Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Saiful Nizam tatabahasa - imbuhan me n- ...

8,345 views

Published on

  • Be the first to comment

Saiful Nizam tatabahasa - imbuhan me n- ...

  1. 1. IMBUHANIzinkanMunsyi AziziMembantu anda
  2. 2. 2Imbuhan meN- TakrifImbuhan meN- ialah awalan yang apabiladiimbuhkan kepada kata kerja, kata namaatau kata sifat, mewujudkan beberapamaksud. Bentuk imbuhanImbuhan meN- boleh menjadi meN-, meN- …-kan, meN- … -i dan sebagainya. ImbuhanmeN- adalah imbuhan kata kerja.
  3. 3. 3Imbuhan meN- Imbuhan meN- mempunyai awalan:- me,mem, meng, menge.Contoh: menanak, memberi, mengangkut,mengecas, menyiang Imbuhan meN- dapat dibahagikan kepadabeberapa maksud tertentu.
  4. 4. 4Imbuhan meN- Melakukan perbuatan.Contoh:Nazri memukul anjing gila.Kakak menyiang ikan. Membuat.Contoh:Adik membuat layang-layang daripadabuluh.Ibu sedang mengacau dodol.
  5. 5. 5Imbuhan meN- Menjadi.Contoh:Kulitnya melecur selepas terkena api.Enjin kereta itu membahang. Mengeluarkan bunyi.Contoh:Pencuri itu mengerang kesakitan selepasditikam.Kucingnya mengiau apabila dipanggil.
  6. 6. 6Imbuhan meN- Menghala ke (arah, tempat).Contoh:Pesawat itu menuju ke barat.Air sungai itu mengalir ke muara.
  7. 7. 7meN- + kata kerja satu suku kata meN- menjadi menge- apabila bertemudengan perkataan satu suku kata. Contoh: mengebom, mengecat, mengeram,mengepos, mengekod Abang mengepos surat. Pekerja itu mengecat rumah. Kerani itu mengekod data dengan komputer. Tentera mengebom perkampunganpemberontak.
  8. 8. 8Imbuhan meN- … -kan Imbuhan meN- … -kan dapat membentukbeberapa maksud.a) menjadikan.Contoh: Pengakap itu menyalakan api di hadapankhemah. Rajendran menghitamkan rambut dengancecair khas.
  9. 9. 9Imbuhan meN- … -kanb) membantu orang lain.Contoh: James membacakan ibunya surat itu. Saya membelikan buku untuk adik saya.c) berkenaan dengan/mengenai.Contoh: Datuk kerap menceritakan kisah zamanJepun kepada kami. Ibu tersebut suka mengenangkan peristiwakematian anaknya.
  10. 10. 10Imbuhan meN- … -i Imbuhan meN- … -i boleh menghasilkanbeberapa maksud.a) menjadikan.Contoh: Kakak menghiasi biliknya dengan bunga-bunga hidup. Dia mewarnai dinding dengan warna kuning.
  11. 11. 11Imbuhan meN- … -ib) melengkapi dengan/memberi.Contoh: Menteri itu mengakhiri ucapannya dengandua rangkap pantun. Dia memerahi kukunya.c) mengusahakan/melakukan.Contoh: Suhaimi menziarahi kubur ibunya setiap pagiaidilfitri. Pak Mat selalu menasihati budak-budaknakal supaya berkelakuan baik.
  12. 12. 12Imbuhan beR- TakrifImbuhan beR- ialah awalan yang apabiladiimbuhkan kepada kata nama, kata kerjaatau kata sifat, mewujudkan beberapamaksud.
  13. 13. 13Pelbagai maksud imbuhan beR- Imbuhan beR- dapat bermaksudmempunyai, menghasilkan, menaiki,mengerjakan, mengikuti, menganggapsebagai, dilakukan kerana diri, perbuatansaling berbalasan dan bilangan. ber- + mempunyai dapat bermaksudmemiliki.Contoh: Saya bertali leher merah sewaktu menghadirimajlis rasmi itu. Dia tidak berduit lagi kerana wangnya hilang.
  14. 14. 14Pelbagai maksud imbuhan beR- ber- + menghasilkan dapat bermaksudmendatangkan.Contoh: Pokok rambutan kami berbuah lebat. Radionya tidak berbunyi sejak kelmarin. ber- + menaiki dapat bermaksud pergidengan kenderaan/mengenderai/menunggang.Contoh: Bapa berkenderaan ke tempat kerja. Kami berbasikal ke sekolah.
  15. 15. 15Imbuhan di- TakrifImbuhan di- ialah awalan yang apabiladiimbuhkan kepada kata nama, kata kerjaatau kata sifat, mewujudkan dua maksud.
  16. 16. 16Dua maksud imbuhan di- Imbuhan di- yang diimbuhkan kepada katakerja dapat membentuk maksud pasif dalamayat. Contoh: Bola itu ditendang oleh Haris dengan kakikirinya. Hadi berlari dengan laju apabila dikejar olehseekor anjing.Perhatikan: Kata kerja aktif bagi ditendang dan dikejar ialahmenendang dan mengejar. Kata bantu oleh boleh digunakan untuk pelaku.
  17. 17. 17Dua maksud imbuhan di- Imbuhan di- dapat digunakan untukmenguatkan maksud pasif dalam kata kerja.Contoh: Diperlajunya kereta yang dipandunya keranadia sudah lewat ke pejabat. Kereta yang sedang diperlajunya terbabas.
  18. 18. 18Imbuhan teR- TakrifImbuhan teR- ialah awalan yang apabiladiimbuhkan kepada kata kerja, kata sifatatau adverba, mewujudkan beberapamaksud.
  19. 19. 19Pelbagai maksud kataberimbuhan teR- Kata berimbuhan teR- dapat bermaksuddilakukan dengan tidak sengaja, keupayaan,makna paling dan menggambarkan keadaan. teR- + dilakukan dengan tidak sengaja.Contoh: Ranjit terpukul tiang gol sehinggamenyebabkan kayu hokinya patah. Dia tersepak wang RM50.00 ketika berjalan dilorong itu.
  20. 20. 20Pelbagai maksud kataberimbuhan teR- teR- + keupayaan juga bermaksudkesanggupan. Contoh: Parit yang besar itu terlompat oleh adik. Siapa sangka budak yang kurus itu termakantiga pinggan nasi minyak. teR- + makna paling juga bermaksud yangamat sangat. Contoh: Bangunan Berkembar Petronas dikatakanbangunan yang tertinggi di dunia. Menara yang tertinggi di Asia ialah MenaraKuala Lumpur.
  21. 21. 21Pelbagai maksud kataberimbuhan teR- teR- + menggambarkan keadaan.contoh: Dia sering terkenang akan ibunya yang telahmeninggal dunia. Kerana terlalu rindu dia pun termimpi akankekasihnya.
  22. 22. 22Imbuhan –kan dan -i TakrifImbuhan –kan dan -i ialah akhiran yangdapat diimbuhkan kepada kata nama, katakerja atau kata sifat. Akhiran –kanmewujudkan dua maksud iaitu membuatuntuk orang lain dan bersifat ayat suruhan.Akhiran –i mewujudkan maksud lokatif(tempat) dan menjadikan.
  23. 23. 23Imbuhan –kan dan -i –kan membuat untuk orang lain.Contoh: Biar saya nyalakan api di dapur. Bapa membacakan ibu surat. –kan bersifat ayat suruhan.Contoh: Tolong pulangkan buku saya itu. Masukkan barang-barang itu ke dalam kereta.
  24. 24. 24Imbuhan –kan dan -iAkhiran –i pula membawa maksud: Lokatif (tempat)Contoh: Kerusi itu saya duduki. Garisi ayat yang salah. MenjadikanContoh: Bilik itu kamu terangi dengan cahaya pelita. Latihan itu akan kami mulai.
  25. 25. 25Imbuhan peN– TakrifImbuhan peN– ialah awalan yang apabiladiimbuhkan kepada kata kerja atau katasifat, mewujudkan beberapa maksud. Bentuk imbuhan peN-Imbuhan peN– boleh berbentuk tigaberdasarkan maksudnya, iaitu pe–, peN– …-an dan per– … -an.
  26. 26. 26Imbuhan peN– Imbuhan peN– (pe–, peng–, penge– danpeny–) dapat membawa maksud: Orang yang melakukan sesuatu.Contoh:Encik Wahid Hashim ialah pengarang akhbarUtusan Malaysia.Siti Nurhaliza ialah penyanyi kesukaan ramai
  27. 27. 27Imbuhan peN– Alat / perkakas.Contoh:Kakak menyapu halaman dengan penyapulidi.Setiap bangunan tinggi perlu ada pemadamkebakaran. Sifat / tabiat.Contoh:Allah Maha pengampun.Setiap orang tidak baik bersikap pendendamterhadap orang lain.
  28. 28. 28Imbuhan peN– Sukatan pada masa, saiz, jarak.Contoh:Kira-kira empat puluh peratus pelajar disekolah rendah adalah lelaki.Besar batang pokok itu dua pemeluk.
  29. 29. 29Imbuhan ke– TakrifImbuhan ke– ialah awalan yang apabiladiimbuhkan kepada kata kerja, kata sifatatau kata sifat, mewujudkan beberapamaksud.
  30. 30. 30Maksud perkataan berimbuhanke- Kata nama terbitan Terbentuk daripada gabungan imbuhan ke-dan kata dasar, seperti ke + tawa = ketawa;ke + tua = ketua; ke + mudi = kemudiContoh: Mesyuarat pertama Persatuan Bahasa Melayu ituuntuk memilih beberapa jawatan ketua. Orang gila itu sentiasa ketawa sejak tadi.
  31. 31. 31Maksud perkataan berimbuhanke- Bilangan Terbentuk daripada gabungan ke- danbilangan sepeti ketiga, kelima, keseribu,kesejuta …Contoh: Dia mendapat tempat kedua dalam peperiksaanakhir tahun. Abdullah merupakan pengunjung yang kesejutapameran itu.
  32. 32. 32Imbuhan ke- … -an Perkataan yang diterbitkan hasil gabunganimbuhan ke- + kata dasar + -an, sepertikesabaran, keyakinan, kebakaran.Perkataan terbitan ini mewujudkan tigamaksud iaitu hasil perbuatan, keadaan danmenyerupai.
  33. 33. 33Imbuhan ke- … -an Hasil perbuatanContoh: Keberanian pemuda itu terbukti apabila diasanggup menyelamatkan orang tua yangkelemasan di dalam tasik itu. Kemalangan di jalan raya berpunca daripadakecuaian pengguna sendiri.
  34. 34. 34Imbuhan ke- … -an KeadaanContoh: Kegelisahan budak itu akhirnya hilang apabilabapanya muncul. Keindahan ketika matahari terbenam sungguhcantik.
  35. 35. 35Imbuhan ke- … -an MenyerupaiContoh: Baju yang dipakainya itu kemerah-merahan. Warna air sungai yang tercemar itu kehitam-hitaman.Perhatikan, tanda sempang digunakan.
  36. 36. 36Imbuhan –an TakrifImbuhan –an ialah akhiran yang apabiladiimbuhkan kepada semua jenis kata,mewujudkan beberapa maksud. Maksud perkataan berimbuhan -anTerbentuk daripada gabungan kata dasar,kata nama, kata kerja, kata sifat atauadverba dengan akhiran –an seperti bulan +–an = bulanan; pukul + –an = pukulan danharap + –an = harapan.
  37. 37. 37Imbuhan –an Hasil perbuatanContoh: Tulisan pensyarah itu tentang ekonomi orangMelayu. Bungkusan yang dikirim oleh abang telahditerima oleh ibunya. TempatContoh: Orang ramai tidak dibenarkan melintasikawasan larangan. Keluarga yang ramai memerlukan ruangan yangselesa.
  38. 38. 38Imbuhan –an Besar / luasContoh: KLIA mempunyai landasan pendaratan pesawatyang panjang. Malaysia dan Indonesia dipisahkan oleh lautan. Tiap-tiapContoh: Setiap pelajar di sekolah menduduki peperiksaantahunan. Di negara maju terdapat banyak akhbar harian.
  39. 39. 39Imbuhan –an Benda/bahanContoh: Ibu bersyukur apabila menerima kiriman wangdaripada abang. Setiap makanan perlu bersih daripada kuman.
  40. 40. Semoga keberkatanTuhansentiasa bersama kita.“Maju Bahasa, Majulah Bangsa”Sekian, terima kasih.

×