Ranjau spnjg jln

1,552 views

Published on

1 Comment
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
1,552
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
38
Comments
1
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Ranjau spnjg jln

  1. 1. Dalam novel Rentung ( 1983 ) Shahnon memperlihatkan perhatiannya yang bersungguh-sungguh terhadap permasalahan hidup manusia dan masyarakat bangsanya. Beliau memperlihatkan perasaan simpati yang amat mendalam terhadap nasib golongan yang malang. Apa yang malang itu, seperti biasanya di negara kita ini, adalah golongan orang kampung yang terbatas keupayaannya dalam menghadapi perjuangan hidup. Keterbatasan keupayaan manusia ini diperlihatkan oleh Shahnon Ahmad dalam novelnya dengan amat mengharukan. Karya-karya awal Shahnon menonjolkan keterbatasan keupayaan orang-orang kampung berhadapan dengan kekuatan dan kezaliman alam, termasuk pemusnah-pemusnah di luar kuasa manusia seperti bencana yang dibawa oleh banjir atau kemarau di samping kemusnahan dan ancaman yang dibawa oleh makhluk bukan manusia seperti tikus, ular, katak, burung, ketam serta binatang buas dan lainlainnya. Juga ditonjolkannnya keterbatasan keupayaan manusia kampung menghadapi kekuatan daripada makhluk alam ghaib yang merosakkan seperti puaka, hantu dan sebagainya. Novel Rentung apabila diteliti ceritanya amat sederhana sahaja; pokoknya ialah konflik antara dua orang gergasi kampung Banggul Derdap iaitu Semaun, anak Pak Kasa yang pada masa mudanya telah terkenal sebagai syaitan betul, sehingga selanjutnya dibenci dan disingkiri oleh orang kampungnya. Nama jahat itu telah beralih kepada anak laki-lakinya, dan sebagai reaksi terhadap benci orang kampung, maka dia dengan penuh perasaan dendam kesumat terhadap masyarakat desa menyebabkan dia tidak mahu turut serta dalam kerjasama sebagai dikehendaki oleh zaman baharu. Misalnya ketika kepala kampung iaitu Pak Senik, datang mengajak dia turut serta dalam rancangan kampung hendak menanam padi dua kali setahun. Kerajaan akan membantu kampung dengan memberikan baja, traktor dan air, tetapi syaratnya ialah semua orang kampung mestilah turut. Semaun menolak permintaan Pak Senik, katanya kerana dia tidak sanggup menjijak adat turuntemurun, tidak berani menyeksa tanah pusaka, tetapi alasannya yang sebenarnya, walaupun barangkali tidak sedar, ialah sikap orang sekampungnya yang selalu mengasingkannya. Penolakan Semaun sudah tentu sesuai dengan rencana Dogol, gergasi kampung yang kedua yang sudah lam mencari dalih akan menghapuskan keluarga Pak Kasa dari kampung mereka. Pada sangkaannya sekarang telah tiba masanya, tetapi ternyata Pak Senik masih mahu bersikap sabar, masih mahu mencari sepakat dengan cara muafakat supaya mereka berbaik semula. Dalam keadaan yang tegang ini terjadi kemelut kerana Pak Kasa yang sudah lama sakit meninggal dunia; tetapi antara seluruh masyarakat kampung hanya Pak Seniklah yang datang menolong keluarga yang dukacita itu. Dengan kelakuan ini dia memujuk hati Semaun yang sebenarnya bukan syaitan; dia ternyata seorang yang jujur dan setia, tetapi dia mahu mempertahankan tanah pusaka nenek moyangnya dan dia mahu membela adiknya yang sedang remaja. Dalam pada itu Dogol menghasut orang sekampung dengan mengatakan sapinya yang hilang, katanya dicuri dan disembelih oleh Semaun, dan dia mengajak orang kampung supaya mereka bersama-sama membakar rumah Semaun. Tetapi Pak Senik memihak kepada Semaun, dia menghalang orang kampung dan meminta bukti dahulu. Orang kampung pergi mencari sapi yang hilang itu, lalu ternyata sapi Dogol telah menjadi mangsa seekor harimau. Harimau yang merbahaya itu perlu dibunuh, Semaun sanggup membunuhnya dengan pertolongan orang lain. Tetapi ketika dia sedang berjaga-jaga di atas ran, Dogol sendiri telah keluar dalam malam yang gelap hendak membunuh harimau itu supaya memulihkan maruahnya yang telah merosot. Ketika dia menengok Semaun yang sedang tertunggu-tunggu dia tidak dapat tidak mahu membalas dendam,
  2. 2. tetapi ketika membidiki musuhnya dia sendiri diterkam oleh harimau yang membunuhnya sebelum harimau tersebut ditembak mati oleh Semaun. Jalan cerita yang sedernaha inilah yang berjaya menunjukan serba sedikit kekurangan atau kemiskinan yang tertonjol dalam kalangan masyarakat desa. Desa adalah umpama jiwa dan nyawa kepada Shahnon Ahmad. Kehidupan desa sangat dekat dengan diri Shahnon. Dengan demikian Shahnon telah berjaya menghasilkan dengan baik segala lukisan fikiran kehidupan masyarakat desa melalui karya-karyanya. Tidak terlihat adanya pemaksaan. Apa yang ditulis dalam latar belakang desa ini adalah segala permasalahan masyarakat desa yang perlu dibantu. Dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan pula, sekali lagi Shahnon dilihat mengetehkan isu-isu kemiskian penduduk kampungnya. Sebagai contoh pembawaan watak Jeha dan Lahuma serta keluarganya. Plot novel Ranjau Sepanjang Jalan sangat menarik dimana keadaan padi yang sedang menanti masak tibatiba diserang oleh ketam berjuta-juta. Ketam tersebut lantas memusnahkan padi sebendang dan Lahuma menderita ditusuk duri pada kakinya oleh duri nibung hingga menyebabkan kakinya menjadi busuk. Isterinya Jeha telah berkorban jiwa dan raganya untuk merawat penyakit Lahuma yang sangat tenat tersebut. Sememangnya novel Ranjau Sepanjang Jalan sebuah novel yang sangat menarik kerana terdapat pelgai konfik yang berlaku dan juga peristiwa yang berlaku sangat menyayat hati para pembaca. Kesinambungan dan penerimaan daripada masyarakat yang sangat ghairah dengan novel Ranjau Sepanjang Jalan ini maka telah diterjemahkan novel ini kepada bahasa Inggeris oleh Adibah Amin dengan judul No Harvest A Thorn. Kita dapat melihat bahawa novel hasil karya Shahnon Ahmad ini memang karya yang berkualiti dan menarik apabila terjemahkan novel ini diangkat sebagai salah sebuah anatara 10 novel terbaik di Sydney, Australia pada 1980-an. Malahan juga novel Ranjau sepanjang Jalan ini juga pernah diterjemahkan kepada bahasa lain selain daripada bahasa Inggeris seperti Sweedish, Spanish, French, Rusia dan lain-lain. Dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan ini, Shahnon telah mengetengahkan permasalahan masyarakat tani yang dilema serangan ketam ke atas tanaman mereka. Contohnya watak Jeha yang serba kekurang dalam membesarkan anaknya sangat sedih semasa sawah padinya ditumbangkan oleh ketam-ketam. Begitu kasihannya penduduk Kampung Banggul Derdap pada ketika itu. Ketam yang menyerang padi penduduk Kampung Banggul Derdap bukannya sedikit. Sebagai contoh Jeha teringatkan telatah suaminya Lahuma yang pernah mengumpulkan ketam-ketam tersebut sehinggakan hampir penuh dua bakul padi penuh. Betapa banyaknya binatang yang dianggap sial oleh masyarakat tani pada ketika itu. Shahnon juga mengambarkan bagaimana pentingnya padi kepada kehidupan penduduk Kampung Banggul Derdap walau pun hanya diceritakan melalui watak keluraga Jeha dan Lahuma sahaja. Tetapi hal tersebut sangat jelas menungkitkan amarah bahawa tanpa padi, masyarakat tani khususnya boleh kebuluran. Melalui ancaman ketam yang menyerang padi-padi yang baru ditanam, bila ketam datang Jeha dan Lahuma akan terpaksa mengutip ketam itu tidak mengira siang dan malam supaya hasil tanaman mereka akan menjadi. Jika dibiarkan ketam tersebut mematahkan batang padi maka
  3. 3. hasil tanaman mereka akan musnah dan meraka tidak ada sumber untuk dimakan. Begitu seksa hidup menjadi penduduk desa menurut Shahnon Ahmad. Petikan dibawah mengambarkan betapa penyingnya padi kepada kehidupan keluarga Lahuma ; “Padi mesti ditanam. Mesti dijaga.” “...Anak-anak kita perlu makan siang malam. Tidak ada nasi, anak-anak kita akan mati. Makan bergantung kepada sawah. Sakit segar bergantung kepada kepada sawah. Mati hidup bergantung kepada sawah. Sawah nadi segar kita sejak datuk nenek dahulu lagi.Dia mesti dipupuk dan dijaga. Biar siapa datang menyerang, kita wajib melawan. Biar datang seribu musuh, kita mesti lawan. Itulah hidup kita. Itulah hidup anak kita. Itulah satu-satunya hidup keturunan kita dari dahulu sehingga sekarang.” (Shahnon Ahmad. 1995:185) Sememangnya bagi penduduk kampung, tanpa padi mereka akan mati menurut Shahnon Ahmad. Sebenarnya pemikiran mereka masa itu masih miskin, namun jika kita melihat dewasa ini masyarakat yang rajin dan cekal begini boleh menjadi kaya kerana mereka melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh untuk hidup. Shahnon Ahmad ingin memberitahu bahawa bahawa keperluan beras itu perlu ada untuk masyarakat desa supaya mereka tidak akan kebuluran. Malahan juga hanya melalui hasil pendapatan daripada menjual padi Jeha boleh mengupah orang untuk membaiki atap, membeli baju dan kain serta membiayai anak-anaknya terpaksa berhenti seketika daripada bersekolah akibat daripada masalah kewangan. Dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan , Shahnon telah memperlihatkan betapa terbatasannya keupayaan manusia kampung menghadapi binatang-binatang kecil yang buas, onak, duri, dan ranjau yang membunuh. Dan beliau memberi simpatinya dengan amat mendalam dengan ikhlas dan berkesan bahawa manusia harus terus berjuang untuk menghadapi bahaya keganasan dan kekejaman alam ini. Tema kemiskinan petani di kawasan pendalaman yang sangat menonjol dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan begitu bermanfaat untuk dihayati sesiapa sahaja tidak mengira lapisan umur. Melalui novel ini kita mampu merasai keperitan dan kesusahan hidup golongan miskin. Antara faktorfaktor kemiskinan petani di Kampung Banggul Derdap ialah kekurangan tanah, kekurangan modal, dan kekurangan tenaga. Tambahan juga kegiatan pertanian para petani di Kampung Banggul Derdap dihalang ataupun disekat oleh unsur-unsur bencana alam dan musuh-musuh padi. Gejala-gejala fahaman kolot orang kampung sedikit sebanyak menyebabkan pembangunan lambat dikembangan ke kawasan pendalaman khususnya kampung-kampung yang terperuk jauh di kawasan hutan. Sikap para petani yang mudah menyerah semasa ditimpa kesususahan sangat ditekan oleh Shahnon Ahmad supaya golongan petani sedar akan bahan tulisannya akan bengkit dan merubah pendirian mereka yang kolot dan jumut. Kelemahan golongan wanita dan juga penindasan orang tengah telah menambahkan lagi kesusahan hidup para petani di Kampung Banggul Derdap. Walaupun latar tempat mengisahkan penindasan orang tengah hanya di Kapung Baggul Derdap, namun sebenarnya penindasan seperti itu terdapat dimana-mana sahaja khususnya di kawasan
  4. 4. kampung. Begitu kritis, sensitif dan pintarnya pemikiran Shahnon Ahmad sehingga dapat mengambarkan kesusahan hidup seluruh golongan miskin di seluruh negeri di Malaysia. Sebelum Shahnon Ahmad belum pernah ada pengarang yang menyentuh isu-isu kemiskian secara terperinci. Shahnon berjaya membawa pembaca merasa kesan kemiskianan hidup tersebut dan pembaca juga seperti pemerhati sahaja dan tidak terdaya melakukan apa-apa sepanjang menghayati novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad. Dalam novel tersebut juga kita merasai bagaimana kedaifan hidup golongan petani, walau apapun di sebalik kesusahan dan kemiskinan tersebut telah terserlah sebutir permata yang bernilai dan murni.

×