Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpm

4,725 views

Published on

Published in: Education
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpm

  1. 1. DRAF TEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA “MAJLIS PERUTUSAN TAHUNAN 2014 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA” 28 JANUARI 2014 (SELASA); 10-1130AM 1
  2. 2. PENGENALAN 1. Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin dan kurniaNya jua telah memungkinkan saya bertemu dengan tuan-tuan dan puan-puan dalam Majlis Perutusan Tahun Baharu 2014 pada pagi ini. Selamat Tahun Baharu saya ucapkan kepada keluarga besar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), guruguru, pensyarah, staf akademik, mahasiswa- mahasiswi, para ibubapa dan murid di seluruh negara. Semoga hari ini akan menjadi lebih baik daripada semalam dan semoga esok menjadi lebih baik dan cemerlang daripada hari ini. 2. Saya mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua anggota perkhidmatan Kementerian 2 Pendidikan, warga
  3. 3. pendidik, para guru dan pensyarah atas komitmen dalam melaksanakan segala tugas yang diamanahkan dan pencapaian cemerlang yang dicatatkan sepanjang tahun 2013. Saya berharap semoga momentum ini dapat terus dikekalkan dan dipertingkatkan serta dapat memotivasikan kita ke arah transformasi yang lebih cemerlang pada tahun 2014. 3. Sesungguhnya tahun 2014 merupakan perutusan pertama selepas pengabungan semula KPM dan KPT selepas pilihanraya ke-13 tahun lepas. Sehubungan ini, adalah menjadi tanggungjawab yang besar setiap warga KPM dari pra-sekolah hingga ke universiti memacu transformasi secara bersepadu agar segala hasrat dan aspirasi yang telah dibukukan melalui PPPM dan PSTPN dapat direalisasikan. Kita yakin rakyat sentiasa bersama-sama 3 dengan kita dalam
  4. 4. menjayakan agenda besar pendidikan negara bagi menjana modal insan berkualiti yang akan menjadi pewaris kesinambungan kemajuan dan kesejahteraan negara. Oleh itu, kita telah berusaha mengorak langkah awal bagi memastikan visi dan aspirasi iaitu akses kepada kejayaan, kualiti standard antara bangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, perpaduan dan efisiesi atau kecekapan yang tinggi dalam pelaksanaan dasar dan program pendidikan dapat direalisasikan. 4. Memang kita akui dan sedar, menjana modal insan dalam acuan kita sendiri dan pada masa yang sama gah dalam pentas global bukan suatu usaha dan proses yang mudah. Terlalu banyak cabaran dan usaha yang perlu kita laksanakan. Namun begitu ini tidak bermakna kita perlu berhenti dan berputus asa kerana sesungguhnya anak-anak kita layak mendapat yang terbaik. Inilah juga hasrat dan 4
  5. 5. aspirasi kita. Inilah juga harapan kita agar rakyat berada dibelakang kita bersama-sama menyokong dan berganding bahu merealisasikan agenda yang penting ini. 5. Dalam mengucapkan kesempatan ini juga setinggi-tinggi penghargaan saya dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan PPPM. Sebagaimana yang kita sedia maklum, PPPM lahir daripada usaha bersama panel penilai bebas Malaysia dan antara bangsa, panel dialog dan maklum balas daripada pelbagai pihak yang prihatin terhadap kemandirian pendidikan nusa dan bangsa. Hasilnya, hasrat kita melalui PPPM telah mendapat pengiktirafan pihak UNESCO dan pakar-pakar antarabangsa seperti Dr Andreas Schleicher (OECD) dan Professor Michael Fullan (Profesor Emeritus, Ontario Institute for Studies in Education, Ontario University, Canada) 5
  6. 6. serta diakui sebagai pelan yang realistik sekiranya dilaksanakan dengan cara terbaik. 6. Saya suka membawa tuan/puan mengimbau pencapaian berbangga kita dalam dengan 2013 kejayaan bukan kita sekadar tetapi bagi menyuntik semangat dan motivasi bersama ke arah transformasi yang lebih berimpak. PENCAPAIAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 2025 7. Kita telah melalui tempoh setahun pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang penuh warna dan cabaran. Penggabungan Kementerian terbesar dalam semula dua perkhidmatan awam – Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi merupakan 6 satu langkah
  7. 7. berani kerajaan untuk menyelaraskan usaha memartabatkan sistem pendidikan negara ke peringkat yang lebih tinggi. Kementerian Pendidikan Di bawah PPPM, telah menunjukkan iltizam dan komitmen yang tidak berbelah bagi untuk melaksanakan insiatif-inisiatif yang telah ditetapkan. 8. Selaras dengan Program Transformasi Kerajaan 2.0, Kementerian mengorak langkah dengan penetapan 1Agenda pada 5 Disember 2012 bagi memastikan kita semua bergerak dalam satu pasukan - satu nada, satu suara. Usaha ini telah membuahkan hasil kerana dalam masa 100 hari, kita telah berjaya melaksanakan 6 sasaran awal yang telah ditetapkan. Kejayaan ini telah saya umumkan di SMK Jalan 4, Bandar Baru Bangi pada 10 April 2013 yang lalu sebagai bukti bahawa Kementerian kita benar-benar 7
  8. 8. serius dalam usaha memberikan pendidikan berkualiti bertaraf dunia. 9. Menyedari hakikat bahawa anak-anak generasi akan datang ini adalah modal insan yang bakal menerajui negara dan menjadi pesaing global serta penyumbang di peringkat dunia, justeru PPPM komited dalam menyuntik pelbagai aspek kemahiran, pengetahuan, etika serta jati diri tanpa melupakan aspek kerohanian yang terangkum dalam enam aspirasi murid. PROGRAM TRANSFORMASI DAERAH 10. Pertama, Program Transformasi Daerah di bawah Anjakan ke 6 PPPM bertujuan mempercepat penambahbaikan prestasi sekolah melalui program yang sistematik dan dipimpin oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah dirintis di Sabah 8
  9. 9. dan Kedah. Fungsi dan peranan PPD dan JPN telah ditambahbaik untuk memberikan sokongan dan bimbingan melalui Rakan Peningkatan Sekolah (SIPartners+) dan Jurulatih Utama Peningkatan Sekolah (SISC+). Di Kedah dan Sabah, program ini melibatkan 2551 sekolah, lebih 89 000 guru dan hampir satu juta murid. Hasilnya, kedua-dua negeri mencatatkan prestasi UPSR terbaik dalam tempoh 8 tahun dan peningkatan tertinggi berbanding negeri lain pada 2013. Gred purata Kedah dan Sabah masing-masing meningkat 0.06 dan 0.07 mata berbanding purata peningkatan kebangsaan sebanyak 0.04. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam usaha murni ini. LINUS 11. Kedua, Kementerian berbangga kerana usaha gigih guru-guru di negara ini telah menunjukkan 9
  10. 10. hasil memberangsangkan bagi LINUS – Anjakan kedua PPPM. Pencapaian murid Tahun 3 di seluruh negara yang menguasai literasi Bahasa Malaysia ialah 99.1% atau 440 591 murid Tahun 3 manakala kadar numerasi meningkat kepada 99.3% atau 441 571 murid selepas 3 tahun persekolahan. LINUS B Inggeris juga dilancarkan pada tahun ini dan dalam masa empat bulan, garis asas pencapaian murid menguasai literasi Bahasa Inggeris adalah 50% bagi murid Tahun 1 dan pencapaian ini telah meningkat kepada 63% pada bulan November 2013. Walaupun peratusan ini tidak setinggi yang diharapkan, tetapi ia merupakan satu titik permulaan kearah mempertingkatkan kadar literasi bahasa Inggeris secara lebih berstruktur dan berbanding tahun-tahun sebelumnya. 10 sistematik
  11. 11. PELIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA 12. Dalam mencapai matlamat sistem pendidikan terbaik di dunia, penting untuk kita membentuk satu ekosistem pembelajaran di dalam komuniti setempat. Seperti yang pernah saya sampaikan semasa majlis Pelancaran PPPM pada 6 September lalu, proses merakyatkan pelaksanaan PPPM ini juga bermakna memberikan peluang kepada ibu bapa turut sama turun padang bagi membantu pembelajaran anak mereka melalui sarana pelibatan ibu bapa. 13. Pencapaian ketiga, di bawah Anjakan ke 9 Pelibatan Ibu Bapa, komuniti dan sektor swasta, Sarana Pelibatan Ibu bapa telah Berjaya diedarkan ke 10 087 sekolah di seluruh negara dengan penekanan kepada pelibatan mereka 11
  12. 12. bersama pihak sekolah dalam membantu mempertingkatkan keberhasilan murid. Hasilnya kini ibu bapa dan penjaga dapat memainkan peranan lebih aktif dalam pembelajaran anak-anak dengan memberi sumbangan dalam keceriaan kelas, aktiviti kokurikulum dan kelas tambahan. SMK Taman Tuanku Jaafar, Senawang, Negeri Sembilan danSK Batu Road, Kuala Lumpur merupakan antara contoh terbaik sekolah-sekolah yang telah berjaya merealisasikan hasrat sarana ini. Kementerian dengan berbesar hati merakamkan penghargaan kepada semua ibu bapa dan penjaga serta semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan usaha murni ini. 12
  13. 13. Tuan-tuan dan puan-puan, PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL 14. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia merupakan pelan komprehensif mengambil kira keperluan setiap murid yang berbeza kebolehan dan keupayaan. Permintaan untuk sumber tenaga mahir pada masa depan akan terus meningkat. Menjelang 2020, daripada 3.3 juta peluang pekerjaan yang diwujudkan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi atau NKEA, sekurang-kurangnya 46% memerlukan kemahiran vokasional. Sehubungan dengan itu, Kementerian menyahut seruan ini di bawah Anjakan 1 PPPM untuk memperluas akses dan meningkatkan kualiti laluan pendidikan vokasional. 13
  14. 14. 15. Bagi pencapaian ke empat 2013, saya terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada seluruh warga pendidikan teknik dan vokasional. Ini kerana pada tahun 2013, 4.7% (daripada sasaran 5%) murid telah mengikuti latihan teknikal dan vokasional di peringkat menengah atas. Walaubagaimanapun, fokus bagi tahun 2014 ini akan diberikan kepada transformasi pendidikan vokasional dan peningkatan penyediaan kemudahan fizikal pelajar kepada 20%. untuk menambah bilangan Saya percaya dengan Sektor Pengajian Tinggi berada di bawah payung yang sama, laluan latihan vokasional daripada peringkat pendidikan asas ke pendidikan tinggi akanlebih berkesan dan kerjasama yang lebih erat akan wujud di antara kedua-dua sektor Pelajaran dan Pengajian Tinggi. 14
  15. 15. PENDIDIKAN KHAS 16. Pendidikan Khas di negara ini semakin mendapat perhatian daripada pelbagai pihak dan pelbagai usaha dilakukan secara bersepadu untuk meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti. Artikel 28, Akta Orang Kurang Upaya 2008 memperaku bahawa murid bekeperluan khas perlu diberi sokongan untuk membantu mereka mencapai pelibatan penuh pendidikan. antarabangsa dan kesamarataan Berdasarkan dan dasar dalam amalan terbaik semasa Negara, Kementerian telah menetapkan bagi tahun 2013, sasaran 10% daripada lebih 50 ribu murid berkeperluan khas mendaftarkan diri dalam program pendidikan inklusif. 15
  16. 16. 17. Bagi pencapaian ke lima saya bangga untuk mengumumkan kita sudahpun mencapai 9.6% daripada sasaran ini, iaitu seramai 5 393 murid berkeperluan khas sudahpun mendaftar dalam program pendidikan arus perdana. Ini membuktikan bahawa jalinan kerjasama ibu bapa, komuniti, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan serta warga pendidikan adalah penting dalam sentiasa memastikan mendapat murid peluang berkeperluan untuk khas pendidikan berkualiti tinggi yang sesuai dengan keperluan mereka. INFRASTRUKTUR ASAS 18. Bagi memastikan suasana yang kondusif untuk pembelajaran, Kementerian sentiasa berusaha untuk memastikan keperluan asas di setiap sekolah berada 16 dalam keadaan baik,
  17. 17. terutama di Sabah dan Sarawak seperti yang dinyatakan dengan jelas dalam Bab 6 PPPM. Di bawah Anjakan 6, kita menetapkan sasaran 1 608 projek pembaikan kritikal selesai, memberikan murid akses kepada bekalan elektrik yang stabil dan bekalan air, dan sasaran ini telah pun dicapai pada 2013. Kita akan meneruskan usaha secara berperingkat untuk mengenalpasti sekolahsekolah lain yang memerlukan penambahbaikan infrastruktur dari masa ke semasa ini demi keselamatan dan keselesaan semua murid di negara ini. TRANSFORMASI INSTITUT PENDIDIKAN GURU Para hadirin yang dihormati sekelian. 19. Seperti yang dinyatakan dengan jelas dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, guru 17
  18. 18. dan pemimpin sekolah adalah penggerak utama yang paling penting di peringkat sekolah untuk keberhasilan murid. Kita tidak boleh berkompromi didalam hal kualiti guru dan kompetensi para pengetua dan guru besar kita. Guru dan pemimpin sekolah berpeluang profesionalisme untuk berterusan bagi peningkatan memastikan aspirasi sistem pendidikan dapat dicapai. 20. Anjakan ke 4 PPPM, iaitu mentransformasi profesion keguruan menjadi profession pilihan yang jelas menerangkan peningkatan peranan dan laluan kerjaya guru. Melalui anjakan ini, guru boleh memilih untuk menjalankan tugas kepimpinan iaitu Guru besar dan pengetua di peringkat sekolah ataupun guru pakar (laluan professional) ataupun menjadi pegawai di peringkat daerah dan negeri dan persekutuan (laluan pentadbiran pendidikan). Yang menariknya, peluang untuk kenaikan pangkat 18
  19. 19. adalah sama tanpa mengira laluan yang dipilih sama ada laluan kepimpinan, laluan pakar pengajaran ataupun laluan pentadbiran pendidikan. Selain itu, kita juga telah berjaya menggabungkan skim perkhidmatan pendidikan pegawai siswazah (PPPS) perkhidmatan dan pegawai perkhidmatan pendidikan lepasan diploma (PPPLD) ke dalam satu skim perkhidmatan bersepadu PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP). 21. Selaras dengan amalan terbaik di peringkat antarabangsa, pencapaian ke TUJUH PPPM menyaksikan kualiti pengambilan guru pelatih di Institut Pendidikan Guru meningkat dengan ketara. 42% daripada kohort tahun ini merupakan pelajar yang mendapat 7A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Manakala 70% ambilan IPG yang sedang mengikuti latihan perguruan kini mendapat 19 5A dalam SPM. Saya
  20. 20. percaya usaha-usaha yang dijalankan di bawah Transformasi IPG akan dapat meningkatkan kualiti guru-guru permulaan yang bakal mencorak masa depan pendidikan Negara. PROFISIENSI GURU BAHASA INGGERIS 22. Gelombang 1 pelaksanaan PPPM memberi fokus kepada perubahan sistem dengan memberi sokongan kepada guru dengan penekanan kepada kemahiran teras. Dalam tempoh pelaksanaan ini, tumpuan akan terus diberikan kepada kaedah peningkatan kualiti pengajaran (pedagogi) dengan meningkatkan kemahiran guru sedia ada di dalam sistem, Malaysia menerusi meningkatkan dan kadar literasi (bahasa dan numerasi bahasa Inggeris program pemulihan yang intensif. Pencapaian ke LAPAN, 5000 guru Bahasa Inggeris menjalani program 20 peningkatan
  21. 21. profisiensi bahasa Inggeris ke arah kenaikan sekurang-kurangnya Common (CEFR). European satu band Framework berdasarkan Reference Saya percaya usaha ini adalah asas penting ke arah peningkatan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid kita. PIAGAM PENGETUA DAN GURU BESAR 23. Di dalam Bab 5 PPPM Kementerian juga telah memberikan komitmen untuk meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah dengan memperbaiki pendekatan pelantikan dan melatih pengetua/guru besar. Melalui inisiatif Piagam Pengetua/guru besar, pencapaian ke SEMBILAN PPPM iaitu kriteria pemilihan baru berasaskan prestasi dan proses berasaskan merit telahpun diluluskan, menggantikan model terdahulu dalam memilih dan melantik pengetua/guru besar berdasarkan tempoh 21
  22. 22. perkhidmatan. Langkah awal telahpun diambil bagi memastikan 557 pengetua/guru besar yang akan bersara antara Julai hingga Disember 2014 dapat diganti dengan pemimpin sekolah terbaik daripada seluruh Negara. TRANSFORMASI KEMENTERIAN 24. Dalam mengorak Kementerian akan langkah memastikan kehadapan, keberkesanan perbelanjaan pendidikan, meningkatkan pulangan atas pelaburan dan melaksanakan analisis kosfaedah sosioekonomi yang jelas untuk setiap pelaburan utama. Matlamatnya adalah untuk meminimumkan keperluan dana tambahan sambil memaksimumkan ROI dalam bidang yang berimpak tinggi, seperti keberhasilan murid. Bagi tujuan ini, Kementerian telah memulakan usaha menyusun semula keutamaan bagi mengelakkan pembaziran 22
  23. 23. dan ketirisan program dalam semasa pelaksanaan bagi dasar memastikan dan dana dimanfaatkan dengan berkesan sehaluan dengan dasar penjimatan berhemah yang diumumkan kerajaan baru-baru ini . 25. Kementerian juga memberi komitmen bagi melaksanakan syor Ketua Audit Negara seperti pemantauan perbelanjaan pematuhan peraturan yang lebih kewangan, teliti, dan penambahbaikan pembayaran perbelanjaan yang diperuntukkan dalam bajet. Saya ucapkan syabas kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan kerana berjaya merealisasikan Pelan Tindakan Gelombang 1 bagi Anjakan 10 iaitu perwakilan kuasa ke JPN, bermula dengan Sabah dan Sarawak pada tahun ini bagi kontrak sehingga RM 5 juta daripada RM500 ribu sebelum ini, dan 23
  24. 24. kontrak perkhidmatan dan bekalan sehingga RM5 juta, meningkat daripada RM2.5 juta. SEKTOR PENGAJIAN TINGGI 26. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan peneraju dalam penyelidikan bersifat asas ataupun fundamental bagi menggalakkan penjanaan ilmu yang mampu menyumbang terhadap peningkatan tahap intelektual, penciptaan teknologi baru dan penyuburan budaya yang dinamik selaras dengan aspirasi negara. Pada tahun 2013, pihak Kementerian di bawah Sektor Pengajian Tinggi telah diperuntukkan dana penyelidikan fundamental sebanyak RM400juta untuk menjalankan aktiviti penyelidikan di semua institusi pengajian tinggi. Dana penyelidikan fundamental dikategorikan kepada lima (5) geran utama seperti Skim 24 Geran Penyelidikan
  25. 25. Fundamental (FRGS), Skim Geran Penyelidikan Eksploratori (ERGS), Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS), Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) dan Geran Sanjungan Penyelidikan (GSP). Disamping itu juga, terdapat tiga (3) geran penyelidikan khusus bagi membantu IPT Pembudayaan Rakan RU Penyelidikan seperti Dana (RAGS), Dana Research Acculturation Collaborative Effort (RACE) dan Skim Geran Penyelidikan Nic (NRGS). Sehingga Ogos 2013, sebanyak 1,647 modal insan telah dihasilkan. Manakala bagi penerbitan penyelidikan berimpak tinggi pula, sebanyak 3,084 bilangan penerbitan telah dihasilkan penyelidik. Manakala sebanyak 210 harta intelek (IP) telah dihasilkan daripada geran-geran yang telah diluluskan di bawah RMKe-10. 25
  26. 26. 27. Pencapaian ouput penyelidikan di atas dapat disokong dan dibuktikan melalui pencapaian keseluruhan negara terutama dalam menghasilkan penerbitan jurnal berimpak tinggi. Suka saya maklumkan bahawa pencapaian Malaysia telah setanding dengan negara jiran ASEAN seperti Singapura dan mengatasi pencapaian Thailand dimana penyelidik negara kita telah menghasilkan sebanyak 77,327 penerbitan dari tahun 2007 hingga 2012. Dimana Singapura menghasilkan sebanyak 78,031 dan Thailand sebanyak 50,786 serta Malaysia juga telah mengatasi beberapa negara utama Asia dan OIC yang lain seperti Mesir, Pakistan, Arab Saudi, Indonesia dan Vietnam. Impak positif ini lebih signifikan selepas pelaksanaan Penyelidikan (RU) bermula tahun 2006. 26 Universiti
  27. 27. 28. Kecemerlangan RU telah diteruskan dengan kolaborasi lima (5) RU membentuk Malaysia Research University (MRUN) secara kolektif bukan hanya melahirkan gradúan bagi sumber tenaga kerja malah melahirkan insan berpengetahuan tinggi, menjana ilmu baru dan teknologi yang berinovasi. Pencapaian kolaborasi MRUN ini boleh dilihat dari aspek talent development, research prominence, wealth creation termasuk bridging the grand challenge. Sebagai contoh sehingga Julai 2013, 70% daripada hasil penerbitan negara kita telah dijanakan oleh 5 RU. 29. Kolaborasi ini tidak hanya berlaku dikalangan RU sahaja, malah kepada universiti Rakan RU dimana bermula tahun 2012 program RACE telah dilaksanakan yang merupakan satu program kerjasama secara kolektif oleh lima RU untuk membantu Universiti Rakan RU untuk meningkatkan 27
  28. 28. budaya penyelidikan, membantu meningkatkan output penyelidikan dan membantu meningkatkan kerjasama penyelidikan ke arah yang lebih tinggi. Setiap RU akan menyumbang peruntukan dari segi elaun masa bekerja penyelidik, penggunaan peralatan dan makmal di Universiti Penyelidikan yang bernilai sehingga RM1 juta. Sehingga kini sebanyak 273 projek sedang dilaksanakan yang bernilai RM12.95 juta. PENGGABUNGAN KEMENTERIAN 30. Penggabungan semula KPM dan KPT hakikatnya membuka peluang untuk kita menjajar semula peranan dan tanggungjawab bersama, berkongsi sumber, kepakaran dan pengalaman dalam memantapkan sektor pendidikan negara bermula dari peringkat pra sekolah sehinggalah ke universiti. Oleh itu, selaras dengan penggabungan 28
  29. 29. ini, transformasi pendidikan yang telah direncanakan dalam PPPM ini perlu dijajarkan dengan Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara (PSPTN) 2007-2020 supaya terdapat satu kesinambungan antara kedua-dua Pelan ini. 31. Kementerian juga sedang dalam proses untuk mengkaji semula Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) 2007-2020. PSPTN meliputipendidikan lepas menengah dan ekosistem pembelajaran sepanjang hayat, termasuk kolej komuniti, politeknik serta universiti bagi sektor awam dan swasta. Kajian semula ini telah bermula pada awal 2013 bertujuan menilai kemajuan PSPTN serta menimbangkan penambahbaikan untuk mengambil kira perubahan lanskap pengajian tinggi global dantempatan. 29
  30. 30. 32. PSPTN bertujuan mengintegrasikan teras dan projek tindakan kritikal dengan tema serta inisiatif yang relevan dengan PPPM untuk memastikan kesinambungan transisi daripada sistem pendidikan asas sehingga ke pengajian tinggi. Draf pertama Dokumen Bersepadu PPPM dan PSPTN sudahpun disiapkan manakala Kajian Semula PSPTN dijadual siap sepenuhnya pada bulan Jun 2014 nanti. Butirbutir kedua dokumen ini akan diumumkan menjelang akhir tahun ini, inshaAllah. Namun, perancangan awal dan tumpuan utama akan diberikan kepada autonomi university awam dengan sistem governans akauntabiliti, dikalangan yang mantap kepatuhan IPTS, jaringan dan kepada universiti penuh peraturan dengan komuniti, kedudukan (ranking) IPTA, pemindahan teknologi dan agenda-agenda kritikal yang lain. 30
  31. 31. 33. PSPTN yang kini sudah tiba ke pertengahan tempoh pelaksanaannya sudahpun menempa pelbagai kejayaan, antaranya penubuhan Majlis Profesor Negara dan Akedemi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) untuk meningkatkan imej dan prestij pendidikan tinggi. Program seperti pembelajaran sepanjang hayat atau life long learning (My3L) telah memberi peluang seluasluasnya untuk sesiapa sahaja terus belajar tanpa mengira usia. PROGRAM MEMANFAATKAN PEMINDAHAN ILMU; KEPAKARAN UNIVERSITI KEPADA MASYARAKAT DAN INDUSTRI Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati sekelian, 31
  32. 32. 34. Universiti yang hebat bukan lagi diukur dengan hasil sumbangan penemuan-penemuan baharu penyelidikan yang hanya diwar-warkan kepada negara dan dunia. Tetapi hasil penyelidikan di Universiti yang mampu dibawa bagi dikongsi bersama pihak industri dan juga sasaran komuniti di dalam memperkukuhkan ilmu masyarakat awam untuk dimanfaatkan sepenuhnya secara berterusan. 35. Dalam mentransformasikan pengajian tinggi untuk kelestarian hari esok, libat sama para akademia, pihak industri, komuniti serta masyarakat secara amnya haruslah berjalan seiring. "Knowledge Transfer Programme (KTP)" ataupun Program Pemindahan Ilmu menjadi sebahagian dari proses merealisasikan hasrat tersebut secara terus yang sekaligus akan memberikan kesan yang besar dalam menterjemahkan ilmu pengetahuan kepada orang ramai. 32
  33. 33. 36. Matlamat KTP adalah untuk membolehkan pembangunan dan peningkatan kualiti produk, perkhidmatan dan dasar-dasar yang akan dikongsi untuk manfaat berkepentingan bersama iaitu antara akademik, pihak-pihak industri dan masyarakat.Hari ini di dalam era transformasi, pemindahan dan perkongsian ilmu memainkan peranan yang penting di dalam mencapai hasrat pembangunan ekonomi negara ke arah Negara maju menjelang tahun 2020. KEJAYAAN MURID DI PERINGKAT ANTARABANGSA 2013 37. Disamping pencapaian akademik, murid kita cemerlang dalam pelbagai pertandingan terbuka yang disertai seperti Pertandingan Inovasi Kebangsaan dan Malaysian International Young Inventors Olympiad 2013 (MIYIO) di mana kita 33
  34. 34. muncul peringkat sebagai johan beberapa antarabangsa, murid kategori. kita Di melakar kejayaan dengan muncul johan keseluruhan dalam World Robots Olympiad 2013 di Jakarta. Pingat emas dan markah penuh telah diraih oleh Yeoh Zi Song dari SJKC Chong Teik, Balik Pulau, Pulau Pinang dalam 16th Primary Mathematics World Contest (PMWC,2013) Hong Kong. Semasa 64th INTEL International Science and Engineering Fair (INTEL ISEF) di Phoenix, Syarikat, Arizona, Amerika Nur Liyana Johari telah menerima Intel ISEF 2013 Special Awards Organizations berjumlah USD5000 daripada United Airlines Foundation. Dalam bidang sukan di peringkat antarabangsa Malaysia melakar sejarah tersendiri apabila muncul juara keseluruhan Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah Asia (ASTFC) yang pertama dengan meraih 12 pingat emas, 14 pingat perak dan 10 pingat gangsa untuk mendahului lapan lagi negara 34
  35. 35. yang bertanding. Tahniah dan syabas sekali lagi kepada semua warga pendidikan yang telah berusaha gigih untuk memastikan nama negara bersinar di peringkat antarabangsa. CABARAN DAN TUMPUAN 2014 Tuan tuan dan puan puan sekelian, 38. Tahun pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ini merupakan satu tahun yang cukup mencabar. Walaupun kita telah menempa beberapa kejayaan di tahun pertama ini, masih banyak yang perlu dilakukan. Kita semua mengakui hakikat, sesungguhnya untuk memulakan perubahan itu memerlukan keazaman yang tinggi kerana kita perlu berubah daripada amalan yang biasa kepada amalan yang luarbiasa. Cara berfikir, cara bertindak dan cara bekerja perlu ditambahbaik 35
  36. 36. berbanding dahulu bagi memastikan yang kita tidak ketinggalan dalam dunia yang terlalu pesat berkembang ini. Saya sedar bahawa di antara kita sendiri, keluarga di dalam Kementerian, sudah tentu terdapat perbezaan pandangan dan pendapat dalam melaksanakan inisiatif PPPM walaupun kita bergerak kearah yang sama melalui 1Agenda KPM. Janganlah kita menjadikan perbezaan ini sebagai satu kekangan untuk bergerak ke hadapan dan mencapai keberhasilan yang disasarkan. Setahun ini sepatutnya sudah mengajar kita untuk lebih bersedia menghadapi cabaran yang mendatang dan terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan demi masa depan anak-anak bangsa kita. Penataran Maklumat 39. Antara cabaran besar PPPM ini ialah untuk menatarkan maklumat kepada kesemua 419 940 36
  37. 37. guru-guru (data EMIS sehingga Nov 2013) di seluruh Malaysia supaya mengetahui, memahami dan menghayati aspirasi sistem pendidikan Negara kita. Kita perlu meyakinkan semua warga Kementerian selaku pelaksana PPPM ini bahawa kita telah pun mempunyai sasaran yang jelas ke mana hala tuju pendidikan Negara dan kita telahpun mempunyai Pelan Tindakan yang komprehensif untuk mencapai matlamat ini dalam masa 13 tahun. Sekarang bukanlah masanya untuk kita mengambil pendekatan „tunggu dan lihat‟ lagi. dengan kata-kata mantan Saya tertarik Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud – “Kita harus bersedia untuk berubah, kalau tidak kita akan diubah”. Sentimen ini diteruskan di bawah kepimpinan Ketua Pengarah Pelajaran yang baharu Datuk Dr Khair Mohd Yusof yang begitu tegas menyatakan – dengan izin – “You don’t talk about implementation, you do it!” 37 Saya yakin dengan
  38. 38. semangat yang membara dalam kalangan warga pendidikan yang diterajui oleh Ketua Pengarah Pelajaran dan sokongan daripada Ketua Setiausaha Kementerian, kita mampu mencapai matlamat untuk berada dalam kedudukan sepertiga teratas sistem pendidikan terbaik di dunia. 40. Program Turun Padang yang diilhamkan oleh Datuk Dr KPPM dan dijalankan oleh Sektor Profesional sekarang ini merupakan salah satu usaha untuk kita mendekati para pelaksana supaya semua pihak aspirasi yang PPPM. terlibat Selain dapat menghayati pendekatan secara bersemuka, media sosial dan media arus perdana juga perlu dimanfaatkan bagi tujuan ini. Penerangan yang jelas perlu dikongsi bersama mengenai pelbagai isu yang dekat dihati guru-guru, seperti LINUS dan PBS. 38
  39. 39. Linus 41. Bagi LINUS contohnya, pelaksanaan perlu ditangani. beberapa isu Kita perlu melihat adakah kaedah pelaksanaan ini telah mencapai objektif asal yang telah ditetapkan? Adakah maklumat ataupun butiran yang penting telah dikongsi dan diselesaikan di peringkat tertinggi Kementerian dan apakah penyelesaian masalah ini dapat meringankan dan melicinkan tugas guru-guru sebagai pelaksana? Pentaksiran Berasaskan Sekolah 42. Begitu juga dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah atau PBS. PBS bukan hanya perlu dilihat dari segi sistem dan pelaksanaan sahaja tetapi juga pemahaman falsafah PBS itu sendiri. Saya telah menerima banyak maklumbalas dari pelbagai pihak 39
  40. 40. terutama keluhan guru-guru. Saya faham masalah yang dihadapi guru-guru dan saya juga telah mengarahkan KSU dan KPPM untuk mengenalpasti apa masalah sebenar diperingkat perlaksanaan. Pada masa yang sama saya menjangkakan ketelusan dalam pelaporan dan tidak berlaku ketirisan. Saya pasti keadaan ini tidak akan berlaku sekiranya setiap peringkat sama ada di peringkat sekolah, daerah atau jabatan pelajaran negeri mempunyai pemahaman yang sama berhubung pelaksanaan PBS. Sekiranya masih terdapat kesamaran mengenai perkara ini, saya minta supaya ianya pelaksana ditangani terutama segera untuk di peringkat mencerahkan pemahaman guru-guru yang akan melaksanakan PBS untuk murid Tingkatan 3 yang bakal melalui pentaksiran format baharu pada tahun ini. 40
  41. 41. MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU 43. Agenda memartabatkan bahasa Melayu telah bermula sejak Penyata Razak 1956 lagi dan telah berterusan sehingga kini. Seperti mana tuan/puan sedia maklum, pelbagai usaha, dasar dan program telah kita laksanakan bagi memartabatkan bahasa Melayu. Kita telah ada dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Inggeris (MBMMBI) dan Memperkukuh bagi memastikan Bahasa usaha memartabatkan bahasa Malaysia pada tempat yang sepatutnya tanpa kita mengabaikan bahasa Inggeris sebagai bahasa yang tidak kurang pentingnya. Kita ada Dewan Bahasa dan Pustaka, yang telah berjaya melaksanakan program pengauditan bahasa selain melonjakkan penerbitan buku ilmiah melalui Program Penerbitan Berpakej dalam ratusan bidang ilmu untuk manafaat pelbagai golongan 41
  42. 42. rakyat. Saya ucapkan syabas dan tahniah di atas segala usaha ini. 44. Namun begitu, satu lagi usaha yang patut kita fikir-fikirkan bersama kalau kita benar-benar ingin menjadikan bahasa kita sebagai bahasa ilmu yang tinggi seperti Negara Jepun, Korea, China malahan Indonesia ialah usaha penterjemahan. Saya melihat kita masih ketinggalan dalam usaha menterjemah buku/bahan/karya bermutu dari luar ke dalam bahasa kita, bahasa Melayu/bahasa Malaysia. Oleh yang demikian, saya ingin melihat agar usaha penterjemahan penerbitan dan karya dari bahasa asing, khususnya Bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Malaysia dilipat-gandakan. Selain itu, saya juga menggesa pensyarah dan penyelidik di university menerbitkan hasil kajian dan menyampaikan kuliah didalam Bahasa Malaysia sebagai memperkasakan BM sebagai bahasa ilmu. 42 usaha
  43. 43. TIMSS 2014 dan PISA 2015 45. Pentaksiran TIMSS dan PISA merupakan satu topik pendidikan yang agak hangat diperkatakan mutakhir ini, biar di Malaysia ataupun forum antarabangsa. Analisis mendalam dan juga penyediaan secara berstruktur amat perlu agar Malaysia dapat memperbaiki kedudukan, dan pada masa yang sama elemen Kemahiran Berfikiran Aras Tinggi (HOTS/KBAT) yang merupakan elemen penting didalam pentaksiran PISA diterapkan secara sistematik didalam kurikulum kebangsaan. Untuk makluman semua, minggu lepas saya berpeluang untuk berbincang dengan Dr Andreas Schleicher dari OECD yang merupakan antara pengasas TIMSS dan PISA bagi memahami dengan lebih mendalam kedua-dua penanda-aras tersebut. Saya juga difahamkan terdapat beberapa sekolah di 43
  44. 44. Malaysia yang telah mencapai skor ataupun prestasi setaraf dengan sekolah-sekolah terbaik didunia. Dengan ini saya ingin mengarahkan agar KPM melihat dengan lebih mendalam faktor-faktor yang menyumbang kepada kejayaan sekolahsekolah ini sehingga mencapai prestasi sedemikian. Selain itu,semua warga guru, malah pegawai Kementerian sendiri perlu memahami apakah itu KBAT. Melalui usaha bersepadu ini, saya yakin Malaysia mampu melonjakkan kedudukan kita didalam kedudukan PISA yang akan datang, insha Allah. Profisiensi Guru-Guru Bahasa Inggeris Sidang hadirin yang dihormati sekelian, 46. Tumpuan pada tahun 2014 juga akan diberikan kepada peningkatan profisiensi guru-guru 44
  45. 45. Bahasa Inggeris. Usahasama telahpun dijalankan dengan University of Cambridge dalam kajian garis asas (baseline) dan penandaarasan di institusi pendidikan serta untuk melaksanakan amalan terbaik (best practice) didalam bilik darjah. Kita sedar bahawa isu penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan murid-murid kita menjadi polemik yang hebat dewasa ini. Laporan awal dari Cambridge memperlihatkan taraf profisiensi Bahasa Inggeris murid dan juga guru boleh dipertingkatkan dan usaha dilipat-gandakan. Hasil daripada kajian ini dan juga dikemukakan cadangan-cadangan oleh Majlis yang Penarafan akan Standard Bahasa Inggeris, satu halatuju (roadmap) profisiensi Bahasa Inggeris akan dihasilkan menjelang bulan April 2014. Transformasi Pendidikan Islam 45
  46. 46. 47. Melalui PPPM 2013-2025, aspek kerohanian juga ditekankan bagi menjana modal insan berakhlak mulia. Justeru, Transformasi Kurikulum Pendidikan Islam digubal dengan mewujudkan Kurikulum Dini dan Kurikulum Tahfiz sebagai Kurikulum Kebangsaan ke arah melahirkan murid yang seimbang dalam mata pelajaran berasaskan dalil naqli dan aqli. Negeri dan Sekolah Sekolah Agama membuktikan Pendaftaran Sekolah Agama Agama Bantuan bahawa KPM Rakyat sebagai Kerajaan jelas komited untuk mengangkat martabat pendidikan Islam di negara ini. 48. Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat (JKP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun lepas telah bersetuju dengan cadangan menjadikan Kurikulum Kurikulum Bersepadu Bersepadu Tahfiz 46 Dini dan (KBDKBT) yang
  47. 47. berteraskan ilmu agama dan bahasa Arab sebagai Kurikulum Kebangsaan. KBDKBT sebagai Kurikulum Kebangsaan adalah bagi memantapkan pelaksanaan kurikulum tersebut dalam arus perdana ke arah melahirkan murid yang seimbang dan cemerlang dalam mata pelajaran berasaskan dalil naqli dan aqli untuk menyediakan generasi ulama pelapis serta cendekiawan Islam yang serba boleh pada masa akan datang. Program Transformasi Daerah 49. 2014 akan menyaksikan Program Transformasi negara. Seperti yang diumumkan awal tadi, kejayaan pencapaian diterjemahkan Daerah pelaksanaan program melalui di rintis peningkatan seluruh ini telah dalam keputusan UPSR dan PMR di Sabah dan Kedah. Walau bagaimanapun, kejayaan perlu juga kita ukur 47
  48. 48. dari segi tahap kepimpinan, cara bekerja, akauntabiliti, efikasi dan sejauh mana kelangsungan usaha ini dapat diteruskan. Saya suka melihat Program Transformasi Daerah ini sebagai langkah awal dalam proses penstrukturan semula Kementerian secara menyeluruh. PEMBANGUNAN SEKTOR PENGAJIAN TINGGI 50. Didalam memperkasakan kualiti dan mutu hasil penyelidikan dan penerbitan berimpak tinggi, saya yakin ini dapat direalisasikan melalui beberapa inisiatif ataupun pendekatan. Diantaranya adalah dengan memanfaatkan jaringan university-universiti penyelidikan utama di Malaysia (Malaysian Research Universities Network, MRUN) agar kepakaran kerja and sumber mereka digabungkan supaya kualiti penyelidikan dapat diperkuatkan kearah standard antarabangsa. Selain dari itu, 48
  49. 49. program RACE wajar dipergiatkan lagi dalam membantu universiti-universiti bukan penyelidikan kearah penerbitan berimpak tinggi melalui perkongisan kepakaran dan pengalaman diantara penyelidik-penyelidik. Saya juga difahamkan bahawa naib-naib canselor universiti telah bersetuju untuk mewujudkan KPI baru yang menggalakan penerbitan dalam kalangan pelajar pasca-siswazah (postgraduate) melalui beberapa kluster kawasan (regional clusters) yang diwujudkan. 51. tujuh Sehingga kini, Kementerian telah mengiktiraf Pusat (HiCoE) Kecemerlangan yang kecemerlangan menjadi selepas Pengajian pemangkin Universiti Tinggi kepada Penyelidikan untuk menjana teknologi baru di dalam bidang nic masing-masing. Penarafan ini adalah antara insiatif Kementerian dalam memastikan Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi menuju ke 49
  50. 50. arah satu entiti penyelidikan asas yang dirujuk dan disanjung dalam bidang berkaitan pada peringkat antarabangsa. Melalui penarafan ini juga, kolaborasi Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi dengan institusi bertaraf antarabangsa khususnya akan dapat dipergiat dan dipertingkatkan bagi melaksanakan penyelidikan yang berkualiti tinggi dan dapat dimanfaatkan oleh negara. Beberapa bidang telah dikenalpasti didalam inisiatif ini termasuklah pembangunan kuasa tenaga solar, menghasilkan biomarker kanser, membangunkan profil genom, pemulihan dadah, teknoloji vaksin dan diagnostik dan lain-lain. 52. Sehubungan itu, bagi tahun ini, 9 lagi pusat kecemerlangan IPT dijangka akan diiktiraf sebagai HiCoE dan penilaian Kementerian ianya akhir telah tertakluk yang kepada sedang mensasarkan 50 beberapa dijalankan. 20 HiCoE
  51. 51. menjelang tahun 2020 berdarkan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN). Oleh yang demikian, peruntukan sebanyak RM27 juta ringgit disediakan pada tahun 2014 bagi menjana aktiviti akademik, penyelidikan dan pembelajaran yang berkualiti tinggi, selain perolehan peralatan makmal terkini ke arah mendapatkan pengiktirafan/akreditasi seperti Good Laboratory Practice (GLP), ISO17025. Sehubungan program itu, adalah penyelidikan wajar negara kecemerlangan diteruskan dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan terus menjadi peneraju penyelidikan fundamental (Champion of Fundamental Research) dalam Negara. Perkongsian pengalaman dan pengetahuan dengan kepakaran daripada institusi terkemuka antarabangsa melalui Cawangan Kampus Luar Negara di Malaysia akan memberi peluang kepada penyelidik tempatan untuk menimba ilmu dan pengalaman secara langsung 51
  52. 52. dan seterusnya dapat meningkatkan mutu dan tahap penyelidikan pada masa akan datang melalui program seperti post doctorate. 53. Fungsi dan peranan kolej komuniti dan politeknik dan seterusnya rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) juga amat penting dalam menjana tenaga pakar teknikal didalam bidangbidang utama ekonomi Negara yang bercorak praktikal (hands-on). Ini jelas kerana pasaran tenaga buruh Malaysia menjelang 2020 memerlukan lebih ramai tenaga seperti ini. Ini termasuklah beberapa sektor didalam bidang keberhasilan utama ekonomi negara (NKEA) seperti pembuatan, pelancongan dan elektronik. Selain itu inisiatif seperti Pendidikan Islam Sepanjang Hayat yang akan dipelopori oleh Kolej Komuniti dan juga pengambilan pelajar-pelajar lepasan kolej vokasional ke dalam politeknik harus diperluaskan. 52
  53. 53. Kementerian maklum penubuhan Malaysian Board of Technologies masih dibincangkan diperingkat Kementerian terbabit dan kita mengharapkan sesuatu yang positif dapat dicapai pada tahun ini yang akan member manfaat kepada graduangraduan MTUN dalam bidang kejuruteraan, teknologi, politeknik dan lain-lain yang berkaitan. 54. Bagi melengkapkan ekosistem inovasi dalam universiti, semua Institusi Pengajian Tinggi Awam perlu memastikan polisi dan framework bagi memperkasakan kegiatan pemindahan teknologi yang efisien diwujudkan. Ini sangat penting untuk memastikan aktiviti pemindahan teknologi dan pengkomersilan hasil R&D di universiti berjalan dengan lancar. Pejabat Pemindahan Teknologi (Technology Transfer Office) perlu diperkasakan sebagai salah satu entiti yang utama dalam organisasi universiti pada masa kini. Dalam usaha 53
  54. 54. ini kita menggalakan pengarah-pengarah pusat pemindahan teknologi mempertingkatkan mencari kredibiliti lagi jalan dan untuk kapasiti pejabat ini. Perbelanjaan Berhemah 55. Tidak dapat dinafikan dalam mana-mana usaha transformasi sumber kewangan merupakan faktor yang penting untuk melaksanakan inisiatif yang dirancangkan. Walaupun begitu, Kementerian sangat berhati-hati dalam aspek kewangan ini dan selaras dengan langkah penjimatan kerajaan, usaha akan ditumpukan kepada perbelanjaan secara berhemah, dengan memberi fokus kepada memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit seperti yang dinyatakan dalam Anjakan 10 PPPM. Setiap program yang dilancar oleh Kementerian akan dihubungkan dengan sasaran 54
  55. 55. khusus yang berkaitan dengan keberhasilan murid. Pihak Kementerian, JPN dan PPD akan menjalankan kajian semula tahunan untuk menilai kejayaan program bagi memenuhi sasaran ini. Pemberian dana untuk tahun berikutnya akan bergantung ditunjukkan. pada peningkatan hasil yang Peruntukan kepada SJKC/SJKT, SABK, SBP akan diteliti dan diagihkan secara adil dan saksama. Saya turut menyedari telah berlaku ketirisan dana berkaitan dengan pengagihan yang memberi kesan negatif kepada kualiti kerja dan projek disamping isu „value for money‟ didalam perolehan dan perbelanjaan. Oleh itu. teguran dan cadangan didalam laporan Ketua Audit Negara 2013 mesti diambil kira dan langkah-langkah penambahbaikan mesti diambil pada kadar segera 55
  56. 56. Tuan-tuan dan puan-puan sekelian, Lain-lain 56. Usaha ini selaras dengan Transformasi Penyampaian Perkhidmatan Awam yang telah dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Negara pada tahun lepas. Kementerian Pendidikan merupakan antara Kementerian yang berada di barisan hadapan program transformasi ini dengan fokus diberikan kepada 3 bidang yang memberi impak secara langsung kepada masyarakat iaitu Program Transformasi Daerah, Program Pemindahan Ilmu Sektor Pengajian Tinggi dan Infrastruktur Asas. Bagi memastikan pembangunan infrastruktur yang mantap untuk semua institusi pendidikan, Kementerian telah menetapkan semua institusi mencapai sekurang-kurangnya keperluan asas yang penting untuk persekitaran yang selamat, bersih 56
  57. 57. serta kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran. Untuk mencapai tujuan ini saya mencadangkan supaya ditubuhkan Pelaksanaan Pasukan Perolehan dan Petugas Audit Pembangunan Fizikal supaya usaha berterusan dapat dijalankan bagi memantau prestasi infrastruktur asas yang dihasratkan. 57. Semua usaha ini perlu dijalankan secara bersepadu dan dalam satu pasukan di bawah 1Agenda Kementerian. Setiap sektor dan bahagian perlu berusaha dengan lebih berfokus mamastikan keberhasilan dapat dicapai. bagi Bagi memantapkan usaha penyampaian Kementerian saya mencadangkan peranan Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan disusun semula agar lebih proaktif dengan menjemput pemimpin masyarakat terkemuka untuk memberi maklum 57
  58. 58. balas kepada saya, dari segi dasar dan pelaksanaan PPPM dan PSPTN selepas ini. PENUTUP 58. Sepanjang tahun ini, pelaksana inisiatif PPPM telah melalui pelbagai ranjau, onak dan duri untuk merealisasikan aspirasi pendidikan negara. sedar betapa Kita pentingnya peranan Kementerian bagi menentukan hala tuju modal insan negara pada masa depan. Tidak ada perkara yang mustahil untuk menjayakan inisiatif sekiranya kita bersatupadu untuk menjayakannya. Kejayaan ini digembeleng dengan usaha bersungguh-sungguh daripada semua pihak. Kita kini sedang menyediakan modal insan untuk masa kini dan masa hadapan, dan cabaran yang akan mereka lalui bukanlah kecil. Warga pendidik perlu sedar bahawa kerjaya yang akan mereka hadapi belum 58
  59. 59. lagi wujud pada masa ini. Teknologi yang akan mereka tempuhi tidak dapat kita bayangkan pada waktu ini. Apakah pengetahuan dan kemahiran yang perlu kita sediakan untuk mereka pada 2025 nanti? Jawapan dan langkah pelaksanaannya sudahpun kita sediakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara 2007-2020. 59. PPPM sudahpun mendapat pengiktirafan antarabangsa dan diberi penghormatan oleh pihak UNESCO untuk mengadakan pameran pada bulan November 2013. Negara-negara seperti Trinidad dan Tobago, Bhutan dan beberapa negara Timur Tengah sudahpun mencontohi usaha menyatakan kita Pembangunan Pendidikan. hasrat untuk menghasilkan Pelan Ini merupakan satu motivasi kepada kita untuk memastikan yang kita tidak boleh gagal dalam usaha transformasi ini. Kita 59
  60. 60. tidak seharusnya lalai dan leka kerana perjalanan transformasi ini masih panjang dan mencabar. Sesungguhnya, jangkamasa setahun ini hanyalah permulaan, namun ini adalah satu permulaan yang memberangsangkan kerana berkat kerjasama daripada semua warga pendidikan, kita diiktiraf di peringkat antarabangsa dan menjadi peneraju kepada Program Transformasi Perkhidmatan Awam. Saya yakin pengiktirafan yang serupa juga akan dicapai selepas kita menjajarkan PPPM bersama PSPTN yang akan memberikan gambaran yang lebih lengkap kepada aspirasi dan matlamat sistem ekosistem negara secara keseluruhan. 60. Saya amat sedar, pelbagai kritikan telah dilontarkan kepada Kementerian tentang prestasi pendidikan di Negara ini. Segala teguran, perbezaan pendapat dan cadangan ini harus kita terima dengan hati dan fikiran yang terbuka kerana 60
  61. 61. saya pasti ia terbit daripada niat dan hasrat yang ikhlas untuk Negara. meningkatkan kualiti pendidikan Saya percaya, setiap individu dalam Negara ini mahukan sistem pendidikan terbaik demi menghasilkan modal insan yang mampu menangani cabaran dan bersaing di peringkat global tetapi masih lagi berpegang teguh kepada agama, nilai dan identiti nasional. Saya amat bersyukur kerana Kementerian tidak bersendiri dalam usaha merealisasikan aspirasi PPPM ini. Sejak Majlis Dialog Nasional Pendidikan Negara diadakan, masyarakat telah menunjukkan keprihatinan yang tinggi terhadap segala usaha yang dilaksanakan oleh Kementerian. Sekali lagi izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ibu bapa dan penjaga, AJK PIBG, pemimpin masyarakat, komuniti, pertubuhan bukan kerajaan, GLC dan sektor swasta yang telah sama-sama 61
  62. 62. memberikan sumbangan yang tidak ternilai dalam menjayakan agenda bersama ini. 61. Saya juga sedar ada pihak diluar yang inginkan usaha kita tidak mencapai hasratnya atau gagal, ada yang telah menyatakan usaha ini memerlukan satu keajaiban ataupun „miracle‟ untuk dicapai, ada yang telah berpendapat agar KPM merendahkan sasaran atau target kerana tidak „realistik‟. Ataupun mungkin pihak-pihak tertentu tidak membaca dan memahami isi kandungan PPPM tersebut? Ini bukan soal kerajaan terlalu bercita-cita tinggi atau „being too ambitious‟ hendak mencapai sasaran dengan gopoh dan cepat. 62. PPPM adalah bukti bahawa kerajaan telah meletakkan aspirasi yang tertinggi dan terbaik untuk anak-anak kita tidak kira bangsa, agama, latar belakang. Anak-anak kita berhak untuk menerima 62
  63. 63. pendidikan terbaik dan ini semua kerajaan telah nyatakan dengan jelas didalam PPPM. Cara dan kaedah kearah itu sudah diteliti dan sedang dilaksanakan pada masa ini. 63. Saya percaya tidak ada yang akan berubah sehingga perubahan berlaku secara langsung didalam bilik darjah dan ini bermula dengan guruguru dan kepimpinan sekolah. Jadi saya berharap kesemua yang hadir didalam perutusan ini tidak akan pulang ke pejabat masing-masing dan berfikir/bekerja secara „biasa‟ ataupun business as usual. Ini mesti ditonjolkan disemua peringkat; Dato KSU, KSUII, Timbalan Barisan Ketua Ketua-Ketua Pengarah, SUB, Pengarah, Pengarah, Pengetua, Guru Besar dan semua pentadbir, adakah kita semua seiring dan sejiwa didalam memenuhi hasrat rakyat dan komited ke arah masa depan anak-anak kita? 63
  64. 64. 64. Tugas ini bukan lah sesuatu yang mudah – wawasan telah direncanakan, hala tuju telah diperjelaskan, tugas dan tanggungjawab telah diagihkan dan kini inisiatif perlu terus dilaksanakan. Iltizam dan komitmen warga pendidikan telah dibuktikan dan sasaran yang ditetapkan pada tahun pertama telah pun dicapai. Kita akan terus melaksanakan sasaran yang telah dimeterai dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dan Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara demi meningkatkan kecemerlangan sistem pendidikan negara. 65. Transformasi pendidikan ini adalah legasi negara yang bukan sahaja melibatkan pelajar hari ini tetapi juga seluruh anak bangsa pada masa akan datang. rintangan Marilah yang kita berikrar, bakal walau ditempuhi, 64 kita apapun perlu
  65. 65. memastikan bahawa segala perencanaan ini tidak akan gagal di pertengahan jalan. Segala cabaran dan halangan perlulah kita tangani dengan bijaksana. Saya yakin dengan iltizam yang kuat dan kerjasama semua pihak serta niat yang ikhlas, insyaAllah usaha kita akan diberkati, insyaAllah kita boleh mencapai aspirasi kita. Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah wassalam wbt dan Salam sejahtera. 65

×