi di Madinah. Baginda bertongkatkan daripada pelepah tamar. Ketika melintasi sekumpulan orang Yahudi, salah seorang daripada mereka berkata ; ”Cubalah kamu tanya sesuatu kepadanya (nabi). Lalu mereka bertanya, ”Ceritakan kepada kami tentang roh. Nabi berdiri dan diam sejenak dan mengangkat kepala. Aku tahu waktu itu wahyu sedang turun kepada baginda, hinggalah selesai penurunan wahyu. Selepas itu baginda bersabda: Sebagaimana firman Allah : Yang bermaksud : Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang 16 roh. Katakanlah ”Roh itu dari perkara urusan tuhanku...” ( Surah al Isra’ ayat 85 )15 Dra. H. St. Amanah , (1993), Pengantar Ilmu al-Quran dan Tafsir , hal : 87.16 Opcit , hal : 572 - 14 -
  15. 15. SLQ 4042 ULUM AL-QURAN Riwayat kedua hadis daripada Ibn Abbas yang diriwayatkan oleh imam al-Tirmizi katanya : Orang-orang Quraisy berkata kepada orang Yahudi. ”Berilah kepada kami sesuatu persoalan untuk kami tanya kepada lelaki ini (nabi Muhammad). Mereka menjawab : Tanyalah kepadanya tentang roh. Maka mereka pun bertanya kepada nabi. Maka Allah menurunkan ayat : Terjemahan : Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang roh. 17 Katakanlah ”Roh itu dari perkara urusan tuhanku...” ( Surah al Isra’ ayat 85 ) Daripada kedua-dua riwayat tersebut, riwayat pertama adalah lebih rajih berbanding riwayat kedua. Ini adalah kerana hadis pertama diriwayatkan oleh al- Bukhari. Selain itu, Ibn Mas’ud ada bersama nabi ketika peristiwa penurunan ayat tersebut berlaku dan beliau menyaksikan sendiri keadaan itu. Justeru itu, riwayat pertama diterima sebagai sebab nuzul ayat tersebut. iii) Sekiranya kedua-dua riwayat adalah sahih dan tidak pula dapat ditarjihkan, maka terimalah kedua-dua riwayat sebagai asbabun nuzul18. Dalam konteks ini kita hendaklah beralasan bahawa ayat tersebut diturunkan selepas terjadinya kedua-dua peristiwa atau sebab berkenaan dan dalam tempoh waktu yang berhampiran. Contohnya ;17 Ibid , hal : 57218 Rosmawati binti Ali , (1997), Pengantar Ulum Quran , hal : 147 - 15 -
  16. 16. SLQ 4042 ULUM AL-QURAN Riwayat pertama : Riwayat Imam Bukhari yang diriwayatkan oleh Ikrimah daripada Ibn Abbas bahawa Hilal Ibn Umaiyyah telah menuduh isterinya berlaku sumbang dengan Syuraik Ibn Shama’ di hadapan Rasulullah SAW lalu baginda bersabda kepada Hilal: Bawakan bukti atau belakang kamu akan kusebat . Hilal berkata : Wahai Rasululullah, bagaimana keadaannya kalau seseorang itu mendapati isterinya berlaku sumbang dengan seorang lelaki, adakah ia perlu membawa keterangan atau saksi juga ? Maka turunlah ayat kepada baginda : Terjemahan : Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri ,maka persaksian orang itu ialah empat kali bersumpah dengan nama Allah , sesungguhnya dia adalah termasuk orang-orang yang benar.19 (Surah al-Nur ayat 6) Riwayat kedua: Riwayat yang dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim , lafaz hadis ini diambil dari Sahih al-Bukhari daripada Sahl bin Sa’ad: Bahawa ‘Umaymir telah datang kepada ‘Asim Ibn ‘Adi iaitu ketua bagi suku Bani ‘Ajlan sambil berkata : Apa pendapat kamu seorang suami mendapati yang isterinya bersekedudukan dengan lelaki lain , apakah patut ia bunuh sahaja lelaki itu, tetapi selepas itu ia dibalas bunuh pula atau apakah yang sepatutnya dilakukan ?19 Opcit , hal : 734 - 16 -
  17. 17. SLQ 4042 ULUM AL-QURAN Tolonglah tuan hamba bertanyakan Rasululah tentang perkara ini? Selepas itu, ‘Asim pergi kepada Rasulullah dan bertanya : Wahai Rasulullah (‘Asim bertanya tentang perkara ‘Uwaymir tadi), namun baginda tidak suka melayani pertanyaan seumpama itu. Lalu baginda mengecam pertanyaan seumpama itu. Walau bagaimanapun, ‘Uwaymir masih tidak berpuashati , sambil beliau bersumpah: Demi Allah , aku tidak puas hati kecuali aku sendiri bertanya kepada baginda tentang hal tersebut. Maka ‘Uwaymir pun datang menemui baginda sambil berkata : Wahai Rasuullah, seseorang lelaki mendapati isterinya tidur bersama lelaki lain, adakah patut dia bunuh sahaja lelaki itu, tetapi selepas itu, ia akan dibunuh balas pula, atau apakah yang sepatutnya ia lakukan. Maka baginda menjawab:Sesungguhnya Allah telah menurunkan ayat tentang kamu dan isteri kau kemudian nabi memerintahkan kepada suami isteri untuk bermula‘anah , sebagaimana Allah sebutkan di dalan kitabNya. Maka ia melakukan li’an dengan isterinya iaitu firman Allah : Terjemahan : Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri ,maka persaksian orang itu ialah empat kali bersumpah dengan nama Allah , sesungguhnya dia adalah termasuk orang-orang yang benar.20 (Surah al-Nur ayat 6) Kedua-dua riwayat tersebut sama-sama sahih oleh itu, kita hendaklah mengambil kedua-dua riwayat itu sebab nuzul ayat berkenaan. Kedua-dua peristiwa itu berlaku20 Ibid , hal : 734 - 17 -
  18. 18. SLQ 4042 ULUM AL-QURANdalam masa yang berdekatan di mana dalam riwayat tersebut kita bolehmenyatakan bahawa orang pertama yang bertanya ialah Hilal ibn Umaiyyah ,kemudian pertanyaan tersebut pula diikuti oleh ‘Uwaymir sebelum jawapandiberikan.iv) Sekiranya kedua-dua riwayat yang dinyatakan sama-sama sahih, dan tidakdapat ditarjihkan antara satu sama lain, serta ia juga tidak dapat dikumpulkanserentak disebabkan oleh jarak dan tempoh waktu berlaku peristiwa di antarakeduanya adalah jarak masa yang jauh. Kita hendaklah membuat tanggapanbahawa ayat tersebut diturunkan berulang kali dengan berasaskan sebabpenurunannya juga lebih daripada satu.Kita boleh melihat hal ini dengan melihat riwayat pertama iaitu hadis riwayat yangdikeluarkan oleh al-Baihaqi dan al-Bazzar daripada Abu Hurairah yangmengatakan bahawa Rasululullah SAW berdiri di samping mayat Hamzah yanggugur syahid dalam perang Uhud dalam keadaan tubuhnya yang dikelar-kelar lalubaginda bersabda : Demi Allah sesungguhnya aku akan cincang 70 orang darikalangan orang kafir sebagai menuntut bela hak engkau. Maka di saat itu, Jibrilmenurunkan ayat terakhir daripada surah al-Nahl sedang nabi masih berdiri dekatjenazah Hamzah.Firman Allah : - 18 -
  19. 19. SLQ 4042 ULUM AL-QURAN Maksudnya : Dan jika kamu membalas kejahatan (mereka) maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yan sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu dan jika kamu bersabar , maka sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang yang sabar.21 (Surah al-Nahl ayat 126) Riwayat kedua : Hadis riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim daripada Ubay ibn ka’ab yang berkata : Ketika berlangsungnya peperangan Uhud di mana 64 orang Ansar dan 6 orang Muhajirin terkorban termasuk Hamzah yang dikelar-kelarkan tubuhnya, maka berkatalah golongan Ansar : Sekiranya suatu hari nanti kami berjaya menimpakan kemalangan seumpama ini terhadap mereka (orang kafir ) nescaya kami pasti akan akan mengajar mereka secukup-cukupnya. Ketika hari pembukaan kota Mekah maka Allah menurunkan ayat: Maksudnya : Dan jika kamu membalas kejahatan (mereka) maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu dan jika kamu bersabar , maka sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang yang sabar. (surah al-Nahl ayat 126)21 Ibid , hal : 544 - 19 -
  20. 20. SLQ 4042 ULUM AL-QURAN Daripada kedua-dua riwayat ini kita tidak boleh mengumpulkan dan menyelaraskan di antara kedua-dua riwayat tersebut. Ini adalah kerana jarak waktu di antara dua peristiwa itu yang terlalu jauh.Jika dilihat , Peperangan Uhud berlaku pada tahun ke-3 Hijrah manakala pembukaan Kota Mekah pula pada tahun-ke 8 Hijrah. Rumusan yang boleh dibuat ialah ayat tersebut diturunkan sebanyak dua kali . Dalam hal ini ternyata ada yang menganggap terdapat masalah dam penurunan yangberulang , bahawa hal itu merupakan sasuatu yang sia-sia. Namun begitu jawapanuntuk kemusykilan itu ialah , bahawa ada hikmah lain yang sangat luhur berkenaandengan berulangnya nuzul iu, iaitu peringatan dari Allah kepada para hambanya danmenarik perhatian mereka kepada apa yang terkandung di dalam ayat-ayat yangditurunkan secara berulang itu , sama ada pesanan , faedah ataupun lain yangdiperlukan oleh manusia.22v) Apabila kedua-dua riwayat tidak tegas.Apabila perawi berkata, “Ayat ini diturunkan tentang hal ini.” atau, “Aku mengiraayat ini diturunkan tentang hal ini.”Dalam hal ini tiada percanggahan di antara riwayat-riwayat itu . Ia bukan menyatakan sebab nuzul kecualilah ada qarinah yang membawamaksud penjelasan tentang sebab nuzul.vi) Salah satu daripada ungkapan riwayat tidak tegas.Yang menjadi pegangan ialah riwayat yang menyatakan sebab nuzul dengan tegas.Contohnya riwayat berkaitan Sebab Nuzul ayat 223 surah al-Baqarah:22 Syeikh Muhamad Abdul Aim al-Zarqaniy, terjemahan, Drs. H.M Qadirun dan Nur Ahmad Musyafiq(2000), Menyingkap Rahsia al-Quran, hal : 254. - 20 -
  21. 21. SLQ 4042 ULUM AL-QURANTerjemahan :-Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu. Oleh sebab itu,datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlahamalan-amalan yang baik untuk diri kamu . Dan bertaqwalah kepada Allah , sertaketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuinya (pada hari Akhirat kelak) . Danberilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman .23 (Surah al-Baqarah ayat 223)Menurut riwayat pertama : Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Bukharikatanya yang bermaksud: Pada suatu hari aku membaca Surah al-Baqarah ayat 223 :Terjemahan :-Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu. Oleh sebab itu,datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai….Maka Ibn Umarberkata kepadaku Tahukah engku tentang apakah ayat ini diturunkan? Aku menjawab:Tidak tahu. Ibn Umar berkata : Ayat ini diturunkan berkaitan persoalan menyetubuhiisteri dari arah belakang.Riwayat kedua pula ialah hadis yang diterima daripada melalui Jabir yangdiriwayatkan oleh al-Bukhari, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasai’ dan Ibn Majah, Jabirberkata yang bermaksud: Orang-orang Yahudi berkata : Apabila seorang suamimenyetubuhi isterinya dari arah belakang, maka anak yang dilahirkan bermata juling.Dengan sebab itu, turunlah ayat 223 surah al-Baqarah.23 Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Quran, Edisi Jawi (1994) , hal : 544 - 21 -
  22. 22. SLQ 4042 ULUM AL-QURANDalam hal ini riwayat daripada Jabir dijadikan pegangan kerana tegas manakalariwayat ungkapan Ibn Umar diterima sebagai pentafsiran, bukan sebab nuzul.Rumusan banyak sebab nuzul untuk satu ayat.Menurut Ibn Hajar : Apabila semuanya tidak tegas,dinilai sebagai tafsir dan kandungan ayat. Apabila sebahagian tegas dan sebahagian tidak, yang dipegang yang tegas. Apabila semuanya tegas,pilih yang lebih sahih. Apabila semuanya sahih dilakukan tarjih.jika tidak boleh ditarjih, dikompromikan. Jika tidak boleh dikompromikan,ayat itu turun secara berulang.3.2 Satu sebab nuzul untuk banyak ayat.Kadang kala satu kejadian menyebabkan wahyu turun dua kali atau lebih , iaitusesuatu yang dipanggil oleh ulama dengan istilah : Turun beberapa wahyu keranasebab yang satu24. Ini menunjukkan permasalahan itu penting.Contohnya :Hadis daripada Ummu Salamah yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan al-HakimKatanya: Wahai Rasululah! Saya tidak pernah mendengar Allah menyebut tentangorang perempuan sedikit pun tentang Hijrah. Maka Allah menurunkan ayat al-Quransurah Ali Imran ayat 195.Yang bermaksud: “Maka Tuhan mereka perkenankan doamereka (dengan FirmanNya): Sesungguhnya Aku tidak mensia-siakan amalan oran-orang yang beramal dari antara kamu sama ada lelaki atau perempuan…4 Pegangan ialah lafaz umum, bukan sebab khusus24 Subhi Saleh, Penterjemah, Zainal Abidin Abdul Kadir (1991), Kajian al-Quran, hal: 203 - 22 -
  23. 23. SLQ 4042 ULUM AL-QURANPara ulama usul berbeza pendapat dalam hal yang mana mesti diperhatikan untukpegangan sama ada umumnya lafaz atau khususnya sebab . Adakah hukum itu hanyaberlaku atas kejadian peristiwa atau perseorangan tertentu yang di situ ayat diturunkanatau hukum itu menjadi bersifat umum untuk kesemuanya . Menurut jumhur ulama ,bahawa yang mesti diperhatikan adalah umumnya lafaz dan bukan khususnya sebab.Ini pendapat ynag sahih.25Apabila sesuatu ayat sesuai dengan sebab secara umum atausesuai dengan sebab secara khusus. Maka yang umum itu diterapkam kepadakeumumannya dan yang khusus itu diterapkan kepada kekhususannya.Contohnya firman Allah :Maksudnya : Dan mereka bertanya kepadamu tentang haidh. Katakanlah darah haidhitu satu benda yang menjijikkan . Oleh sebab itu, hendaklah kamu menjauhkan diri dariperempuan (jangan bersetubuh) dalam masa datang haidh itu, dan janganlah kamumenghampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabilamereka sudah bersuci, maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh25 Syeikh Muhammad Ali Ash Shabuni , Penterjemah, M.Junaid Hashimi (1996), Sejarah dan DasarPengajian Ilmu Al-Quran , hal : 38 - 23 -
  24. 24. SLQ 4042 ULUM AL-QURANAllah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyakbertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.26 (Surah al-Baqarah ayat 222)Daripada Anas bin Malik berkata yang bermaksud : Apabila setiap kali isteri-isterioranag yahudi berhaidh, mereka dipulau atau dikeluarkan daripada rumah tidak diberimakan atau diberi minum dan di dalam rumah mereka tidak bersama . Dengan ituRasulullah ditanya tentang perkara itu, maka Allah menurunkan ayat tersebut.Kemudian nabi bersabda :Bersama-samalah dengan mereka di dalam rumah dan perbuatlah apa sahaja,kecuali menyetubuhinya. Perkara yang menjadi perbincangan ialah jika sesuatu sebabitu khusus sedangkan ayat yang diturunkan berbentuk umum. Dalam hal ini pendapatulama terbahagi kepada dua.Pendapat pertamaJumhur ulama berpendapat bahawa yang menjadi pegangan ialah lafaz umumbukannya sebab yang khusus.Pendapat keduaSegelintir ulama mengatakanyang menjadi pegangan dan hukum yang dipegang ialahsebab yang khusus.Pendapat pertamaContohnya berkenaan ayat li’an.Hadis daripada Ibn Abbas yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, al-Tirmizi dan Ibn majah di mana Ibn. Abbas berkata yang bermaksud:Daripada Ibn Abbas katanya Hilal Ibn Umayyah telah menuduh isterinya berzina26 Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Quran, Edisi Jawi (1994) , hal : 69 - 24 -
  25. 25. SLQ 4042 ULUM AL-QURANdengan Syuraik Ibn Shama’ di hadapan nabi. Nabi bersabda “Hendaklah ada bukti atausaksi, kalau tidak belakang engkau akan disebat”. Hilal berkata “Wahai Rasulullah!Apabila seseorang daripada kami (suami) melihat lelaki bersama (melakukanpersetubuhan ) dengan isterinya, maka adakah seharusnya ia membawa bukti atau saksijuga ? Rasululah menjawab, “Saksi atau bukti, jika tidak belakang kamu akan disebat”.Hilal berkata lagi, “Demi yang mengutuskan engkau (Allah) dengan kebenaran,sesungguhnya saya berkata benar. Moga-moga Allah akan menurunkan ayat yangmelepaskan belakang aku daripada disebat. Maka turunlah malaikat Jibril menurunkanayat : Surah al-nur ayat 6 hingga 9.Lafaz( ‫والذين يرمون أزواجهم‬ ) dan orang-orang yang menuduh isterinyaberzina adalah dalam bentuk lafaz umum, namun begitu hukumnya bukanlah hanyaterhentikepada peristiwa yang khusus itu sahaja. Iaitu ia bukan hanya tertumpu kepadaperistiwa Hilal yang menuduh isterinya sahaja tetapi hukum yang dipegang ialahdengan meliputi semua kes lain atau kes menuduh isteri untuk semua orang (suami)tanpa perlu kepada dalil atau ayat lain.Inilah pendapat sahih dan kukuh dan bersesuaian dengan hukum-hukum syarak yangbersifat umum.Kesimpulan - 25 -
  26. 26. SLQ 4042 ULUM AL-QURANIlmu asbabun nuzul amat penting . Sebenarnya ayat al-Quran diturunkan melaluisebab-sebab tertentu . Namun begitu , ada juga ayat yang diturunkan tanpa sebab yangkhusus .Mempelajari ilmu mengenai sebab nuzul ayat amat penting, antaranya ialah : • Mengetahui hikmat diperundangkan sesuatu hukum. • Mengetahuin bahawa syariat Islam memberi perhatian yang serius terhadap kepentingan umum, terutamanya dalam menghadapi segala peristiwa, demi umat Islam yang terhormat dan mulia. • Mengkhususkan serta membataskan hukum yang diturunkan dengan sebab yang berlaku. Iaitu apabila sesuatu hukum itu dinyatakan dalam bentuk yang umum. • Dapat membantu seseorang dalam memahami ayat dan maksud al-Quran. Ibn Daqiq al-’Id ( ‫ ) دقيق العيد‬berkata : mengetahui sebab nuzul adalah jalan yang paling kuat untuk mengetahui makna al-Quran. Ibn Taimiyah pula berkata : mengetahui sebab nuzul dapat membantu untuk memahami ayat, kerana mengetahui sebab akan dapat mengetahui musabbabnya. • Dapat mentafsir sesuatu ayat berdasarkan kesah dan cerita yang sebenar. Al-Wahidi berkata : tidak mungkin dapat memahami pentafsiran ayat tanpa mengetahui kesah dan sebab nuzulnya. • Membantu dan memudahkan seseorang yang menghafaz al-Quran. • Membantu ahli Tafsir dan ahli Fiqh dalam mengitimhbat hukum. • Mengetahui pengkhususan hukum. • Mengetahui dengan jelas kepada siapa dan apa sebab sebenar turunnya sesebuah ayat. Di mana dengan itu ayat tersebut tidak dapat dinisbahkan kepada orang lain akibat dorongan atau permusuhan dan perselisihan. • Memberi maklumat untuk membezakan antara ayat Makki dan Madani. - 26 -
  27. 27. SLQ 4042 ULUM AL-QURAN • Untuk mengetahui dan mengenal pasti ayat nasikh dan mansukh. • Mengkhususkan hukum dengan sebab serta menolah sangkaan yang tidak benartentang sesuatu batasan hukum. Semoga kita semua dapat membaca , memahami , menghayati dan mengamalkan al-Quran dengan baik. Quran adalah panduan utama umat manusia amnya dan umat Islam khususnya . Islam adalah agama Rahmatan lil alamin . Justeru itulah ia menjadi kajian bukan hanya oleh ulama Islam tetapi juga para orientalis dan pemikir barat kerana mereka juga amat kagum dan mengakui secara senyap-senyap akan keagungan Islam . Al-Quran adalah mukjizat yang kekal hingga hari qiamat . Allah yang telah menurunkan al-Quran dalam Bahasa Arab dan Allah akan memeliharanya hingga hari qiamat .Wallahu a’lamBibliografiAhmad Von Denffer , Ulum al-Quran , An Introduction To The Science Of The Quran(1991), AS Noordeen, Kuala Lumpur.Asmawi bin Haji Ehsan, Ulum Al-Quran (2004) , Pustaka Haji Abdul Majid, KualaLumpur.Dra.H. St. Amanah , Pengantar Ilmu al-Quran dan Tafsir (1993) , Penerbit Assyifa’ ,Darul Fikir , Kuala Lumpur . - 27 -
  28. 28. SLQ 4042 ULUM AL-QURANRosmawati Ali @ Mat Zin, Pengantar Ulum Al-Quran.( 1997), Pustaka Salam Sdn.Bhd. Kuala Lumpur.Subhi Saleh , Kajian al-Quran , Penterjemah , Zainal Abidin bin Abdul Kadir (1991),Dewan bahasa dan Pustaka , Kuala Lumpur .Syeikh Muhammad Ali Ash Shabuni , Sejarah dan Dasar Pengajian Ilmu Al-Quran,penterjemah , M. Juanaid Al-Hashimi (1996), Al-Hidayah Publisher , Kuala Lumpur.Zulkifli bin Hj. Mohd. Yusoff, Kunci Mengenal al-Quran (1996), Berita PublishingSdn. Bhd. Kuala Lumpur.Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Quran (1994), Bahagian Hal EhwalIslam , Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur . - 28 -

×