Skip to main content
LAPORAN INOVASI
PRODUK INOVASI
EZY FLAT SKETCH
DISEDIAKAN OLEH
SITI FATIMAH BINTI DZULKIFLI
1.0 TAJUK
Ezy Flat Sketch
2.0 TUJUAN/OBJEKTIF
2.1 Membantu pelajar membuat lukisan teknikal pakaian dengan kemas dan
betul
2.2 Mencetuskan minat di dalam penerapan nilai-nilai berinovasi di dalam diri
2.2 Membantu pensyarah untuk merancang dan melaksana kan aktiviti-aktiviti
pengajaran serta meningkat kan kecekapan proses pengajaran dan
pembelajaran.
2.3 Menghasil kan produk yang mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi
2.4 Memberi satu tahap keselamatan dan penjimatan masa semasa
melaksana kan kerja membuat lukisan teknikal serta semasa menghasil kan
lukisan yang tepat dan betul.
3.0 LATAR BELAKANG
Projek inovasi ini tercetus apabila melihat terdapat permasalahan semasa
pelajar melakar lukisan teknikal pakaian bagi modul SFP1032 Ilustrasi Fesyen.
Dengan adanya projek inovasi ini, ia dapat membantu pensyarah menjalankan
proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih lancar. Penggunaan produk
ini menggantikan cara sebelum ini pelajar akan menekap gambar dari templat
yang telah dicetak dan hasil lakaran kurang tepat serta kurang kemas.
Rekabentuk produk yang ringkas dan ringan memudahkan untuk di bawa ke
mana sahaja serta mudah untuk digunakan. Selain daripada itu , penghasilan
produk ini menggunakan teknologi cetakan 3D iaitu menuju kearah Revolusi
Industri 4.0 yang seiring dengan perkembangan semasa.
4.0 RASIONAL MEMBANGUNKAN INOVASI
Rasional membangunkan inovasi ini adalah disebabkan oleh perkara-perkara
berikut:
4.1 Ezy Flat Sketch sesuai digunakan semasa proses melakar lukisan
teknikal . Ini kerana ia dapat memudahkan para pelajar memahami asas
melukis lukisan teknikal dengan lebih tepat.
4.2 Ezy Flat Sketch dapat memastikan proses melakar dan menanda lukisan
teknikal pakaian lebih kemas serta cepat dan boleh dilakukan di mana sahaja
tempat yang sesuai.
4.3 Menghasilkan daya kerja yang lebih praktikal iaitu mudah pakai, produktif
dan menampakkan ciri pakar dalam tugasan.
4.3 Dapat membantu para pensyarah dalam proses pengajaran supaya
pembelajaran lebih efektif dan pelajar kompeten di dalam melakukan kerja.
5.0 KAEDAH PELAKSANAAN INOVASI
Bil Perkara Gambarajah
1 Membuat lakaran dari
gambar asal templat
Croquis​ lukisan teknikal
- proses
menentukan
garisan yang
perlu
diperkemaskan
untuk di buat
stensil.
2 Memindahkan lakaran
ke dalam komputer
Membuat lakaran
menggunakan perisian
Adobe Illustrator
3 Membangunkan model
3D stensil di dalam
3dsMax
4 Menyediakan stencil
menggunakan perisian
Ultimaker Cura sebelum
dicetak
5 Mencetak ezy flat
sketch menggunakan
mesin 3D Printing
6 Mencetak mesin ezy flat
menggunakan mesin
3D printing
7 Hasil cetakan ezy flat
sketch
8 Ezy Flat sketch yang
berukuran 18cm
9 Penggunaan ezy flat
sketch haruslah
bersama dengan pensel
teknikal
10 Lakaran croquis untuk
lukisan teknikal pakaian
dapat dihasilkan
dengan mudah.
6.0 PERBEZAAN ANTARA SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI
10 Produk Siap
Kaedah Lama Kaedah Baru (Inovasi)
Penggunaan masa yang lama bagi
menekap croquis lukisan teknikal
sebelum menghasilkan lukisan teknikal
pakaian.
Penggunaan masa dapat dijimatkan.
Pelajar tidak lagi perlu menekap
croquis sebelum melukis lukisan
teknikal.
Lukisan menjadi tidak kemas kerana
kesalahan dan kurang ketelitian semasa
proses awal memindahkan template
croquis ke atas kertas
Lukisan tepat dan kemas kerana
teknik pemindahkan croquis ke atas
kertas lebih mudah menggunakan
ezy flat sketch
Perlu menggunakan alat bantuan bagi
membantu proses tekap lebih mudah,
Menggunakan lampu yang terang,
Tidak perlu menggunakan alat
bantuan yang lain, hanya
Menggunakan ezy flat sketch dan
7.0 PERANAN CALON DALAM PENYEDIAAN INOVASI
Saya merupakan salah seorang pensyarah Program Sijil Fesyen Pakaian dan
rakan saya Pensyarah Diploma Games Art. Bagi menyediakan inovasi Ezy
Flat Sketch, kami terlibat sepenuhnya di dalam mengeluarkan idea
rekabentuk ,menghasil kan lakaran projek,membuat pengukuran dan ujian
ketahanan ke atas produk, memfabrikasi produk dan menjalankan kajian
keberkesanan produk pada para pelajar bagi mendapatkan maklumbalas
produk.
8.0 IMPAK PENGHASILAN PRODUK
Beberapa impak telah dikenal pasti antaranya
8.1 Prosedur kerja
penggunaan seletip bagi memastikan
croquis tidak bergerak semasa di tekap.
terus memindahkan croquis di atas
kertas lakaran.
Tanpa Ezy Flat Sketch Dengan Ezy Flat Sketch
Prosedur Kerja
(5 prosedur kerja) (3 prosedur kerja)
8.2 Penggunaan inovasi ini semasa melakukan kerja mampu menjimatkan masa &
tenaga pelajar.
8.3 Tahap keselamatan semasa melakukan kerja amali dapat ditingkatkan.
8.4 Penggunaan kos yang minima dan menggunakan teknologi 3D printing.
8.5 Mewujudkan dan melonjakkan daya fikir pelajar dalam skop inovasi- kreatif
dalam menyerap ilmu kemahiran melalui uji-cuba keberhasilan produk serta
guna-bahan yang sesuai.
8.6 Mempunyai ciri ciri inovasi yang menyahut cabaran penghasilan produk ke arah
Revolusi Industri 4.0 serta dapat memberi input teknologi baru yang semakin
berkembang.
8.7 Sesuai digunakan oleh Institut Latihan yang menawarkan program Jahitan
Pakaian serta kepada semua pembuat pakaian, pereka, tukang jahit dan lain lain.
9.0 TINJAUAN KAJIAN PASARAN PRODUK EZY FLAT SKETCH PADA
PELAJAR SIJIL FESYEN PAKAIAN
Anggaran Kos
Lebih mahal Lebih murah
Buku Technical Drawing For Fashion
Design beserta CD yang mempunyai
template croquis
Harga buku =RM 110
Ezy Flat Sketch
Satu unit =RM 15
Mobiliti
Menyukarkan untuk di bawa Mudah di bawa
Sebuah buku perlu di bawa bagi
mendapatkan templat croquis
Hanya membawa Ezy flat sketch di
dalam bekas pencil dan tidak mudah
tertinggal setiap kali pelajar ke kelas.
10.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Cadangan untuk peringkat seterusnya agar projek inovasi ini bukan sahaja di guna
pakai di Kolej Komuniti Selayang semata mata, tetapi boleh dipasarkan ke Institut
Latihan Awam dan Swasta yang lain.
10.0 RUJUKAN
1. Szkutnicka, B. (April 7, 2010 ). ​Flats: Technical Drawing for Fashion (Portfolio
Skills: Fashion & Textiles) .​ Laurence King Publishing.
2. Suhner, A. ((March 16, 2012)). ​Technical Drawing for Fashion Design
(Volume 1).​ Pepin Press; Mul edition.
3. Isenberg, A. S. (March 1st 2012 ). ​Technical Drawing for Fashion Design,
Volume 2: Garment Source Book .​ Pepin Press.