Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
MODUL KURSUS PENDEK 
SENI KRAF KREATIF 
(KERONGSANG FELT) 
_______________________________________________________________...
TUTORIAL BUNGA SUSUN DARI FELT 
1. Tekap pattern kelopak bunga tersebut pada felt menggunakan tracing pencil 
2. Setelah p...
Selepas itu, jahit kelopak bunga yang terakhir ini di bahagian tengahnya juga.. 
Setelah kelopak bunga siap dijahit, ambil...
TUTORIAL BUNGA ROSE FELT 
1. Potong kain felt kepada bentuk bulat seperti di template bawah 
2. Selepas potong bulat terse...
TUTORIAL BUNGA KEMBOJA 
Bahan-bahan yang diperlukan: 
1. kain felt 
2. jarum 
3. benang 
4. gam UHU/hot glue gun & hot glu...
5. Pusing ke bahagian hadapan. Gamkan butang di bahagian 
tengah kelopak bunga. 
6. Di bahagian belakang, gamkan sekeping ...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Tutorial kerongsang felt

Tutorial ini dikompilasikan daripada modul-modul kursus pendek yang diajar kepada komuniti.

Tutorial kerongsang felt

  1. 1. MODUL KURSUS PENDEK SENI KRAF KREATIF (KERONGSANG FELT) ____________________________________________________________________________ Disediakan oleh: Pn Siti Nor Zuraini bt Abdullah @ Razali Kolej Komuniti Mas Gading Kementerian Pendidikan Malaysia
  2. 2. TUTORIAL BUNGA SUSUN DARI FELT 1. Tekap pattern kelopak bunga tersebut pada felt menggunakan tracing pencil 2. Setelah pattern ditekap, gunting pattern bunga tersebut.. 1. Lima kelopak bunga dan 1 bulatan felt perlu disediakan untuk siapkan bunga blossom kita. 2. Setelah itu, lipat dua kelopak bunga felt tersebut 3. Ambil keratan bulat felt tadi dan tindankan kelopak bunga di atas keratan felt berbentuk bulat tersebut. 4. Kemudian, jahitkan kelopak bunga felt di bahagian tengah bersama keratan bulat felt tadi. 5. Ambil kelopak bunga felt yang kedua dan lipatkan dua seperti tadi juga. Selepes itu, tindankan kelopak bunga tersebut seperti dalam gambar. 6. Ulangi langkah yang sama seperti tadi untuk kelopak bunga yang ketiga dan tindankan kelopak bunga seperti dalam gambar. 7. Kelopak bunga yang keempat pula hendaklah ditindan dan disilangkan seperti dalam gambar dan jahit. 8. Untuk kelopak bunga yang terakhir, hendaklah dilipatkan empat seperti dalam gambar.
  3. 3. Selepas itu, jahit kelopak bunga yang terakhir ini di bahagian tengahnya juga.. Setelah kelopak bunga siap dijahit, ambil 2 keping daun dan gamkan di bahagian belakang bunga menggunakan glue gun. Jika daun tersebut panjang, boleh la dipotongkan sedikit di bahagian hujungnya.. Setelah daun siap digam, ambil brooch pula untuk digamkan.. Brooch yang telah siap digamkan di bahagian belakang bunga..
  4. 4. TUTORIAL BUNGA ROSE FELT 1. Potong kain felt kepada bentuk bulat seperti di template bawah 2. Selepas potong bulat tersebut, gunting bulatan tersebut mengikut garisan seperti template dibawah macam (pastikan guntingan anda tidak putus tau). 3.Setelah siap menggunting kain tersebut anda dikehendaki corak mengulung potongan tadi. Bagi mendapatkan hasil yang kemas, gamkan setiap satu lilitan gulungan itu. 4. Gulung sehingga habis. gamkan di akhir lilitan itu. 5. Akhir sekali, anda bolehlah melekatkan pin di belakang bunga rose tersebut. Template Bunga Ros
  5. 5. TUTORIAL BUNGA KEMBOJA Bahan-bahan yang diperlukan: 1. kain felt 2. jarum 3. benang 4. gam UHU/hot glue gun & hot glue stick 5. pin bulat 6. butang Langkah kerja: 1. Potong kain felt mengikut saiz syiling 50sen sebanyak 5 keping dan saiz syiling 20sen sebanyak 6 keping. 2. Susun kepingan bersaiz syiling 50sen dibahagian belakang kepingan bersaiz kepingan 20sen. (letak ketepi dahulu sekeping kain bersaiz 20sen) 3. lipat separuh kedua-dua kepingan tersebut. Kemudian jahit di bahagian bawah/hujung kepingan. (pastikan kedua-dua kepingan dijahit) 4. Tarik kedua-dua hujung benang (letak kain felt bulat tadi ditengah). Pusing ke belakang, Tarik ketat -ketat sehingga kedua-dua hujungnya bersambung kemudian ikat mati.
  6. 6. 5. Pusing ke bahagian hadapan. Gamkan butang di bahagian tengah kelopak bunga. 6. Di bahagian belakang, gamkan sekeping potongan bulat felt bersaiz syiling 20 sen. Letakkan di atas meja (bahagian hadapan ke atas). Tekan kelopak bunga supaya kelopak tampak tersusun dan kemas. 7. Letakkan gam, kemudian tekankan pin bulat di bahagian tengah (atas kepingan bersaiz syiling 20sen). 8. Kerongsang siap!

×