NOTA: GOLONGAN KATA

12,430 views

Published on

Published in: Travel, Sports
4 Comments
11 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
12,430
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
60
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
4
Likes
11
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

NOTA: GOLONGAN KATA

1. 1. NOTA(BahasaMelayu):KataNama

2. 2. Pengertian / definisi:
Kata nama ialah perkataan yang menamakan orang, tempat atau benda dan menjadi unsur utama dalam frasa nama (FN).
Kata nama terbahagi kepada 3 jenis, iaitu:-
Kata nama khas.
Kata nama am.
Kata ganti nama.

Kata Nama Khas.
Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar.
Kata nama khas dapat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup.

Pembahagian Kata Nama Khas
Hidupmanusia

Kata nama khas
Tak hidup bukan manusia

3. 3.
4. 4. Kata Nama Am.
Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep yang umum sifatnya. Kata nama am ditulis kecil kecuali pada pangkal ayat. Kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya.
Pembahagian ini boleh dilihat dalam rajah berikut:-

manusia
hidup
bukan manusia
Kata Nama Am
institusi
tak hidup konkrit
bukan institusi berbilang
abstrak
tak berbilang

5. 5.
6. 6. Kata Nama Terbitan.
Kata nama terbitan ialah kata nama yang terhasil daripada proses pengimbuhan. Kata nama terbitan terhasil daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata sendi yang diberikan imbuhan.
Imbuhan yang dapat membentuk kata nama terbitan ialah imbuhan -an, peN-…-an, peN-, ke-…-an, peR-…-an, dan lain-lain.
Contoh:
Kata Nama
kementerian, perguruan, perjalanan, perumahan, kerajaan, kepulauan, kerakyatan, hartawan, pemberita, daratan.

Kata Kerja
minuman, kematian, soalan, pencuci, pendidik, pakaian, pemandangan, tarikan, usahawan, tulisan, pembaca.

Kata Adjektif
kejujuran, keriangan, kecantikan, kebesaran, kesucian, kekotoran, kejahatan, kejahilan, kemudahan, kekayaan, bulatan.
Kata Sendi
perolehan, peruntukan.

7. 7. Frasa Nama
Frasa nama ialah binaan frasa yang unsur utamanya terdiri daripada kata nama. Frasa nama boleh terdiri daripada satu perkataan sahaja atau beberapa perkataan.

Contoh frasa nama:
saya
Awangku Ismail
pelajar itu
tanah air mereka
pendapat para peserta

Penggunaan Frasa Nama dalam ayat:
Saya sedang membaca buku sejarah Negara Brunei Darussalam.
Awangku Ismail pelajar Menengah III di sekolah itu.
Pelajar itu akan mendeklamasikan sebah sajak berjudul Negaraku Permai.
Semua orang mencintai tanah air mereka.
Kami diberi peluang untuk mendengar pendapat para peserta.