14ragbi

831 views

Published on

1 Comment
2 Likes
Statistics
Notes
  • bolehkah saya tahu apakah tajuk buku dan info penerbit buku ini?
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
No Downloads
Views
Total views
831
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
25
Comments
1
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

14ragbi

  1. 1. Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia RAGBI SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA Ragbi bermula di sebuah sekolah di Englandpada tahun 1823 di mana seorang murid bernamaWilliam Webb Ellis telah dengan secara tidak sengaja,mengutip bola yang dihantar kepadanya danmembawanya ke gol semasa permainan bolasepak. Bermula daripada kejadian yang lucudan aneh ini, ia dikatakan mula mendapatperhatian. Pada tahun 1870-an, peraturanpermainan ragbi mula diperkenalkan. Parapemain telah dikurangkan kepada lima belasorang sepasukan. Hal ini kemudian diikuti denganpenubuhan persatuan ragbi oleh England, Wales, Scotland dan Irelandiaitu pada tahun 1880. Pertandingan ragbi antarabangsa yang pertama telah diadakan padatahun 1871 iaitu di antara pasukan dari England dan Scotland. Permainan ragbi mula diperkenalkan di negara kita pada kurun ke-20 oleh orang British. Anak kapal perang British HMS Malaya, telah menghadiahkan sebuah piala pusingan untuk pertandingan ragbi di Malaysia dan piala tersebut dipertandingkan sehingga ke hari ini. 151
  2. 2. FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEPERLUAN DAN ALATAN RAGBI Bola ragbi yang berbentuk lonjong 28 - 30 cm 58 - 62 cm 100 m Padang Ragbi 69 m 22 m 5.6 m 3m Aksi Pemain Tiang Gol Ragbi152
  3. 3. Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia BAGAIMANA RAGBI DIMAINKAN Ragbi merupakan permainan yang pantas dan lasak. Perlawanan diperingkat dewasa dijalankan selama lapan puluh minit (80 minit) dengan setiapseparuh masa mengambil masa selama empat puluh minit (40 minit). Sepak muladan pemilihan tempat permainan atau bahagian mana padang akan ditentukanoleh ketua pasukan dengan melambung duit syiling. Pemain-pemain pasukanyang membuat sepak mula mestilah berada di belakang pemain yang melakukansepakan. Mereka harus berada dalam posisi yang membolehkan merekamengawal keseluruhan kawasan permaian. Para pemain pasukan lawan pula mestilah berada tidak terlalu dekatdengan pemain yang membuat sepak mula. Pastikan pasukan lawan berada dibelakang garisan sepuluh meter. Biasanya sepak mula dibuat secara tendangletak dan bola yang ditendang, mestilah mengatasi garisan sepuluh meter.Skor Terdapat dua cara skor yang asas dalam permainan ragbi iaitu ‘try’(percubaan) dan ‘goal’ (gol).‘Try’ (Percubaan) Setiap ‘try’ bernilai empat mata. ‘Try’ berlaku apabila pemain berjayamembawa bola ke kawasan gol dan meletakkan bola di atas tanah. Kawasangol ialah kawasan permainan di antara garisan gol dan garisan ‘bola mati’. Sebaik-baiknya ‘try’ hendaklah dibuat di tengah-tengah tiang gol. Keadaan ini akanmemudahkan tendangan gol yang menyusuli ‘try’ itu. Kadangkala pengadil boleh memberikan ‘try’ penalti. Keadaan ini berlakuapabila pemain daripada pasukan yang bertahan, sengaja melakukan kesalahanketika sesuatu ‘try’ hendak dibuat dan akibatnya pasukan penyerang akanmendapat ‘try’ penalti. ‘Try’ penalti dibuat di hadapan tiang gol pada kedudukan di tengah-tengahkawasan gol. Kedudukan ini memudahkan tendangan gol dibuat. Skor bagi setiaptendangan gol ialah tiga mata. 153
  4. 4. FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (ii) Gol Pasukan yang berjaya membuat ‘try’ akan diberi peluang membuat tendangan gol. Jika bola yang ditendang melepasi atas palang gol di antara dua tiang gol, dua (2) mata tambahan akan diberi. Skor tiga (3) mata juga akan diberi melalui tendangan ‘drop kick’ iaitu tendangan secara lantun dan melepasi atas palang gol iaitu di antara dua tiang gol. Posisi Pemain dan Nama Posisi 9 2 1 3 6 4 5 7 14 8 FB SH 10 RW FH 11 IC OC LW 12 LW 13 SH FH FB IC 15 OC RW Pemain Hadapan Pemain Belakang (Forwards) (Three QS/Back) 1. Hooker 9. Skrum Half (SH) 2. Prop 10. Fly Half (FH) 3. Prop 11. Inside Centre (IC) 4. Lock 12. Outside Centre (OC) 5. Lock 13. Wing 6. Planker 14. Wing 7. Planker 15. Full Back (FB) 8. Anchor Tendangan sepak mula dikira sempurna apabila bola yang ditendang melewati garisan sepuluh meter pihak lawan 10 m 10 m154
  5. 5. Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia Tendangan gol atau ‘conversion’ yang bernilai 2 mata akan diberi selepas pemain berjaya membuat ‘try’. ‘Try’ disempurnakan apabila pemain meletakkan bola dengan kemas di atas tanah di kawasan golMeletakkan bola denganmenggunakan kedua-duabelah tangan Meletakkan bola dengan sebelah tangan ke atas tanah dikira sudah memadai Semasa permainan sedang dijalankan, iaitu ketika para pemain melakukan serangan, gol boleh diberikan melalui tendangan lantun (drop kick) dengan syarat bola mestilah melepasi atas palang gol. 155
  6. 6. FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TEKNIK DAN KEMAHIRAN 1 Hantaran Bola dipegang kemas sebelum membuat hantaran Apabila membuat hantaran, ia perlu melihat sasarannya Selepas hantaran, segera berundur ke belakang 2 Tekel (Takle) Membuat tekel dari hadapan Membuat tekel dari belakang156
  7. 7. Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia Membuat tekel dari sisi3 Mengelak/Mengacah Gerakan mengelak dan mengacah yang bijak, boleh mengelirukan pemain lawan MENENDANG BOLA1 Tendangan Torpedo 157
  8. 8. FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2 Tendangan Letak untuk Tendangan Bebas atau Penalti 3 Tendangan Lantun (Drop Kick) Tendangan bola yang melantun dari tanah PERATURAN DALAM PERMAINAN RAGBI 1 Skrum Skrum dilakukan apabila seorang atau beberapa pemain melanggar sesuatu peraturan158
  9. 9. Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia 9 9 Posisi pemain ketika skrum : 6 7 1. Hooker 6. Planker (Penyerang Sayap) 2 3 4 2. Prop 7. Planker (Penyerang Sayap) 5 8 1 1 8 3. Prop 8. Anchor 5 4 4. Lock (Barisan ke-2) 9. Skrum Half 3 2 5. Lock (barisan ke-2) 6 7 2 Menghantar Bola 3Hantaran bola hanya 2boleh dilakukan samaada ke belakang atau ke 1sisi (1 & 2). Hantaran kedepan (3) adalahkesalahan asas yang tidaksepatutnya dilakukan. 3 Menendang BolaTendangan dilakukan pemainadalah untuk tujuan mara ke Tendangan harus dilakukankawasan lawan. Bola yang jika terdapat masalah di pihakditendang mestilah masuk ke lawan seperti padang dankawasan permainan supaya bola licin atau gangguanhantaran seterusnya dapat pancaran matahari yangdilakukan, bukan tendangan terus menyebabkan bola susahke kawasan gol. ditangkap dengan kemas. 4 Menyangga Lantunan Bola (Knock On) Apabila pemain menjatuhkan bola yang ditangkap atau yang sedang dibawa atau menepis bola ke hadapan, ia adalah menjadi satu kesalahan. Oleh itu skrum akan dibuat pada tempat kejadian tersebut. Jika tidak, permainan akan diteruskan seperti biasa. 159
  10. 10. FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 5 Tekel Tekel pada paha pemain Tekel pada kaki pemain Tekel dibenarkan hanya pada bahagian Tekel pada badan pergelangan kaki, paha, pinggang dan badan. pemain Tekel sesekali tidak boleh dilakukan pada leher atau kepala. Jika pemain melakukan tekel sebegini, dia boleh dibuang padang. 6 Ofsaid Ofsaid diertikan apabila pemain berada lebih hampir pada gol lawan berbanding rakan sepasukan pemain yang memegang bola. 7 Berbaris (Line Out) Bola atau pemain yang membawa bola menyentuh garisan tepi atau terkeluar dari kawasan permainan – dianggap bola keluar. Keadaan ini memerlukan para pemain berbaris (line out) untuk meneruskan permainan.160
  11. 11. Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia Secara lazimnya, berbaris (line out) melibatkan pemain- pemain penyerang (forward) dan hooker pula akan melontar bola masuk. CADANGAN LATIHAN DAN KEMAHIRAN 1 Latihan Hantaran/MenerimaLatihan Hantaran Secara Berpasangan Latihan hantaran berpasangan – diulang dari kiri ke kanan dan sebaliknya Latihan hantaran menuju ke sasaran sama ada secara statik, berlari atau berjalan 161
  12. 12. FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Latihan Hantaran Secara Berkumpulan Para pemain berbaris sejauh 3 meter jaraknya. Mulakan hantaran ke arah kiri. Sebaik sahaja hantaran dibuat, pemain yang menghantar bola akan berlari ke belakang barisan untuk menerima hantaran bola daripada pemain kelima. Latihan ini dilakukan secara bergilir-gilir oleh pemain-pemain berikutnya dan dibuat secara berulang-ulang beberapa kali. 2 Latihan Kemahiran Mengelak/Mengacah Latihan dibuat dengan menggunakan kayu pancang. Pemain berlari dengan mengelak kayu pancang. Langkah kaki hendaklah dikawal agar tidak mudah hilang imbangan diri. Latihan ini kemudian ditukar dengan larian sambil membawa bola.162
  13. 13. Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia1 23 4 Turutan pergerakan bagi aksi mengacah dengan bola untuk mengelirukan pemain lawan 163
  14. 14. FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 3 Latihan Tekel Latihan tekel pada kaki, pinggang dan badan. Ingat! Tekel pada leher dan kepala adalah dilarang sama sekali. 4 Latihan Menendang Rajah untuk panduan latihan tendang dan sambut bola Latihan tendang dan menyambut bola164

×