Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Ulasan jurnal sosioemosi

1,942 views

Published on

  • Have you ever used the help of ⇒ www.HelpWriting.net ⇐? They can help you with any type of writing - from personal statement to research paper. Due to this service you'll save your time and get an essay without plagiarism.
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • Be the first to like this

Ulasan jurnal sosioemosi

  1. 1. Pendidikan Sosioemosi SGRM 3043 Tugasan: Ulasan Jurnal Sosioemosi Disediakan untuk: En. Ahmad B. Ismail Disediakan oleh: Mohd Shazli B. Mahmud No IC : 740806-02-6087 No Matriks : 210238 PPG UUM BAHASA MELAYU 2011
  2. 2. PENGENALAN Ulasan yang telah saya jalankan ialah sebuah jurnal yang bertajuk” Kajian-kajian Lepas Berkaitan Pendidikan Awal Kanak-kanak Di peringkat Tadika Atau Prasekolah oleh Imran Ariff Ariffin dan Faizul Ab Kadir dari Universiti Pendidikan Sultan Idris 2010. Kajian ini telah dijalankan dengan terperinci. Penulisan ini menyentuh secara keseluruhan tentang isu-isu dalam Prasekolah iaitu polisi kurikulum, pengajaran dan pembelajaran, penglibatan ibu bapa dan masalah guru dan pentadbiran di sekolah itu sendiri. PRASEKOLAH Pendidikan Prasekolah di Malaysia berkonsepkan program pendidikan tidak formal yang menyediakan pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun sebagai persediaan sebelum masuk ke Tahun Satu di sistem persekolahan formal. Berikutan Akta Pendidikan 1996 , pendidikan prasekolah telah diinstitusikan ke dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan dengan matlamat untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah. Penulis juga telah menghuraikan beberapa pengkaji tentang prasekolah, contohnya Grace dan Seefeldt yang telah mengkaji tentang perlaksanaan dan masalah dalam prasekolah. ISU-ISU YANG DIBINCANGKAN MELALUI JURNAL A. Celik Huruf
  3. 3. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPM), Datin Asariah binti Mior Shaharuddin berkata, KPM menetapkan agar semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) ketika melangkah ke tahun empat sekolah rendah sebelum penghujung 2012. Ini membimbangkan terutamanya pihak sekolah dan guru. Program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) yang bertujuan untuk memastikan murid-murid tahun satu menguasai kemahiran 2M selepas enam bulan belajar di sekolah. Namun demikian peningkatan penguasaan 2M itu tidak banyak berubah yang telah menghampakan pihak pendukung PIPP itu. B. Kesukaran Menguasai Konsep nombor Konsep nombor merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak prasekolah. Nombor memainkan peranan yang penting dalam menguasai pembelajaran Matematik prasekolah. Namun begitu, didapati segelintir guru tidak memahami perkembangan kanak-kanak dan asas dalam perkembangan Matematik dengan terus mengajar kanak-kanak simbol nombor 1, 2, 3 dan seterusnya tanpa mengaitkan nombor- nombor ini dengan objek di sekeliling (Rohani et. Al, 2004). Ini menyebabkan kanak-kanak tidak dapat mengaitkan nombor dengan keadaan sebenar. C. Penggunaan Portfolio Kajian ini meliputi tentang masalah guru yang tidak faham dan bersikap sambil lewa dalam penyimpanan portpolio. Kajian Umi Kalsom Takriff (2003) dalam Surayah Zaidon (2004), berjudul Persepsi Guru Terhadap Pelaksaan Penilaian Di Prasekolah JAWI mendapati guru melibatkan kanak-kanak semasa mengumpul hasil kerja walaupun kesemua hasil kerja disimpan ke dalam portfolio tanpa melalui proses pemilihan. Penyemakan pula adalah
  4. 4. secara langsung atau spontan di mana guru memberi komen secara lisan tentang kesalahan hasil kerja terus kepada kanak-kanak. Pada pendapat saya, amatlah setuju bahawa penggunaan portpolio kurang berkesan kerana pengetahuan guru yang terhad dalam aspek penilaian perkembangan kanak-kanak dan pendedahan dalam pelbagai alat pentaksiran yang kurang.diberi pendedahan. Guru haruslah diberi kursus secara intensif dan berterusan. D. Masalah Dalam Pengajaran Sains Awal. Saya bersetuju bahawa peubahan kurikulum prasekolah yang sering berlaku, banyak menyusahkan proses pembelajaran dan pengajaran guru di peringkat prasekolah. Guru tidak didedahkan dengan sempurna perubahan kurikulum ini . Hal ini memberi kesan terhadap sikap dan keyakinan guru daalm pengajaran awal sains. E. Pengajaran dan Pembelajaran Dalam prasekolah, penggunaan kaedah belajar melalui bermain di tekankan oleh penulis. Penulis berpendapat perlaksanaan aktiviti belajar melalui bermain dapat membantu penguasaan murid dalam kemahiran dengan berkesan.Saya bersetuju dengan pendapat Vygotsky (1962) “Main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran. Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat, ia juga membantu dalam pembentukan ini. Main juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Dalam cara ini kanak-kanak dapat mengawal situasi dan menyesuaikannya dalam dunia sebenar. Mereka dibenarkan untuk memperolehi proses pemikiran yang tinggi melalui bermain”. Penulis ingin menyatakan betapa pentingnya belajar melalui bermain. Namun begitu, terdapat masalah dalam bahan bantu mengajar
  5. 5. yang berkurangan. Selain itu guru haruslah faham tentang Huraian Sukatan Prasekolah dalam merialisasikan kaedah pengajaran yang berkesan. F. Dasar "Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan ialah Dasar yang komprehensif bagi memastikan perkembangan yang holistik bagi semua kanak-kanak dari lahir hingga 4 tahun. Ia menjadi asas kukuh kepada pembangunan potensi kanak-kanak berlandaskan acuan Malaysia. Dasar ini adalah pengukuh serta pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan sedia ada". Penyataan Dasar ini penting memandangkan kanak-kanak merupakan kumpulan masyarakat yang perlu diberi perhatian oleh Kerajaan, ibu bapa, NGO dan pihak swasta supaya mereka dibesarkan mengikut acuan Malaysia ke arah melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi dan berperibadi mulia. G. Penglibatan Ibu Bapa Dalam Prasekolah Dalam kajian ini, penglibatan ibu bapa amat dititikberatkan. Ibu bapa perlu mengambil berat tentang pembelajaran anak mereka. Ibu bapa haruslah sentiasa mengikuti perkembangan anak-anak mereka. Ibu bapa tidak boleh mengharapkan sepenuhnya kepada guru sahaja dalam mendidik anak-anak. Mereka juga haruslah memberi pendidikan terutamanya di rumah. Guru dan pengetua perlu menyokong penglibatan ibu bapa dalam aktiviti-aktiviti di prasekolah dan menyamakan persepsi pengetua dan para guru tentang penglibatan ibu bapa. Ibu bapa perlu memahami kepentingan pendidikan prasekolah bagi kehidupan kanak- kanak mereka di masa hadapan sehingga penglibatan mereka di prasekolah boleh ditingkatkan. Pada pendapat saya, ibu bapa harus mendidik anak-anak terutama dalam
  6. 6. mengawal tingkah laku kanak-kanak. Meluangkan masa dengan anak-anak, mendampingi, menegur kesalahan, puji dan beri ganjaran untuk tingkah laku yang betul dan membantu guru mengajar anak-anak di rumah merupakan cara yang dapat meningkatkan perkembangan kanak-kanak prasekolah. RUMUSAN Jurnal ini banyak membantu dalam keseluruhan melibatkan prasekolah. Banyak perkara yang dirungkaikan terutama masalah-masalah atau isu-isu yang terdapat dalam prasekolah. Kajian-kajian yang lepas ini melengkapkan keseluruhan perkara yang timbul dalam pengajaran dan pembelajaran prasekolah. Melalui kajian ini, kita dapat membandingkan kandungan kurikulum prasekolah dengan tadika-tadika yang lain. Terdapat perbezaan dan kurikulum prasekolah adalah yang terbaik dan sentiasa diperbaiki supaya lebih sempurna. Keseluruhannya, kerajaan haruslah memperbanyakkan prasekolah di seluruh Negara dan memperbaiki prasarana dan bahan bantu mengajar yang lebih lengkap.
  7. 7. RUJUKAN 1. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003.Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Majalah Pa & Ma (2013). Kerunsingan Anak Termenung . Terbitan Karangkraf Sdn Bhd. 3. Rohani Abdullah (2004). Panduan Kurikulum Prasekolah. Kuala Lumpur: PTSPublications & Distributors Sdn. Bhd. 4. Rohani Abdullah (2004). Panduan Kurikulum Prasekolah. Kuala Lumpur: PTSPublications & Distributors Sdn. Bhd.

×