Skip to main content
HUKUM PENGGUNAAN GELATIN
DALAM MAKANAN & PERUBATAN
NAMA PENSYARAH: PROF. DR. ABDUL BASIR MOHAMAD
DISEDIAKAN OLEH:
UMMI SYAHIRAH BINTI RAZAK (A175438)
PPPG3283 | PERSOALAN FIQH SEMASA
APAKAH ITU GELATIN?
Gelatin adalah bahan semulajadi dan merupakan sejenis protein yang dihasilkan
daripada rangkaian kolagen yang diperoleh daripada kulit, tulang atau ligamen
(tulang rawan) haiwan seperti lembu, kambing, ikan atau babi.
SUMBER GELATIN
STATISTIK PENGGUNAAN GELATIN DUNIA
44%
28%
27%
1%
KHINZIR
LEMBU
HAIWAN LAIN
TUMBUH-TUMBUHAN
PENGGUNAAN GELATIN
MAKANAN
PERUBATAN
Digunakan dalam
penyediaan gula-gula,
coklat, yogurt, keju,
aiskrim, pencuci mulut
segera dan gula-gula
getah.
Digunakan dalam
bentuk kapsul ubat
dan kapsul lembut
seperti kapsul minyak
ikan dan ekstrak
minyak zaitun.
FUNGSI GELATIN DALAM PRODUK
FUNGSI CONTOH
Agen penstabilan Produk hasilan daging seperti sosej
Agen pemekat Makanan bersos
Agen pelekat Gula-gula dan produk sejenisnya
Agen pelembut Produk bakeri, ais krim
Agen penjernih Produk minuman dan sari buah
Agen pembentukan, pengerasan,
kekentalan
Sarung kapsul dan ubat-ubatan
Pengemulsi Anti pembuih
STATUS HUKUM DAN DALIL
Terdapat pelbagai pendapat mengenai
hukum penggunaan gelatin khinzir
dalam makanan dan perubatan
berserta hujah-hujah mereka.
• Di dalam al-Quran ada menunjukkan tentang status hukum penggunaan bahan yang berunsurkan
khinzir. Sebagaimana dalam firman Allah dalam surah Al-Maidah, ayat 3:
ْ‫ت‬َ‫م‬ِّ‫ر‬ُ‫﴿ح‬َِّّ‫اّلل‬ ِّْ‫ْي‬َ‫غ‬ِّ‫ل‬ َّ‫ل‬ِّ‫ُه‬‫أ‬ ‫ا‬َ‫م‬َ‫و‬ ِّ‫ير‬ِّ‫ز‬ْ‫ن‬ِّْ‫اْل‬ ُ‫م‬َْ‫َل‬َ‫و‬ ُ‫م‬َّ‫الد‬َ‫و‬ ُ‫ة‬َ‫ت‬ْ‫ي‬َ‫ْم‬‫ل‬‫ا‬ ُ‫م‬ُ‫ك‬ْ‫ي‬َ‫ل‬َ‫ع‬َ‫و‬ ُ‫ة‬َ‫ذ‬‫و‬ُ‫ق‬ْ‫و‬َ‫ْم‬‫ل‬‫ا‬َ‫و‬ ُ‫ة‬َ‫ق‬ِّ‫ن‬َ‫خ‬ْ‫ن‬ُ‫ْم‬‫ل‬‫ا‬َ‫و‬ ِّ‫ه‬ِّ‫ب‬ِّ‫َّط‬‫ن‬‫ال‬َ‫و‬ ُ‫ة‬َ‫ي‬ِّ‫د‬ََ‫َت‬ُ‫ْم‬‫ل‬‫ا‬ُ‫ع‬ُ‫ب‬َّ‫الس‬ َ‫ل‬َ‫ك‬َ‫أ‬ ‫ا‬َ‫م‬َ‫و‬ ُ‫ة‬َ‫يح‬
ِّ‫ل‬ََٰ‫ذ‬ ۚ ِّ‫م‬ َ‫َّل‬ْ‫ز‬َْ‫ْل‬ِّ‫ِب‬ ‫وا‬ُ‫م‬ِّ‫س‬ْ‫ق‬َ‫ت‬ْ‫س‬َ‫ت‬ ْ‫ن‬َ‫أ‬َ‫و‬ ِّ‫ب‬ُ‫ُّص‬‫ن‬‫ال‬ ‫ى‬َ‫ل‬َ‫ع‬ َ‫ح‬ِّ‫ب‬ُ‫ذ‬ ‫ا‬َ‫م‬َ‫و‬ ْ‫م‬ُ‫ت‬ْ‫ي‬َّ‫ك‬َ‫ذ‬ ‫ا‬َ‫م‬ َّ‫َّل‬ِّ‫إ‬‫ا‬ َ‫س‬ِّ‫ئ‬َ‫ي‬ َ‫م‬ْ‫و‬َ‫ْي‬‫ل‬‫ا‬ ۗ ٌ‫ق‬ْ‫س‬ِّ‫ف‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬ْ‫م‬ُ‫ك‬ِّ‫ين‬ِّ‫د‬ ْ‫ن‬ِّ‫م‬ ‫وا‬ُ‫ر‬َ‫ف‬َ‫ك‬ َ‫ين‬ِّ‫ذ‬َّ‫ل‬ْ‫م‬ُ‫ه‬ْ‫و‬َ‫ش‬َْ‫َت‬ َ‫َل‬َ‫ف‬
‫ي‬ِّ‫ض‬َ‫ر‬َ‫و‬ ِّ‫ِت‬َ‫م‬ْ‫ع‬ِّ‫ن‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬ْ‫ي‬َ‫ل‬َ‫ع‬ ُ‫ت‬ْ‫م‬َْ‫َْت‬‫أ‬َ‫و‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬َ‫ين‬ِّ‫د‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬َ‫ل‬ ُ‫ْت‬‫ل‬َ‫م‬ْ‫ك‬َ‫أ‬ َ‫م‬ْ‫و‬َ‫ْي‬‫ل‬‫ا‬ ۚ ِّ‫ن‬ْ‫و‬َ‫ش‬ْ‫خ‬‫ا‬َ‫و‬َ‫م‬َ‫ف‬ ۚ ‫ا‬ً‫ين‬ِّ‫د‬ َ‫م‬ َ‫َل‬ْ‫س‬ِّْ‫اْل‬ ُ‫م‬ُ‫ك‬َ‫ل‬ ُ‫ت‬َ‫غ‬ ٍ‫ة‬َ‫ص‬َ‫م‬َْ‫َم‬ ِّ‫ِف‬ َّ‫ر‬ُ‫ط‬ْ‫ض‬‫ا‬ ِّ‫ن‬ٍ‫ف‬ِّ‫ان‬َ‫ج‬َ‫ت‬ُ‫م‬ َْ‫ْي‬
ٌ‫ور‬ُ‫ف‬َ‫غ‬ ََّ‫اّلل‬ َّ‫ن‬ِّ‫إ‬َ‫ف‬ ۙ ٍْ‫ْث‬ِِّّ‫ْل‬﴾ٌ‫يم‬ِّ‫ح‬َ‫ر‬
“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan
daging khinzir (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati
tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan
binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan
(diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan
fasik, pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (dari memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat
perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu, janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka sebaliknya hendaklah kamu
takut dan gentar kepadaKu, pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, daan Aku telah cukupkan
nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu, maka sesiapa yang terpaksa kerana
kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia
mememakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
• Berdasarkan ayat tersebut, jelas secara mutlak bahawa bahan yang
berunsurkan khinzir itu adalah HARAM untuk dijadikan sebagai
makanan atau ubat-ubatan sekiranya tidak ada apa-apa dharurat.
• Dan terdapat beberapa keadaan yang diharuskan mengikut
pandangan para ulama’.
Muzakarah Jawatankuasa
Fatwa Majlis Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Agama
Islam Malaysia Kali ke-8
(24 Sep 1984)
• Penggunaan gelatin dalam ubat diharuskan kerana
darurat. Jika terdapat bahan halal yang boleh menahan
ubat daripada rosak, maka penggunaannya tidak lagi
diharuskan.
Muzakarah
Jawatankuasa
Majlis Fatwa
Kebangsaan
(25 Jun 2019)
• Hukum penggunaan ubat berasaskan gelatin khinzir iaitu
Clexane dan Fraxiparine adalah ditegah kerana terdapat
alternatif ubat lain yang mempunyai fungsi dan kesan yang
sama.
• Ia hanya diharuskan jika tiada ubat daripada sumber halal
lain dan digunakan dalam keadaan dharurat.
MAJLIS FATWA KEBANGSAAN (JABATAN KEMAJUAN ISLAM
MALAYSIA
PERTUBUHAN SAINS PERUBATAN ISLAM KUWAIT
Seminar Bahan Haram di
dalam Ubat dan Makanan
(22-24 Mei 1995)
• Dihadiri oleh 112 ulama’ dan pakar dari beberapa buah
negara.
• Mereka berpandangan bahawa gelatin daripada
transformasi tulang, kulit, dan tendon (otot) haiwan yang
diharamkan adalah suci dan diharuskan memakannya.
Dengan menggunakan kaedah ‘Istihalah’.
• ‘Istihalah’ ini merupakan perubahan sesuatu bahan yang
lain dan mempunyai ciri-ciri yang berbeza, perubahan
bahan yang asalnya tidak suci menjadi suci, dan
perubahan sesuatu bahan yang diharamkan kepada halal.
• Jika tidak ada kepastian, maka ia adalah najis.
Berdasarkan
fatwa beliau:
• Jika haiwan tersebut dagingnya halal dimakan
seperti lembu, unta, kambing dan lain-lain, maka
gelatinnya adalah halal.
• Jika haiwan tersebut dagingnya haram dimakan
seprti khinzir, maka gelatin yang dihasilkan
daripadanya adalah haram.
DR SU’AAD SALIH,
PROFESSOR FEKAH DI UNIVERSITI AL-AZHAR
AL-FIQHUL ISLAMI WA ADILLATUHU KARYA DR. WAHBAH ZUHAILI
Jilid VII halaman
5265
• Zat makanan yang menggunakan lemak khinzir dalam
pembuatannya tanpa ada perubahan zatnya (istihalatul
‘ain) seperti dalam keju, mentega, coklat dan aiskrim
adalah haram dan tidak halal memakannya secara
mutlak.
• Hal ini berdasarkan Ijma’ para ulama’ yang menyatakan
bahawa kenajisan lemak khinzir dan disebabkan tidak
adanya kedharuratan untuk mengambilnya.
KESIMPULANNYA
➢ Penggunaan gelatin yang dihasilkan daripada haiwan yang halal dimakan
adalah halal dan diharuskan dalam ubat-ubatan dan makanan.
➢ Manakala, penggunaan gelatin dalam ubat-ubatan dan makanan yang dihasilkan
daripada khinzir atau haiwan yang haram dimakan adalah diharamkan secara
mutlak sebagaimana yang telah disebutkan di dalam al-Quran dan hadis
melainkan jika keadaan betul-betul dalam dharurat dan tiada alternatif lain.
➢ Sebahagian pendapat menyatakan bahawa halal mengambil ubat-ubatan yang
mengandungi gelatin khinzir sekiranya ia telah melalui proses ‘istihalah’ iaitu
proses perubahan sesuatu zat menjadi zat yang lain, yang najis kepada suci dan
haram kepada halal secara syarak. Tetapi, jika ia tidak menjalani proses
istihalah maka ia tetap diharamkan kerana mengandungi zat khinzir yang asal.