Jelaskan tentang kesantunan verbal dan non verbal berdasarkan shar

466 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
466
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
14
Actions
Shares
0
Downloads
11
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Jelaskan tentang kesantunan verbal dan non verbal berdasarkan shar

  1. 1. JELASKAN TENTANG KESANTUNAN VERBAL DAN NON VERBAL BERDASARKAN DEFINISI YANG ANDA BACA.
  2. 2.  Konsep kesantunan berbahasa merupakan satu konsep yang berkait rapat dengan aspek bersopan santun dalam berbahasa terutamanya ketika berkomunikasi dengan orang lain, ketika menyampaikan mesej kepada audiens, ketika berinteraksi dengan seseorang dan lain- lain lagi.  Daripada aspek bahasa Malaysia menurut pemahaman saya, kesantunan berbahasa merujuk kepada kesantunan berbahasa daripada segi verbal dan non verbal.  Melalui verbal dan non verbal, kesantunan berbahasa dapat ditonjolkan dan seterusnya dicontohi oleh masyarakat terutamanya golongan muda masa kini yang dilihat semakin meminggirkan kesantunan berbahasa sama ada daripada segi verbal atau pun non verbal.
  3. 3.  Kesantunan berbahasa daripada segi verbal merujuk kepada percakapan, lisan dan pertuturan.  Kesantunan berbahasa verbal perlu sentiasa ditonjolkan terutamanya semasa bercakap dengan orang lain, bergurau senda dengan rakan- rakan, menyampaikan maklumat, bertanyakan sesuatu, membuat pembentangan kepada umum dan lain- lain lagi. KESANTUNAN BERBAHASA DARI SEGI VERBAL
  4. 4.  Secara ringkasnya, konsep kesantunan berbahasa verbal merujuk kepada semua aspek komunikasi secara lisan.  Sebagai contoh, melalui media massa seperti radio, televisyen dan internet, pengucapan awam dan ceramah, seminar serta sesi ucapan.  Semua contoh tersebut menuntut penuturnya agar menggunakan bahasa yang sopan santun semasa menyampaikan apa- apa yang ingin disampaikan.
  5. 5.  Manakala, kesantunan berbahasa daripada segi non verbal pula merujuk kepada perbuatan, ekspresi wajah, bahasa tubuh dan isyarat.  Tidak kira sama ada melalui verbal atau non verbal, konsep kesantunan berbahasa itu perlu ada pada setiap insan di atas muka bumi ini. KESANTUNAN BERBAHASA DARI SEGI NON VERBAL
  6. 6.  Konsep kesantunan berbahasa non verbal ini merujuk kepada semua perlakuan yang tidak menggunakan bahasa lisan untuk menyampaikan mesej yang dapat difahami.  Sebagai contoh, non verbal melalui media cetak seperti surat khabar, majalah, jurnal dan buku.  Justeru, bahasa tubuh, ekspresi wajah yang merangkumi hubungan mata juga memainkan peranan yang sama penting untuk melestarikan konsep kesantunan berbahasa itu.
  7. 7. KESIMPULAN
  8. 8.  Kesimpulannya, konsep kesantunan berbahasa ini perlulah dihayati, diamalkan dan dipraktikkan oleh setiap lapisan masyarakat di seluruh dunia.  Hal ini kerana, kesantunan dalam berbahasa itu sangat penting sama ada verbal atau non verbal bagi menjaga nama baik bangsa, agama dan tanah air tercinta.  Malahan, kesantunan berbahasa ini juga dapat menjaga hubungan baik kita sesama insan berbagai bangsa serta mengekalkan dan mengeratkan hubungan silaturahim yang baik dengan semua orang.
  9. 9.  Oleh itu, diharapkan semua pihak dapat bersama- sama berganding bahu dalam membangkitkan, menanam dan mengimplimentasikan nilai- nilai baik dalam konsep kesantunan berbahasa verbal dan non verbal agar kita semua mendapat manfaatnya di samping kita sama- sama melestarikan penggunaan bahasa yang bertunjangkan konsep kesantunan berbahasa.

×