Uitm~ctu151 khulafa ar rasyidin

4,686 views

Published on

0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
4,686
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
47
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Uitm~ctu151 khulafa ar rasyidin

  1. 1. 1. KHALIFAH SAIDINA ALI BIN ABU THALIBSumber (buku) :Khulafa’ RasyidundanDaulahIslamiahTamadunislam STPM 2. RiwayathidupNama : Ali bin Abi Talib bin Abdul Mutalibbin Hasyim bin Abdul Manaf.Keturunan Bani Hasyim & sepupu serta menantu RasulullahDilahirkan : Di dalam kaabah di Mekah pada tahun 601 masihi, iaitu 10 tahun sebelum Rasulullah diutuskan menjadi Rasulullah.Bagindamendapatgelaran : “KarramallahuWajhah” bermaksudorang yang dimuliakanAllah wajahnya, keranatidakpernahmenyembahberhalasejaklahir.Dilantikmenjadikhalifah Islam yang keempatselepasSaidinaUthmanpadatahun 35 hijrah / 655 Masihi.Memerintahselama 4 tahunsahaja.WafatdiKufah pd : 17 Ramadan th 41 hijrah / 661 masihikeranadibunuholeh Abdul Rahman bin Muljam.Gelaran : Abu al-Hassan & Abu Turab 3. pentadbiran Khalifah Ali telahmemecatjawatanpegawai-pegawai yang dilantikolehKhalifahUthman yang terdiridarikalanganBaniUmayyah.mengambilkembalitanah-tanahkerajaan yang telahdibahagikanolehKhalifahUthmankepadakeluarganya. BerlakunyaPerang Jamal danPerangSiffin. 4. Ekonomi MeneruskansistemperlaksanaanBaitul Mal yang menjadiperbendaharaanuntukmenyimpanharta.Menjalankantugasnyadenganjujur.Saidina Ali memperolehigaji yang samadengan yang diperolehi Abu BakardanUmar. 5. pendidikan Saidina Ali meletakkanpendidikan Islam yang teratasdantidakterbataskepadaibadatdanpenerapanhukumnyabahkanmendalaminyasampaikedasarn yauntukmenemukanhakikatilmiah.Saidina Ali dianggappengasasilmunahumembukukanilmutatabahasaarab.Dasar-dasarpendidikan Ali :Melantikpemimpinadalahmelaluibaiah yang diberikanolehorangramai.Kita bolehmenolakperlantikansebelumsesuatupemilihanitudiputuskan, tetapijikatelahdiputuskankitamestimenerimanya.Pemimpinhendaklahbersikapadildantegas.Rakyat hendaklahmenurutperintahpemimpin.Perlantikansecaramajoritiadalahdiakuidansiapa yang tidakbersetujuatauingkardianggaptidakmengikuthukum Islam.
  2. 2. KEMAJUAN TAMADUN DI ZAMAN KHALIFAH UTHMAN BIN AFFAN Semasa pemerintahan Khalifah Uthman tidak banyak perubahan yang dapat dilakukan. Kebanyakan perkara yang dilakukan mengikut apa yang di tinggalkan oleh Khalifah sebelumnya. Walaubagaimanapun sumbangan yang paling besar adalah beliau telah melakukan perubahan dengan melaksanakan sistem penulisan al-quran yang lebih sistematik. Beliau telah melaksanakan sistem ini kerana disebabkan pada masa itu ramai orang islam iaitu terdiri daripada penghafal-penghafal al-quran telah berpindah ke negeri yang baru dibuka oleh orang-orang islam seperti di Mesir,Syria,Iraq,Armenia dan Azerbaijan. Oleh itu timbul masalah dalam pembacaan dan sebutan al-quran sebagaimana yang di sebut oleh Huzaifah al-Yaman seorang pegawai tentera islam di Armenia kepada Khalifah di Madinah. Oleh yang demikian beliau telah memerintahkan Zaid bin Thabit,Abid bin al-As,Abdullah bin Zubayr dan Abdul Rahman bin al-Harith supaya membukukan al-quran dan menyalinkan berpandukan kepada bacaan-bacaan pembaca yang terkenal. Sebanyak 6 salinan telah dikirimkan ke Mekah,Basrah,Kufah dan Syria. Manakala terdapat dua buah lagi telah disimpan oleh beliau di Madinah,tujuanya adalah satu untuk kegunaan negara manakala satu lagi untuk kegunaan Khalifah. Semua orang-orang islam di wilayah-wilayah islam diperintahkan membaca al-quran mengikut bacaan yang telah ditetapkan. Sumbangan beliau terhadap perkara ini sangat berharga dari dulu hingga sekarang,di mana sistem pembacaan masih diikuti oleh umat islam pada masa kini. Melaui pembacaan al-quran orang islam dapat menbangunkan diri,masyarakat,negara dan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah S.W.T. Selain itu al-quran dapat menbentuk peribadi yang baik dan akhlak yang mulia serta terpuji. Ilmu yang diperolehi daripada al-quran dapat digunakan untuk memajukan alam dan mengambil manfaat daripadanya untuk mencapai keamanan dan kesejahteraan hidup. Apabila seseorang itu berilmu dia akan dapat mengetahui kebesaran dan kekuasaan Allah S.W.T yang akan menbentuk diri kepada ketakwaan dan keimanan yang tinggi kepada-NYA. Dengan memahami isi kandungan al-quran seseorang dapat menangkis gejala-gejala buruk seperti pecah amanah,penyelewengan,permusuhan kaum,penyalahan kuasa,jenayah dan mementingkan diri sendiri. KEMAJUAN TAMADUN DIZAMAN KHALIFAH ALI BIN ABI TALIB
  3. 3. Pemerintahan beliau masih mengikut dasar-dasar pemerintahan terdahulu di mana beliau juga dilantik mengikut sistem syura. Semasa pemerintahan Khalifah Ali tidak banyak yang dapat dilakukan kerana pada masa itu beliau sibuk menghapuskan pemberontakan yang timbul. Pemberontakan ini timbul kerana ada pihak-pihak tertentu yang mahukan beliau menghukum mereka yang terlibat dalam pembunuhan Khalifah Uthmam. Beliau masih meneruskan cara pemerintahan yang dilakukan oleh pemimpin yang terdahulu. pemerintahan beliau masih berpegang teguh kepada al-quran dan al-sunnah dimana perkara-perkara yang dilaksanakan adalah tidak mengikut pandangan diri sendiri tetapi menerima pandangan orang lain melalui sahabat –sahabat ataupun pandangan masyarakat islam. Beliau sentiasa berfikiran terbuka dalam menerima pendapat dan cadangan orang lain dan mengambil berat terhadap masyarakat sekeliling dan memberi bantuan sekiranya terdapat orang islam yang di dalam kesusahan. Beliau juga mengambil berat tentang masyarakat yang bukan beragama islam. Ekonomi Di zaman Khulafa’Al-Rasyidin Baitulmal merupakan badan yang bertanggungjawab dalam menguruskan kewangan negara. Di sinilah terkumpulnya harta-harta yang diperolehi oleh negara untuk merancang kegiatan okonomi. Sumber ekonomi di zaman ini berasaskan zakat,kharaj,jizyah,alfai,dan ghanimah. Harta-harta tersebut menjadi sumber pendapatan utama negara dan ia takbirkan mengikut sistem ekonomi islam. Dalam menguruskan harta-harta tersebut Khulafa’Al-Rasyidin tidak mengunakan harta dalam Baitulmal untuk kepentingan diri dan keluarga tetapi mereka lebih rela hidup zuhud dan sederhana walaupun mampu hidup mewah. Khalifah Uthman Bin Affan
  4. 4. Latar belakang 1. Nama sebenar Uthman bin Affan Bin Abil As bin Umaiyah. Lahir pada 576M. 2. Hartawan yang dermawan, lemah lembut, bertolak ansur, sikap simpati, 3. Digelar Zun Nurain – mempunyai dua cahaya kerana pernah kahwini dua orang puteri Nabi saw. 4. Pelantikan melalui majlis syura. Enam calon dicadangkan : 5. Ali Abu Talib dan Uthman bin Affan mendapat undi sama banyak. Abd Rahman bin Auf mendapatkan pendapat orang ramai dan bersetuju yang Uthman layak menjadi khalifah yang ketiga. Sumbangan : 1. Berjaya meluaskan wilayah Islam hingga ke Afganistan, Smarkand, Cyprus,dan Tripoli. 2. Memperkukuhkan pertahanan dan membina tentera Islam . 3. Menjadi satu nashkah Al Quran sebagai bacaan yang rasmi – Mushaf Uthmaniah. 4. Membina jalan raya, jambatan, rumah rehat. 5. Mengukuhkan peranan baitulmal untuk biayai pembangunan negaa dan perkuat tentera islam spt pembelian senjata dan kapal. 6. Jizyah dikekalkan. Khalifah Ali Abu Talib Latar Belakang. 1. Lahir 602 M. Bani Hasyim. 2. Terkenal dengan sifat keberanian dan kepahlawanannya.. Tegas serta berpengetahuan luas dalam Islam. 3. Pelantikan mendapat sokongan terbanyak. 4. Kepakaran dalam perundangan Islam. Sumbangan: 1. Berusaha mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara. Cth dalam Perang Siffin . Sanggup berdamai dan berunding. 2. Membina markas tentera di Parsi dan Sempada Syria. 3. Ekonomi :Kutipan Jizyah diteruskan. Spt dalam surat kepada al-Asytar. c) Apakah sumbangan Khalifah Uthman bin Affan.
  5. 5. 1. Seorang hartawan yang dermawan, lemah lembut tolak ansur, bersimpati. 2. Digelar Zun Nurain (menpunyai 2 cahaya) kerana pernah mengahwini 2 orang puteri Rasulullah selepas salah seorang daripadanya meninggal dunia. 3. Dilantik daripada 6 cadangan calon, undi sama banyak diterima Uthman dan Ali. Tinjauan persetujuan orang ramai memilih Saidina Uthman menjadi khalifah. 4. Dari segi politik – meluaskan empayar seperti ke Cyprus, Afghanistan, Tripoli dan khalifah pertama membina angkatan tentera laut Islam. 5. Mengisyitiharkan naskah al-Quran Mushaf Uthmani. 6. Membina jambatan, jalan raya rumah rehat pengembara. 7. Baitulmal digunakan untuk mengukuhkan tentera laut Islam – membeli senjata dan kapal. 8. Jizyah dikekalkan – antara sumber pendapatan baitulmal. d) Apakah sumbangan Khalifah Ali bin Abu Talib. 1. Seorang yang berani, pahlawan, berpengetahuan luas tentang perundangan Islam. 2. Dilantik hasil persetujuan sokongan suara terbanyak. 3. Banyak menyelesaikan masalah berhubung masyarakat dan perundangan Islam. 4. Menghentikan Perang Siffin bila musuh mengangkat al-Quran dan menjalankan rundingan. 5. Membina markas tentera di Parsi dan Syria. 6. Meneruskan cukai jizyah kepada Zimmi

×