PROFILE PSSCM CAWANGAN KEDAHPERSATUAN1. PENGENALAN PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIASeni Silat Cekak sehingga kini telah...
pembangunan negara dan pembangunan sosial selaras dengan Dasar SosialNegara.2. MISI, VISI DAN MATLAMAT PERSATUAN SENI SILA...
1. Memantapkan sistem pentadbiran dan keurusetiaan dengan mengadakan   infrastruktur dan sistem sokongan seperti maklumat ...
3. SEJARAH PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIAPada 5 Ramadhan 1385 Hijrah, bersamaan 28 Disember 1965, bertempat di rumahS...
13 Ogos 1986 selepas 21 tahun mengembangkan Seni Silat Cekak Malaysia keseluruh negara.Bak kata pepatah Melayu patah tumbu...
Kedah. Sebanyak dua buah pusat latihan telah Berjaya dibuka di Alor Setar danPokok Tai. Melalui Majlis Ceramah dan Demonst...
Bintang 21 - bererti kaedah pelajaran Silat Cekak yang mengandungi 21 buahmatapelajaran untuk mempertahankan diri.Segemal ...
Putih - melambangkan suci dan bersih           Hijau - melambangkan keIslaman6. PANTUN PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA...
untuk mendaulatkan seni kebangsaanmensesuaikan dengan makna kemerdekaan      Silat Cekak benar-benar asli     tidak bercam...
menerima amanah Tuhan Rabbi                           supaya menjadi mukmin sejati                          demi menegak I...
Dengan jiwa yang mulia kita bersatu       Pusaka Melayu dipelihara      Silat Cekak warisan mutlak        Seni kebudayaan ...
8. AHLI JAWATANKUASA PSSCM PUSAT 2011/2014
9. AHLI JAWATANKUASA CAWANGAN KEDAH 2011/2013
10. KELAS KELAS LATIHAN PSSCM CAWANGAN KEDAHPERSILATAN1. ASAL USUL PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA
Silat Cekak berasal dari Kedah. Pernah diamalkan oleh panglima-panglima kerajaanKedah di zaman Kesultanan Sultan Ahmad Taj...
Tanggungjawab ini diteruskan pula oleh Y.M. Haji Ishak bin Itam selaku Guru Utamamerangkap Presiden PSSCM pada 21 Septembe...
2. PENGERTIAN CEKAKPetikan daripada artikel yang bertajuk CekakSuara Cekak, KDN 9130, Bilangan 1, Tahun 1975Mengapakah Sil...
sebagai Ce-kak tetapi disebut dengan bunyi Cakak. Bercakak dalam bahasaMinang membawa maksud bergaduh. Contohnya:"Si Ali d...
Untuk penjelasan, penerangan di atas cuma menitik beratkan Silat Cekak denganpengunaan perkataan Cekak. Sebenarnya dari se...
c. Buah-buah dasar dan pecahan-pecahan ini adalah buah-buah segala ilmukeputusan seluruh silat Melayu di dalam alam Melayu...
•   Buah Hempok   •   Buah Luncur   •  Buah Siku Potongd. Pengajaran cara memotong atau menyekat kesemua 21 buah yang ters...
h. Pengajaran mengguna Parang Lading buah menunggu segala rupa seranganyang menggunakan senjata pendek. Penyerangan terhad...
cara penangkisan yang diamalkan oleh silat Cekak yang dimana sembilan puluhperatus dari mata pelajarannya menitik beratkan...
Datuk Mohd. Zain, Ketua Menteri Melaka, menerima parang lading daripada wakilPersatuan Seni Silat Cekak Malaysia di Melaka...
Panglima Ismail         Panglima Kanan Negeri Kedah di                               zaman Kesultanan Ahmad Tajuddin II.  ...
Walaupun Ustaz Hanafi dilahirkan dari keluarga petani, namun kepentingan padapelajaran amat diutamakan oleh bapanya dan be...
benar asli dan boleh dipertanggungjawabkan untuk mempertahankan diri danmendalami bidang kerohanian Islam khasnya ilmu tau...
bagaimana konsep Silat Cekak dilakukan. Bagi memastikan kelicinan setiapperubahan dilakukan itu, beliau telah mewujudkan s...
belajar pula di Pondok Pokok Sena (tafsir) dengan Tuan Guru Haji Ahmad b. TuanHaji Hussein.Pada tahun 1969, YM Ustaz Haji ...
Y.Bhg. Datuk Haji Maideen Bin Kadir ShahGuru Utama Seni Silat Cekak MalaysiaDatuk Haji Maideen bin Kadir Shah dilahirkan d...
bidang perniagaan bermula secara kecil-kecilan sehingga berjaya bergelar TokohUsahawan. Beliau juga dilantik sebagai Penge...
YM Tuan Haji Ishak bin Itam telah menyerahkan Jawatan Guru Utama dan Presidenkepada Datuk Haji Maideen pada hari Rabu, 03 ...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Profile PSSCM Cawangan Kedah

3,157 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
3,157
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Profile PSSCM Cawangan Kedah

  1. 1. PROFILE PSSCM CAWANGAN KEDAHPERSATUAN1. PENGENALAN PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIASeni Silat Cekak sehingga kini telah berkembang di seluruh Semenanjung Malaysiadengan jumlah cawangan di 12 buah negeri. Jumlah keahlian adalah seramai kira-kira 80 000 orang dan mempunya sejumlah 105 buah kelas latihan dengan kekuatanTenaga Pengajar seramai lebih kurang 700 orang. PSSCM juga telah diterimadengan baik di IPTA dan IPTS seperti UiTM UIAM, UUM, USM, UPM, UKM, UTM, ,UPSI serta di kolej-kolej teknikal seperti UniKL dan Politeknik serta di MRSM dan disekolah-sekolah. Paling membanggakan juga, ia telah diterima baik oleh pihakTentera Laut DiRaja Malaysia dengan tertubuhnya Kelab Silat Cekak TLDM diPangkalan TLDM di Lumut, Perak. Di samping itu, Silat Cekak juga telah diterimasebagai salah satu daripada aktiviti ko-kurikulum bermata kredit di IPTA seperti diUiTM, USM dan UUM.Di dalam usaha perkembangannya, PSSCM telah mengukuhkan jenterapentadbirannya bersesuaian dengan keperluan semasa dan penggunaan teknologiinternet. PSSCM telah mempunyai laman webnya sendiri untuk kemudahan orangramai mendapatkan maklumat mengenai persatuan ini. Dengan jenterapentadbirannya, PSSCM melangkah maju berusaha untuk mendaulatkan Seni SilatMelayu melalui program pemilikan hartanah samada di peringkat pusat mahupuncawangan-cawangan negeri.Sesuai dengan cita-cita PSSCM untuk mendaulatkan Seni Silat Melayu, PSSCMtelah bersama-sama terlibat di dalam semua aktiviti Persatuan Silat Kebangsaan(PESAKA) serta di dalam program pembangunan negara yang ingin melihatmasyarakat Melayu khususnya terus maju dan berjaya dalam semua bidang yangdiceburi sebagaimana yang telah disarankan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.PSSCM amat bertuah kerana sentiasa mendapat sokongan padu daripada kerajaanMalaysia dalam sebarang usaha untuk membasmi budaya kurang sihat melaluiprogram Rakan Muda dan Rakan Wajadiri. Komitmen berterusan yang diberikanoleh PSSCM adalah untuk terus bergiat cergas dalam semua usaha penyeimbangan
  2. 2. pembangunan negara dan pembangunan sosial selaras dengan Dasar SosialNegara.2. MISI, VISI DAN MATLAMAT PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIAMISIMemimpin dan membentuk ahli-ahli PSSCM khususnya dan orang Melayu amnyasupaya beriman dan bersatu untuk mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara.VISIMendaulatkan Seni Silat Melayu yang asli, khususnya Seni Silat Cekak Malaysiadan membersihkan segala tahyul dan khurafat yang tidak sesuai dengan iktikadIslam.MATLAMAT 1. Menghidupkan, memperkenalkan serta mempersebatikan pusaka bangsa yang merupakan seni kebudayaan keturunan yang hampir dilupakan. 2. Menanamkan perasaan cinta dan kasih akan hak dan warisan mutlak bangsa Melayu. 3. Menanamkan semangat bahawa kitalah yang bertanggungjawab menjaga diri sendiri, tanpa bergantung kepada orang lain. 4. Memberi pengertian tujuan dan matlamat bersilat, juga tujuan dan mengapa hidup serta matlamat sebenar hidup itu. 5. Membasmi dan menentang tahyul dan khurafat yang tidak sesuai dengan iktikad Islam. 6. Menanamkan semangat dan roh Islam sebagai pegangan bagi menghadapi apa jua keadaan.STRATEGI
  3. 3. 1. Memantapkan sistem pentadbiran dan keurusetiaan dengan mengadakan infrastruktur dan sistem sokongan seperti maklumat pangkalan data serta memastikan keutuhan perlembagaan PSSCM.2. Melaksana melalui pelbagai medium untuk majlis penerangan berkenaan Seni Silat Cekak dengan mengadakan laman web, Berita Cekak, Kursus Penerangan dan demonstrasi serta menggalakkan koleksi sejarah Silat Cekak samada dalam bentuk teks, teks bergambar mahupun multimedia.3. Mendapatkan pembiayaan bagi program peluasan budaya Melayu melalui kegiatan yang berasaskan Seni Silat dan menguruskan aset bagi menjana pengembangan ekonomi.4. Mengambil inisiatif untuk mengembangkan Seni Silat Cekak di Institusi Pengajian Tinggi atau Pusat Pendidikan dan menyusun program yang dapat membangunkan dan menyuburkan lagi budaya Seni Silat.5. Melakukan aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan bagi program pengukuhan nilai-nilai budaya Melayu dan membina program yang bersesuaian untuk peluasan dan pengembangan Seni Pusaka Melayu melalui Seni Silat.6. Mengambil usaha proaktif secara berterusan untuk memastikan misi, visi dan matlamat PSSCM tercapai dengan mengadakan aktiviti-aktiviti yang mendorong kepada penyatuan dan perpaduan ahli.
  4. 4. 3. SEJARAH PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIAPada 5 Ramadhan 1385 Hijrah, bersamaan 28 Disember 1965, bertempat di rumahShafie Darus, Batu 4 3/4, Jalan Gunung Alor Setar, Kedah; Silat Cekak berjayadilahirkan kembali menerusi Perkumpolan Seni Sari Budaya Sri Kedah yangditubuhkan pada Februari 1964.Pada akhir tahun 1970, Seni Silat Cekak telah berhijrah ke Kuala Lumpur. Di KualaLumpur, ia berkembang dari satu sudut yang kecil di kedai makan milik En. Hussainb. Ahmad, Jalan Raja Alang, Kuala Lumpur. Seterusnya, beberapa kelas telahdibuka, antaranya di Kampung Baru. Kegiatannya di Kuala Lumpur telah berjalan dibawah naungan seksi Seni Silat, Persatuan Bawean Putra, Kampung DatukKeramat, Kuala Lumpur.Pada 19 Ogos 1971, Silat Cekak telah diperkenalkan dan dikembangkan oleh YMAlMarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad melalui Persatuan Seni Silat CekakKedah Malaysia dan pada tahun 1975 pula, melalui Persatuan Seni Silat CekakMalaysia. Pada tahun yang sama, buat pertama kalinya lambang rasmi PersatuanSeni Silat Cekak Malaysia telah diperkenalkan dan telah digunakan sehingga kini.Perkembangan awal Seni Silat Cekak Malaysia telah diterajui oleh YM AlMarhumUstaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad sehinggalah beliau kembali ke Rahmatullah pada
  5. 5. 13 Ogos 1986 selepas 21 tahun mengembangkan Seni Silat Cekak Malaysia keseluruh negara.Bak kata pepatah Melayu patah tumbuh hilang berganti, tanggungjawab tersebuttelah diteruskan oleh YM Tuan Haji Ishak bin Itam selaku Guru Utama dan PresidenPSSCM pada 21 September 1986 sehingga 3 Jun 2009 dan seterusnya oleh Y.Bhg.Datuk Haji Maideen Kadir Shah sehingga kini.4. SEJARAH PENUBUHAN PSSCM CAWANGAN KEDAHPSSCM Cawangan Kedah Utara didaftarkan pada 10 Mei 1972. Hampir tujuh tahunkegiatan Silat Cekak idak dapat dijalankan kerana kekurangan tenaga penggerak.Saudara Azmi bin Ismail, Abdul Razak bin Mat dan beberapa pendokong Silat Cekakyang lain, pada April 1979 kegiatan persatuan mula digerakkan semula apabilamemperolehi tempat latihan di No 94 B, Seberang Perak Alor Setar hasil dari usahagigih meraka,dengan Saudara Abdul Razak bin Mat sebagai Yang Di Pertuacawangan. Seramai 26 orang diijazahkan pada 3 Mei 1979 apabila kelas pertamadibuka.Dengan bantuan daripada ahli-ahli ibu pejabat, satu majlis demonstrasi besar-besaran telah diadakan di Padang Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar pada 18Mac 1980. Langkah ini telah menarik minat orang ramai mempelajari Silat Cekak.Pada tahun 1981, cawangan ini didaftarkan atas nama Persatuan Seni Silat CekakCawangan Kedah di alamat 2193 Taman Rakyat, Jalan Sultanah, 05350 Alor Setar,
  6. 6. Kedah. Sebanyak dua buah pusat latihan telah Berjaya dibuka di Alor Setar danPokok Tai. Melalui Majlis Ceramah dan Demonstrasi di Universiti Utara Malaysia,Silat Cekak telah Berjaya dikembangkan di universiti tersebut pada tahun 1988 dansaudara Abdullah bin Murad dipilih sebagai Penasihat Pengurusan.PSSCM cawangan Kedah telah berpindah ke Lot 132 Jalan Biru, Kampung Berjaya,05150 Mergong, Alor Setar dan pada tahun 2000 di A 1447, Lorong Seri, JalanLanggar, 05460 Alor Setar, Kedah sehingga kini.PERAKUAN, PENDAFTARAN PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA5. LAMBANG RASMI PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIALambang ini telah dicipta pada tahun 1976 oleh YM AlMarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad dan telah digunakan secara rasmi sehingga kini. Setiapkomponen/elemen lambang tersebut membawa maksud-maksudnya yang tersendiri:
  7. 7. Bintang 21 - bererti kaedah pelajaran Silat Cekak yang mengandungi 21 buahmatapelajaran untuk mempertahankan diri.Segemal Padi - bererti silat ini lahir dari masyarakat petani yang resminya makinberisi makin tunduk. Oleh itu silat ini tidak sesuai bagi mereka yang berjiwasombong, bongkak, takbur dan khianat.Parang Lading - Parang Lading adalah merupakan senjata rasmi Silat Cekak yangjuga merupakan senjata asli orang Melayu yang khas digunakan untukmempertahankan diri.Sebilah Keris - melambangkan kedaulatan Raja-Raja Melayu, bangsa Melayu sertanegara Malaysia.Tulisan Muhammad Ahmad - tulisan yang bertimbal balik ini membawa maksudpenekanan terhadap asuhan rohani dan jasmani.Warna - seperti juga komponen-komponen di atas, setiap warna yang digunakanjuga mempunyai pengertiannya yang tersendiri:- Kuning - melambangkan kedaulatan silat pusaka bangsa Melayu Merah - melambangkan kesanggupan untuk mempertahankan diri dengan menggunakan sistem Silat Cekak jika diceroboh Biru Tua - warna rasmi Silat Cekak melambangkan asuhan rohani dan jasmani
  8. 8. Putih - melambangkan suci dan bersih Hijau - melambangkan keIslaman6. PANTUN PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA Lahirnya Cekak kerana kesedaran bukan bermusuh sebagai tujuan
  9. 9. untuk mendaulatkan seni kebangsaanmensesuaikan dengan makna kemerdekaan Silat Cekak benar-benar asli tidak bercampur hak luar negeri hendaklah belajar bersungguh hati untuk menjaga diri sendiri Silat Cekak tersangatlah mudah bagi mereka yang mendapat hidayah sungguhpun begitu hendaklah tabah InsyaAllah mendapat faedah Silat Cekak pada lahirnya pengertian gerak pada batinnya hendaklah mahir seluruh anggota hendaklah jujur pada jiwanya Taat ke guru membawa berkat sedikit belajar banyak yang dapat jika menderhaka menjadi mudarat semua ilmu tiada yang lekat Sebenar guru ada hakikat dikuat pula amalan syariat ditambah pula ilmu makrifat berpakaian pula dengan isyarat Dua ibu bapa tak boleh derhaka besar jasanya kepada kita kalau menderhaka bahaya menimpa di akhirat kita masuk neraka Wajiblah menjaga diri sendiri
  10. 10. menerima amanah Tuhan Rabbi supaya menjadi mukmin sejati demi menegak Islam yang suci. Pantun Silat Cekak ini telah dicipta oleh YM AlMarhum Ustaz Haji Hanafi bin HajiAhmad dengan bertujuan untuk memberi gambaran kepada penuntut-penuntut Silat Cekak bahawa Silat Cekak lebih menekankan kepada pendidikan rohani dan jasmani yang tidak terkeluar dari landasan Islam. Pantun di atas telah diterbitkanoleh PSSCM secara rasmi melalui Majalah Suara Cekak 1 (1975) dan Suara Cekak 2 (1976).7. LAGU RASMI PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA Warisan Mutlak
  11. 11. Dengan jiwa yang mulia kita bersatu Pusaka Melayu dipelihara Silat Cekak warisan mutlak Seni kebudayaan kita Berusaha sentiasa kita bersedia Diri sendiri perlu dijaga Silat Cekak warisan mutlak Mari bersama kita jayakannya Korus: Dengan guru yang ada hakikat Serta amalan syariat Tambah dengan ilmu makrifat Munafaatnya sungguh hebat Penuh azam mencapai matlamat kita Mempertahankan kedaulatannya Silat Cekak warisan mutlak Demi agama, bangsa dan negaraLagu dan Lirik oleh Johari Salleh (1990)
  12. 12. 8. AHLI JAWATANKUASA PSSCM PUSAT 2011/2014
  13. 13. 9. AHLI JAWATANKUASA CAWANGAN KEDAH 2011/2013
  14. 14. 10. KELAS KELAS LATIHAN PSSCM CAWANGAN KEDAHPERSILATAN1. ASAL USUL PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA
  15. 15. Silat Cekak berasal dari Kedah. Pernah diamalkan oleh panglima-panglima kerajaanKedah di zaman Kesultanan Sultan Ahmad Tajuddin II.Panglima Ismail, salah seorang panglima kanan kerajaan Kedah yang pernahmenewaskan seorang batak bernama Tuah (bukan Hang Tuah) telah menurunkanilmu silat ini kepada Panglima Tok Rashid. Manakala Panglima Tok Rashid pulatelah mengamanahkan Silat Cekak ini kepada Yahya Said yang berasal dari BatuKurau, Taiping sebagai pemegang amanah.Panglima Tok Rashid meninggalkan wasiat kepada Yahya Said yang ketika ituberumur 20 tahun:"Jika ada anak cucuku di Kedah hendak belajar silat ini, hendaklah kaupulangkan kembali".Silat ini telah terpendam selama 40 tahun sehinggalah Y.M. Ustaz Haji Hanafi binHaji Ahmadyang berasal dari Kedah, telah bertemu dengan Yahya Said.Oleh kerana minatnya yang amat mendalam terhadap silat ini, Y.M. Ustaz HajiHanafi bin Haji Ahmad telah dapat mewarisi kembali seni pusaka bangsa inidaripada Yahya Said. Pada 5 Ramadhan 1385 Hijrah, bersamaan 28 Disember1965, bertempat di rumah Shafie Darus, Batu 4 3/4, Jalan Gunung Alor Setar,Kedah; Silat Cekak berjaya dilahirkan kembali menerusi Perkumpolan Seni SariBudaya Sri Kedah yang ditubuhkan pada Februari 1964.Kemudian pada 19 Ogos 1971, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia didaftarkandan diasaskan oleh YM Al-Marhum Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad Pada tahun 1975,Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia telah menyaksikan logo baru baginya yangmana ianya juga telah diasaskan oleh Y.M. Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi bin HajiAhmad, Guru Utama merangkap Presiden PSSCM.Beliau telah meninggal dunia pada 13 Ogos, 1986 setelah menerajui PSSCM danmengembangkan silat ini ke seluruh negara selama 21 tahun.
  16. 16. Tanggungjawab ini diteruskan pula oleh Y.M. Haji Ishak bin Itam selaku Guru Utamamerangkap Presiden PSSCM pada 21 September, 1986. Majlis pengijazahanpenuntut baru pertama kali dilakukan oleh beliau di Universiti Pertanian Malaysiapada 13 Oktober, 1986. Y.M. Haji Ishak Itam terus menerajui PSSCM sehinggabeliau menyerahkan pucuk pimpinan Silat Cekak kepada Y.Bhg. Datuk Haji MaideenBin Kadir Shah pada 3 Jun 2009 dan secara beradat pada 23 Jun 2009.Seterusnya hingga sekarang cawangan-cawangan dan kelas latihan PSSCM telahberkembang di seluruh Semenanjung Malaysia dengan pembukaan kelas-kelaslatihan di cawangan-cawangan negeri dan di institusi pengajian tinggi awam danswasta di seluruh Semenanjung Malaysia.
  17. 17. 2. PENGERTIAN CEKAKPetikan daripada artikel yang bertajuk CekakSuara Cekak, KDN 9130, Bilangan 1, Tahun 1975Mengapakah Silat Cekak ini dipanggil Silat Cekak? Mengapakah tidak diberi nama-nama yang lain?Adakah nama Cekak diletakkan dengan tidak mempunyai apa-apa maksud?Perkataan Lama Perkataan Cekak adalah satu perkataan yang tua yang telah lahir .sejak zaman masyarakat Melayu. Perkataan Cekak digunakan setiap hari, inimenunjukkan perhubungan yang rapat antara masyarakat kita dengan perkataanCekak itu tetapi mereka masih jauh dari pengertian Cekak apabila perkataan itudigunakan sebagai nama sejenis seni silat iaitu Seni Silat Cekak.Oleh kerana perkataan Cekak mempunyai pertalian yang erat dengan tata bahasaMelayu, untuk mengetahui mengapakah Silat Cekak itu dinamakan Silat Cekak, kitamestilah mengkaji dari segi istilah dan penggunaan perkataan Cekak itu sendiri.Makan Cekak Di Utara terutama di Kedah, perkataan Cekak itu telah dijadikan satu .simpulan bahasa - makan cekak. Simpulan bahasa tersebut membawa maknabertanggungjawab. Misalnya ada suatu pekerjaan yang hendak dibuat, maka adaorang yang mengatakan:"Ah, itu aku seorang saja pun makan cekak."Bila dibawa kembali kepada Silat Cekak maka makna Silat Cekak ialah silat yangbertanggungjawab menjaga diri pengamal-pengamalnya dari dianiayai oleh musuh-musuhnya.Bercakak Di dalam bahasa Minang, perkataan Cekak ada juga, tetapi tidak disebut .
  18. 18. sebagai Ce-kak tetapi disebut dengan bunyi Cakak. Bercakak dalam bahasaMinang membawa maksud bergaduh. Contohnya:"Si Ali dan si Ahmad sedang bercakak di simpang tiga".Ini membawa pengertian bahawa si Ali dan si Ahmad sedang bergaduh. Jadikembali kita kepada makna Silat Cekak - ia membawa erti Silat Gaduh. Ini bukanbermakna Silat Cekak ini suka bergaduh tetap ialah Silat yang boleh dibawabergaduh untuk mempertahankan diri. Jelas sekali Silat Cekak sebenarnya Silatyang benar-benar untuk mempertahankan diri bukan untuk pertunjukkan di majlis-majlis kenduri ataupun di pesta-pesta. Sebab itulah Silat Cekak tidak ada tarimenari, gong gendang dan langkah melangkah. Ia hanya mara kehadapan apabilabertempur dengan musuh.Secekak Pergi pula kita kepada perkataan secekak. Secekak membawa erti .segenggam. Segenggam ini pula membawa kepada banyak maksud. Pertamanya,Silat Cekak mempelajari yang segenggam bukan yang segantang. Di sinidimaksudkan bahawa mata pelajaran Silat Cekak merupakan mata pelajaran intisarisilat sahaja (segenggam) bukannya cabang-cabang silat yang banyak (segantang).Oleh kerana Silat Cekak adalah mempelajari perdu gerak, maka ianya sangat cepat,teratur dan dapat diajar dalam waktu yang singkat sekali.Kedua, segenggam menunjukkan padu. Jadi Silat Cekak adalah satu Silat yangbenar-benar tegas dan berpendirian. Di mana kaedah-kaedahnya memberikeyakinan kepada pengamal-pengamalnya bahawa mereka telah mendapat rahsiadan sesuatu yang berguna di dalam bidang seni mempertahankan diri.Kesimpulan. Dari hujjah-hujjah di atas dapatlah kita membuat satu tumpuankesimpulan, mengapa Silat Cekak dinamakan Silat Cekak itu.Silat Cekak adalah sesuai dinamakan kepada amalan Seni Silat ini kerana Seni Silatini adalah satu-satunya jenis silat yang benar-benar asli hak pusaka Melayu yangmempunyai pegangan untuk bertanggungjawab di dalam menjaga diri pengamal-pengamalnya.
  19. 19. Untuk penjelasan, penerangan di atas cuma menitik beratkan Silat Cekak denganpengunaan perkataan Cekak. Sebenarnya dari segi mata pelajaran dan kaedahyang diajar memanglah sesuai dan tepat mengapa Silat Cekak dinamakan SilatCekak. Hal ini sudah tentu diketahui oleh penuntut-penuntut silat yang telah tamatpelajarannya.3. SISTEM MATA PELAJARAN PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIAPelajaran Silat Cekak Malaysia mempunyai satu sistemyang unik berbanding dengan seni beladiri yang lainPelajaran ini terbahagi kepada 8 bahagian:a. Mempunyai kaedah A, B, C dan D. 4 pergerakan di tangan kiri dan 4 pergerakandi tangan kanan (kaki tidak bergerak), berdiri lurus seperti berdiri waktu sembahyang(tidak berdiri kuda-kuda).b. Buah-buah dasar (basic) sambungan daripada kaedah A, B, C dan D; dilatihbergerak sekali tangan dan kaki. c. Buah-buah pecahan atau buah-buah anaksambungan daripada buahbuah dasar pelajaran yang kedua. Dengan buah-buahpecahan inilah untuk mempertahankan keselamatan daripada segala rupa serangan.
  20. 20. c. Buah-buah dasar dan pecahan-pecahan ini adalah buah-buah segala ilmukeputusan seluruh silat Melayu di dalam alam Melayu seperti Keputusan Sendeng,Keputusan Gayung Fatani, Keputusan Silat Harimau dan lain-lain seperti yangdisebutkan pada bahagian awal tadi.Nama-nama buah Seni Silat Cekak antara lain ialah: • Buah Pertama • Buah Keputusan Gayung Fatani • Buah Keputusan Sendeng Atas • Buah Kilas Belakang • Buah Kilas Hadapan • Buah Kidong Kiri • Buah Kuntau Jatuh • Buah Kuntau Kiri & Kuntau Kiri Gantung • Buah Kuntau Kanan Gantung • Buah Hentak (Keputusan Silat Harimau) • Buah Ali Patah Atas • Buah Ali Patah Sudah • Buah Selendang • Buah Gari & Gari Gunting • Buah Paras • Buah Keputusan Pasung Kemanga • Buah Keputusan Terlak • Buah Keputusan Lintau
  21. 21. • Buah Hempok • Buah Luncur • Buah Siku Potongd. Pengajaran cara memotong atau menyekat kesemua 21 buah yang tersebut itu.Andainya Seni Silat Cekak menyerang dan musuh menggunakan salah satu buahyang tersebut, buah itu tak terdaya mernakan atau menangkap Seni Silat Cekak;bahkan Seni Silat Cekak dapat memakan balik dengan salah satu buah-buah yangtersebut. Di sinilah tegaknya falsafah Seni Silat Cekak yang berbunyi:PAKAI TAK PAKAI, TAK PAKAI PAKAIe. Ini adalah pelajaran tamat; bererti sesama ahli Seni Silat Cekak tak terdayamelawan lagi kerana sama-sama faham pelajaran silat.f. Pengajaran taktik menyerang lawan supaya membunuh buah-buahnya sendiri danjuga buah silat yang lain. Yang anehnya dalam Seni Silat Cekak sambil menyerangsambil menangkap. (Cekak menyerang, Cekak menangkap). Menurut penyelidikanyang dibuat tidak ada satu silat yang sekiranya ia menyerang ia dapat menangkap.g. Pengajaran menangkis segala pukulan tongkat dengan tangan kosong; tidakmenggunakan dua tongkat seperti yang terdapat dalam silat-silat lain yang bercorakkesukanan. Begitu juga menangkis segala tikaman dengan tangan kosong juga;tidak mengguna dua pisau.
  22. 22. h. Pengajaran mengguna Parang Lading buah menunggu segala rupa seranganyang menggunakan senjata pendek. Penyerangan terhadap musuh tidak dilakukankerana Seni Silat Cekak percaya bahawa penyerangan itu lebih merbahaya kepadadirinya.4. SENJATA RASMI PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIAParang lading memang tidak asing lagi di daerah-daerah utara Tanah Melayu,terutama di Kedah. Di sana hari ini lading digunakan sehari-harian. Kesebatianparang lading dengan negeri Kedah memang tidak dapat dinafikan lagi, tetapi dinegeri lain jarang kedapatan. Hal inilah menyebabkan kita yakin bahawa silat Cekakini berasal dari Kedah.Kita berkeyakinan demikian kerana sebenarnya parang lading adalah senjata rasmisilat Cekak sejak zaman dahulu lagi. Parang lading adalah senjata yang tunggal didalam silat Cekak. Didalam Cekak, tidak terdapat penggunaan keris, pisau, pedang,kelewang atau apa senjata lain kerana kita yakin parang lading sudah cukup.Disamping itu parang lading sajalah yang bersesuaian dengan kaedah-kaedah serta
  23. 23. cara penangkisan yang diamalkan oleh silat Cekak yang dimana sembilan puluhperatus dari mata pelajarannya menitik beratkan cara-cara mempertahankan diri.Seratus PeratusSenjata parang lading adalah senjata untuk mempertahankan diri seratus peratus.Tiada satu kaedah pun di dalam menggunakannya ada kaedah untuk menyerang. Inimerupakan satu lagi bukti betapa sesuainya silat Cekak ini untuk mempertahankandiri, bukan untuk menceroboh yang bersesuaian dengan pakaian panglima-panglima.Ada PerbezaanSatu hal yang mesti dijelaskan ialah bahawa terdapat perbezaan yang nyata diantara lading biasa yang digunakan sehari-hari dengan parang lading senjata rasmisilat Cekak. Cara membuat dan kadar ukuran di antara keduanya adalah perbezaanyang mustahak sekali diterangkan.Parang lading biasa itu cuma berbentuk rupa parang lading sahaja, dibuat tidakdengan ukuran tertentu, berkemungkinan besar tidak ada lagi pakarnya.Sebenarnya, ukuran sebenar parang lading yang tepat dan sesuai denganmempertahankan diri hanya terdapat didalam pengetahuan silat Cekak sahaja.Ukuran khas yang dimaksudkan adalah ukuran parang lading yang dibuat mengikutukuran anggota tuan sipemakainya. Oleh itu, orang lain tidak boleh menggunakanparang lading yang ditempa khas untuk seseorang yang tertentu.PeringatanParang lading ini bukanlah boleh digunakan untuk menyerang. Tetapi hanya buatmenunggu serangan dari segala jenis serangan kecuali senjata api.Memandangkan kepada keistimewaan parang lading sebagai satu pusaka Melayuyang begitu asli dan bererti, maka persatuan kita telah cuba mengenengahkannyakepada umum serta disimpan sebagai satu bahan sejarah.
  24. 24. Datuk Mohd. Zain, Ketua Menteri Melaka, menerima parang lading daripada wakilPersatuan Seni Silat Cekak Malaysia di Melaka. - Utusan Malaysia, 8hb Januari,19945. PANTANG LARANG PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIABerikut adalah pantang-larang yang terdapat didalam Silat Cekak. 1. Tidak boleh derhaka kepada guru 2. Tidak boleh derhaka kepada ibu 3. Tidak boleh derhaka kepada bapa 4. Tidak boleh bergaduh sesama ahli 5. Tidak boleh mencaci silat Melayu yang asliPERGURUAN1. SALASILAH GURU PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIASalasilah Guru Silat CekakGuru-guru Silat Cekak
  25. 25. Panglima Ismail Panglima Kanan Negeri Kedah di zaman Kesultanan Ahmad Tajuddin II. Panglima Tok Panglima Kanan Negeri Kedah telah Rashid menerima Silat Cekak dari wasilah Panglima Ismail. Yahya Said Menerima Silat Cekak dari Panglima (Pemegang Tok Rashid sebagai "Pemegang Amanah) Amanah" selama 40 tahun dari 1925 hingga 1965. Ustaz Haji Pengasas PSSCM dan sebagai Guru Hanafi bin Haji Utama merangkap Presiden selama Ahmad 21 tahun dari 1965 hingga 13 Ogos 1986. Tuan Haji Ishak Guru Utama & Presiden PSSCM bin Itam selama 23 tahun mulai dari 21 September 1986 hingga 3 Jun 2009. Datuk Haji Guru Utama & Presiden PSSCM mulai Maideen bin dari 3 Jun 2009 hingga sekarang. Kadir Shah2. PROFILE GURU PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIAYM Ustaz Haji Hanafi bin Haji AhmadPengasas Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
  26. 26. Walaupun Ustaz Hanafi dilahirkan dari keluarga petani, namun kepentingan padapelajaran amat diutamakan oleh bapanya dan beliau telah dihantar ke SekolahMelayu Gunung bagi mendapatkan pendidikan awal sehingga darjah empat.Kemudian beliau dihantar pula ke sekolah agama iaitu di Pondok Alor Gonchah danGuar Chempedak.Ketika berusia 18 tahun, Ustaz Hanafi telah memulakan penghidupannya sebagaiperantau sambil menjual ubat-ubatan bersama-sama dengan Pak Ngah Sharif yangbukan sahaja sebagai guru kepadanya tetapi juga bapa angkatnya. Pak Ngah Sharifyang berasal dari Tokai, Kedah telah membimbing beliau mengenali dunia manusiayang bermacam ragam. Ustaz Hanafi semasa hayatnya juga pernah menjadi guruagama dan penyelia zakat.Ustaz Hanafi yang berjiwa besar, telah membabitkan dirinya dalammemperjuangkan semangat kebangsaan Melayu. Beliau sebagai seorang aktivisdalam Pertubuhan Seberkas Kedah, pernah berjuang bersama-sama rakanseangkatannya termasuk Tan Sri Khir Johari, Tan Sri Datuk Senu Abd. Rahmanserta Mashor Mohammad (abang kepada Datuk Seri Dr. Mahathir).Setelah hampir dua dekad beliau berkecimpung di arena politik, akhirnya beliaumengambil keputusan untuk tidak aktif dalam politik tanah air memandangkanbeberapa perubahan telah melanda suasana politik ketika itu. Memadailah beliaumenimba pengalaman bersama dengan politik tanah air ketika itu.Menyingkap semula zaman mudanya, Hanafi banyak menghabiskan masanya bagimenyelidiki dua bidang yang digemarinya iaitu mencari silat Melayu yang benar-
  27. 27. benar asli dan boleh dipertanggungjawabkan untuk mempertahankan diri danmendalami bidang kerohanian Islam khasnya ilmu tauhid. Keadaan ini telahmemberi peluang kepadanya bagi mempelajari pelbagai jenis silat Melayu danmenemui beberapa tokoh agama termasuk Kiai Fathulah Suhaimi dan Tuan HajiAbdullah Fahim.Setelah mengkaji dan meneliti secara mendalam segala ilmu yang ditimba, UstazHanafi akhirnya membuat keputusan mahu mengembangkan Silat Cekak kepadamasyarakat Melayu. Menerusi gerakan silat inilah Ustaz Hanafi berhasrat mendidikanak-anak bangsa agar cintakan kebudayaan warisan dan menyalurkan segalapengalaman serta ilmunya di bidang kemasyarakatan.Di dalam silat, Ustaz Hanafi telah berjasa dengan melahirkan semula Silat Cekak,jika bukan dengan inisiatifnya, mungkin Silat Cekak akan luput dan tidak dikenali.Dalam usahanya mengembangkan silat Melayu, Ustaz Hanafi sedar bahawabeberapa sikap dan tradisi yang perlu diubahsuai bagi menyesuaikan dengankeadaan semasa. Perkara pokok yang diberi perhatian ialah mengubah corakhubungan antara guru dan penuntut.Ustaz Hanafi Yakin kepada hubungan dua hala dan sebab itu rasa hormat daripenuntut bukan hanya sekadar kerana ia guru, tetapi kerana sifat dan tindaktanduknya yang boleh memenangi hati murid. Ustaz Hanafi beranggapan, sikaptakut kepada guru dan mengikut apa sahaja kehendak guru di kalangan penuntutakan merugikan sesuatu pergerakkan silat itu.Cara penyampaian silat kepada masyarakat umum turut diubahsuai. Ustaz Hanafiberjaya mengatur sistem pelajaran dan corak pengajaran Silat Cekak secara saintifikdengan menggunakan kebijaksanaan mental dan kaedah yang bersistematik. Setiapmata pelajaran diajar secara tertib dan teratur dengan menerangkan matlamat dansebab-sebab sesuatu pelajaran Silat Cekak.Ustaz Hanafi juga tidak ketinggalan untuk melakukan pengubahsuaian dalam majlis-majlis penerangan. Penekanan yang diberikan kepada sesuatu majlis peneranganialah memberitahu masyarakat betapa silat masih sesuai untuk diamalkan dan cara
  28. 28. bagaimana konsep Silat Cekak dilakukan. Bagi memastikan kelicinan setiapperubahan dilakukan itu, beliau telah mewujudkan satu sistem pentadbiran yangcekap.YM Tuan Haji Ishak bin ItamGuru Utama Seni Silat Cekak Malaysia (1986 - 2009)YM Tuan Haji Ishak bin Itam sejak dari kecil lagi telah meminati seni silat Melayu,iaitu bermula dari umur 9 tahun sehingga ke umur 18 tahun beliau telah mempelajariSilat Gayung Fatani melalui bapa saudaranya En. Bakar dan En. Shafie b. Din.Seterusnya beliau mempelajari Silat Kuntau Jawa dari En. Hassan Jawa selama 2tahun dan kemudiannya telah mempelajari Silat Sendeng dan Silat Minangkabau.Kemudian beliau mempelajari pula Tomoi Siam dari En. Osman b. Ahmad (ManBalak) sehingga beliau menjadi Guru Tomoi selama 2 tahun. Semasa menjadi GuruTomoi, beliau begitu yakin bahawa tiada satu silat Melayu boleh mengalahkanTomoi Siam.Selain daripada ilmu persilatan, beliau telah mempelajari ilmu kebatinan melaluiUstaz Azizan (Izan). Di samping itu, beliau telah mempelajari cara-cara membuatubat tradisional merawat penyakit kencing manis. Tuan Haji Ishak b. Itam jugapernah mendapat pendidikan agama secara formal di Pondok Tuan Haji Mat SallehMesir, Tanah Liat yang pada masa ini menempatkan Maktab Adabi. Kemudian
  29. 29. belajar pula di Pondok Pokok Sena (tafsir) dengan Tuan Guru Haji Ahmad b. TuanHaji Hussein.Pada tahun 1969, YM Ustaz Haji Hanafi b. Haji Ahmad telah dapat membuka kelasdi Bukit Mertajam bertempat di Kubang Semang iaitu terletak lebih kurang 2 batudari Cawangan PSSCM Seberang Perai pada masa sekarang ini. Kelas ini adalahmerupakan kelas pertama yang diwujudkan di Bukit Mertajam, dimana pada masatersebut bergerak di bawah Perkumpolan Seni Sari Budaya Sri Kedah.Kelas ini telah diasaskan oleh Encik Abdullah b. Mohamad Zain dengan penyertaanseramai 16 orang penuntut. Dalam masa yang sama seorang tukang gunting rambutEncik Wan Omar telah berjaya mengajak YM Tuan Haji Ishak b. Itam untukmempelajari Silat Cekak ini.YM Tuan Hj Ishak bin Itam telah berjaya belajar silat ini selama 30 hari latihansahaja. Setiap kali latihan, beliau sering dipukul oleh YM Ustaz Haji Hanafi denganpokok teh pagar yang bertujuan hendak mengajar beliau supaya bersabar danmenerima ilmu silat ini dengan ikhlas hati dari tangan gurunya sendiri disampingmenerima berbagai ujian dari gurunya.YM Ustaz Hanafi b. Haji Ahmad kemudiannya telah melantik beliau menjadi jurulatih.Sepanjang penglibatan beliau sebagai jurulatih, banyak tempat dan Cawangan sertaKelas Latihan telah disertainya termasuklah di TUDM Butterworth (1977), KepalaBatas (1978), Cheruk Tok Kun (1975) dan di Kulim (1982). Beliau seringkaliberulang alik mengajar silat ini di S. Perai dan P. Pinang.Apabila YM Ustaz Haji Hanafi kembali ke Rahmatullah pada 13 Ogos 1986, YMTuan Haji Ishak bin Itam telah diisytiharkan sebagai YM Guru Utama pada 21September 1986. Kelas pertama diijazahkan oleh beliau sebagai Guru Utama adalahdi UPM pada 13 Oktober 1986 seramai 27 orang. YM Tuan Haji Ishak b. Itam terusmenerajui PSSCM sehingga 3 Jun 2009.
  30. 30. Y.Bhg. Datuk Haji Maideen Bin Kadir ShahGuru Utama Seni Silat Cekak MalaysiaDatuk Haji Maideen bin Kadir Shah dilahirkan di Sg. Besi, Kuala Lumpur pada 18Julai 1957 bersamaan 20 Z ulhijjah 1376H (Khamis). Bapanya Kadir Shah bin SyedMaidin dan ibunya Julaiha bte Mohd Ibrahim. Beliau anak yang keenam daripadasembilan beradik. Mendirikan rumahtangga dengan Datin Hajjah Roznida bte AliOmar pada 16 September 1984 bersamaan 20 Zulhijjah 1404H (Ahad).Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Pasar Road, Jalan Pudu (darjah 1 -2). Kemudian Sekolah Rendah Kebangsaan Ulu Klang (darjah 3 - 6). Melanjutkanpelajaran di Sekolah Menengah Lelaki Ampang (Ampang Boy School), KualaLumpur sehingga tingkatan tiga. Dalam usia tersebut beliau lebih cenderung dalam
  31. 31. bidang perniagaan bermula secara kecil-kecilan sehingga berjaya bergelar TokohUsahawan. Beliau juga dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Peniaga-PeniagaWisma Yakin, Kuala Lumpur (PPWY).Dari kecil lagi beliau amat meminati seni silat. Beliau pernah mempelajari SilatGayung Malaysia ketika berusia 13 tahun. Pada tahun 1974 semasa usia 17 tahunbeliau belajar Seni Silat Cekak Malaysia dengan al-marhum Ustaz Haji Hanafi binHaji Ahmad, Guru Utama dan Presiden PSSCM di Jalan Haji Sirat, Kg. Baru, KualaLumpur. Datuk Haji Maideen telah berguru secara peribadi dalam bidangkeagamaan dan persilatan dengan Ustaz Hanafi selama 10 tahun. Kemudianberterusan dengan YM Tuan Haji Ishak bin Itam.Semasa remaja, beliau berguru dengan Tuan Syed Harun secara formal dalambidang al-Quran. Pada tahun 1997 semasa usia 40 tahun, beliau telah mendalamiilmu al-Quran dengan Tuan Syed Mustaffa bin Syed Othman, Imam Masjid DamaiDatuk Keramat selama 2 tahun sehingga khatam.Pada tahun 1975 beliau telah mengambil Ujian Sijil Rendah Silat Cekak dan UjianSijil Menengah pada tahun 1980. Al-marhum Ustaz Hanafi telah melantik beliausebagai Jurulatih pada tahun 1977. Ahli LPT dan AJK Pusat PSSCM pada tahun1981.Beliau juga pernah mewakili PSSCM dalam Kejohanan Silat Olahraga Kebangsaandi Kuala Lumpur pada tahun 1984 dan mewakili negara dalam Kejohanan SilatOlahraga Sedunia pada tahun 1981 di Singapura serta 1982 di Jakarta Indonesia.Atas pengalaman beliau selama 19 tahun dalam PSSCM, beliau dilantik sebagaiNaib Presiden PSSCM oleh YM Tuan Haji Ishak bin Itam pada tahun 1993. Semasa“Krisis 1993 dan 1994”, beliau telah bersama-sama berjuang mempertahankanPSSCM sehingga berjaya. Selaku orang kepercayaan Presiden dan Guru Utama,beliau seringkali diberi mandat mewakili Guru Utama dan Presiden dalam urusanyang melibatkan PSSCM, agensi kerajaan dan swasta. Ketokohan beliau sebagaiseorang pemimpin, terbukti selama 35 tahun semasa khidmatnya dalam PSSCM.
  32. 32. YM Tuan Haji Ishak bin Itam telah menyerahkan Jawatan Guru Utama dan Presidenkepada Datuk Haji Maideen pada hari Rabu, 03 Jun 2009 bersamaan 09 Jamadil-Akhir 1430H di kediamannya dan secara beradat pada hari Khamis 23 Jun 2009bersamaan 29 Jamadil-Akhir 1430H jam 1.00 pagi. Penyerahan ini telah di terimaoleh semua pentadbir PSSCM dan Ketua Cawangan Negeri. Kelas pertamadiijazahkan oleh beliau sebagai Guru Utama adalah di Pusat Latihan Kuang padahari Rabu 22 Julai 2009 bersamaan 29 Rejab 1430H seramai 116 orang.Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah telah diisytiharkan sebagai Guru Utama PSSCMdan Pemangku Presiden PSSCM pada hari Sabtu 31 Oktober 2009 bersamaan 12Zulkaedah 1430H semasa Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa PSSCM yangberlangsung di Hotel DePalma, Ampang.Atas jasa-jasa beliau dalam sumbangan kepada masyarakat, DYMM Seri PadukaBaginda Yang DiPertuan Agung telah berkenan mengurniakan Pingat “DarjahPanglima Mahkota Wilayah” membawa gelaran DATUK pada 02 Februari 2009bersamaan 06 Safar 1430H. Beliau juga merupakan Ahli Dewan PerguruanPersekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) mulai 29 Disember 2009 .

×