DASAR PELUPUSAN SUMBER PERPUSTAKAAN
1. LATARBELAKANG
Dasar Pelupusan Sumber Perpustakaan ini adalah bagi memenuhi fungsi P...
3. DEFINISI
3.1 Koleksi
Akta Perpustakaan Negara (Pindaan) 1987 (Akta A667), Bahagian I Seksyen
2(2), mentakrifkan koleksi...
3.5 Pelupusan
Pelupusan adalah satu proses di mana sesuatu aset/barang awam yang secara
fizikalnya masih ada dalam simpana...
5. STRATEGI
5.1 Mengemaskini koleksi perpustakaan secara pilih buang melalui aktiviti
Bahagian yang berterusan.
5.2 Melaks...
7. KRITERIA
Kriteria pilih buang dan pelupusan berpandukan kepada dasar Jabatan yang berkaitan
dengan sumber perpustakaan ...
iv. Bahasa
Sumber perpustakaan dalam bahasa asing selain daripada bahasa
rumpun Melayu dan bahasa Inggeris yang diperolehi...
8. PENGEMASKINIAN REKOD
Entri katalog bagi sumber perpustakaan yang dipilih buang, dilupus dan dihapus kira
akan dikemas k...
- 8 -
Sumber Rujukan
1. Akta Perpustakaan Negara (Pindaan) 1987 (Akta A667)
2. Garispanduan Pelupusan Bahan-Bahan Bercetak...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Dasar lupus

401 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
401
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
4
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Dasar lupus

  1. 1. DASAR PELUPUSAN SUMBER PERPUSTAKAAN 1. LATARBELAKANG Dasar Pelupusan Sumber Perpustakaan ini adalah bagi memenuhi fungsi Perpustakaan Negara Malaysia yang diperuntukkan dalam Bahagian II Seksyen 4(2)(c) dan 4(2)(p) Akta Perpustakaan Negara (Pindaan) 1987 (Akta A667): 4(2)(c) “memperolehi dan menyelenggarakan suatu koleksi sumber-sumber perpustakaan yang lengkap di peringkat kebangsaan yang mencerminkan warisan intelektual, kesusasteraan dan kebudayaan negara dan juga suatu koleksi representatif di peringkat kebangsaan yang mencerminkan pengetahuan dan kebijaksanaan manusia yang terkumpul” 4(2)(p) “meminjam, menjual atau secara lain melupuskan sumber-sumber perpustakaan yang menjadi sebahagian daripada Perpustakaan” 2. SKOP Dasar ini digunapakai sebagai garis panduan untuk pengurusan pelupusan koleksi Perpustakaan Negara Malaysia kecuali bahan yang telah didaftarkan untuk Koleksi Negara dan naskhah yang disimpan bagi maksud pemuliharaan serta koleksi khas dengan mengambil kira dasar dan peraturan berikut: 2.1 Dasar-dasar lain yang berkaitan. 2.2 Prosidur pelupusan bahan bercetak sebagaimana ditetapkan dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1997, Garis Panduan Pelupusan Aset Dan Barang Kerajaan atau mana-mana peraturan yang diterima pakai dari semasa ke semasa. - 1 -
  2. 2. 3. DEFINISI 3.1 Koleksi Akta Perpustakaan Negara (Pindaan) 1987 (Akta A667), Bahagian I Seksyen 2(2), mentakrifkan koleksi sebagai: “…sumber-sumber perpustakaan yang dikumpulkan dan diselenggarakan di dalam Perpustakaan;” 3.2 Sumber Perpustakaan Akta Perpustakaan Negara (Pindaan) 1987 (Akta A667) Bahagian I Seksyen 2(2), mentakrifkan sumber-sumber perpustakaan sebagai: “apa-apa bentuk perkara bertulis, bercetak atau grafik yang di atas atau di dalamnya maklumat ditulis, direkod, disimpan, dipamer atau dikeluar ulang, termasuk manuskrip, naskhah taip, buku, akhbar, majalah berkala, risalah, peta, mikrofom, kertas muzik, fotograf, filem sinematografi, piring hitam, rakaman video dan audio dan lain-lain rakaman pada kertas, filem atau lain- lain bahan dan pengeluaran ulangnya;” 3.3 Koleksi Khas Koleksi Khas terdiri daripada sumber perpustakaan yang meliputi koleksi Nadir, koleksi Realia, koleksi Manuskrip Melayu, koleksi Peribadi dan koleksi Fana. 3.4 Pilih Buang (Weeding) Proses memilih dan mengeluarkan dari penggunaan awam sesuatu sumber perpustakaan yang jarang digunakan untuk disimpan di dalam ruang stek. Ia juga termasuk mengeluarkan sumber perpustakaan yang telah rosak untuk dilupuskan. - 2 -
  3. 3. 3.5 Pelupusan Pelupusan adalah satu proses di mana sesuatu aset/barang awam yang secara fizikalnya masih ada dalam simpanan tetapi tidak digunakan atau diperlukan dan harus dikeluarkan dari simpanan dan rekod. Definisi pelupusan diterima pakai seperti dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1997 Garis Panduan Pelupusan Aset dan Barang Kerajaan. 3.6 Hapus Kira Hapuskira adalah satu proses di mana sesuatu kehilangan aset/barang awam telah berlaku dan aset/barang/wang tiada lagi secara fizikal dalam simpanan dan kelulusan diperlukan untuk mengeluarkan daripada rekod atau akaun Kementerian/Jabatan. Contohnya: buku-buku pinjaman yang tidak dipulangkan dalam tempoh masa setahun akan dikeluarkan dari rekod OPAC. Definisi hapuskira diterima pakai seperti dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1997 Garis Panduan Pelupusan Aset dan Barang Kerajaan. 4. OBJEKTIF 4.1 Mewujudkan satu panduan pengurusan pelupusan koleksi yang dijalankan secara sistematik, teratur dan berterusan. 4.2 Memastikan judul yang mempunyai nilai penyelidikan dan sejarah yang didapati rosak, hilang atau tidak dapat dikesan di dalam koleksi diperolehi semula. 4.3 Mengoptimakan penggunaan ruang yang sedia ada untuk koleksi perpustakaan. 4.4 Memastikan sumber perpustakaan sentiasa mantap, sempurna, terkini dan relevan untuk menyokong keperluan rujukan dan penyelidikan. - 3 -
  4. 4. 5. STRATEGI 5.1 Mengemaskini koleksi perpustakaan secara pilih buang melalui aktiviti Bahagian yang berterusan. 5.2 Melaksanakan aktiviti pengambilan stok, pelupusan dan hapuskira koleksi sumber perpustakan secara berjadual dan mengikut prosidur yang ditetapkan. 6. AKTIVITI 6.1 Menjalankan aktiviti pilih buang koleksi berpandukan kriteria yang telah ditetapkan. 6.2 Melaksanakan aktiviti pengambilan stok koleksi secara berperingkat sekurang- kurangnya setahun sekali. 6.3 Mengambil tindakan pelupusan dan hapuskira dalam masa sebulan selepas pengambilan stok mengikut Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1997 Garis Panduan Pelupusan Aset dan Barang Kerajaan. 6.4 Mengemaskini pangkalan data BINAR bagi setiap sumber perpustakaan yang telah dibuat pelupusan dan hapuskira. 6.5 Memperolehi semula sumber perpustakaan yang telah dilupus atau dihapus kira. Sekiranya tiada sumber perpustakaan dalam bentuk asal, salinan bagi sumber yang mempunyai nilai penyelidikan yang sering dirujuk atau dipinjam akan diperolehi. (Sila rujuk perkara 7.1.1(a)) 6.6 Menyalurkan bahan-bahan lupus yang terpilih kepada Unit Hadiah & Pertukaran. - 4 -
  5. 5. 7. KRITERIA Kriteria pilih buang dan pelupusan berpandukan kepada dasar Jabatan yang berkaitan dengan sumber perpustakaan dan berdasarkan kepada perkara-perkara berikut: a. Kriteria Pilih Buang i. Keadaan Fizikal (a) Sumber perpustakaan yang rosak dan masih boleh digunakan tetapi kos pembaikan adalah lebih tinggi dari kos gantian. (b) Kebanyakan muka surat sumber telah hilang atau rosak dan tidak boleh diperbaiki lagi. (c) Bahan sumber media yang rosak dan tidak boleh dirawat atau dibaiki. ii. Kandungan / Teks Sumber (a) Sumber yang kandungannya tidak sesuai dengan objektif serta dasar semasa Perpustakaan Negara Malaysia. (b) Maklumat atau fakta yang tidak tepat, tidak terkini atau kurang nilai karya. (c) Surat khabar dalam bentuk asal yang diterbitkan lebih daripada 2 tahun. iii. Edisi Edisi lama yang telah digantikan dengan edisi baru dalam format cetak atau bukan cetak kecuali sumber yang telah didaftar dalam simpanan Koleksi Negara atau naskhah yang disimpan bagi maksud pemuliharaan. - 5 -
  6. 6. iv. Bahasa Sumber perpustakaan dalam bahasa asing selain daripada bahasa rumpun Melayu dan bahasa Inggeris yang diperolehi melalui program sumbangan rasmi tertakluk kepada persefahaman. v. Tahun Penerbitan Sumber perpustakaan yang berusia lebih daripada 20 tahun dari tarikh penerbitan kecuali: (a) Sumber perpustakaan yang berunsur klasik atau karya agung dan novel tersohor. (b) Karya yang memenangi anugerah kesusasteraan tempatan dan antarabangsa seperti Pulitzer Prize dan hadiah kesusasteraan lain. (d) Koleksi pinjaman yang sirkulasi masih aktif. (e) Terbitan Bersiri tempatan yang tidak terdapat dalam bentuk atau format yang lain. vi. Naskhah Lebihan Bahan yang telah melebihi bilangan yang diperlukan dalam koleksi Perpustakaan Negara Malaysia 7.1.7 Kekerapan Penggunaan Sumber perpustakaan yang jarang sekali dirujuk dalam jangka masa dua tahun. b. Kriteria Pelupusan Kriteria pelupusan adalah sama dengan kriteria pilih buang kecuali para 7.1.6 dan 7.1.7 yang akan disimpan dalam bilik stek. - 6 -
  7. 7. 8. PENGEMASKINIAN REKOD Entri katalog bagi sumber perpustakaan yang dipilih buang, dilupus dan dihapus kira akan dikemas kini untuk memudahkan pengesanan. 9. PENGEMASKINIAN DASAR Dasar ini perlu dikemas kini dari semasa kesemasa mengikut perubahan objektif dan dasar Jabatan dan keperluan maklumat negara. 10.TARIKH KUATKUASA Dasar Pelupusan Sumber Perpustakaan ini berkuatkuasa mulai tarikh diluluskan oleh Ketua Pengarah. Diluluskan oleh: ……………………………….. (ZAWIYAH BT. BABA) Pem. Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia Tarikh: ……… 15 Oktober 2001 …….. - 7 -
  8. 8. - 8 - Sumber Rujukan 1. Akta Perpustakaan Negara (Pindaan) 1987 (Akta A667) 2. Garispanduan Pelupusan Bahan-Bahan Bercetak/Kertas Terpakai Surat Kementerian Kewangan Bil. KB 557/97/54 Jld. 4(47) bertarikh 3 November 1993 3. Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1997 Garis Panduan Pelupusan Aset dan Barang Kerajaan 4. Nota Kursus Pengurusan Aset Awam (INTAN) 5. Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Akaun Perpustakaan Negara Malaysia bil. 2/2000 bertarikh 28 September 2000.

×