MINIT MESYUARAT PANITIA KIMIA                   SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LEMBAH KERAMAT                                ...
2.0   Pengesahan Minit Mesyuarat      Puan Suhaimih bt Abiding mencadangkan supaya minit mesyuarat kali ke-3 sesi 2012    ...
diberi soalan-soalan mengikut aras masing-masing. Oleh itu, guru-guru dapat      member tumpuan kepada tajuk-tajuk yang me...
Puan Fadillah bt Rashid menguruskan PBS Tingkatan Satu dan Encik            Salahuddin Ikram menguruskan PBS Tingkatan Dua...
4.4   Kewangan Panitia-baki duit panitia ialah RM 300.00      Anggaran kewangan untuk tahun 2013 perlu dimasukkan wang unt...
Pertandingan roket-Tingkatan 4 (Fizik)                                                                       Tindakan: Mak...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Minit mesyuarat kimia bil 4 2012

701 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
701
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
27
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Minit mesyuarat kimia bil 4 2012

  1. 1. MINIT MESYUARAT PANITIA KIMIA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LEMBAH KERAMAT BIL 4/2012Tarikh : 23 Oktober 2012Masa : 12.30 tengahariTempat : Bilik Angsana SMK Lembah KeramatKehadiran : 1. Puan Solihah bt Haji Isa - Ketua Panitia Kimia/Pengerusi 2. Puan Zahazatul Akmal bt Zakaria 3. Puan Suhaimih bt Abiding 4. Puan Asmah bt Ismail 5. Puan Nor Asiah bt IsmailTidak hadir (bersebab): 1. Puan Muslimah bt Tahir 2. Puan Norizah bt Nordin 3. Puan Norliah bt Sulaiman 4. Puan Siti Noordiyana bt Mohd Khodari 5. Puan Noor Fadilah bt Rashid 6. Cik Samsuria bt Muhammad 7. Encik Salahuddin Ikram bin Khamsin 8. Puan Jannatul Naim bt AzmiUrusetia : Puan Solihah bt Haji IsaCATATAN MESYUARAT1.0 Perutusan Pengerusi Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan seterusnya pengerusi mengalu- alukan kehadiran semua guru sains ke mesyuarat Panitia Kimia Kali ke-4 bagi sesi 2012. Pengerusi juga mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua guru atas kesungguhan dan kerjasama bagi meningkatan prestasi pelajar untuk peperiksaan percubaan SPM dan akhir tahun tingkatan 4 tahun 2012. Tindakan: Makluman 1
  2. 2. 2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Puan Suhaimih bt Abiding mencadangkan supaya minit mesyuarat kali ke-3 sesi 2012 disahkan dan telah disokong sebulat suara tanpa pindaan.3.0 Perkara-perkara berbangkit 3.1 Fail jadual spesifikasi ujian (JSU) kini dikenali sebagai jadual spesifikasi item(JSI) tidak lagi disimpan di dalam fail panitia tetapi disimpan di dalam fail Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) iaitu PK 05 (Pengurusan peperiksaan). JSI ini disimpan bersama-sama dengan soalan peperiksaan dan skema jawapan. Tindakan: Makluman 3.2 Fail pengurusan makmal di bawah seliaan Puan Nor Asiah bt Ismail akan ditentukan status penggunaannya nanti setelah beliau berbincang dengan Puan Zainab bt Ismail. Tindakan: Puan Nor Asiah 3.3 Pengurusan PEKA- PEKA tingkatan empat dan lima akan diteruskan seperti biasa. Dokuman dan Fail PEKA tingkatan 4 hendaklah dikemaskini dan disimpan dalam Almari PEKA di dalam makmal Kimia. Tindakan: Makluman 3.4 Pelaksanaan MBMMBI- Modul Kimia dwi bahasa digunakan semasa P&P. Bahasa Inggeris digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran. Tindakan: GMP 3.5 Kebersihan makmal sains-Guru mata pelajaran yang menggunakan makmal bagi tujuan P&P hendaklah mengawal disiplin murid-murid dan memastikan makmal dalam keadaan yang kemas dan bersih. GMP juga hendaklah memastikan murid-murid tidak merosakkan sebarang peralatan dan bahan di dalam makmal. Tindakan: GMP 3.6 Peratus lulus peperiksaan percubaan PMR tahun 2011 ialah 88.43% dan pada tahun ini peratus lulus telah meningkat. Ini menunjukkan terdapat peningkatan prestasi dalam peperiksaan percubaan PMR pada tahun ini. Antara program-program yang telah dijalankan oleh guru-guru tingkatan tiga ialah Program Skor A untuk murid-murid cemerlang, jadual waktu anjal telah dijalankan di mana murid-murid diasingkan mengikut gred peperiksaan dan 2
  3. 3. diberi soalan-soalan mengikut aras masing-masing. Oleh itu, guru-guru dapat member tumpuan kepada tajuk-tajuk yang menjadi kekuatan dan kelemahan murid. Murid-murid yang lemah pula diberi soalan-soalan yang berfokus dan dimasukkan ke kelas klinik untuk penambahbaikan. Soalan-soalan pra PMR juga diberikan kepada semua murid bagi membiasakan mereka dengan soalan- soalan sebenar PMR. Bengkel PMR juga dijalankan untuk sesi perbincangan bersama GMP. Peratus lulus peperiksaan percubaan SPM tahun 2011 ialah 58.79% dan pada tahun ini peratus lulus ialah 73.0%. Ini menunjukkan terdapat peningkatan pretasi dalam peperiksaan percubaan SPM pada tahun ini. Antara program-program yang telah dijalankan oleh guru-guru tingkatan lima ialah member modul kepada semua pelajar apabila mula mengajar sesuatu tajuk baru. Teknik menjawab soalan mengikut format peperiksaan diberikan oleh GMP secara berkala bagi membiasakan murid menjawab soalan-soalan SPM. Kelas Semarak iaitu program pengkayaan untuk murid-murid aras baik dan cemerlang dan kelas Sinar Jaya untuk murid-murid yang mempunyai harapan lulus. Kelas tambahan juga diadakan. Soalan-soalan pra SPM diberikan kepada semua murid untuk mendedahkan mereka kepada format peperiksaan. Bengkel SPM juga diadakan bagi sesi perbincangan bersama GMP. Tindakan: Makluman3.7 Borang rekod latihan murid hendaklah dihantar kepada pengurus PK 06 iaitu Puan Ruslina bt Zainal. Semua GMP perlu menghantar lima buah buku murid mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak pentadbir. Borang rekod penghantaran buku murid ini boleh diambil di pejabat sekolah. Borang ini diisi oleh pentadbir dan satu salinan disimpan oleh ketua panitia dalam fail panitia. Tindakan: GMP3.8 Pelan Taktikal Panitia- Murid tingkatan 3 menjalankan skor A dan disimpan dalam fail. Program ini dimulakan pada bulan April hingga September. Murid tingkatan lima pula menggunakan modul. Sumber kewangan boleh diambil dari duit panitia. Tingkatan 1, 2 dan 4 juga diberi latihan mengikut format peperiksaan. Tindakan: Makluman3.9 Pengurusan fail PEKA-Tingkatan 2 diuruskan oleh Cik Samsuria bt Mohamad dan Encik Salahuddin Ikram. Semua guru hendaklah menyelesaikan urusan PEKA sebelum cuti iaitu 10 November 2012. 3
  4. 4. Puan Fadillah bt Rashid menguruskan PBS Tingkatan Satu dan Encik Salahuddin Ikram menguruskan PBS Tingkatan Dua. Tindakan: Cik Samsuria Encik Salahuddin Ikram GMP Tg. 1 dan Tg.24.0 Perkara-perkara baharu 4.1 Percubaan SPM tahun 2012-% lulus ialah 73.6% berbanding 61.9% pada tahun 2011. Terdapat peningkatan sebanyak 11.7%. Peratus A: 2011 - 1.29% 2012 - 6.00% Terdapat peningkatan sebanyak 4.71 %. Peningkatan peratus lulus dan peratus pencapaian A ini adalah kesan daripada program-program yang telah dijalankan oleh GMP seperti Skor A, modul P&P, kelas pengkayaan dan kelas klinik. Peratus gagal: 22 orang pada tahun 2012 manakala hanya 19 orang pada tahun 2011. Langkah-langkah yang sedang dan akan dijalankan untuk menyelesaikan masalah murid gagal ini ialah latihan berfokus yang menjurus kepada soalan- soalan lazim dalam SPM. Murid-murid yang gagal ini juga diberikan soalan soalan objektif sebanyak lima set untuk membolehkan mereka mengulang soalan-soalan yang sama. Pra SPM juga dijalankan untuk kertas 2. Tindakan: Makluman 4.2 Masalah yang dihadapi oleh GMP ialah terdapat ramai murid yang tidak datang semasa kelas klinik, latih tubi dan pra- SPM dijalankan. 4.3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS)- markah PBS hendaklah dimasukkan ke dalam komputer mengikut jadual yang telah ditetapkan. PEKA Sains 2012 untuk tingkatan lima telah siap disemak dan ditaksir oleh Puan Norizah bt Nordin. Semua markah telah disimpan dalam borang skor individu (BSI) dan borang gred Induk (BGI). Satu salinan BGI telah diberi kepada Cik Bahiyah bt. Jaafar, setiusaha SPM untuk direkod melalui internet. Tindakan: Makluman 4
  5. 5. 4.4 Kewangan Panitia-baki duit panitia ialah RM 300.00 Anggaran kewangan untuk tahun 2013 perlu dimasukkan wang untuk pembelian kertas untuk PBS. Tindakan: Ketua Panitia4.5 Borang pencerapan P&P oleh pentadbir hendaklah dibuat dalam dua salinan. Satu salinan diberi kepada Puan Bama untuk disimpan dalam fail SPSK dan satu lagi disimpan dalam fail panitia. Tindakan: GMP4.6 Agihan Jadual Waktu untuk Tahun 2013: Puan Suhaimih bt Abiding– 5 Al Razi, 5 At-Tarmizi, 5 MPV, 4 MPV, 4 Ibnu Khaldun. Puan Asmah bt Ismail – 5 Ibnu Khaldun, 5 Ibnu Qayyum, 5 Ibnu Rushd, 4 At- Tarmizi. Puan Zahazatul Akmal bt Zakaria – 4 Ibnu Rushd, 4 Ibnu Qayyum, 4 Al Razi. Tindakan: Makluman4.7 Aktiviti Panitia: (a) SKOR A- untuk kelas peperiksaan tingkatan tiga( 3C, 3 Nilam dan 3 Intan) dan tingkatan lima (5AR, 5AT). Program ini akan dijalankan mulai bulan Februari hingga bulan Oktober. Semua bahan bercetak akan menggunakan duit panitia Sains. (b) Klinik SPM dan PMR untuk meningkatkan peratus lulus juga akan menggunakan duit panitia. Bahan-bahan untuk tingkatan 1,2 dan 4 akan diriso. (c) Ceramah Teknik Menjawab- akan dijalankan oleh GMP sendiri untuk Tingkatan 3 dan 5. (d) Ko-akademik: Solar car-Tingkatan 1, 2 dan 3. Saintis Muda-Tingkatan 3 5
  6. 6. Pertandingan roket-Tingkatan 4 (Fizik) Tindakan: Makluman5.0 Hal-hal lain 5.1 Puan Norliah bt Sulaiman telah mendapat cuti selama dua tahun kerana mengidap barah payudara tahap dua. 5.2 GMP mesti menjalankan semua kerja amali dalam buku praktikal Sains kerana terdapat lima soalan amali dalam soalan SPM. 5.3 Puan Solihah bt Hj Isa mencadangkan supaya program motivasi diberi kepada kumpulan-kumpulan kecil mengikut subjek elektif supaya penerimaan murid lebih berkesan. 5.4 Puan Solihah bt Hj. Isa juga memberitahu bahawa minit mesyuarat perlu ditulis dengan tepat dan padat dengan menyatakan setiap program yang dijalankan oleh panitia untuk peningkatan gred A dan juga program-program untuk mengatasi masalah murid-murid yang gagal.6.0 Penutup Pengerusi berharap semua guru dapat menjalankan semua tugas dan komitmen dengan penuh dedikasi dan menjalankan semua program dengan berkesan supaya impak yang besar dapat diperoleh oleh murid-murid. Oleh itu peningkatan prestasi dapat dicapai dan kecemerlangan dapat dikecapi. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.15 petang dan disudahi dengan Tasbih Kafarah dan bacaan Surah Al Asyr.Disediakan oleh: Urusetia 6

×