SlideShare a Scribd company logo
Jeune Experte co.

PERKHIDMATAN SOKONGAN BAGI EKSPATRIAT
BARU.
Disediakan Oleh;
JEUNE EXPERTE Co.
DECEMBER 2012

JEUNE EXPERTE
Co.
December 2012

PROFIL SYARIKAT
KETERANGAN
NAMA SYARIKAT
Jeune Experte Co.

EKSEKUTIF UTAMA
Floris Laping
Jeffica Jaihon
Mullis Bin Mursalam
Rasnie Binti Permin
Sabiti Binti Atam

TARIKH PENUBUHAN
4 November 2008

Jeune Experte Co. merupakan syarikat pengurusan bebas
bertauliah yang membantu organisasi meningkatkan prestasi
mereka terutamanya melalui analisis masalah organisasi yang
sedia ada dan rancangan pembangunan untuk penambahbaikan.
Jeune Experte Co. mempunyai pengalaman bekerja dengan
pelbagai perniagaan dan dalam semua peringkat pertumbuhan
syarikat. Jeune Experte Co. juga mempunyai pengalaman dengan
isu-isu pemulihan perniagaan.

VISI
Kami akan menjadi pemimpin yang berkualiti dalam pembangunan
masyarakat dengan capaian global dengan memberi khidmat
kepada klien yang bercita-cita tinggi, penjanaan pengetahuan
global untuk pasaran tempatan.

MISI
Kami menyampaikan perundingan pengurusan di dimana politik,
teknologi, sistem dan perniagaan individu digabungkan dalam
perubahan yang mampan untuk rakyat dan masyarakat.
Mewujudkan hubungan meluas, komuniti pembelajaran yang
membolehkan penguasaan dalam perundingan pengurusan dalam
rangkaian perunding bebas.

MATLAMAT MASA DEPAN
•

Untuk memudahkan projek penyumberan

•

Untuk memaksimumkan asas rangkaian pengetahuan melalui
proses pengurusan pengetahuan

• Untuk

bekerjasama

dengan

organisasi/struktur

untuk

meningkatkan penawaran rangkaian perkhidmatan
•

Untuk meneroka lebih banyak peluang-peluang antarabangsa

FALSAFAH
Mencipta dan mengkaji secara berterusan.
Jeune Experte Corp.

i
PEMILIKAN SYARIKAT
Jeune Experte Co. adalah syarikat perkongsian persendirian yang
diasaskan dan dimiliki oleh Jeune Experte Co. ini sendiri.
PERKHIDMATAN
Jeune Experte Co. akan menyediakan perundingan untuk bidang
perkhidmatan berikut:
1. Pengurusan sumber manusia.
2. Pengurusan organisasi.
3. Pembangunan profesional.
4. Hubungan Pekerja.
5. Hubungan Buruh.
6. Manfaat dan pampasan.
7. Dasar dan prosedur HR.
8. Pencarian eksekutif.
9. Gangguan seksual.
10. Klasifikasi kedudukan.
11. Sistem pengurusan kakitangan.
12. Penilaian prestasi.
13. Kepelbagaian.
Struktur harga akan sama ada menjadi kadar sejam atau yuran per
projek. Pilihan ini akan diselesaikan dalam rundingan dengan
pelanggan. Pada amnya, Jeune Experte Co. bersedia untuk menjadi
lebih fleksibel.

ii
EKSEKUTIF UTAMA JEUNE EXPERTE Co.

JEFFICA JAIHON

FLORIS LAPING

RASNIE BINTI PERMIN

SABITI BINTI ATAM

MULLIS BIN MURSALAM

iii
Rekabentuk Sokongan Luar untuk Hotel Brunt
LATAR BELAKANG HOTEL BRUNT
Hotel Brunt adalah rangkaian hotel terbesar di UK.
Terdapat 60 buah hotel di seluruh UK, termasuk 20 di
London. Hasil organisasi pada tahun lepas melebihi
$440 million. Pada masa ini, mereka mempunyai
pekerja lebih daripada 7000 orang.
Baru-baru ini Hotel Brunt telah memperolehi rantaian
hotel kecil yang beribu pejabat di Perancis.

Ketua

Eksekutif Hotel Brunt memutuskan bahawa separuh
dari hotel baru di Perancis akan dikekalkan dan
dijenamakan semula sebagai sebahagian daripada
Hotel Brunt dan separuh lagi akan dijual. Organisasi
telah memutuskan untuk melaksanakan pendekatan
etnosentrik yang mana mereka menghantar beberapa

Hotel Brunt

pengurus mereka yang sedia ada yang berpangkalan
di UK ke Perancis untuk membuat pertukaran hotel
baru dan kemudian menguruskan hotel tersebut
apabila dibuka semula.
Sebilangan besar pegawai Hotel Brunt berkata mereka
ingin berpeluang untuk bekerja di luar negara. Tiada
pekerja dalam organisasi ini yang boleh berbahasa
Perancis. Mereka akan memberikan masa selama 4
minggu

untuk

penjenamaan

semula

hotel

dan

kemudian hotel baru mesti sedia untuk dibuka. Mereka
menjangkakan sebilangan besar kakitangan baru
untuk direkrut ke dalam hotel yang baru di Perancis
kerana 70% daripada pekerja telah keluar dan
menyertai organisasi baru. Mereka akan memerlukan
pengurus

Suite Room

mereka

untuk

menjadi

fleksibel

dan

bergerak antara negara yang berlainan jika sebarang
masalah timbul.

JEUNE EXPERTE CO.

iv
December 2012

KANDUNGAN

MUKA
SURAT

Profil Syarikat
Latar Belakang Hotel Brunt
Eksekutif Utama
Isi Kandungan
Abstrak
Pengenalan
Perkhidmatan Sokongan Ekspatriat

i
ii-iii
iv
v
vi
1
2-8

Perkhidmatan Sokongan Dalam
Organisasi
Perkidmatan Sokongan Untuk Ekspatriat

2-3

Swot Analisis
Anggaran Kewangan
Rumusan
Lampiran
Rujukan

4-8

9-10
11
12
13
14

“ Create and study continuously”
Jeune Experte
Co.
v
Abstrak

Jeune Experte Co. (JEC) Adalah syarikat perundingan sumber manusia yang terletak di
Avenue de Hambourg, Marseille. JEC mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang HR
termasuk merekabentuk pelbagai program dan pelan bagi syarikat-syarikat bertaraf MNC.
JEC turut menyediakan khidmat perancangan dan merekabentuk pelan-pelan syarikat
seperti rekabentuk program atau modul untuk Latihan dan Pembangunan, khidmat
rundingan bagi syarikat baru ataupun subsidiari.
JEC dalam Blueprint ini akan memberikan rekabentuk sokongan luar (external service)
bagi ekspatriat baru yang bakal berkhidmat di Hotel Brunt. Di sini JEC menyediakan
perincian berserta dengan justifikasi berkenaan dengan perkhidmatan sokongan kepada
ekspatriat baru tersebut. JEC juga akan memberikan analisis yang jelas tentang
pengesyoran ini agar lembaga tertinggi Hotel Brunt dapat menilai keperluan dan kebaikan
serta kepentingan perkhidmatan kami dalam pembangunan Hotel Brunt di negara ini.
Setiap perkhidmatan sokongan yang disyorkan adalah berdasarkan penyelidikan JEC
terhadap beberapa organisasi yang menjalankan operasi syarikat yang sama seperti Hotel
Brunt dan MNC yang telah lama bertapak di Perancis. JEC telah turut menjalankan kajian
melalui internet dan membuat perbandingan terhadap banyak organisasi terutamanya
industri perhotelan dan JEC menyarankan bahawa perkhidmatan yang direkabentuk ini
adalah yang terbaik setelah mempertimbangkan dan meneliti pelbagai peluang dan risiko
perniagaan.

vi
vii
PENGENALAN

Ekspatriat adalah pekerja dalam sesebuah syarikat dihantar ke luar negara yang berbeza
dengan tanah air mereka dari segi budaya, gaya berkerja, sikap dan cara hidup semata-mata
untuk menjalankan tugasan tertentu dalam tempoh tertentu.
Ekspatriat baru yang tidak mempunyai pengalaman melakukan tugasan antarabangsa
akan menghadapi beberapa masalah di awal tugas mereka berbanding dengan pekerja
tempatan yang tidak berhadapan dengan keadaan silang budaya. Bagi mengelakkan
ketidakselesaan mereka dan memastikan agar mereka bertahan dengan organisasi asal, Jeune
Experte telah mencadangkan beberapa perkhidmatan sokongan kepada golongan pekerja ini.
Perkhidmatan sokongan adalah satu kaedah pemberian perkhidmatan di luar dari
lingkungan pakej pampasan. Perkhidmatan sokongan ini boleh juga dikatakan sebagai bonus
kepada pakej pampasan yang biasa diterima oleh pekerja tempatan. Hal ini kerana, ekspatriat
akan bekerja di luar lingkungan budaya asal yang mana segalanya adalah baru seperti tempat
tinggal, tempat kerja, suasana persekitaran dan sebagainya. Walaupun ekspatriat telah
diberikan pre-departure training, namun pengetahuan visual ekspatriat tidak akan dapat
diaplikasikan secara langsung kerana latihan yang diterima di negara sendiri adalah berbeza
apabila berada secara nyata dalam negara tamu. Jika ekspatriat gagal beradaptasi dengan
situasi baru ini, kegagalan ekspatriat akan berlaku. Kegagalan ekspatriat akan menyebabkan
tugasan mereka di negara tamu gagal dan sebagai kesan langsung, organisasi juga akan
mengalami kerugian. Oleh itu, bagi mencapai sasaran organisasi beberapa perkhidmatan
sokongan telah digariskan yang mampu membantu organisasi mengekalkan sumber manusia
pakar.

1
PERKHIDMATAN SOKONGAN UNTUK EKSPATRIAT

Keperluan Ekspatriat Dalam Organisasi
1. Kemudahan Telekomunikasi
Masalah jarak diantara negara tamu dengan negara sendiri telah menyulitkan ekpatriat

dan

keluarga untuk menghubungi kaum keluarga dan rakan-rakan di negara sendiri. Oleh itu syarikat
akan menyediakan kemudahan telekomunikasi seperti telefon, internet, e-mail dan sebagainya
secara percuma untuk memudahkan ekpatriat dapat menghubungi keluarga dan rakan-rakan di
negara asal. Selain itu, kemudahan telekomunikasi ini boleh digunakan oleh ekpatriat dalam
memudahkan urusan pekerjaannya di sesebuah organisasi. Di mana pada masa kini, kemudahan
teknologi semakin penting dalam mengembangkan prestasi organisasi. Dengan adanya
perkhidmatan ini, maka ini memudahkan lagi tugas ekpatriat sebagai contoh hanya menggunakan
e-mail untuk memberi maklumat kepada pekerja dalam organisasi atau di luar organisasi. Melalui
kemudahan telekomunikasi, ekpatriat akan mudah melayari laman web yang berkaitan denga
Negara Perancis untuk orientasi budaya. Di samping itu, ekapatriat dapat mengetahui
perkembangan Negara asal dari masa ke semasa hanya menggunakan perkhidmatan laman
sesawang.

2. Insuran
Syarikat akan menyediakan insuran kepada ekpatriat dan keluarga. Insuran
adalah sejenis alat kewangan yang boleh membeli untuk melindungi
ekpatriat

daripada

sebarang

kemalangan.

Ini

bermaksud

ia

dapat

memberikan perlindungan sekiranya sesuatu yang tidak baik terjadi kepada
ekpatriat dan ahli keluarga. Di mana insuran ini penting untuk kegunaan
apabila mengalami sebarang musibah atau bencana semasa berada di luar
Negara dan melindungi ekpatriat daripada sebarang risiko yang tidak
dijangka.

Insuran seperti insurans keselamatan, insurans perjalanan,

insurans kemalangan, insurans kesihatan dan sebagainya boleh dituntut
bukan sahaja oleh ekpatriat tetapi juga kepada keluarga. Insuran juga
adalah sebagai jaminan masa hadapan bagi ekpatriat dan juga satu cara
untuk

menabung.

Sekiranya

ekpatriat

mengalami

musibah

menjalankan pekerjaan, maka warisnya boleh mendapat pampasan.

2

ketika
3. Hari Keluarga
Hari keluarga merupakan satu majlis di masa semua
kakitangan

pengurusan

dan

pekerja

dalam

organisasi

dikumpulkan dalam Bagi menjalinkan hubungan silaturrahim
antara pekerja-pekerja dan majikan dalam organisasi, hari
keluarga akan diadakan sekali setiap tahun. Di mana hari
keluarga ini merupakan salah satu cara menyatukan dan
meningkatkan kerjasama antara semua kakitangan pihak
pengurusan dan pekerja dalam organisasi. Ia juga merupakan
ruang untuk saling mengenali dan mengeratkan silaturrahim
antara majikan dan sesama pekerja. Melalui hari keluarga ini
juga akan mewujudkan komunikasi berkesan antara majikan
dan pekerja. Selain itu, pekerja akan lebih cenderung untuk
berkongsi pendapat, budaya dan sebagainya.

4. Penghargaan Pekerja
Penghargaan ini akan diberikan kepada pekerja yang mempunyai potensi yang tinggi dalam
organisasi. Penghargaan ini bertujuan untuk memotivasikan pekerja supaya lebih gigih dan
meningkatkan produktiviti kerja kearah kecemerlangan. Bagi ekpatriat, penghargaan yang
diberikan oleh organisasi Negara tamu adalah penting kerana apabila ekpatriat tersebut kembali ke
Negara asal, ia menjadi satu kebanggaan kepada syarikat induk kerana mempunyai pekerja yang
cemerlang. Dengan adanya penghargaan yang diberikan, maka ekpatriat akan lebih merasa kerja
yang dilaksanakan oleh mereka dihargai dan diberi pengiktirafan.

5. Pengurusan Visa
Pengurusan visa ekspatriat akan diuruskan oleh organisasi. Ekspatriat tidak akan mengalami
masalah keluar masuk negara ketika melakukan tugasan antarabangsa terutamanya ketika
diarahkan untuk menghadiri mesyuarat antara subsidiari di negara induk atau sebaliknya.

3
Keperluan Kendiri Ekspatriat
1. Khidmat Perunding/Kaunselor
Bagi

memastikan

kehidupan

ekspatriat

yang

terjamin

khususnya keluarga ekspatriat yang turut serta mengikut ke
negara tamu, syarikat induk akan menyediakan satu khidmat
kauselor.
kehidupan

Perkhidmatan
keluarga

ini

berfungsi

ekspatriat

dan

untuk

meninjau

memberi

khidmat

kaunselor untuk menyelasaikan masalah yang dihadapi
khususnya oleh keluarga ekspatriat semasa di negara tamu.
Hal ini membolehkan keluarga ekspatriat seperti suami, isteri
dan anak-anak meluahkan perasaan, dan masalah yang
dihadapi.

2. Bantuan bahasa
Sebelum ekspatriat yang dihantar ke luar Negara, mereka
perlu mengetahui serba sedikit tentang bahasa pengantar di
Negara

tamu.

Hal

ini

memudahkan

ekspatriat

dapat

berkomunikasi dengan masyarakat bagi mengelakkan berlaku
sebarang penipuan. Walaupun ekspatriat diberi latihan
bahasa

sebelum

di

hantar

ke

Negara

tamu

namun

perkhidmatan bantuan bahasa ini disediakan untuk ekspatriat
dan

keluarganya.

Ekspatriat

mahupun

keluarga

perlu

memahami bahasa yang digunakan di negara tamu
supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Syarikat akan menyediakan
kelas dan guru bahasa untuk mengajar anak-anak ekpatriat di mana mereka akan disekolahkan di
sekolah antarabangsa bagi persediaan anak-anak ekspatriat menghadapi suasana sekolah baru.
Apabila ekspatriat boleh berbahasa di Negara tamu, maka ini memudahkan mereka berinteraksi
dengan masyarakat dan dapat mengenali budaya Negara tamu melalui komunikasi.

4
3. Yuran Pendidikan anak-anak ekspatriat
Salah satu masalah yang dihadapi oleh ekpatriat apabila berada di luar
negara adalah disebabkan oleh keluarga khususnya terhadap anakanak. Masalah keluarga yang dihadapi juga menjadi punca kegagalan
ekpatriat. Oleh itu, ekpatriat yang membawa keluarganya bersama ke
luar negara harus diberi perkhidmatan mengenai pendidikan dan
persekolahan anak-anak ekpatriat. Di mana menyediakan sekolah
antarabangsa dan membiayai yuran pendidikan. Melalui perkhidmatan
ini, pihak syarikat akan membantu pekerja ekspatriat untuk menanggung
segala pembiayaan pada awal permulaan persekolahan sahaja. Hal ini
adalah

bertujuan

untuk

mengurangkan

beban

ekspatriat

untuk

menanggung perbelanjaan khususnya pada hari pertama bertugas di
luar Negara. Hal ini juga demikian untuk meningkatkan tahap motivasi
pekerja untuk menyesuaikan diri di tempat yang baru. Apabila hal-ehwal
anak-anak dititikberatkan khususnya pada hari pertama mengunjungi
Negara baru, pekerja akan merasa terjamin dan selesa apabila bertugas
kelak.

4. Panduan pendidikan anak-anak
Panduan pendidikan akan diberikan bagi memastikan ekspatriat dapat menyekolahkan anak-anak
di pusat pendidikan yang bersesuaian dan mempunyai kriteria-kriteria yang diperlukan. Terdapat
beberapa sekolah yang dikenal pasti bersesuaian khususnya bagi pelajar antarabangsa. Sekolah
antarabangsa amat sesuai bagi pendidikan anak-anak ekspatriat. Hal ini kerana pusat pendidikan
antarabangsa menawarkan pendidikan dalam bahasa Inggeris, kurang sekatan untuk pelajar luar
dan khusus bagi pelajar luar negara. Antara sekolah antarabangsa yang sesuai untuk dijadikan
sebagai pusat pendidikan anak-anak termasuklah International School of Paris, dan Ermitage
Interbational school of Francel.

5
5. Kelab Komuniti Sosial (Club Membership)
Persatuan atau kelab merupakan satu perkhidmatan sokongan yang disediakan khas untuk
ekspatriat bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran tempat kerja dan tempat tinggal yang
baru. Menerusi kelab komuniti ini, ekspatriat dapat meluangkan masa bersama dengan
komuniti pekerja-pekerja yang lain dalam melakukkan aktiviti sosial yang dapat mengurangkan
jurang perhubungan antara pekerja. Selain daripada itu, aspek utama yang diketengahkan
menerusi kelab komuniti sosial ini ialah untuk mewujudkan satu suasana yang dapat
menyesuaikan ekspatriat dengan persekitaran di negara subsidiari iaitu negara Perancis.
Ekspatriat boleh menganggotai kelab komuniti ini bagi menjalin interaksi sosial sejagat
menerusi aktiviti-aktiviti yang akan disusun berdasarkan kesesuaian. Keahlian kelab adalah
meliputi beberapa kelab yang boleh digunakan ekspariat apabila berada di negara tamu. Dalam
hal ini ekspatriat boleh mejadi ahli kelab gim, kelab golf, dan kelab persatuan ibu-ibu, dan kelab
ekspatriat. Ini membolehkan ekspatriat dapat menjalankan aktiviti sosial dengan berinteraksi,
berkomunikasi antara satu sama lain.
6.

Home

Leave

Passage

sekali

setahun

untuk

sekeluarga
Tiket penerbangan percuma diberikan kepada ekspatriat bagi
membolehkan mereka

berpeluang pulang ke negara asal

semasa melakukan tugasan antarabangsa di Perancis.
Kembali ke tempat asal dalam tempoh cuti yang telah
diberikan dapat meningkatkan semula sistem penilaian
prestasi ekspatriat yang efektif.

Hal ini kerana banyak

perkara perlu diambil kira terutamanya dari segi persekitaran,
budaya, sosial dan politik tempat ekspatriat ditugaskan
semasa penilaian prestasi dilakukan. Peluang untuk bercuti
dan pulang ke negara asal dalam satu
tempoh yang pendek menerusi tiket penerbangan percuma untuk sekeluarga dapat mengurangkan
tekanan dan pengaruh persekitaran di negara tamu (Parent Country). Selain itu, sekiranya ekpatriat
mempunyai sebarang masalah yang mengkehendaki ekpatriat untuk pulang ke Negara asal, maka
penerbangan pergi dan balik akan ditangung oleh syarikat. Hal ini boleh menarik minat ekspatriat untuk
terus bekerja dalam organisasi kerana kebajikannya dijamin oleh pihak syarikat.

6
7. Kemudahan Kesihatan
Kemudahan kesihatan merupakan aspek yang sangat penting dalam
memastikan ekpatriat mempunyai jaminan kesihatan yang baik.
Memandangkan ekpatriat yang baru sahaja bekerja di negara tamu
dan masih belum menyesuaikan diri dengan iklim cuaca
untuk mempunyai masalah kesihatan.

berisiko

Kemudahan kesihatan yang

disediakan oleh organisasi akan memudahkan ekpatriat menjalani
pemeriksaan kesihatan. International SOS merupakan salah satu
perkhidmatan yang memberikan perkhidmatan pemindahan kecemasa
dan bantuan seluruh dunia yang beroperasi 24 jam bagi ekpatriat.
Ekspatriat boleh berhubung dengan seorang doktor yang berbahasa
Inggeris 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan pengiriman preskripsi
perubatan. Selain itu, ekspatriat boleh merujuk khidmat

sekiranya

memerlukan rujukan kepada doktor atau doktor gigi walaupun hanya
untuk hal kecil dan jika mengalami kecederaan yang serius, SOS juga
akan menyediakan perkhidmatan untuk pemindahan atau pemulangan
ekspatriat. Segala pembiayaan perubatan akan ditanggung oleh
organisasi.

8. Pakej Pelancongan
Bagi eskpatriat yang baru pertama kali dihantar bekerja di luar
negara sudah pasti akan merasa asing. Syarikat akan menyediakan
perkhidmatan pakej pelancongan percuma untuk diberikan kepada
ekspatriat

dan

keluarga

bagi

membolehkan

mereka

dapat

mengunjungi dan melihat dengan lebih meluas lagi mengenai
persekitaraan di negara Perancis. Dalam hal ini, pekerja juga dapat
mengadaptasikan diri dengan lebih selesa semasa melancong dan
cuba untuk mengenali dengan lebih mendalam sosiobudaya
masyarakat dan mengetahui tempat-tempat yang menyediakan
makanan halal di Perancis. Keadaan ini membolehkan ekspatriat
menyesuaikan diri dan sekaligus memperlihatkan kepada mereka
situasi kehidupan masyarakat, cara bekerja, dan sebagainya.

7
9. Perkhidmatan media mengenai perkembangan negara
asal
Sumber mengenai perkembangan di negara asal khususnya
mengenai perkembangan di syarikat induk adalah sangat terhad di
negara

asal.

Penyediaan

perkhidmatan

media

mengenai

perkembangan yang akan disediakan untuk ekspatriat dan juga
anggota keluarga berupaya untuk memberi informasi terbaru
berkenaan negara dan syarikat

induk. Hal ini juga dapat

mengelakkan berlakunya kejutan budaya apabila kembali dari
tugasan antarabangsa. Antara perkhidmatan media yang dibekalkan
kepada ekspatriat termasuklah majalah, risalah, dan video.

8
ANALISIS S.W.O.T

Faktor Dalaman
Kekuatan
1. Dapat mengelakkan kegagalan ekspatriat berlaku
Kegagalan ekspatriat akan menyebabkan tugasan mereka gagal dan sebagai kesan langsung,
organisasi turut mengalami kerugian. Oleh itu, bantuan perkhidmatan sokongan dapat membantu
ekspatriat sekeluarga bagi menyesuaikan diri dengan pekerjaan di tempat baharu. Bantuan
perkhidmatan sokongan ini termasuklah pengurusan visa, insurans, telekomunikasi, dan
sebagainya.
2. Membantu kehidupan ekspatriat sekeluarga di Negara tamu.
Perkhidmatan sokongan yang diberikan mampu untuk membantu kehidupan ekspatriat di Negara
tamu. Perkhidmatan sokongan yang ditawarkan ini terdiri daripada keperluan ekspatriat dalam
organisasi (kemudahan telekomunikasi, insurans, Hari Keluarga dan penghargaan kepada
pekerja) serta keperluan kendiri ekspatriat (khidmat perunding atau kaunselor, pembayaran
yuran anak ekspatriat, panduan pendidikan anak-anak, kelab komuniti sosial, home leave
passage, kemudahan kesihatan, pakej pelancongan percuma, perkhidmatan media, dan bantuan
bahasa).

Kekurangan
1. Memerlukan penggunaan kos yang banyak
Bagi menjaga kehidupan ekspatriat dalam organisasi, syarikat multinasional mestilah
menyediakan perkhidmatan sokongan yang baik kepada ekspatriat. Oleh itu, syarikat terpaksa
melaburkan wang yang banyak demi kepentingan kehidupan ekspatriat tersebut.
2. Memerlukan penelitian yang lebih mendalam
Jika seseorang ekspatriat yang sudah berkeluarga ingin berhijrah ke tempat baharu, sudah
pastinya dia akan membawa ahli keluarganya. Oleh itu, syarikat multinasional yang terlibat
haruslah membuat penelitian mendalam terhadap keluarga ekspatriat seperti pertukaran
pekerjaan bagi isteri atau suami seseorang ekspatriat yang terlibat.

9
Faktor Luaran
Peluang
Jika perkhidmatan sokongan yang dicadangkan oleh Jeune Experte Co ini berjalan lancar,
maka peluang kerjaya syarikat ini sebagai pengurusan bebas (independent management)
akan dapat diperluaskan. Oleh itu, bidang pekerjaan syarikat Jeune Experte Co akan menjadi
lebih maju.

Ancaman
Antara halangan atau risiko luaran yang mungkin dihadapi adalah seperti sistem politik dan
nilai mata wang yang tidak stabil, masalah nilai, budaya dan juga sosial. Masalah -masalah ini
akan membawa kesan kepada syarikat multinasional dan juga ekspatriat.

10
ANGGARAN KEWANGAN

BIL

PER

PER
TAHUN

1. Telefon

350

429.93

2. Internet

217.38

267.02

3. iPhone

1

EURO (€)

TAHUN

.

POUND (£)

485

595.76

30,000

36,851.23

5000

6,141.87

15,000

18,425.70

2050

2518.18

10,000

12,283.80

567.20

696.74

950

1166.96

3,000

3685.14

20,000

24,567.60

700

859.87

15,000

18,425.70

230.50

283.14

73580.38

127198.64

PERKHIDMATAN/PROGRAM SOKONGAN
Organisasi
•

Kemudahan teknologi

•
•

Family Day

•
2

Insurans

Award

Ekspatriat
•

Bantuan Bahasa

•

Yuran pendidikan anak-anak kemasukan
pertama

•

Panduan Pendidikan

•

Kelab/persatuan

•

Tiket pergi balik

•

Pakej pelancongan

•

Khidmat kaunseling

•

Kesihatan



•

Perubatan
Pergigian

Perkhidmatan Media
JUMLAH

11
RUMUSAN

Dapat dirumuskan bahawa perkhidmatan sokongan (External Support) adalah sangat penting
dalam memastikan ekspatriat melaksanakan pekerjaannya dengan jayanya. Perkhidmatan ini
sangat penting khususnya bagi golongan ekspatriat yang mempunyai keluarga dan juga anakanak yang masih bersekolah. Kegagalan ekspatriat dalam tugasan antarabangsa boleh
disebabkan oleh faktor keluarga selain daripada cabaran persaingan global yang berlaku pada
masa kini. Namun demikian adanya perkhidmatan sokongan, ianya dapat membantu ekspatriat
untuk menyelasaikan cabaran yang dihadapi oleh keluarga khususnya semasa berada di
negara subsidiari.
Keluarga ekspatriat merupakan faktor penting bagi memastikan kejayaan ekspatriat.
Penentuan sama ada bakal ekspatriat akan berjaya atau pun tidak adalah dikaitkan dengan
keluarga ekspatriat. Oleh itu, pihak syarikat haruslah mengambil berat mengenai program atau
perkhidmatan sokongan yang bersesuaian dengan keperluan keluarga ekspatriat semasa di
negara tamu. Selain itu, cabaran persaingan global yang berlaku pada masa kini juga dikaitkan
dengan keluarga. Hal ini kerana terdapat pandangan dan penilaian keluarga ekspatriat yang
mengalami kebimbangan terhadap keadaan sosiopolitik yang berlaku di sesebuah negara.
Kekhuatiran boleh menjejaskan tugasan antarabangsa yang akan dipikul oelh ekspatriat kelak.
Dalam hal ini, pihak syarikat haruslah mengambil kira semua aspek dalam menentukan
perkhidmatan sokongan yang bersesuaian dan diperlukan oleh ekspatriat dan juga anggota
keluarga.

12
LAMPIRAN

Resort x

Bank x

1.Alat telekomunikasi-

1.Yuran Pendidikan

Telefon Bimbit, dan Ipad dibekalkan

-Pembiayaan yuran kemasukan anak

kepada ekspatriat

pada awal kemasukan sahaja

2.Hari Keluaraga

2.Elaun pendidikan untuk anak-anak
-Peruntukan elaun buku khas untuk anakanak ekspatriat.

3.Penganugerahan Pekerja

3.Pembiayaan Tiket penerbangan

-Diadakan pada Setiap Tahun

-tiket penerbangan pulan dan balik

4.Notice Board mengenai ekspatriat

disediakan
4.Pengurusan visa

Bertujuan untuk memaklumkan pekerja lain
mengenai perkhidmatan abru ekspatriat
5.Informasi mengenai ekspatriat baru

5.Ganjaran kepada anak-anak ekspatriat

melalui kiriman email kepada pekerja-

yang cemerlang dalam pelajaran

pekerja
6.Makanan
-Makanan disediakan bagi pekerja
menerusi cafeteria resort
7. Servis pencucian (Laundry Service)
9.Air-Port Pickup (Hari Pertama)

13
RUJUKAN

Aggi Kiraly & Viviane Domon. July 2010. Negotiating an Expatriate Compensation
Package The Importance Of Communication And Transparency. Mercer Webcast:
Geneva.
Ab. Aziz. 2000. Pembangunan Ekspatriat Dalam Konteks Pengurusan Sumber Manusia
Antarabangsa. Sintok: Unversiti Malaya.
Barbara F. Schaetti and Sheila J. Ramsey. May, 1999. The Expatriate Family: Practicing
Practical
Leadership.
Diakses
pada
12
Disember
2012
dalam
http://www.transition- dynamics.com/expatfamily.html
Breakdown Of Proposed Estimated Cost (Plus Fee) And Labor Hours. 2004. Diakses
pada 15 Disember 2012 dalam http://oamp.od.nih.gov/contractopportunity/
rfps/BUSCOST.HTM
Business Plan: Mobile Cord. T.t. Diakses pada 14 Disember
http://www.scribd.com/doc/244716/sample-business-proposal

2012

dalam

Helga D. Svala. T.t. Human Resources Consulting Business Plan. Diakses pada 14
Disember 2012 dalam http://www.bplans.com/human_resources_consulting_busi
ness_plan/company_summary_fc.php#.UMoGRoOdfzs
Human Resource Business Plan 2009/2010. 2009. Diakses pada 14 Disember 2012
dalam http://www.portsmouth.gov.uk/media/HR_Final.pdf
Human Resource Service: SWOT Analysis Example. T.t. diakses pada 07 Disember
2012 dalam http://www.cps.ca.gov/workforceplanning/documents/SampleCompl
eted SWOTAnalysis.pdf
Live With A Family In France and Teach Them English. 2001. Diakses pada 17 Disember
2012 dalam http://www.goabroad.com/providers
/geo
visions/programs/livewith-a-family-infrance-and- teach-them-english-45933
Perkhidmatan kesihatan. T.t. Diakses pada 17 Disember dalam www.internationalsos.
com/buymembership

JEUNE EXPERTE Co.

Avenue de Hambourg, Marseille| ph 088.521.235 | fx 088.521.236
www.Jeuneexpertegroup.com| JEgroup@JeuneExperte.com.

14

More Related Content

Similar to Jeune experte Co. " External Supports for Expatriates" The Blueprint.

Profil ILTU owned by PASSION BEAUTY TRAINING COMPANY
Profil ILTU owned by PASSION BEAUTY TRAINING COMPANYProfil ILTU owned by PASSION BEAUTY TRAINING COMPANY
Profil ILTU owned by PASSION BEAUTY TRAINING COMPANY
INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL USAHAWAN (ILTU)
 
Tvi mengubah kemiskinan dalam waktu dekat
Tvi mengubah kemiskinan dalam waktu dekatTvi mengubah kemiskinan dalam waktu dekat
Tvi mengubah kemiskinan dalam waktu dekat
deodatus
 
Tvi mengubah kemiskinan dalam waktu dekat
Tvi mengubah kemiskinan dalam waktu dekatTvi mengubah kemiskinan dalam waktu dekat
Tvi mengubah kemiskinan dalam waktu dekat
deodatus
 
Mengelola agen perjalanan
Mengelola agen perjalananMengelola agen perjalanan
Mengelola agen perjalanan
Agrifina Nathania
 
Proposal pt-duta-international
Proposal pt-duta-internationalProposal pt-duta-international
Proposal pt-duta-internationalSitek No
 
TVI EXPRESS KNOWLEDGE
TVI EXPRESS KNOWLEDGETVI EXPRESS KNOWLEDGE
TVI EXPRESS KNOWLEDGEnanoex
 
Global CINTURY INT Asia World
Global CINTURY INT Asia WorldGlobal CINTURY INT Asia World
Global CINTURY INT Asia World
bisnis terbaru
 
Masa depannet
Masa depannetMasa depannet
Masa depannet
catnuxer
 
Slide presentasi dbs juni2010
Slide presentasi dbs juni2010Slide presentasi dbs juni2010
Slide presentasi dbs juni2010shinri555
 
Slide presentasi dbs juni2010
Slide presentasi dbs juni2010Slide presentasi dbs juni2010
Slide presentasi dbs juni2010shinri555
 
usaha, rahayu, hapzi ali, proposal rencana bisnis, universitas mercu buana, 2018
usaha, rahayu, hapzi ali, proposal rencana bisnis, universitas mercu buana, 2018usaha, rahayu, hapzi ali, proposal rencana bisnis, universitas mercu buana, 2018
usaha, rahayu, hapzi ali, proposal rencana bisnis, universitas mercu buana, 2018
Rahayu Kikan
 
Langkah – langkah Meresmikan Agen Perjalanan Wisata Chapter 2
Langkah – langkah Meresmikan Agen Perjalanan Wisata Chapter 2Langkah – langkah Meresmikan Agen Perjalanan Wisata Chapter 2
Langkah – langkah Meresmikan Agen Perjalanan Wisata Chapter 2
Auliana Riztianti
 
TVIEXPRESS VERSI INDONESIA
TVIEXPRESS VERSI INDONESIATVIEXPRESS VERSI INDONESIA
TVIEXPRESS VERSI INDONESIA
Russanto
 
Business Plan Ponti Mation | UAS Teknopreneur
Business Plan Ponti Mation | UAS TeknopreneurBusiness Plan Ponti Mation | UAS Teknopreneur
Business Plan Ponti Mation | UAS Teknopreneur
Javra Ketoprak
 
Fiks global human resource management
Fiks global human resource managementFiks global human resource management
Fiks global human resource management
rahulfirmansah
 
Presentasi iba skk
Presentasi iba skkPresentasi iba skk
Presentasi iba skk
Asep Yanto
 
Inova Travel
Inova Travel Inova Travel
Inova Travel
Dian Anto
 
Tviexpress2010
Tviexpress2010Tviexpress2010

Similar to Jeune experte Co. " External Supports for Expatriates" The Blueprint. (20)

Profil ILTU owned by PASSION BEAUTY TRAINING COMPANY
Profil ILTU owned by PASSION BEAUTY TRAINING COMPANYProfil ILTU owned by PASSION BEAUTY TRAINING COMPANY
Profil ILTU owned by PASSION BEAUTY TRAINING COMPANY
 
Tvi mengubah kemiskinan dalam waktu dekat
Tvi mengubah kemiskinan dalam waktu dekatTvi mengubah kemiskinan dalam waktu dekat
Tvi mengubah kemiskinan dalam waktu dekat
 
Tvi mengubah kemiskinan dalam waktu dekat
Tvi mengubah kemiskinan dalam waktu dekatTvi mengubah kemiskinan dalam waktu dekat
Tvi mengubah kemiskinan dalam waktu dekat
 
Action plann 2
Action plann 2Action plann 2
Action plann 2
 
Mengelola agen perjalanan
Mengelola agen perjalananMengelola agen perjalanan
Mengelola agen perjalanan
 
Proposal pt-duta-international
Proposal pt-duta-internationalProposal pt-duta-international
Proposal pt-duta-international
 
TVI EXPRESS KNOWLEDGE
TVI EXPRESS KNOWLEDGETVI EXPRESS KNOWLEDGE
TVI EXPRESS KNOWLEDGE
 
Global CINTURY INT Asia World
Global CINTURY INT Asia WorldGlobal CINTURY INT Asia World
Global CINTURY INT Asia World
 
Masa depannet
Masa depannetMasa depannet
Masa depannet
 
Slide presentasi dbs juni2010
Slide presentasi dbs juni2010Slide presentasi dbs juni2010
Slide presentasi dbs juni2010
 
Slide presentasi dbs juni2010
Slide presentasi dbs juni2010Slide presentasi dbs juni2010
Slide presentasi dbs juni2010
 
usaha, rahayu, hapzi ali, proposal rencana bisnis, universitas mercu buana, 2018
usaha, rahayu, hapzi ali, proposal rencana bisnis, universitas mercu buana, 2018usaha, rahayu, hapzi ali, proposal rencana bisnis, universitas mercu buana, 2018
usaha, rahayu, hapzi ali, proposal rencana bisnis, universitas mercu buana, 2018
 
Langkah – langkah Meresmikan Agen Perjalanan Wisata Chapter 2
Langkah – langkah Meresmikan Agen Perjalanan Wisata Chapter 2Langkah – langkah Meresmikan Agen Perjalanan Wisata Chapter 2
Langkah – langkah Meresmikan Agen Perjalanan Wisata Chapter 2
 
TVIEXPRESS VERSI INDONESIA
TVIEXPRESS VERSI INDONESIATVIEXPRESS VERSI INDONESIA
TVIEXPRESS VERSI INDONESIA
 
Business Plan Ponti Mation | UAS Teknopreneur
Business Plan Ponti Mation | UAS TeknopreneurBusiness Plan Ponti Mation | UAS Teknopreneur
Business Plan Ponti Mation | UAS Teknopreneur
 
Fiks global human resource management
Fiks global human resource managementFiks global human resource management
Fiks global human resource management
 
Warnet
WarnetWarnet
Warnet
 
Presentasi iba skk
Presentasi iba skkPresentasi iba skk
Presentasi iba skk
 
Inova Travel
Inova Travel Inova Travel
Inova Travel
 
Tviexpress2010
Tviexpress2010Tviexpress2010
Tviexpress2010
 

Recently uploaded

PRESENTASI PROGRAM KERJA TATA USAHA SMP.pptx
PRESENTASI PROGRAM KERJA TATA USAHA SMP.pptxPRESENTASI PROGRAM KERJA TATA USAHA SMP.pptx
PRESENTASI PROGRAM KERJA TATA USAHA SMP.pptx
Hasbullah66
 
Alur tujuan pembelajaran bahasa inggris kelas x fase e
Alur tujuan pembelajaran bahasa inggris kelas x fase eAlur tujuan pembelajaran bahasa inggris kelas x fase e
Alur tujuan pembelajaran bahasa inggris kelas x fase e
MsElisazmar
 
Koneksi Antar Materi modul 2.1.pptx Johan martha
Koneksi Antar Materi modul 2.1.pptx Johan marthaKoneksi Antar Materi modul 2.1.pptx Johan martha
Koneksi Antar Materi modul 2.1.pptx Johan martha
johan199969
 
Selamat "Hari Raya_Idul Adha 1445H / 2024H".
Selamat "Hari Raya_Idul Adha 1445H / 2024H".Selamat "Hari Raya_Idul Adha 1445H / 2024H".
Selamat "Hari Raya_Idul Adha 1445H / 2024H".
Kanaidi ken
 
1. Sosialisasi_Serdos_2024_PSD_PTU dan Peserta.pdf
1. Sosialisasi_Serdos_2024_PSD_PTU dan Peserta.pdf1. Sosialisasi_Serdos_2024_PSD_PTU dan Peserta.pdf
1. Sosialisasi_Serdos_2024_PSD_PTU dan Peserta.pdf
denny404455
 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 5 Fase C Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
PELAKSANAAN (13-14 Juni'24) + Link2 Materi BimTek _"PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (P...
PELAKSANAAN (13-14 Juni'24) + Link2 Materi BimTek _"PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (P...PELAKSANAAN (13-14 Juni'24) + Link2 Materi BimTek _"PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (P...
PELAKSANAAN (13-14 Juni'24) + Link2 Materi BimTek _"PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (P...
Kanaidi ken
 
PEMBELAJARAN BERDIFERENSIASI kelas. pptx
PEMBELAJARAN BERDIFERENSIASI kelas. pptxPEMBELAJARAN BERDIFERENSIASI kelas. pptx
PEMBELAJARAN BERDIFERENSIASI kelas. pptx
dwiwahyuningsih74
 
PPT KRITERIA KENAIKAN KELAS & KELULUSAN.pptx
PPT KRITERIA KENAIKAN KELAS & KELULUSAN.pptxPPT KRITERIA KENAIKAN KELAS & KELULUSAN.pptx
PPT KRITERIA KENAIKAN KELAS & KELULUSAN.pptx
SriKuntjoro1
 
Demonstrasi Konseptual Modul 2.1 - RPP Berdiferensiasi.pdf
Demonstrasi Konseptual Modul 2.1 - RPP Berdiferensiasi.pdfDemonstrasi Konseptual Modul 2.1 - RPP Berdiferensiasi.pdf
Demonstrasi Konseptual Modul 2.1 - RPP Berdiferensiasi.pdf
d2spdpnd9185
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi WORKSHOP Nasional _"Penerapan Regulasi Terbaru P...
PELAKSANAAN + Link2 Materi WORKSHOP Nasional _"Penerapan  Regulasi  Terbaru P...PELAKSANAAN + Link2 Materi WORKSHOP Nasional _"Penerapan  Regulasi  Terbaru P...
PELAKSANAAN + Link2 Materi WORKSHOP Nasional _"Penerapan Regulasi Terbaru P...
Kanaidi ken
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 10 Fase E Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
Tugas 3.1_BAB II_Kelompok 2 Tahap Inquiry .pdf
Tugas 3.1_BAB II_Kelompok 2 Tahap Inquiry .pdfTugas 3.1_BAB II_Kelompok 2 Tahap Inquiry .pdf
Tugas 3.1_BAB II_Kelompok 2 Tahap Inquiry .pdf
SafaAgrita1
 
Aksi Nyata Buku Non Teks Bermutu Dan Manfaatnya .pdf
Aksi Nyata Buku Non Teks Bermutu Dan Manfaatnya .pdfAksi Nyata Buku Non Teks Bermutu Dan Manfaatnya .pdf
Aksi Nyata Buku Non Teks Bermutu Dan Manfaatnya .pdf
DenysErlanders
 
Materi Geografi Kelas 11 Mitigasi Bencana
Materi Geografi Kelas 11 Mitigasi BencanaMateri Geografi Kelas 11 Mitigasi Bencana
Materi Geografi Kelas 11 Mitigasi Bencana
AyuniDwiLestari
 
Aksi Nyata Modul 1.1. Pendidikan Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1. Pendidikan Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1. Pendidikan Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1. Pendidikan Guru Penggerak
TitisNindiasariAnggr
 
CP dan ATP bahasa indonesia fase B kelas 12.pdf
CP dan ATP bahasa indonesia fase B kelas 12.pdfCP dan ATP bahasa indonesia fase B kelas 12.pdf
CP dan ATP bahasa indonesia fase B kelas 12.pdf
andimagfirahwati1
 
UNIT 3 PB 1 MODUL AJAR PPKn KELAS 5 - modulguruku.com.docx
UNIT 3 PB 1 MODUL AJAR PPKn KELAS 5 - modulguruku.com.docxUNIT 3 PB 1 MODUL AJAR PPKn KELAS 5 - modulguruku.com.docx
UNIT 3 PB 1 MODUL AJAR PPKn KELAS 5 - modulguruku.com.docx
nengenok23
 
Integrasi Isu Prioritas dalam Capaian Pembelajaran
Integrasi Isu Prioritas dalam Capaian PembelajaranIntegrasi Isu Prioritas dalam Capaian Pembelajaran
Integrasi Isu Prioritas dalam Capaian Pembelajaran
walidumar
 
(Fase B ) - Gaya Hidup Berkelanjutan (P5).docx
(Fase B ) - Gaya Hidup Berkelanjutan (P5).docx(Fase B ) - Gaya Hidup Berkelanjutan (P5).docx
(Fase B ) - Gaya Hidup Berkelanjutan (P5).docx
BAHTIARMUHAMAD
 

Recently uploaded (20)

PRESENTASI PROGRAM KERJA TATA USAHA SMP.pptx
PRESENTASI PROGRAM KERJA TATA USAHA SMP.pptxPRESENTASI PROGRAM KERJA TATA USAHA SMP.pptx
PRESENTASI PROGRAM KERJA TATA USAHA SMP.pptx
 
Alur tujuan pembelajaran bahasa inggris kelas x fase e
Alur tujuan pembelajaran bahasa inggris kelas x fase eAlur tujuan pembelajaran bahasa inggris kelas x fase e
Alur tujuan pembelajaran bahasa inggris kelas x fase e
 
Koneksi Antar Materi modul 2.1.pptx Johan martha
Koneksi Antar Materi modul 2.1.pptx Johan marthaKoneksi Antar Materi modul 2.1.pptx Johan martha
Koneksi Antar Materi modul 2.1.pptx Johan martha
 
Selamat "Hari Raya_Idul Adha 1445H / 2024H".
Selamat "Hari Raya_Idul Adha 1445H / 2024H".Selamat "Hari Raya_Idul Adha 1445H / 2024H".
Selamat "Hari Raya_Idul Adha 1445H / 2024H".
 
1. Sosialisasi_Serdos_2024_PSD_PTU dan Peserta.pdf
1. Sosialisasi_Serdos_2024_PSD_PTU dan Peserta.pdf1. Sosialisasi_Serdos_2024_PSD_PTU dan Peserta.pdf
1. Sosialisasi_Serdos_2024_PSD_PTU dan Peserta.pdf
 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 5 Fase C Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
 
PELAKSANAAN (13-14 Juni'24) + Link2 Materi BimTek _"PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (P...
PELAKSANAAN (13-14 Juni'24) + Link2 Materi BimTek _"PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (P...PELAKSANAAN (13-14 Juni'24) + Link2 Materi BimTek _"PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (P...
PELAKSANAAN (13-14 Juni'24) + Link2 Materi BimTek _"PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (P...
 
PEMBELAJARAN BERDIFERENSIASI kelas. pptx
PEMBELAJARAN BERDIFERENSIASI kelas. pptxPEMBELAJARAN BERDIFERENSIASI kelas. pptx
PEMBELAJARAN BERDIFERENSIASI kelas. pptx
 
PPT KRITERIA KENAIKAN KELAS & KELULUSAN.pptx
PPT KRITERIA KENAIKAN KELAS & KELULUSAN.pptxPPT KRITERIA KENAIKAN KELAS & KELULUSAN.pptx
PPT KRITERIA KENAIKAN KELAS & KELULUSAN.pptx
 
Demonstrasi Konseptual Modul 2.1 - RPP Berdiferensiasi.pdf
Demonstrasi Konseptual Modul 2.1 - RPP Berdiferensiasi.pdfDemonstrasi Konseptual Modul 2.1 - RPP Berdiferensiasi.pdf
Demonstrasi Konseptual Modul 2.1 - RPP Berdiferensiasi.pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi WORKSHOP Nasional _"Penerapan Regulasi Terbaru P...
PELAKSANAAN + Link2 Materi WORKSHOP Nasional _"Penerapan  Regulasi  Terbaru P...PELAKSANAAN + Link2 Materi WORKSHOP Nasional _"Penerapan  Regulasi  Terbaru P...
PELAKSANAAN + Link2 Materi WORKSHOP Nasional _"Penerapan Regulasi Terbaru P...
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 10 Fase E Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
 
Tugas 3.1_BAB II_Kelompok 2 Tahap Inquiry .pdf
Tugas 3.1_BAB II_Kelompok 2 Tahap Inquiry .pdfTugas 3.1_BAB II_Kelompok 2 Tahap Inquiry .pdf
Tugas 3.1_BAB II_Kelompok 2 Tahap Inquiry .pdf
 
Aksi Nyata Buku Non Teks Bermutu Dan Manfaatnya .pdf
Aksi Nyata Buku Non Teks Bermutu Dan Manfaatnya .pdfAksi Nyata Buku Non Teks Bermutu Dan Manfaatnya .pdf
Aksi Nyata Buku Non Teks Bermutu Dan Manfaatnya .pdf
 
Materi Geografi Kelas 11 Mitigasi Bencana
Materi Geografi Kelas 11 Mitigasi BencanaMateri Geografi Kelas 11 Mitigasi Bencana
Materi Geografi Kelas 11 Mitigasi Bencana
 
Aksi Nyata Modul 1.1. Pendidikan Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1. Pendidikan Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1. Pendidikan Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1. Pendidikan Guru Penggerak
 
CP dan ATP bahasa indonesia fase B kelas 12.pdf
CP dan ATP bahasa indonesia fase B kelas 12.pdfCP dan ATP bahasa indonesia fase B kelas 12.pdf
CP dan ATP bahasa indonesia fase B kelas 12.pdf
 
UNIT 3 PB 1 MODUL AJAR PPKn KELAS 5 - modulguruku.com.docx
UNIT 3 PB 1 MODUL AJAR PPKn KELAS 5 - modulguruku.com.docxUNIT 3 PB 1 MODUL AJAR PPKn KELAS 5 - modulguruku.com.docx
UNIT 3 PB 1 MODUL AJAR PPKn KELAS 5 - modulguruku.com.docx
 
Integrasi Isu Prioritas dalam Capaian Pembelajaran
Integrasi Isu Prioritas dalam Capaian PembelajaranIntegrasi Isu Prioritas dalam Capaian Pembelajaran
Integrasi Isu Prioritas dalam Capaian Pembelajaran
 
(Fase B ) - Gaya Hidup Berkelanjutan (P5).docx
(Fase B ) - Gaya Hidup Berkelanjutan (P5).docx(Fase B ) - Gaya Hidup Berkelanjutan (P5).docx
(Fase B ) - Gaya Hidup Berkelanjutan (P5).docx
 

Jeune experte Co. " External Supports for Expatriates" The Blueprint.

  • 1. Jeune Experte co. PERKHIDMATAN SOKONGAN BAGI EKSPATRIAT BARU. Disediakan Oleh; JEUNE EXPERTE Co. DECEMBER 2012 JEUNE EXPERTE Co.
  • 2. December 2012 PROFIL SYARIKAT KETERANGAN NAMA SYARIKAT Jeune Experte Co. EKSEKUTIF UTAMA Floris Laping Jeffica Jaihon Mullis Bin Mursalam Rasnie Binti Permin Sabiti Binti Atam TARIKH PENUBUHAN 4 November 2008 Jeune Experte Co. merupakan syarikat pengurusan bebas bertauliah yang membantu organisasi meningkatkan prestasi mereka terutamanya melalui analisis masalah organisasi yang sedia ada dan rancangan pembangunan untuk penambahbaikan. Jeune Experte Co. mempunyai pengalaman bekerja dengan pelbagai perniagaan dan dalam semua peringkat pertumbuhan syarikat. Jeune Experte Co. juga mempunyai pengalaman dengan isu-isu pemulihan perniagaan. VISI Kami akan menjadi pemimpin yang berkualiti dalam pembangunan masyarakat dengan capaian global dengan memberi khidmat kepada klien yang bercita-cita tinggi, penjanaan pengetahuan global untuk pasaran tempatan. MISI Kami menyampaikan perundingan pengurusan di dimana politik, teknologi, sistem dan perniagaan individu digabungkan dalam perubahan yang mampan untuk rakyat dan masyarakat. Mewujudkan hubungan meluas, komuniti pembelajaran yang membolehkan penguasaan dalam perundingan pengurusan dalam rangkaian perunding bebas. MATLAMAT MASA DEPAN • Untuk memudahkan projek penyumberan • Untuk memaksimumkan asas rangkaian pengetahuan melalui proses pengurusan pengetahuan • Untuk bekerjasama dengan organisasi/struktur untuk meningkatkan penawaran rangkaian perkhidmatan • Untuk meneroka lebih banyak peluang-peluang antarabangsa FALSAFAH Mencipta dan mengkaji secara berterusan. Jeune Experte Corp. i
  • 3. PEMILIKAN SYARIKAT Jeune Experte Co. adalah syarikat perkongsian persendirian yang diasaskan dan dimiliki oleh Jeune Experte Co. ini sendiri. PERKHIDMATAN Jeune Experte Co. akan menyediakan perundingan untuk bidang perkhidmatan berikut: 1. Pengurusan sumber manusia. 2. Pengurusan organisasi. 3. Pembangunan profesional. 4. Hubungan Pekerja. 5. Hubungan Buruh. 6. Manfaat dan pampasan. 7. Dasar dan prosedur HR. 8. Pencarian eksekutif. 9. Gangguan seksual. 10. Klasifikasi kedudukan. 11. Sistem pengurusan kakitangan. 12. Penilaian prestasi. 13. Kepelbagaian. Struktur harga akan sama ada menjadi kadar sejam atau yuran per projek. Pilihan ini akan diselesaikan dalam rundingan dengan pelanggan. Pada amnya, Jeune Experte Co. bersedia untuk menjadi lebih fleksibel. ii
  • 4. EKSEKUTIF UTAMA JEUNE EXPERTE Co. JEFFICA JAIHON FLORIS LAPING RASNIE BINTI PERMIN SABITI BINTI ATAM MULLIS BIN MURSALAM iii
  • 5. Rekabentuk Sokongan Luar untuk Hotel Brunt LATAR BELAKANG HOTEL BRUNT Hotel Brunt adalah rangkaian hotel terbesar di UK. Terdapat 60 buah hotel di seluruh UK, termasuk 20 di London. Hasil organisasi pada tahun lepas melebihi $440 million. Pada masa ini, mereka mempunyai pekerja lebih daripada 7000 orang. Baru-baru ini Hotel Brunt telah memperolehi rantaian hotel kecil yang beribu pejabat di Perancis. Ketua Eksekutif Hotel Brunt memutuskan bahawa separuh dari hotel baru di Perancis akan dikekalkan dan dijenamakan semula sebagai sebahagian daripada Hotel Brunt dan separuh lagi akan dijual. Organisasi telah memutuskan untuk melaksanakan pendekatan etnosentrik yang mana mereka menghantar beberapa Hotel Brunt pengurus mereka yang sedia ada yang berpangkalan di UK ke Perancis untuk membuat pertukaran hotel baru dan kemudian menguruskan hotel tersebut apabila dibuka semula. Sebilangan besar pegawai Hotel Brunt berkata mereka ingin berpeluang untuk bekerja di luar negara. Tiada pekerja dalam organisasi ini yang boleh berbahasa Perancis. Mereka akan memberikan masa selama 4 minggu untuk penjenamaan semula hotel dan kemudian hotel baru mesti sedia untuk dibuka. Mereka menjangkakan sebilangan besar kakitangan baru untuk direkrut ke dalam hotel yang baru di Perancis kerana 70% daripada pekerja telah keluar dan menyertai organisasi baru. Mereka akan memerlukan pengurus Suite Room mereka untuk menjadi fleksibel dan bergerak antara negara yang berlainan jika sebarang masalah timbul. JEUNE EXPERTE CO. iv
  • 6. December 2012 KANDUNGAN MUKA SURAT Profil Syarikat Latar Belakang Hotel Brunt Eksekutif Utama Isi Kandungan Abstrak Pengenalan Perkhidmatan Sokongan Ekspatriat i ii-iii iv v vi 1 2-8 Perkhidmatan Sokongan Dalam Organisasi Perkidmatan Sokongan Untuk Ekspatriat 2-3 Swot Analisis Anggaran Kewangan Rumusan Lampiran Rujukan 4-8 9-10 11 12 13 14 “ Create and study continuously” Jeune Experte Co. v
  • 7. Abstrak Jeune Experte Co. (JEC) Adalah syarikat perundingan sumber manusia yang terletak di Avenue de Hambourg, Marseille. JEC mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang HR termasuk merekabentuk pelbagai program dan pelan bagi syarikat-syarikat bertaraf MNC. JEC turut menyediakan khidmat perancangan dan merekabentuk pelan-pelan syarikat seperti rekabentuk program atau modul untuk Latihan dan Pembangunan, khidmat rundingan bagi syarikat baru ataupun subsidiari. JEC dalam Blueprint ini akan memberikan rekabentuk sokongan luar (external service) bagi ekspatriat baru yang bakal berkhidmat di Hotel Brunt. Di sini JEC menyediakan perincian berserta dengan justifikasi berkenaan dengan perkhidmatan sokongan kepada ekspatriat baru tersebut. JEC juga akan memberikan analisis yang jelas tentang pengesyoran ini agar lembaga tertinggi Hotel Brunt dapat menilai keperluan dan kebaikan serta kepentingan perkhidmatan kami dalam pembangunan Hotel Brunt di negara ini. Setiap perkhidmatan sokongan yang disyorkan adalah berdasarkan penyelidikan JEC terhadap beberapa organisasi yang menjalankan operasi syarikat yang sama seperti Hotel Brunt dan MNC yang telah lama bertapak di Perancis. JEC telah turut menjalankan kajian melalui internet dan membuat perbandingan terhadap banyak organisasi terutamanya industri perhotelan dan JEC menyarankan bahawa perkhidmatan yang direkabentuk ini adalah yang terbaik setelah mempertimbangkan dan meneliti pelbagai peluang dan risiko perniagaan. vi
  • 8. vii
  • 9. PENGENALAN Ekspatriat adalah pekerja dalam sesebuah syarikat dihantar ke luar negara yang berbeza dengan tanah air mereka dari segi budaya, gaya berkerja, sikap dan cara hidup semata-mata untuk menjalankan tugasan tertentu dalam tempoh tertentu. Ekspatriat baru yang tidak mempunyai pengalaman melakukan tugasan antarabangsa akan menghadapi beberapa masalah di awal tugas mereka berbanding dengan pekerja tempatan yang tidak berhadapan dengan keadaan silang budaya. Bagi mengelakkan ketidakselesaan mereka dan memastikan agar mereka bertahan dengan organisasi asal, Jeune Experte telah mencadangkan beberapa perkhidmatan sokongan kepada golongan pekerja ini. Perkhidmatan sokongan adalah satu kaedah pemberian perkhidmatan di luar dari lingkungan pakej pampasan. Perkhidmatan sokongan ini boleh juga dikatakan sebagai bonus kepada pakej pampasan yang biasa diterima oleh pekerja tempatan. Hal ini kerana, ekspatriat akan bekerja di luar lingkungan budaya asal yang mana segalanya adalah baru seperti tempat tinggal, tempat kerja, suasana persekitaran dan sebagainya. Walaupun ekspatriat telah diberikan pre-departure training, namun pengetahuan visual ekspatriat tidak akan dapat diaplikasikan secara langsung kerana latihan yang diterima di negara sendiri adalah berbeza apabila berada secara nyata dalam negara tamu. Jika ekspatriat gagal beradaptasi dengan situasi baru ini, kegagalan ekspatriat akan berlaku. Kegagalan ekspatriat akan menyebabkan tugasan mereka di negara tamu gagal dan sebagai kesan langsung, organisasi juga akan mengalami kerugian. Oleh itu, bagi mencapai sasaran organisasi beberapa perkhidmatan sokongan telah digariskan yang mampu membantu organisasi mengekalkan sumber manusia pakar. 1
  • 10. PERKHIDMATAN SOKONGAN UNTUK EKSPATRIAT Keperluan Ekspatriat Dalam Organisasi 1. Kemudahan Telekomunikasi Masalah jarak diantara negara tamu dengan negara sendiri telah menyulitkan ekpatriat dan keluarga untuk menghubungi kaum keluarga dan rakan-rakan di negara sendiri. Oleh itu syarikat akan menyediakan kemudahan telekomunikasi seperti telefon, internet, e-mail dan sebagainya secara percuma untuk memudahkan ekpatriat dapat menghubungi keluarga dan rakan-rakan di negara asal. Selain itu, kemudahan telekomunikasi ini boleh digunakan oleh ekpatriat dalam memudahkan urusan pekerjaannya di sesebuah organisasi. Di mana pada masa kini, kemudahan teknologi semakin penting dalam mengembangkan prestasi organisasi. Dengan adanya perkhidmatan ini, maka ini memudahkan lagi tugas ekpatriat sebagai contoh hanya menggunakan e-mail untuk memberi maklumat kepada pekerja dalam organisasi atau di luar organisasi. Melalui kemudahan telekomunikasi, ekpatriat akan mudah melayari laman web yang berkaitan denga Negara Perancis untuk orientasi budaya. Di samping itu, ekapatriat dapat mengetahui perkembangan Negara asal dari masa ke semasa hanya menggunakan perkhidmatan laman sesawang. 2. Insuran Syarikat akan menyediakan insuran kepada ekpatriat dan keluarga. Insuran adalah sejenis alat kewangan yang boleh membeli untuk melindungi ekpatriat daripada sebarang kemalangan. Ini bermaksud ia dapat memberikan perlindungan sekiranya sesuatu yang tidak baik terjadi kepada ekpatriat dan ahli keluarga. Di mana insuran ini penting untuk kegunaan apabila mengalami sebarang musibah atau bencana semasa berada di luar Negara dan melindungi ekpatriat daripada sebarang risiko yang tidak dijangka. Insuran seperti insurans keselamatan, insurans perjalanan, insurans kemalangan, insurans kesihatan dan sebagainya boleh dituntut bukan sahaja oleh ekpatriat tetapi juga kepada keluarga. Insuran juga adalah sebagai jaminan masa hadapan bagi ekpatriat dan juga satu cara untuk menabung. Sekiranya ekpatriat mengalami musibah menjalankan pekerjaan, maka warisnya boleh mendapat pampasan. 2 ketika
  • 11. 3. Hari Keluarga Hari keluarga merupakan satu majlis di masa semua kakitangan pengurusan dan pekerja dalam organisasi dikumpulkan dalam Bagi menjalinkan hubungan silaturrahim antara pekerja-pekerja dan majikan dalam organisasi, hari keluarga akan diadakan sekali setiap tahun. Di mana hari keluarga ini merupakan salah satu cara menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua kakitangan pihak pengurusan dan pekerja dalam organisasi. Ia juga merupakan ruang untuk saling mengenali dan mengeratkan silaturrahim antara majikan dan sesama pekerja. Melalui hari keluarga ini juga akan mewujudkan komunikasi berkesan antara majikan dan pekerja. Selain itu, pekerja akan lebih cenderung untuk berkongsi pendapat, budaya dan sebagainya. 4. Penghargaan Pekerja Penghargaan ini akan diberikan kepada pekerja yang mempunyai potensi yang tinggi dalam organisasi. Penghargaan ini bertujuan untuk memotivasikan pekerja supaya lebih gigih dan meningkatkan produktiviti kerja kearah kecemerlangan. Bagi ekpatriat, penghargaan yang diberikan oleh organisasi Negara tamu adalah penting kerana apabila ekpatriat tersebut kembali ke Negara asal, ia menjadi satu kebanggaan kepada syarikat induk kerana mempunyai pekerja yang cemerlang. Dengan adanya penghargaan yang diberikan, maka ekpatriat akan lebih merasa kerja yang dilaksanakan oleh mereka dihargai dan diberi pengiktirafan. 5. Pengurusan Visa Pengurusan visa ekspatriat akan diuruskan oleh organisasi. Ekspatriat tidak akan mengalami masalah keluar masuk negara ketika melakukan tugasan antarabangsa terutamanya ketika diarahkan untuk menghadiri mesyuarat antara subsidiari di negara induk atau sebaliknya. 3
  • 12. Keperluan Kendiri Ekspatriat 1. Khidmat Perunding/Kaunselor Bagi memastikan kehidupan ekspatriat yang terjamin khususnya keluarga ekspatriat yang turut serta mengikut ke negara tamu, syarikat induk akan menyediakan satu khidmat kauselor. kehidupan Perkhidmatan keluarga ini berfungsi ekspatriat dan untuk meninjau memberi khidmat kaunselor untuk menyelasaikan masalah yang dihadapi khususnya oleh keluarga ekspatriat semasa di negara tamu. Hal ini membolehkan keluarga ekspatriat seperti suami, isteri dan anak-anak meluahkan perasaan, dan masalah yang dihadapi. 2. Bantuan bahasa Sebelum ekspatriat yang dihantar ke luar Negara, mereka perlu mengetahui serba sedikit tentang bahasa pengantar di Negara tamu. Hal ini memudahkan ekspatriat dapat berkomunikasi dengan masyarakat bagi mengelakkan berlaku sebarang penipuan. Walaupun ekspatriat diberi latihan bahasa sebelum di hantar ke Negara tamu namun perkhidmatan bantuan bahasa ini disediakan untuk ekspatriat dan keluarganya. Ekspatriat mahupun keluarga perlu memahami bahasa yang digunakan di negara tamu supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Syarikat akan menyediakan kelas dan guru bahasa untuk mengajar anak-anak ekpatriat di mana mereka akan disekolahkan di sekolah antarabangsa bagi persediaan anak-anak ekspatriat menghadapi suasana sekolah baru. Apabila ekspatriat boleh berbahasa di Negara tamu, maka ini memudahkan mereka berinteraksi dengan masyarakat dan dapat mengenali budaya Negara tamu melalui komunikasi. 4
  • 13. 3. Yuran Pendidikan anak-anak ekspatriat Salah satu masalah yang dihadapi oleh ekpatriat apabila berada di luar negara adalah disebabkan oleh keluarga khususnya terhadap anakanak. Masalah keluarga yang dihadapi juga menjadi punca kegagalan ekpatriat. Oleh itu, ekpatriat yang membawa keluarganya bersama ke luar negara harus diberi perkhidmatan mengenai pendidikan dan persekolahan anak-anak ekpatriat. Di mana menyediakan sekolah antarabangsa dan membiayai yuran pendidikan. Melalui perkhidmatan ini, pihak syarikat akan membantu pekerja ekspatriat untuk menanggung segala pembiayaan pada awal permulaan persekolahan sahaja. Hal ini adalah bertujuan untuk mengurangkan beban ekspatriat untuk menanggung perbelanjaan khususnya pada hari pertama bertugas di luar Negara. Hal ini juga demikian untuk meningkatkan tahap motivasi pekerja untuk menyesuaikan diri di tempat yang baru. Apabila hal-ehwal anak-anak dititikberatkan khususnya pada hari pertama mengunjungi Negara baru, pekerja akan merasa terjamin dan selesa apabila bertugas kelak. 4. Panduan pendidikan anak-anak Panduan pendidikan akan diberikan bagi memastikan ekspatriat dapat menyekolahkan anak-anak di pusat pendidikan yang bersesuaian dan mempunyai kriteria-kriteria yang diperlukan. Terdapat beberapa sekolah yang dikenal pasti bersesuaian khususnya bagi pelajar antarabangsa. Sekolah antarabangsa amat sesuai bagi pendidikan anak-anak ekspatriat. Hal ini kerana pusat pendidikan antarabangsa menawarkan pendidikan dalam bahasa Inggeris, kurang sekatan untuk pelajar luar dan khusus bagi pelajar luar negara. Antara sekolah antarabangsa yang sesuai untuk dijadikan sebagai pusat pendidikan anak-anak termasuklah International School of Paris, dan Ermitage Interbational school of Francel. 5
  • 14. 5. Kelab Komuniti Sosial (Club Membership) Persatuan atau kelab merupakan satu perkhidmatan sokongan yang disediakan khas untuk ekspatriat bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran tempat kerja dan tempat tinggal yang baru. Menerusi kelab komuniti ini, ekspatriat dapat meluangkan masa bersama dengan komuniti pekerja-pekerja yang lain dalam melakukkan aktiviti sosial yang dapat mengurangkan jurang perhubungan antara pekerja. Selain daripada itu, aspek utama yang diketengahkan menerusi kelab komuniti sosial ini ialah untuk mewujudkan satu suasana yang dapat menyesuaikan ekspatriat dengan persekitaran di negara subsidiari iaitu negara Perancis. Ekspatriat boleh menganggotai kelab komuniti ini bagi menjalin interaksi sosial sejagat menerusi aktiviti-aktiviti yang akan disusun berdasarkan kesesuaian. Keahlian kelab adalah meliputi beberapa kelab yang boleh digunakan ekspariat apabila berada di negara tamu. Dalam hal ini ekspatriat boleh mejadi ahli kelab gim, kelab golf, dan kelab persatuan ibu-ibu, dan kelab ekspatriat. Ini membolehkan ekspatriat dapat menjalankan aktiviti sosial dengan berinteraksi, berkomunikasi antara satu sama lain. 6. Home Leave Passage sekali setahun untuk sekeluarga Tiket penerbangan percuma diberikan kepada ekspatriat bagi membolehkan mereka berpeluang pulang ke negara asal semasa melakukan tugasan antarabangsa di Perancis. Kembali ke tempat asal dalam tempoh cuti yang telah diberikan dapat meningkatkan semula sistem penilaian prestasi ekspatriat yang efektif. Hal ini kerana banyak perkara perlu diambil kira terutamanya dari segi persekitaran, budaya, sosial dan politik tempat ekspatriat ditugaskan semasa penilaian prestasi dilakukan. Peluang untuk bercuti dan pulang ke negara asal dalam satu tempoh yang pendek menerusi tiket penerbangan percuma untuk sekeluarga dapat mengurangkan tekanan dan pengaruh persekitaran di negara tamu (Parent Country). Selain itu, sekiranya ekpatriat mempunyai sebarang masalah yang mengkehendaki ekpatriat untuk pulang ke Negara asal, maka penerbangan pergi dan balik akan ditangung oleh syarikat. Hal ini boleh menarik minat ekspatriat untuk terus bekerja dalam organisasi kerana kebajikannya dijamin oleh pihak syarikat. 6
  • 15. 7. Kemudahan Kesihatan Kemudahan kesihatan merupakan aspek yang sangat penting dalam memastikan ekpatriat mempunyai jaminan kesihatan yang baik. Memandangkan ekpatriat yang baru sahaja bekerja di negara tamu dan masih belum menyesuaikan diri dengan iklim cuaca untuk mempunyai masalah kesihatan. berisiko Kemudahan kesihatan yang disediakan oleh organisasi akan memudahkan ekpatriat menjalani pemeriksaan kesihatan. International SOS merupakan salah satu perkhidmatan yang memberikan perkhidmatan pemindahan kecemasa dan bantuan seluruh dunia yang beroperasi 24 jam bagi ekpatriat. Ekspatriat boleh berhubung dengan seorang doktor yang berbahasa Inggeris 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan pengiriman preskripsi perubatan. Selain itu, ekspatriat boleh merujuk khidmat sekiranya memerlukan rujukan kepada doktor atau doktor gigi walaupun hanya untuk hal kecil dan jika mengalami kecederaan yang serius, SOS juga akan menyediakan perkhidmatan untuk pemindahan atau pemulangan ekspatriat. Segala pembiayaan perubatan akan ditanggung oleh organisasi. 8. Pakej Pelancongan Bagi eskpatriat yang baru pertama kali dihantar bekerja di luar negara sudah pasti akan merasa asing. Syarikat akan menyediakan perkhidmatan pakej pelancongan percuma untuk diberikan kepada ekspatriat dan keluarga bagi membolehkan mereka dapat mengunjungi dan melihat dengan lebih meluas lagi mengenai persekitaraan di negara Perancis. Dalam hal ini, pekerja juga dapat mengadaptasikan diri dengan lebih selesa semasa melancong dan cuba untuk mengenali dengan lebih mendalam sosiobudaya masyarakat dan mengetahui tempat-tempat yang menyediakan makanan halal di Perancis. Keadaan ini membolehkan ekspatriat menyesuaikan diri dan sekaligus memperlihatkan kepada mereka situasi kehidupan masyarakat, cara bekerja, dan sebagainya. 7
  • 16. 9. Perkhidmatan media mengenai perkembangan negara asal Sumber mengenai perkembangan di negara asal khususnya mengenai perkembangan di syarikat induk adalah sangat terhad di negara asal. Penyediaan perkhidmatan media mengenai perkembangan yang akan disediakan untuk ekspatriat dan juga anggota keluarga berupaya untuk memberi informasi terbaru berkenaan negara dan syarikat induk. Hal ini juga dapat mengelakkan berlakunya kejutan budaya apabila kembali dari tugasan antarabangsa. Antara perkhidmatan media yang dibekalkan kepada ekspatriat termasuklah majalah, risalah, dan video. 8
  • 17. ANALISIS S.W.O.T Faktor Dalaman Kekuatan 1. Dapat mengelakkan kegagalan ekspatriat berlaku Kegagalan ekspatriat akan menyebabkan tugasan mereka gagal dan sebagai kesan langsung, organisasi turut mengalami kerugian. Oleh itu, bantuan perkhidmatan sokongan dapat membantu ekspatriat sekeluarga bagi menyesuaikan diri dengan pekerjaan di tempat baharu. Bantuan perkhidmatan sokongan ini termasuklah pengurusan visa, insurans, telekomunikasi, dan sebagainya. 2. Membantu kehidupan ekspatriat sekeluarga di Negara tamu. Perkhidmatan sokongan yang diberikan mampu untuk membantu kehidupan ekspatriat di Negara tamu. Perkhidmatan sokongan yang ditawarkan ini terdiri daripada keperluan ekspatriat dalam organisasi (kemudahan telekomunikasi, insurans, Hari Keluarga dan penghargaan kepada pekerja) serta keperluan kendiri ekspatriat (khidmat perunding atau kaunselor, pembayaran yuran anak ekspatriat, panduan pendidikan anak-anak, kelab komuniti sosial, home leave passage, kemudahan kesihatan, pakej pelancongan percuma, perkhidmatan media, dan bantuan bahasa). Kekurangan 1. Memerlukan penggunaan kos yang banyak Bagi menjaga kehidupan ekspatriat dalam organisasi, syarikat multinasional mestilah menyediakan perkhidmatan sokongan yang baik kepada ekspatriat. Oleh itu, syarikat terpaksa melaburkan wang yang banyak demi kepentingan kehidupan ekspatriat tersebut. 2. Memerlukan penelitian yang lebih mendalam Jika seseorang ekspatriat yang sudah berkeluarga ingin berhijrah ke tempat baharu, sudah pastinya dia akan membawa ahli keluarganya. Oleh itu, syarikat multinasional yang terlibat haruslah membuat penelitian mendalam terhadap keluarga ekspatriat seperti pertukaran pekerjaan bagi isteri atau suami seseorang ekspatriat yang terlibat. 9
  • 18. Faktor Luaran Peluang Jika perkhidmatan sokongan yang dicadangkan oleh Jeune Experte Co ini berjalan lancar, maka peluang kerjaya syarikat ini sebagai pengurusan bebas (independent management) akan dapat diperluaskan. Oleh itu, bidang pekerjaan syarikat Jeune Experte Co akan menjadi lebih maju. Ancaman Antara halangan atau risiko luaran yang mungkin dihadapi adalah seperti sistem politik dan nilai mata wang yang tidak stabil, masalah nilai, budaya dan juga sosial. Masalah -masalah ini akan membawa kesan kepada syarikat multinasional dan juga ekspatriat. 10
  • 19. ANGGARAN KEWANGAN BIL PER PER TAHUN 1. Telefon 350 429.93 2. Internet 217.38 267.02 3. iPhone 1 EURO (€) TAHUN . POUND (£) 485 595.76 30,000 36,851.23 5000 6,141.87 15,000 18,425.70 2050 2518.18 10,000 12,283.80 567.20 696.74 950 1166.96 3,000 3685.14 20,000 24,567.60 700 859.87 15,000 18,425.70 230.50 283.14 73580.38 127198.64 PERKHIDMATAN/PROGRAM SOKONGAN Organisasi • Kemudahan teknologi • • Family Day • 2 Insurans Award Ekspatriat • Bantuan Bahasa • Yuran pendidikan anak-anak kemasukan pertama • Panduan Pendidikan • Kelab/persatuan • Tiket pergi balik • Pakej pelancongan • Khidmat kaunseling • Kesihatan   • Perubatan Pergigian Perkhidmatan Media JUMLAH 11
  • 20. RUMUSAN Dapat dirumuskan bahawa perkhidmatan sokongan (External Support) adalah sangat penting dalam memastikan ekspatriat melaksanakan pekerjaannya dengan jayanya. Perkhidmatan ini sangat penting khususnya bagi golongan ekspatriat yang mempunyai keluarga dan juga anakanak yang masih bersekolah. Kegagalan ekspatriat dalam tugasan antarabangsa boleh disebabkan oleh faktor keluarga selain daripada cabaran persaingan global yang berlaku pada masa kini. Namun demikian adanya perkhidmatan sokongan, ianya dapat membantu ekspatriat untuk menyelasaikan cabaran yang dihadapi oleh keluarga khususnya semasa berada di negara subsidiari. Keluarga ekspatriat merupakan faktor penting bagi memastikan kejayaan ekspatriat. Penentuan sama ada bakal ekspatriat akan berjaya atau pun tidak adalah dikaitkan dengan keluarga ekspatriat. Oleh itu, pihak syarikat haruslah mengambil berat mengenai program atau perkhidmatan sokongan yang bersesuaian dengan keperluan keluarga ekspatriat semasa di negara tamu. Selain itu, cabaran persaingan global yang berlaku pada masa kini juga dikaitkan dengan keluarga. Hal ini kerana terdapat pandangan dan penilaian keluarga ekspatriat yang mengalami kebimbangan terhadap keadaan sosiopolitik yang berlaku di sesebuah negara. Kekhuatiran boleh menjejaskan tugasan antarabangsa yang akan dipikul oelh ekspatriat kelak. Dalam hal ini, pihak syarikat haruslah mengambil kira semua aspek dalam menentukan perkhidmatan sokongan yang bersesuaian dan diperlukan oleh ekspatriat dan juga anggota keluarga. 12
  • 21. LAMPIRAN Resort x Bank x 1.Alat telekomunikasi- 1.Yuran Pendidikan Telefon Bimbit, dan Ipad dibekalkan -Pembiayaan yuran kemasukan anak kepada ekspatriat pada awal kemasukan sahaja 2.Hari Keluaraga 2.Elaun pendidikan untuk anak-anak -Peruntukan elaun buku khas untuk anakanak ekspatriat. 3.Penganugerahan Pekerja 3.Pembiayaan Tiket penerbangan -Diadakan pada Setiap Tahun -tiket penerbangan pulan dan balik 4.Notice Board mengenai ekspatriat disediakan 4.Pengurusan visa Bertujuan untuk memaklumkan pekerja lain mengenai perkhidmatan abru ekspatriat 5.Informasi mengenai ekspatriat baru 5.Ganjaran kepada anak-anak ekspatriat melalui kiriman email kepada pekerja- yang cemerlang dalam pelajaran pekerja 6.Makanan -Makanan disediakan bagi pekerja menerusi cafeteria resort 7. Servis pencucian (Laundry Service) 9.Air-Port Pickup (Hari Pertama) 13
  • 22. RUJUKAN Aggi Kiraly & Viviane Domon. July 2010. Negotiating an Expatriate Compensation Package The Importance Of Communication And Transparency. Mercer Webcast: Geneva. Ab. Aziz. 2000. Pembangunan Ekspatriat Dalam Konteks Pengurusan Sumber Manusia Antarabangsa. Sintok: Unversiti Malaya. Barbara F. Schaetti and Sheila J. Ramsey. May, 1999. The Expatriate Family: Practicing Practical Leadership. Diakses pada 12 Disember 2012 dalam http://www.transition- dynamics.com/expatfamily.html Breakdown Of Proposed Estimated Cost (Plus Fee) And Labor Hours. 2004. Diakses pada 15 Disember 2012 dalam http://oamp.od.nih.gov/contractopportunity/ rfps/BUSCOST.HTM Business Plan: Mobile Cord. T.t. Diakses pada 14 Disember http://www.scribd.com/doc/244716/sample-business-proposal 2012 dalam Helga D. Svala. T.t. Human Resources Consulting Business Plan. Diakses pada 14 Disember 2012 dalam http://www.bplans.com/human_resources_consulting_busi ness_plan/company_summary_fc.php#.UMoGRoOdfzs Human Resource Business Plan 2009/2010. 2009. Diakses pada 14 Disember 2012 dalam http://www.portsmouth.gov.uk/media/HR_Final.pdf Human Resource Service: SWOT Analysis Example. T.t. diakses pada 07 Disember 2012 dalam http://www.cps.ca.gov/workforceplanning/documents/SampleCompl eted SWOTAnalysis.pdf Live With A Family In France and Teach Them English. 2001. Diakses pada 17 Disember 2012 dalam http://www.goabroad.com/providers /geo visions/programs/livewith-a-family-infrance-and- teach-them-english-45933 Perkhidmatan kesihatan. T.t. Diakses pada 17 Disember dalam www.internationalsos. com/buymembership JEUNE EXPERTE Co. Avenue de Hambourg, Marseille| ph 088.521.235 | fx 088.521.236 www.Jeuneexpertegroup.com| JEgroup@JeuneExperte.com. 14