Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Teks pengacara majlis jamuan perpisahan tahun 6

6,401 views

Published on

teks

Published in: Career
  • Be the first to comment

Teks pengacara majlis jamuan perpisahan tahun 6

  1. 1. Teks Pengacara Majlis Jamuan Perpisahan Tahun 6 Sayang kumbang mencari makan, Terbang seiring di tepi kali; Selamat datang kami ucapkan, Moga diberkati majlis ini. Selamat Pagi dan salam sejahtera kepada yang berusaha Cikgu Hasan Bin Haji Jamil, Guru Besar Sk Lunying, Sebuyau, yang dihormati Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru, staf-staf sokongan dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Ingin rasa memakan kari, Kari cendawan batang keladi; Girang rasa tidak terperi, Bertemu tuan yang baik budi . Bersyukur kita kepada Tuhan kerana pada pagi yang berbahagia ini, kita dapat berkumpul di tempat yang selesa dalam majlis yg penuh bermakna iaitu Majlis Perpisahan Murid-murid Tahun 6. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang sanggup meluangkan masa bersama-sama kami. Besar langit di tepi busut, Besar tak muat di dalam peti; Besar hajat kami menjemput, Besarniat di dalam hati. Dijemput Ketua Kelas Tahun 6 SK Lunying, Sebuyau, Jennifer ak Anthony untuk menyampaikan ucapan bagi mewakili murid-murid tahun 6. Dipersilakan... Terima kasih kepada saudari Jennifer atas ucapannya sebentar tadi. Terbang di awan burung jentayu, Di atas papan batang selisih; Tampillah Tuan kami merayu, Bersama ucapan pengikat kasih. Majlis berbesar hati menjemput Tuan Guru Besar, Cikgu Hasan Bin Haji Jamil untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya, dipersilakan Terima kasih cikgu, atas ucapan dan pesanan itu tadi..
  2. 2. Kalau tuan pikat cemara, Buatlah bara bakar selasih; Sudilah tuan jamu selera, Hidangan mesra pengikat kasih. Dipersilakan Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru, staf-staf sokongan dan rakan-rakan untuk menjamu selera.... Berakhirlah majlis jamuan Perpisahan Tahun 6 pada hari ini. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang sudi menganjurkan majlis ini. Kami akhiri majlis ini dengan dua rangkap pantun: Di atas dahan burung tempua, Melihat rusa tepi perigi; Salam perpisahan untuk semua, lain masa bersua lagi. Bunga seroja di atas para, Jatuh ditimpa buah berangan; Andai kata tersilap bicara, Kemaafan jua kami pohonkan. Sekian, terima kasih.

×