Skip to main content
RINGKASAN TATABAHASA BAHASA MELAYU TERENGGANU
➡️a b c d e è é g h i j k l m n o ò p r s t u w y ny ng kh ~^ ‘
● Pakai abjad ABC seperti dalam bahasa melayu standard , kecuali huruf bukan natif
seperti: F, Q, V, X, Z.
● Ada huruf konsonan tambahan: NY, KH, NG.
● (A, E, É, È, I, O, Ò, U) vokal, majoriti bunyi o ialah o (;seperti perkataan lost). Untuk ò
pula berbunyi seperti perkataan (tòll). Untuk huruf e, majoritinya berbunyi e pepet (;
emak). Huruf è sebagai bunyi e taling (ènak). Huruf é mewakili bunyi a (héy).
● ( ~/^ ) Simbol sengauan (nasalization)
● ( ' ) Simbol sabdu dan glotis (gemination/glottal stop)
●
● Belèwề (comot, berair)
➡️Word Alignment (active voice) : Flexible word order unlike in standard malay.
Usually use verb initial (ayat songsang) besides SVO.
1. VOS ( Makang nasik aku)
2. VSO (mákang Aku nasik | nápok aku ye, mároh aku ye )
3. SVO (Aku makang nasik) - untuk fokus kepada subjek. Namun ada struktur pelaku dan
objek boleh berubah jika melibatkan sabdu. Sila lihat bab di bawah.
selain daripada struktur SVO (subject - verb -object), dialek ini juga sangat kerap menggunakan
struktur ayat songsang yang mendepankan kata kerja(verb initial) sama ada secara VSO atau
VOS. Cara menghasilkan kedua-dua ayat tersebut boleh dibezakan berdasarkan " stress accent"
pada kata kerja. Kata kerja transitif dibezakan berdasarkan stress accent pada salah satu suku
kata kerja tersebut. Contoh :
-Makang budok beroye õ
= Buaya tersebut makan budak.
-Mäkang/makäng budok beroye õ
=Budak makan buaya tersebut.
-'Maroh mok ayoh õ
=Ayah tersebut memarahi ibu.
-'Märoh/maröh mok ayoh õ
= Ibu memarahi ayah tersebut.
- Beci aku mu èh
= Kau benci aku eh
- Bëci/becï aku mu èh
= Aku benci kau èh
Jadi struktur Verb initial boleh dibezakan berdasarkan stress accent pada kata kerja.
➡️Struktur ayat dalam susunan SVO melibatkan sabdu untuk menentukan siapa
pelaku dan siapa objek:
● mok maroh cikgu : Emak marah cikgu.
● mok 'maroh cikgu : Emak Memarahi cikgu
● Mok maroh ‘cikgu: emak dimarahi cikgu.
● Mok 'maroh 'cikgu : Emak marah kepada cikgu / emak memarahi akan cikgu.
➡️Cara membuat ayat pasif (passive voice) , mempunyai 4 kaedah :
1. adik 'maroh di mok.
2. Adik nyemaroh di mok.
3. adik bahang/bah/ba 'maroh.
4. rupuk makang 'lembu'.
Penggunaan kata sendi “di = oleh”
makang kucing ulo = ular makan kucing
Mákang kucing ulo = kucing makan ular.
Untuk kejelasan ayat, maka boleh guna kata sendi nama pasif "di" untuk memberi penjelasan
siapa pelaku dan siapa objek, bahkan tanpa stress accent sekalipun kerana bantuan "di" yang
menjelaskan pelaku perbuatan tersebut.
contoh :
- Makang di kucing ulo
= Ular tersebut dimakan oleh kucing.
- Makang kucing di ulo
= Kucing tersebut dimakan oleh ular.
- Kucing nyemakang di ulo
= Kucing dimakan oleh ular
- Adik nyegigik di anjing
= Adik digigit oleh anjing
➡️20 Perubahan Teras :
1. A ke Pepet:
o Mana- Mane
2. Huruf R disebut seperti "GH” dan huruf H selalunya boleh disebut secara tebal seperti
huruf (‫)ح‬ :
o Rasa - Rase
o Rahang - rahang
3. AR ke O:
o Besar - Beso
4. AL menjadi A:
o Bantal - bata.
5. Akhiran UL & UR menjadi Ò:
o Ketul - ketò
o Luntur - lutò
-sangat terhad perkataan yang tidak mengikut aturan ini seperti perkataan jemur - jemo.
6. Akhiran IL & IR menjadi É :
o Katil - katé
o Langsir - Lasé
7. Huruf-huruf tersebut pada awalan dan pertengahan perkataan, boleh berubah kepada
bunyi huruf tertentu, iaitu F menjadi P, V menjadi B, Z menjadi J, Q menjadi K, dan
SH/SY menjadi S:
o Faham – pahang, van - Bèng, Zaman - Jamang, Qanun - Kanun, Syarat - Sarak
etc.
8. Akhiran M, N, NG & sesetengah Akhiran Vokal Jadi NG:
o Bini – Bining, makan - makang
9. Akhiran P, T, B, D, G, K, dan Q menjadi K:
o Gelap - Gelak
10. Akhiran F, S, J, H, KH, V, Z, C dan SH/SY menjadi H:
o Atas - Atah
11. Akhiran Diftong AI, AU, OI dan seangkatan dengannya, maka huruf akhiran pada
diftong tersebut akan digugurkan :
o Senarai - senara
o Boroi - Boro
o Pulau - Pula
o Kecuali perkataan yang hanya satu suku kata; bau.
o Ada juga AU jadi O, AI jadi È.
o Danau – Dano ,kulai - ‘Kolè, dangau – Dango.
12. Suku kata akhiran AH, AK menjadi OH, OK:
o Tengah - Tengoh
o Minyak - Minyok
13. Kebanyakan huruf M, N dan NG dalam satu suku kata tertutup dalam suatu
perkataan, akan digugurkan:
o Lampu - Lapu
o Pantang - Patang
o Langsir - lasé
o Langsung - lasòng
o Langkah - lakoh
o Bangsal - basa
o Pengecualian: mundur - mundò, Kelambu – kelambu , tanggung - tanggòng,
janggut - janggòk etc.
14. Awalan K boleh menjadi KH:
o ‘Kète – ‘Khète
15. Awalan huruf H digugurkan :
o Hati – Ati
16. Awalan B boleh berbunyi seakan W:
o Buah - Woh
o Bulan - Wulang
17. Awalan J boleh berbunyi seakan Y:
o Jadi - Yadi
o Jatuh - Yatòh
18. Kecenderungan gugur suku kata awalan (monosilabik):
o Terus - Ruh
o Nasi - Sik
19. Suku kata terbuka akhiran AN disebut secara glotis:
o Perasaan – Perasa’ang
20. Huruf vokal U & I pada akhiran suku kata tertutup disebut secara jelas, tidak seperti
loghat johor riau ( letup - letòp, Keris - kerés, salut - salòt etc)
o Letup - Letuk
o Keris - kerih
o Rintik - ritik
o Balut - baluk
o Salut - saluk
● Namun ada pengecualian untuk sesetengah perkataan yang biasa disebut menurut
hukum loghat johor riau, bergantung pada perkataan atau kelaziman penutur.
contoh: basuh - basòh, masuk - masòk, bilik - bilék , adik - adék, tujuh - tujòh, sungguh -
sunggòh, gemuk - gemòk etc.)
.
Dialek Hulu:
● Sama lebih kurang.
● Akhiran e taling, bukan e pepet.
● Berdiftong au dan ai pada huruf vokal “o” dan “u” pada suatu perkataan : jadi -jadai ,
babi - babai, mung -maung etc.
o O menjadi U (Lebih konsisten berbanding dialek pantai) awalan o pada suku kata
awalan akan menjadi u, seperti perkataan ;sotong > sutong. Gaya ini lebih cenderung
dalam hulu berbanding hilir.
o E menjadi I (lebih konsisten berbanding dialek pantai) huruf e pada suki kata awalan
seperti lembang menjadi limbang. Dialek hulu lebih cenderung dalam gaya ini
berbanding hilir.
o Ang menjadi Ong bagi sesetengah kampung ; terbang – terbong.
o etc.
➡️Penggunaan kata penunjuk demonstrative (Ho/Ö/nu - that) dan (ni - this)
sebagai “definite marker”:
- Kucing õ/ho = kucing tersebut/itu
- Cäko ni kucing ke budok nu = kucing ini cakar pada budak itu.
- Kejo õ/ho = kejar itu/tersebut.
- Kejo õ/ho ayang = kejar itu/tersebut ayam.
- Buku aku õ/ho.. = buku aku tersebut/itu.
- Bace buku õ/ho aku = baca buku tersebut aku
- Tu õ/ho buku aku = itu tersebut buku aku.
- Gi tengok kucing nu = pergi tengok kucing itu|/tersebut.
- Ade napok ok nu barang hok beli baruni?
= Ada nampak tak itu barang yang beli baru-baru ini?
Selain itu, boleh guna perkataan “Si”, “Yang”, dan “Sang” sama seperti bahasa melayu biasa.
Namun perkataan Sang sangat jarang
digunakan. Lazinnya perkataan “Yang” digunakan sama seperti loghat melayu yang lain.
Ce ambik khetah (cuba ambil kertas. Kertas yang mana?)
Ce ambik yang Khetah (cuba ambil yang kertas —Kertas tertentu, bukan mana-mana kertas–)
Hok bijok/yang bijok/Hok yang bijok (merujuk kepada golongan bijak tertentu)
➡️Penggunaan kata partikel No/noh (actually) sebagai epistemic particle :
Diletakkan Selepas kata kerja atau sebelum subjek menandakan perbuatan atau peristiwa itu
telah benar benar berlaku.
i) -Mákang budok nu beroye õ
= Budak Itu makan buaya tersebut.
-Mákang no budok nu beroye õ
= Budak itu telah benar-benar makan buaya tersebut.
ii) -Makang budok nu beroye õ
= Buaya tersebut makan budak itu.
-Makang budok nu no beroye õ
= Buaya tersebut telah benar-benar makan budak itu.
➡️Penggunaan Kata penanda/arah (location/direction/oblique marker):
1) ke (kepada,pada {to/onto} )
Aku wahi makang nasik (aku makan nasi)
-Aku wahi makang ke nasik (penanda objek)
-Aku wahi ke makang nasik (penanda untuk perbuatan)
2)Aku nok enja ye (aku mahu sepak dia)
-Aku nok enja ke ye (penanda objek)
-Aku nok ke enja ye (Penanda untuk perbuatan)
2) Kak (at/near - general location)
digunakan secara umum untuk menandakan lokasi (Near at) :
ade kak nung (ada di sana)
Wi kak anok nu (bagi pada anak itu)
Ade kak serawok (ada di sarawak)
3) Tah/lah (towards to/at)
digunakan untuk menandakan lokasi arah sesuatu (towards ):
Tèmbok tah/lah nung (tembak ke/di arah sana)
Cari tah/lah mèje (cari ke/di arah meja)
4) Pah ( Sehingga ke {Until} )
digunakan untuk menandakan lokasi dari mula sehingga ke mana:
Gi pah hane mu marèng ? (Kau pergi ke/sampai mana semalam?)
5) Ni ( At - general location)
digunakan untuk menandakan lokasi secara umum:
Tengok barang mu ade ni mèje õ (tengok barang kamu ada di meja itu)
Maroh mok ni aku (emak marah pada aku)
Wi baju èh ni mok (bagi baju ini pada emak)
Abang aku khije ni serawok (abang aku kerja di sarawak)
*Perkataan “Di” dalam BM Terengganu digunakan sebagai kata hubung dalam ayat pasif (by :
oleh).
-maroh mok di aku = Emak dimarahi olehku.
-maroh mok ni aku = Emak marah pada/ di / terhadap aku.
➡️Beza pakai 3rd person singular untuk “ye” dan “nye” :
● nye sayang aku (✓) = dia sayang aku
● aku sayang nye (X) = aku sayang dia
● Aku sayang ye (✓) = aku sayang dia
● Sayang nye aku (✓) = dia sayang aku
➡️Cara membuat kata jamak (plural) :
Sama sahaja seperti dalam bahasa melayu standard iaitu dengan membuat penggandaan kata
nama seperti rumoh (rumah) > rumoh-rumoh atau menggunakan kata quantifier seperti
banyok, rama, ‘kepoh, ‘kepo, ‘kembo dan lain-lain ; banyok rumoh.
Namun perkataan rama (ramai) dalam dialek terengganu boleh digunakan untuk merujuk
kepada haiwan dan tumbuhan juga, tidak terhad kepada manusia sahaja seperti dalam bahasa
standard.
- Rama buoh (banyak buah)
- Rama kucing (banyak kucing)
Kata jamak juga berfungsi sebagai “penegasan” kepada sesuatu kata, selalunya berfungsi
sebagai pengulangan atau rujukan khusus pada sesuatu.
-Pah sakék kaki
-Pah sakék kaki kaki
-Pah sakék-sakék kaki.
-Pah-pah sakék kaki
-Maroh mok
-Maroh-maroh mok.
-suke ayoh pòng
-suke ayoh-ayoh pòng
➡️Imbuhan Peng/pem/pe/Juru menjadi Jông:
Untuk manusia atau benda hidup sebagai pelaku menggantikan imbuhan peng/pem/pe:
● Juru tulis - Jòng tulih
➡️Imbuhan Ang / Sang:
● ganti imbuhan ke + an untuk kata adjektif untuk menggambarkan “keadaan”—
bersamaan dengan imbuhan “kelaparan” dalam BM:
o kekampungan (kapongang)
o kekotoran (koto’ang)
o Kerasaan? (Wase’ang)
o Kekiraan? (kira’ang)
o Kesesakan (boloksang/bolokpang)
o Keberatan (beraksang/berakpang)
o keadaan membaca (‘bace sang)
o Keadaan menangis (‘nangihsang)
o Keadaan menulis (‘Nulèhsang)
o Keadaan marah (marohsang)
o Keadaan mengamuk (‘ngamoksang/ngamokpang)
● Boleh membawa maksud “alat” :
o ayakkang/ayakpang (pengayak)
o galiyang (penggali)
o kukussang (pengukus)
➡️Imbuhan Akhiran -Pang:
● Boleh ganti akhiran -an dengan akhiran -pang pada setiap perkataan kata
adjektif/kata kerja yang berakhiran bunyi glotis/K.
● Lenggokpang (lenggokan)
● Jongokpang ( jengukan)
● Setokpang (sentakan)
● Terikpang (tarikan)
➡️Possessive noun dan possessive adjective serta darjah penghabisan Kata
Adjektif:
-possesive nouns:
- Rumah saya (my house):
i.Rumoh aku
ii. Rumoh hok aku (linker : hok)
iii. Rumoh nye aku (linker : nye)
Iv.Rumoh ni aku (linker : ni)
- Rumah budak ( the child’s house):
i.rumoh budok
ii. rumoh hok budok (linker : hok)
iii.rumoh nye budok ( linker : nye)
iv. rumoh ni budok (linker : ni)
- Aku punya rumah (the house of mine) :
Aku nye rumoh.
- Budak punya rumah (The house of the child ):
Budok nye rumoh.
-Mane sarung tangang ni mu? = Mana sarung tangan kau?
-Possessive adjectives-
Budok baik ( good child)
Budok hok baik (the child that’s good ..)
Baik budok/baik no budok ( the child is good)
-Darjah Penghabisan-
● awe-awe, ge = seperti /ibarat
● Pe = serupa, sama
● Luwok,kurang, mbèng, agi = kurang , sangat/lebih
● do'oh, ngak-ngak, ‘kali, rapak = terlalu
● Lazimnya dialek ini kaya dengan kata penguat adjektif tersendiri seperti paik ‘lepang,
manih ‘leting dan banyak lagi.
➡️Kata pascakata e/he/wèh/èh/ untuk menggantikan fungsi penegasan -Nya
"tingginya etc"
● tinggi e / wèh/ èh/he pokok ö = tingginya pokok tersebut.
➡️Copula verb"to be - èh“ = Ialah/adalah/ni/ya (barang ni:barang èh)
Aku ialah seorang guru = Aku èh sorang guru.
Aku ialah ayah dia = Aku èh ayoh ye.
Rumoh ibu ialah rumah pusaka = Umoh ibu èh umoh ssake.
Nama aku ialah ali = Name aku èh ali.
➡️Fungsi sabdu pada kata nama, kata adjektif, kata kerja dan kata sendi:
(a) Kata Adjektif
● Tukar kepada kata kerja.
● Beso - 'Beso (membesarkan).
b) Kata Nama
● Kata ganda semu / kata ganda separa tunggal / sisipan disabdukan.
o Sabdu:
o lelabi / labi-labi = 'labi
o kekuda / kuda-kuda = 'kude.
c) Kata Sendi:
● akan, ke, kepada, terhadap, dalam, pada, dengan (cara), di, dari/daripada, oleh boleh
digantikan sabdu terhadap kata nama yang dibelakang:
o Ade ‘mèje : ada di meja.
● Struktur ayat yang bervariasi dan unik.
● Boleh guna kata bantuan atau imbuhan kalau kata bermula huruf vokal.
d) Kata Kerja:
● Boleh guna imbuhan kalau kata kerja bermula huruf vokal: 'ngoce', 'ngako', 'ngambik'.
● Namun, Imbuhan ber + kata kerja yang berawalan vokal akan disebut dengan huruf W
yang bersabdu. ; berasap - ‘Wasak, berangin - ‘Wanging, berombak - ‘Wombok, beranak
- ‘Wanok, berapi - ‘Wapi.
● Kata kerja berganda boleh disabdukan:
Menunggu-nunggu - 'nunggu' , ulang-alik – ‘ngulang
● Boleh dikatakan semua imbuhan kata kerja digugurkan kecuali akhiran an dan memper
& diper.
o Ber...An jadi ...an , bersalaman - 'salammang.
● Imbuhan Meng-, Ter-, Ber-, Ber...kan digugurkan, jadi sabdu.
o mendaki - 'daki
o terdiam - 'diang
o berdindingkan kayu - 'dinding kayu.
● Imbuhan Memper & Diper:
o peralat - 'peralak
o diperalat – pe’ralak
o memperdalam - 'pedalang
o diperdalam – pe’dalang
● Namun, bagi awalan imbuhan Men & Ter, ber, bertembung dengan kata kerja yang
bermula dengan huruf L, maka sabdu pada awalan huruf L tersebut boleh digantikan
dengan sabdu berhuruf ‘N. ; melompat - ‘Nopak, terloncat - ‘Nocak, berlantun - ‘Natòng,
melintas - ‘Nitah, meleleh - ‘Nèlèh, meletup - ‘netuk etc.
bagi imbuhan ber …an , maka dikekalkan imbuhan an di belakang; berlintasan -
‘nitahsang etc.
● Imbuhan berakhiran -Kan juga boleh digantikan dengan -Ke dalam dialek terengganu.
Contoh:
1. -saya membasuhkan baju ali = ‘Basoh ke baju Ali aku.
2. -Ibu memakaikan seluar pada anaknya = mok ‘maka ke seluo ke anok ye.
3. Ayah suka meninggikan suara apabila marah = wahi aboh ‘ninggi ke sore dang maroh.
➡️Aspek sabdu pembeza makna; Gaji (gaji) dan 'Gaji' (gergaji),
➡️Aspek sengauan; Pok (pakcik) dan Pôk (hempuk)
➡️Penggunaan spesifik kata bantu /partikel/penegas (particle):
pah = dah tu / pastu (awal ayat)/sampai@ ke
- Pah, ye gi ‘mane
- Pah, aku pong gi lik nung
- Gi aku pah ssejid.
- Pah hane gi mu 'marèng?. Engkau pergi ke mana semalam?
ho = ya, tersebut (definite/referential particle)
- Ho, ye sungguh
- Tengoh ‘ngajo ho cikgu
- Tengoh ‘ngajo cikgu
- Tengoh ‘ngajo no ho cikgu
dok = tidak
- Dok ah
yak = aik/lak
- yak muktang! ‘sining ade mu !
wèh lòk = aduhai
- Wèh lòk, bakpe wak kite ‘gining ye?
nèh / dèh = ya, ok, kan, “really/rupanya” rupa-rupanya (actually)
- Maroh nèh/dèh ayoh …
- Makang nèh?
- Kèkgi wak ‘gining nèh.
- Mèh makang nèh..
- Comè dèh muke
Mèh. = Ayuh/jom
- Makang mèh.
noh/no = Nah / rupanya/telah benar-benar berlaku (actually) - affirmative particle
- makang noh, meh !..
- panah no kopi…
- tubik no aku…
- Lawo no kucing
- makang no budok..
- Sapeye no hok wak ni?..
Nu = Itu / sana /tersebut ;
- ade tang nu,
- ce ambik buku nu,
- nu barang õ
- Ade napok nu tèpong aku buh ‘mane?
toh = itu (benda fizikal)
- Toh barang mu
- Ni toh ho tèpong
- Tu toh umoh õ
- Mu napok toh meje õ?
tèh = itu (dengan maksud yang lebih sopan,halus atau manja);
- manje tèhhhh,
- bakpe tèhhh
tèk = juga/ itu (tegas dengan maksud yang lebih geram atau meluat)
- ‘nebèng tèk mu orang èh !
- Becï aku tèk ye õ !
te = tu! (Penguat yang lebih santai);
- sakit te!
- Wak mende te awang !
Tah = Menuju sesuatu/buat sesuatu (on the way)
- Tah 'makang doh ni
- Tah 'tidur doh aku èh
- Tah 'nangih aku dang ba jerkoh
Baru = Baru sahaja(just)
- Aku makang baru èh
- 'nangih baru ye pah aku jerkoh
Tengoh/ngoh = sedang
- Aku tengoh/ngoh ‘bace buku èh
- Mu tengoh/ngoh wak mende õ?
Kang = akan
- Kang ‘nangih ye kalu orang jerkoh
- Aku kang gi ni rumoh mu èkgi
Duk = Merujuk sesuatu perbuatan yang sedang dilakukan dan masih berterusan (still/repetitive)
-duk makang mu dok breti
-aku duk tengok cite ni tibi èh
dèkpong/èkpong/tèkpong = itulah pun
- Èkpong, aku ‘kabo doh kang
- Ho èkpong, wak agi
pa = akhirnya / kesudahnya (pada hujung ayat)
- ’nangih ye pa
- Sepak pa ye õ
Pòng = pun (indeed)
- Mu pòng wahi ah makang nasik
Pi/tapi = bahkan “anyway”
- Maroh ye pi kalu kene api.
- Mäkang pi aku megi nu kalu takdok lauk sutè habuk.
boh/omboh = Allah/adoi/wah/kah; boh boleh bemaksud panggilan hormat kepada lelaki
- Boh, bakpe palarak gitu seme?
- Omboh, comè molèk
- Boh, jahakk khije’ang ye
- Boh, dème nok gi ‘mane õ?
- Pah nnangih boh?
wèh = wei / wahai / hai / hei/ nya (penguat)
- Wèh, ‘jadi sik goreng ni
- Wèh anok mude, semayang bèng tingga dèh !
- Sakék wèh lutuk aku !
lohe = alahai
- Lohe sunggòh ah anok aku ning !
Nggòh = terlalu/sungguh (really)
- Maroh nggòh ye õ
- Makang nggòh aku nasik goreng ni
anggo = amboi
- Anggo tèh, galoknye ye
- Anggo, wak ‘dène tèh kucing
èh/éh = eh / nya (penguat)
- Sakék èh ‘pale
Lok/pulok tu = pulak/disamping/namun(Instead of/on the other hand)
- Aku lok wak, doh doh ah mu
- ‘gitu lok èh
- Aku wahi makang ayang,pulok tu, ayoh dok wahi.
Lèng = terlalu/sangat/bersungguh-sungguh dlm buat sesuatu (very/determinedly)
- Makang 'lèng nasik ye õ
- Mane ye èh, lame 'lèng oh aku 'nunggu
- Panah lèng ari ning.
Le = terus
- Ambik nasik èh wak makang le
- Minung le aku dang napok ye
ate = "katanya" (apparently)
- Tu ate
- Jerköh mok anok õ sapa ‘nangih ate
Konong = “Katanya” (supposedly)
- Maroh konong ye õ
- Konong ye ‘nelang ah tu õ
gok = juga / pula / pun
- Aku gok hok gi ‘dinung
- Mu gok?
- ‘Kadang gok aku Wahi gi ‘pata
ah/ha = lah / ah
- Maroh ah, dok akòk pòng
- sakék ah ‘Pale aku
Oh/loh = sudah/dah/telah
- Wak oh/loh khije õ?
- Makang oh/loh?
- Basòh oh/loh aku baju õ
Ke = kah
- Maroh ke?
- Balik ke ye?
e/he = kah / je /nya (penegas)
- ‘nape e name jalang õ?
- Wak e, doksoh takòk ah
- Maroh hee mok nge anok õ
Ang = nanti (later)
- Maroh ang aku mu.
- Makang ang cikgu pah gi kkoloh.
ok = kan, ya –interrogative marker
- Mu ok? Wi ok mu ke ye?
- Ok. Padaha ‘kabo doh ‘marèng.
Õ = tersebut/itu
- Õ barang aku
- Napok õ kucing õ?
- Tengoh ‘ngajo cikgu õ/ho
- Tengoh ‘ngajo õ/ho cikgu
kemah = pergh / mantap
- Kemah, ‘ngopong gok wak khije mu
Mang = Memang/sebenarnya (indeed/well)..
- Mang wahi ye makang nasik ayang.
- Mende masaloh ye mang?
- Ye nok mende mang 'benonye?
Dòk = asyik/leka/sedang
- Dòk makang nasik èh.
Agi = Masih (still/yet)
- makang agi aku.
- maroh agi mu?
- tido agi ye.
Raa = Tiba-tiba (suddenly).
- wane mu maroh raa ‘gitu nge aku?
- 'ngamok ye sapa jatuh raa abih buku-buku aku
-
Idak = Cuma,/hanya (only, just)
- idak kate, kalu nok pitih belana, idak kene abih reng ah wak 'keje.
● Panggilan "abang" untuk wanita: abang wok, abang nurul.