Successfully reported this slideshow.

More Related Content

Related Books

Free with a 14 day trial from Scribd

See all

Related Audiobooks

Free with a 14 day trial from Scribd

See all

2.1 keusahawan

  1. 1. KEUSAHAWANAN PENgENAlAN, PErANAN, TEori KEUSAHAWANAN dAN Ciri-Ciri KEUSAHAWANAN diSEdiAKAN olEH : HAirUlNizAm biN HASSAN SmK bATU KiKir, jEmPol, NS
  2. 2. • Keusahawanan merupakan salah satu strategi dalam membangunkan sesebuah negara.Peranannya dalam menyediakan pekerjaan,meransang pencetusan inovasi dan sebagai faktor pemantap kestabilan ekonomi dan sosial sesebuah negara . PENGENALAN
  3. 3. DEFINISI KEUSAHAWANAN • Ialah pembentukan nilai menerusi keupayaan mengenalpasti idea dan peluang-peluang perniagaan, pengurusan risiko, dan menerusi penggabungan usaha pengurusan kemahiran insan untuk menggerakan sumber kemanusiaan, kewangan dan bahan untuk membolehkan sesuatu projek membuahkan hasil STPM 2001, 1c
  4. 4. MAKNA USAHAWAN MENGIKUT PERKEMBANGAN MASA. • Orang tengah antara pembekal dgn pengguna • Orang yang mengendalikan projek pengeluaran berskala besar • Orang yang menghadapi risiko untuk memperoleh kontrak kerajaan. • Orang yang memerlukan dan menggunakan modal • Orang yang berperanan sebagai pengurus • Orang yang memperkenalkan sesuatu yang baru.
  5. 5. • Usahawan  Memulakan perniagaan dan memperkembangkan perniagaan secara komersial dengan menggunakan idea- idea baru dan juga melalui inovasi perniagaan untuk mendapatkan keuntungan. • Peniaga  Juga terlibat dalam memulakan perniagaan yang kebiasaannya memasarkan barangan pada lokaliti di mana ia beroperasi untuk mendapat keuntungan. Biasanya perniagaannya adalah kecil dan tidak berkembang. Perbezaan antara peniaga dan usahawan STPM 1999, 1c
  6. 6. PERBEZAAN USAHAWAN dan PENGURUS PENGURUS USAHAWAN MOTIF Kenaikan pangkat Memperoleh wang AKTIVITI Penyeliaan kerja Penglibatan sepenuhnya RISIKO Berhati-hati sederhana STATUS Menitikberatkan Tidak menitikberatkan KEGAGALAN DAN KESILAPAN Mengelak kesilapan Berhadapan kesilapan KEPUTUSAN Bersetuju dengan pihak atasan Diri sendiri KHIDMAT KEPADA Orang lain Sendiri,pelanggan SEJARAH KELUARGA Bekerja di organisasi Perniagaan kecil, profesional PERHUBUNGAN DENGAN ORANG LAIN Hierarki hubungan Pertukaran dan urusan
  7. 7. PERANAN USAHAWAN DLM MASYARAKAT Sebagai sumber idea dalam pembaharuan Sentiasa melihat masalah yang wujud sebagai peluang idea perniagaan Melaksanakan perlaksanaan strategik bagi merealisasikan idea perniagaan Berhadapan dengan kekaburan, ketidakpastian,dan risiko kemungkinan kegagalan (A) MIKRO
  8. 8. (B)MAKRO  Mewujudkan peluang pekerjaan  Meningkatkan taraf hidup rakyat  Membangunkan industri sokongan  Mempelbagaikan barangan dipasaran dengan peningkatan teknologi  Menggunakan sumber-sumber tempatan dgn cekap  Perniagaan turun temurun yang diwarisi  Sebagai model ikutan masyarakat  Kejayaan dapat membuka minda masyarakat  Alternatif kerjaya khusus kepada remaja baru tamat pengajian  Menjadi ikutan kepada prinsip hidup dan ciri-ciri  Mengurangkan kadar pengganguran  Mengalakkan industri iks  Menambahkan pilihan barangan  Meningkatkan kemudahan infrastruktur setempat  Kesan perniagaan persekitaran-pengerak ekonomi yang sihat  Menjalankan tanggung jawab sosial STPM 2001, 2d
  9. 9. Sumbangan usahawan desa • Memajukan industri kraftangan di desa. seperti batik, anyaman • Menyediakan kemudahan infrastruktur yang serba lengkap seperti homestay/penginapan • Mempromosi barangan kraftangan dan keindahan alam semulajadi desa di pelbagai ekspo • Bekerjasama dengan agensi kerajaan dan pihak swasta lain demi memajukan desa. • Makanan tradisional seperti keropok lekor • Satu kampung satu produk • Agro pelancongan seperti kolam memancing,dusun, ladang bunga dan sayur-sayuran STPM 2003, 4d
  10. 10. RINGKASAN PEMBANGUNAN TEORI KEUSAHAWANAN • Pertengahan abad: individu yang mengendalikan projek pengeluaran yang berskala besar • Kurun ke 17: seseorang yang menanggung risiko untung @rugi akibat kontrak dengan kerajaan pada harga tetap • 1725:Richard Cantillon seseorang yang menangung risiko adalah berbeza dengan seseorang yang membekalkan modal • 1803:Jean Baptise Say pengasingan keuntungan usahawan dengan keuntungan modal • 1876:Francis Walker perbezaan antara individu yang membekalkan wang dan menerima faedah.
  11. 11. • 1934:Joseph Schumpeter usahawan ialah seseorang yang memperkenalkan sesuatu yang baru dan membangunkan teknologi yang belum pernah dicuba. • 1961:David McClelland usahawan ialah seseorang yang bertenaga dan penanggung risiko yang sederhana. • 1964:Peter Drucker usahawan yang memaksimumkan peluang-peluang • 1975:Albert Shapero usahawan yang mengambil inisiatif, mengorganisasi mekanisma sosial dan ekonomi dan menerima risiko kegagalan
  12. 12. • 1980:Karl Vesper seseorang usahawan mempunyai pandangan yang berbeza daripada seorang , ekonomi , psikologi,orang yang berniaga dan politik • 1983:Gifford Pinchot intrapreneur ialah usahawan yang sedia ada dalam sesebuah organisasi. • 1985: Robert Hirsrich Keusahawanan adalah satu proses menghasilkan sesuatu yang berbeza dan bernilai dengan menumpukan usaha dan tenaga yang diperlukan, menanggung risiko kewangan, psikologikal, sosial dan menerima ganjaran dalam bentuk kewangan dan kepuasan diri.
  13. 13. (A) Pendekatan ekonomi 1. Pendekatan ini menekankan kepada keuntungan dan kekayaan menyebabkan seseorang itu melibatkan diri dalam keusahawanan 2. Usahawan itu cuba mencari dan mendapatkan peluang untuk mendapat keuntungan 3. Pakar teori keusahawanan Joseph Schumpeter, Alfred Marshall, dan Israel Kirzner STPM 1999, 2b STPM 2001, 2c
  14. 14. Sumbangan ahli ekonomi dalam kajian keusahawanan • CATILLON:usahawan merupakan pelaku ekonomi yang penting • ISRAEL KIRZNER:usahawan peka kepada peluang keuntungan dan menjadi orang tengah antara pembekal dan pengguna. • JOSEPH A.SCHUMPETER:usahawan merupakan pencetus inovasi dan membawa perubahan kpd pmbngnn ekonomi • Alfred Marshall: Usahawan melalui proses masa iaitu berkembang dari perniagaan kecil ke perniagaan besar
  15. 15. (B) Pendekatan psikologi 1. Pendekatan ini mengkaji usahawan dari sudut ciri-ciri personaliti yang dimiliki oleh usahawan. 2. Ciri-ciri usahawan berbeza dengan orang yang bukan usahawan seperti ciri pencapaian, kawalan dalaman, risiko dan lain-lain. Usahawan mempunyai ciri yang tinggi seperti lebih berani mengambil risiko, mempunyai kawalan diri yang tinggi, bekerja kuat dan lain-lain. 3. A. Model baka- lahir dari identitinya yang tersendiri B. Teori kehendak kepada pencapaianMcClelland C. Model Psikodinamik – individu semasa kecil tertekan dan tidak mendapat kemudahan tertentu STPM 1999, 2b
  16. 16. Ciri-ciri personaliti usahawan • Keperluan kepada pencapaian oleh McClelland  Memperkenalkan konsep keperluan pencapaian yang berasaskan kepada konsep Weberian yang mana keperluan pencapaian yang lahir dari desakan motif psikologi terhasil dari gabungan antara proses pensosialan keluarga yang membentuk personaliti dan ciri- ciri peribadi yang tertentu.  Keperluan pencapaian ini akan menghasilkan keinginan atau kesungguhan dalam melakukan sesuatu dan mencapai sesuatu kejayaan dan ini akan membentuk tingkahlaku usahawan seperti sanggup mengambil risiko dan tidak mudah berputus asa.  Mempunyai kehendak yang kuat untuk menyelesaikan masalah  Meletakkan matlamat dan mencapainya  Suka menerima maklum balas  Penanggung risiko yang sederhana STPM 2004, 4b
  17. 17. • Lokus kawalan Luaran  Percaya apa yang berlaku adalah kebetulan Dalaman  Percaya bahawa mereka yang akan mengawal masa depan • Kecenderungan mengambil risiko  usaha penerokaan baru merupakan aktiviti yang berisiko tinggi  Modal pembiayaannya dikenali sebagai modal berisiko
  18. 18. (c)Pendekatan sosiologi 1. Pendekatan ini menerangkan keadaan atau situasi sosial yang mempengaruhi usahawan tersebut 2. Ia mengambil kira faktor-faktor sosial seperti budaya, role model, galakan masyarakat, pengalaman dan pendidikan, dan sebagainya dapat mempengaruhi proses keusahawanan 3. Kejayaan seseorang bergantung kepada usaha inovasinya menjalankan sesuatu tugas STPM 1999, 2b STPM 2004, 4b
  19. 19. a. Max Weber – memasukkan unsur keagamaan sebagai asas kejayaan b. Everett Hagen – Lahir dari kumpulan bawahan yang tidak berpuashati dengan kepincangan masyarakat c. Model pembangunan – usahawan lahir dari Sosial proses sosialisasi masyarakat STPM 2004, 4b
  20. 20. Dorongan kepada usahawan • Pengalihan negatif Status imigran Diberhentikan kerja Bosan,marah Krisis pertengahan umur bercerai@kematian pasangan Tiada pilihan kerjaya lain
  21. 21. • Tempoh peralihan Militari Sekolah Penjara Pusat latihan kemahiran • Acara aktiviti keusahawanan Mengambil inisiatif Membuat perancangan Penggabungan sumber Menanggung risiko
  22. 22. • Tarikan positif Daripada bakal rakan kongsi Daripada mentor Daripada pelabur Daripada pelanggan Daripada pembekal • Tolakan positif Bapa Kerjaya Pendidikan pengalaman
  23. 23. • Persepsi dorongan Budaya/nilai/sikap Keluarga Rakan sekerja/sebaya Mentor Peluang • Persepsi kebolehlaksanaan Sokongan/bantuan/demontrasi Model Mentor/rakan kongsi peluang
  24. 24. CIRI-CIRI USAHAWAN • SIFAT-SIFAT PERIBADI USAHAWAN YANG BERJAYA  Inisiatif yang tinggi o Usahawan bersikap proaktif dalam melakukan sesuatu tanpa diarah o Dia sendiri akan menyelesaikan masalah o Dia akan menentukan matlamat dan mencapai matlamat tersebut melalui usaha sendiri  Berani memikul tanggungjawab o Usahawan sentiasa membuat keputusan secara sendiri o Dengan itu dia akan bertanggungjawab atas keputusan yang dibuat apabila berlaku kegagalan  Bijak merebut peluang perniagaan o Usahawan merupakan seorang yang sensitif terhadap perubahan persekitaran o Dia mempunyai keupayaan melihat masalah sebagai peluang untuk mendapat keuntungan  Berani menanggung risiko o Usahawan menghadapi ketidaktentuan masa depan perniagaan kerana mungkin terpaksa menanggung kerugian o Namun dia menganggap risiko sebagai cabaran o Dia akan memastikan risiko adalah munasabah dengan pulangan yang dijangka STPM 2001, 2a
  25. 25. Berkeyakinan o Usahawan sentiasa yakin dengan kebolehan diri . o Dengan itu dia bersikap positif dalam segala hal perniagaannya o Sikap ini membolehkannya membuat keputusan dengan lebih tepat. Kreatif dan inovatif o Usahawan mampu melahirkan idea yang baru o Dia akan melakukan inovasi dalam perniagaannya. Belajar dari kesilapan o Usahawan tidak takut kepada kegagalan dan sanggup belajar dari kegagalan o Sekiranya berlaku kegagalan dia akan memastikan kesilapan yang sama tidak diulangi o Dia akan cuba memperbaiki kelemahan sendiri untuk mencapai kejayaan STPM 2001, 2a
  26. 26.  Keupayaan memimpin o Usahawan sentiasa menentukan matlamat yang ingin dicapai o Dia akan mengawasi dan mentadbir aktiviti perniagaan dengan baik o Selain itu dia juga akan memotivasi pekerja untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan  Berwawasan o Usahawan merupakan seorang yang sentiasa memandang kehadapan o Dia mempunyai cita-cita yang tinggi o Dia juga bersikap positif terhadap segala kemungkinan masa depan  Sanggup Berkorban o Pelaburan masa usahawan dalam perniagaan adalah tinggi o Dia melibatkan diri secara sepenuhnya dalam tugas o Dengan itu dia mungkin tidak mempunyai cuti dan terpaksa bekerja untuk jangka waktu yang panjang  Kawalan diri yang tinggi o Usahawan bertekad dalam menguruskan perniagaannya o Dia mempunyai target pencapaian tinggi yang telah ditetapkan o Dia juga tidak akan dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran  Sanggup berkerja kuat STPM 2001, 2a
  27. 27. (D)Pendekatan Islam terhadap keusahawanan • ALLAH ialah pemilik mutlak • Kekayaan di dunia ialah untuk mencari kehidupan di akhirat • Bahagian di dunia tidak boleh ditinggalkan dalam mengejar akhirat • Tetap berlaku adil sesama manusia. • Tidak boleh melakukan sebarang kerosakan
  28. 28. Aktiviti ekonomi yang dianggap ibadah • Akidah mesti betul • Niat mesti betul • Cara melakukan kerja yang sesuai dengan ajaran islam • Natijahnya betul dan membawa faedah kepada orang ramai • Tidak meninggalkan ibadah wajib yang khusus
  29. 29. Ciri-ciri Atau Peribadi Usahawan Yang Berjaya Mengikut Pandangan Islam • AL:FALAH:bermaksud kejayaan merupakan satu matlamat yang penting dan unggul skopnya merangkumi kejayaan didunia dan akhirat berdasarkan ketaatan dan pengabadian diri kepada ALLAH secara ikhlas • Ciri-cirinya ialah menjaga dari segi halal apa yang diperniagakan,jauh yang haram,jauh dari penipuan.

×