KPT 6044 - PEMBELAJARAN BERASASKAN                   ELEKTRONIK DAN WEB                           TUGASAN1:               ...
KPT 6044-Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web  KAJIAN MENGENAI PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN (E-LEARNING) DI          KA...
KPT 6044-Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Webdan Vokasional terhadap e-pembelajaran? dan persoalan kajian terakhir i...
KPT 6044-Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Webpengajaran.   Halangan pengajar ialah pensyarah kurang menyokong atau m...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Tugasan 1 - word (m20102000969)

876 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
876
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Tugasan 1 - word (m20102000969)

  1. 1. KPT 6044 - PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB TUGASAN1: MENGANALISIS JURNAL(KAJIAN MENGENAI PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN (E-LEARNING) DI KALANGAN PELAJAR JURUSAN PENDIDIKAN TEKNOLOGI DANVOKASIONAL DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPTA) NEGERI JOHOR) DISEDIAKAN OLEH : NAMA : SHARINA BINTI SOBRI CORPORATE GOVERNANCE : MATRIK NO. : M 20102000969 THE COLLAPSE OF ENRON DISEMAK OLEH : PM DR ABD LATIF HJ GAPOR TARIKH HANTAR : 9 OKTOBER 2012
  2. 2. KPT 6044-Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web KAJIAN MENGENAI PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN (E-LEARNING) DI KALANGAN PELAJAR JURUSAN PENDIDIKAN TEKNOLOGI DAN VOKASIONAL DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPTA) NEGERI JOHORPENDAHULUAN Perkembangan persekitaran digital global semakin memberi kesan yang sangat besarpada masa kini dimana teknologi yang semakin pesat membangun memainkan peranan yangpenting dalam pendidikan.ICT diterima secara meluas di seluruh pelusuk dunia dalam aspekkehidupan manusia seharian. Begitu juga dalam bidang pendidikan dimana prosespembelajaran dan pengajaran menggunakan e-pembelajaran untuk mendapatkan maklumatyang diperlukan. Cabaran dunia pendidikan kini dalam meneroka dan mengaplikasikan ICTmelalui pendekatan-pendekatan yang berkesan telah membawa para pengajar dan pelajarmengenali dan mempraktikkannya mengikut kesesuaian bidang. E-pembelajaran (e-learning)adalah satu kaedah baru menggunakan teknologi yang terkini dalam meningkatkan tahappembelajaran. E-pembelajaran menggunakan rangkaian elektronik (LAN,WAN atauinternet) dalam menyampaikan maklumat, berinteraksi, berkolaborasi dan sebagainya. Untuk mengetahui sejauhmana ia memberi manfaat kepada pengajar dan pelajar satukajian telah dijalankan oleh Muhammad Sukri Saud, Mohd Anuar Abdul Rahman dan TingKung Shiung, Jabatan Pendidikan dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan dari UniversitiTeknologi Malaysia. Pengkaji telah melihat kepada tiga faktor utama iaitu mengkajikecekapan diri (self-efficacy) siswazah terhadap e-pembelajaran, halangan-halangan yangdihadapi oleh siswazah dalam penggunaan e-pembelajaran dan hubungan kecekapan kendiri(self-efficacy) dengn halangan-halangannya. Sebanyak 306 pelajar siswazah yang sedangmengikuti kursus jurusan Pendidikan Teknikal dan Vokasional dipilih untuk dijadikan sampelkajian.PERSOALAN KAJIAN Terdapat tiga persoalan kajian dalam kajian ini iaitu apakah kecekepan diri (self-efficacy) siswazah kursus Pendidikan Teknikal dan Vokasional terhadap e-pembelajaran?Kedua, apakah halangan-halangan yang dihadapi oleh siswazah kursus Pendidikan Teknikal |1
  3. 3. KPT 6044-Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Webdan Vokasional terhadap e-pembelajaran? dan persoalan kajian terakhir ialah apakahhubungan antara kecekapan diri (self-efficacy) terhadap e-pembelajaran dengan halangan-halangan dalam penggunaan e-pembelajaran oleh siswazah kursus Pendidikan Teknikal danVokasional?REKABENTUK KAJIAN Data-data dikumpul menggunakan kajian tinjauan deskriptif dengan menggunakansoal selidik bagi menjawab persoalan.DAPATAN KAJIAN Melalui pengumpulan maklumat yang dibuat, hasil dapatan telah menunjukkankecekepan diri (self-efficacy) siswazah kursus Pendidikan Teknikal dan Vokasional terhadapkebolehan menggunakan e-pembelajaran adalah tinggi. Terdapat dua aspek yangdikenalpasti iaitu kecekapan diri terhadap komputer dan kecekapan diri terhadap internet.Persoalan kajian kedua berkaitan halangan-halangan yang dihadapi oleh siswazah kursusPendidikan Teknikal dan Vokasional terhadap e-pembelajaran. Terdapat empat halanganpembelajaran utama iaitu halangan teknologikal, halangan personaliti, halangan situasi danhalangan institusi. Halangan teknologikal merupakan halngan yang tertinggi diikuti halangansituasi, halangan institusi dan terakhir adalah halangan personaliti. Halangan teknologikal adalah merujuk kepada teknologi pembelajaran yangmerangkumi rangkaian internet yang sangat perlahan, pengaksesan e-pembelajaran dan kosyang tinggi dalam perkakasan, perisian, pembaikan atau servis komputer.Halanganpersonaliti merujuk kepada persepsi siswazah sendiri dan sikap siswazah terhadap e-pembelajaran iaitu gaya pembelajaran siswazah terhadap pembelajaran menggunakanteknologi kerana masih ada pelajar yang tidak mempunyai komputer sendiri untuk mengaksesinternet. Halangan situasi adalah halangan yang dikaitkan dengan persekitaran atau situasiseseorang seperti kekurangan masa belajar di atas talian, terlalu sibuk dengan kerja lain,faktor perngurusan dan sebagainya. Namun, terdapat empat tujuan utama penggunaanteknologi di Pendidikan Tinggi iaitu membaiki kualiti pembelajaran, membaiki pengaksesankepada pendidikan dan latihan, mengurangkan kos pendidikan dan membaiki kosefektif.Halangan institusi pula melibatkan dua aspek iaitu pengajar dan reka bentuk bahan |2
  4. 4. KPT 6044-Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Webpengajaran. Halangan pengajar ialah pensyarah kurang menyokong atau menyeliapenggunaan e-pembelajaran pelajar manakala kualiti bahan pembelajaran, kebolehanpenggunaan media dan istilah atau bahasa teknologi yang digunakan tidak dapat difahamipelajar. Hubungan antara kecekapan kendiri (self-efficacy) dengan halangan-halangan lainmenunjukkan kecekapan pelajar terhadap penggunaan e-pembelajaran adalah sangat baikberbanding halangan-halangan yang dihadapi pelajar.KESIMPULAN Bagi memastikan penggunaan e-pembelajaran dilaksanakan dengan baik, kaedahpengajaran menggunakan e-pembelajaran perlu ditambahbaikkan dengan mempelbagaikanpendekatan-pendekatan yang bersesuaian, sumber yang ada dan penggunaannya berdasarkansesuatu subjek. Para siswazah perlu diberi kebebasan mengikut kemampuan masing-masingserta bebas untuk mengulangi mana-mana bahagian subjek yang tidak dapat difahamimengikut keperluan. Bahagian ICT perlu sentiasa mengawal selia aplikasi e-pembelajarandari semasa ke semasa bagi membolehkan pelajar sentiasa dapat berhubung denganpenysarah melalui perkhidmatan seperti email, buletin, perbincangan atau forum dalampembelajaran. Pengajar juga perlu memberi huraian atau panduan yang dapat membantupelajar mengakses maklumat. Secara keseluruhannya, semua pihak perlu memainkanperanan masing-masing bagi memastikan pembelajaran e-pembelajaran dapat dilaksanakandengan berkesan sejajar dengan teknologi pada masa kini yang semakin meluas digunakandalam kehidupan seharian. |3

×