Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika profesion keguruan.

56,219 views

Published on

6 Comments
17 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
56,219
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
8
Actions
Shares
0
Downloads
2,502
Comments
6
Likes
17
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika profesion keguruan.

  1. 1. Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan Etika Profesion Keguruan. Profesion perguruan adalah satu profesion yang sangat mulia dan amatpenting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Di zamanteknologi yang serba maju dan canggih ini, peranan dan tanggungjawab guru semakinmencabar. Guru memainkan peranan penting untuk memberi kesedaran pada dirisendiri malah juga masyarakat serta hubungannya dengan Tuhan. Perpaduan kaumdapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni seperti saling hormatmenghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama kerana guru yangbaik adalah seorang guru yang mempunyai sahsiah yang baik juga ialah guru yangmengamalkan etika keguruan yang standard. Tanggungjawab utama yang digalas oleh guru tertumpu kepada tiga perkarayang menumpukan kepada kekuatan dalaman yang utama iaitu dari aspek agama, nilaidan etika. Pembinaan kekuatan dalaman ini mudah dilaksanakan jika guru menjalankantugasnya sebagai ibadah dengan matlamat membangunkan INSAN. Guru berperanandan bertanggungjawab dalam membina Negara berlandaskan etika. Dimana etikamenurut dewan Bahasa dan Pustaka etika membawa maksud Satu sistem dasarakhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan.Manakala etika dalam kamus Oxfordbermaksud prinsip moral atau set prinsip moral. Secara umumnya tanggungjawab danakibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Dari perspektifIslam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan As-Sunnahdan juga ketakwaan pada Allah. Guru bertanggungjawab mematuhi etika profesionaldan mempraktikan semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti,produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadapsemua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai sertatingkah laku profesion dalam masyarakat. Etika profesional mencakupi sebahagian besar ahli professional kecuali hal-yang benar-benar peribadi seperti mencuci kereta dan menanam bunga. Dalam islam,etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam keseluruhanhidupnya. Selain etika professional guru juga perlu memahami etika perguruan dimana 1
  2. 2. etika perguruan membawa maksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guruterhadap masyarakat dan Negara,pelajar,rakan sejawat dan ibu bapa pelajar. Guru jugaperlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etikadianggap penting kerana Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana tingkahlaku dalam profesion perguruan.Kod etika perguruan menyatakan dengan jelas tentangtanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan..Perkara-perkara yang terkandung di dalam Etika Profesion Keguruan ialah :-Tanggungjawab terhadap pelajar Bagi memenuhi tanggungjawab terhadap pelajar guru mesti bersikap adilterhadap pelajar tanpa mengira faktor keturunan,agama, politik, dan lain-lain. Guruperlu lebih mengutamakan kebajikan pelajar daripada hal-hal lain dan membimbingpelajar di bilik darjah tanpa mengambil bayaran. Di samping itu, guru mestimenunjukkan contoh berpakaian , pertuturan dan tingkah laku yang dapat dijadikancontoh oleh pelajar. Selain daripada itu guru hendaklah memelihara dan meningkatkankecekapan ikhtisas melalui pengajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursusikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya proses pengajaran mencapaimutu yang setinggi-tingginya.Tanggungjawab terhadap ibubapa Guru perlu memenuhi tanggungjawab terhadap ibubapa dengan menghormatitanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Sentiasalah berusahauntuk mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusipendidikan dengan rumah tangga. Di samping itu, guru mestilah sentiasa menganggapmaklumat yang diberi oleh ibubapa berkaitan rumahtangga mereka sebagai sulit dantidak membocorkan rahsia kecuali kepada orang yang berkenaan. Sekiranya diminta,guru akan memberikan maklumat berkenaan pelajar kepada ibubapa mereka. Akhirsekali, sepatutnya mencuba sedaya upaya untuk mengelak daripada dipengaruhi olehkedudukan ekonomi dan sosial ibubapa pelajar dalam membuat sebarang keputusan. 2
  3. 3. Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara Guru perlu sentiasa berusaha untuk memenuhi tanggungjawab terhadapmasyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkankepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan denganRukun Negara. Guru juga hendaklah sering memupuk sikap dan nilai dalam dirisetiap pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi warganegara yang setia,bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan,keturunan dan agama. Di samping itu, hormatilah masyarakat tempat kita berkhidmatdan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Seterusnya, kita juga perlumenggalakkan kerjasama di antara guru derngan ibubapa dan masyarakat, sertamengamalkan tingkah laku sopan yang diterima oleh masyarakat .Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan Sebagai seorang yang bertanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesionkeguruan, kita perlu mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan yangboleh mencemarkan nama seorang guru lain di hadapan pelajar atau ibubapa, atauberbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan martabat seorang guru. Guru juga tidakmelibatkan diri dalam kegiatan yang menjejaskan kecekapannya sebagai guru ,contohnya berniaga di waktu perskolahan. Di samping itu kita juga berusaha untukmenunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh sejajar dengankemajuan ikhtisas dan sosial. Seterusnya kita perlu sentiasa bersedia untukmembantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru menjadi seorang guru. Akhirsekali, kita perlu menjadi ahli bagi sebuah perubahan guru. Misi utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah untukmembangunkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia bagi memperkembangkanpotensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia. Sebenarnya,peranan guru dalam membina Negara Bangsa Malaysia bermula semenjak sebelumMerdeka lagi sehinggalah negara ini mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.Peranan guru dalam membina Negara Bangsa Malaysia tidak terhenti semasa negara 3
  4. 4. mencapai Kemerdekaan malahan ia berterusan menjadi sangat penting sehingga kehari ini. Menyedari kepentingan peranan guru, maka “Membina Negara Bangsa” telahdijadikan teras pertama dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan(PIPP) 2006 –2010. Melalui pendidikan modal insan minda kelas pertama yang mempunyai jati diriyang kukuh serta berakhlak mulia dapat dihasilkan. Matlamat utama PIPP 2006-2010 adalah untuk menyediakan pendidikanberkualiti untuk semua. Pendekatan ini adalah bertepatan dengan Falsafah PendidikanKebangsaan di mana pendidikan berkualiti adalah untuk memastikan semua kanak-kanak mendapat pendidikan yang terbaik supaya mereka dapat memperkembangkanpotensi mereka secara holistik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dalam ertikata yang lain pendidikan yang disediakan oleh KPM adalah untuk menghasilkanseorang pelajar yang cemerlang dari segi ilmu pengetahuan, kemahiran dan sahsiah.Dengan hasrat agar apabila pelajar telah tamat pendidikannya dengan kecemerlanganilmu pengetahuan khususnya dalam bidang sains, teknologi dan ICT; kemahiran tinggiseperti berupaya berkomunikasi dengan berkesan dalam pelbagai bahasa; dan sifatsahsiah yang positif maka mereka dapat menyumbang kepada kesejahteraan danpembangunan dirinya, keluarga dan negara Malaysia. Malaysia terdiri daripada individu dan masyarakat yang mempunyai keyakinantinggi, jati diri kukuh, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, dapathidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal dan bertolakansur serta berfikiran dan berbudaya saintifik. Matlamat dan dasar yang hasratkandalam teras membina Negara Bangsa adalah untuk memastikan rakyat Malaysiamemiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilaimoral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal bertolakansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu padu. Sehubungan dengan itu,adalah menjadi tanggungjawab KPM menyediakan pendidikan yang dapat menyemainilai-nilai ini bermula di peringkat awal pendidikan kanak-kanak lagi. Pendidikan mestimemainkan peranan untuk memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan dikalangan rakyat melalui aktiviti kurikulum, kokurikulum dan sukan. 4
  5. 5. Dalam teras Membina Negara Bangsa Malaysia, empat fokus utama yangdigariskan dalam PIPP adalah i) memperkasakan Bahasa Kebangsaan, ii)memantapkan perpaduan negara dan intergrasi nasional, iii) memupuk kecintaankepada seni, warisan dan budaya negara.MEMPERKASAKAN BAHASA KEBANGSAAN Bahasa Kebangsaan merupakan bahasa rasmi yang dikongsi bersama olehpelbagai kaum dalam perhubungan rasmi dan kehidupan masyarakat. Di negara kita ini,bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan yang perlu dikuasai oleh pelbagaikaum yang tinggal di Malaysia. Peranan tuan-tuan dan puan-puan dalam usahamemperkasakan Bahasa Kebangsaan amat mustahak kerana melalui pendidikanmurid-murid perlu disedarkan mengenai kepentingan Bahasa Malaysia sebagai BahasaKebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi di Malaysia.Selain itu, tanggungjawab pemimpin institusi pendidikan, pensyarah dan guru adalahuntuk menyemai semangat cintakan bahasa Malaysia kepada generasi muda Malaysiasupaya mereka fasih berbahasa Malaysia, menghormati dan berbangga denganbahasa Malaysia sebagai identiti rakyat Malaysia.Beberapa strategi pelaksanaan untukdilaksanakan yang antaranya adalah menggerakkan gelombang baru gerakanmemperkasakan Bahasa Kebangsaan, memantapkan pelaksanaan Dasar BukuNegara, menggalakkan minat membaca dan mewujudkan Bulan Bahasa dan SasteraNegara. Dalam usaha meningkatkan kualiti guru-guru Bahasa Malaysia, KPM juga telahmenjalinkan kerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Institut TerjemahanNegara Malaysia (ITNM), Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), PerpustakaanNegara Malaysia (PNM) serta kementerian lain dengan mengadakan kursus bagimeningkatkan pengetahuan guru dalam bidang kebahasaan, penulisan buku dan jugapenterjemahan. 5
  6. 6. MEMANTAPKAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL Fokus kedua teras membina Negara Bangsa adalah memantapkan perpaduannegara dan integrasi nasional. Antara strategi pelaksanaan yang dicadangkan olehPIPP bagi memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional adalah (a)meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman rakyat Malaysia supaya menghormatiperlembagaan Malaysia, (b) meningkatkan semangat patriotik melalui Kelab RukunNegara, (c) menanamkan semangat hormat menghormati dan peka terhadap sensitivitimasyarakat pelbagai kaum, (d) memberi kefahaman tentang pentingnya semangankejiranan ke arah perpaduan dan integrasi nasional. Peranan guru adalah memastikansemangat perpaduan dan intergrasi nasional dapat dimantapkan di kalangan pelajar-pelajar dan murid-murid pada semua peringkat pendidikan. Pihak sekolah dan institusipendidikan perlu berusaha membangunkan persekitaran sosial yang menggalakkankomunikasi dan interaksi antara pelajar-pelajar dan murid-murid daripada kaum, latarbelakang, budaya yang berbeza bagi mewujudkan satu identiti nasional Malaysia yangdapat dibanggakan. Pemimpin institusi pendidikan, pensyarah dan guru juga perlumengadakan perancangan strategik melalui aktiviti kurikulum, kokurikulum dan sukansupaya usaha memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan dapat terusditingkatkan. Pihak sekolah juga perlu secara berterusan menjadikan perhimpunanmingguan, acara menaikkan bendera dan menyanyikan Lagu Kebangsaan serta LaguPatriotik sebagai tempat memupuk semangat patriotisme, dan tidak dijadikan acaramingguan tanpa menyemai semangat patriotisme dan perpaduan. Pihak sekolah danguru perlu terus menjelaskan kepada murid tujuan sebenarnya perhimpunan mingguandijalankan. Selain aktiviti kokurikulum, guru-guru seharusnya memberi penekanan kepadanilai-nilai jati diri, semangat patriotisme dan kecintaan kepada negara merentasi matapelajaran terutama mata pelajaran Sejarah supaya semangat ini akan terus ditanamserta dapat mendukung kepada pencapaian perpaduan negara. Mata pelajaran Sivikdan Kewarganegaraan yang diperkenalkan mulai tahun 2003 juga diharapkan dapatmeningkatkan kesedaran murid terhadap kepentingan kehidupan yang harmoni antarakaum. 6
  7. 7. MEMUPUK KECINTAAN KEPADA SENI, WARISAN DAN BUDAYA NEGARA Fokus ketiga teras Membina Negara Bangsa adalah memupuk kecintaan kepadaseni, warisan dan budaya negara. Strategi pelaksanaan dalam fokus ini adalah (a)membina kurikulum kesenian, (b) membina sekolah seni, (c) meningkatkan kerjasamadengan Kementerian Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan atau KeKKWa dan padatahun 2007 KPM telah menubuhkan dua buah Sekolah Seni iaitu satu di Johor dan satudi Sarawak. Sekolah Seni memberi penekanan kepada Pendidikan Seni Visual, SeniMuzik, Seni Teater dan Seni Tari khususnya kepada murid-murid yang mempunyaipotensi dan bakat dalam bidang kesenian supaya bakat ini akan terus digilap. Melaluipenubuhan Sekolah Seni ini, KPM mengharapkan supaya kesenian dan warisanbangsa akan dapat dipertahankan, dibangunkan dan diperluaskan. Menyedari bahawapenggunaan tulisan jawi semakin dipinggirkan oleh masyarakat Malaysia, ia telahdiperkukuhkan semula melalui program j-QAF di sekolah rendah. Pencapaian yangmenggalakkan telahpun ditunjukkan oleh murid-murid yang mengikuti program inikerana daripada ujian yang dijalankan lebih 80 peratus murid Tahap 1 telah menguasaitulisan jawi. Sehingga kini, program j-QAF telah pun diperluaskan kepada lebih 4000buah sekolah rendah di seluruh negara yang memberi manafaat kepada lebih 650,000murid, tetapi masalah kekurangan guru menyebabkan program ini tidak dapatdiperluaskan seperti yang diunjurkan. Kesimpulannya, pendidikan adalah pemangkin kepada pembinaan NegaraBangsa terutama bagi menyemai semangat kenegaraan khususnya pada peringkatawal pelajar dan diteruskan pada peringkat yang tinggi. Usaha perlu diteruskan untukmemperkukuh perkongsian nilai dan patriotisme melalui aktiviti-aktiviti yang melibatkanpelbagai kaum etnik di sekolah. Di sinilah peranan dan tanggungjawab guru memainkanperanan. Walau bagaimana pun, semua usaha ke arah membina bangsa perluperancangan yang teliti dan berterusan. 7
  8. 8. BIBLIOGRAFI  Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.  Rancangan Malaysia Ke-9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 edisi pelancaran(2006), Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.  Mohd. Fuad Razali (2008) “6 Sikap Penting Pacu Kejayaan PIPP” Pendidik Bil 44/Jan 2008. Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan. Selangor.  Mohamed Idris Shah, Che Su Mustaffa, Fuziah Shaffie (1994) “Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara” Utusan Publication & Distribution Sdn. Bhd. 8

×