Aktiviti Selepas UPSR BM Tatabahasa-Penjodoh Bilangan

3,974 views

Published on

Published in: Education
1 Comment
1 Like
Statistics
Notes
  • salam..Ini adalah karya salah satu daripada kumpulan murid dalam projek selepas UPSR 2012. Dua orang di antara mereka mendapat keputusan 5A. Tahniah!!!
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
No Downloads
Views
Total views
3,974
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
548
Actions
Shares
0
Downloads
54
Comments
1
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Aktiviti Selepas UPSR BM Tatabahasa-Penjodoh Bilangan

  1. 1. DISEDIAKAN OLEH KUMPULAN HANG JEBAT UPSR 2012SK BANDAR RENGAM KLUANG JOHOR AKTIVITI SELEPAS UPSR- KREATIVITI MURID Terbaik dari kami: Hamizan, Farizul, Anis, Zuraini dan Allyman Dibimbing oleh:Cikgu Sit Aminah Ramlan i
  2. 2. BAHASA MELAYU UPSR O11 SISTEM BAHASAPENJODOH BILANGAN
  3. 3. DEFINASIPenjodoh bilangan ialah perkataan yangdigunakan berpasangan dengan katanama untuk membilang atau menyebutkata nama itu.
  4. 4. 1.BENTUKDigunakan untuk menunjukkan benda seperticincin, subang dan mata kailContoh ayat:1. Ayah membelikan ibu sebentuk cincin berlian biru.2. Beberapa bentuk mata kail telah hilang daripada kotak peralatan memancing abang.
  5. 5. 2.GUMPALDigunakan untuk benda yang bergumpalContoh:asap,awan,kapas,kekabuContoh ayat:1.Terdapat beberapa gumpal kapas di dalam kotak pertolongan cemas itu.2. Beberapa gumpal awan di langit bercantum seolah-olah seekor gajah.
  6. 6. 3.PUNTUNGDigunakan untuk benda yang berlebihandaripada dibakar seperti kayu danrokok.Contoh ayat:1. Ayah mengambil beberapa puntung kayu api untuk dijadikan alas periuk yang panas itu.
  7. 7. 4.KAWANDigunakan untuk:kumpulan haiwanContoh:burung,gajah,lebahContoh ayat:1.Sekawan gajah telah merosakkan tanaman pisang di kampung itu.
  8. 8. 5.KEPALDigunakan untuk:benda yang bolehDikepal.Contoh:pulut,tanah,dodol.Contoh ayat:1.Lisa makan dua kepal pulut yang ditanak oleh neneknya.
  9. 9. 6.KEPINGDigunakan untuk:benda yangrata,nipis dan lebar.Contoh:biskut,gambar,papan.Contoh ayat:1.Mohan makan beberapa keping roti dengan sekeping keju.
  10. 10. 7.KUNTUMDigunakan untuk:bunga.Contoh:pelbagai jenis bungaContoh ayat:1.Seetha menyelitkan sekuntum bunga ros pada sanggulnya.
  11. 11. 8.LINGKARDigunakan untuk:benda yang bergulungContoh:dawai,wayar,ubat nyamuk.Contoh ayat:1.Shafiq membakar selingkar ubat nyamuk di ruang tamu rumah.
  12. 12. 9.PAPANDigunakan untuk:benda yang berkeping-Keping.Contoh:mercun,petai.Contoh ayat:1.Lim membakar beberapa papan mercun di hadapan rumahnya pada malam Tahun Baru Cina.
  13. 13. 10.RUASDigunakan untuk benda yang beruas-ruas.Contoh:buluh,rotan,tebu.Contoh ayat:1.Shamin makan dua ruas tebu.2.Dua ruas buluh dipotong untuk dijadikan tabung.
  14. 14. 11.UNTAIDigunakan untuk:benda yang berangkai atauberuntai.Contoh:kalung,rantai mutiara, tasbihContoh ayat:1.Datin Faridah menyimpan beberapa untai rantai mutiara di dalam laci almari soleknya.
  15. 15. 12.TOMPOKDigunakan untuk:benda atau cecair yangbertompok.Contoh:cat,dakwat,warna.Contoh ayat:1.Baju sekolah Yani terkena beberapa tompok cat.
  16. 16. 13.LEMBARDigunakan untuk:benda yang panjang danhalus.Contoh:benang,dawai,rambut.Contoh ayat:1.Di dalam buku Azizah ada selembar benang merah yang digunakan sebagai penanda buku.
  17. 17. 14.MANGKUKDigunakan untuk:benda di dalam mangkukContoh:bubur,sup,kariContoh ayat:1.Zetty memesan semangkuk air batu campur di gerai itu.
  18. 18. 15.TONGKOLDigunakan untuk:tumbuh-tumbuhan danbuah yang bertongkol.Contoh:jagung.Contoh ayat:1.Siti membeli lima tongkol jagung manis.
  19. 19. 16.RANGKAPDigunakan untuk pantun,sajak,syairdan lagu serta tulisan yang berangkap.Contoh ayat:1. Zaini membaca serangkap syair di dalam majalah sekolah.
  20. 20. 17.NASKHAHDigunakan untuk:bahan bacaan.Contoh buku,majalah,surat khabar.Contoh ayat:1.Firman membelikan ayahnya senaskhah surat khabar.
  21. 21. 18.BUKUDigunakan untuk:benda yang berbukuDan berbongkah kecil.Contoh:benang,roti,sabun.Contoh ayat:1.Shamsul menggunakan sebuku sabun untuk mandi.
  22. 22. 19.BILAHDigunakan untuk:senjata atau bendayang tajam dan runcing.Contoh:gergaji,kapak,parang.Contoh ayat:1. Anis memotong reben sempena pembukaan syarikatnya dengan menggunakan gunting.
  23. 23. 20.BUTIRDigunakan untuk:benda yang kecil danBulat.Contoh:peluru,telur,berasContoh ayat:1.Siti mengupas lima butir bawang merah.
  24. 24. 21.CEBISDigunakan untuk:benda yang sudahDipotong atau dikoyak kecil-kecil.Contoh:kertas,kain.Contoh ayat:1.Emak menampal seluar adik yang koyak dengan menggunakan secebis kain.
  25. 25. 22.CEKAKDigunakan untuk:benda yang dipegangsecara mencekak.Contoh:serai,sirih.Contoh ayat:1.Puan Hamidah mengambil secekak sirih untuk membuat tepak sirih.
  26. 26. 23.GUGUSDigunakan untuk:kumpulan bendayang berkelompok dan buah-buahandalam setangkai.Contoh:bintang,anggur,kunci.Contoh ayat:1.Helmi meletakkan kunci rumahnya dalam segugus kunci.
  27. 27. 24.HELAIDigunakan untuk:benda yang nipis,lembut,lebar dan berkeping-keping.Contoh:baju,cadar,tuala.Contoh ayat:1.Ali mengesat peluhnya dengan menggunakan sehelai sapu tangan.
  28. 28. SEKIAN. TERIMA KASIH.Segala yang baik daripadaAllah, jika ada kesalahan daripada kami…murid yang sedang belajar.

×