Skip to main content
JAHITAN BAB 5 (TINGKATAN 1) DISEDIAKAN OLEH ; 1.PN NORIJAH BT SAMIRAN (SMK TELOK EMAS) 2.PN SITI ZANARIAH BT SAPAR ( SMK MUNSHI ABDULLAH)
OBJEKTIF ARAS 1. *  Menerangkan pengertian  penghilangan gelembung * Menyenaraikan penghilangan  gelembung. * Menerangkan ciri-ciri,  kegunaan dan proses jahit kedut  dan lisu pemadan. * Menjahit contoh jahitan.
Apakah bahagian-bahagian yang terdapat pada sehelai baju?
PROSES JAHITAN KELIM PENGHILANGAN GELEMBUNG PENYUDAH TEPI
PENYUDAH TEPI LAPIK KELEPET KELEPET LURUS KELEPET MELENGKUNG LAPIK LURUS LAPIK BERBENTUK
5.1.1  KELIM Kelim ialah cantuman 2 atau lebih kepingan  Fabrik untuk memberikan bentuk pada pakaian Atau artikel. Kelim juga boleh dijadikan hiasan.
JENIS-JENIS KELIM KELIM Kelim   belah   kangkung Kelim   betawi kelim papan  mesin Kelim lipat  tindih
KELIM BELAH KANGKUNG Maksud 2. Ciri-ciri 3. Proses jahitan
KELIM BELAH KANGKUNG Untuk semua jenis fabrik, kecuali fabrik nipis Untuk menyambung bahagian rusuk dan lengan pada pakaian, kelengkapan rumah tangga dan mencantum pita serong tepat Lebar kelim yang siap ialah 1.25 cm
CIRI KELIM BELAH KANGKUNG Lebar kedua-dua basi kelim sama Kelim rata dan terbuka Mata jahitan tidak kelihatan di sebelah luar Tidak beralur di sebelah luar Tepi basi kelim perlu dikemaskan
PROSES MENJAHIT KELIM BELAH KANGKUNG. 1.a. Temukan sebelah luar fabrik. b. Sematkan peniti, jelujur dan jahit mesin di  garisan pemadan. Cabut jelujur. Tekan dan seterika supaya  kelim terbuka seterika 1 2
3. Kemaskan tepi basi kelim belah kangkung  dengan kaedah yang berikut: Mengemas basi kelim dengan jahitan mesin Mengemas basi kelim dengan mesin pengemas tepi Mengemas basi kelim dengan jahitan insang pari Mengemas basi kelim  dengan jahitan lilit kemas
KELIM BETAWI Sejenis kelim yang kukuh dan halus Mempunyai dua barisan jahitan Sesuai untuk fabrik nipis atau yang mudah berjerumbai Merupakan kelim dalam kelim Sangat kukuh dan tahan lasak
KELIM BETAWI * Maksud * Ciri-ciri * Proses menjahit
CIRI-CIRI KELIM BETAWI Lebar kelim antara 4 mm hingga 6mm Kelim tidak beralur di jahitan pertama Basi kelim tidak kelihatan di sebelah luar Kelim tidak bergelung
Proses menjahit kelim betawi: 1.a. Temukan kedua-dua  sebelah dalam fabrik,  semat peniti, dan jelujur  di  garisan pemadan. b. Jahit dengan jahitan  mesin kira-kira 6mm di  luar garisan pemadan. 2.a.Tekan dengan seterika  supaya kelim terbuka. b. Trim basi kelim hingga  kurang dari 6mm.
Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Langkah 4
5.1.2  PENGHILANGAN GELEMBUNG
PENGHILANGAN GELEMBUNG Proses jahitan di sebahagian pakaian atau artikel untuk memberikan bentuk dan keselesaan Boleh dijadikan sebagai perhiasan pada pakaian seperti di garis leher, rusuk, lengan, bahu mendatang, pinggang, blaus dan skirt
JENIS PENGHILANGAN GELEMBUNG Maksud Ciri-ciri Proses menjahit Maksud Ciri-ciri Proses menjahit PENGHILANGAN GELEMBUNG LISU PEMADAN KEDUT   LEPAS
LISU PEMADAN Dibentuk dengan menjahit  dari bahagian yang lebar ke bahagian yang tirus  atau  dari bahagian yang tirus ke hujung yang tirus  Boleh dijahit di  garis leher ,  lubang lengan hadapan ,  rusuk blaus ,  pinggang blaus  dan  pinggang skirt
CIRI-CIRI LISU PEMADAN Bentuknya runcing Lisu tidak bergulung Lisu ditekan rata Tidak terdapat lubang atau alur di sebelah luar pakaian Lisu di bahu Lisu di dada Lisu di  pinganggang
PROSES MENJAHIT LISU PEMADAN Tandakan kedudukan Seterusnya Temukan sebelah luar fabrik, semat dan jelujur di garisan pemadan  Jahit mesin dari bahagian yang lebar ke bahagian yang tirus Matikan mata jahitan mesin di hujung yang tirus dengan jahitan mesin dua kali sepanjang 1.5 cm
KEDUT LEPAS Sejenis penghilangan gelembung bagi memudahkan pergerakan Digunakan sebagai perhiasan  Sesuai untuk fabrik lembut dan nipis Boleh dijahit pada bahu atau skirt mendatang, pangkal skirt, pangkal atau hujung lengan dan ropol sebagai hiasan
CIRI-CIRI KEDUT LEPAS Kedut dibahagikan sama rata keseluruhanya. Lipatan kedut sama halus pada keseluruhanya. Pakaian tergantung dengan elok.
PROSES MENJAHIT  KEDUT LEPAS 1.a.Tandakan garisan pemadan. b.Jahit mesin sebaris di atas dan  sebaris di bawah garisan pemadan  dengan mata jahitan kasar. 2.a.Tarik hujung benang dari kedua-dua  baris jahitan. b.Tentukan ukuran yang dikehendaki  dan lilit benang disekeliling peniti. c.Ratakan kesemua kedut
Kedut pada pinggang Kedut pada pinggang
Kedut pada lengan Kedut pada bahagian dada
PENYUDAH TEPI Penyudah tepi ialah proses jahitan untuk menyudah atau mengemas bahagian tepi artikel, pakaian dan kain kelengkapan rumah tangga. Penyudah tepi boleh digunakan sebagai hiasan dan boleh dihias dengan fabrik dan renda. Jenis penyudah tepi ialah kelepet dan lapik.
 
KELEPET Kelepet digunakan untuk mengemas dan mengukuhkan tepi pakaian artikel dan kain kelengkapan rumah tangga dengan jahitan tangan atau mesin Terdapat dua jenis iaitu kelepet lurus dan kelepet melengkung. Ciri-ciri kelepet 1. Kelepet terletak rata 2. Lapisan bawah sama lebar  keseluruhanya. 3. Kelepet tidak menggelembung
PROSES MENJAHIT KELEPET  LURUS 1. Buat lipatan pertama  selebar kira-kira 5mm  ke sebelah dalam pakaian. 2. Buat lipatan kedua digaris Pemadan. Lebar kelepet  Pada pakaian biasanya 5mm hingga 4cm. 3. Jelujur tekan dan seterika kelepet supaya rata.
4.Tetapkan kelepet dengan jahitan mesin, jahitan sembat susup, jahitan silang pangkah atau jahitan mesin Jahitan mesin Jahitan silang pangkah Jahitan sembat Jahitan sembat susup
PROSES MENJAHIT KELEPET MELENGKUNG 1.a. Buat lipatan pertama  selebar 5mm ke  sebelah dalam. b. Buat lipatan kedua di  gariasan pemadan  dan jelujur. c. Buat lisu kecil untuk  menghilangkan  gelembung.
2.a. Ratakan lisu dengan jahitan sembat. b. Tetapkan kelepet dengan jahitan  sembat susup. c. Tetapkan lisu dengan jahitan sembat. d. Tekan dan seterika kelepet supaya rata.
LAPIK Lapik adalah sekeping fabrik yang dipotong lurus atau berbentuk yang ditambah pada tepi pakaian atau artikel untuk mengemaskan tepinya. Lapik boleh dijadikan sebagai hiasan di sebelah luar pakaian. Lapik dijahit pada tepi pakaian seperti garis leher,lubang lengan,hujung lengan,hujung seluar,kelepet skirt,kocek dan kolar.
CIRI-CIRI LAPIK LURUS Lapik terletak rata. Cantuman lapik tidak berkedut dan beralur. Lapik tidak menggelembung .
PROSES MENJAHIT LAPIK LURUS 1.a. Temukan kedua-dua sebelah luar  lapik dengan sebelah luar  pakaian. b. Semat peniti. Jahit dengan jahitan  jelujur di garisan pemadan. c. Jahit dengan jahitan mesin dan  trim basi kelim sehingga 6mm.
2. Tekan dan seterika kelim supaya  terbuka.
PROSES MENJAHIT LAPIK BERBENTUK Kemaskan tepi lapik dengan jahitan jelujur,kemudian jahit dengan jahitan mesin. Pastikan ira lurus lapik selari dengan ira lurus pakaian Lapik  berbentuk
3.a. Balikkan lapik ke  sebelah pakaian. b. Tekan seterika dan  jahit dengan jahitan  jelujur. c. Lipat tepi lapik ke  sebelah dalam  dan  jahit dengan jahitan  jelujur.
PROSES MENJAHIT LAPIK BERBENTUK Kemaskan tepi lapik dengan jahitan jelujur,kemudian jahit dengan jahitan mesin. Pastikan ira lurus lapik selari dengan ira lurus pakaian
Tetapkan lapik dengan jahitan mesin, silang pangkah, sembat susup atau  sembat.